The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS GRADUASI MRSM BATU PAHAT KALI KE-18 TAHUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinurulhidayahyusop, 2021-03-18 02:55:45

BUKU PROGRAM MAJLIS GRADUASI MRSM BATU PAHAT KALI KE-18 TAHUN 2020

BUKU PROGRAM MAJLIS GRADUASI MRSM BATU PAHAT KALI KE-18 TAHUN 2020

Majlis

GRADUASI
Kali ke-
18

MAKTAB RENDAH SAINS MARA
BATU PAHAT

2020

Disempurnakan oleh :

YB DATO' HAJJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN
PENGERUSI MARA

UCAPAN PERASMIAN
PENGERUSI MARA

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama- PENGERUSI MARA
sama meraikan Majlis Graduasi MRSM 2020 secara maya.
1
Dengan rasa bangga saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang dianugerahkan Sijil
Graduasi MRSM kerana anda telah berjaya memenuhi syarat-syarat graduasi MRSM. Ucapan syabas dan
tahniah juga kepada guru-guru yang gigih berusaha tanpa jemu dalam memastikan kecemerlangan pelajar.
Syabas dan terima kasih turut diucapkan kepada Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia
(Muafakat) dan warga MARA seluruhnya yang begitu komited dalam apa jua perkara.

Penubuhan MRSM sejak tahun 1972 sehingga kini memberi sumbangan yang besar kepada negara dalam
mencipta modal insan melalui pewujudan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang begitu komprehensif.
Hasilnya, kita telah berjaya melahirkan seramai 178,756 orang alumni MRSM. Pada hari ini, ada di antara
mereka telah pun menjadi tokoh negara, ahli perniagaan berjaya, ahli korporat terkenal, jurutera, doktor,
dan pelbagai lagi kejayaan yang mereka capai.

Justeru, penerapan Sistem pendidikan MRSM yang berteraskan kepada subjek Sains, Teknologi,
Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) amat signifikan dan relevan bagi memenuhi pasaran industri dunia
yang seiring dengan agenda pembangunan negara kita. Kita seharusnya bergerak sering mengikut
perubahan teknologi yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa bagi memperluas akses kemudahan
kepada kita semua untuk melakukan apa jua sebarang pembangunan dan kemajuan negara.

Bermula daripada anak-anak ini lah kita perlu mendidik dan menerapkan nilai-nilai penting dalam aspek
akademik dan sahsiah mereka melalui keberkesanan sistem pendidikan MRSM iaitu STEM dan juga
program-program kepimpinan serta kerohanian bagi mencorakkan pemikiran mereka agar kelak menjadi
insan yang berwibawa dan cemerlang.

Sememangnya itu adalah hasrat MARA bagi mewujudkan sebuah anak-anak komuniti Bumiputera yang
terdiri daripada golongan cerdik pandai, intelektual, dan menceburi dalam apa jua bidang profesional yang
akhirnya memberi sumbangan besar terhadap sumber tenaga kerja dan meningkatkan lagi prestij Malaysia di
peringkat dunia.

Saya juga difahamkan bahawa seramai 8,106 orang calon daripada 53 buah MRSM bakal menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 22 Februari 2021. Perkara ini adalah cabaran besar buat
guru-guru dan ibu bapa pelajar bagi memastikan para pelajar bersedia menghadapi SPM di saat kita dilanda
wabak pandemik COVID-19 ini. Namun, ia bukanlah suatu penghalang buat guru dan pelajar untuk
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara online bagi memastikan anak-anak pelajar terus
mendapat input pembelajaran.

Sehubungan itu, saya juga ingin berpesan kepada semua anak-anak pelajar MRSM di seluruh Malaysia, anda
adalah harapan bangsa, agama dan negara. Manfaatkanlah masa muda ini dengan terus menimba ilmu dan
mencipta pelbagai kejayaan-kejayaan kerana anda lah generasi pemimpin negara Malaysia.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Graduasi MRSM pada kali ini dengan norma yang
baharu khususnya kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA, juga kepada ibu bapa, guru-guru dan
semua warga MRSM.

Selamat Maju Jaya kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar SPM. Kejayaan pasti milik
anda!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains MARA
2020.

Sekian, terima kasih.

UCAPAN KETUA PENGARAH MARA

Asal rebung buluh dilentur, KETUA PENGARAH MARA
Di dalam hutan elok berteman,
Semangat MARA tak pernah luntur, 2
Biar bertahun ditelan zaman.

Menuntut ilmu bekalan kekal, meneguh pendirian menajam akal,
menuntut ilmu perelok diri, disantun orang serata negeri,

menuntut ilmu rela berkorban, nama disanjung tertulis di coretan,
menuntut ilmu ikhlas berteman, budi disebut sepanjang zaman.

Buat bangsal di Pulau Daik,
Menahan taut sambil mengilau,

Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

Perjalanan menuju menara bukanlah mudah, harus cekal berhati tabah. Biar hujung negeri, biar
seberang laut, di MARA tempat kalian berpaut. Di sini peluang terhampar, buat orang mahu
dicabar, di sini IPMA menawan, buat pakar dan para ilmuan, melahir usahawan juga negarawan,
pemikul teras perjuangan.

Pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia. Jangan lemas bila dipuji, jangan tenggelam
dibadai keji. Biar diri dipandang rendah, asalkan ilmu terus meninggi, biar rintangan harus diredah,
asalkan selesa kemudian hari. Wahai penghafaz kalam Tuhan, janganlah lalai terbuat dosa, wahai
anak MARA sekalian, tingkatkan kualiti akhlak diperkasa. Biar seantero dikhabar berita, anak
MRSM bukan biasa, arkitek doktor atau jurutera, mukmin profesional yang di bahu kanan agama,
di bahu kirinya kerjaya.

Janganlah lupa, selagi mengalir darah merah, selagi itu tertakluknya kita, akan janji pada ayahanda
bonda, jasa guru sang waja perwira serta sumpah setia kepada MARA. Jadilah orang mengenang
jasa, pada jasad yang membela, pada tubuh menjadi pelita, juga agensi yang memayung bangsa,
menjunjung amanah mulia.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,

Pulanglah kalian membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Melarik halus papan di Jawa,
Tersergam kukuh di gerbang batu,

Adat bertemu terpisah jua,
Moga ketemu di lain waktu.

Sekian.

UCAPAN pengarah bahagian
pendidikan menengah mara

Para graduan MRSM SPM 2020 dan warga pendidik yang dikasihi serta para ibu bapa yang PENGARAH BAHAGIAN
dihormati, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T dan dengan limpah dan kurnianya, kita PENDIDIKAN MENENGAH MARA
diberi kesempatan untuk bersama-sama pada hari ini bagi menjayakan Majlis Graduasi MRSM
2020.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya melalui sistem
pendidikan MRSM sehingga layak bergraduasi. Dalam keadaan pandemik yang melanda dan
perubahan norma yang berlaku sejak awal tahun 2020, anak-anak pelajar telah melalui perubahan
dalam sistem pendidikan yang tidak dijangka-jangka. Kaedah belajar secara bersemuka yang
dianggap perkara biasa menjadi satu perkara yang sangat mahal dan dirindui apabila kaedah PdP
berubah kepada sistem pembelajaran Home Based Learning. Syabas kepada anak-anak pelajar
MRSM tingkatan 5 2020 yang cekal dan sabar melaluinya. Dari SPMRSM yang tertangguh
bersambung dengan ulangkaji bersemuka dan online, anak-anak semua melaluinya dengan tekun
sekali, Alhamdulillah dan syabas anak-anak.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada warga pendidik dan para ibu bapa serta seluruh
warga maktab atas keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan bagi merialisasikan pencapaian
pelajar. Pelbagai perlaksanaan program berteraskan sistem pendidikan MRSM yang memberi
manfaat penuh kepada pelajar bagi memberi sokongan dan suntikan semangat untuk terus maju
kehadapan sehingga berjaya di peringkat pengajian tinggi kelak.

Anak-anak pelajar, pastikan anak-anak nyatakan secara lisan ucapan penghargaan ini kepada
semua guru dan ibu bapa yang telah memastikan anak-anak terus bersemangat. Kini para gurulah
antara petugas barisan hadapan dalam sektor pendidikan bagi menggalas tanggungjawab mereka
memastikan anak-anak pelajar MRSM terus konsisten meraih pencapaian cemerlang dalam
akademik.

Saya doakan semoga tahun 2021 menjadi warga pendidik dan pelajar MRSM terus cekal, tabah dan
gigih menghadapi cabaran semasa. Tahniah dan sekalung penghargaan sekali lagi buat para pelajar,
ibu bapa dan warga pendidik.

Kejayaan para pelajar bergelar graduan MRSM menunjukkan anda sangat komitet untuk
menguasai ilmu dalam keadaan apa sekali pun. Semoga pilihan kursus atau bidang pengajian di
peringkat tertiary anak-anak adalah bidang yang anak-anak minati secara mendalam untuk
dijadikan kerjaya kelak. Saya pasti anak-anak graduan lepasan MRSM akan berjaya menjadi insan
yang memberi mafaat kepada agama, bangsa dan negara.
Selamat Maju Jaya!

Sekian,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3

UCAPAN alu-aluan PENGETUA

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan PENGETUA MRSM BATU PAHAT
kurnia-Nya dapat kita berhimpun dan meraikan kejayaan para graduan dalam Majlis Graduasi
Pelajar Tingkatan 5 MRSM Batu Pahat kali ke-18 tahun 2020.

Saya percaya bahawa Majlis Graduasi ini amat bermakna dan memberikan kenangan manis kepada
para pelajar. Anda sebenarnya telah membuktikan bahawa anda telah berjaya melalui sistem
pendidikan MRSM dengan jayanya. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dan permulaan
untuk meraih lebih banyak kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Dunia tanpa sempadan pada
hari ini memperlihatkan betapa sengitnya persaingan dalam kalangan graduan di seantero dunia
dan ini membuktikan bahawa menakluki serta menguasai ilmu pengetahuan itu amat signifikan.
Bukan itu sahaja, para graduan juga perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
insaniah agar ia menjadi nilai tambah kepada diri mereka.

Menerusi budaya pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran-kemahiran lain yang
diimplimentasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di MRSM diharap dapat membantu
pelajar meneroka lebih banyak lagi ruang dan peluang yang mencabar dan seterusnya menjadi
tenaga kerja profesional serta pemimpin yang berintelektual dan berintegriti, baik dari segi sahsiah
di dalam negara mahupun dipentas global.

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada warga pendidik, ibubapa dan warga kerja MRSM
Batu Pahat yang tidak kenal jemu, bersungguh-sungguh, berdedikasi dan komited dalam
merealisasikan kecemerlangan pelajar. Saya percaya berkat usaha, ketekunan, istiqamah dan doa
daripada semua pihak serta keizinan-Nya, pelajar-pelajar MRSM Batu Pahat akan memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam SPM 2020. Semoga usaha para guru dan pelajar akan sentiasa
diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 MRSM Batu Pahat Kali Ke-18 pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

4

aturcara majlis

· Perarakan masuk Para Graduan
· Perarakan masuk Pembawa Cokmar
· Perarakan masuk Ahli Senat
· Bacaan Doa
· Ucapan Pengetua
· Ucapan Pengarah BPM
· Ucapan Ketua Pengarah
· Ucapan Pengerusi MARA
· Persembahan 1
· Ucapan Pengistiharan Graduasi
· Penyampaian Sijil Graduasi
· Persembahan 2
· Penyampaian Anugerah Subjek Terbaik
· Penyampaian Anugerah Tokoh Pelajar
· Ucapan Ibu Bapa Tokoh Pelajar
· Ucapan Wakil Pelajar
· Perarakan keluar Ahli Senat
· Perarakan keluar Para Graduan
· Majlis Bersurai

5

senarai graduan
6

senarai graduan
7

senarai graduan
8

senarai graduan
9

senarai graduan
10

senarai graduan
11

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
subjek terbaik spmrsm 2020 (gred png)

BAHASA MELAYU
NURHUSNA NAJWA SYAFIAH BINTI ABDUL HALIM (5 IPOMEA)

BAHASA INGGERIS
NURHUSNA NAJWA SYAFIAH BINTI ABDUL HALIM (5 IPOMEA)

PENDIDIKAN ISLAM
FATIN INSYIRAH BINTI ZULHASNANI NIKMAN (5 IPOMEA)

SEJARAH
FATIN INSYIRAH BINTI ZULHASNANI NIKMAN (5 IPOMEA)

MATEMATIK
MUHAMMAD IRFAN SI BIN MUHAMMAD EHSAN SI (5 ACACIA)

MATEMATIK TAMBAHAN
ESFAHAN BIN ELMAN (5 ACACIA)

FIZIK
ESFAHAN BIN ELMAN (5 ACACIA)

KIMIA
ESFAHAN BIN ELMAN (5 ACACIA)

BIOLOGI
ESFAHAN BIN ELMAN (5 ACACIA)

PRINSIP PERAKAUNAN
AIMAN RUSYDI BIN HAMDAN (5 VANDA)

PENDIDIKAN SENI VISUAL
MUHAMMAD ADAM BIN MUSTAPHA (5 BEGONIA)

ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA
NUR SHAZLEEN ASHIRA BINTI MD SHAHRULHADI (5 VANDA)

12

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
tokoh pelajar

TOKOH PELAJAR
ESFAHAN BIN ELMAN

TOKOH KEPIMPINAN
NURWAHYU FAHMI BIN

FATHUL ARIFFIN

TOKOH SAHSIAH TERPUJI
yasmin melissa binti
zalihuddin

TOKOH KECEMERLANGAN
AKADEMIK

MUHAMMAD IRFAN SI BIN
MUHAMMAD EHSAN SI

13

TOKOH PELAJAR

ESFAHAN BIN ELMAN

Tokoh pelajar ini dilahirkan pada tanggal 18 November 2003 di Hospital KPJ
Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Anak kepada pasangan Elman bin Mustafa El
Bakri seorang jurutera dan Azita binti Abdul Aziz ini merupakan anak sulong
daripada 2 orang adik beradik.

Tokoh ini juga cemerlang dengan memperolehi tempat pertama PNG bagi 3 semester
berturut-turut dan berjaya mengekalkan PNG 3.90 pada setiap semester.

Jawatan yang dipikul oleh tokoh ini Presiden Lembaga Displin Maktab, Ketua Guru
Muda Kimia dan Mentor Bahasa Melayu Yayasan Pelajaran MARA.

PENCAPAIAN KO KURIKULUM

Robofair kategori terbuka 2019, perak
Tunas Saintis MRSM Se- Malaysia 2019, perak
Ultimate Mathematics Challenge 2018, perak
PP Komputer Hackerrank (2020), perak
Kuiz Bahasa Kebangsaan 2020, zon selatan Perak
Ekspo keusahawan 2018, Johon Gerai terbaik
Catur Bestari 2018, tempat ke empat
Jamboree Pengakap 2018
Kejohanan Olahraga MRSM Se-Malaysia, 2018
MSSJ Merentas Desa, 2018 bawah 15
MSSD Olahraga,2018, 3000m, 1500m
TNB Nurturing Future Leader School, Cohort 2, 2020
UKM Stem Innovation Myipad stem idea (PERAK) 2021
Olimpiad Matematik Kebangsaan, 2016, Peringkat Bongsu
UPM Aerofest, 2019
CREST UiTM, Shah Alam , 2016

14

ahli jawatankuasa

PENGERUSI
Datin Molizah Alis binti Abdul Malek

TIMBALAN PENGERUSI
Cik Zilawati Roslinda binti Mohd. Zain

En. Mohd. Firdaus bin Abd. Razak
En. Emirrudin bin Jaafar

PENYELARAS
Pn. Nor’aini binti Sobi

SETIAUSAHA
Pn. Shamsiah binti Misbahrom

BENDAHARI
En. Khairul Anuar bin Saharudin

RAKAMAN GIMIK PERARAKAN PELAJAR
En. Aiman bin Samsudin (K)
En. Mohd Faizan bin Masnan

RAKAMAN GIMIK PERARAKAN SENAT
Pn. Arfah binti Jelani (K)

Pn. Hasmaliza binti Kasmuri

RAKAMAN PEMBACA DOA
En. Nirwan bin Md Naroh (K)

RAKAMAN PENGISTIHARAN GRADUASI
Pn. Siti Fatimah binti Jamalludin (K)
Pn. Nurul Arina Fatin binti Haron

RAKAMAN PENGERUSI MAJLIS
Pn. Fairus binti Hasbullah (K)
Pn. Eva Rosaini binti Alai

15

RAKAMAN PERSEMBAHAN PELAJAR
Pn. Aishah binti Mohd Shariff (K)
Pn. Siti Norliza binti Samsu

GAMBAR PELAJAR
Pn. Nor Nadhiah binti Mohmad Yunus (K)

Pn. Roslela Binti Zainal
En. Muhd. Nazwan bin Mohd. Sumeri

AJK TRAILER
Pn. Nurul Aien binti Zainal Alias (K)

BUKU PROGRAM
Pn. Siti Nurulhidayah binti Yusop (K)

PEMBAWA COKMAR
En. Muhd. Nazwan bin Mohd. Sumeri

AJK RAKAMAN & VIDEO
En. Mohd. Ali Shah bin Mohd. Basir (K)

En. Abdul Rahman bin Shahmat
En. Nor Azlan bin Kimpol

Pn. Hanis Nabila binti Kasmani
En. Saiful Faizd @ Hanatta bin Salehhudin

Cik Nur ‘Atikah binti Ismail
En. Mohd Ferqdaus bin Mohd Noor
En. Luqmanul Hakim bin Abdul Rahim

AJK PENYUNTING VIDEO PENUH
Pn. Safura binti Salleh (K)
En. Mohd Izhar bin Hamid

Pn. Nik Suhana binti Nik Mahmood
En. Razlan bin Mappiaka

AJK SIJIL DAN CENDERAHATI PELAJAR
Pn. Khairunnisa binti Zakaria (K)
Cik Nur Rahifah binti Abdul Karim
Pn. Amilda binti Adam
Pn. Zarimah binti Sarjuni
Pn. Norshafiza binti Saad

16

AJK PERSIAPAN TEMPAT, SIARAYA & SERANTA
En. Shahrul Niza bin Md. Zainuddin (K)
En. Mohd. Noor Azwadi bin Abd. Latif
En. Muhd. Baginda bin Zainuddin
En. Mohd Iskandar bin Abd. Aziz
En. Ezuwan bin Markom
En. Juleizuddin bin Mardi
AJK PENGELOLA JUBAH
Pn. Jamilah binti Adam (K)
Pn. Nurul ‘Idayu binti Rosni
Pn. Nor Haszila binti Abidin
AJK DOKUMENTASI
Pn. Noraida binti Muzir (K)
En. Muhammad Syazwan bin Mohd Zaki

AJK CENDERAHATI GURU DAN KAKITANGAN
Pn. Nuriha binti Mohamed (K)
Pn. Noor Aziha binti Abdul Rani
PANEL PEMILIH ANUGERAH
Ahli Senat

17

PENGHARGAAN

"Pihak Pengurusan dan seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Graduasi
MRSM Batu Pahat Kali ke-18 dengan sukacitanya merakamkan
setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang telah melibatkan diri sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi ini."

Terima kasih

18

MAKTAB RENDAH SAINS MARA BATU PAHAT


Click to View FlipBook Version