The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wannoorshidah, 2022-07-27 07:28:39

CTT_Layout MGAP 2021_smallest

CTT_Layout MGAP 2021_smallest

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Perkhidmatan Profesional

Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik)

PROFESOR Ts. DR. ROSNAH BINTI SHAMSUDIN
Fakulti Kejuruteraan

Rosnah Shamsudin dilahirkan pada 26 Mac 1972 di Kuala Kangsar, Perak. Mendirikan
rumah tangga dengan Azmi Peryatin dan dikurniakan tiga puteri dan seorang putera iaitu
Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Hana dan Arif Multazam. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Bota Kanan, Perak dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Pada peringkat pengajian tinggi,
memperoleh Bacelor Kejuruteraan Pertanian pada tahun 1997 dan Master Sains
(Kejuruteraan Proses dan Makanan) tahun 2000 dari Universiti Putra Malaysia (UPM),
dan kemudiannya ijazah PhD Kejuruteraan Kimia dan Proses pada tahun 2008 dari
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau merupakan profesor dalam bidang Kejuruteraan Makanan di Jabatan Kejuruteraan
Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Bidang kepakaran beliau ialah reka
bentuk mesin pemprosesan makanan dan kejuruteraan lepas tuai. Dalam pekerjaan,
beliau bermula sebagai tutor di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan (1997),
Pensyarah (2001), Pensyarah Kanan (2007), Profesor Madya (2012) dan tahun 2020
sebagai Profesor. Beliau merupakan Felo Penyelidik Bersekutu di Institut Penyelidikan
Produk Halal (2016 hingga sekarang) dan mulai tahun 2022 sebagai Penyelidik
Bersekutu Interim di Institut Kajian Perladangan, UPM. Beliau juga dilantik sebagai
Penyelaras Inovasi di Fakulti Kejuruteraan (2018 hingga kini). Beliau juga aktif dalam
aktiviti persatuan sebagai Setiausaha (2017-2019) dan Timbalan Presiden (2019 hingga
kini) dalam Persatuan Pegawai Akademik UPM. Beliau juga menjadi Presiden Malaysian
Society of Agricultural and Food Engineers (MSAE) dari tahun 2013 hingga kini.

Di samping itu, beliau juga merupakan Editor in Chief, Advances in Agricultural and
Food Research Journal (AAFRJ), Editorial Board of MAEJO International Journal of

50

Science and Technology (MJIST) dan pernah menjadi Guest Korea Cyber International Genius Inventor Fair (Cigif), Korea
Editor untuk Special Issue Journal of Halal Industry and Services, Creative Invention Contest (CiC), Croatia International Invention
Guest Editor Special Issue PERTANIKA Journal of Science & Show (INOVA), INNOVA (Brussels) dan British Invention Show
Technology dan Coordinator Special Issue Food Research. Selain (UK). Antara Special Award yang pernah diterima seperti
itu, beliau juga pernah menjadi Pengerusi dalam penganjuran Malaysia Innovative Product Award (ITEX 2008, 2012), EYReC
National Agricultural and Food Engineering Convention (NAFEC) Creative Invention Award (i-Envex 2011), MIND AWARD (i-Envex
dari tahun 2018 hingga kini dan Southeast ASEAN Agricultural 2012), KIA Special Award (Cigif 2012), Grand Award (i-Envex
Engineering Student Chapter Annual Regional Convention (2015 2013), AgriGreen Award, Diploma EuroInvent Gold Medal,
hingga 2018). Honor of Invention (INOVA 2013) dan Semi Grand Award (CIC
2019). Beliau pernah dicalonkan sebagai finalis Anugerah Harta
Di samping memenuhi tugas utama sebagai pensyarah, beliau Intelek Negara untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2014, 2015
juga aktif sebagai penceramah dalam seminar, bengkel, kursus dan 2016. Pada peringkat UPM pula, beliau pernah menerima
anjuran agensi atau persatuan usahawan tempatan terutamanya Anugerah Projek Komuniti Terbaik 2018 dalam ICAN 2018 bagi
berkaitan dengan sektor makanan dan pertanian. Malahan projek Pepper Peel-o-Matic untuk komuniti lada putih di Betong,
di luar negara juga dijemput sebagai ucaptama, penceramah Sarawak daripada geran NBOS di bawah Kementerian Pengajian
jemputan, pensyarah jemputan dan pembentang kertas kerja Tinggi sebagai ketua projek.
di Indonesia, Thailand, Jepun, Korea, India, Turki, Arab Saudi,
United Kingdom, Perancis, Sweden, Austria, Itali, Australia dan Pada tahun 2020, beliau telah menulis buku bertajuk Travelog
Amerika Syarikat. Selain itu, beliau turut menjalankan khidmat Strawberi di Bumi Sakura dalam dua versi iaitu Melayu dan Jepun
nasihat teknikal dan perundingan kepada pengusaha industri hasil daripada projek penyelidikan atas tajaan Geran Sumitomo
makanan sesuai dengan kepakaran beliau dalam reka bentuk (Jepun) yang menceritakan tentang penanaman strawberi musim
mesin pemprosesan makanan. Sehingga kini, beliau mempunyai panas dan musim sejuk di Jepun. Hasil dari 10 tahun penyelidikan
hampir 50 harta intelek berdaftar dalam bentuk patent granted, dalam lada putih, beliau berjaya menghasilkan buku bertajuk
patent pending, copyright, industrial design dan juga pemfailan Lada Hitam dan Lada Putih: Cara Pemprosesan dan Produk yang
paten luar negara seperti Indonesia, Taiwan dan China. Beberapa telah diterbitkan pada tahun 2021. Selain daripada itu, beliau
produk penyelidikan beliau juga telah dikomersialkan. juga telah menerbitkan lima bab buku yang juga hasil dapatan
dari penyelidikan beliau. Di samping berkongsi dapatan kajian
Di dalam pertandingan inovasi, beliau menerima lebih daripada dengan komuniti akademia, beliau juga sangat aktif berkongsi
90 anugerah dalam pertandingan reka cipta dan inovasi seperti dengan pihak umum dan komuniti melalui saluran media massa
ITEX, MTE, Pecipta, i-Envex, Anugerah Inovasi Negeri Selangor (televisyen, radio, majalah dan surat khabar).
dan lain-lain. Manakala pada peringkat antarabangsa seperti

51

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Perkhidmatan Profesional

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

ENCIK RAFIUZ ZAMAN BIN HAROUN
Institut Biosains

Rafiuz Zaman bin Haroun dilahirkan pada 13 April 1978 di Hospital Teluk Intan dan
dibesarkan di Taiping, Perak. Beliau bergraduat dari Universiti Putra Malaysia dalam
bidang Bacelor Sains (Sains Bioperubatan), Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
pada 2001. Pada 2014, beliau berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang Master
Sains (Bioteknologi Perubatan) di bawah seliaan Prof. Dato’ Dr. Tengku Azmi Tengku
Ibrahim dan bergraduat pada 2018. Hasil kajian beliau telah menghasilkan “Atlas on
Ultrastructural of Digestive Tract and Salivary Gland of Swiftlet” yang dilancarkan oleh
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Naib Canselor UPM pada Disember 2016
sempena Persidangan Burung Walit Kebangsaan kali ke-4 yang diadakan di Marriot
Hotel, Putrajaya.

Beliau telah dilantik ke jawatan Pegawai Sains pada 1 November 2001 dan ditempatkan
di Unit Mikroskopi, Institut Biosains bagi membantu menjayakan fungsi dan peranan
Unit Mikroskopi sebagai unit yang menyediakan perkhidmatan peralatan penyelidikan
berteknologi tinggi. Perkhidmatan yang ditawarkan bukan sahaja kepada perkhidmatan
peralatan penyelidikan, tetapi merangkumi perkongsian kepakaran, pengembangan
dan pembangunan modal insan dan perpindahan teknologi. Sepanjang perkhidmatan,
beliau telah menganjurkan lebih 50 kursus/bengkel/seminar yang memberikan nilai
tambah penyelidikan dan percambahan ilmu kepada penyelidik, pelajar siswazah
mahupun pihak industri dalam bidang mikroskopi. Selain tugas hakiki sebagai Pegawai
Sains, beliau juga merupakan Pegawai Perlindungan Sinaran UPM (Radiation Protection
Officer) semenjak 2008 sehingga kini.

Beliau telah dipilih untuk mengemudi dua makmal iaitu makmal SEM & TEM yang diiktiraf
sebagai BioNexus Partners Laboratory di bawah Malaysia Biotechnology Corporation

52

Sdn. Bhd. (kini dikenali sebagai BioEconomy Corporation Sdn. Bhd.) bermula tahun 2008 sehingga Disember
2021 dengan menerima geran berjumlah hampir RM1 juta.

Pada peringkat kebangsaan, beliau merupakan Panel Penilai Pentauliahan Program Sijil Kemahiran Malaysia,
Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi Program Juruteknologi Makmal
Bioteknologi Umum, Juruteknik Kanan Makmal Bioteknologi Umum dan Penolong Pengurus Bioteknologi
Umum semenjak 2016 sehingga kini. Lantikan panel penilai ini meliputi keseluruhan proses seperti pemetaan
modul BPTV dan NOSS, tenaga pengajar, bahan pengajaran, soalan peperiksaan, amali, projek tahun akhir
dan kelengkapan makmal mematuhi standard minimum yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan
Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Program ini adalah bagi Diploma Bioteknologi dan Kolej Vokasional.
Pentauliahan ini bagi menyediakan pelajar yang berkemahiran untuk dikurniakan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
2-4 dan menyediakan pekerja yang mempunyai kemahiran dan nilai tambah sebelum menceburi bidang pekerjaan
selaras hasrat kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi. Beliau juga telah dilantik sebagai
Technical Advisory Committee, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang selama tiga tahun bermula Oktober
2021 bagi Program Bioteknologi. Pada 2013, beliau telah dilantik sebagai panel dalam perolehan peralatan utama
dan sokongan makmal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menubuhkan Makmal Analisis Halal
JAKIM. Keseluruhan projek bagi penubuhan Makmal Analisis Halal JAKIM ini berjumlah RM30 juta merangkumi
penyediaan bangunan makmal yang baharu serta kelengkapan makmal. Beliau juga merupakan Exco Persatuan
Mikroskopi Malaysia semenjak 2018 hingga kini. Pada peringkat UPM pula, beliau merupakan Quality Manager
Akreditasi Makmal ISO/IEC 17025 Institut Biosains bermula 2010 sehingga kini. Beliau juga pernah dilantik sebagai
pensyarah jemputan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada tahun 2008 sehingga 2016. Beliau juga
pernah dilantik sebagai Presiden, Persatuan Pegawai Sains UPM, Ketua Skim Perkhidmatan Sains (C) UPM, Exco
Persatuan Pentadbir UPM dan tenaga pengajar bagi Program Bridging UPM. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai
tenaga pengajar/penceramah/fasilitator dalam pelbagai kursus/seminar/bengkel dalam bidang kepakaran dalam
memperkasakan perkhidmatan makmal di dalam dan luar UPM. Beliau juga menganggotai pelbagai jawatankuasa
di peringkat UPM dan IBS.

Aspirasi beliau untuk terus menyumbang kepakaran, ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam memastikan UPM
terus berdaya saing selaras dengan visi dan misinya untuk menjadi universiti bereputasi antarabangsa.

53

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Perkhidmatan Profesional

Kumpulan Pelaksana

PUAN AMRINA BINTI MOHAMAD AMIN
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Amrina binti Mohamad Amin dilahirkan pada 16 Februari 1975 di Miri, Sarawak. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri, Sarawak, Sekolah
Menengah Lutong, Miri, Sarawak, dan Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri, Sarawak.
Pada peringkat pengajian tinggi, beliau telah memperoleh Diploma Teknologi Makmal
Perubatan pada tahun 1997 dari Universiti Sains Malaysia, ijazah Sarjana Muda Sains
Bioperubatan (Kepujian) pada tahun 2017 dari Universiti Kuala Lumpur, Selangor dan
sedang dalam pengajian Master Sains (Biologi Kanser & Onkologi) bermula pada tahun
2018 di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Beliau ialah Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan di Unit Hematologi, Jabatan Patologi,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM. Beliau merupakan Setiausaha
Perkhidmatan Flow Cytometer Berpusat, FPSK, UPM. Beliau juga ialah pegawai yang
bertanggungjawab dan menunjuk ajar teknik flow cytometry, genetik dan molekular
(PCR, Real Time PCR), di Jabatan Patologi, FPSK, UPM, Pegawai yang dilantik untuk
menunjuk ajar teknik hematologi seperti Full Blood Picture (sampel darah periferi dan
sumsum tulang), Ujian Jenis Kumpulan Darah, Ujian Saringan dan Khas Koagulasi,
Ujian Saringan dan Khas untuk Thalassemia, Ujian Pewarnaan Khas Sumsum Tulang,
Pegawai yang memberi tunjuk ajar Teknik ELISA, Teknik Pengambilan darah periferi
(Phlebotomy), dan teknik pemprosesan dan penyimpanan sampel yang betul mengikut
jenis ujian, Pegawai yang dilantik sebagai Phlebotomist bagi pengambilan sampel darah
periferi untuk pengajaran dan penyelidikan, Ahli Majlis Bersama Kebangsaan 2018-
2020, Sains dan Teknologi (Gred Perubatan dan Kesihatan) untuk Kementerian Sumber
Manusia, Malaysia, Ahli Jawatankuasa Gred Perubatan dan Kesihatan, CUEPACS
2016-2019, Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja, Kesatuan Kakitangan Am Universiti
Putra Malaysia (KEPERTAMA, 2008-2021), Setiausaha, Biro Pendidikan dan Latihan

54

KEPERTAMA, 2013-2018, Penolong Ketua Biro Pendidikan Cell Enumeration. Beliau juga dilantik sebagai fasilitator untuk
dan Latihan KEPERTAMA, 2019-2021. AJK Biro Pendidikan latihan kompetensi staf di Jabatan Patologi (FPSK dan HPUPM),
dan Latihan KEPERTAMA, 2022-2024, Wakil UPM Persatuan untuk teknik hematologi rutin dan khas.
Juruteknologi Makmal Perubatan Malaysia (MSMLT) 2018-2022,
Pengerusi Gabungan Gred Perubatan Universiti Awam (GAPUA, Beliau juga seorang yang kreatif dan inovatif. Antara program
2016-2019) di bawah seliaan Gabungan Majlis Presiden dan edu-creative learning yang beliau terlibat adalah Junior Kem,
Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Persatuan Hemofilia Malaysia (bermula 2017 hingga kini), Kem Cuti
Malaysia (GAKUM), Ahli Jawatankuasa Pakaian Seragam UPM, Sekolah Patologi, Jabatan Patologi, FPSK,UPM, Kem Cuti Sekolah
2018 – 2020, Wakil Kluster Perubatan, Ahli Jawatankuasa Patologi Hospital Putrajaya. Beliau juga menghasilkan video
‘Research, Education and Care in Haematology, REACH, sambutan Bulan Profesion Kesihatan Bersekutu Juruteknologi
HPUPM, 2018-2022, Juruaudit Dalaman, MS ISO 9001:2008, Makmal Perubatan (https://bit.ly/PRO_JTMP). Pengurus
FPSK, 2012 – 2022, Ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Program I, Mini Karnival sempena Sambutan Minggu JTMP
Pekerjaan, FPSK, UPM 2012 – 2022, Juruaudit Dalaman, MS Sedunia, Peringkat Kebangsaan 2018, anjuran KEPERTAMA dan
ISO 9001:2008, FPSK, 2012 – 2021, Ahli Jawatankuasa Hospital MSMLT, Fasilitator UPM Young Doctors’ Day, ‘FEVER: Friend or
Pengajar UPM, Jabatan Patologi, Makmal Hematologi, Open Foe, SK Sri Serdang, Selangor, anjuran Jabatan Patologi, FPSK,
Integrated Laboratory, Blood Bank dan Makmal Transfusi Darah UPM, Fasilitator Hari Karnival Kesihatan Klinik Kesihatan Sg.
(2015 – 2019), Wakil pasukan Bola Jaring FPSK untuk Sukan Staf Pelik, Pencipta logo Research, Educational and Care Centre for
UPM 2018 – 2020, Ahli ASEAN Emerging Research Hub (ASEAN Haematology (REACH) , HPUPM, Penyunting Video: Peripheral
ERH), Ahli Malaysian Association for Cancer Research (MACR), Blood Film, https://bit.ly/PBF_Amrina, Basic Flow cytometry,
dan sukarelawan Pasukan Ujian qPCR Covid-19 di Makmal https://bit.ly/BASIC_FLOW_AMRINA, Inflammatory Markers,
Mikrobiologi, Jabatan Mikrobiologi Perubatan HPUPM (April 2020 https://bit.ly/Cytokine_Bead_Assay.
hingga Ogos 2021) .
Beliau menulis humoral response to SARS-CoV-2 vaccines among
Beliau aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang hematologi, healthcare workers in a tertiary hospital in Malaysia, pembentang
imunologi, genetik dan molekular. Beliau ialah penunjuk ajar poster di 2nd International Conference in  Oral  Microbiology
bahagian teknikal bagi projek penyelidikan untuk ekspresi gene and  Oral  Immunology (ICOMOI) bertajuk Protein Expression
(Real Time qPCR, PCR, RFLP, MikroRNA), flow cytometry (cell of Leukaemia Stem Cell Markers In Acute Myeloid Leukaemia,
cycle, apoptosis, immunophenotyping, Green Fluorescent penyelidik bersama projek Deciphering The Role of Terminalia
Protein, Ujian Proliferasi Limfosit), ELISA, koagulasi, kepada Chebula Ethanolic Extract on Endoplasmic Reticulum Stress-
pelajar FPSK, institusi lain dalam dan luar UPM (IPTA lain dan Induced Insulin Insensitivity, Senotherapeutic Effect of Moringa
swasta). Selain daripada itu, beliau ialah phlebotomist untuk Oleifera o UC-MSCs, A Cross Sectional Study on the Neuronal
projek-projek penyelidikan dalam dan luar UPM. and Genetic Changes Among Alzheimer’s Disease and Mild
Cognitive Impairment Patients in Klang Valley Malaysia, Effect
Beliau juga terlibat dalam bidang diagnostik, kerjasama antara of Oil Palm Extract and Vitamin C on Osteoclast and Osteoblast
Jabatan Patologi dan Jabatan Pediatrik (FPSK dan HPUPM) With Different Concentration, Transgenerational Evaluation of
untuk teknik flow cytometry untuk aplikasi Subset Limfosit, Elateriospermum tapos Extracts on the Male Offspring of Obesity-
Ujian Proliferasi Limfosit, Ujian Oksidasi Neutrophil, Naive T Cell Induced Spargue Dawley Rats.
Enumeration, Switch Memory B Cell Enumeration, T Regulatory

55

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Perkhidmatan Profesional

Latar Belakang Objektif

Anugerah Fellowship Naib Canselor Perkhidmatan Profesional telah • Objektif utama anugerah ini diberikan adalah untuk mengiktiraf

diluluskan pada tahun 2001 dan telah dilaksanakan pada tahun 2002. pegawai UPM yang telah menyumbang khidmat kepakaran di

dalam pelbagai bidang dan melebihi tugas hakiki kepada UPM serta

memberi manfaat kepada komuniti di pelbagai peringkat.

Kategori Anugerah Bilangan Geran Fellowship
Pemenang (RM)
Kategori
1 10,000
Perkhidmatan Profesional Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(Akademik) 1 10,000

Perkhidmatan Profesional Kumpulan Pengurusan dan Profesional 10,000
30,000
Perkhidmatan Profesional Kumpulan Pelaksana 1
3
Jumlah

56

Anugerah Fellowship

Naib Canselor

KATEGORI
PERUNDING
CEMERLANG

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Perunding Cemerlang

PROFESOR DR. RUSMAWATI BINTI SAID
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

Rusmawati binti Said, mula mendapat pendidikan awal dari Sekolah Kebangsaan Lubok
Terua, Lanchang, Pahang. Anak kelahiran negeri Mat Kilau ini dianugerahkan ijazah
Doktor Falsafah (PhD) dari Cardiff Business School, United Kingdom pada tahun 2008.

Di samping menjalankan tugas hakiki sebagai seorang pendidik, Rusmawati mempunyai
minat yang mendalam terhadap penyelidikan dalam bidang ekonomi buruh. Beliau
telah berjaya memperoleh 36 geran penyelidikan dari dalam dan luar negara di dalam
bidang perancangan guna tenaga. Beliau juga turut bergiat aktif dalam pelbagai
khidmat profesional pada peringkat nasional dan antarabangsa. Kesungguhan beliau
juga dapat diperhatikan melalui tugas-tugas besar yang telah disandang beliau iaitu ahli
Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara, ahli Jawatankuasa Pemandu kepada
Human Resources Development Fund (HRDF). Pada peringkat antarabangsa beliau
merupakan ketua penyelidik yang dilantik oleh ASEAN Productivity Organisation (APO)
untuk mengetuai kajian yang bertajuk “A Research on National Strategy on Developing
Resources in Malaysia”. Kajian ini mempunyai impak yang besar kepada negara kerana
perubahan struktur ekonomi Industrial 4.0 akan melibatkan perubahan yang besar kepada
struktur guna tenaga. Beliau juga berjaya memperoleh geran penyelidikan daripada
International Labour Organisation (ILO), untuk mengendalikan projek “Unemployment
Insurance”. Projek ini telah menjadi satu polisi yang besar kepada Malaysia iaitu dikenali
sebagai Sistem Insurans Pekerja (SIP) dan telah dilaksanakan oleh PERKESO pada
tahun 2018. Beliau juga menjadi ketua penyelidik bagi projek “YouthPol for Malaysia”,
“Green Job” dan “Stocktaking Study on Social Protection Needs and Gaps of Workers
in Informal Employment”. Hasil daripada kajian ini, beliau telah berjaya menghasilkan
sebuah buku berjudul “Informal Sector and Social Protection in Malaysia”.

58

Beliau juga pernah menjadi profesor pelawat di Universiti Sorbonne Paris 1 semasa menjalankan cuti sabatikal
beliau. Beliau juga telah menerbitkan sebanyak 139 buah penerbitan yang berbentuk jurnal, buku, laporan dan
kertas polisi. Antara sumbangan besar beliau kepada negara ialah menghasilkan empat buah kertas polisi
yang berkaitan dengan guna tenaga. Antaranya ialah polisi upah minimum, polisi insuran pekerjaan, youthpol
policy dan Rancangan Malaysia Ke-11. Beliau juga menerbitkan artikel di jurnal bertaraf Q1 dan Q2 seperti
Journal of Development Studies dan China Agricultural Economic Review. Beliau telah berjaya membangunkan
dua jenis indeks iaitu indeks pertama adalah “Multidimensional Poverty Index” di mana indeks ini berguna untuk
mengenal pasti dimensi kemiskinan. Sumbangan indeks ini ialah dapat mengenal pasti kemiskinan dari pelbagai
dimensi. Manakala indeks kedua adalah “Mismatch Index”, yang berguna untuk mengukur ketidakpadanan di
antara penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh. Indeks ini berguna bagi mencadangkan program yang
bersesuaian yang perlu dijalankan oleh kerajaan dan akhirnya dapat mengurangkan kadar pengangguran. Indeks
ini telah diberikan perlindungan harta intelek dan berjaya merangkul pingat gangsa pada pertandingan International
Conference in Innovation pada tahun 2019.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2009, 2012,
2013, 2017, 2018, 2019, 2020, dan 2021. Pencapaian beliau sebagai penyelidik dan perunding juga telah diiktiraf,
dan dianugerahkan dengan Anugerah Perunding Cemerlang pada tahun 2014, serta anugerah Rakan Industri
Terbaik dan Projek Industri Terbaik pada tahun 2019. Dua projek yang diterajui turut diiktiraf kerana signifikan
impaknya kepada industri dan komuniti, memenangi Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi
pada tahun 2018 bertajuk “Kajian Pengurusan Modal Insan dalam Industri Pembinaan di Malaysia” yang dibiayai
oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Program Integrasi Ekonomi dan Latihan
Hijau ditaja oleh KPT melalui geran Program Pemindahan Ilmu (KTP).

59

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Perunding Cemerlang

Latar Belakang Objektif

Perundingan merupakan bidang perniagaan utama yang dikendalikan • Objektif utama anugerah ini diberikan adalah untuk mengiktiraf

oleh UPM Consultancy & Services Sdn Bhd (anak syarikat kepada UPM jasa dan sumbangan individu atau kumpulan yang aktif dalam

Holdings Sdn Bhd). Aktiviti perundingan diuruskan dengan melantik aktiviti perundingan di UPM. Selain turut memberi galakan kepada
perunding-perunding dalam kalangan staf UPM yang mempunyai kakitangan universiti untuk memberi sumbangan yang meluas serta
kepakaran dalam pelbagai bidang yang terdapat di UPM. Aktiviti ini juga berterusan kepada universiti dan pembangunan negara.
merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan UPM.

Kategori Anugerah Bilangan Pemenang Geran Fellowship
(RM)
Kategori 1
7,000
Anugerah Perunding Cemerlang
7,000
Jumlah 1

60

Anugerah Fellowship

Naib Canselor

KATEGORI
PEMBANGUNAN

PELAJAR

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pembangunan Pelajar

PROFESOR MADYA DR. AMINI AMIR BIN ABDULLAH
Kolej Canselor

Amini Amir bin Abdullah dilahirkan pada 15 November 1965 di Georgetown, Pulau
Pinang. Ibu bapanya berasal dari Yan, Kedah dan bermigrasi ke Pulau Pinang pada
1942. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Westlands, Georgetown,
Pulau Pinang, dan peringkat menengah di Madrasah Taufiqiah Khairiah Halimiah,
Padang Lumat, Gurun, Kedah, SMKA Al-Mashoor (Lelaki), Pulau Pinang dan Sekolah
Menengah Agama Berasrama Penuh Wilayah Persekutuan (SMAWIP), Petaling Jaya,
Selangor. Pada peringkat pengajian tinggi, beliau telah memperoleh ijazah Sarjana Muda
Usuluddin (Kepujian), Universiti Malaya pada 1990, ijazah Sarjana Pengajian Islam,
Universiti Sains Malaysia pada 1994 dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang
Pengajian Islam pada 2000 dari University of Birmingham, United Kingdom.

Beliau ialah Profesor Madya dalam bidang Ketamadunan, Etika dan Hubungan Etnik
di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
Beliau juga adalah Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kolej Kediaman UPM dan
Pengetua Kolej Canselor, UPM. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengetua
Kolej Kelima, UPM (2012-2016), Pengarah Pusat Islam (2003-2010), menjalankan tugas
sebagai TNCHEPA (1 September 2021 hingga 1 Oktober 2021) dan menjalankan tugas
sebagai Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) (25 Mac 2021 hingga
26 September 2021). Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Sarjana Pelawat di
bawah program Erasmus Mundus EURASIA 2 di bawah Erasmus Mundus Partnership
Action 2 Programme The Chech University of Life Science Prague (CLUS).

Komitmen beliau terhadap pembangunan pelajar dizahirkan melalui pelbagai sumbangan
kepakaran, perkhidmatan dan tanggungjawab seperti menjadi Penasihat Persatuan
Pentas Ilmuan (2001-2003), Penasihat Persatuan Mahasiswa Islam UPM (2003-

62

2015), Penasihat Kelab Al-Biruni, UPM (17 Ogos 2020-16 Ogos 2022), Penasihat Persatuan Belia Islam Nasional
(PEMBINA), UPM (22 Jun 2015 – sekarang), Ahli Jawatankuasa Pengurusan Projek dan Agihan Manfaat Dana
Wakaf Ilmu UPM (sejak 27 Mei 2014), dan menganggotai puluhan jawatankuasa peringkat UPM serta lebih daripada
100 aktiviti atau program penganjuran pelajar pada peringkat kolej, universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
Sebagai Pengerusi Jemaah Pengetua, beliau sentiasa memainkan peranan secara proaktif, progresif dan inklusif
dalam memperkasakan institusi kepengetuaan melalui Jemaah Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UPM, dan berjaya
membangunkan sistem e-PK (e-Pengurusan Kolej) berkaitan pengurusan penginapan pelajar di kolej kediaman
UPM melalui kolaborasi strategik dengan pihak iDEC. Pada masa ini, beliau sedang mengetuai jawatankuasa
task force untuk membangunkan Sistem Penilaian Prestasi Staf berkaitan pembangunan pelajar yang dikenali
sebagai i-HEPA, dan sistem ini akan membantu penyelarasan rekod, pencapaian dan penglibatan staf UPM dalam
aktiviti pembangunan pelajar dengan lebih efisien, efektif dan komprehensif.

Beliau gigih menjalankan penyelidikan dan pembentangan dalam wacana cendekiawan berkaitan pembangunan
pelajar, antaranya kajian bertajuk 'Program Berimpak Tinggi, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra
Malaysia','Kecenderungan Politik Mahasiswa Universiti Putra Malaysia', 'The Attitude and Perception of Non-
Muslim Students Towards University’s Compulsory Course', 'Tamadun Islam; A Comparative Study Between
Universiti Sains Malaysia and Universiti Putra Malaysia', 'Pelan Transformasi Governan: Penggabungan Kolej-Kolej
Kediaman Universiti Putra Malaysia (UPM)', 'Masalah Talian Internet Yang Lemah Dan Persekitaran Yang Tidak
Kondusif Untuk Tujuan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pasca Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19', 'The Challenges and Future of The Teaching of
TITAS in Globalization Era', dan 'Study On The Emotional Stress Of Students Of The Kolej Canselor (KC), Universiti
Putra Malaysia During The Movement Control Order (MCO) Of Covid-19 Pandemic'.

Beliau juga membabitkan diri secara aktif dalam penulisan berkaitan pembangunan dan sahsiah pelajar seperti
Modul Tasawwur Islam, Indeks Pengukuran Patriotisme dan Pengukuran Perpaduan Nasional.

Hasil daripada kebolehan kepemimpinan dan prestasi, beliau telah menerima anugerah seperti Anugerah
Program Mobiliti Antarabangsa Terbaik 2016. International Mobility Program “We Volunteer Mobility Programme:
UPM-Vietnam Mission 2016”, Xuan Loc, Dong Nai Province, Vietnam and University of Social Science and
Humanities, Vietnam selaku Pengetua Kolej Kelima UPM dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh DYMM Sultan
Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada
2009.

63

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pembangunan Pelajar

Latar Belakang Objektif

Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pembangunan Pelajar • Objektif utama anugerah ini diberikan adalah untuk mengiktiraf
telah diluluskan pada tahun 2022, iaitu kategori baharu yang diwujudkan pegawai UPM yang telah menyumbang kepakaran dan khidmat
untuk mengiktiraf sumbangan, penglibatan dan perkhidmatan cemerlang bakti yang cemerlang dalam pembangunan pelajar, iaitu
staf UPM dalam aspek pembangunan pelajar. penglibatan aktiviti pelajar, impak aktiviti terhadap kecemerlangan
dan kemenjadian pelajar, kecemerlangan kepemimpinan dan
bakat, kepakaran, pengiktirafan dan lain-lain yang berkaitan bagi
menyokong aspirasi pembentukan watak dan potensi pelajar yang
holistik.

Kategori Anugerah Bilangan Pemenang Geran Fellowship
(RM)
Kategori 1
10,000
Pembangunan Pelajar
10,000
Jumlah 1

64

Penghargaan

Jawatankuasa Majlis Gemilang Akademia Putra 2021 merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Pejabat Naib Canselor Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin
Pejabat Timbalan Naib Canselor Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS)
(Akademik dan Antarabangsa)
Putra Science Park (PSP)
Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi) Pusat Pertanian Putra (PPP)

Pejabat Timbalan Naib Canselor Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM)
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Jaringan Industri dan Masyarakat) Bahagian Keselamatan Universiti (BKU)

Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (PPKKP)
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
UPM Holdings Sdn. Bhd. (PPPA)

Pusat Strategi Perhubungan Korporat (PSPK) Pejabat Bursar

Pusat Penerbit UPM Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)

dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Gemilang Akademia Putra 2021
secara langsung mahupun tidak langsung

65

JawatanKuasa Induk

MAJLIS GEMILANG AKADEMIA PUTRA 2021

PENGERUSI Encik Muhazam bin Mansor
Yang Hormat Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Pendaftar

Sulaiman Encik Azrul Reza bin Aziz
Naib Canselor UPM Group Chief Executive Officer (GCEO)

AHLI UPM Holdings
Prof. Dr. Ismi Arif bin Ismail
Prof. Madya Dr. Wan Marzuki bin Wan Jaafar
Timbalan Naib Canselor Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (CADe)
(Akademik dan Antarabangsa)
Prof. Dr. Mohd Adzir bin Mahdi
Prof. Dr. Nazamid bin Saari Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Puan Suhana binti Md. Chairi
Prof. Dr. Arifin bin Abdu Ketua, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Pejabat Pendaftar

Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin Encik Azizi bin Ismail
Timbalan Naib Canselor Ketua, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

(Jaringan Industri dan Masyarakat) Pejabat Pendaftar

Urus Setia

Puan Ruhaida binti Mohd Yusuf
Puan Wan Noorshidah binti Wan Hussin
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar

66

JawatanKuasa Kerja

MAJLIS GEMILANG AKADEMIA PUTRA 2021

PENASIHAT Cik Nabilah binti Ahmad Diniah Encik Adidi bin Tamin
Encik Muhazam bin Mansor Pejabat Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Pendaftar
Puan Yusnawati binti Mat Isa Encik Abdullah bin Arshad
PENGERUSI Puan Junaida binti Adan Puan Rita Anak Bajat
Encik Azizi bin Ismail Pejabat Bursar Pejabat Timbalan Naib Canselor
Ketua, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Pejabat Pendaftar Encik Fahrul Asmady bin Yunus
Pejabat Timbalan Naib Canselor Encik Abdul Rahim bin Mohd Yusoff
JAWATANKUASA (Penyelidikan dan Inovasi) UPM Holdings
Encik Anwar Hilmi bin Abd Malek
Encik Dahlan Ismail bin Abu Bakar Puan Noorizai binti Mohamad Noor Encik Mohd Faiz bin Suparman
Puan Nur Sabrina binti Marzuki Encik Mohammad Nazry bin Hisham Bahagian Audit Dalam
Encik Kamarulnizam bin Kamal Pejabat Naib Canselor
Encik Muhamad Al-Wadud bin Mahmud Encik Shahrulnizar bin Nurhalim
Encik Shahrul Hazman bin Shamshudeen Encik Husalshah Rizal bin Hussian Akademi Sukan
Puan Rogayah binti Md. Yassin Encik Mohd Khairul bin Zainal Abidin
Puan Noor Hasfalina binti Abu Hassan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin SETIAUSAHA
Puan Maryam binti Ahmad Nainy Abdul Aziz Shah Puan Ruhaida binti Mohd Yusuf
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat Pejabat Pendaftar
DSP/KS Tuan Nor Azlan bin Mohammed
Encik Ahmad Nizam bin Abdullah ASP/PB Mohd Affendi bin Abd Manaf URUS SETIA
Pusat Pembangunan Akademik ASP/PB Ibrahim bin Hassan Puan Wan Noorshidah binti Wan Hussin
Bahagian Keselamatan Pejabat Pendaftar
Dr. Fauziah binti Adnan
Dr. Suhaila bin Abdul Hamid Encik Arafat Mashhuri bin Awang
Pusat Kesihatan Universiti Encik Muhammad Arif bin Sambudin
Encik Muhammad Solehin bin Hassan
Encik Muhammad Hanafi bin Shah Johan Puan Hani Farahin binti Ismail
Encik Hanuar bin Ismail Pusat Penerbit
Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Encik Mohd Fuad bin Mahmood
Encik Muhammad Khairy bin Mohd Dan
Puan Suhana binti Md. Chairi Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
Cik Noremy Busu
Puan Siti Khadijah binti Ahmad Cik Wan Suhana binti Wan Talib
Encik Fairulnizam bin Ismail Pusat Pertanian Putra
Cik Syazaliyana Samsudin
Puan Siti Nadirah binti Mat Na’ain Puan Wan Nuryani binti Wan Mohamed Rosly
Cik Siti Nur Alifah binti Abdul Rahman Putra Science Park
Puan Salnisah binti Abd. Salleh
Cik Nurul Syafiqah binti Sufian Encik Md Nizam bin Mahat@Ibrahim
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

67

Nota

68


Click to View FlipBook Version