The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN JHEAIPP memuatkan aktiviti dan program dari bulan Mac hingga Ogos 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mumtazah Sanusi, 2021-09-22 03:23:45

BULETIN JHEAIPP 2/2021

BULETIN JHEAIPP memuatkan aktiviti dan program dari bulan Mac hingga Ogos 2021.

Menarik Di Dalam

M.s 8 M.s 10 M.s 13 M.s 20

Lawatan TYT Jelajah al-Qadr Majlis Tilawah Pemantauan SOP
Melaka Ke Bersama TKM1 dan Hafazan Ibadah Korban
Pulau Pinang Pulau Pinang Al-Quran 1442H / 2021M

Isi Kandungan Sidang
Buletin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Editorial

Pulau Pinang Buletin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang (JHEAIPP)
Dari Meja Pengarah 1
PENAUNG
Tinta Pengarang 1
YB Dato‘ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin
Bicara KPP Pendidikan 2 bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri 1
Ucapan Penghargaan 4 merangkap
EXCO Hal Ehwal Agama Islam,
Senarai Kursus Mac-Ogos 2021 5 Kopersi dan Pemerkasaan Komuniti

Kompilasi Tajuk-tajuk Khutbah 6 PENGARAH

Kempen Hormati Ramadhan 7 Dato’ Mohd Zakuan bin Haji Zakaria
Pengarah,
Operasi Bersepadu Bulan Ramadhan 7 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang (JHEAIPP)
Majlis Tandatangan Surat Aku Janji Pelantikan 8
Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan TINTA PENGARANG
Ruju’ Orang Islam Negeri Pulau Pinang
(PPPPROI) Mohd Hanif bin Omar @ Wahab
Ketua Penolong Pengarah
Lawatan TYT Melaka 8 Bahagian Dakwah JHEAIPP

Program Men to Men 9 EDITOR

Program Khatam Al-Quran Perdana dan Meraikan 9 Mumtazah binti Sanusi
Hari Ibu
PENOLONG PENGARANG
Jelajah Al-Qadr Bersama TKM 1 Pulau Pinang 10
Ahmad Aminudin bin Ahmad Nasir
Taklimat Perkembangan Permohonan Ke 10
Universiti Timur Tengah (Mesir) Sesi 2020/2021 PEMBANTU PENGARANG

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 11 Norshamila Koid Binti Abdullah

Perhimpunan Bulanan JHEAIPP 11 EDARAN

Program Ijtimak & Iftar Jamaie 12 Bahagian Dakwah
Guru Takmir Masjid dan Surau
Konsultasi, Reka bentuk
Majlis Penyampaian Pakej Bantuan Khas Fasa 3.1 12 dan Cetakan
(Penang Lawan Covid-19)
Fzad Design
Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran 13

Majlis Penutup Tilawah & Hafazan Al-Quran 13

Ops Penguatkuasaan Aduan Halal 14

SOP Masjid dan Surau PKP 3.0 15

SOP Masjid dan Surau 1 Jun 2021 16

SOP Perkahwinan, Cerai, Ruju’, Khidmat Nasihat 17
& Kursus Perkahwinan

SOP Ibadah Qurban 18

Statistik Nikah, Cerai, Ruju’ 19

55 Orang Asatizah Menerima Tauliah Fast Track 19

Operasi Pemantauan Pematuhan Prosedur 20
Operasi Standard (SOP) Ibadah Korban

Mesyuarat Panel Semakan Teks Khutbah 20

Majlis Sambutan & Takbir Hari Raya Aidilfitri 21
1442H

Solat Hari Raya Aidil Adha 1442H 21

Solat Jumaat bersama TYT 21

Jheaipp@Media 22

Koleksi Poster Tazkirah Facebook 22

Poster Kuliah Takmir 22

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 1

Dari Meja Pengarah

DATO’ MOHD ZAKUAN BIN HAJI ZAKARIA
PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya
Buletin JHEAIPP Siri 2/2021 ini berjaya diterbitkan. Tahniah
dan syabas diucapkan kepada sidang editor yang telah
mengembleng tenaga, usaha dan fikiran untuk menerbitkan
Buletin ini.

Buletin JHEAIPP adalah medan penyebaran informasi berkaitan
aktiviti dan keterlibatan seluruh warga kerja JHEAIPP dalam program dan aktiviti yang
telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya pada setiap bulan.

Saya meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada sidang editorial agar terus menerbitkan
Penerbitan seumpama ini dalam usaha merealisasikan visi, membina khaira ummah yang
berilmu dan bertaqwa melalui pengurusan yang berkualiti berlandaskan syariat Islam.

Mudah-mudahan segala informasi dan grafik yang terkandung di dalam buletin ini
dapat menyuntik semangat kita untuk terus melangkah menzahirkan misi jabatan iaitu
membina khaira ummah yang berilmu dan bertaqwa melalui pengurusan yang berkualiti
berlandaskan syariat Islam.

Sekian, terima kasih.

Tinta Pengarang

MOHD HANIF BIN OMAR@WAHAB
KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia dan hidayah-Nya Buletin JHEAIPP Siri 2/2021 dapat
diterbitkan.

Buletin ini memuatkan semua aktiviti dan program yang
telah dijalankan oleh JHEAIPP pada tahun 2021 khususnya
dari tempoh Mac hingga Ogos 2021.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam
penyediaan bahan berita, aktiviti dan program jabatan. Penerbitan Buletin ini adalah
bukti komitmen JHEAIPP sebagai agensi yang menguruskan pengurusan hal ehwal Islam
Negeri Pulau Pinang. Semoga ada manfaat buat semua sidang pembaca.

Sekian, terima kasih.

2 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

BICARA KPP PENDIDIKAN

Masjid Tutup,
Pusat Beli-Belah
Dibuka?

Berhati-hati dalam memberi pandangan. Tanggungjawab
para pengajar adalah untuk membimbing masyarakat
dengan ajaran yang sebenar.

Tiga perkara penting yang seorang muslim wajib ada iaitu Iman, Tauhid, Ilmu. Firman Allah
dalam Surah an-Nahl ayat 89 yang bermaksud:

“Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi
terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad)
untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran
menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan
berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.”

Dalam memelihara maksud syariah yang sebenar, terdapat 2 jaluran:
1) Syariah yang boleh dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun tanpa membawa kesulitan
atau kesempitan.
2) Syariah yang keadaannya boleh diolah bagi menepati syariah Allah.

Apa sahaja yang menyalahi rahmat dan hikmah maka ia tidak termasuk dalam syariah. Ini
kerana maqasid syariah adalah untuk kemaslahatan.

Dalam fiqh yang berjalinan dengan maksud syariah, bagi menghadapi suasana dan keadaan
semasa, maka pertimbangan perlu dilihat pada perkara dharuriat dan hajiyat. (keperluan dan
kehendak)

Ibn Qayyim menyatakan:
Yang pertama adalah kita perlu faham dan menguasai keadaan realiti dan fiqh berkaitannya.
Contohnya jika hendak bercakap tentang vaksin atau hukum tentang sesuatu penyakit, kita
perlu tahu selok-belok berkaitan perkara itu sehingga dapat menguasainya. Yang kedua,
memahami kedua perkara tersebut dijalinkan dan mengeluarkan solusi berdasarkan syariat
Islam.

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 3

Maka ada pertimbangan dan proses penyaringan. Panduan hukum akan melalui beberapa
peringkat (berdasarkan fatwa-fatwa muktabar), antaranya adalah:

1. Bagaimana mempertimbangkan antara maslahah dan mafsadah.

2. Bagaimana karamatil insan (kemuliaan manusia) menjadi asas syariat untuk memahami
keadaan realiti semasa.

3. Hifzun Nufus bermakna menjaga nyawa. Tidak membunuh seseorang dan menjaga diri
dari terjebak dengan zina. Malah pengurusan jenazah seseorang perlu dimuliakan seperti
mana hidupnya.

4. Memahami Balwa (Bala) dan Dharurah (Kemudaratan) serta dilaksanakan mengikut garis
panduan dalam syariat.Contohnya Solat Jumaat tidak boleh dilaksanakan lebih dari 1
Jumaat dalam satu-satu kariah, kecuali dalam keadan tertentu seperti masjid sempit,
merebak penyakit, pergaduhan dan ancaman binatang buas. Namun jalan keluar ini hanya
pada tempoh tersebut sahaja. Apabila kemudaratan itu hilang, maka ia perlu kembali
seperti asal.

5. Haqqul Fardi dan Haqqul Mujtama’ (Hak individu / Hak Masyarakat)
Maslahah secara individu tidak boleh membawa kepada kepincangan maslahah

masyarakat. Contohnya seorang yang ada penyakit tetapi masih ingin solat jemaah juga di
masjid maka tidak dibenarkan.

6. Kaedah yang menjadi rukhsah atau keringanan. Ia penting untuk kita faham, adakalanya
kita wajib beramal dengan rukhsah, adakalanya sunat dan ada ketikanya harus. Banyak
kaedah yang perlu dilihat berdasarkan situasi. Asasnya adalah “menyekat daripada
mafsadah (hilang nyawa) hendaklah lebih didahulukan dari kemaslahatan mendirikan
syiar-syiar ibadah”

Solat contohnya, jika tidak boleh berjemaah di masjid ia boleh dilaksanakan di rumah. Ada
situasi boleh dijamak, diqadha’ dan sebagainya. Melihat sembelihan korban hukumnya
sunat tetapi kerana wabak, SOP tak membenarkan melihat maka boleh diwakilkan. Setiap
satu hukum perlu dipertimbangkan sewajarnya.

7. Takaful (membantu) dan Tarahum (kasih sayang) antara orang Islam (aspek kemasyarakatan)

8. Tanggungjawab para pemerintah dalam tempoh ditimpa bala.

9. Perkara-perkara yang berkaitan dengan Fiqh Semasa (jual-beli) dalam tempoh ditimpa
musibah. Lihat juga faktor ekonomi di mana ada pihak yang mengambil kesempatan
dengan mengaut keuntungan.

10. Kaedah syarak yang umum . Salah satunya mengambil sikap berjaga-jaga dengan segala
kemungkinan yang bakal berlaku di waktu akan datang.

Ini adalah 10 pertimbangan yang mesti kita lakukan dengan berbekalkan pengetahuan agama
yang mencukupi. Di samping melihat pada aspek maslahah, mafsadah dan al-ma’al (yang
akan datang).

4 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

Dato’ Mohd Zakuan
Bin Haji Zakaria

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang
Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)
Yang membawa gelaran Dato’

Ustaz Mohd Hanif
Bin Omar @ Wahab

Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah

Bintang Cemerlang Negeri (BCN)

Encik Abd Rahim
Bin Mat Saman

Ketua Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan
Bahagian Undang-undang Keluarga Islam

Pingat Jasa Masyarakat (PJM)

Puan Noor A’sikin binti Omar

Pembantu Hal Ehwal Islam
Bahagian Penguatkuasaan

Pingat Jasa Masyarakat (PJM)

Penang Yang Di-Pertua Negeri’s
72nd Birthday Honours List 2021

Tuan Haji Rosli Bin Othman

Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan

Tokoh Imam Tahun 2020
Sempena Konvensyen Murabbi Ummah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2021M/1442H

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 5

PENGARAH

Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Dakwah Bahagian Undang-Undang Bahagian Penguatkuasaan
dan Pembangunan Keluarga Islam

Bahagian Pendidikan Bahagian Pengurusan Halal Bahagian Pengurusan Masjid Pejabat Agama Daerah
dan Surau

MDSPT MDSPU PADSPU (KB) PADSPU (BW)
MDSPS PADSPT PADSPS
MDTL MDBD PADTL PADBD

MASJID
NEGERI

SENARAI KURSUS BULAN MAC-OGOS 2021

Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan & Pembangunan

BIL TAJUK KURSUS TARIKH TEMPAT

1. Kursus Penampilan Diri bagi Wanita 1 Mac 2021 Zoom Meeting

2. Kursus Penampilan Diri bagi Lelaki 2 Mac 2021 Zoom Meeting

3. Program Eksplorasi Kembara 2021 5 April 2021 Bukit Cherok Tok
Kun, Bukit Mertajam

4. Kursus Penghasilan Imejan 27-28 April BTPN Pulau Pinang
Menggunakan Kamera Digital 2021

5. Kursus Perisian Open Broadcaster 15-16 April Pusat Kegiatan Guru
Sofware (OBS) 2021 (PKG), Padang
Menora

6. Kursus Pengurusan Stress bagi Lelaki 2 Jun 2021 Zoom Meeting

7. Kursus Motivasi : Kecemerlangan EQ 4 Jun 2021 Zoom Meeting
dalam Perkhidmatan Awam

8. Kursus Komunikasi Berkesan 9 Jun 2021 Zoom Meeting

9. Kursus Pengurusan Stress bagi Wanita 11 Jun 2021 Zoom Meeting

10. Kursus Pengucapan Awam 8 Julai 2021 Zoom Meeting

11. Kursus Pengukuhan Pasukan : 16 Julai 2021 Zoom Meeting
Eksplorasi Dunia

12. Kursus Pengurusan Kewangan Norma 23 Julai 2021 Zoom Meeting
Baharu

13. Kursus Kesalahan Bahasa dalam 4-5 Ogos 2021 Zoom Meeting
Dokumen Rasmi

14. Kursus Pengenalan Pengurusan Aset 16 Ogos 2021 Zoom Meeting
dan Kewangan Kerajaan

6 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

KOMPILASI TAJUK-TAJUK KHUTBAH

Mac 2021 1. Hidup Berdisplin Kesihatan Terjamin
2. Dosa Dihujung Jari
3. Mengetuk Pintu Langit Sya’aban, Memohon Wabak Berlalu
4.Rehatkan Hati Di Kala Musibah.

April 2021 1. Ibubapa Dihormati, Hidup Diberkati
2. Persiapan Menuju Ramadhan
3. Pintu Syurga Bagi Yang Berpuasa
4. Sebaik-Baik Manusia Pemberi Manfaat
5. Al-Qadar : Malam Istimewa

Mei 2021 1. Andai Ini Ramadhan Terakhir
2. Syawal Pengukur Impak Ramadhan
3. Keriangan Di Sebalik Ujian (Khutbah Raya)
4. Amanah Satu Tuntutan
5. Syakhsiah Pemangkin Kemenjadian Pelajar

Jun 2021 1. Pengurusan Emosi Ketika Wabak
2. Perkasakan Aqidah
3. Keluarga : Pemangkin Komuniti Bebas Dadah
4. Masjid : Wadah Penyatuan Ummah

Julai 2021 1. S.O.P Dipatuhi, Wabak Dihindari
2. Berinteraksi Di Dunia Maya
3. Berkorbankah Kita?
4. Ujian Dan Pengorbanan (Khutbah Aidiladha)
5. Mencari Ketenangan Di Celah Kegelisahan
6. Sayangi Keluarga, Pelihara Amanah

Ogos 2021 1. Muharram, Detik Permulaan
2. Jangan Sesekali Berputus Asa
3. Bersikap Ihsanlah, Wahai Insan
4. Pelihara Nikmat Merdeka

Layari e-Khutbah @ jaipp.penang.gov.my

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 7

Kempen Hormati Ramadhan

06 Mei 2021, KHAMIS | Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP telah meneruskan “Kempen Hormati
Ramadhan” melalui Operasi Bersepadu Bulan Ramadhan 1442H / 2021M dengan kerjasama agensi
seperti Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memantau ke premis-premis makanan sekitar negeri Pulau
Pinang yang menjadi lokasi ‘panas’ golongan-golongan tidak menghormati Ramadhan.

Melalui pelaksanaan Operasi Bersepadu tersebut, pelbagai kesalahan telah dilakukan di premis-
premis berkenaan. Sejumlah 10 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan di bawah peruntukan undang-
undang serta peraturan-peraturan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Manakala 2 buah premis telah diarahkan tutup oleh KKM kerana tidak memenuhi
piawaian kualiti premis makanan.

Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP akan terus memperkasa ‘Kempen Hormati Ramadhan’ dari semasa
ke semasa dan memastikan kegiatan tidak menghormati Ramadhan dapat dibendung. Terima kasih
atas kerjasama semua pihak dan sambutan terhadap kempen ini

Operasi Bersepadu Bulan Ramadhan
1442H/2021M

28 April 2021, RABU | Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
telah menjalankan Operasi Bersepadu Bulan Ramadhan 1442H/2021M dengan kerjasama Bahagian
Pengurusan Halal, JHEAIPP, Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelaksanaan operasi ini melibatkan sejumlah beberapa lokasi yang telah dikenalpasti melalui risikan
dan aduan. Pelbagai kesalahan telah dikesan di premis-premis makanan seperti tidak menghormati
bulan Ramadhan di bawah kesalahan peruntukan Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Negeri Pulau Pinang 1996, ketidakpatuhan standard of procedure (SOP) di bawah Akta Pencegahan
dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta lain-lain kesalahan merujuk peraturan-peraturan di
bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Selain terus mempergiat ‘Kempen Hormati Ramadhan’, pelbagai nasihat juga telah diberikan kepada
pemilik premis serta para pelanggan untuk bersama-sama menghormati bulan Ramadhan yang mulia
ini.

Terima kasih kepada semua pihak terlibat yang menjayakan Operasi Bersepadu Bulan Ramadhan
1442H/2021M.

8 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

MAJLIS TANDATANGAN SURAT AKU JANJI
PELANTIKAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN,
PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM
NEGERI PULAU PINANG (PPPPROI)

Pada 27 April 2021, jam 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Menandatangani Surat Aku Janji
oleh PPPPROI bersama-sama YBrs. Tuan Pengarah, JHEAIPP dan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Undang - Undang Keluarga Islam. PPPPROI yang terlibat ialah:-
1. Ustaz Ahmad Fahmi bin Osman ( PAD SPU Butterworth)
2. Ustaz Muhamad Fithri bin Othman ( PAD Timur Laut )
3. Ustaz Mohd Shukri bin Abd. Rahman ( PAD Barat Daya )
Majlis tersebut diakhiri dengan amanat ringkas daripada YBrs. Tuan Mohd Zakuan bin Haji
Zakaria, Pengarah Jheaipp kepada PPPPROI agar melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi
dan amanah demi menjulang kemaslahatan ummah khususnya di negeri Pulau Pinang.

Lawatan TYT Melaka

Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam
Yang di-Pertua Negeri Melaka

Majlis Solat Isyak dan Solat Tarawikh oleh T.Y.T
Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd
Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama
Toh Puan diiringi Timbalan Ketua Menteri 1
Pulau Pinang serta isteri bersama Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Pengarah JHEAIPP dan Pegawai-Pegawai
JHEAIPP.

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 9

SIRI 1 : 20 JUN 2021
https://www.facebook.
com/jheaipp/vid-
eos/327894792168839/

SIRI 2 : 21 JUN 2021
https://www.facebook.
com/jheaipp/vid-
eos/1164728264042625/

SIRI 3 : 22 JUN 2021 SIRI 4 : 23 JUN 2021 SIRI 5 : 24 JUN 2021
https://www.facebook. https://www.facebook. https://www.facebook.
com/jheaipp/vid- com/jheaipp/vid- com/jheaipp/vid-
eos/701919347433624/ eos/889905178227510/ eos/351319553022970/

Program Khatam Al-Quran Perdana
Dan meraikan Hari Ibu

Pada 9 Mei 2021 Di Masjid Daerah Barat Daya.
Anjuran Jawatankuasa Dakwah Dan Pembangunan Insan MAINPP

10 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

Jelajah al-Qadr siri 7 bersama TKM 1 Negeri Pulau Pinang di Masjid Jamek Sungai Gelugor
telah diadakan pada pagi 8 Mei 2021. Program bermula pada jam 4.00 pagi dengan slot
Qiamullail dan Solat Subuh kemudian diikuti dengan Sahur.
Selesai Solat Subuh dan sesi Tadabbur Al-Quran Surah Yusuf ayat 53-57 dipimpin oleh al fadhil
Ustaz Syafiq, Imam bertugas, majlis disambung dengan ucapan aluan Pengerusi Kariah, Haji
Mohd Ali seterusnya perasmian dan penyerahan sumbangan oleh YB Dato’ Ir. Haji Ahmad
Zakiyuddin bin Abdul Rahman TKM1 Pulau Pinang.
Siri Jelajah Al-Qadr, Qiyamullail & Sahur bersama TKM1 di Masjid Jamek Sungai Gelugor
mencapai kehadiran hampir 200 orang jemaah tempatan dalam slot Qiamulail dan Tadabbur
Al-Quran yang diadakan.

Taklimat Perkembangan Permohonan
Ke Universiti Timur Tengah (Mesir)
Sesi 2021/2021

Pada 22 April 2021 (Khamis)
Pusat Kegiatan Guru (PKG), Padang Menora,
Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 11

12 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 13

Majlis Tilawah & Hafazan

Al-Quran

Peringkat Negeri Pulau Pinang

1442H / 2021M

Pada : 6-8 April 2021
Tempat :
Masjid Abdullah Fahim,
Kepala Batas,
Pulau Pinang

Majlis Penutup

Tilawah & Hafazan Al-Quran

Peringkat Negeri Pulau Pinang
1442H / 2021M

Pada : 6-8 April 2021
Tempat : Masjid Abdullah Fahim

14 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

OPS PENGUATKUASAAN
ADUAN HALAL

10 Ogos 2021, Selasa

Operasi penguatkuasaan aduan halal telah STATISTIK PEMEGANG
dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Halal SIJIL PENGESAHAN
JHEAIPP bersama KPDNHEP Pulau Pinang HALAL TAHUN 2021
pada 9 Ogos 2021 (Isnin) bertempat di sebuah
premis di Juru, Seberang Perai Tengah. BULAN PEMOHON

Pemeriksaan dibuat berdasarkan aduan awam Mac 55
mengenai penyalahgunaan logo halal Malaysia.
April 94
Tindakan siasatan lanjut diambil oleh pihak
KPDNHEP Pulau Pinang di bawah Perintah
Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan
Halal) 2011.

Mei 88

Jun 47

Julai 20

Ogos 36

JUMLAH 340

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 15

16 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 17

18 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 19

55 ORANG ASATIZAH
MENERIMA TAULIAH FAST TRACK

09 Julai 2021 (Jumaat): Seramai 55 orang asatizah telah menerima Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Pulau
Pinang hari ini dalam majlis yang diadakan secara maya melalui Aplikasi Zoom Meeting.

Majlis yang dirasmikan oleh YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1
Pulau Pinang merangkap Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turut dihadiri oleh Tuan Mohd
Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Dato’ Haji Samsudin bin
Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Dalam ucapan perasmiannya, YB. Dato’ Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman telah menekankan
peranan ustaz-ustaz bukan sekadar memindahkan ilmu dari kitab-kitab kepada pendengar namun lebih besar
daripada itu ialah menyemaikan akhlak dan adab yang murni serta harmoni kepada masyarakat. Ini kerana para
pendakwah dan ustaz merupakan kelompok yang paling didengari dan dipercayai pada setiap butir perkataan
dan ucapan mereka.

YB. Dato’ Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman juga menyarankan agar
para ustaz di negeri ini sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa
ke semasa serta mendedahkan diri dengan diskusi-diskusi ilmu semasa agar
permasalahan semasa dapat dikongsi kepada masyarakat.

Tuan Mohd Zakuan bin Haji Zakaria pula dalam ucapannya menyatakan, ini
merupakan julung kali para ustaz dan pengkuliah diberikan tauliah secara fast
track. Ia setelah memenuhi 4 daripada 5 syarat-syarat yang ditetapkan iaitu

1. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Pengajian Islam
2. Memiliki tauliah daripada negeri lain
3. Memiliki pengalaman mengajar di masjid dan surau
selama 10 tahun.
4. Penjawat awam di agensi-agensi agama atau guru agama
di sekolah-sekolah kerajaan.
5. Tiada kontroversi atau aduan

STATISTIK NIKAH,
CERAI, RUJUK

BULAN NIKAH CERAI RUJUK

Mac 657 68 26
April 387 59 17
Mei 429 13 10
Jun 64 0 1
Julai 240 5 6
Ogos 56 0 2

20 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
IBADAH KORBAN
NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H

JHEAIPP telah melaksanakan operasi pemantauan
pematuhan SOP Ibadah Korban Negeri Pulau Pinang
seperti berikut:

Tarikh: 20 Julai 2021 (Selasa)
Waktu: 9.30 am - 5.00 pm
Jumlah tempat dipantau: 136 buah

Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:
1. Kepala Batas: 40 tempat (29.4%)
2. Butterworth: 19 tempat (14%)
3. SPT: 23 tempat (16.9%)
4. SPS: 19 tempat (14%)
5. Timur Laut: 20 tempat (14.7%)
6. Barat Daya: 15 tempat (11%)

Operasi ini melibatkan kira-kira 65 orang pegawai dan kakitangan JHEAIPP.
Secara umumnya, sebahagian besar penganjur didapati telah mematuhi SOP yang ditetapkan. Jika
pun ada, teguran untuk tindakan segera dan serta merta pematuhan telah dikeluarkan oleh pegawai
pemantau dan telah dipatuhi oleh pihak penganjur.

Mesyuarat Panel Semakan Teks Khutbah

Mesyuarat diadakan sekali pada setiap bulan bagi menyemak dan memastikan setiap teks khutbah
yang dikeluarkan memenuhi rukun dan bersesuaian dengan keperluan semasa

Jawatankuasa Panel Semakan Teks Khutbah Negeri Pulau Pinang

1. SS Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor 5. Ustazah Rohayati binti Daud
Pengerusi Ketua Penolong Pengarah, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang 6. Ustaz Mohd Salmi bin Shaimi
Guru, Madrasah Irshad Al-Ashraf Al-Wataniah, SPS
2. Prof Madya Dr Atikullah bin Abdullah
Pensyarah, Fakulti Ilmu Kemanusiaan, Univerisiti Sains Malaysia 7. Ustaz Subki bin Mohamed
Pensyarah, IPG Kampus Tuanku Bainun
3. Ustaz Rosli bin Othman
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan 8. Ustaz Mohd Hanif bin Omar @ Wahab
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) (Setiausaha)
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah
4. Ustaz Ahmad bin Hashim Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)
Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran,
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB)

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 21

Majlis Sambutan & Takbir

Hari Raya Aidilfitri

1442H/2021M

Bersama Pengarah & Warga JHEAIPP

Masjid Negeri Pulau Pinang

Majlis Solat

Hari Raya Aidil Adha
1442H/2021M

Masjid Negeri Pulau Pinang

Solat Jumaat

Bersama Tuan Yang Terutama

Masjid Negeri Pulau Pinang

22 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021

J@hMeaeipdpia poster kuliah
takmir
Link :
https://bit.ly/3zj5LhN

KOLEKSI POSTER
TAZKIRAH FACEBOOK

Sesi Sanitasi Pejabat

Kali pertama: 29 Mei 2021
Kali kedua: 4 Ogos 2021

“Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu
daripada penyakit sopak, penyakit gila,
penyakit kusta dan daripada segala
penyakit berbahaya yang lain.”

(Hadith Riwayat Abu Daud)


Click to View FlipBook Version