UWAIS AL QARNI PEMUDA MISKIN YANG TERKENAL DI LANGIT 4
1
Kisah bermula, pada suatu hari,Rasulullah SAW berkata kepada Saidina Umar Al Khattab dan Saidina Ali Bin Abi Talib, baginda menceritakan tentang seorang lelaki bernama UWAIS AL QARNI. Rasulullah SAW bersabda :” Wahai Umar sekiranya kamu bertemu dengan UWAIS AL QARNI , mohonlah doa dan mohonlah istigfar darinya.” 2
Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Saidina Umar dan Saidina Ali bin Abi Talib berpandangan, mereka tertanya-tanya, siapakah gerangan UWAIS AL QARNI itu? ** 3
UWAIS AL QARNI PEMUDA MISKIN YANG TERKENAL DI LANGIT 4
Uwais Al Qarni hidup pada zaman Rasulullah SAW. Beliau tinggal di Yaman.Walaupun begitu, Uwais tidak pernah bertemu Rasulullah kerana jarak tempat tinggal mereka sangat jauh. 5
Uwais tinggal bersama-sama dengan ibunya yang lumpuh dan buta.** 6
Sejak di lahirkan, Uwais mempunyai sejenis penyakit kulit , timbul tompok-tompok putih di seluruh badan dan mukanya. keadaan tersebut menyebabkan dia kurang disenangi oleh orang-orang kampung. 7
Uwais juga hidup miskin, walaupun begitu UWAIS SANGAT bersyukur dan sangat menyayangi ibunya.Dia seorang anak yang taat kepada ibunya dan sentiasa berusaha untuk memenuhi segala permintaan ibunya 8
Uwais bekerja sebagai seorang pengembala.Setiap hari, dia menjaga biri-biri milik jiran-jirannya 9
Pada suatu hari ibunya memanggil, dan memberitahunya “ wahai anakku uwais, ibu ingin sekali pergi menunaikan fardhu haji ke Baitullah” 10
Mendengar permintaan ibunya, uwais termenung sambil berfikir bagaimanakah cara untuk memenuhi kehendak ibunya itu. Tetapi, untuk tidak menghampakan ibunya, Uwais tersenyum dan bersetuju 11
Ibunya sangatlah gembira dan memeluknya sambil menangis.. “Terima kasih anakku Uwais” 12
Uwais berfikir panjang. Dia berdoa memohon agar Allah memberikan pertolongan kepadanya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya Uwais mendapat satu cara. 13
Keesokan harinya, Uwais pergi berjumpa dengan pemilik biri-biri, beliau telah membeli seekor anak biri-biri yang kecil dan comel 14
Sejak hari itu, setiap pagi Uwais akan mendukung anak biri-biri tersebut dan membawanya menaiki bukit, kemudian pada waktu petang, dia akan membawanya turun semula. 15
Begitulah rutin Uwais, setiap hari dia tidak jemu mendukung biri-birinya menaiki bukit yang tinggi, kemudian membawanya turun pada sebelah petang. Perbuatan Uwais tersebut mendapat cemuhan dari orang kampung, mereka berasa pelik dan mengatakan Uwais sudah gila 16
Uwais tidak kisah dengan cemuhan dan kata-kata orang kampung tersebut 16b
Hari silih berganti, Uwais tetap tekun menggendong biri-birinya itu. Saiz biri-birinya semakin besar dan semakin gemuk sehingga mencapai berat 100kg. * 17
Sebenarnya, latihan yang Uwais lakukan tersebut telah menjadikan badan dan otot Uwais semakin kuat dan semakin bertenaga 18
Apabila tiba musim haji, Uwais dan ibunya bersiap-siap dan bersedia untuk berangkat. ** 19
Mereka memulakan perjalanan menuju ke Mekah. Uwais mula menggendong ibunya berjalan menuju ke Mekah. Perjalanan mereka jauh beribu batu dan berhari-hari, melalui padang pasir yang panas, berbukit-bukau, kering tetapi terasa mudah bagi Uwais dengan bantuan Allah Taala. 20
Alhamdulillah, akhirnya mereka sampai ke kota Mekah. 21
Di Baitullah, Uwais tetap menggendong ibunya melakukan tawaf, sa’i sehinggalah ibadah hajinya selesai. Di hadapan kaabah, Uwais berdoa”Ya Allah ya tuhanku, ampunilah semua dosa ibuku”
Dengan linangan air mata, ibunya berdoa supaya Allah meredhai anaknya Uwais, berkah doa ibunya , seketika selepas itu, serta merta, penyakit kulit Uwais sembuh. semua tompok putih di badan dan mukanya hilang, hanya tertinggal satu bulatan kecil bewarna putih sahaja di tapak tangannya. 22
Uwais sujud di hadapan kaabah menangis bersyukur dan sangat gembira. 23
Selesai sahaja ibadah haji, mereka pulang ke Yaman. Si ibu sangat gembira kerana dapat menunaikan fardhu haji. Uwais juga sangat bersyukur dapat memenuhi hajat ibunya. 24
Pada suatu hari Uwais memberitahu ibu keinginannya hendak berjumpa Rasulullah di Madinah. “ Wahai ibuku sayang, bolehkah ibu izinkan aku pergi bertemu Rasulullah SAW di Madinah? Walaupun berat hati ,ibunya mengizinkannya pergi kerana cinta Uwais kepada Rasulullah. 25
● Uwais berjalan menuju Madinah, perjalanan yang jauh merentasi padang pasir tetapi terasa mudah kerana cintanya kepada Rasulullah. Apabila sampai di Madinah, Saidatina Aisyah memberitahunya bahawa Rasulullah tiada di rumah kerana sedang berperang.Uwais berasa kecewa dan sedih. 26
Berfikir ibunya yang sendiri di rumah, Uwais segera pulang. 27
Sekembalinya Rasulullah,Syaidatina Aisyah segera memberitahunya tentang kedatangan Uwais tersebut. Rasulullah seraya memberitahunya, bahawa Uwais adalah seorang yang taat kepada ibunya, kerana ketaatannya itu, Uwais sangat terkenal dikalangan penghuni di langit. *** 28
Begitulah kehidupan Uwais yang taat, sayang dan sentiasa mengutamakan ibunya dalam hidupnya. Walaupun susah dia tetap berusaha menjadi anak yang taat dan mendapat redho dari ibu. 29
Uwais al-Qarni meninggal syahid pada tahun ke-37 H pada usia 67 tahun dalam peperangan Siffin. Di beritakan, pada hari kematiannya berpusu-pusu orang datang melawat dan mengurus jenazahnya. Keadaan tersebut menyebabkan orang kampung berasa hairan dan tertanya-tanya siapakah manusia yang ramai tersebut. 1 31
Sebenarnya kebanyakan yang hadir tersebut ialah penghuni langit yang dikirimkan oleh Allah SWT. Subhanallah Uwais Al Qarni sangat di muliakan dan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT kerana ketaatan kepada ibunya. 30
Sebagaimana hadis berikut :
Maksudnya: “Nanti akan datang kepada kamu seseorang bernama Uwais bin ‘Amir bersama serombongan pasukan dari Yaman. Dia berasal dari Murad, dari Qaran. Dia menghidap penyakit kulit, kemudian dia sembuh daripadanya kecuali sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepadanya. Sekiranya dia bersumpah kepada Allah, maka akan diperkenankan yang dia pinta. Jika kamu mampu agar dia memohon pada Allah keampunan bagimu, maka lakukanlah.” 32 Riwayat Muslim (2542)
Begitulah pesanan Rasulullah dalam hadis tersebut… bahawa Allah Taala mendengar dan akan memperkenankan doa dari Uwais Al Qarni.Hebatnya Uwais AlQarni pemuda miskin yang terkenal di langit tetapi tidak dikenali di bumi. 33
PENGAJARAN CERITA INI : 1. Taatilah ibubapa kita, Allah memberi ganjaran yang besar kepada orang yang taat kepada ibu dan bapa. 2. Hargai ahli keluarga, sayangi mereka 3. Melakukan ibadah ikhlas kerana Allah 4. Cintai Allah dan Rasulullah SAW 33
JOM UJI KEFAHAMAN ADIK-ADIK