The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI YASMEEN BINTI NAWAB SHAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yasmeen.nawab123, 2021-10-06 03:53:56

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI YASMEEN BINTI NAWAB SHAH

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI TAMAN DESA
MERANTI, SUNGAI PETANI KEDAH

NAMA : YASMEEN BINTI NAWAB SHAH
NO IC : 070910020822
TINGKATAN : 2 SAKINAH
NAMA GURU : PUAN ARHAMNI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 6 OCTOBER 2021

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN M/S
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF KAJIAN 3
KAWASAN KAJIAN 4
KAEDAH KAJIAN 6
HASIL KAJIAN 7
RUMUSAN 12
LAMPIRAN 13
RUJUKAN 17

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Maktab
Mahmud Alor Setar, Puan Zaiton Binti Ismail kerana memberi kebenaran
kepada saya dan rakan yang lain untuk menjalankan kerja lapangan ini
dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepa guru geografi saya, iaitu
Puan Arhamni Binti Robian yang telah memberi bimbingan, tunjuk ajar
dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua dua ibu bapa saya iaitu
Nawab Shah Bin Shaik Mohaiyadeen dan Mazura Binti Mukhtar yang
sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
kerja lapangan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan saya,iaitu Nur
Qistina Binti Norazman dan Nazifa Binti Sofi yang telah membantu saya
dalam menyiapkan kerja lapangan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan
terima kasih kepada responden bandar Sungai Petani yang sudi memberi
kerjasama.

PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk “Kajian Penggunaan Sistem Komunikasi di
Sekitar Taman Desa Meranti, Sungai Petani, Kedah” sebagai tajuk kerja
lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan sistem telekomunikasi dapat
memberi banyak kemudahan kepada penduduk setempat.

Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kerja lapangan ini ialah
selama satu minggu. Pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan
dalam kerja lapangan ini dilakukan pada waktu lapang selepas waktu kelas
pembelajaran secara dalam talian. Manakala penulisan laporan pula
dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Geografi di dalam kelas.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian Penggunaan Sistem Telekomunikasi di sekitar
Taman Desa Meranti, Sungai Petani, Kedah untuk mencapai objektif yang
berikut:

 Menerangkan konsep dan takrifan alat telekomunikasi.
 Melukis peta lakar kawasan kajian

 Menghuraikan tiga (3) jenis alat telekomunikasi yang digunakan di
kawasan kajian

 Menjelaskan tiga (3) kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi di
kawasan kajian.

 Mencadangkan (3) langkah penggunaan alat telekomunikasi secara
beretika.

KAWASAN KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN:

Kawasan kajian saya adalah sekitar Taman Desa Meranti, Sungai Petani,
Kedah. Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan kajian saya.
Antaranya ialah hutan, paya dan tanah pamah. Kedudukan kawasan kajian
saya adalah di selatan bandar Sungai Petani. Jaraknya kira 8km daripada
dari pekan Sungai Petani.

Ciri budaya yang terdapat di kawasan kajian saya adalah sebuah masjid,
tokong cina dan taman perumahan. Terdapat jaringan jalan raya yang
memudahkan perhubungan antara satu destinasi ke destinasi yang lain

KAWASAN KAJIAN

PETA LAKAR SEKITAR TAMAN DESA MERANTI

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan kajian ini.
Antaranya ialah:

 PEMERHATIAN- Saya telah membuat pemerhatian di kawasan
kajian untuk mengenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan
kajian.

 TEMUBUAL- Saya telah menemubual 2 orang responden untuk
mendapat maklumat tentang tugasan ini.

 SOAL SELIDIK- Saya telah memberi soal selidik kepada 10 orang
responden untuk mendapat maklumat tentang tugasan ini

 RUJUKAN- Saya telah melayari beberapa laman web untuk
mendapat maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan
berdasarkan buku teks

HASIL KAJIAN

KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM TELEKOMUNIKASI
Menurut Wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi
elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah
komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon dan komputer.

Sistem telekomunikasi pula merupakan semua sistem atau komponen
yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DAN PENGGUNAANNYA
Terdapat banyak alat telekomunikasi. Berdasarkan soal selidik dan temu
bual, berikut adalah alat telekomunikasi yang responden berikan:

 MESIN FAKS
-teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk
memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin JA
yang disambungkan dengan rangkaian telefon.

 Komputer
 Telefon pintar

MEMBINA JADUAL DAN GRAF UNTUK MENERANGKAN JENIS
ALAT TELEKOMUNIKASI DI KAWASAN KAJIAN

Saya telah menjalankan soal selidik dan temubual terhada 10 (3) orang
responden di kawasan kajian untuk mendapatkan maklum balas terhadap
jenis alat telekomunikasi yang mereka guna. Hasil soal selidik diringkaskan
dalam jadual 1 dan dipersembahkan dalam graf 1.

HASIL KAJIAN

BIL JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI BILANGAN RESPONDEN

1 MESIN FAKS 2
2 KOMPUTER 3
3 TELEFON PINTAR 5

JUMLAH 10

JENIS JENIS TELEKOMUNIKASI YANG DIGUNAKAN DI
SEKITAR TAMAN DESA MERANTI

MESIN FAKS
20%

TELEFON PINTAR
50%

KOMPUTER
30%

MESIN FAKS KOMPUTER TELEFON PINTAR

HASIL KAJIAN

Jadual 1 dan graf 1 menunjukkan jenis alat telekomunikasi di sekitar
Taman Desa Meranti, Sungai Petani, Kedah iaitu mesin faks, komputer dan
telefon pintar.

Melalui soal selidik dan temu bual, seramai 2 orang responden
menggunakan mesin faks untuk memudahkan urusan pekerjaan mereka.
Sebagai contoh, Encik Ahmad seorang peniaga menggunakan mesin faks
untuk urusan perniagaannya.

Seterusnya, seramai 3 orang responden menggunakan komputer
untuk mencetak bahan dan mencari maklumat di dalamnya. Sebagai
contoh, Encik Nawab seorang usahawan menggunakan komputer untuk
menyimpan maklumat perniagaannya di dalam komputer itu.

Berdasarkan soal selidik dan temu bual, didapati 5 orang responden
menggunakan telefon pintar untuk memudahkan urusan perjalanan dan
boleh dibawa kemana mana sahaja. Sebagai contoh, Puan Siti seorang
pekerja kilang menggunakan telefon pintarnya untuk mengimbas kod qr
MySejahtera dan maklumat itu akan disimpan di dalam telefonnya.

Kesimpulannya, telefon pintar lebih banyak kegunaannya berbanding
alat telekomunikasi yang lain kerana telefon pintar ini senang di bawa
kemana mana sahaja dan senang untuk mencari maklumat tidak kisah
dimana kita berada.

HASIL KAJIAN

KESAN KESAN NEGATIF ALAT TELEKOMUNIKASI

1) MENINGKATKAN KOS HIDUP REMAJA
-Selain itu, penggunaan alat telekomunikasi yang keterlaluan juga
akan meningkatkan kos hidup remaja. Sikap suka menggunakan
telefon untuk berhubung tanpa mengira keperluan sebenar
menyebabkan bil telefon turut bertambah. Lebih membebankan lagi
jika penggunaannya berlaku di luar kawalan remaja sehingga
peningkatan bil telefon mencecah ratusan ringgit setiap bulan.
Remaja terpaksa membelanjakan sebahagian pendapatannya untuk
membayar bil telefon. Penggunaan telefon bimbit yang tanpa batasan
menyebabkan remaja mengalami masalah kewangan yang serius.

Keadaan ini mungkin membawa mereka terpaksa beralih ke arah cara
yang negatif seperti mencuri. Lantaran itu, telefon bimbit mampu
menyebabkan remaja mengalami masalah kewangan yang serius
sebagai akibat sikap mereka yang beraja di mata, bersultan di hati.
Tegasnya, peningkatan kos hidup remaja turut berlaku disebabkan
oleh sikap remaja yang menyalahgunakan alat telekomunikasi
mereka.

2) HILANG FOKUS KETIKA SESI PEMBELAJARAN
-salah satu impak negatif kepada remaja ialah remaja akan hilang
focus ketika sesi pembelajaran. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap
ketagih mereka dan gagal menguruskan masa dengan baik. Sebagai
contoh, ada remaja yang berbual dengan rakan melalui laman social
sehingga lewat malam sehinggakan mereka mengantuk di dalam
kelas. Ada juga remaja terutamanya yang masih belajar
menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika guru mengajar
tanpa segan silu.
Kesannya, prestasi pelajaran mereka akan merosot kerana tidak
memberikan tumpuan ketika guru mengajar di dalam kelas. Semasa
menerima keputusan peperiksaan mereka akan menyesal tetapi sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jelaslah bahawa

penyalahgunaan alat telekomunikasi dapat menyebabkan remaja
hilang focus ketika sesi pembelajaran.

3) MENJEJASKAN TAHAP KESIHATAN REMAJA.
-Sekiranya ditinjau dari sudut yang lain, penggunaan alat
telekomunikasi yang tidak terkawal akan menjejaskan tahap
kesihatan remaja. Hal ini berlaku kerana gelombang electromagnet
yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel sel otak
untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutase genetic
terhadap sel sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser
otak.

Mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara
negara maju termasuk United States, penggunaan telefon bimbit yang
berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Sekiranya
masalah ini berlaku, kehidupan dan masa hadapan remaja akan
hancur ibarat kaca terhempas ke batu. Kehidupan remaja akan
sentiasa dibayangi dengan kematian kerana kanser merupakan
pembunuh secara senyap. Izharlah bahawa kesihatan remaja akan
terjejas jika tidap menggunakan alat telekomunikasi dengan berpada
pada.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti
telefon pintar yang digunakan oleh orang ramai khususnya di
kawasan kajian saya. Alat telekomunikasi ini mempunyai banyak
kepentingan, antaranya ialah meningkatkan integrasi dan perpaduan
negara, mengeratkan silaturrahim dan pengurusan dan pentadbiran
negara lebih sistematik dan teratur.

Seterusnya, perkembangan sistem telekomunikasi telah memberi
banyak kesan positif seperti e-perbankan, e-dagang dan e-kerajaan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif terhadap
perkembangan sistem telekomunikasi ini seperti meningkatkan kos
hidup remaja, hilang focus ketika sesi pembelajaran dan menjejaskan
kesihatan remaja.

Sama samalah kita berusaha untuk menggunakan pelbagai alat
telekomunikasi dengan betul dan elakkan menyebar berita berita atau
maklumat tidak tepat kepada orang ramai.

LAMPIRAN







RUJUKAN

 BUKU

-ZULKIPLI BIN ISMAIL, RAJANDERAN SUBRAMANIAM
DAN KANG CHAI YOENG, 2017, GEOGRAFI TINGKATAN 2,
JOHOR BAHRU:
IMS BOOK TRADING SDN. BHD.

 INTERNET

-WIKIPEDIA

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&ved=2ahUKEwj
1vuC6pJfzAhXJzDgGHYvdC0oQFnoECAgQAQ&url=https%3A%2F%2Fkarangan.net%2Fco
ntoh-karangan-kesan-buruk-penggunaan-alat-
telekomunikasi%2F&usg=AOvVaw2EzH3HfJhoJcWRNNU8DnTN

https://youtu.be/w5htc7-FKhg
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&u
act=8&ved=2ahUKEwjU9fmr6bLzAhWaxjgGHU8fAAkQFnoECAgQAQ&url=https%
3A%2F%2Fmaps.google.com%2F&usg=AOvVaw3z2z03MnvIwD2K6kwtdD9z
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&u
act=8&ved=2ahUKEwiH_7Of67LzAhWMyjgGHQ0PBdYQFnoECAIQAQ&url=https
%3A%2F%2Fwww.utusan.com.my%2Fberita%2F2020%2F11%2F25-menara-
komunikasi-baharu-dibina-di-kedah%2F&usg=AOvVaw1pKaWTwQx5-
vAF_5_BQdvT


Click to View FlipBook Version