The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Biodata saidatina khadijah dan perjuangannya bersama Rasulullah menegakkan islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SuceeWanYatie, 2024-01-12 06:21:10

KISAH SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Biodata saidatina khadijah dan perjuangannya bersama Rasulullah menegakkan islam

SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID


Saidatina Khadijah Merupakan antara empat wanita yang di janjikan syurga oleh Allah Taala Dari Anas bin Malik mengatakan bahwa Nabi bersabda, "Pemuka wanita ahli surga ada empat. Ia adalah Maryam binti Imran, Fatimah binti Rasullullah SAW, Khadijah binti Khawailid dan Asiyah, istri Firaun." (HR Muslim dan Hakim)


BIODATA KHADIJAH BINTI KHUWAILID •Khadijah merupakan puteri kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai Al-Qurasyiyyah Al-Asayidah. • Ayahnya seorang ahli perniagaan yang terkenal di Mekah. •Ibunya bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. •Khadijah berasal dari keturunan Bani Hashim 3


BIODATA KHADIJAH BINTI KHUWAILID 4 Di lahirkan di Mekah pada tahun 68 sebelum Hijrah, kira-kira 15 tahun sebelum tahun gajah. beliau dilahirkan dalam kalangan keluarga yang mulia iaitu, Keluarga bangsawan yang kaya, terkenal, suka menolong orang.Mereka tidak terpengaruh dengan kehidupan jahiliah. Masyarakat Arab sangat menghormati dan menyanjung tinggi keluarga Khadijah ini.


BIODATA KHADIJAH BINTI KHUWAILID Persekitaran keluarga yang hebat tersebut telah mempengaruhi kehidupan dan tumbesaran Khadijah sejak lahir. Beliau terdidik dengan akhlak yang mulia, bersifat teguh , cerdik , bersopan santun, bijak dan tidak pernah terpengaruh dengan kehidupan masyarakat jahiliah pada waktu itu. 5


BIODATA KHADIJAH BINTI KHUWAILID •Khadijah membesar sebagai seorang yang sempurna dari setiap aspek. • Beliau sangat di pandang tinggi dan di hormati oleh masyarakat arab. 6


KEPERIBADIAN KHADIJAH 7 Antara peribadi Saidatina Khadijah ialah: •Beliau suka menolong orang. •Beliau tidak sanggup melihat orang susah. •Khadijah sanggup bersusah payah untuk menolong orang supaya orang sekelilingnya hidup senang.


KEPERIBADIAN KHADIJAH 8 •Begitulah kehidupan Khadijah yang sempurna di pandangan masyarakat. Dia sangat di sayangi keluarga, jiran tetangga dan seluruh masyarakat arab.


PERKAHWINAN DULU Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah telah berkahwin dengan Abu Halah bin Zurarah bin Usaid bin Amr bin Tamim At-Tamimi. Mereka telah memperoleh dua cahaya mata yang bernama Halah dan Hanad. 9


PERKAHWINAN DULU Tak lama selepas itu, Abu Halah meninggal dunia, Saidatina Khadijah diperisterikan pula oleh Atiq bin Aidz bin Abdillah bin Umar bin Makhzum Al-Makhzumi. Namun begitu perkahwinannya sekejap sahaja kemudian mereka bercerai. 10


PERKAHWINAN DULU ● Selepas perceraian tersebut, ramailah orang-orang kaya Arab, golongan bangsawan, ahli perniagaan yang melamar Saidatina Khadijah, tetapi beliau menolaknya dengan baik ● Ini kerana beliau ingin meluangkan masa untuk mendidik anak-anaknya dan menguruskan perniagaannya. 11


MENGURUSKAN PERNIAGAAN KELUARGA 12 •Selepas ibu dan ayah Saidatina Khadijah wafat, kekayaan dan harta keluarga telah diagihkan kepada Saidatina Khadijah dan adik-beradiknya. •Di antara adik-beradiknya, hanya Saidatina Khadijah sahaja yang mewarisi kebolehan ayahnya yang pandai berniaga. **


MENGURUSKAN PERNIAGAAN •Saidatina Khadijah telah mengambil alih tanggungjawab bisnes keluarga. •Beliaulah yang telah mengembangkan perniagaan keluarganya, perniagaan mereka semakin maju dan pesat. •Ramai pedagang yang suka berurus niaga dengannya. 13


MENGURUSKAN PERNIAGAAN Dalam perniagaan, Khadijah telah dibantu oleh salah seorang bapa saudaranya yang bertindak sebagai penasihat . Anggota keluarga yang lain juga turut membantunya apabila beliau memerlukan pertolongan. 14


MENGURUSKAN PERNIAGAAN Namun begitu, dalam membuat keputusan, Khadijah tidak akan bergantung pada sesiapapun malah akan membuat keputusannya sendiri. 15


MENGURUSKAN PERNIAGAAN 16 Kehebatan Khadijah berniaga sangat di kagumi. Beliau sangat terkenal kerana berjaya meluaskan bisnes keluarganya. Perniagaan Khadijah semakin besar hingga ke negara-negara luar.


MENGURUSKAN PERNIAGAAN 17 Hinggalah pada suatu hari: Khadijah mendengar tentang seorang pemuda yang bernama Muhammad Bin Abdullah , seorang lelaki yang berakhlak mulia, jujur dan peribadi yang terpuji.


MENGURUSKAN PERNIAGAAN Khadijah telah menawarkan kepada Muhammad SAW untuk menguruskan perniagaannya ke Syam. 18


MUHAMMAD BIN ABDULLAH BERNIAGA KE SYAM Rasulullah bersetuju dan menerima pelawaan tersebut. Sejak itu, Rasulullah membawa barang dagangan dan mengurus perniagaan Khadijah ke Syam.Baginda ditemani oleh Maisarah, iaitu pembantu Khadijah. 19


MUHAMMAD BIN ABDULLAH BERNIAGA KE SYAM Perniagaan yang di uruskan oleh Nabi Muhammad SAW membawa keuntungan yang besar dan berlipat kali ganda 20


MUHAMMAD BIN ABDULLAH BERNIAGA KE SYAM Maisarah berasa kagum dengan kebolehan Muhammad Bin Abdullah berniaga. 21


KHADIJAH MELAMAR RASULULLAH •Khadijah sangat tertarik dengan peribadi Rasulullah, Khadijah telah membuat keputusan untuk menjadi isteri Rasulullah. •Khadijah hantar wakilnya untuk menyampaikan hasratnya itu. 22


BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH •Akhirnya mereka berkahwin. •Pernikahan mereka di uruskan oleh Abu Talib. •Ketika itu umur baginda 25 tahun sementara umur Khadijah 40 tahun 23


BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu Abdullah, Al-Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, dan Fatimah. (2 lelaki dan 4 perempuan) 24


PERANAN KHADIJAH KETIKA RASUL MENERIMA WAHYU PERTAMA 25 Selepas Nabi Muhammad menerima wahyu pertama pada tanggal 17 Ramadhan 41 H di gua Hira’. Baginda cepat-cepat pulang dengan perasaan takut dan gelisah,gementar. Baginda menceritakan kejadian yang berlaku kepada isterinya Khadijah. 


PERANAN KHADIJAH KETIKA RASUL MENERIMA WAHYU PERTAMA 26 Khadijah mendengar dengan tekun dan sebaik selesai mendengar apa yang di sampaikan itu. Tanpa ragu-ragu, tanpa bertanya beliau terus beriman dan meyakini bahawa Muhammad adalah utusan Allah.


Selepas Rasulullah menerima Wahyu pertama, baginda mula berdakwah secara sulit. Berbagai cabaran dan tentangan yang baginda terima. Namun, Saidatina Khadijahlah pemberi semangat, orang kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama baginda. 27 RASULULLAH MULA BERDAKWAH


PERANAN KHADIJAH ZAMAN AWAL ISLAM Khadijah telah mewakafkan semua hartanya untuk menolong Nabi Muhammad S. A. W berdakwah, terutamanya ketika orang islam di pulaukan. 28


PERANAN KHADIJAH ZAMAN AWAL ISLAM • Khadijah tidak pernah merungut tentang hartanya • Malah sifatnya yang suka menolong orang, membuatkan dirinya merasa seronok, gembira dan bahagia dapat berbakti untuk dakwah Islam. 29


PERANAN KHADIJAH ZAMAN AWAL ISLAM Kasih sayang dan sokongan khadijah kepada Rasulullah dan dakwah islam sangat kental. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menyampaikan dakwah Islam. Beliau berkorban jiwa dan raga. 30


KEWAFATAN KHADIJAH 31 Bahkan menjelang kewafatan nya, Saidatina Khadijah tidak mempunyai walaupun sehelai kain untuk digunakan sebagai kain kaffan.***


KEWAFATAN KHADIJAH 32 Sehingga dia meminta serban yang sedang dipakai Rasulullah SAW.


KEWAFATAN KHADIJAH •Mendengar permintaan terakhir Khadijah itu, Rasulullah menjawab,"Wahai Khadijah, Allah SWT menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga.“ 33


KEWAFATAN KHADIJAH Khadijah wafat di pangkuan Rasulullah SAW pada 11 Ramadhan tahun ke 10 kenabian semasa berumur 65 tahun. 34


KEWAFATAN KHADIJAH Di akhir hayatnya, semua harta miliknya telah habis diwakafkan kepada Islam. Tiada satu pun yang tinggal. 35


PENGAJARAN Begitulah perjuangan Saidatina Khadijah. Beliau telah memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan Rasulullah dan dalam perkembangan Islam. 36


SAHSIAH DAN AKHLAK 37 1. Mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji. - Sebagai seorang anak yang baik, berakhlak mulia dan tidak terpengaruh dengan amalan jahiliah pada waktu itu. - Seorang ahli perniagaan yang suka menolong orang, memberi bantuan modal kepada orang yang berniaga. - Sanggup bersusah payah untuk kesenangan orang lain


TIDAK SOMBONG 38 Tidak sombong - Di sayangi, di hormati dan di sanjung oleh masyarakat arab - walaupun dia seorang yang kaya raya dan dari keluarga bangsawan


MENYOKONG DAKWAH RASUL 39 1. Percaya dan orang pertama masuk Islam. - Yakin kata-kata Rasulullah SAW. - Mewakafkan semua hartanya untuk dakwah islam.


KESIMPULAN 40 Khadijah… Engkaulah ratu di hati Rasulullah Engkaulah penyejuk di kala duka. Hadirmu sinar, Perjuanganmu syurga.


Click to View FlipBook Version