The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Informasi berita dan program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bermula Ogos - Disember 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mumtazah Sanusi, 2022-01-20 02:03:54

BULETIN JHEAIPP - EDISI 3/2021

Informasi berita dan program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bermula Ogos - Disember 2021

Menarik Di Dalam

M.s 7 M.s 20 M.s 22 M.s 22

Majlis Penyampaian Menyantuni Diskusi Komitmen Maulidur Rasul
Hadiah Ihtifal Kafa pelajar melanjutkan Jaminan Halal Peringkat Negeri
Kebangsaan pelajaran (Jordan) Pulau Pinang

Isi Kandungan Sidang
Buletin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Editorial

Pulau Pinang Buletin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang (JHEAIPP)
Dari Meja Pengarah 1
PENAUNG
Tinta Pengarang 1
YB Dato‘ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin
Bicara Soal Halal 2 bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Kompilasi Tajuk-tajuk Khutbah 3 Merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam,
Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti
Senarai Kursus Bulan Ogos- November 2021 3
PENASIHAT
Kunjungan Hormat Pengarah JHEAIPP ke Seri 4
Mutiara Ybhg. Dato‘ Mohd Zakuan bin Haji Zakaria
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Statistik@JHEAIPP 4 Pulau Pinang (JHEAIPP)

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 5 KETUA PENGARANG
Pulau Pinang Tahun 1443H / 2021M
Mohd Hanif bin Omar @ Wahab
Masjid Terapung Tanjung Bungah diisytiharkan 6 Ketua Penolong Pengarah
sebagai masjid Daerah Timur Laut Bahagian Dakwah, JHEAIPP

Mesyuarat Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau 6 PENGARANG
Pinang
Mumtazah binti Sanusi
Majlis Penyampaian Hadiah Ihtifal Kafa 7
Kebangsaan UNIT PENERBITAN &
PENERANGAN BAHAGIAN
Lawatan Kerja Jabatan Hal Ehwal Agama 7 DAKWAH
Terengganu ke Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Pulau Pinang Ahmad Aminudin bin Ahmad Nasir
Norshamila Koid Binti Abdullah
Permata Maulid 7 Terbitan Dan Edaran
Bahagian Dakwah, JHEAIPP
Women In Trend 8 Konsultasi, Reka bentuk dan
Cetakan
Lawatan Kerja Ke USIM 9 FZAD DESIGN

Majlis Perasmian Jelajah Program CPR & AED 9

Bicara Ilmu 10

Kuliah Bulanan, Subuh & Maghrib 11

Majlis Lambaian Kasih Sesaat Bersama, Seabad 12
Terasa

Forum Live@FB 12

SOP Pengurusan Perkahwinan, Perceraian, 13
Ruju’, Khidmat Nasihat Dan Kursus Pra
Perkahwinan

Program-program di Kompleks Darul Hidayah 14

Webinar@JheaipP 15

Lawatan Rasmi Solat Jumaat Tuan Yang 16
Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi
Bin Haji Abdul Razak Yang Di-Pertua Negeri
Pulau Pinang ke-8

SOP Masjid & Surau 19

Majlis menyantuni dan penghantaran pelajar 20
melanjutkan pelajaran ke Universiti Timur
Tengah (Jordan)

Warna-warni Urusan Penghantaran Pelajar- 21
pelajar Negeri Pulau Pinang Melanjutkan
Pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir Tahun
2021 (Kumpulan Kedua)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat 22
Negeri Pulau Pinang 1443H / 2021M

Diskusi Komitmen Jaminan Halal 22

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 2 / 2021 1

Dari Meja Pengarah

YBHG. DATO’ MOHD ZAKUAN BIN HAJI ZAKARIA
PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-
Nya Buletin JHEAIPP Siri 3/2021 ini berjaya diterbitkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang editor yang telah
mengembleng tenaga, usaha dan fikiran untuk menerbitkan
Buletin ini.

Buletin JHEAIPP adalah medan penyebaran informasi berkaitan aktiviti dan keterlibatan
seluruh warga kerja JHEAIPP dalam program dan aktiviti yang telah dirancang dan
dilaksanakan dengan jayanya pada setiap bulan.

Saya meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada sidang editorial agar terus menerbitkan
Penerbitan seumpama ini dalam usaha merealisasikan visi, membina khaira ummah yang
berilmu dan bertaqwa melalui pengurusan yang berkualiti berlandaskan syariat Islam.

Mudah-mudahan segala informasi dan grafik yang terkandung di dalam buletin ini
dapat menyuntik semangat kita untuk terus melangkah menzahirkan misi jabatan iaitu
membina khaira ummah yang berilmu dan bertaqwa melalui pengurusan yang berkualiti
berlandaskan syariat Islam.

Tinta Pengarang

MOHD HANIF BIN OMAR@WAHAB
KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia dan hidayah-Nya Buletin JHEAIPP Siri 3/2021 dapat
diterbitkan.

Buletin ini memuatkan semua aktiviti dan program yang telah
dijalankan oleh JHEAIPP pada tahun 2021 khususnya dari
tempoh Ogos hingga Disember 2021.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam
penyediaan bahan berita, aktiviti dan program jabatan. Penerbitan Buletin ini adalah bukti
komitmen JHEAIPP sebagai agensi yang menguruskan pengurusan hal ehwal Islam Negeri
Pulau Pinang. Semoga ada manfaat buat semua sidang pembaca.

2 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

PENGARAH

Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Dakwah Bahagian Undang-Undang Bahagian Penguatkuasaan
dan Pembangunan Keluarga Islam

Bahagian Pendidikan Bahagian Pengurusan Halal Bahagian Pengurusan Masjid Pejabat Agama Daerah
dan Surau

MDSPT MDSPU PADSPU (KB) PADSPU (BW)
MDSPS PADSPT PADSPS
MDTL MDBD PADTL PADBD

MASJID
NEGERI

BICARA SOAL

HALAL

Sedap Pada Tekak,
Halal Mungkin Tidak.
Pada: 26 November 2021 (Jumaat)
Masa: 9.30 Pagi Hingga 11.30
Pagi

Ada Apa Dengan Sijil Halal
Pada: 25 November 2021
(Khamis)
Masa: 10.00 Pagi Hingga 12.00
Tengahari
Please like, share, Subscribe
Facebook & YouTube JHEAIPP

Jom bersama timba ilmu
dan kesedaran
“Halal boleh jadi haram”
Tarikh: 18 November 2021
(Khamis)
Waktu: 10.00 am - 12.00 pm
Live: FBJHEAIPP

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 3

KOMPILASI TAJUK-TAJUK KHUTBAH

September 1. Sengsara Suul Khatimah
2021 2.Hasad dan Ghibtah
3.Persefahaman Dipupuk Toleransi Dibentuk
4.Memuliakan Ibu Bapa

Oktober 1.Di Persimpangan Barzakh
2021 2. Minda Sihat, Ummah Sejahtera
3. Hikmah Meneladani Sunnah
4.Al Quran Bukan Sekadar Dibaca

November 1.Takut Yang Terhakis
2021 2.Jauhi Akidah Yang Sesat
3. Cari Yang Halal, Hindari Yang Haram
4.Tenang Tanpa Hutang

Disember 1.Leburkan Takabbur
2021 2.Personaliti Mukmin Berjaya
3.Suci Hati, Bersih Jiwa
4.Meraikan Keberkatan Harta
5.Ganjaran Bagi Mereka Yang Sabar

Layari e-Khutbah @ jaipp.penang.gov.my

SENARAI KURSUS BULAN OGOS-NOVEMBER 2021

Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan & Pembangunan

BIL TAJUK KURSUS TARIKH TEMPAT

1. Kursus Kesalahan Bahasa dalam 4-5 Ogos 2021 Zoom Meeting
Dokumen Rasmi
Zoom Meeting
2. Kursus Pengenalan Pengurusan 16 Ogos 2021
Aset dan Kewangan Kerajaan Zoom Meeting
Zoom Meeting
3. Kursus Building Innovation Team 23 September 2021
Zoom Meeting
4. Kursus Motivasi Diri: Syoknya 24 September 2021 Zoom Meeting
Bekerja Kompleks Darul

5. Kursus Aset dan Stor 13 Oktober 2021 Hidayah
Kompleks Darul
6. Kursus Pasca Persaraan 14 Oktober 2021
Hidayah
7. Kursus Kesihatan Diri: Kecergasan 22-23 November

Dalam Bekerja 2021

8. Kursus Pengukuhan Pasukan 8-9 Disember 2021
JHEAIPP

4 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Mohd Zakuan
memberi taklimat kepada TYT
Pengarah JHEAIPP Tun mengenai bidang tugas
JHEAIPP.
ke Seri Mutiara

2 SEPTEMBER 2021 - TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad
Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’
Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Encik Khairul
Azman bin Azizan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Pengurusan Masjid dan Surau, Encik Faizal bin Ibrahim,
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal
serta Puan Izura binti Ismail, Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat.

Statistik@JHEAIPP

NIKAH, CERAI, RUJUK PEMELUKAN ISLAM

BULAN NIKAH CERAI RUJUK BULAN Jumlah LELAKI PEREMPUAN
Daftar
Ogos 1954 104 6
September 2359 124 12 Januari 20 13 7
2790 95 5 Februari 14 7 7
Oktober 2060 82 9 28 19 9
November Mac 39 23 16
April 11 6 5
PEMEGANG SIJIL Mei 16 10 6
PENGESAHAN HALAL Jun 19 14 5
Julai 13 6 7
BULAN PEMOHON Ogos 27 17 10
September 31 14 17
Ogos 60 Oktober 16 9 7
September 95 November 16 11 5
Oktober 86 Disember 250 149 101
November 40 JUMLAH
Disember 54
JUMLAH 335

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 5

Majlis Sambutan Maal Hijrah

Peringkat Negeri Pulau Pinang 1443H/2021M

Tarikh: 9 Ogos 2021M/1 Muharram 1443H
Masa : 7:00 petang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Sambutan Maal
Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1443H/2021M secara
dalam talian dan disiarkan secara langsung melalui medium Facebook
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Youtube Channel
JHEAIPP.

Sambutan ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun
Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak Yang di-
Pertua Negeri Pulau Pinang. Memetik sebahagian Ucaptama Tuan
Yang Terutama Tun: “Hayatilah nilai-nilai penting yang tersirat di
sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Ini bersesuaian dengan semangat Hijrah dan tema sambutan kali ini
iaitu “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”.

Majlis bermula pada jam 7.10 petang dengan bacaan Yasin, Doa
Akhir Tahun 1442H dan Doa Awal Tahun 1443H dipimpin oleh
Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Mohd Noor,
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kemuncak majlis, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang telah sudi menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah
Peringkat Negeri Pulau Pinang kepada Y.Bhg. Dato’ Seri Dr. Haji
Md. Yusup bin Che Teh dan Anugerah Khas Ulama’ kepada Tuan
Haji Abdul Halim bin Abdul Hamid.

Turut hadir, YB. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman,
Tuan Ahmad Rizal bin Mohd Hanapiah dan YBhg. Dato’ Mohd
Zakuan bin Haji Zakaria.

Manakala sehari sebelum majlis, iaitu pada 8 Ogos 2021, jam 9.00
hingga 10.00 malam telah berlangsung secara dalam talian Forum
Khas Sempena Maal Hijrah 1443H, bertajuk: Hijrah Mendepani
Cabaran Pandemik telah menampilkan para panelis terkemuka
iaitu; YBhg. Dato’ Dr. Danial bin Zainal Abidin dan YBhg. Ustaz
Roslan bin Che Rus serta moderator jemputan YBhg. Dr. Mohamad
Zaki bin Abdul Halim.

Sebahagian intipati menarik yang dicetuskan dalam Forum Khas ini:
“Sekiranya ujian pandemik ini masih tidak menyedarkan kita untuk
berhijrah, maka ujian apa lagi yang mampu mengubah diri kita?”

Kesemuanya dalam :
https://fb.watch/9wlnshc-C0/

6 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

Masjid Terapung Tanjung Bungah diisytiharkan

sebagai masjid Daerah Timur Laut

Tanggal 10 Disember 2021 menjadi tarikh bersejarah bagi Daerah Timur Laut apabila Masjid Jamek Tanjung
Bungah atau Masjid Terapung diisytiharkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi
bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sebagai masjid daerah bagi daerah berkenaan.
Pengisytiharan ini adalah detik yang sangat mengesankan kerana Masjid Daerah ini menjadi pelengkap
kepada senarai masjid daerah di negeri Pulau Pinang.

Dalam pengisytiharan ini, TYT Tun turut menamakan semula Masjid Tanjung Bungah sebagai Masjid
Daerah Timur Laut. Pengisytiharan ini disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB. Ir
Dato’ Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Di-pertua MAINPP bersama
Pegawai Kewangan Negeri, Mufti Kerajaan Negeri, Pengarah JHEAIPP, Ketua Hakim Syarie, Setiausaha
Majlis Bandaraya Pulau Pinang, para Jawatankuasa Pengurusan Masjid Daerah Timur Laut, Imam Besar
Masjid Negeri, Imam-Imam Utama Masjid Daerah, Pegawai-pegawai JHEAIPP, Penghulu-penghulu daerah,
anak kariah serta para jemaah masjid. Majlis turut diserikan dengan tazkirah ringkas oleh Imam Utama
Masjid Abdullah Fahim.

Seusai pengisytiharan ini, TYT Tun telah berkenan menandatangani plak Pengisytiharan Masjid Daerah
Timur Laut, menyaksikan sumbangan Gerobok Rezeki oleh penaja dan bersolat Jumaat bersama jemaah
masjid. Sebelum berangkat pulang, TYT Tun turut menikmati jamuan makan tengah hari dan bergambar
bersama dengan Jawatankuasa Pengurusan Masjid.

Mesyuarat Sesungguhnya pengisytiharan Masjid Daerah Timur Laut
Majlis Syura memberi makna yang besar terhadap peranan masjid-masjid
di dalam Daerah Timur Laut khususnya dalam memperkasa
pembangunan masyarakat selaras dengan Gagasan Khaira
Ummah dan Penang 2030.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tarikh: 22 November 2021
Tempat: Hotel AC Marriot, Pulau Pinang.

Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin bin
Abdul Rahman, TKM 1 Pulau Pinang. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam
merealisasikan cadangan dan buah fikiran baru ke arah mencapai gagasan Khaira Ummah. Digandingkan
dengan ahli mesyuarat yang berlatarbelakangkan dari pelbagai kepakaran dan bidang ilmu.

Mesyuarat Majlis Syura telah dilaksanakan pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443H jam
9.30 pagi di Hotel AC Marriot, Pulau Pinang. Mesyuarat turut dihadiri 13 orang ahli bagi membincangkan
isu-isu penting berkenaan pembangunan dan kemajuan Islam serta membentangkan prestasi pelaksanaan
program agensi-agensi Agama di bawah kelolaan MAINPP.

Diharapkan dengan mesyuarat ini dapat memartabatkan syiar Islam di Negeri Pulau Pinang dan selari
dengan kehendak Allah SWT dan Baginda Nabi Muhammad SAW.

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 7

Majlis Penyampaian
Hadiah Ihtifal Kafa
Kebangsaan

Tarikh: 12 November 2021
Tempat: Hotel The Everly Putrajaya
Disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama). Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Mohd Zakuan
Bin Haji Zakaria dan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jab. Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang,
Ustaz Khairul Aman bin Bistamam serta Pegawai-pegawai pengiring.

Lawatan Kerja Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu ke
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang

20 November 2021- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah
menerima lawatan kerja rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk perbincangan
dan perkongsian pandangan berkaitan pengurusan undang-undang
keluarga Islam khususnya urusan nikah, cerai dan ruju’.

Permata Maulid

Pada 11 hingga 14 Oktober 2021, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah telah membuat edaran
sebanyak 300 cenderahati berupa barangan bayi di enam (6) buah hospital
kerajaan di Negeri Pulau Pinang.

Program ini adalah bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Negeri Pulau Pinang Tahun 1443H. Program yang dinamakan Permata
Maulid ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang
bagi menyemarakkan lagi rasa cinta pada sunnah Rasulullah SAW dengan
berkongsi perasaan gembira dalam menyambut kelahiran cahaya mata.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan
program ini.

8 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

WOMEN IN TREND

Jom tonton siri ceramah berkaitan isu-isu
kewanitaan dalam Women In Trend yang
akan disiarkan secara langsung menerusi
Facebook JHEAIPP.

Tarikh: 20 hingga 24 Sept. 2021 (Isnin - Jumaat)
Masa: 3:00 hingga 4:15 petang

Khusus untuk para wanita, ayuh sama-sama kita ikuti pelbagai topik menarik dalam siri
Women In Trend

Apa itu keterampilan diri?
Perlukah kita berpakaian mahal
dan berhias hanya untuk menjaga imej?
Bersama : Puan Muna Izzah binti Fadzil
(Perunding Imej)

Keliru tentang jenis darah?
Perlukah saya solat atau ganti puasa?
Bersama : Ustazah Asmak binti Husin
(Pendakwah Bebas)

“Adakah saya normal apabila saya
mengalami rasa risau yang berlebihan?”
Bilakah masa terbaik untuk saya dapatkan
bantuan?
Bersama : Dr Aishah binti Awang Man
(Pegawai Perubatan Psikiatri)

Gugurkah tanggungjawab suami apabila
isteri bekerja?
Suami mula mengabaikan tanggungjawab
setelah dibuang kerja?
Bersama : Puan Suzana binti Ghazali
Perunding Psikologi Keluarga dan
Guaman Syarie

“Isteriku Bidadariku”
Bersama :
Dato’ Ustaz Mohd Kazim bin Elias

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 9

LAWATAN KERJA KE USIM

Tarikh: 14 Oktober 2021 (Khamis)
Tempat: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Diketuai oleh Ybhg. Dato’ Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah JHEAIPP.
Lawatan kerja ini telah disambut dan diraikan oleh Dekan Fakulti Syariah & Undang-undang USIM
(Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh), Ketua Program Sarjana Muda Syariah (Industri Halal)
dan Ketua Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa.
Objektif lawatan ialah untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai cadangan kerjasama
akademik termasuk meneliti terma kerjasama (MoU) antara USIM-JHEAIPP.

MAJLIS PERASMIAN JELAJAH PROGRAM CPR & AED

Tarikh: 15 Disember 2021
Tempat: Masjid Abdullah Fahim Seberang Perai Utara.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua
Menteri 1 Pulau Pinang.

Jelajah Program Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) & Automated External Defibrillator (AED)
bersama Kariah Masjid Daerah Seberang Perai Utara yang dianjurkan oleh Persatuan Penang Heart
Safe Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat TKM1, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
dan Masjid Abdullah Fahim.

10 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

BICARA
ILMU

Jom dengar ceramah sempena
Maulidur Rasul menerusi Bicara Ilmu
yang akan disiarkan secara langsung
menerusi FB dan Youtube JHEAIPP

Pada : 11 Oktober hingga 15 Oktober 2021 & 19 Oktober hingga 22 Oktober 2021
Masa : 9.00 hingga 10.15 malam

Puji Dalam Keja Wasiat Rasulullah Kaya Dengan Sedekah
Oleh : Ustaz Elyas Bin Ismail Oleh : Ustaz Rosli Bin Othman Oleh : Ustaz Don Daniyal Bin
Don Biyajid

Mencari Keberkatan Dalam Kasih Sepanjang Hayat Forum Maulidur Rasul
Rumahtangga Oleh : Ustaz Ruslan Bin Che Rus “Cintai Rasulullah Teladani
Oleh : Ustaz Yusoff Bin Yaacob Sunnah”

Kenapa Aku Diuji Sayang Anak Tangan-tangankan Calon Ahli Syurga
Oleh : Dato’ Haji Kamaruddin
Bin Abdullah Oleh : Ustazah Isfadiah Binti Mohd Oleh : Ustazah Noraini Binti Mat

Dasuki Din

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 11

KULIAH BULANAN, SUBUH
& MAGHRIB

Pengajian Kitab: Bicara Pengajian Kitab: Qiamat Pengajian Kitab: Hadis
Soal Kesihatan Hamir Tiba Penawar Hati
Bersama: DR. ZAKI BIN Bersama: DR. SYAUQI BIN Bersama: USTAZ FARID HAMDI
IBRAHIM OTHMAN BIN MOHD REDZUAN

Pengajian Kitab: Pengajian Kitab: MATAN Pengajian Kitab: Qanun
Tarbiyatul Aulad UMMUL BARAHIN Jinayah & Faraid
Bersama: USTAZ AZFAR BIN Bersama: TUAN GURU AHMAD Bersama: USTAZ FAUZI BIN
ABDULLAH RIDOUDIN BIN HJ. ABDUL THAHIR
WAHAB

Pengajian Kitab: Al- Pengajian Kitab: Kompas Pengajian Kitab: BAHRUL
Jauhar Al-Mauhub Bersama: USTAZ MOHD RADHI MAZI (JILID 21)
Bersama: USTAZ LOKEMAN BIN ABU BAKAR DATO’ USTAZ HJ. SHAMSURI
HAZLI BIN AZALI BIN AHMAD

12 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA

Majlis perpisahan Tuan Haji Rosli bin Othman telah diadakan secara
hybrid pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) jam 3.45 petang.

Majlis yang dihadiri secara bersemuka di bilik mesyuarat JHEAIPP
dan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dianjurkan oleh
Kelab Sukan dan Kebajikan JHEAIPP dengan kerjasama Bahagian
Khidmat Pengurusan JHEAIPP.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Hj Rosli Othman, beliau
yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah telah memulakan
tugas di JHEAIPP bermula Mac 2014. Beliau akan memulakan tugas
sebagai Ketua Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang bermula 1 November 2021.

Majlis seterusnya disusuli ucapan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zakuan
bin Zakaria selaku Pengarah JHEAIPP.

Y.Bhg. Dato’ melahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa
bakti Tok Ayah sepanjang 7 tahun perkhidmatannya di JHEAIPP. Banyak
sumbangan dan pencapaian yang telah dicapai di pelbagai peringkat
sepanjang Tuan Hj Rosli menerajui Bahagian Pendidikan JHEAIPP.

Seluruh warga JHEAIPP amat berbangga di atas kenaikan pangkat Tok
Ayah walaupun merasa amat sedih kerana JHEAIPP kehilangan seorang
pegawai yang amat berdedikasi dan komited dalam tugas.

Majlis kemudiannya disajikan dengan tayangan video khas dedikasi untuk
Tuan Hj Rosli yang telah disediakan oleh Pasukan Media KAFA Pulau
Pinang.

Majlis diakhiri dengan acara peyampaian sijil penghargaan dan cenderahati
kenang-kenangan kepada Tuan Hj Rosli Othman.

FORUM LIVE@FB

Hijrah Mendepati Rasulullah Idolaku
Cabaran Pandemik

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 13

SOP Pengurusan Perkahwinan, Perceraian, Ruju’,
Khidmat Nasihat Dan Kursus Pra Perkahwinan
Tarikh kemaskini : 10 November 2021

14 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

KOMPLEKS DARUL HIDAYAH

Program Sambutan Maulidur Rasul Bersama Saudara Kita
Anjuran : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Bersama : RAKAN STATEGIK (IPSI, MACMA, HCF, PERKIM)
Tarikh: 25 Oktober 2021 hingga 29 Oktober 2021
Tempat: Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang.

25/10/2021
Program Sambutan Maulidur Rasul
SAW Bersama Saudara Kita.
Forum: Who is Muhammad SAW?

26/10/2021
Program Bual Bicara Saudara
Kita “Oh Allah, Thank You For
Choosing Me To Be A Muslim.

27/10/2021
[LIVE] PERTANDINGAN AZAN
SAUDARA BARU -
TARIKH: 27 OKT 2021

28/10/2021
Program Sambutan Maulidur Rasul
SAW Bersama Saudara Kita.
Converts Sharings: This is My Story of
Coming To Islam.

29/10/2021
Acara kemuncak program telah disempurnakan oleh
YBhg. Dato’ Mohd Zakuan Bin Zakaria, Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan
merasmikan Majlis Perasmian Penutup Majlis Sambutan
Maulidur Rasul Bersama Saudara Kita Bagi Tahun
1443H/2021M.

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 15

Bengkel Semakan Modul Kelas Pengajian Saudara Kita
Tarikh: 1 Oktober, 8 Oktober, 15 Oktober dan 22 Oktober 2021

Program Mahabbah Bersama Saudara Kita “Zakat dan Kewajipan”
Tarikh: 11 November 2021

Program Mahabbah Bersama Saudara Kita “Konsep Makanan Dan Minuman Dan
Sembelihan Haiwan Menurut Islam”
Tarikh: 21 November 2021

Webinar@JheaipP

PEMANTAPAN AQIDAH & DAKWAH: Konvensyen Pemerkasaan Pemantapan Dakwah Kepada
REALITI VS TREND TAHUN 2021 Keluarga Bahagia Peringkat Guru Takmir Dan
Negeri Pulau Pinang. Pemegang Tauliah Mengajar
Tarikh: 28 Oktober 2021 (Khamis) Negeri Pulau Pinang
https://fb.watch/9zZ77D-2_h/ Pada: 03 November 2021 (Rabu) Tahun 2021
https://fb.watch/9zZOuEx6cl/
Tarikh: 18 November 2021 (Khamis)
https://fb.watch/9z_lSfXcIA/

16 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

LAWATAN RASMI SOLAT JUMAAT TUAN YANG TERUTAMA
TUN DATO’ SERI UTAMA AHMAD FUZI BIN HAJI ABDUL RAZAK
YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG KE-8
Sejak dilantik sebagai T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 30 April 2021, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menyusun beberapa siri Program Rasmi Solat Jumaat Yang di-Pertua
Negeri Pulau Pinang bermula bulan Ogos hingga Disember 2021. Tujuan program rasmi Solat Jumaat ini
adalah bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
selain merapatkan hubungan antara pemimpin utama negeri bersama Jawatankuasa Kariah Masjid & jemaah.
Program ini juga turut dilaksanakan oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang terdahulu. Program
Solat jumaat T.Y.T ini juga turut dihadiri oleh YB Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Sahibus Samahah
Mufti Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Bandar MBSP, Setiausaha MBPP, Ahli
Parlimen dan ADUN-ADUN setempat, Dato’ Pengarah JHEAIPP, Dato’ Setiausaha MAINPP, Pegawai Daerah,
Penolong Pengarah JHEAIPP Pegawai-pegawai Tadbir Agama serta lain-lain jemputan. Masjid-masjid yang
telah pun dikunjungi oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk lawatan rasmi Solat Jumaat adalah
seperti berikut:

1. Masjid Kapitan Keling, Daerah Timur Laut (20 Ogos 2021)
2. Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, Daerah Butterworth (03 September 2021)
3. Masjid Jamek Padang Benggali, Seberang Perai Utara (17 September 2021)
4. Masjid Al-Malik Khalid, USM (24 September 2021)
5. Masjid Abdullah Fahim (01 Oktober 2021)
6. Masjid Kampung Rawa, Daerah Timur Laut (8 Oktober 2021)
7. Masjid Maqbul Teluk Bahang, Daerah Barat Daya (29 Oktober 2021)
8. Masjid Sungai Chenaam, Seberang Perai Selatan (22 Oktober 2021)
9. Masjid Taman Bertam Indah, Seberang Perai Utara (3 Disember 2021

Antara pengisian utama sepanjang Lawatan Rasmi Solat Jumaat T.Y.T ialah, menunaikan Solat Jumaat bersama
ahli-ahli kariah dan semua dif-dif kenamaan, menandatangani plak perasmian (bagi masjid yang terlibat),
menyampaikan sumbangan kepada pihak kariah masjid yang terkesan akibat pandemik Covid-19, tambahan
sumbangan kepada Program Gerobok Rezeki bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan,
bantuan Kit Maidaturrahman Ready To Eat dan kemuncaknya menyempurnakan upacara penanaman pokok
yang disumbangkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai sebagai
tanda kenangan yang turut disaksikan oleh tetamu jemputan dan jemaah yang hadir. Program Solat Jumaat
T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ini sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang
wabak Covid-19 dari terus menular.

Masjid Kapitan Keling

Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 17

Masjid Jamek Haji Abdul Rashid

3 November 2021, Majlis Solat Jumaat Tuan Yang Terutama Tun Dato` Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul
Razak Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, Butterworth,
SPU.
Majlis ini turut disertai oleh YB. Dato’ Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Pegawai Kewangan
Negeri, SS Dato’ Seri Mufti, Dato’ Bandar MBSP, Timbalan Ketua Polis Negeri, Pegawai Daerah SPU, ADUN
Sungai Dua dan lain-lain kenamaan serta jemputan.
Majlis dimulai dengan sambutan kehadiran TYT Tun oleh dif-dif kenamaan. Disusuli dengan TYT Tun
menandatangani Buku Pelawat. Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, TYT Tun sudi menyampaikan
sumbangan kepada pihak kariah Masjid Jamek Haji Abdul Rashid.
Sebaik sahaja selesai menyampaikan sumbangan, TYT Tun turun ke halaman belakang masjid untuk
menanam pokok “Tecoma” sebagai tanda kenangan.

Masjid Jamek Padang Benggali

17 November 2021, Majlis Perasmian Masjid Dan Solat Jumaat Tuan Yang Terutama Tun Dato` Seri Utama
Ahmad Fuzi bin Abdul Razak Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 di Masjid Jamek Padang Benggali
Butterworth, SPU. Majlis ini turut disertai oleh YB. Dato’ Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato`
Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Bandar MBSP, Dato’ Pengarah JHEAIPP, Pegawai Daerah
SPU, ADUN Bertam, Pegawai-Pegawai Tadbir Agama dan lain-lain kenamaan serta jemputan. Majlis dimulai
dengan sambutan kehadiran TYT Tun oleh dif-dif kenamaan. Disusuli dengan TYT Tun menandatangani
Buku Pelawat seterusnya berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Jamek Padang Benggali. Selepas
selesai menunaikan solat Jumaat, TYT Tun sudi menyampaikan sumbangan kepada pihak kariah Masjid
Jamek Padang Benggali. Sebaik sahaja selesai menyampaikan sumbangan, TYT Tun turun ke halaman
perkarangan masjid untuk menanam pokok “Bucida “sebagai tanda kenangan.

Masjid Abdullah Fahim

18 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

Masjid Kampung Rawa

8 Oktober 2021, anak kariah Kg Rawa, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang menerima tetamu istimewa apabila
Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, TYT Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang sudi hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kg Rawa.
Ketibaan Tuan Yang Terutama disambut YB Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah
JHEAIPP, dif-dif jemputan, Ketua-ketua Jabatan dan Pengerusi Kariah.
Tuan Yang Terutama turut berkenan menandatangani buku pelawat, menyaksikan sumbangan Gerobok
Rezeki oleh Viva Rail Lines Berhad, Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan dan Kelab Anak Pulau Pinang
serta menanam pokok Yellow Saraca di perkarangan masjid bersama- sama YB Timbalan Ketua Menteri 1.
Kehadiran Tuan Yang Terutama sebagai penghargaan dan membawa harapan besar Tuan Yang Terutama
terhadap institusi masjid agar terus diimarahkan dan berperanan di peringkat kariah dengan cemerlang.

Masjid Maqbul, Teluk Kumbar

29 Oktober 2021, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang telah hadir untuk solat Jumaat di Masjid Maqbul, Teluk Kumbar. Turut mengiringi adalah YB Dato
Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato Hj Abdul Halim bin Hj Hussain EXCO Kerajaan Negeri, Dato’
Pengarah JHEAIPP, Dato Ketua Polis Negeri, YAA Ketua Hakim Syarie, ADUN Bayan Lepas, ADUN Pulau
Betong Dan Pegawai JHEAIPP Dan masyarakat sekitar.

Masjid Sungai Chenaam

22 Oktober 2021, sekitar Lawatan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Masjid Sungai
Chenaam, SPS untuk menunaikan Solat Jumaat bersama penduduk kariah. TYT Tun juga berkenan untuk
menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Kariah Sungai Chenaam. Sekalung penghargaan jua kepada
Y.Bhg Dato’ Pengarah JHEAIPP, dif-dif kehormat dan pegawai-pegawai JHEAIPP atas kesudian hadir Bersama.

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 19

Masjid Al-Bukhary, Bandar Sri Pinang

Pada 28 Oktober 2021 (Khamis), selepas solat Maghrib, Majlis Kesyukuran (Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa
Selamat) T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
telah diadakan di Masjid Albukhary, Bandar Sri Pinang, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah hadir bersama Y.A.Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah
binti Mohd Noor pada jam 6.50 petang disambut oleh Y.B. Timbalan Ketua Menteri 1, Y.B. Exco Kerajaan
Negeri Pulau Pinang, Penasihat Undang-Undang Negeri, Sahibus Samahah Mufti, Pengarah JHEAIPP, Ketua-
Ketua Jabatan dan Jawatankuasa Kariah serta dif-dif jemputan yang lain.
Seusai solat Maghrib, Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat telah diketuai oleh Sahibus Samahah
Dato’ Seri Mufti.
Selingan tazkirah ringkas disampaikan oleh Us Lukmanul Hakim bin Mokhtar, PTA Daerah Kepala Batas.
T.Y.T. Yang Dipertua Negeri turut berkenan menandatangani buku pelawat masjid selepas solat Isyak. Sekalian
tetamu dan jemaah yang hadir mendoakan agar T.Y.T. dilimpahi keberkatan usia dan kesihatan yang terbaik
sepanjang lantikan sebagai T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8.

20 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

Majlis menyantuni dan penghantaran
pelajar melanjutkan pelajaran ke
Universiti Timur Tengah (Jordan)

Majlis menyantuni dan penghantaran pelajar melanjutkan pelajaran ke Universiti Timur Tengah
(Jordan) lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah-sekolah Menengah Agama Rakyat Negeri
Pulau Pinang (SMAR) yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd
Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Rosli bin Othman, Ketua Penolong
Pengarah, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang, Ustaz Haji Bokhori bin Ariffin, Penolong Pengarah
Kanan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang.

Bertempat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang,
Selangor.
Pada 24 September 2021M dan 25 September 2021M
bersamaaan 17 Safar 1443H dan 18 Safar 1443H (Jumaat-Sabtu)

Penerbangan pada pukul 3.15 pagi (25 September 2021)

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung

5 Mu’tah University
Yarmouk University
buah Jordan University
Universiti The World Islamic Sciences & Education University
Al-Albayt University

BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021 21

WARNA-WARNI URUSAN PENGHANTARAN PELAJAR-PELAJAR
NEGERI PULAU PINANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI
AL-AZHAR, MESIR TAHUN 2021 (KUMPULAN KEDUA)

2 Disember 2021 hingga 4 Disember 2021 bersamaaan 27
hingga 29 RabiulAkhir 1443H (Khamis hingga Sabtu)

Hari Pertama Majlis Pelepasan

Dimulai para pelajar menjalani ujian RT-PCR Majlis pelepasan kedua telah diadakan di Kuala
COVID-19 bagi mengetahui tahap kesihatan Lumpur International Airport (KLIA), Sepang,
mereka berada di dalam keadaan baik dan Selangor.
mengekang penularan COVID-19.
Penerbangan pada pukul 2.45 pagi (Sabtu).
Hari Kedua
Majlis dihadiri oleh:
Majlis pelepasan menaiki bas telah diadakan di Tuan Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad,
Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang,
Perai Utara, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Bantuan
International Airport (KLIA), Sepang, Selangor. IPT MAINPP.

Masa: 11.30 pagi Ustaz Faizal bin Ibrahim,
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan,
Majlis dihadiri oleh : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Ustaz Faizal bin Ibrahim,
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan, Ustaz Khairul Aman bin Bistaman,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Pendidikan,
Ustaz Mohd Lukmanul Hakim bin Mokhtar, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Imam Utama, Masjid Abdullah Fahim,
Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. 21 Orang Pelajar

Ustaz Khairul Aman bin Bistaman, Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
Penolong Pengarah Kanan, terlibat secara langsung dan tidak langsung. Hanya
Bahagian Pendidikan, Allah yang mampu membalas jasa baik semua.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Pewaris harapan agama, bangsa dan negara.
Ustaz Rosdan,
Bahagian Dermasiswa Pengajian, Semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya
Zakat Pulau Pinang. di dunia serta akhirat buat adik-adik di bumi para
Anbiya (Mesir).

Aamiin ya rabbal a’lamiin

22 BULETIN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Edisi 3 / 2021

Majlis Sambutan

Maulidur RASUL

Peringkat Negeri Pulau Pinang 1443H/2021M
Malam Perutusan Khas TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Sempenan Sambutan Maulidur Rasul 1443H.
Tarikh: 18 Oktober 2021 bersamaan 11 Rabiulawal
1443H
Medium: Siaran Langsung di Facebook Page dan
Youtube Channel JHEAIPP

DISKUSI KOMITMEN
JAMINAN HALAL

10 November 2021, Rabu, JHEAIPP melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menganjurkan Diskusi
Komitmen Jaminan Halal Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 pada 10 November 2021
bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya.
Objektif utama program ialah untuk memantapkan kefahaman Pemegang Sijil Pengesahan Halal
Malaysia mengenai Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020 yang mula berkuatkuasa pada
1 Januari 2021. Ia penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya di peringkat Industri.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd.
Rahman, Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Mohd Zakuan bin Haji
Zakaria, Pengarah JHEAIPP dan juga pegawai-pegawai kanan JHEAIPP.


Click to View FlipBook Version