Ulasan Rumusannya, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang skel major, skel minor harmonik dan skel minor melodik. Selain itu, saya juga dapat membezakan ketiga-tiga skel dari pelbagai aspek seperti formula strukturnya, bilangan ton dan semiton serta perubuhan yang berlaku apabila ingin membentuk skel minor harmonik dan melodik daripada skel minor natural. Saya juga dapat mengenal pasti kedudukan syap (#) dan flat (b) bagi kesemua skel.
Penulisan skel major & minor harmonik dengan tanda nada & tanpa tanda nada
Skel Major dengan tanda nada sehingga 4# Skel Major tanpa tanda nota sehingga 4#
Skel Major dengan tanda nada sehingga 4b Skel Major tanpa tanda nota sehingga 4b
Skel Minor dengan tanda nada sehingga 4# Skel Minor tanpa tanda nota sehingga 4#
Skel Minor Harmonik dengan tanda nada sehingga 4b Skel Minor Harmonik tanpa tanda nota sehingga 4b
Skel Minor Melodik dengan tanda nada sehingga 4# Skel Minor Melodik tanpa tanda nota sehingga 4#
Skel Minor Melodik dengan tanda nada sehingga 4b Skel Minor Melodik tanpa tanda nota sehingga 4b
Nama Teknik bagiNot dalamSkel Diatonik
Nama-nama Teknik dalam Skel Diatonik Semua skel major dan minor adalah skel diatonik. Not-not dalam skel diatonik dinamakan dengan menggunakan nama teknik dan juga nombor. Skel diatonik adalah not-not yang dijarakkan ton dan semiton. Terdiri daripada 5 ton dan 2 semiton
Kesimpulan Kesimpulannya, hasil daripada pembikinan e-portfolio ini, saya telah mempelajari serta meningkatkan pengetahuan saya dengan lebih mendalam tentang asas teori muzik bagi subjek MUZK1113 ini. Secara ringkasnya, saya telah memahami dan mengenali apa itu meter tak lazim beserta contoh dan cara permainannya. Kemudian, saya telah mengetahui dan dapat mengaplikasi not-not duplet ke dalam penghasilan skor saya telah faham bagaimana untuk memainkannya dan nilai bagi setiap not dalam duplet tersebut. Duplet digunakan pada meter tak lazim.
Seterusnya, saya dapat mengubungkagkait elemen irama antara jenis not, nilai not dan tanda rehat. Saya dapat mengetahui jenis sesuatu not itu serta nilainya dan juga tanda rehat bagi jenis not tersebut untuk kesemua not-not asas yang biasa digunakan seperti semibrif hingga ke demisemikuaver. Selain itu, setelah mengenali jenis-jenis not itu, saya dapat menghasilkan pelbagai corak irama yang berbeza berdasarkan pelbagai meter yang berbeza dengan menghimpunkan notnot tersebut kemudian menjadikannya sebuah lagu.
Kemudian, saya dapat menjelaskan skel major, minor natural, minor harmonik dan minor melodik. Melalui pembelajaran skel ini, saya dapat mengingat tanda nada bagi kesemua skel major dan minor sehingga 4# dan 4b. Kemudian saya juga dapat melihat perbezaan antara ketiga-tiga jenis skel terutama sekali skel minor natural, minor harmonik dan minor melodik. Seterusnya,saya dapat belajar tentang bagaimana caranya untuk menulis skor dengan betul mengikut tatacara yang sebenar dengan mempraktikkan pelbagai langkah yang betul serta info penting bagi memastikan skel yang dihasilkan kemas dan teliti. Selain itu, saya dapat menghafal nama-nama. Teknik bagi not-not dalam skel diatonik.
Akhirnya, setelah kita mempelajari kesemua elemen muzik seperti di atas ini, maka dapatlah kita membudayakan irama muzik tradisional ke dalam penghasilan skor muzik. Caranya adalah apabila kita sudah menguasai kesemua jenis not, nilainya serta tanda rehat dan pelbagai corak irama yang boleh dihasilkan, kita boleh mengenal pasti bunyi rentak tradisional yang didengari dan kenal pasti meter yang digunakan. Kita dapat memainkan rentak irama tradisional itu dengan mengikuti skor lagu yang dihasilkan hasil pembelajaran tentang elemenelemen muzik di atas.
Terima Kasih