Ibu
Zain
Ibu Zain Disediakan Oleh:
Nur Aleeya Binti Mohd Nidzhar
Pendahuluan
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, tidak ramai wanita
berpendidikan tinggi dan bekerjaya. Pada ketika itu, pelajar perempuan
yang menerima pendidikan formal terutamanya di sekolah mubaligh
Kristian pula dianggap janggal kerana melanggar tradisi masyarakat
Melayu. Hal ini kerana majoriti anak gadis hanya menimba ilmu secara
tidak formal dirumah. Sekiranya berpeluang mendapat pendidikan pula
hanya di sekolah Melayu dengan sistem vernakular. Peluang mendapat
pendidikan di sekolah aliran Inggeris juga terbatas. Namun perkara ini
tidak berlaku pada Ibu Zain.
Biadota Pelajar
Nama: Nur Aleeya Binti Mohd Nidzhar
Tarikh Lahir: 21 Januari 2005
Umur: 16
Sekolah: SMK Taman Daya 2
Aleeya
Biodata Ibu Zain
Nama: Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman
Dilahirkan : 22 Januari 1903
Pendidikan : Sekolah Gadis Methodist (1909-1912)
Pekerjaan: Pendidik dan Bekas Ahli Parlimen
Meninggal dunia : 2 April 1989
Tempat persemadian: Makam Mahmoodiah, Johor Bahru
Rasionalis Pemilihan Tokoh
Ibu Zain merupakan salah seorang wanita pejuang kemerdekaan yang
lantang menentang dan bersemangat tinggi dalam menghalau penjajah.
Walaupun sibuk dengan tugasannya sebagai guru, namun cita-citanya untuk
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah sentiasa subur
sehinggakan beliau masih bersemangat menyertai askar wataniah pada usia
60 tahun. Pada ketika itu, sedang hangat berlakunya Konfrantasi Malaysia-
Indonesia sehingga mendorongnya menyertai pasukan ini secara sukarela dan
menjalani latihan di Kem Majidee Johor Bahru.
Kelebihan Tokoh
Penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung pada tahun 1946 mengheret Ibu Zain ke
kancah politik. Beliau antara tokoh politik wanita berpengaruh dalam Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) sekali gus
menambah jasa dan khidmat bakti beliau kepada masyarakat.
Beliau juga antara individu berpengaruh dan sentiasa mendapat kepercayaan
daripada Datuk Onn Jaafar dalam perjuangan UMNO. Kelantangannya bukan sahaja
terserlah dalam ucapannya mengenai kemerdekaan tetapi juga dalam menyelesaikan
masalah dalaman parti. Beliau diberi kepercayaan untuk menyakinkan orang ramai terhadap
kepimpinan UMNO ketika berlakunya rapat raksasa di Bukit Timbalan Johor pada 15 Julai
l950 yang membantah peletakan jawatan Datuk Onn sebagai Yang Di Pertua UMNO.
Ungku Abdullah Omar yang menganjurkan perhimpunan telah meminta Ibu Zain
berucap agar Datuk Onn Jaafar menimbangkan keputusannya demi kepentingan parti. Ibu
Zain dengan lantangnya mempersoalkan sokongan ahli yang dilihat terlalu taksub kepada
kepimpinan sedangkan matlamat ahli menyertai UMNO adalah untuk bersama-sama
pemimpin menuntut kemerdekaan.
Beliau berkali-kali meyakinkan ahli UMNO dalam perhimpunan itu bahawa
perjuangan UMNO kerana kemerdekaan negara dan bukannya menyanjung pemimpin
UMNO. Beliau menyatakan sesiapapun yang dilantik sebagai pemimpin UMNO,
perjuangan menuntut kemerdekaan mesti diteruskan. Ibu Zain telah terpilih sebagai
Naib Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Bahagian Selatan bagi tahun 1955 hingga
1963.
Pada tahun 1955, beliau pernah ditawarkan untuk menjadi calon Ketua Kaum
Ibu UMNO Malaya bersama Datuk Halimahtun tetapi kedua-dua tokoh besar itu
menarik diri kerana Ibu Zain sedang giat dengan rancangan mendirikan Kolej Tengku
Ampuan Mariam, yang juga merupakan projek UMNO. Walaupun menolak
perlantikkan ini, Ibu Zain tetap menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi
Kaum Ibu UMNO. Pada tahun 1959, beliau dicalonkan dalam pilihan raya kawasan
Pontian Selatan dan memenangi kerusi tersebut seterusnya dilantik menjadi Ahli
Parlimen Pontian Selatan bersama-sama Tan Sri Fatimah Hashim dan Ajibah Ibul dari
Sarawak. Selain itu, pelopor politik wanita tanah air ini juga pernah menjadi salah
seorang perwakilan Persidangan Perhubungan Asia pada tahu 1947
Bukti Kredibiliti Tokoh
Semangat merdeka bukan sahaja untuk memerdekakan tanah airnya,
bahkan juga memerdekakan kaum sejantinanya. Menyedari nasib kaum wanita
yang seolah-olah dipinggirkan, Ibu Zain pantas menubuhkan Kumpulan Ibu
Sepakat pada tahun 1945 semasa Jepun sedang bermaharajalela menzalimi
kaum Melayu dan penduduk Tanah Melayu. Kesungguhan kaum wanita untuk
memerdekakan tanah air telah mendapat perhatian daripada pemimpin pada
ketika itu khususnya Datuk Onn Jaafar.
Secara tidak langsung Kumpulan Ibu Sepakat juga telah memudahkan
Datuk Onn Jaafar untuk menambah tekanan kepada penjajah. Kumpulan Ibu
Sepakat telah bergabung dengan Pergerakan Melayu Semenanjung pimpinan
Datuk Onn Jaafar dalam menentang penjajah. Pada tahun 1946 Bahagian Kaum
Ibu bagi Pergerakan Melayu Semenanjung yang ditubuh di Johor Bahru telah
melantik Azizah Jaafar sebagai Ketuanya, sementara Ibu Zain sebagai Ketua
Pungutan Derma Kebangsaan.
Pengaruh Ibu Zain yang kuat dalam bidang pendidikan telah
memudahkannya mendapat sokongan bukan sahaja daripada guru wanita
bahkan wanita tempatan lain. Pengalamannya memimpin dalam bidang
pendidikan secara tidak langsung telah menyebabkan beliau dilantik sebagai
Pegawai Penerangan (Sulasiah Munajir 2009 & Abd. Aziz Itar 2009). Selain itu,
perjuangan Ibu Zain dalam hal ehwal wanita tidak tertumpu kepada bidang
pendidikan dan politik bahkan juga meliputi sosial. Hal ini dapat dilihat melalui
sambutan hari wanita kerana Ibu Zain sangat menghargai wanita sehinggakan
beliau sendiri telah mencadangkan perayaan Hari Wanita yang diraikan pada
25 Ogos setiap tahun. Walau bagaimanapun, Hari Wanita pertama kali diraikan
pada tahun 1962 yang dikenali sebagai Hari Ibu di Johor Bahru (Sulasiah
Munajir 2009).
Jasa dan Sumbangan June 1, 2021
MDM Company
Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara pejuang yang
bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama
Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli hingga beliau diberi kepercayaan
sebagai Presiden pertama persatuan tersebut. Jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-
Guru Perempuan Melayu disandang oleh beliau selama 19 tahun sejak tahun 1930 lagi.
Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain turut menyumbang bakti. Beliau
berjaya menyatukan kaum ibu untuk turut serta menyokong usaha tersebut. Sewaktu zaman
konfrontasi dengan komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan
meredah hutan seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi
menangkis dakyah komunis daripada menular dalam kalangan masyarakat. Ternyata usaha
beliau membuahkan hasil. Pada 10 Mac 1963 beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri
Tuanku Ampuan Mariam.
Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau terlibat
dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958.
Penutup
Perjuangan dan bakti Ibu Zain walau bagaimanapun terhenti apabila negarawati ini
meninggal dunia pada 2 April 1989 kerana mengidap barah dalam perut. “Agama dididik,
moden dibela. Dunia dikelek, akhirat ditatang” ditinggalkan oleh Allahyarhamah Tan Sri
Hajah Zainun Sulaiman untuk renungan dan teladan generasi kini. Ibu Zain bukan sahaja
pendidik sejati tetapi juga patriot yang tidak pernah patah semangat dalam
memperjuangkan hak pribumi negara ini.
Beliau sentiasa memperlihatkan kegigihannya dalam usaha memajukan bangsa
Melayu. Perjuangan tanpa jemu Ibu Zain adalah untuk melihat anak bangsanya bukan
sahaja bebas dari taklukan penjajah tetapi belenggu pemikiran yang menyekat
kemajuan.
Niat murninya ini ditonjolkan dalam setiap detik perjuangannya. Perjuangannya
dalam memastikan anak bangsanya tidak tercicir dalam mendapat ilmu pengetahuan
dibuktikan apabila Tokoh Guru Suluh Budiman 1980 ini menubuhkan Kolej Tengku
Ampuan Mariam. Pelopor politik wanita juga telah meninggalkan semangat perjuangan
tinggi dalam memartabatkan nasib wanita kepada generasi wanita Malaysia.
Sekian, Terima kasih