The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wannoorshidah, 2022-07-26 10:19:22

26.7.2022-Final Buku Program MGAP 2021

26.7.2022-Final Buku Program MGAP 2021

28 JULAI 2022 | 9.00 pagi
Pusat kebudayaan & kesenian
sultan salahuddin abdul aziz shah

universiti putra malaysia

sederap melangkah menuju al-falah



Tuanku Canselor
Duli Yang Maha Mulia
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu)., D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis),
D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

Canselor Universiti Putra Malaysia





Bendera Negeri Selangor

Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

KANDUNGAN 9
10
Atur Cara 14
Kata Alu-aluan Naib Canselor UPM
Anugerah Fellowship Naib Canselor (Anugerah Khas Akademia Putra) 18
Anugerah Fellowship Naib Canselor (Pengajaran) 22
Kategori Pengajar Cemerlang
Kategori Pengajar Muda 32
36
Anugerah Fellowship Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 40
Kategori Penyelidik Cemerlang 42
Kategori Penyelidik Muda 44
Kategori Penerbitan Makalah Jurnal 46
Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Kategori Penerbitan Buku 50
Kategori Seni dan Kreativiti 52
54
Anugerah Fellowship Naib Canselor (Perkhidmatan Profesional) 58
Kategori Perkhidmatan Profesional (Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik) 62
Kategori Perkhidmatan Profesional (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
Kategori Perkhidmatan Profesional (Kumpulan Pelaksana)

Anugerah Fellowship Naib Canselor (Perunding Cemerlang)

Anugerah Fellowship Naib Canselor (Pembangunan Pelajar)

Visi Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa
Misi
Matlamat Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan
Pendidikan kemakmuran dan pembangunan negara serta kesejahteraan
manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu

Melahirkan graduan bitara yang holistik, ihsan,
patriotisme dan berdaya tahan

Nilai Ihsan, kepelbagaian dan kelestarian
Teras

8

Atur Cara 9:00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
9:30 pagi : Ketibaan Yang Hormat Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman
Naib Canselor UPM
9:45 pagi : Ketibaan Dif-dif Kehormat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti
10:00 pagi : Ketibaan Pro-Canselor
10:15 pagi : Keberangkatan tiba DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
10:30 pagi : Lagu Negeri Selangor
: Bacaan Doa
: Sembah Ucapan oleh Yang Hormat Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman
Naib Canselor UPM
: Persembahan Multimedia
: Penyampaian Anugerah
Anugerah Fellowship Naib Canselor

Kategori Pengajaran
Kategori Penyelidikan dan Inovasi
Kategori Perkhidmatan Profesional
Kategori Perunding Cemerlang
Kategori Pembangunan Pelajar
Anugerah Khas Akademia Putra

: Pelancaran Sistem HiStaf (Skop JINM) dan Sistem Pengurusan Industri dan
Masyarakat (ICMS)
: Majlis Santapan/Jamuan
: Lagu Negeri Selangor
: Lawatan Pameran
: Sesi Bergambar
12:30 t/hari : Keberangkatan pulang DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

: Bersurai

9

Kata Alu-aluan

Naib Canselor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah perkenan dan kurnia-Nya, Majlis Gemilang Akademia Putra tahun 2021 dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan kita perlu sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah Subhana Wa Ta’ala kurniakan, sebagaimana Firman Allah,

Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik
yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar
kepada-Nya kamu menyembah.”

(al-Baqarah: 172)

Patik dan seluruh warga UPM merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris
Shah Alhaj, Sultan Selangor dan Canselor UPM untuk UPM menganjurkan Majlis Gemilang Akademia Putra 2021.
Selain meraikan kecemerlangan warga universiti, majlis ini merupakan refleksi organisasi yang sentiasa komited dan cakna dengan
hala tuju dan dasar yang telah ditetapkan. Platform penting ini sebenarnya bertindak sebagai seruan dalam memupuk nilai akhlak
budaya kerja yang cemerlang seperti integriti, cekap, amanah dan berkualiti, yang mencerminkan kewibawaan universiti kepada
semua. Nilai-nilai ini harus dijunjung bersama sebagai Keluarga UPM kerana dengan ukhuwah dan kerjasama erat, kita dapat Sederap
Melangkah Menuju al-Falah sebagaimana yang kita dambakan.

10

Dalam kita mengadaptasi norma baharu, UPM mencatat suasana yang sangat istimewa kerana
pada tahun 2021 kita menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan sebagai sebuah universiti.
Sepanjang tempoh ini, UPM melakar banyak pencapaian dan kecemerlangan dalam pelbagai
bidang, sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai universiti yang terkemuka hingga ke
persada antarabangsa.

UPM akan sentiasa berusaha menjadikan kampus hijau ini sebagai sebuah menara ilmu
yang relevan kepada perubahan dan perkembangan sezaman dengan warganya yang
bertekad tinggi dan terus berusaha meneroka pelbagai bidang ilmu. Selain itu juga, UPM
akan terus komited melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran sahsiah yang tinggi
dan madani insan termasuk peranan dan libat sama alumni dalam kelangsungan Universiti.

Sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi agar UPM menjadi sebuah universiti
terkemuka di peringkat antarabangsa, semoga warga UPM dapat meneruskan
komitmen jitu dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah selari dengan hala
tuju universiti yang berpandukan kepada Pelan Strategik UPM 2021-2025.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah sempena Majlis
Gemilang Akademia Putra yang telah memberi sumbangan bakti yang
cemerlang, berusaha secara kolektif dan terus memberi sokongan padu ke
atas inisiatif dan strategi yang sedang dilaksanakan oleh UPM. Ucapan terima
kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis gemilang ini.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERILMU BERBAKTI”

YH. DATO’ PROF. DR. MOHD ROSLAN BIN SULAIMAN
Naib Canselor
Universiti Putra Malaysia

11



Anugerah Fellowship

Naib Canselor

ANUGERAH KHAS
AKADEMIA
PUTRA

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Anugerah Khas
Akademia Putra

PROFESOR Ir. DR. MOHD SAPUAN BIN SALIT
Fakulti Kejuruteraan

Mohd Sapuan bin Salit dilahirkan pada 25 September 1965 di Teluk Intan, Perak.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Kota Setia,
Kampung Gajah, Perak, Sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan, Perak,
Sekolah Menengah Teknik, Ipoh, Perak dan Brighton High School, Victoria, Australia.
Pada peringkat pengajian tinggi, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal) pada tahun 1990 dari University of Newcastle,
New South Wales, Australia, Master Sains (Reka Bentuk Kejuruteraan) pada tahun 1994
dari Loughborough University, Leicestershire, United Kingdom, dan kemudiannya ijazah
PhD dalam bidang Kejuruteraan Bahan pada tahun 1998 dari De Montfort University,
Leicester, United Kingdom.

Beliau ialah Profesor Gred Khas “A” dalam bidang bahan komposit di Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan UPM. Beliau juga ialah
Ketua, Kluster Sains dan Teknologi Bahan; UPM, Ketua Pengasas, Pusat Penyelidikan
Bahan Kejuruteraan dan Komposit Termaju (AEMC), Fakulti Kejuruteraan, UPM;
Pengerusi Pengasas, Persatuan Pembangunan dan Industri Enau Malaysia (PPIEM) dan
mantan Naib Presiden, Persatuan Polimer Asia selama sepuluh tahun. Beliau pernah
memegang Kursi Profesorial Serantau SEARCA pada tahun 2016. Beliau juga pernah
memegang jawatan sebagai Ketua, Laboratori Teknologi Biokomposit, INTROP, UPM;
Ketua dan Pengasas, Pusat Penyelidikan Bahan Maju, ITMA, UPM; Ketua Pengasas,
Kumpulan Penyelidikan Komposit Kejuruteraan, dan Ketua, Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Beliau aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan serempak, bahan
komposit polimer, bahan komposit gentian semula jadi, bahan biokomposit, pemilihan

14

bahan, reka bentuk konsep, reka bentuk untuk kelestarian, Bersatu, Swiss National Science Foundation, Switzerland, The
penilaian kitar hayat, pembungkusan berasaskan bahan Research Council of the Sultanate of Oman, Kesultanan Oman
komposit biopolimer, komposit nanoselulosa dan reka bentuk dan European Science Foundation, Belgium.
untuk kebolehkitaran.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah
Beliau telah menulis lebih daripada 880 makalah jurnal, menulis Karyawan Putra Cemerlang, UPM; Anugerah Penerbitan, FRIM;
lebih daripada 180 bab dalam buku dan menjadi pengarang/ Anugerah Sains ISESCO, Azerbaijan; Anugerah Antarabangsa
editor lebih daripada 50 buah buku. Beliau telah dijemput sebagai Khwarizmi, Iran; Anugerah Fellowship, Institut Plastik dan Getah
penceramah plenari dan ucaptama dalam lebih daripada 50 Malaysia; Anugerah Alumni, University of Newcastle, Australia;
konferensi antarabangsa dan membentangkan lebih daripada Anugerah Pingat Emas Penyelidikan Kelab Rotary Kuala Lumpur
600 kertas kerja dalam konferensi/seminar. Beliau ialah Ketua DiRaja; Anugerah Penilai Cemerlang, Institut Fizik, United
Editor bagi jurnal yang diasas beliau iaitu Journal of Natural Fibre Kingdom; Anugerah Buku Negara, Yayasan Pembangunan Buku
Polymer Composites. Beliau juga ialah Ketua Editor Bersama Negara; Anugerah Ikhtiar Promosi Penyelidikan, IEEE/Teerthanker
bagi jurnal Functional Composites and Structures diterbitkan oleh Mahaveer University, India; Anugerah Makalah Teknikal Cemerlang,
Institut Fizik, United Kingdom dan Ketua Editor Bersekutu bagi SAE Malaysia; Anugerah Profesor Terkemuka, Aligarh Muslim
jurnal Defence Technology diterbitkan oleh Elsevier, Netherlands University, India; Anugerah Penilai Terbaik Publons, Amerika
di samping menjadi ahli lembaga editorial lebih daripada 25 jurnal Syarikat; Anugerah Saintis Penyelidikan Terbaik Malaysia (TRSM),
berwasit antarabangsa. Beliau adalah editor jemputan bagi 33 Akademi Sains Malaysia; Anugerah Sitasi Cemerlang, Emerald
isu khas jurnal antarabangsa. Beliau juga memiliki lapan paten, Publishing, United Kingdom; Anugerah Bintang Penyelidikan
pendaftaran dua reka bentuk industri, dua tanda dagangan dan Malaysia (MRSA), Elsevier/Kementerian Pendidikan Malaysia;
lima hak cipta. Setakat ini, beliau telah berjaya mengkomersialkan Anugerah Penerbitan PERINTIS, Malaysia; Anugerah Pencapaian
empat produk dan menubuhkan sebuah syarikat spin-off. IET, Institusi Kejuruteraan dan Teknologi, United Kingdom;
Pingat Kepimpinan Berkualiti Subir Chowdhury SAE, Persatuan
Beliau telah dijemput untuk menilai lebih daripada 1,300 makalah Jurutera Automotif Antarabangsa, Amerika Syarikat; Anugerah
jurnal berwasit. Bilangan sitasi semasa beliau adalah 21,716 Kejuruteraan Bionik Antarabangsa, Persatuan Kejuruteraan
dengan h-index sebanyak 75 dalam pangkalan data Scopus Bionik Antarabangsa, China; Anugerah Fellowship Naib Canselor,
dan bilangan sitasi sebanyak 34,644 dan h-index sebanyak UPM; Anugerah Penyelidik Cemerlang, UPM, Anugerah Makalah
97 dalam Google Scholar. Beliau telah dijemput untuk menilai Jurnal, TNCPI, UPM, Anugerah Penyelidik Terbilang, INTROP,
kertas cadangan geran antarabangsa bagi Qatar Foundation, UPM dan terkini Anugerah Tokoh Pekerja Cemerlang UPM 2022.
Qatar, King Saud University, Arab Saudi, Christian Doppler Nama beliau juga tersenarai dalam Dua Peratus Saintis Terbaik
Research Association, Austria, National Science Foundation, Dunia, Stanford University, Amerika Syarikat.
Poland, Austrian Science Fund, Austria, the Dutch research
Council, Belanda, American University of Sharjah, Emiriah Arab

15



Anugerah Fellowship

Naib Canselor

KATEGORI
PENGAJARAN

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pengajaran

Kategori Pengajar Cemerlang

Sains Gunaan

DR. FERDIUS @ FERDAUS BINTI MOHAMAT YUSUFF
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

Ferdius @ Ferdaus binti Mohamat Yusuff lahir pada 24 November 1979 di Sungai
Sumun, Bagan Datuk, Perak. Anak kedua kepada pasangan Haji Mohamat Yusuff
bin Mat Judi dan Hajah Aisah binti Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah
Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Sungai
Sumun sebelum memperoleh ijazah Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian pada
2002 dan Master Sains Ekotoksikologi pada 2006 di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dr. Ferdaus menerima biasiswa Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) selama pengajian
di peringkat doktor falsafah (PhD) di University of Tokyo, Jepun dalam bidang Natural
Environmental Studies. Beliau menamatkan pengajian dan dianugerahkan ijazah PhD
pada tahun 2011.

Beliau memulakan kerjaya di UPM sebagai penunjuk ajar bagi kelas amali beberapa
kursus teras semasa sedang mengikuti program Bacelor Sains Biologi dengan
Kepujian pada tahun 2001 hingga 2002. Setelah menamatkan pengajian Master
Sains dalam bidang Ekotoksikologi di institusi yang sama, beliau telah dilantik sebagai
Tutor di Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar pada 2007.
Dr. Ferdaus dinaikkan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan pada tahun 2011 sebaik
tamat pengajian PhD. Selama perkhidmatan, beliau pernah memegang jawatan
Penyelaras Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE),
Fakulti Pengajian Alam Sekitar dari Oktober 2014 sehingga September 2016, sebagai
Penyelidik Bersekutu di Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS)
bermula daripada tahun 2018 sehingga kini, sebagai Ketua Penyelaras Unit Latihan
Industri Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, dan terkini beliau dilantik sebagai
Penyelaras Program Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar (BSTAS).

18

Sehingga kini, beliau sudah mengajar sebanyak 13 kursus bagi berasaskan perkhidmatan dan komuniti (Service Learning
pelajar program BSTAS yang merangkumi lapan kursus teras, Malaysia; SULAM) dan pembelajaran berasaskan masalah
empat kursus elektif dan satu kursus wajib universiti. Selain itu, (Problem Based Learning; PBL). Aktiviti PdP berdasarkan sinergi
beliau turut mengajar dua kursus bagi pelajar program Bacelor PBL- SULAM merupakan pembelajaran dan pemudahcaraan
Pengurusan Alam Sekitar (BPAS). Berdasarkan pengalaman luas (PdPc) untuk menghasilkan pembelajaran berpusatkan pelajar bagi
mengendalikan pelbagai kursus teras dan elektif merentasi bidang merangsang dan memupuk KBAT. Beliau memberi penegasan
telah menerapkan amalan 4-M dalam kehidupan harian iaitu aktiviti 4-M iaitu menghubung kait situasi semasa dengan
menerima, menghargai, mengurus dan menyesuaikan. Ternyata konteks kursus, penggunaan aktif multimedia bagi mengukuhkan
amalan ini telah mencorakkan kualiti pelaksanaan pengajaran kolaborasi, diserikan dengan aktiviti permainan dalam kelas
dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan oleh beliau sehingga bagi topik yang sukar, dan melaksanakan modul bagi aktiviti
mengilhamkan falsafah “Memaksimum JERI Menggunakan 4M2”. bersama komuniti bagi memastikan persekitaran pembelajaran
Elemen 4M2 yang dimaksudkan adalah kualiti peribadi pensyarah merangsang KBAT dan memaksimum perkembangan JERI
dan aktiviti 4-M dalam persekitaran pembelajaran bagi meransang pelajar. Keberkesanan pelaksanaan aktiviti PdP berasaskan 4-M
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). beliau yakin seseorang pelajar yang diadun bersama elemen kualiti peribadi pensyarah dalam
lebih banyak mencontohi tingkah laku pensyarah berbanding membimbing pelajar menjayakan aktiviti sinergi PBL-SULAM
dengan apa yang diperkatakan oleh seorang pensyarah sebagai telah dapat meningkatkan sifat inkuiri dan kefahaman pelajar.
mana kata pepatah Inggeris yang berbunyi “the apple doesn’t Kualiti peribadi yang ditunjukkan oleh pensyarah membantu
fall far from the tree”. Oleh itu, kualiti peribadi seorang pensyarah pelajar menghadapi tekanan pembelajaran dengan lebih mudah,
perlu menjadi suri teladan terhadap amalan 4-M iaitu menerima menghasilkan pengalaman yang menggembirakan serta kursus
kepelbagaian latar belakang pelajar dan menerima perubahan yang padat dengan ilmu dapat disampaikan dengan baik dan
keadaan; menghargai perbezaan latar belakang pelajar dengan mudah.
meyakini setiap pelajar adalah individu berbeza untuk saling
melengkapi; mengurus empat elemen penting dalam kehidupan Pelaksanaan aktiviti sinergi PBL-SULAM telah diiktiraf dan
harian iaitu mengurus masa, sumber, tekanan dan emosi; dan memenangi pingat emas dalam Karnival Pengajaran dan
menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan yang merujuk Pembelajaran Putra InnoCreative (PicTL) 2020 di bawah kategori
kemahiran interpersonal dan beradaptasi dengan persekitaran Service-Learning Malaysia-University for Society (SULAM). Pada
baharu atau norma baharu. Keikhlasan seorang pensyarah tahun berikutnya, beliau dan pasukannya telah mewakili Fakulti
menerapkan 4-M ini dalam kehidupan hariannya menjadi contoh Perhutanan dan Alam Sekitar dan mendapat tempat ketiga
teladan terbaik kepada pelajar dan rakan sejawat serta memberi dalam Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan
keyakinan kepada pelajar bahawa mereka mampu memperbaiki Pembelajaran antara Fakulti/Sekolah/Pusat Pengajian 2021.
diri dan memaksimum perkembangan holistik jasmani, emosi, Penglibatan aktif beliau dalam melaksanakan aktiviti dan program
rohani dan intelek (JERI). bersama masyarakat juga telah diiktiraf oleh UPM sehingga
dianugerahkan dengan Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti
Mendokong tinggi moto universiti iaitu Berilmu Berbakti dan Berimpak Tinggi 2015 UPM bagi kategori pegawai akademik pada
berpegang kepada prinsip warga universiti ialah duta ilmu tahun 2016. Berdasarkan pengalaman melaksanakan SULAM
pengetahuan yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu dalam kursus telah mengilhamkan beliau dan pasukannya untuk
kepada komuniti setempat, beliau melaksanakan pengajaran dan menghasilkan modul SULAM berjudul Modul SOLVER dalam
pembelajaran menggunakan pendekatan sinergi pembelajaran bentuk e-buku dan boleh dibaca di laman web rasmi fakulti.

19

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pengajaran

Kategori Pengajar Cemerlang

Kejuruteraan

PROFESOR Ts. DR. ZURINA ZAINAL ABIDIN
Fakulti Kejuruteraan

Zurina binti Zainal Abidin dilahirkan pada 14 Januari 1974 bersamaan 21 Zulhijjah 1393
di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak yang keempat daripada enam orang adik
beradik kepada pasangan Juruteknik KTMB dan suri rumah. Kini, mempunyai lima orang
cahaya mata hasil daripada perkongsian hidup bersama pasangan. Beliau memulakan
pengajian tertiari peringkat A Level di PPP/ITM Shah Alam dan kemudian BEng (Hons)
dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Loughborough University, UK. Pada 2002, beliau
meneruskan pengajian peringkat Master Bioteknologi dan seterusnya menyambung ke
peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Biokimia di Manchester, UK.

Beliau pernah bekerja sebagai jurutera proses di Elektrisola (M) Sdn. Bhd. sebelum
membuat keputusan untuk berkhidmat di UPM sebagai tutor pada 1999. Selepas
membawa pulang PhD pada 2006, beliau ditugaskan sebagai pensyarah di Jabatan
Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar. Kemudian mendapat kenaikan pangkat kepada
Profesor Madya pada 2012 dan kemudian menjadi Profesor pada 2020. Beliau
merupakan seorang chartered engineer bertauliah dan teknologis profesional yang
berdaftar dengan UK Engineering Council dan MBOT. Beliau juga merupakan ahli
Institution of Chemical Engineers (ICHEME), IEM, BEM dan juga Society of Engineering
Education Malaysia (SEEM).

Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 16 tahun sebagai akademia dan berpeluang
mengajar pelbagai subjek yang meliputi kursus amali, kursus teras dan kursus umum
untuk peringkat prasiswazah dan siswazah. Sekitar 2010, mula bergiat aktif dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran dan mengikuti pelbagai kursus berkaitan PdP.
Beliau seorang yang suka mencuba sesuatu yang baharu dan gemar berinovasi dalam
PdP. Sering mendapat sijil kecemerlangan dalam pengajaran serta mendapat markah

20

penilaian yang tinggi daripada pelajar. Dalam PdP, beliau memilih Malahan beliau juga sering terlibat dalam mengadili pertandingan
pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) yang dan aktiviti pelajar-pelajar selain berkongsi kepakaran sebagai
menjurus kepada “deep learning” dan penyelesaian masalah penceramah jemputan dan penasihat program pada peringkat
serta “hands-on” bagi melatih pelajar membuat keputusan yang universiti dan kebangsaan. Terkini, beliau mula menjinakkan
terarah dan rasional secara individu dan berkumpulan. Pada diri dalam penulisan berkaitan dengan alam pendidikan dan
2015, beliau berjaya mendapat geran insentif penyelidikan untuk pengalaman sebagai seorang akademia di IPT. Sehingga kini,
pengajaran dan pembelajaran (GIPP CADE UPM) bagi projek beliau terus berusaha untuk menerapkan pelbagai kaedah
bertajuk “The use of virtual laboratory demonstrations to enhance pengajaran, ilmu STEM, pengalaman industri dan aplikasi dunia
laboratory teaching for undergraduate”. Projek yang dilaksanakan sebenar agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
dengan kerjasama pihak iDEC, UPM dan kakitangan di jabatan bermakna untuk pelajar.
berjaya menghasilkan dua video pengajaran, dua hak cipta, satu
penerbitan kertas kerja yang dibentangkan di World Engineering Selain itu, sebahagian daripada inovasi bahan pengajaran
Education Forum 2017 dan beroleh pingat perak di pertandingan telah diadaptasikan untuk dikongsi bersama dengan murid-
PICTL2019. Video pengajaran yang dihasilkan masih diguna murid sekolah melalui aktiviti pengembangan komuniti diserata
pakai hingga kini dalam pelaksanaan amali kursus kejuruteraan negara. Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah penasihatan
biokimia dan ia sangat relevan dalam mendepani cabaran dan penyeliaan murid-murid sekolah dalam menjalani aktiviti
pembelajaran atas talian (ODL) ketika pandemik. Di samping itu, penyelidikan sebagai persediaan menghadiri pertandingan
beliau telah mencipta pelbagai inovasi dalam kursus PdP dan reka cipta inovasi, pempamer dan pengadil pelbagai aktiviti
berjaya meraih lima pingat emas, lima pingat perak dan satu berunsurkan STEM di pameran sains dan teknologi di sekolah-
pingat gangsa dalam pelbagai pertandingan inovasi pengajaran sekolah atau kementerian, penganjur pertandingan rekacipta
peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti PICTL, MTE dan Global I-Lead STEM Camp dari 2017-2019, STEM bersama
PRINKAB. Antara inovasi yang dicipta melibatkan pembentukan Murid Orang Asli dan lain-lain lagi. Kebanyakan daripada aktiviti-
modul pengajaran berlandaskan pengalaman industri loji kimia, aktiviti ini dilaksanakan secara kolaborasi dengan pelbagai pihak
pentaksiran autentik untuk domain psikomotor, penerapan IR4.0 yang terdiri daripada kementerian, sekolah, NGO, syarikat swasta
dalam modul, penilaian kerja berpasukan melalui aktiviti STEM dan lain-lain lagi seperti Persatuan Guru STEM Malaysia, Islamic
dan mini PBL yang diintegrasikan dengan simulasi perisian. Relief Malaysia dan Maybank. Beliau juga berkesempatan untuk
Di samping itu, beliau juga pernah terlibat dalam penawaran kursus terlibat bersama para guru dalam pembinaan modul pengajaran
MOOC serta berpeluang mewakili fakulti dalam pertandingan dan pembelajaran bagi murid sekolah. Pengalaman bekerjasama
amalan terbaik inovasi PdP antara fakulti. Beliau juga pernah diberi dengan pelbagai agensi berkepentingan ini menjadi pembuka
amanah untuk menjadi mentor kepada pensyarah-pensyarah ruang kepada lebih banyak kolaborasi agar memberi manfaat
baharu dalam Kursus Asas Pengajaran (KAP). Pernah dijemput kepada semua yang terlibat demi memartabatkan institusi
untuk memberi beberapa siri perkongsian berkaitan akademik pendidikan di Malaysia.
dan latihan khusus pada peringkat jabatan dan universiti.

21

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pengajaran

Kategori Pengajar Muda

Sains Tulen

DR. NADIYA AKMAL BINTI BAHARUM
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

Nadiya Akmal binti Baharum dilahirkan pada 26 Jun 1988 di Pasir Mas, Kelantan hasil
perkongsian hidup Encik Baharum bin Mohamad dan Puan Gayah binti Mat Ail. Selain
ayah beliau yang merupakan seorang guru subjek Matematik dan Bahasa Inggeris,
beberapa ahli keluarga terdekat beliau juga merupakan pendidik. Maka, tidak hairanlah
beliau menanam azam untuk turut berbakti kepada anak bangsa dengan menjadi
seorang pensyarah. Beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Bioteknologi
(Minor dalam Mikrobiologi dan Bahasa Mandarin) dari The Pennsylvania State University,
United States sebelum meneruskan pengajian peringkat Doktor Falsafah di Universiti
Malaya dalam bidang Bioteknologi Tumbuhan. Kini, beliau bertugas sebagai Pensyarah
Kanan di Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul,
UPM sejak tahun 2017. Beliau juga merupakan ibu kepada dua orang puteri hasil
perkahwinan dengan Ahmad Afifi bin Mohd. Yusof.

Penyertaan kali pertama beliau dalam International Putra InnoCreative Carnival in
Teaching and Learning (PicTL) pada tahun 2018 membawa tuah apabila beliau berjaya
merangkul satu pingat emas dan perak dalam kategori poster. Bertitik tolak daripada
kejayaan tersebut, beliau telah diberi peluang meneroka pelbagai ilmu dan inovasi
baharu dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) apabila dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (JKIPP), UPM sejak tahun 2019.

Sebagai Ahli JKIPP, beliau menjadi antara perintis inisiatif Pembelajaran Teradun Gantian
(PTG) yang turut merupakan antara teras dalam program Pemerkasaan Pembelajaran
Global Dalam Talian (PUTRA GLOBE) serta terlibat dalam Kumpulan Analisis Kajian PTG.
Usaha mempromosikan PTG ini mendapat pengiktirafan pingat emas dalam PicTL2020.
Bertindak sebagai Ketua Portfolio PutraBlast dan PTG di bawah JKIPP, beliau turut aktif

22

menjadi tenaga pengajar Pusat Pembangunan Akademik (CADe) UPM bagi siri pengenalan Bengkel Putrablast
3.8, terutamanya fungsian H5P. Di samping itu, beliau turut mengetuai Kumpulan Kajian Safe Exam Browser (SEB)
bagi mengkaji kesesuaian penggunaan SEB sebagai platform e-proctoring di UPM. Inisiatif ini juga turut diiktiraf
dalam PicTL2021 apabila berjaya merangkul pingat emas. Selain aktif sebagai jurulatih program CADe, beliau
turut aktif sebagai penceramah, moderator dan juri dalam beberapa webinar dan karnival PdP anjuran UPM.
Beliau turut dijemput sebagai penceramah oleh beberapa institusi luar seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan
Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad (TNB) Dua Sentral bagi berkongsi pengalaman mengenai pembelajaran atas
talian (e-learning).
Terbaharu, beliau turut menyumbang tenaga dan idea sebagai Ketua Jawatankuasa kategori e-teachers dalam
International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2022). Beliau juga komited dalam usaha meningkatkan
kualiti kandungan program Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian sebagai ahli Jawatankuasa
Kecil Kurikulum bagi Jabatan Biologi Sel dan Molekul. Tidak mahu terbatas dengan platform fizikal, beliau juga
tidak lokek berkongsi ilmu di platform digital dengan memuat naik video tutorial terutamanya berkaitan penggunaan
fungsian dalam PutraBlast di laman Youtube peribadi beliau.

23

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pengajaran

Kategori Pengajar Muda

Sains Kesihatan

DR. VIVIEN HOW
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Vivien How dilahirkan pada 22 Oktober 1986 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan
seterusnya membesar di Setapak. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang
adik beradik. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
Lee Rubber pada tahun 1996, beliau kemudiannya meneruskan persekolahan dengan
mengambil sijil SPM, UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) dan STPM di Sekolah Menengah
Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur sebelum diterima masuk ke Universiti Putra
Malaysia (UPM) pada tahun 2010 bagi mengikuti ijazah Bacelor Sains (Kesihatan
Persekitaran dan Pekerjaan). Lima tahun selepas itu, beliau berjaya mendapatkan
Doktor Falsafah (Kesihatan Persekitaran) dengan CGPA 4.00.

Kini, selain menjadi pengajar di UPM, beliau juga adalah penilai risiko kesihatan (kimia)
bertauliah yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia dan jurulatih bertauliah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Penglibatan
beliau dalam bidang penyelidikan yang berfokuskan kepada kesihatan pertanian
(agricultural health), dan penilaian risiko kesihatan kimia menjayakan beliau dilantik
sebagai saintis muda oleh Akademi Sains Malaysia (ASM).

Sepanjang perkhidmatannya di UPM, beberapa pencapaian berjaya dicapai antaranya
anugerah “University One-Health Teaching Grant” pada tahun 2017 sebagai pengakuan
kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi EOH 3403 (Kawalan dan Pengurusan
Penyakit Berjangkit).

Atas usaha dan inisiatif yang dilakukan beliau, Kursus EOH 3403 (Kawalan dan
Pengurusan Penyakit Berjangkit) telah didaftarkan sebagai satu kursus yang memenuhi
kriteria One Health di bawah One Health Workforce-Next Generation (OHW-NG) Project,
the US Consortium dan SEAOHUN.

24

Selaku penilai risiko kesihatan kimia (chemical health risk Sejak 2017, minat dan semangatnya untuk bekerjasama dalam
assessor) yang berdaftar, beliau juga turut berjaya memohon pelbagai bidang telah menyebabkan beliau dilantik sebagai
pengecualian daripada National Institute of Occupational Safety Saintis Muda untuk Penyelidikan Bersepadu Mengenai Risiko
and Health (NIOSH) dan menjadikan Fakulti Perubatan dan Sains Bencana (Integrated Research on Disaster Risk, IRDR) (Program
Kesihatan sebagai pusat pengajar yang diktiraf bagi kursus Penyelidikan Antara Disiplin yang ditaja bersama oleh Pejabat
profesional – Penilaian Pendedahan dan Risiko Kesihatan (yang Pengurusan Bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
selaras dengan subjek EOH 4304) sejak tahun 2020. Beliau juga UNDRR), rakan muda untuk Penjejak Iklim, fasilitator untuk
pernah menyandang jawatan sebagai Penyelaras Program B.S. Makmal Literasi Masa Depan UNESCO – Pengurangan Risiko
(Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) (2019 – 2021). Bencana (Future Literary Laboratory – Disaster Risk Reduction),
dan fasilitator untuk Program Kapal untuk Asia Tenggara dan Belia
Selari dengan usaha beliau yang bukan sahaja menempa namanya Jepun (Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program,
sendiri malah membawa nama UPM bersama kejayaannya, Dr. SSEAYP).
Vivien How telah menerima beberapa pengiktirafan dan antaranya
pingat emas di Innovation Showcase @ Putra Future Classroom Beliau turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa bencana
2019; pingat emas di International Putra InnoCreative Poster kebangsaan untuk Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, saintis
Competition 2020 dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran muda dengan Akademik Sains Malaysia dan seorang profesional
bagi EOH 4304 (Penilaian Pendedahan dan Risiko Kesihatan muda dengan U-Inspire Malaysia/Alliance (sebuah perikatan
Bahan Kimia); pingat emas di International Putra InnoCreative bekerja dalam Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Inovasi (SETI)
Poster Competition 2021 dalam kaedah pengajaran dan untuk menyokong pengurangan risiko bencana dan pembinaan
pembelajaran bagi EOH 3404 (Kawalan dan Pengurusan Penyakit daya tahan. Untuk tahun ini, beliau telah dianugerahkan
Tidak Berjangkit); pemenang Teaching Excellent Award (TEA) sebagai Program Fellow Profesional YSEALI 2022 (YSEALI –
2020 melalui undian daripada pelajar dan juga pensyarah Fakulti Professional Fellows Program) dalam pembangunan kelestarian
Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM; dan Pingat Kemanusiaan dan alam sekitar yang ditaja oleh Biro Hal Ehwal Pendidikan dan
(Humanitarian Award), Bulan Merah Malaysia 2021. Kebudayaan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

25

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pengajaran

Kategori Pengajar Muda

Sastera dan Sains Sosial

Gs. Ts. DR. MOHAMMAD MUJAHEED BIN HASSAN
Fakulti Ekologi Manusia

Mohammad Mujaheed bin Hassan berdarah kacukan Melayu dan Cina dan dilahirkan
di Sibu, Sarawak pada 7 November 1986. Beliau merupakan anak keempat daripada
lima orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Abang Ali, Sibu kemudiannya
melanjutkan pelajaran di SMB Methodist, Sibu dengan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia
(STPM). Pada ketika ini, beliau sudah menunjukkan minat dalam bidang perancangan
bandar. Beliau mendapat pendidikan di peringkat Sarjana Muda Sains dan Sarjana
Sains dalam bidang perancangan bandar dan Wilayah di Universiti Sains Malaysia.
Beliau kemudiannya melanjutkan pendidikan di peringkat Doktor Falsafah dengan
bidang kajian Pembangunan Keselamatan dan Komuniti.

Beliau mempunyai minat mendalam dalam bidang perancangan bandar dan wilayah.
Beliau berpengalaman selama tujuh tahun dalam industri sebagai Planner, Project
Planning & Business Development di S P Setia Berhad sebelum memulakan karier
akademik pada tahun 2018 sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Kemasyarakatan
dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pengalaman beliau dalam industri telah memberikan nilai tambah kepada beliau dalam
mengendalikan kursus-kursus di fakulti dengan menghubungkaitkan teori dan realiti
yang berkaitan dengan perancangan, pembangunan, persekitaran dan sosiodemografi.

Komited, produktif dan bermotivasi menjadikan beliau seorang pensyarah yang
konsisten dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkualiti.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pensyarah universiti, beliau sering menerima
maklum balas penilaian PdP yang sangat positif daripada pelajar dengan skor purata
penilaian pengajaran sekitar 4.70.

26

Kepakaran dalam perancangan bandar dan wilayah serta Beliau telah menghasilkan lima strategi dalam pengurusan PdP
pembangunan keselamatan dan komuniti menjadikan beliau efektif iaitu “Learning Management System (LMS), interactive,
sebagai pilihan pelajar dari pelbagai bidang. Beliau telah menyelia engagement, hands on, follow up” bagi mendepani isu PdP jarak
dengan jayanya seramai 50 orang pelajar untuk projek ilmiah jauh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, beliau
tahun akhir/ disertasi bacelor sepanjang tempoh empat tahun mencipta dan menggunakan kaedah PdP permainan “Board
perkhidmatan. Selain itu, beliau turut menjadi pilihan pelajar di Games”. Ciptaan beliau telah memenangi pingat emas dalam
peringkat sarjana dan doktor falsafah sebagai penyelia dan pertandingan inovasi PdP dengan mengetengahkan pemahaman
penyelia bersama. berkenaan Sustainable Development Goals (SDG17) bagi kursus
yang diajar.
Dalam PdP, beliau banyak menggunakan ICT dan pelbagai aktiviti
yang melibatkan abad ke-21 untuk meningkatkan keberhasilan Selain itu, beliau menekankan PdP melalui kaedah “Project-Based
dan kepelbagaian dalam PdP pelajar dalam kuliah. Beliau Learning” melalui perancangan, pelaksanaan serta penilaian
pernah menyertai Putra InnoCreative Carnival in Teaching and projek kepada pelajar supaya pelajar boleh menyumbang kepada
Learning (PicTL) dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2020 komuniti melalui aktiviti yang dijalankan. Sehubungan itu, beliau
(lapan penyertaan, lima sebagai ketua dan tiga sebagai ahli) dan telah mencipta simulasi Orang Kurang Upaya (OKU) dengan
2021 (lima penyertaan sebagai ketua). Beliau telah memenangi kerjasama agensi luar. Simulasi dalam PdP untuk memberi
tiga emas, satu perak dan satu gangsa pada tahun 2020 dan pengalaman sebenar kepada pelajar tentang kehidupan OKU
memenangi dua emas dan tiga perak pada tahun 2021 sebagai dan membuka minda pelajar agar suatu hari nanti menjadi
ketua. pegawai/ pemimpin yang melihat dari pelbagai perspektif dalam
perancangan pembangunan.
Kepelbagaian pendekatan dalam PdP dalam kursus digunakan
bagi menarik minat pelajar untuk memberikan fokus dalam Seorang yang fleksibel dalam menyesuaikan teknik PdP
kuliah. Beliau juga telah mengaplikasikan kaedah pengajaran mengikut keperluan semasa termasuklah dalam menghadapi
melalui penggunaan aplikasi “Google Earth” dalam PdP, dengan kontingensi. Beliau berjaya mengaplikasikan teknik “One-to-
menggunakan aplikasi tersebut, pelajar lebih jelas dengan One Mentorships” dalam PdP semasa PdPR ketika situasi
penerangan dan contoh dengan memberikan gambaran keadaan pandemik. Kaedah ini menjadikan beliau mudah didekati dan
sebenar semasa dan perubahan pembangunan persekitaran disenangi oleh pelajar dan sering menjadi rujukan oleh pelajar.
sesebuah kawasan. Beliau dilantik sebagai Penyelaras Latihan Industri dan Penasihat
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekologi Manusia kerana semangat
Beliau juga menerapkan penggunaan video dokumentari dalam kepimpinan serta senang didekati oleh pelajar. Beliau tidak lokek
PdP bagi mendedahkan pelajar tentang kejadian sebenar yang untuk menyumbang idea baharu ke arah mencapai matlamat
berlaku dalam kehidupan masyarakat di luar sana. Pelajar fakulti dan universiti kepada pelajar.
memberi refleksi berdasarkan video dokumentari yang diberikan
dan berkongsi refleksi dalam kelas. Pelajar juga didedahkan
untuk berkongsi ilmu dan maklumat hasil PdP dalam kelas
kepada komuniti melalui tugasan “Public Service Announcement
(PSA)” iaitu pelajar menghasilkan video pendek dan kemudiannya
dikongsikan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram
dan YouTube.

27

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pengajaran

Kategori Pengajar Muda

Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan

DR. EVELYN LIM AI LIN
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

Evelyn Lim Ai Lin dilahirkan dalam sebuah keluarga Peranakan Cina yang kecil
di Melaka. Sebagai anak kedua dan anak bongsu, zaman kanak-kanak beliau adalah
biasa tetapi sangat bermakna. Beliau sering menjelajah di persekitaran alam semula
jadi bersama kawan-kawan melakukan aktiviti luar - berbasikal bersama kawan-kawan
menjelajah kawasan kampung, memancing di kolam terbiar, memanjat pokok, bermain
masak-masak, hantu galah, kejar-kejar dan sebagainya. Kehidupan yang serba ringkas
ini kaya dengan kenangan yang menyeronokkan dan telah membentuk minat beliau
dalam bidang persekitaran semula jadi dan alam sekitar.

Selepas tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), beliau mengikuti pengajian tinggi
dalam bidang Geografi (Pengajian Alam Sekitar) pada peringkat pengajian Ijazah Sarjana
Muda dan Sarjana Teknologi (Pengurusan Alam Sekitar), kedua-duanya di Universiti
Malaya. Kemudian, beliau memperoleh doktor falsafah dari UPM dengan kepakaran
dalam bidang pendidikan alam sekitar.

Tidak pernah beliau membayangkan akan terlibat dalam alam pendidikan sesudah
tamat pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Walaupun beliau bukannya seorang
pendidik di sekolah tetapi beliau seorang pendidik alam sekitar. Sepanjang 10 tahun
beliau berkhidmat di Persatuan Pencinta Alam Malaysia, kawasan persekitaran semula
jadi seperti gunung, hutan, paya, sungai dan laut telah menjadi bilik darjah dan makmal
beliau, dan komuniti menjadi sumber inspirasi kepada dirinya. Pengalaman ini telah
membentuk keinginan beliau untuk meneroka bidang pendidikan alam sekitar bagi
memahami ‘what works and does not work in designing an effective environmental
program’.

28

Sejurus memperoleh ijazah doktor falsafah, beliau telah memulakan tugas sebagai seorang pegawai pascadoktoral
di Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, Fakulti Perhutanan selama 18 bulan. Ia merupakan satu tempoh peralihan dan
penyesuaian diri yang penting bagi diri beliau, iaitu dari alam pekerjaan kepada dunia akademia di institusi pengajian tinggi
sebelum beliau menyandang jawatan Pensyarah Kanan di jabatan dan fakulti yang sama.

Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pengamal dan penyelidik dalam bidang pendidikan alam semula jadi dan
alam sekitar lebih 20 tahun, minat penyelidikan beliau menjurus kepada mereka bentuk program dan bahan pengajaran
pendidikan alam sekitar di kawasan semula jadi dan menentukan keberkesanannya. Fokus penyelidikan lebih kepada usaha
untuk memahami proses pembelajaran dan faktor yang menjadikan sesebuah program atau aktiviti itu berkesan dalam
mempengaruhi tingkah laku konservasi manusia dengan menggunakan interpretasi sebagai alat komunikasi. Pemahaman
ini adalah penting kerana pengetahuan, pengalaman, keperluan dan kehendak setiap kumpulan sasaran peserta adalah
berbeza. Jadi penghasilan satu bentuk program yang diguna pakai bagi semua kumpulan adalah kurang bersesuaian.

Beliau telah menerbitkan empat buah buku rujukan pendidikan alam sekitar dan modul yang meliputi pelbagai isu alam
sekitar, 14 artikel jurnal dan juga bahan penulisan lain seperti bab dalam buku dan menjadi editor buku dalam bidang
pendidikan alam sekitar, interpretasi dan ekopelancongan.

Beliau juga aktif dalam aktiviti bersama komuniti luar dalam usaha berkongsi ilmu dan sebagai pakar rujuk kepada
agensi kerajaan, pihak swasta, warga sekolah dan organisasi bukan kerajaan. Antara program komuniti dan penyelidikan
bersama pasukan dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar ialah membangunkan program sukarelawan dalam kalangan
murid-murid sekolah menengah di daerah Manjung (Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor) dan pelaksanaan Program Pendidikan
Alam Sekitar untuk Murid-Murid Program Pendidikan Khas Integrasi. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kumpulan
Kerja Teknikal untuk Pelan Tindakan Konservasi Tapir Malaya dan ahli kumpulan editor bagi jurnal The Malaysian Forester.

Beliau bersama pasukan dari Fakulti Perhutanan, telah memenangi Pertandingan Fakulti/Pusat Terbaik Amalan Inovasi
Pengajaran dan Pembelajaran 2019 dan juga penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018.

29

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pengajaran

Latar Belakang Objektif

Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajaran (AFNC-KP) • Menggalakkan dan memupuk inovasi dan kreativiti dalam proses
dahulunya dikenali sebagai Anugerah Pengajaran Putra (APP) Universiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah UPM.
Putra Malaysia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2007.
Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai akademik • Meningkatkan penggunaan pelbagai kaedah dan amalan pengajaran
yang mempamerkan kecemerlangan dan daya inovasi tinggi dalam dan pembelajaran yang cemerlang dan berkualiti berteraskan
pengajaran dan pembelajaran seterusnya memartabatkan profesion Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student Centered Learning).
pensyarah. Penganjuran AFNC-KP merupakan wahana bagi mengenal
pasti calon UPM untuk Anugerah Pengajaran, Anugerah Akademik • Memberi pengiktirafan kepada para pegawai akademik UPM yang
Negara (AAN). menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan yang tinggi dalam inovasi
pengajaran dan pembelajaran.

Kategori Anugerah

Kategori Kelompok Bilangan Geran Fellowship
Pemenang (RM)
Pengajar Cemerlang Sains Tulen
Telah disahkan dalam perkhidmatan sekurang- Sains Kesihatan - 10,000
kurangnya 10 tahun (≥ 10 tahun) Sains Gunaan - 10,000
Kejuruteraan 1 10,000
Pengajar Muda Sastera dan Sains Sosial 1 10,000
Tempoh perkhidmatan kurang 10 tahun (< 10 Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan - 10,000
tahun) Sains Tulen - 10,000
Sains Kesihatan 1 7,000
Sains Gunaan 1 7,000
Kejuruteraan - 7,000
Sastera dan Sains Sosial - 7,000
Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan 1 7,000
1 7,000
Jumlah 6 102,000

30

Anugerah Fellowship

Naib Canselor

KATEGORI
PENYELIDIKAN
DAN INOVASI

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan DAn Inovasi

Kategori Penyelidik Cemerlang

Sains dan Teknologi

PROFESOR DR. SYAFINAZ BINTI AMIN NORDIN
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Syafinaz binti Amin Nordin dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1974 dan merupakan
anak kedua daripada empat orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal
di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 2, seterusnya di Sekolah Menengah
Convent Bukit Nanas. Beliau telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1989 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada
tahun 1991. Beliau juga telah menjadi pelajar terbaik keseluruhan matrikulasi sewaktu
di Sekolah Seri Puteri. Pada tahun 1993, beliau terpilih untuk menyertai International
Science School for High School Students oleh The Science Foundation of Physics,
di University of Sydney. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di University of
Otago, New Zealand dan mendapat ijazah dalam bidang perubatan pada tahun 1999.
Sewaktu bekerja sebagai pegawai perubatan di Institut Penyelidikan Perubatan, beliau
dijemput untuk menghadiri ‘International Training Workshop on Treatment of Diabetes
with Traditional Chinese Medicine for Developing Countries’ tajaan daripada Ministry
of Science and Technology of the People’s Republic of China, di Beijing, China pada
tahun 2002. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia
dan menjadi pakar patologi (dalam pengkhususan bidang mikrobiologi perubatan) pada
tahun 2009. Beliau juga berminat untuk mendapatkan latihan dalam bidang pendidikan
dan pada tahun 2015, beliau memperoleh Master of Higher Education daripada
University of Otago, New Zealand. Beliau juga mempunyai kelayakan profesional dalam
Biorisk Management daripada International Federation of Biosafety Associations.

Beliau ialah profesor dalam bidang mikrobiologi perubatan di Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan. Disebabkan minat dalam bidang penyelidikan dan pengajaran, beliau
telah menyertai Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2009, setelah berkhidmat
selama sembilan tahun di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau pernah berkhidmat

32

sebagai pakar mikrobiologi klinikal di Hospital Kuala Lumpur, sering mendapat jemputan sebagai penilai manuskrip bagi
Hospital Serdang dan menjadi pakar perunding bagi beberapa jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau juga adalah penilai
makmal swasta. Di UPM, beliau pernah menjadi Ketua Jabatan pelbagai jenis geran di peringkat universiti dan kebangsaan.
Mikrobiologi Perubatan dari 2017-2022 dan kini beliau adalah Beliau berpengalaman menjadi pemeriksa luar bagi program
Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) di Hospital Pengajar perubatan dan pelajar pascasiswazah di universiti awam dan
Universiti Putra Malaysia. Beliau juga merupakan ahli penilai swasta. Sewaktu pandemik COVID-19, sebagai Ketua Jabatan
teknikal STANDARDS Malaysia untuk makmal perubatan dan ahli Mikrobiologi Perubatan beliau telah mengetuai penubuhan
penilai Malaysian Qualifications Agency. makmal diagnostik molekular di Hospital Pengajar Universiti Putra
Malaysia yang baru beroperasi, bagi mengesan virus SARS-
Beliau mengetuai beberapa geran penyelidikan dalam bidang CoV-2. Seterusnya beliau menerajui penubuhan fasiliti makmal
mikrobiologi perubatan dan pengajaran dengan jumlah geran bagi penjujukan genom SARS-CoV-2 dan selanjutnya kumpulan
melebihi RM1 juta. Beliau cenderung dalam penyelidikan beliau menerima geran penyelidikan bagi SARS-CoV-2 Genomics
melibatkan pelbagai disiplin untuk memahami mekanisme, Surveillance melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan
pencegahan serta pembangunan kaedah diagnostik penyakit Ekonomi (PEMERKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi
berjangkit. Kini, beliau mengetuai kumpulan penyelidikan dan lnovasi (MOSTI). Beliau juga ialah felo bagi UPM-UNICEF
penyakit berjangkit di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Health C4D Programme dan aktif dalam pelbagai persatuan
Bersama ahli kumpulan, beliau telah menerbitkan lebih 80 artikel, profesional seperti BactiVac Network (UK) dan merupakan ahli
termasuk jurnal berimpak tinggi, lebih 40 pembentangan dalam Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penyakit Berjangkit dan
konferensi/seminar serta mengarang bab dalam buku seperti Kemoterapi Malaysia di mana beliau telah memulakan Zoonosis
Staphylococcus aureus nasal carriers and food contamination: Interest Group. Beliau juga ialah ahli College of Pathologists
A study conducted in Kuala Pilah, Malaysia. Beliau juga telah di Akademi Perubatan Malaysia.
memberi sumbangan sebagai pakar bagi dokumen Food and
Agriculture Organization of the United Nations (FAO) berkaitan Beliau telah memenangi anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan
bakteria Group B Streptococcus dalam ikan air tawar dan risiko Cemerlang, Penyelidik Klinikal Terbaik peringkat fakulti, anugerah
jangkitan penyakit zoonotik kepada manusia. Beliau turut menjadi penyelidikan peringkat universiti bagi kecemerlangan dalam
pakar bidang Ensaiklopedia Penyakit Berjangkit terbitan Dewan penerbitan dan Anugerah Fellowship Naib Canselor bagi kategori
Bahasa dan Pustaka (DBP). Bilangan sitasi semasa beliau melebihi pengajaran. Reka cipta hasil daripada penyelidikan beliau dan ahli
660 dengan h-index sebanyak 14 (SCOPUS) dan melebihi 1200 kumpulan untuk mengesan kuman daripada sampel pesakit telah
dengan h-index sebanyak 19 (Google Scholar). Beliau aktif dalam memenangi pingat emas di  International Invention, Innovation
penyeliaan termasuk lebih daripada 30 pelajar doktor falsafah, and Technology Exhibition (ITEX) 2021. Hak cipta lain berkaitan
sarjana dan pakar perubatan bidang mikrobiologi perubatan yang pengajaran perubatan dan sains kesihatan pernah memenangi
telah bergraduat. Beliau juga sering dijemput bagi pengajaran pingat emas di International University Carnival on E- learning
pelajar pelbagai bidang kesihatan di universiti awam dan swasta. (IUCEL). Selain itu, beliau juga telah mendapat BactiVac Network
Award, dari University of Birmingham dan pada tahun ini (2022),
Beliau berkolaborasi dengan penyelidik antarabangsa seperti beliau menerima Fellowship daripada Merieux Foundation,
National University of Singapore University of Minnesota, USA, Perancis untuk menghadiri 11th Advanced Course on Diagnostics
Kyushu Institute of Technology, Japan, University College (ACDx) in Les Pensieres Center for Global Health, di Perancis.
London dan University of Reading, UK. Tambahan pula, beliau

33

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan DAn Inovasi

Kategori Penyelidik Cemerlang

Sains Sosial

PROFESOR DR. SAMSILAH BINTI ROSLAN
Fakulti Pengajian Pendidikan

Samsilah Binti Roslan merupakan puteri sulung kepada pasangan Haji Roslan Dato' Haji
Akasah dan Hajah Norihan Abdullah dan dilahirkan pada 19 Mei 1972 di Kuala Lumpur.

Beliau telah menyertai Fakulti Pengajian Pendidikan UPM sebagai tutor dalam bidang
psikologi pendidikan pada tahun 1997 dan mula berkhidmat sebagai pensyarah pada
tahun 2001. Sehingga kini, beliau telah terlibat dalam 36 projek penyelidikan dan sembilan
projek konsultansi melibatkan pelbagai badan dan agensi seperti FELDA, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan
nilai kumulatif hampir RM6 juta. Beliau merupakan ketua projek bagi penghasilan Pelan
Pembangunan Generasi Baharu FELDA serta ahli Jawatankuasa Think Tank di Institute
of Youth Research (IYRES) dan terlibat dalam pembangunan Indeks Belia Malaysia
2011, 2015, Indeks Belia Sabah 2015, Indeks Belia Johor 2016, Indeks Budaya Sukan
2018, serta menyumbang kepada penghasilan pelan strategik IYRES 2015-2020. Di
UPM, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pelan Transformasi UPM semenjak 2017.
Beliau juga terlibat aktif dalam mengasaskan program Fusion Lab yang melibatkan terapi
komuniti melalui pelbagai platform kepada murid berkeperluan khas untuk meningkatkan
kemahiran sosial dan keyakinan diri mereka dengan kerjasama Kyushu Institute of
Technology. Seramai 36 orang pelajar PhD dan 18 orang pelajar Master telah bergraduat
di bawah penyeliaan beliau. Semenjak 2013, beliau telah dilantik sebagai Pengarah
Putra Science Park dan terlibat dalam menguruskan perlindungan harta intelek dan
pemindahan teknologi di UPM. Penglibatannya dalam pengurusan inovasi dan teknologi
di UPM membolehkan beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Pengurus Inovasi dan
Teknologi Malaysia selama dua penggal berturut-turut. Beliau telah diberi kepercayaan
oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengetuai pembangunan modul-modul

34

latihan untuk pemimpin dalam pemindahan teknologi di Malaysia dengan kerjasama AKEPT dan telah terlibat
melatih lebih daripada 200 orang peserta dari universiti dan pelbagai institusi penyelidikan di Malaysia. Beliau juga
telah dilantik sebagai konsultan untuk membangunkan kurikulum bagi OIC Collaborative Effort in Commercialization
and Entrepreneurship Education (OIC-CECE) serta terlibat melaksanakan beberapa siri latihan berkaitan inovasi
dan pemindahan teknologi kepada peserta daripada negara OIC di bawah pembiayaan Islamic Development Bank
(IDB). Beliau juga merupakan wakil tunggal Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah eksekutif dalam Inter Islamic
Network of Science and Technology Park (INSTP). Beliau bekerjasama erat dengan MyIPO dan WIPO dalam projek
Enabling IP Environment (EIE) dan telah ditaja oleh WIPO untuk menyertai Presidential Summit di Osaka (2017) dan
Okinawa (2018). Kini, beliau merupakan ketua panel pakar bagi penyediaan National Technology Venture Blueprint
(TechV) dan Assessment of Technology Transfer (AoTT) Malaysia di bawah MESTECC.
Beliau pernah menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor (Kategori Pengajar Cemerlang) 2010, Anugerah
Pengajar Cemerlang PUTRA 2008, Anugerah Penyelidik Muda Cemerlang (Sains Sosial) 2005 serta Anugerah
Buku Negara bagi buku “With Knowledge We Serve” 2014.
Beliau mendapat ijazah pertamanya daripada Universiti al-Azhar, Kaherah dan ijazah PhD dalam bidang Psikologi
Pendidikan daripada UPM. Seterusnya, beliau telah mendapat latihan berkaitan harta intelek dan pengkomersialan
inovasi daripada Licensing Academy, School of Law, University of California Davis dan Stanford Research Institute
(SRI) International, California. Beliau kini merupakan kelompok pertama daripada Malaysia yang akan diiktiraf
sebagai Registered Technology Transfer Professionals (RTTP) oleh Alliance of Technology Transfer Professionals
(ATTP) melalui program yang dibiayai oleh British Council.

35

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan DAn Inovasi

Kategori Penyelidik Muda

Sains dan Teknologi

DR. MOHD HAFIZ BIN MOHD ZAID
Fakulti Sains

Mohd Hafiz bin Mohd Zaid dilahirkan pada 31 Oktober 1987 di Dungun, Terengganu.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun, Terengganu dan seterusnya, beliau telah
melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Perak. Di peringkat pengajian tinggi, beliau
telah memperoleh ijazah Bacelor Sains dengan Kepujian (Fizik) pada tahun 2009 dari
Universiti Putra Malaysia (UPM). Seterusnya, beliau telah melanjutkan pengajian di UPM
pada peringkat Master Sains dan kemudiannya ke peringkat ijazah Doktor Falsafah
(PhD) dalam bidang sains bahan pada tahun 2016.

Selepas menamatkan pengajian pada peringkat PhD, beliau telah berkhidmat sebagai
pegawai pascadoktoral di Institut Teknologi Maju (ITMA), UPM. Selepas itu, beliau mula
berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM pada 2017.
Beliau merupakan salah seorang pakar rujuk dalam bidang kaca dan seramik di Malaysia
dan telah dilantik sebagai penasihat projek bagi program kerjasama penyelidikan
dengan beberapa pihak industri kaca dan seramik di Malaysia. Selain daripada itu,
pada peringkat pentadbiran universiti, beliau juga telah dilantik sebagai Pengetua Kolej
Kediaman (Kolej Pendeta Za’ba) pada tahun 2021 bagi membantu pihak universiti untuk
melahirkan bakal graduan yang mampan dan berdaya saing. Selain itu, beliau juga aktif
dalam aktiviti luar di bawah Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal (MASS)
Malaysia dan Institut Fizik Malaysia.

Beliau aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang sains bahan, kaca, seramik dan
komposit yang berpotensi untuk diguna pakai dalam bidang optoelektronik. Dalam
tempoh lima tahun berkhidmat sebagai pensyarah kanan, beliau telah mengetuai
pelbagai projek penyelidikan untuk menghasilkan bahan kaca, seramik dan komposit,

36

yang mana telah dibiayai peruntukan penyelidikan dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT), dana khas
UPM, Sakura Science Fund dan juga projek penyelidikan jubin berasaskan kaca seramik yang dibiayai oleh Saudi
Geological Survey (SGS), sebuah syarikat berasaskan produk seramik yang berpangkalan di Arab Saudi. Kejayaan
ini adalah hasil daripada projek kerjasama penyelidikan UPM-SGS pada tahun 2018. Beliau telah menulis lebih
daripada 170 makalah jurnal berimpak tinggi pada peringkat antarabangsa, 15 pembentangan dalam konferensi/
seminar, dan juga beberapa bab dalam buku berkaitan kaca dan seramik. Selain daripada itu, beliau juga telah
menilai lebih daripada 100 makalah jurnal. Bilangan sitasi semasa beliau ialah 2,451 dengan h-index sebanyak 27
dalam pangkalan data Scopus dan bilangan sitasi sebanyak 3,099 dan h-index sebanyak 31 dalam pangkalan
data Google Scholar. Selain itu, beliau juga telah dilantik sebagai pakar rujuk dan editor bersekutu bagi Journal of
Sustainable Science and Management (JSSM) dan ASEANA Journal of Science.
Beliau telah menyelia seramai 18 orang pelajar PhD dan 18 orang pelajar Master Sains selaku penyelia utama
dan penyelia bersama di UPM. Beliau juga dilantik sebagai penyelia bersama oleh beberapa universiti di Malaysia.
Beliau juga telah dilantik sebagai pemeriksa tesis dalam dan luar dari beberapa universiti di Malaysia. Beliau telah
memenangi beberapa anugerah penyelidikan yang telah dianjurkan pada peringkat universiti dan kebangsaan.
Selain daripada itu, beliau juga telah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Pekerja Cemerlang, Anugerah
Penyelidik Muda, Anugerah Penyelidik Cemerlang dan juga telah tersenarai dalam World’s Top 2% Scientist pada
tahun 2021.

37

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan DAn Inovasi

Kategori Penyelidik Muda

Sains Sosial

DR. CHEAH JUN HWA
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

Cheah Jun Hwa (lebih dikenali sebagai Jacky) dilahirkan pada 19 November 1988 di
Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan La Salle,
Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor. Pada peringkat pengajian tinggi, beliau
telah memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) pada tahun 2011
dari Universiti Malaysia Terengganu, Master Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan
Antarabangsa) pada tahun 2013 dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dan kemudiannya
Ijazah PhD (Ekonomi Perniagaan) pada tahun 2016 juga dari UPM.

Beliau kini ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, Sekolah
Perniagaan dan Ekonomi. Beliau juga merupakan Profesor Pelawat di Prince of
Songkla University, Thailand, Profesor Adjung di Universitas Islam Bandung, Indonesia
dan Pensyarah Adjung di UCSI University Malaysia. Beliau juga merupakan ahli kluster
pemasaran perhubungan di Griffith University Australia dan pernah menjadi sarjana
pelawat ke Otto-von-Guericke-Universität Magdeburg, Germany. Beliau menyelia
seramai 10 orang pelajar PhD selaku penyelia utama di UPM, dan juga merupakan
penyelia bersama di University of New South Wales, Australia dan pemeriksa luar
di Griffith University Australia.

Beliau juga dilantik sebagai Editor Bersekutu dalam pelbagai jurnal seperti European
Research on Management and Business Economics (SSCI Q1), Asian Academy of
Management Journal (SCOPUS), International Journal of Economics and Management
(SCOPUS), Co-Managing Editor dalam jurnal seperti Journal of Applied Structural
Equation Modeling (SCOPUS), dan Journal of Marketing Advances and Practices.
Beliau juga merupakan Editorial Board Member Journal of Physical Distribution &

38

Logistics Management (SSCI Q1), Journal of Consumer Behaviour (SSCI Q3), International Journal of Consumer
Studies (SSCI Q3), Asia-Pacific Journal of Business Administration (SCOPUS), Asian Journal Business Research
(SCOPUS) dan Journal of Responsible Tourism. Beliau juga telah menilai lebih daripada 150 makalah jurnal.

Beliau telah menulis lebih daripada 70 makalah jurnal dan majoritinya dalam kategori SSCI Q1/Q2/Q3, tiga bab
dalam buku dan dua buku. Majoriti penerbitan beliau telah mendapat bilangan sitasi yang tinggi dan bilangan
sitasi semasa beliau adalah sebanyak 5540 dengan h-indeks 30, i-10 indeks 47 (Julai, 2022; Google Scholar).
Salah satu artikel beliau dalam European Journal of Marketing bertajuk: “Predictive model assessment in PLS-
SEM: Guidelines for using PLSpredict”, telah menarik perhatian yang besar seperti yang dibuktikan oleh jumlah
sitasi yang tinggi (lebih daripada 700 sitasi) sejak diterbitkan pada 2019. Artikel ini berada pada kedudukan kelima
(Shugan’s Top 20 Marketing Meta Journal), juga dikenali sebagai Artikel Pemasaran Paling Bersitasi di seluruh
dunia. Pada tahun 2022, beliau menduduki tempat pertama mengikut subjek pentadbiran perniagaan di universiti,
keempat di Malaysia, ke-49 di Asia dan ke-603 di seluruh dunia, mengikut “AD Scientific Index 2022” (https://www.
adscientificindex.com/scientist.php?id=293236). Beliau aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang pemasaran,
pemasaran teknologi dan digital dan penyelidikan perniagaan. Salah satu fokus atau bidang penyelidikan utama
beliau ialah pembangunan metodologi penyelidikan, analisis data kuantitatif, dan pemodelan statistik. Kebanyakan
artikel beliau telah membentangkan teknik termaju dalam cara analisis data serta membimbing penyelidik dan
pelajar untuk mengaplikasikannya secara sistematik. Sumbangan ini memberi impak yang besar kepada penyelidik
merentasi disiplin untuk mengaplikasi teknik yang sesuai dan cara analisis data dalam penyelidikan.

Beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti Emerald Young Researcher Award (2021, Emerald Publishing),
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2019, UPM), Anugerah Pelajaran DiRaja (2011, UMT), Anugerah Siswazah
Cemerlang (2012, Yayasan Negeri Sembilan) dan enam kali Anugerah Kertas Kajian Terbaik pada peringkat
antarabangsa.

39

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan DAn Inovasi
Kategori Penerbitan Makalah Jurnal
Sains dan Teknologi

PROFESOR. ChM. DR. MOHD BASYARUDDIN
BIN ABDUL RAHMAN

FASc, FMIC, FRSC, FIAAM
Fakulti Sains

Mohd Basyaruddin bin Abdul Rahman yang dilahirkan pada 12 September 1972 di
Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan anak bongsu daripada empat beradik dalam
keluarga guru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan
Methodist, Parit Buntar dan seterusnya di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan
Shah, Taiping, Perak. Selain cemerlang dalam akademik, beliau seorang yang aktif
dalam persatuan dan sukan (hoki, olahraga dan ragbi). Beliau menerima ijazah Sarjana
Muda Sains (Dwimajor) Kimia dan Sains Komputer dengan Pendidikan dari Universiti
Teknologi Malaysia (1995) dan menjadi Presiden Persatuan Sains dan Teknologi
selama dua penggal. Beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah (Kimia Katalisis) dari
University of Southampton, England (1999) dan menerima Islamic Development Bank
Merit Fellowship untuk pascadoktoral (Kejuruteraan Protein) di University of Edinburgh,
Scotland (2006-2007). Beliau mendirikan rumahtangga dengan pakar biologi struktur,
Profesor Madya Dr. Normi Mohd Yahaya dan dikurniakan seorang puteri, Barika Qaysar
serta diserikan dengan Nikki, kucing kemanjaan.

Sepanjang 22 tahun berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau diberi
kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan Kimia, Timbalan
Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) dan Dekan Fakulti Sains. Beliau pernah dipinjamkan
selama lima tahun ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai
Pengarah Institut Genom Malaysia. Beliau terlibat dalam penggubalan kurikulum bidang
kimia peringkat bacelor dan master di beberapa buah universiti tempatan. Beliau dilantik
sebagai Distinguished Visiting Scholar di University of California, Berkeley (USA) dan
pengasas Foundry of Reticular Materials for Sustainability (FORMS) UPM di bawah
inisiatif Berkeley Global Science Institute. Beliau giat menjalankan kolaborasi/sangkutan
penyelidikan dengan Harvard University, University of Minnesota dan University of North

40

Carolina (USA), Daresbury Synchrotron dan Queens’ University antarabangsa pula, beliau diiktiraf sebagai Saintis Muda dari
(UK), Lund University (Sweden), University of Tokyo dan Osaka American Chemical Society 2005, Lindau Nobel Laureate 2006,
University (Jepun), Royal Scientific Society (Jordan), Materials International Union of Pure and Applied Chemistry 2006, Enzyme
Science Institute of Madrid (Sepanyol), University of Minho Engineering 2007, TWAS-Asia 2009 dan World Economic Forum
(Portugal), Aerosol Science Research Center (Taiwan), Kasertsart 2009. Beliau melakar sejarah sebagai ahli pengasas kepada
University (Thailand) dan beberapa universiti tempatan. Global Young Academy dan Presiden Pengasas Young Scientist
Network-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM). Beliau berjaya
Mohd Basyaruddin mempelopori beberapa penyelidikan membangunkan program bakat muda Unshackling Young
fundamental dan baharu di Malaysia seperti kimia pengkomputeran, Academics dan program kepemimpinan akademik antarabangsa
cecair ionik, metaloenzim, nanoemulsi aerosol dan bahan retikular tersohor DAAD Germany-International Deans’ Course dengan
serta menjadi pakar rujuk negara dalam bidang berkaitan. Beliau kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi.
menerajui dan membantu mendapatkan dana penyelidikan
berjumlah lebih RM28 juta melalui lebih 50 geran penyelidikan Mohd Basyaruddin berperanan besar dalam pembangunan polisi
luar dan dalam negara seperti JICA-SATREPS, India-ASEAN, dan dasar berkaitan sains kebangsaan dan memegang portfolio
CSIC Spain, TWAS, British Council, Genetic and Molecular utama sebagai presiden/pengerusi pada peringkat persatuan
Biology Initiatives, NanoMITe, Yayasan Penyelidikan Antartika mahupun konferensi antarabangsa, antaranya World Forum for
Sultan Mizan, International Collaboration Fund MESTECC dan Women in Science. Beliau merupakan Pengerusi Jemaah Dekan
lain-lain. Kajian fundamental dan pengkomputeran berkaitan Sains Matematik Malaysia, Presiden Persatuan Sains Analisis
penghantaran-nano aerosol untuk molekul atau biomolekul Malaysia dan Ketua Editor bagi Malaysian Journal of Analytical
secara nanoemulsi atau bahan nano telah berjaya diaplikasikan Sciences. Beliau dilantik sebagai Felo kepada Akademi Sains
dalam bidang perubatan (teranostik kanser paru-paru) dan Malaysia, Institut Kimia Malaysia, Royal Society of Chemistry (UK)
pertanian (pengawalan kulat Ganoderma). Jurnal berprestij klasik dan International Association of Advanced Materials (Sweden).
Dalton Transactions telah mengabadikan grafik sistem homing Beliau sangat bertenaga dalam aktiviti komuniti, inovasi dan
peptide-gemcitabine-nanoZIF-8 untuk rawatan kanser paru-paru motivasi STEM seperti Duta Sains, MyBiotech@School, Back
secara pulmonari sebagai penghias hadapan edisi Februari 2021 to School, National Science Challenge, Petronas Science Show
sempena ulang tahun ke-50 jurnal tersebut. Competition, Karnival Jom Sains, Adiwira STEM dan banyak
lagi melalui interaksi dengan lebih 50 ribu pelajar dan guru.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menyelia seramai 25 Beliau merupakan Penaung Pengasas Persatuan Guru STEM
pelajar PhD, 22 pelajar MS dan >100 pelajar BS. Beliau telah berdasarkan keterlibatannya yang tidak ternilai untuk guru dan
menerbitkan lebih 300 jurnal/buku ilmiah dan lebih 450 abstrak komuniti STEM. Di atas minat dan komitmen tinggi dalam kerjaya,
persidangan, membentangkan lebih 50 jemputan ucaptama/ beliau dilantik sebagai profesor penuh pada usia 36 tahun dan
plenari, memenangi lebih 100 anugerah peribadi/produk memecahkan halangan klasik melalui pencapaian mengagumkan
inovasi dan menfailkan lebih 25 harta intelek. Paten teknologi dalam penyelidikan dan akademia serta kemajuan sains telah
enzim dan nano salutan permukaan pernah diangkat sebagai melayakkan beliau menyandang jawatan Profesor Gred VK5 /
Anugerah Paten Negara 2009. Beliau dianugerahkan Saintis Gred Khas A yang disegani dalam bidangnya. ASM menobatkan
Cemerlang Malaysia 2005, Anugerah Penyelidik Muda UPM beliau sebagai seorang daripada 20 saintis terulung negara
2006, Outstanding Young Malaysian 2008, Top Research dalam Faces of Science@Malaysia kerana sumbangannya yang
Scientists Malaysia 2012 dan banyak lagi. Pada peringkat luar biasa terhadap perkembangan sains dan belia negara.

41

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan DAn Inovasi

Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk

ALLAHYARHAMAH DR. MAZNAH BINTI ISMAIL
Institut Biosains

Allahyarhamah Maznah binti Ismail dilahirkan di Tapah, Perak pada tahun 1956. Beliau
mendapat pendidikan awal peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
dan seterusnya di Southend College of Technology, England untuk peringkat A-level.
Beliau mempunyai kelulusan ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Biokimia
daripada University of Salford, England, Sarjana Biokimia dengan Pemakanan (minor)
daripada Louisiana State University, Baton Rouge, Amerika Syarikat dan ijazah Doktor
Falsafah dalam bidang Biokimia Pemakanan daripada Fakulti Perubatan, University of
Glasgow, Scotland.

Allahyarhamah telah berkhidmat di UPM hampir 40 tahun sebagai Profesor (Biokimia
Pemakanan) di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan juga telah memegang
jawatan sebagai Ketua Laboratori Bioubatan Molekul, Institut Biosains. Sebelum itu,
beliau pernah menjadi Ketua Jabatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (1994-
2002) dan Pengarah, Institut Interim Nutrasutikal dan Farmasutikal Kebangsaan (2004-
2006). Pada peringkat antarabangsa, Allahyarhamah pernah menerima Fellowship
Komanwel sebagai profesor pelawat di Health Sciences Faculty, University of Manitoba,
Kanada dan Fellowship International Atomic Energy Agency (IAEA) sebagai saintis
pelawat di Institute of Food Research, Norwich, UK. Kemudiannya, Allahyarhamah
memperoleh Fellowship IAEA kali kedua bagi lawatan saintifik pada tahun 2007-2009
ke Free University Berlin, Germany dan Trinity College, University of Dublin, Ireland untuk
penyelidikan nano perubatan.

Selain menyampaikan kuliah, Allahyarhamah mempunyai minat yang mendalam
terhadap bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang memfokus kepada
pembangunan Nutraseutikal Novel, Nutrigenomik dan Nanodelivery. Kumpulan

42

penyelidikan Allahyarhamah merupakan perintis dalam konsep fraksi kaya bioaktif yang dihasilkan melalui platform
teknologi hijau, iaitu ekstrasi bendalir superkritikal (SFE) dan subcritical water. Penyelidikan beliau dalam beras
perang cambah (GBR) yang dibiayai Bernas dan beras tinggi amilosa yang dibiayai oleh TWAS telah menampakkan
kesan anti-diabetik. Kumpulan penyelidikan Allahyarhamah juga berjaya mendokumentasikan faedah kesihatan
GBR dan tumbuhan herba seperti Nigella sativa (Habbatus Sauda), Belalai Gajah dan Lemba yang mengandungi
intensi kemanisan yang tinggi dengan ciri antidiabetik. Daya penggerak sebalik teknologi ini adalah kesedaran
untuk mengetengahkan ilmu baharu untuk manfaat manusia sejagat.

Allahyarhamah telah menerima 60 anugerah dan pingat pada peringkat antarabangsa, kebangsaan dan UPM.
Antaranya termasuk Anugerah Tokoh Pekerja Perempuan Negara (2006), Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
oleh Jabatan Perdana Menteri, Anugerah Malaysian Toray Science Foundation (MTSF), Anugerah Fellowship Naib
Canselor (Kategori Penyelidik Cemerlang) tahun 2013 dan 2005, Anugerah Penyelidik Cemerlang Fakulti Perubatan
& Sains Kesihatan dan Institut Biosains. Pada peringkat antarabangsa Allahyarhamah meraih beberapa pingat
untuk penyelidikan dan produk termasuk pingat emas di IeNa, Jerman dan di International Exhibition of Inventions,
Techniques and Products ke-32 di Geneva, Switzerland.

Antara output penyelidikan Allahyarhamah termasuk geran penyelidikan and prapengkomersialan yang diperoleh
dari MOE, MOSTI, MTDC, BERNAS Sdn. Bhd., Perusahaan Azan Food Industry dan Biotropics Sdn. Bhd. yang
bernilai lebih daripada RM20 juta untuk menyokong penyelidikan yang intensif dalam pembangunan nutraseutikal
novel pada peringkat praklinikal dan klinikal, yang mana sebahagiannya adalah penyelidikan kontrak. Allahyarhamah
telah menghasilkan lebih daripada 200 jurnal penerbitan ISI, 15 paten yang telah dianugerah dan dalam proses
pemfailan. Pada tahun 2013 Allahyarhamah telah menerbitkan 25 artikel jurnal ISI dengan faktor impak =
71.56; empat paten baharu telah difail dan tiga paten telah diluluskan dari USA, EU dan Jepun. Banyak usaha
Allahyarhamah tertumpu kepada usaha mengkomersialkan beberapa prototaip termasuklah minuman kesihatan
berasaskan GBR (ORYGoldTM), fraksi kaya timokuinon (SAWDATM), antioksidan daripada dedak beras (E-ORYTM),
minyak formulasi dedak beras (RiBOTM) dan minyak kenaf. Sebahagian daripada prototaip telah dibuat validasi
pemasaran oleh MTDC dan Frost & Sullivan. Dua produk sekarang telah dipasarkan melalui dua syarikat
start up; Nutracreme Sdn. Bhd. dan GermiBran Sdn. Bhd. yang ditubuhkan melalui program Graduate Entrepreneur
Symbiosis Antara UPM-MTDC-KPT dan Innohub oleh UPM. Allahyarhamah bertindak selaku Pengarah Teknikal
kepada kedua-dua syarikat ini.

43

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan DAn Inovasi

Kategori Penerbitan Buku

PROFESOR DR. JUSANG BIN BOLONG
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Jusang bin Bolong dilahirkan pada 31 Disember 1964 di Tawau, Sabah. Beliau ialah anak
ketiga daripada enam orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Wallace Bay, Pulau Sebatik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara,
Tawau. Pada peringkat pengajian tinggi, beliau telah memperoleh Diploma Pertanian
(1986), Bacelor Sains Pertanian (1995), Master Sains (Komunikasi Pembangunan)
(1999) dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Kemanusiaan (2006) dari
Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau merupakan seorang bekas guru yang berkhidmat di SMK Merotai Besar, Tawau
pada tahun 1987 hingga 1991. Mula bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Komunikasi
pada tahun 2000. Kini, beliau ialah profesor dalam bidang komunikasi kemanusiaan
di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. Beliau
juga pernah menjawat jawatan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) pada tahun
2014 sehingga Jun 2019 di FBMK. Sejak 2014 hingga kini, beliau merupakan Penyelidik
Bersekutu Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM.

Beliau aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang komunikasi kemanusiaan dengan
memberi tumpuan kepada komunikasi berperantara seperti penggunaan media sosial
yang mempengaruhi pola komunikasi kemanusiaan abad kini dan akan datang. Hasil
penyelidikan beliau yang telah diterbitkan dalam bentuk buku mengenai komunikasi
berperantara media sosial bertajuk Minda Komuniti Maya (UKM, 2011). Beliau juga
telah menulis buku lain dan bertindak sebagai editor. Antara buku akademik yang telah
dijayakan adalah Komunikasi Bunuh Diri (UPM, 2021), Panduan Penyelidikan Komunikasi:
Kaedah Kuantitatif (DBP, 2018), Engos & Website Strategies for Environmental
Sustainability (UPM, 2014) dan Cabaran Komunikasi Masa Kini (UPM, 2008). Beliau

44

telah menulis sejumlah 86 artikel berwasit dan 63 artikel tidak berwasit, 26 bab dalam buku, 22 artikel dalam
prosiding seminar antarabangsa dan tempatan. Sejumlah 48 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar pada
peringkat antarabangsa. Bilangan sitasi semasa beliau adalah 322 dengan h-index sebanyak 10 dalam pangkalan
data Scopus dan bilangan sitasi sebanyak 1444 dan h-index sebanyak 20 dalam Google Scholar. Penulisan buku
beliau tidak hanya terhad kepada penulisan ilmiah tetapi juga dalam bidang kesusasteraan. Sejumlah sembilan
buku karya kreatif berbentuk novel, puisi dan skrip drama telah dihasilkan. Antara karya tersebut ialah Antologi
Puisi: Sekuntum Bunga Bahasa di Tangkai Bangsa Berakar Budaya Bertunjang Agama (UPM, 2019), Saya
(Raudhah Al-Miqyas, 2019), Sahabat Kecilku (Raudhah Al-Miqyas, 2016), Kisah Hidupku (KarnaDya, 2009), Ateng
Kerja Gila-gila (Cerdik Publication, 2006), Ralat (Utusan Publication & Distributor, 1999), Novel (Utusan Publication
& Distributor, 1997), Berubah (Tempo Publishing, 1996) dan Kasih Di Kota, Sayang Di Desa (DBP, 1993).
Sepanjang kerjaya penulisannya, beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti Hadiah Karya Sulung (Sempena
Perayaan 25 Tahun DBP Sabah dan Sarawak), Pemenang Hadiah Sastera Sabah 1998/99, Pemenang Hadiah
Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1998, Pemenang Hadiah Sastera Sabah 1996/97, Pemenang Hadiah Sastera
Utusan Melayu-Public Bank 1996, Penulis Anak Angkat 1992 Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah, Pemenang
Hadiah Penghargaan Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP, Pemenang Hadiah Galakan Anugerah Drama
Sejarah Kebangsaan dan Pemenang Hadiah Penghargaan Anugerah Drama Esso-Gapena II.

45

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan DAn Inovasi

Kategori Seni dan Kreativiti

DR. HALIS AZHAN BIN MOHD. HANAFIAH
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Halis Azhan Mohd. Hanafiah dilahirkan pada 1 Januari 1970 di Kedai Melor, Kota
Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan
Melor, Kota Bharu, Kelantan dan Sekolah Menengah Sains Machang, Machang,
Kelantan. Pada peringkat pengajian tinggi, beliau telah memperoleh ijazah Sarjana
Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) pada tahun 1993
dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor; Master Sastera (Kesusasteraan
Melayu) pada tahun 2002 dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor; dan
kemudiannya ijazah Kedoktoran dalam bidang Kesusasteraan Melayu pada tahun 2014
dari UPM, Serdang, Selangor.

Beliau merupakan pensyarah kanan bagi pengajian Kesusasteraan Melayu di Jabatan
Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sejak 2015. Pengkhususan
beliau adalah dalam bidang penulisan kreatif, penterjemahan persuratan dan adaptasi
teks kesusasteraan. Selain menjadi tenaga akademik bagi bidang Kesusasteraan
Melayu di UPM, beliau turut menyumbang kepakaran dalam bidang kebahasaan dan
kesusasteraan tanah air. Antaranya, beliau pernah menjadi panel hakim bagi Hadiah
Sastera Perdana Malaysia (penilaian tahun 2016/2017, 2018/2019 dan 2020/2021),
Sayembara Penulisan Novel Remaja dan Kanak-kanak Berita Harian 2017 dan Peraduan
Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja sempena 50 tahun Dewan Bahasa dan
Pustaka. Beliau kerap menjadi penatar di bengkel-bengkel penulisan kreatif seluruh
negara, termasuklah Minggu Penulis Kanak-kanak dan Program Pembangunan Tunas
Remaja peringkat kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Program
Pembangunan Pengkarya Guru anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Pada masa
yang sama, beliau turut dilantik sebagai penilai bagi karya-karya yang diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Buku Malaysia. Beliau pernah

46

terlibat sebagai panel penilai teks Komponen Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) yang
digunakan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia sejak tahun 2015. Beliau merupakan ahli seumur hidup
Persatuan Penulis Nasional (PENA).

Beliau melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif seawal 31 Januari 1984 dan sejak itu menghasilkan banyak
karya sastera dalam genre cerpen dan novel. Sebagai penulis kreatif, beliau pernah memenangi Hadiah Sastera
Utusan Melayu – Public Bank (kemudian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan) pada tahun 1988, 1989, 1991, 1992,
1993 dan 1994, Hadiah Cerpen Kanak-kanak Mobil-DBP 1998 dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.
Karya-karya sastera yang telah diterbitkan ialah sebelas buah novel remaja, iaitu Konflik (1989, Utusan Publication
& Distributors), Krisis (1990, Utusan Publication & Distributors), Ariff (1991, Marwilis Publishers & Distributors), Cinta
Gadis Nadia (1992, Utusan Publication & Distributors), Biduk Berlalu (1993, Utusan Publication & Distributors), Azfa
Hanani (1994, Utusan Publication & Distributors), Erni Aflina (2001, Dewan Bahasa dan Pustaka), Seperti Sejalur
Pelangi (2004, Dewan Bahasa dan Pustaka), Syurga Kasih Di Kaki Pelangi (2009, Karnadya Solutions), Duratul Ain
(2015, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia), Detik Persona (2018, Karnadya Publishing), sebuah novel kanak-
kanak, iaitu Pegasus Terbang Tinggi (2002, Dewan Bahasa dan Pustaka), sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak
iaitu Impian Kami (2002/2019, Dewan Bahasa dan Pustaka) dan dua buah cerpen dalam Sembilu Pengorbanan
(1994, Utusan Publication & Distributors) dan Laman Opah (1999, Dewan Bahasa dan Pustaka). Novel Azfa Hanani
pernah dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi kegunaan para pelajar
sekolah menengah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Selain daripada
itu, beliau juga menghasilkan sebuah buku ilmiah berjudul Bagaimana Kami Menulis Karya Remaja (2019) (Penerbit
UPM). Karya-karya sastera terkini beliau ialah tiga buah kumpulan cerpen remaja berjudul Anak Jaguh Bola Sepak
(2021, Nusa Centre), Pulang ke Pangkal Jalan (2021, Nusa Centre) dan Calon Ketua Kelas (2021, Nusa Centre).
Ketiga-tiga buku ini menghimpunkan sejumlah 30 buah cerpen remaja yang memanfaatkan teknik penulisan Model
Dinamika Persona 5K cetusannya yang dikemukakan dalam kursus-kursus di universiti dan bengkel-bengkel
penulisan kreatif di seluruh negara.

47

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Penyelidikan dan Inovasi

Latar Belakang Objektif

Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Penyelidikan dan Inovasi • Mengiktiraf sumbangan penyelidik UPM yang cemerlang dalam

(AFNC-KPI) yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah Penyelidik bidang penyelidikan, penerbitan, inovasi, pengkomersialan, seni dan

Cemerlang (APC) telah dianjurkan sejak tahun 2006. Anugerah ini kreativiti.
dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada pegawai akademik yang

cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan, inovasi, pengkomersialan • Mengiktiraf penyelidik muda UPM yang cemerlang dalam

dan juga seni dan kreativiti. Pengiktirafan ini merupakan pencetus penyelidikan dan inovasi.

inspirasi kepada pegawai akademik dalam melonjakkan kecemerlangan • Menggalakkan budaya penyelidikan dalam meneruskan jejak

UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa.

Penganjuran AFNC-KPI ini juga merupakan wahana untuk mengenal kegemilangan penyelidikan universiti.

pasti calon yang sesuai untuk Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan • Menyediakan platform bagi memilih calon Anugerah Akademik

Produk, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Penerbitan Negara.

Buku dan Anugerah Seni dan Kreativiti yang dipertandingkan dalam

Anugerah Akademik Negara (AAN).

Kategori Anugerah Kluster Bil. Anugerah Geran Fellowship (RM)
Sains dan Teknologi 1 10,000
Anugerah
Sains Sosial 1 10,000
Penyelidik Cemerlang Sains dan Teknologi 1 7,000

Penyelidik Muda Sains Sosial 1 7,000

Penerbitan Makalah Jurnal Sains dan Teknologi 1 5,000
Penerbitan Buku Sains Sosial - 5,000
Inovasi dan Pengkomersialan Produk Tiada 1 5,000
Seni dan Kreativiti Tiada 1 10,000
Tiada 1 5,000
JUMLAH 8 64,000

48


Click to View FlipBook Version