The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kertas kerja pameran bertema KEBUDAYAAN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by insyirahizzati, 2020-02-22 23:57:52

kertas kerja pameran bertema KEBUDAYAAN 2020

kertas kerja pameran bertema KEBUDAYAAN 2020

[PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER]

KERTAS KERJA

PROGRAM
PAMERAN BERTEMA 2020

KEBUDAYAAN MALAYSIA
DAN JEPUN

DISEDIAKAN OLEH:
IZZATI BINTI IBRAHIM

GPM
SMK PASIR PUTIH

[PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER]

KERTAS KERJA
PAMERAN BERTEMA
“KEBUDAYAAN MALAYSIA DAN ANTARABANGSA (JEPUN) “

SMK PASIR PUTIH

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah telah membuktikan bahawa peradaban manusia bertitik tolak daripada perkembangan
bahasa dan budaya. Mengapa kita harus mempelajari budaya lain? Ketika kita membicarakan masalah
budaya, komunikasi tidak akan terlepas dari kehidupan kita. Terciptanya budaya kerana adanya manusia.
Tanpa adanya manusia maka tidak akan adanya budaya begitupun sebaliknya. Budaya dan manusia
mempunyai kaitan yang erat yang tidak akan pernah akan terpisah.

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang, dimiliki bersama oleh sekelompok bangsa,
dan diwarisi dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur. Di mulai dari agama, politik,
bahasa, pakaian seni dan adat istiadat. Budaya adalah suatu pola hidup yang menyeluruh. Budaya bersifat
kompleks dan luas. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeza budaya,
maka ia harus menyesuaikan diri dengan perbezaan-perbezaan tersebut, membuktikan bahawa kita perlu
mempelajarinya.

Bagi menghargai pelbagai nilai budaya yang berbeza di Malaysia, Pusat Sumber SMK Pasir Putih
mengambil inisiatif untuk mengadakan Pameran Bertema Kebudayaan Malaysia dan Antarangsa- Jepun
sempena Bulan Pusat Sumber dan Dekad Membaca. Program ini boleh membuka minda pelajar mengenai
budaya pelbagai bangsa. Program ini adalah kerjasama Pusat Sumber bersama 5 panitia yang lain.

2.0 MATLAMAT PROGRAM
Di Malaysia terdapat berbagai-bagai kaum dan bangsa yang mempunyai adat dan budaya

unik yang tersendiri. Walau bagaimanapun tidak semua orang mampu mengadaptasikan diri
dengan pelbagai kaum di seluruh negara mahupun dunia. Di sekolah juga terdapat banyak
program yang dirancang dan dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran seperti bulan kokurikulum
akademik. Setiap program ini mampu memberi banyak maklumat kepada para pelajar. Melihat
kepada kepentingan inilah maka Pusat Sumber Sekolah bercadang untuk mewujudkan satu hari

[PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER]

berfokuskan pameran bertema anjuran Pusat Sumber untuk menyebarkan maklumat tentang
kebudayaan yang dilaksanakan kepada seluruh warga sekolah. Antara matlamat yang ingin
dicapai setelah sudut pameran bertema ini dilaksanakan ialah;
2.1 Dapat mengetahui maklumat tentang perkara-perkara khusus tentang program yang

dijalankan oleh pihak sekolah
2.2 Dapat menyatakan penghargaan kepada individu yang terlibat dengan perayaan tertentu

contohnya Tahun Baru Cina
2.3 Dapat menjadikan Pusat Sumber sebagai pusat penyebaran dan pencarian maklumat

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif yang diharapkan dari sudut pameran bertema yang diwujudkan ini ialah;

i. Membolehkan para pelajar mempelajari budaya bangsa lain agar mereka lebih banyak
mengetahui hal-hal yang baru dan mampu menghadapi cabaran di masa depan.

ii. Belajar budaya menjadi bekal buat pelajar kita dalam beradaptasi ataupun dalam bergaul.

iii. Dengan banyak mengetahui budaya orang lain, maka pelajar kita akan lebih mudah untuk
membandingkan satu budaya dengan budaya lainnya.

iv. saling mengenali antara budaya dan menghargai budaya sendiri.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Seluruh warga sekolah

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN
24 Mac 2020

6.0 TEMPAT
6.1 Dewan SMK Pasir Putih

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn Warda binti Ismail (Pengetua)
Pengerusi : Pn. Ishah binti Hamdan (PK Pentadbiran)
N/Pengerusi 1 : Pn. Juraiani binti Ismail (PK HEM)
N/Pengerusi 2 : Pn. Normah binti Mohamed Razali (PK Kokurikulum)

N/Pengerusi 3 [PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER]
Setiausaha
: Pn. Norliza binti Karimin (PK Petang)
: Pn. Izzati binti Ibrahim

Penyelaras Jawatankuasa Kerja
Penolong Penyelaras
AJK Banner : Izzati binti Ibrahim
AJK Buku Program : Puan Wong Siew Ngoh
AJK Brosur : Puan Hasdah binti Muhamad
AJK Publisiti : Cik Norhanim binti Jemain
AJK Grafik : Puan Norhidayah binti Mardiyas
AJK Fotografi : En Ling Tian Wong
AJK PA Sistem : En Micheal
AJK Persiapan Tempat : En Amarulakmal bin Hassan
AJK NILAM : En. Zolkeflee
AJK Pameran : En. Segar
: Pn Siti Azlina binti Ismail
: Pn Izzati Ibrahim (Pusat Sumber)

Pn Rosmawati (Pusat Sumber)
Puan Norashidah bt Aris (Guru Kanan Bidang Bahasa)
Puan Nor Azita (Panitia Bahasa Melayu)
Cik Tan Lian Peang (Panitia Bahasa Cina)
Cik Sulochana (Panitia Bahasa Tamil)
Puan Nur Amieza binti Abd Wahab (Panitia PSK)
Puan Amy Hanis binti Zainudin (Panitia Bahasa Inggeris)

Panitia Pembahagian tugas Aktiviti/Pameran
Pusat Sumber Kebudayaan Antarabangsa- - Demonstrasi pakaian
Jepun
tradisi- Yukata
Panitia Bahasa Kebudayaan Melayu - Gerai sushi
Melayu - Gerai takoyaki
- Booth penanda buku
Panitia Bahasa Cina Kebudyaan Cina
dan Nama Anda Dalam
Bahasa Jepun
- Permainan fukuwarai dan
kendama
- Origami
- Belajar bahasa Jepun
- Kuiz Bahasa Jepun

- perkahwinan Melayu
- makanan Melayu
- pakaian tradisi

masyarakat Melayu
- pakaian tradisi

masyarakat Cina
- makanan Cina - dimsum

[PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER]

Panitia Bahasa Kebudayaan India - kaligrafi Cina
Tamil - pakaian tradisi

Panitia Sivik dan Permainan Tradisional masyarakat India
Kewarganegaraan - makanan India
- adat perkahwinan

masyarakat India
- congkak, batu seremban,
teng teng, wau, gasing, baling
selipar, guli,

Panitia Bahasa Kesusasteraan ( KOMSAS) - Drama sastera BI
Inggeris Bahasa Inggeris - Komik KOMSAS

8.0 KEWANGAN

PERBELANJAAN PUSAT SUMBER

BIL PERKARA PERBELANJAAN SUMBER JUMLAH
KEWANGAN (RM)
1. Makanan pelajar RM 5 X 80 YKS PUSAT 400.00

*Makan pagi: RM2 x 80 orang SUMBER 130.00
60.00
*Makan tengah hari : RM3 X 80 orang JUMLAH 25.00
45.00
2. A3 Laminating RM130 X 1 150.00
90.00
pouch 50.00

3. A4 Laminating RM 60 X 1 30.00
12.00
pouch 28.00
20.00
4. Kertas origami RM 5 X 5 248.00

5. Kertas A4 putih RM 15 X 3 100.00
1388.00
( 3 rim)

6. Carta RM 150

7. Ink Printer RM 30 X 3

8. Hadiah RM 10 X 5

pengunjung

bertuah

9. Double tape RM 10 X 3

10. Dawai kokot saiz RM 3 X 4

besar

12. Drawing block A3 RM 7 X 4

13. Kertas A4 RM 20 X 1

berwarna

14. Hadiah Kuiz Johan : RM 15 X 2

Pameran Naib Johan : RM 12 X 2

Ketiga : RM 10 X 2

Saguhati : RM 8 X 6

Setiap booth : RM 7 X 18

15. Sijil penyertaan RM 100

[PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER]

PENUTUP
Sudut pameran bertema ini diharapkan dapat memberi input kepada pelajar-pelajar tentang

kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia dan juga budaya masyarakat antarabangsa, khususnya Jepun .
Selain itu pengetahuan ini akan dapat diaplikasikan dan digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Disediakan oleh: Disemak oleh, Diluluskan oleh:

_________________________ _______________ ________________
( Izzati binti Ibrahim) ( Ishah binti Hamdan) (Warda binti Ismail)
Guru Perpustakaan dan Media PK Pentadbiran Pengetua
SMK Pasir Putih SMK Pasir Putih SMK Pasir Putih


Click to View FlipBook Version