The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yapkyeow, 2020-06-26 06:57:32

Ponteng Sekolah Dan Cara Mengatasinya

Ponteng Sekolah Dan Cara Mengatasinya

SEK MEN KEB TAMAN JOHOR JAYA 1
GEJALA PONTENG SEKOLAH
DAN CARA MENGATASINYA

Disediakan oleh : GBK Pn Yap Siew Kyeow

Ponteng sekolah merupakan satu perbuatan yang menyalahi
peraturan sekolah.

Statistik menunjukkan lebih ramai pelajar sekolah menengah
yang ponteng sekolah berbanding dengan pelajar sekolah
rendah.

Kajian menunjukkan bahawa ponteng sekolah adalah tanda-
tanda awal yang seseorang remaja tersebut sedang
menghadapi masalah.

Sepatutnya pergi ke sekolah setiap hari merupakan satu
rutin bagi seorang pelajar, tetapi apabila mereka ponteng,
ianya seperti memberi signal bahawa mereka telah hilang
arah tuju dalam hidup.

Mengapa remaja ponteng sekolah?

Bagi remaja yang tidak berminat menggunakan fikiran mereka untuk menimba
ilmu, mereka akan cepat merasa bosan atau letih untuk belajar.

Di antara sebab-sebab mengapa remaja mengambil risiko untuk ponteng
sekolah:
1. Pengaruh rakan sebaya

o Salah memilih rakan-rakan yang sering ponteng sekolah

2. Mengalami masalah emosi

o Kemurungan boleh menyebabkan mereka bertindak tanpa memikirkan
risiko

o Kebanyakan remaja yang murung ingin mendapatkan perhatian daripada
ibubapa dengan cara yang negatif seperti ponteng sekolah

3. Masalah sosial

o Tiada pengawasan ibubapa/Terbiar

o Memberontak

o Tidak minat belajar

o Tiada pedoman hidup

4. Masalah pembelajaran dan kurang tumpuan

o Pelajar berkeupayaan intelektual yang rendah(slow-learner)
tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan berkesan kerana
mereka tidak memahami apa yang diajar.

o Mereka yang mengalami masalah Gangguan Hiperaktif dan
Kurang Tumpuan (Attention Deficit Hyperactive Disorder

o ataupun ADHD) mudah hilang tumpuan/cepat berasa bosan.

Apa yang akan berlaku kepada remaja yang kerap ponteng sekolah?

1.Terlepas peluang belajar
Sekiranya remaja ini dibiarkan ponteng sekolah, mereka
akan menjadi lebih leka, dan tidak mempunyai keinginan
untuk menyambung pelajaran. Setelah mereka dewasa
mereka akan menyesal kerana terlepas peluang
untuk belajar.

2.Terdedah risiko gejala sosial
Apabila remaja mudah terpengaruh dengan budaya orang yang suka
melepak, mereka akan terdedah dengan risiko yang lebih tinggi seperti
merokok, menghisap dadah, gangsterisme dan perkara-perkara
negatif lain.

Bagaimana mencegah remaja daripada ponteng sekolah?

 Peranan ibu bapa
1. Remaja amat memerlukan perhatian daripada ibubapa. Meluangkan masa
bersama mereka amat penting kerana mereka akan rasa dihargai dan ini
akan memupukkan rasa tanggungjawab untuk masa hadapan mereka.

2. Sesetengah ibubapa yang mempunyai anak-anak yang kecil kurang memberi
perhatian kepada remaja kerana bagi mereka, anak-anak yang besar sudah
boleh berdikari.

3. Terdapat ibubapa yang terasa kekok untuk memulakan bicara atau
perbualan. Adalah amat penting untuk memahami minat anak-anak, berbual-
bual berkenaan perkara-perkara yang santai sebelum berbincang berkenaan
perkara yang serius seperti kepentingan belajar.

4.Ibubapa juga harus menjalinkan hubungan yang baik dengan guru. Ini akan
membuatkan remaja berasa segan untuk membuat perkara yang negatif.

 Peranan pihak sekolah

1.Guru harus mengenalpasti mereka yang tidak
mempunyai kecenderungan/minat untuk belajar, dan
seterusnya berbincang dengan ibubapa pilihan-pilihan
yang ada seperti pendidikan khas, pendidikan
vokasional dan penilaian daripada pakar jika mereka
disyaki mempunyai masaalah pembelajaran seperti
ketidakupayaan intelektual atau Gangguan Hiperaktif
dan Kurang Tumpuan

2.Pihak sekolah harus memberi insentif terutamanya
untuk remaja yang dikenalpasti tidak minat belajar
seperti menggunakan sistem merit dan memberikan
ganjaran apabila remaja tersebut datang ke sekolah

 Peranan masyarakat

Jiran tetangga, pemilik cyber café, dan polis perlu
mengambil inisiatif untuk membenteras gejala
ponteng sekolah terutamanya jika anak-anak
remaja berpakaian sekolah melepak di tempat
awam pada waktu sekolah.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version