The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yasmeen.nawab123, 2021-10-20 12:04:51

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI PT2

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI PT2

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050

ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI
KAMPONG SELARONG BATANG SIMPANG
EMPAT, ALOR SETAR

NAMA : NAZIFA BINTI MOHAMAD SOFI
NO IC : 071225020546
TINGKATAN : 2 SAKINAH
NAMA GURU : PUAN ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 21 October 2021

SENARAI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

4. KAWASAN KAJIAN
5. KAEDAH KAJIAN
6. DAPATAN KAJIAN
7. RUMUSAN
8. LAMPIRAN
9. RUJUKAN

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pengetua Maktab Mahmud Alor Setar , Puan Zaiton
Binti Ismail kerana memberi kebenaran kepada saya
dan rakan-rakan untuk menjalankan kerja lapangan ini
dengan jayanya.

Saya juga ingin megucapkan terima kasih kepada guru
geografi saya iaitu, Puan Arhamni Binti Robian yang
tidak jemu-jemu memberi dorongan,bimbingan dan
tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu-
bapa saya, iaitu Encik Mohamad Sofi dan Puan
Mashitoh Binti Ali@Yaakob yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja lapangan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada
rakan-rakan saya, iaitu Iman An-Nissa, Yasmeen dan
lain-lain yang telah membantu saya dalam menyiapkan
kerja lapangan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan
terima kasih kepada responden di bandar Simpang
Empat, Alor Setar ini yang sudi memberi kerjasama
yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk “Kajian Penggunaan Sistem
Telekomunikasi di sekitar Kampung Selarong Batang,
Simpang Empat, Alor Setar” sebagai tajuk kerja
lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan sistem
telekomunikasi dapat memberi banyak kemudahan
kepada penduduk setempat.

Tambahan pula, dengan keadaan dunia sekarang yang
sememangnya penggunaan teknologi ini tidak asing
lagi kepada semua peringkat umur.

Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan
kerja lapangan ini ialah selama tiga minggu.
Pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan
dalam kerja lapangan ini dilakukan pada waktu lapang
selepas sesi persekolahan. Manakala penulisan laporan
pula dijalankan pada waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Geografi di dalam bilik
darjah.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian Penggunaan Sistem
Telekomunikasi di sekitar Kampung Selarong Batang,
Simpang Empat, Alor Setar, Kedah untuk mencapai
objektif yang berikut:

1. Menerangkan konsep dan takrifan alat telekomunikasi.

2. Melukis peta lakar kawasan kajian.

3. Menghuraikan tiga (3) jenis-jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian.

4. Menjelaskan tiga (3) kesan negatif penggunaan alat
telekomunikasi di kawasan kajian.

5. Mencadangkan tiga (3) langkah penggunaan alat
telekomunikasi secara beretika.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kampung
Selarong Batang, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah.
Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan
kajian saya. Antaranya ialah sungai dan tanah pamah.
Kedudukan kawasan kajian saya adalah di utara
bandar Alor Setar. Jaraknya kira-kira 8KM dari bandar
Alor Setar.

Ciri budaya yang terdapat di sekitar kawasan kajian
saya adalah sebuah masjid, kubur, taman perumahan
dan sekolah. Terdapat jaringan jalan raya yang
memudahkan perhubungan antara satu destinasi ke
destinasi yang lain.

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

Bagi menjalankan kajian ini, saya telah melaksanakan
beberapa kaedah kajian :

1. Pemerhatian : saya telah membuat pemerhatian di
kawasan kajian bagi mendapat beberapa maklumat
berkaitan dengan tajuk kajian iaitu Telekomunikasi.

2. Temu bual : saya telah menemubual 10 orang
responden untuk mendapat maklumat tentang tugasan
ini.

3. Rujukan : saya telah melayari beberapa laman web
dan memuat turun bahan di internet untuk
mendapatkan beberapa maklumat berkaitan dengan
tajuk kajian ini. Saya juga merujuk buku teks dan
buku-buku yang berkaitan dengan Telekomunikasi.

DAPATAN KAJIAN

- Konsep dan Takrifan alat Telekomunikasi

Menurut Wikipedia, Telekomunikasi ialah komunikasi
elektronik jarak jauh sama ada satu atau dua hala. Contoh
seperti radio, telefon, komputer, mesin faksimile dan lain-lain.

Takrifan Telekomunikasi juga disebut sebagai suatu interaksi
yang melibatkan jarak yang jauh antara penyampai dan
penerima.

- Tiga (3) jenis-jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian.

Berdasarkan kajian melalui pemerhatian dan temu bual
bersama responden, saya mendapati bahawa terdapat
beberapa alat telekomunikasi yang digunakan oleh penduduk
di kawasan kajian ini. Antaranya :

¬ Telefon pintar
¬ Komputer riba
¬ Radio
¬ Televisyen

Rajah dibawah menunjukkan hasil saya setelah menemu bual
bersama responden dan pemerhatian kendiri tentang
penggunaan Telekomunikasi di Kampong Selarong Batang,
Simpang Empat, Alor Setar ini.

BIL JENIS TELEKOMUNIKASI BILANGAN

RESPONDEN

1. Telefon Pintar 8

2. Komputer Riba 7

3. Radio 3

4. Televisyen 3

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1 yang dipaparkan, penggunaan alat
telekomunikasi jenis telefon pintar adalah paling banyak
dengan jumlah 8 pengguna. Saya melihat dari segi aspek
keadaan pandemik ini membuatkan penggunaan telefon
pintar semakin bertambah. Ini kerana telefon pintar dapat
memudahkan segala urusan seperti mengakses pautan atau
data dengan lebih mudah dan pantas. Hal ini dapat membantu
menjimatkan masa dengan hanya di hujung jari.

Seterusnya, beralih pula pada jenis alat telekomunikasi
komputer riba yang tidak kurang penggunaanya di kawasan
kajian ini. Fizikalnya yang light-weight dapat memudahkan
pengguna untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Pengguna
boleh berhibur dengan lebih mudah, mengakses segala jenis
pautan mahupun aplikasi untuk berhubung dan juga boleh
menaip serta menyimpan data.

Kemudian, Radio dan Televisyen merupakan telekomunikasi
jenis satu hala. Dengan pemasangan antena pada kedua-dua
alat telekomunikasi ini, kita boleh mengetahui segala
maklumat seperti berita semasa, cuaca dan hal-hal politik.
Radio dan Televisyen yang berkonsepkan audio dan visual
membuatkan kedua-dua alat ini juga mampu menjadikan
sebagai hiburan walaupun penggunaanya agak kurang di
kawasan kajian ini.

Kesimpulannya, jenis-jenis alat telekomunikasi ini
mempunyai fungsi yang tersendiri dan multi-function
mengikut kegunaan kita terhadap alat telekomunikasi.

- tiga (3) kesan negatif penggunaan alat

telekomunikasi.

1. Maklumat yang tersebar di laman sesawang yang tidak
tepat. Contohnya, khabar angin tentang rusuhan yang akan
berlaku di negara kita telah tersebar di laman media sosial
seperti Whatsapp. Khabar angin yang tersebar pastilah
menarik minat rakyat untuk bertindak di luar batas
kemanusiaan. Kesan ini mampu mendatangkan kemudaratan
kepada negara kita.

2. Isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem
pangkalan data secara atas talian. Peralihan zaman sekarang
yang sememangnya satu dunia menggunakan telekomunikasi
membolehkan scammer atau penceroboh dapat menggodam
maklumat, data dan benteng pertahanan sesebuah negara
kepada anasir asing dan jahat yang dapat mengancam
keselamatan negara tersebut. Ini juga dikenali sebagai jenayah
siber.

3. Telekomunikasi yang seiring dengan kecanggihan teknologi
mampu membuatkan remaja zaman sekarang melayari laman
sesawang yang tidak bermoral atau pornografi. Pada mulanya,
remaja hanya melayari laman sesawang yang tidak bermoral
itu dengan tujuan ingin tahu. Namun sifat ingin tahu itu
makin meningkat sehingga ingin mencuba seterusnya kerap
dahagakan perkara yang tidak elok atau seks. Perkara
sebegini membuatkan generasi muda mudah terpengaruh dan
mengikut tindak laku yang tidak baik.

- tiga (3) langkah penggunaan alat telekomunikasi
secara beretika.

1. Kita haruslah mengenal pasti kebenaran dan kesahihan
sesuatu berita dalam Internet sebelum berkongsi sesuatu
mengenai berita itu. Ini dapat mengelakkan rakyat atau orang
lain berasa panik dan bertindak di luar batasan. Keharmonian
dan keselamatan negara juga dapat dijaga.

2. Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang
telah dikuatkasakan pada 1 April 1999. Dengan mendukung
akta ini, jenayah siber mampu dikawal sebaik mungkin.
Penjenayah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau
kedua-duanya sekali. Penjenayah juga hendaklah boleh
didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu
diteruskan selepas pensabitan. Saya yakin bahawa keadaan
seperti ini mampu mengurangkan jenayah siber yang berlaku
ketika menggunakan alat telekomunikasi.

3. Kita seharusnya menggunakan kemudahan telekomunikasi
untuk hal-hal yang bermanfaat seperti belajar menggunakan
medium yang berlainan. Contohnya, bermain quiz atau
menonton video tentang pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan efektif.

RUMUSAN

Kesimpulannya, penggunaan telekomunikasi tidak asing lagi
di dunia zaman sekarang. Dengan kecanggihan teknologi yang
semuanya di hujung jari membuatkan urusan kita menjadi
lebih mudah. Telekomunikasi juga mempunyai kesan positif
dan kesan negatif. Antara kesan positif adalah perniagaan
dengan cara yang lebih efektif, mengeratkan sesebuah
hubungan dengan masyarakat dan pendidikan yang bukan
lagi dikelilingi dengan batu-bata sebaliknya alam maya.

Maklumat yang tidak tepat disebarkan, isu pencerobohan data
maklumat dan isu remaja yang mudah terpengaruh dengan
perkara yang tidak baik menjadi kesan kearah negatif
terhadap telekomunikasi yang seiring bersama teknologi.

Jadi, ayuhlah kita menggunakan telekomunikasi dengan cara
yang berhemah dan mengikut etika yang betul untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif dari merebak kepada
setiap peringkat umur mahupun golongan.

LAMPIRAN

RUJUKAN

Laman web ;

https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Komunikasi_dan_Multim
edia_1998

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi
https://youtu.be/w5htc7-FKhg

Buku ;

Zulkipli Bin Ismail, Kang Chai Yeong, Rajanderan
Subramaniam, 2017, Geografi Tingkatan 2. Johor Bahru;
IMS BOOKS TRADING SDN.BHD


Click to View FlipBook Version