The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Buku Rasmi Biro Perhimpunan ini merupakan suatu wahana utama yang menjadi pendukung kepada pelbagai kerangka dasar yang dilaksanakan oleh ahli biro.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaanaimah, 2024-05-20 10:55:40

E-BUKU BIRO PERHIMPUNAN

E-Buku Rasmi Biro Perhimpunan ini merupakan suatu wahana utama yang menjadi pendukung kepada pelbagai kerangka dasar yang dilaksanakan oleh ahli biro.

Keywords: biro perhimpunan,e-buku,badan pengawas,pengawas,biro

2024 E-BUKU BIRO PERHIMPUNAN Segulai Sejalai: Bersama Memacu Kualiti Seiring Kuantiti 2025


assembly bureau Mukadimah & Kata Alu-aluan - Perpaduan Insani Pemangkin Kejayaan Misali - Tema: Denotasi Kalbu Kegelapan


M U K A D I M A H E-Buku Rasmi Biro Perhimpunan ini merupakan suatu wahana utama yang menjadi pendukung kepada pelbagai kerangka dasar yang dilaksanakan oleh ahli biro. E-buku ini memperlihatkan berbagai-bagai skop yang dicakupi seperti perpaduan, warisan dan kebudayaan, trend digitalisasi, disiplin insani, akhlak manusiawi dan juga tatatertib pekerjaan yang prima dalam membentuk sebuah biro yang cemerlang bukan sahaja dari aspek rohani bahkan fizikal serta mental. Biro Perhimpunan pada tahun ini memandang penting keperluan perpaduan dan disiplin dalam memacu kegemilangan organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, Biro Perhimpunan menggariskan tiga prinsip utama yang menjadi elemen dalam Piagam Biro: kerjasama dalam kalangan ahli biro, pengurusan akhlak insani dan kefahaman literasi budaya masyarakat pelbagai bangsa. Konotasi tiga prinsip ini melambangkan kesatupaduan ahli biro dalam memperkasa etika bertugas dan pengagihan kuasa yang tidak hanya berpusat kepada Ketua Biro semata-mata lantas memaknai moto biro, iaitu ‘Segulai Sejalai: Bersama Memacu Kualiti Seiring Kuantiti’. Akhir kata, e-buku ini dilancarkan adalah untuk merakyatkan etika bekerja yang sebenarnya kepada anggota Badan Pengawas Sekolah agar suatu organisasi yang sistematik dan pragmatik dapat diwujudkan, di samping menjadi suri teladan dalam bidang kepimpinan dan menjadi guru bagi anak buah yang baru memasuki gelanggang pentadbiran persis aforisme Melayu, muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang. BIRO PERHIMPUNAN 2024 / 2025


KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Kepimpinan Peneraju Wawasan Kegemilangan. Alhamdulillah, bersama moto biro yang erat menjadi pegangan saya dan ahli-ahli biro, iaitu ‘Segulai Sejalai: Bersama Memacu Kualiti Seiring Kuantiti’; saya yakin kecemerlangan Biro Perhimpunan pada tahun ini bakal menggempur tradisi dan etika bekerja para pengawas bagi sesi akademik ini. Kegemilangan biro bukanlah suatu yang mampu hanya dicanang menerusi titian bibir tetapi memerlukan daya usaha yang jitu dalam kalangan seluruh ahli biro. Bicara mengenai visi biro yang berbunyi ‘Perpaduan Insani Pemangkin Kejayaan Misali’; visi ini menjelaskan dengan kukuh bahawasanya perpaduan merupakan kunci dalam meraih sesuatu kejayaan yang menggunung tidak kira apa-apa aspek sekali pun. Ingin juga untuk saya sisipkan dua aforisme Melayu yang jika digabungkan penggunaan makna, maka ungkapan ini akan secocok dengan kosa kata perpaduan yang saya maksudkan yakni condong ditumpil, lemah dianduh dan muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang. Akhirulkalam, ikhlas daripada sanubari seorang ketua, saya titipkan segala doa yang tulus kepada semua ahli biro saya. BIRO PERHIMPUNAN 2024 / 2025 25 MAC 2024. KANGAR, NUR IZZUDDIN AMIR BIN ISMAIL KETUA BIRO PERHIMPUNAN


KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Kepimpinan Peneraju Wawasan Kegemilangan. Sebagai madah perdana, kami daripada Biro Perhimpunan pertamanya berbesar hati dan mengalu-alukan segala bentuk kerjasama, komitmen dan tunjuk ajar daripada semua pihak. Kami amat menghargai setiap pandangan serta nasihat yang disuarakan demi kemaslahatan biro dan imej Badan Pengawas Sekolah. Konsep biro ini bukanlah sekadar rutin sahaja namun biro ini juga berfungsi sebagai wahana untuk kita bersama-sama menyuburkan kesepaduan antara kaum yang berbilang bangsa. Harapan saya, melalui penubuhan biro ini, segala hal ehwal berkaitan perhimpunan di sekolah dapat kami perincikan demi rujukan pengendalian perhimpunan pada masa akan datang meskipun setelah kami tamat berkhidmat di sekolah ini. Dalam erti kata lain, kami berhasrat untuk melahirkan golongan pengawas yang berupaya mengendalikan apa-apa jua majlis dengan cemerlangnya. Akhir kata daripada saya, peganglah erat setiap bait dalam moto biro demi memperoleh pengiktirafan kecemerlangan yang berupaya dijadikan kebanggaan kita bersama. Dengan hati yang tulus, saya mendoakan kejayaan biro yang lebih gemilang kelak! BIRO PERHIMPUNAN 2024 / 2025 25 MAC 2024. KANGAR, AINA SAFIYYAH BINTI AHMAD PENOLONG KETUA BIRO PERHIMPUNAN


KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Kepimpinan Peneraju Wawasan Kegemilangan. Saya merafak setinggi-tinggi rasa syukur kerana telah diberikan kepercayaan untuk mendukung tanggungjawab sebagai Setiausaha Biro Perhimpunan. Jawatan ini tidaklah semudah yang disangka oleh orang lain kerana untuk memegang pangkat sebegini, seseorang itu wajarlah berdisiplin khususnya dengan pengurusan masa dan juga bimbingan yang berterusan. Jutaan terima kasih turut saya ucapkan kerana saya telah mendapat sokongan dan kerjasama yang jitu daripada ahli-ahli Biro Perhimpunan terutamanya daripada ketua biro dan penolong ketua biro. Mereka berdua telah mencurahkan lambakan ilmu baharu yang tidak ternilai kepada saya. Ilmuilmu ini diharapkan dapat memanfaatkan bukan sahaja kepada saya bahkan kepada semua anggota Badan Pengawas Sekolah. Akhir kalam, saya berhasrat agar semua ahli biro dapat berganding bahu dalam mengendalikan tatacara perhimpunan dan pengacaraan majlis supaya kecemerlangan biro ini dapat dikekalkan sesuai dengan moto SMK Derma, iaitu ‘Derma Must Be No 1’. Penat jerih kita bersama insya-Allah akan dibayar dengan ganjaran pahala daripada yang Esa! BIRO PERHIMPUNAN 2024 / 2025 25 MAC 2024. KANGAR, AIN NUR ZAKINA BINTI AZEMI SETIAUSAHA BIRO PERHIMPUNAN


assembly bureau Reruai Suai Kenal - Perpaduan Insani Pemangkin Kejayaan Misali - Tema: Anjakan Digitalisasi


Ketua Biro Perhimpunan Nur Izzuddin Amir Penolong Ketua Biro Aina Safiyyah Setiausaha Biro Ain Nur Zakina Penolong Setiausaha Biro Penyelia Unit (UUP) Penyelia Unit (UPM) Penyelia Unit (UKP) Ahli Biro Hierarki Biro Unit-unit Biro Urusan Pentas Unit Pengacaraan Majlis Unit Kawalan Pelajar Unit Indikator:


Aisyah Danish Asyfa Dayana ‘Afaf Syamilah Irdina Safiya Farah Firzana Yong Zhee Sheng Chong Irene Ain Nur Zakina Ardini Syahzanani Eric Puah Jia Hong Iman Rafiea Ong Kang Zheng Unit-unit Biro Wan Dania Sofea Amsyar Thaqif Muhd. Syahrul Azfar Rifqi Penyelia Unit Penyelia Unit Penyelia Unit Penolong Setiausaha Biro Setiausaha Biro


@assembly.bureau


@assembly.bureau


@assembly.bureau


assembly bureau Piagam Biro - Perpaduan Insani Pemangkin Kejayaan Misali - Tema: Kebudayaan Bahari Bangsa


Biro Perhimpunan ini secara umumnya meliputi tiga unit utama: Pembahagian setiap unit ini tidak memberi sebarang makna bahawasanya para pengawas bakal bekerja secara berasingan. Pengawas yang diletakkan di unit berlainan digalakkan untuk saling bekerjasama dan membantu satu sama lain. Ahli Biro Perhimpunan (yang bertugas amnya) hendaklah datang awal ke sekolah, iaitu dalam jangka masa 6:50 pagi hingga 7:05 pagi bagi urusan persiapan dewan. Piagam Biro 1. Unit Urusan Pentas 2. Unit Pengacaraan Majlis 3. Unit Kawalan Pelajar


Unit Pengacaraan Majlis tidak semestinya bakal sentiasa menguruskan majlis dari aspek pengacaraan, tetapi juga berperanan dalam melatih pengawas daripada biro-biro lain untuk mengendalikan majlis. Unit Urusan Pentas haruslah sentiasa bersiap siaga dalam menguruskan aturan hadiah dan sijil sebelum sebarang majlis bermula. Unit Kawalan Pelajar bakal dikecualikan daripada melakukan sebarang tugasan di luar dewan (kecuali arahan pihak guru dan pengurusan). Biro Perhimpunan turut akan mewujudkan jawatan Setiausaha Biro dan penolong bagi menyediakan laporan Perhimpunan Rasmi pada setiap minggu. Piagam Biro


assembly bureau Rangkuman Penuh Tugas - Perpaduan Insani Pemangkin Kejayaan Misali - Tema: Kebudayaan Bahari Bangsa


Menyelia segala aktiviti yang dijalankan oleh biro. Mencadangkan sebarang perubahan baharu kepada ahli jawatankuasa tertinggi, guru pengawas, guru disiplin, guru kaunseling dan pihak pentadbir. Mengadakan mesyuarat biro (menurut takwim tertentu). Membentangkan laporan biro ketika mesyuarat tertutup Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan mesyuarat agung pengawas. Melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal biro. Menasihatkan ahli biro untuk mematuhi peraturan pengawas dan sekolah. Memastikan biro mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada setiap bulan. Menyelia setiap laporan Perhimpunan Rasmi yang disediakan oleh setiausaha. Memberi senarai tugas sekiranya jawatan terpaksa dipangku oleh penolong ketua biro. Mengawal aturan kedudukan pengawas yang bertugas di dalam dewan. Menyelia teks bagi slot rehat minda. Membantu Setiausaha Agung dalam menyediakan jadual bertugas bagi perhimpunan rasmi menerusi Unit Penerangan. Ketua Biro


Membantu ketua biro dalam pelbagai aspek kecuali hal ehwal surat-menyurat. Memberi maklum balas terhadap kelancaran perhimpunan rasmi dan majlis-majlis khas sekolah. Memberi nasihat dan menyelia tugas ahli bagi kesemua subperkara 4. Menasihat ketua biro atas beberapa isu yang timbul Memangku ketua biro sekiranya ketua biro berada di luar kawasan atas kriteria berikut: a) Cuti sakit (bersurat mahupun tidak bersurat) b) Mesyuarat-mesyuarat lain c) Kelas pecutan Sijil Pelajaran Malaysia dan sebagainya d) Program anjuran sekolah e) Program anjuran pihak luar (di bawah kementerian) f) Mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan Ketua Biro Penolong


Menyediakan laporan Perhimpunan Rasmi pada setiap minggu. Menghantar laporan Perhimpunan Rasmi kepada ketua biro untuk seliaan awal. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat biro. Menyediakan catatan ringkas bagi setiap perjumpaan biro atau perjumpaan bulanan: hal ehwal berkaitan biro khususnya (bidang kuasa pembahagian). Berurusan dengan Setiausaha Agung Badan Kepimpinan Pengawas bagi hal surat-menyurat dan dokumen biro (bidang kuasa pembahagian). Berurusan dengan Bendahari Kehormat Badan Kepimpinan Pengawas bagi hal ehwal monetari seperti perlaminaan dokumen biro dan skrip pengacaraan majlis (bidang kuasa pembahagian). Berurusan dengan penolong setiausaha yang dilantik dalam menyiapkan segala urusan surat-menyurat. Menyediakan maklumat bagi pembentangan laporan biro (bidang kuasa pembahagian). Memangku ketua biro dalam urusan pembentangan laporan sekiranya ketua biro di luar kawasan berdasarkan kriteria berikut: a) Cuti sakit (bersurat mahupun tidak bersurat) b) Mesyuarat-mesyuarat lain c) Kelas pecutan Sijil Pelajaran Malaysia dan sebagainya d) Program anjuran sekolah e) Program anjuran pihak luar (di bawah kementerian) f) Mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan Setiausaha Biro dan Penolong Setiausaha


Melaksanakan segala arahan ketua biro, penolong ketua biro dan setiausaha biro. Bertugas berdasarkan kerahan tugas yang dilaksanakan menerusi unit masing-masing. Ahli Biro Unit Pengacaraan Majlis: menjalankan tugas pengacaraan seperti melafazkan ikrar, mengacarakan majlis, mengendalikan slot rehat minda dan membantu pengawas lain memimpin bacaan doa. Unit Pengacaraan Majlis: melantik sekurangkurangnya dua orang pengawas atas amanah untuk menjaga skrip pengacara majlis, skrip ikrar dan skrip doa. Unit Urusan Pentas: menyusun atur pelbagai hadiah dan sijil seiring dengan teks pengacara majlis. Unit Urusan Pentas: melantik seorang pengawas bagi berurusan dengan guru-guru untuk persiapan teks penyampaian hadiah beberapa hari sebelum hari Isnin. Unit Urusan Pentas: memastikan kerusi guru-guru dan barisan pentadbir disusun awal (sebelum pukul 7:15 pagi). Unit Urusan Pentas: memastikan bilangan pengawas yang berada di atas pentas tidak melebihi 7 hingga 8 orang.


Memastikan murid kekal tidak mengganggu perjalanan majlis. Memastikan murid keluar dewan dalam keadaan yang teratur dan tertib. Membantu pengendalian aktiviti semakan kesalahan disiplin yang dilaksanakan oleh Biro Disiplin. Menyusun kerusi di atas pentas dan di bawah pentas serta menyimpannya kembali sesegera mungkin; diarahkan sekurang-kurangnya enam orang bertugas bahagian penyusunan kerusi dan meja dalam premis dewan dan tempat seumpamanya. Duduk di celah-celah barisan pelajar atau duduk di dalam barisan pelajar demi kemaslahatan suasana majlis. Menghidupkan dan mematikan suis kipas, lampu dan pendingin hawa dewan dan tempat seumpamanya pada jangka masa yang ditetapkan. Ahli Biro Waktu bagi Menghidupkan Suis 6:50 pagi hingga 7:05 pagi Waktu bagi Mematikan Suis 8:25 pagi hingga 8:40 pagi


Mengacarakan majlis mengikut teks dengan hemah dan profesional. Memastikan rakan-rakan pengawas sudah bersedia sebelum majlis bermula. Mengarahkan murid-murid membuat barisan yang teratur dan seragam. Memohon para pelajar untuk kekal bertenang pada saat majlis bermula. Bersedia menerima isyarat daripada penolong pengacara majlis bagi menjemput barisan pentadbiran dan guru-guru naik ke pentas. Menyampaikan salutasi majlis dengan bersikap cakna akan barisan pentadbir yang hadir pada hari berkenaan. Sistem suara tergendala: mengumumkan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, lagu sekolah dan lagu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tanpa iringan muzik teknikal. Menjemput pengawas daripada Biro Kerohanian untuk memimpin bacaan doa; menjemput pengawas yang bertugas untuk melafazkan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid. Mengumumkan senarai guru yang bertugas bagi setiap sesi minggu bermula dengan Ketua Guru Bertugas (peka dengan gelaran guru tersebut). Menjemput pengawas yang bertugas bagi mengendalikan slot rehat minda; menjemput individu dan kumpulan yang ditugaskan untuk menyampaikan persembahan. Pengacara Majlis


Mengendalikan acara penyampaian hadiah: mengikut jumlah sidang. Menjemput wakil pentadbir tertentu untuk menyampaikan ucapan. Memaklumkan beberapa pengumuman daripada guruguru dan pihak tertentu kepada sekalian pelajar. Memahirkan diri untuk bercakap spontan tanpa bantuan teks. Keperluan dua pengacara majlis atau lebih: Pengacara Majlis Penyampaian hadiah melebihi satu sidang. Majlis khas: Hari Guru, Hari Raya Aidilfitri, majlis persaraan dan perpindahan, etc. Lain-lain yang bersesuaian.


Membantu mengambil hadiah yang perlu disampaikan pada hari kejadian daripada guru-guru atau pihak tertentu. Mengambil maklum guru-guru yang bertugas dan memaklumkan kepada pengacara majlis. Mengambil maklum dan mencatatkan kesemua pengumuman dan diberikan kepada pengacara majlis. Bersedia untuk menyediakan teks spontan sekiranya berlaku keciciran informasi. Memastikan kesemua pengawas yang bertugas (seksyen ikrar, seksyen doa, seksyen rehat minda/persembahan dan seksyen bendera) berada di dalam dewan seawal yang mungkin: 7.10 pagi perlu berada di dalam dewan. Mengambil maklum kehadiran pihak pengurusan sekolah pada minit-minit sebelum bermulanya majlis dan memaklumkannya kepada pengacara majlis. Memastikan kesemua hadiah telah disusun rapi oleh Unit Urusan Pentas. Menyemak teks pengacara majlis bagi mengurangkan kadar kesalahan tatabahasa. Pengacara MajlisPenolong


Memastikan ahli unit menjalankan tugas seperti yang tertera dalam Rangkuman Penuh Tugas Ahli Biro. Melaporkan kepada ketua biro dan penolong ketua biro sekiranya ahli unit tidak mematuhi peraturan biro. Penyelia Unit


assembly bureau Laporan Perhimpunan Rasmi - Perpaduan Insani Pemangkin Kejayaan Misali - Tema: Etika Pelaksanaan Tugas


assembly bureau Koleksi Skrip: Unit Pengacaraan Majlis - Perpaduan Insani Pemangkin Kejayaan Misali - Tema: Intonasi Memacu Seri


Halaman 48 - 50 Teks Doa Perhimpunan Rasmi Halaman 51 - 52 Teks Perhimpunan Harian Halaman 53 - 54 Teks Perhimpunan Harian Halaman 55 - 57 Teks Doa Perhimpunan Harian Kandungan: - Perpaduan Insani Pemangkin Kejayaan Misali - Halaman 36 - 40 Set I: Pengacara Majlis Halaman 41 - 45 Set II: Pengacara Majlis Halaman 46 - 47 Ikrar Rukun Negara, Ikrar Pelajar Bahasa Melayu Bahasa Inggeris


3 1 O G O S 1 9 5 7 1 6 S E P T E M B E R 1 9 6 3 Ikrar Rukun Negara bahawasanya NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: K EPE R C A Y A A N K EP A D A TU H A N K ESETI A A N K EP A D A R A J A D A N N EG A R A K ELU H U R A N PE R LEMB A G A A N K E D A UL A T A N U N D A N G-U N D A N G K ESOP A N A N D A N K ESUSIL A A N


S M K D E R M A 1 9 4 8 Ikrar Pelajar Bahawasanya Kami, Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Derma Berikrar dan berjanji akan: ME N J A D I I N S A N Y A N G CEME R L A N G SE N TI A S A B E R A K H L A K MULI A T A A T K EP A D A I B U B A P A ME N G H O RMA TI GU R U-GU R U D A N R A K A N - R A K A N SE R T A MEMA TU H I SEG A L A PE R A TU R A N SE K OL A H


Click to View FlipBook Version