Dirasmikan oleh: Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 24JUN2023 | SABTU | 10.00- 12.00PM DEWANTERBUKASKINANAMII S K I N A N A M I I KALI KE-16
Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru Ucapan alu-aluan pengerusi majlis Nyanyian lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan YDP PIBG Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Penyampaian hadiah cabutan bertuah 1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG (Minit dan Agenda) Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu Pengesahan penerimaan laporan tahunan PIBG 2022/2023 Membentang dan Menerima anggaran pendapatan dan perbelanjaan Tahunan 2022/2023. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG Lama sesi 2022/2023 Pemilihan dan Pengumuman Ahli Jawatankuasa PIBG Baharu Sesi 2023/2024 Menerima dan menimbang usul / cadangan Ucapan Penangguhan Mesyuarat oleh YDP PIBG Baharu Sesi 2023/2024 Penyampaian hadiah cabutan bertuah 2 Penyampaian cenderamata kepada Pegawai Pemerhati & Perasmi PPD Kota Kinabalu Bersurai
Penasihat : Junaidah Binti Yassin Yang Dipertua PIBG : Yusop Bin Ibrahim Timbalan YDP (Biro Sukan &Kebudayaan) : Sahariful Rizal Bin Yahya Naib YDP (Biro Infrastruktur /Fasiliti) : Jamilin Bin Matiassin Naib YDP (Biro Pendidikan) : Hylmee Bin Matahir Setiausaha Timbalan Setiausaha Bendahari Timbalan Bendahari : Nor Nadia Nabilah Binti Mohd Nor Azan : Nurul Syazreena Binti Ahmad : Musalmah Binti Kiprawih : Siti Nurbayah Binti Alias AJK Biro Pendidikan Biro Sukan dan Permainan Biro Ekonomi Biro Kebajikan Biro Keselamatan Biro Komunikasi & Perhubungan Awam Biro Infrastruktur/Fasiliti Biro Pra Sekolah Biro Pendidikan Khas : Suriyati Binti Ramlee : Athanasius Bin Bernadus : Raha Binti Mohd Saip : Rosumia Binti Saan : Stanislaus Liging : Mohd Nur Akmal Bin Zainal Abidin : Paisar Bin Ajulah : Jadira C. Joannes Ajuni : Asmah Binti Jamat
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022
1 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN INANAM DUA, KG KALANSANAN, 88450 MANGGATAL, SABAH. TEL: 088-427 958 FAX: 6088427248 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-15 TAHUN 2022 Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu) Masa : 10.30 hingga 12.30 Tengah Hari Tempat : Dewan Terbuka SK Inanam II Pengerusi : Encik Yusop Ibrahim Kehadiran : Semua AJK PIBG dan Warga SK Inanam II (Rujuk Senarai Kehadiran) Agenda : 1.0 Ucapan YDP PIBG 2.0 Ucapan Guru Besar dan Perasmian MAT PIBG 2022 3.0 Pembentangan dan pengesahan MAT Ke-14 2022 4.0 Membentang dan menerima laporan tahunan 4.1 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Mac 2022. 4.2 Pembentangan Usul 5.0 Hal-hal lain 6.0 Penangguhan Mesyuarat Kehadiran: Bilangan ahli mesyuarat yang hadir seramai 112. Lulus untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Inanam II. Kehadiran rujuk Lampiran 1. AGENDA MESYUARAT: 1. UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG Encik Yusup Ibrahim mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBG ke Mesyuarat Exco PIBG. Mesyuarat Exco ini akan membincangkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas dan usul terkini serta tindakan seterusnya yang akan dilaksanakan oleh PIBG Sekolah. 2. PENASIHAT PIBG 2.1 Dalam ucapan beliau, Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang terdiri daripada ibu bapa dan para guru. Tindakan: Makluman
2 2.2 Guru besar turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dalam melancarkan aktiviti merentas desa yang telah dijalankan pada sebelah pagi. Tindakan: Makluman 2.3 Guru Besar juga ada menyatakan tentang lawatan Majlis Guru Besar ke dua buah sekolah pedalaman di daerah Keningau. Dalam lawatan tersebut GB telah membuat pemerhatian terhadap penglibatan ibu bapa dalam keceriaan kelas. Tindakan: Makluman 2.4 Guru Besar berharap agar ibu bapa di sekolah ini dapat mencontohi semangat para ibu bapa di sekolah yang telah dilawat itu. Tindakan: Makluman 2.5 Guru Besar juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang turut serta dalam menceriakan kelas anak-anak di sekolah ini. Tindakan: Makluman 2.6 Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang terlibat bagi menjayakan gerai jualan semasa aktiviti merentas desa. Tindakan: Makluman 3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PIBG 3.1 Pembentangan minit mesyuarat PIBG yang lalu oleh YDP PIBG, En Yusop Ibrahim. Minit Mesyuarat telah dicadangkan untuk disahkan: Puan Maliana Binti Budin Minit Mesyuarat disokong: Encik Sahrol Suhod 4. PEMBENTANGAN AGENDA / LAPORAN 4.1 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2021: I. Aktiviti Pengagihan Modul Asas Literasi II. Aktiviti Gotong-royong III. Mesyuarat Exco PIBG Bil. 1/2022 IV. Mini Karnival Akademik 2021/2022 V. Program Transisi Tahun 1/2022 Tindakan: Makluman
3 4.2 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG 4.2.1 Bendahari PIBG (Puan Musalmah Kiprawih) membentangkan Laporan Kewangan PIBG seperti makluman berikut: 4.2.2 Sumber kewangan PIBG adalah bergantung kepada bayaran yuran RM30 yang perlu dibayar oleh ibu bapa / penjaga bagi anak-anak yang bersekolah di SK Inanam II dan para guru yang berkhidmat di SK Inanam II. Oleh itu, bendahari memohon agar ibu bapa/penjaga/guru-guru yang belum membayar yuran PIBG untuk berbuat demikian sebelum 31 Ogos 2022. Tindakan: Makluman 4.2.3 Menurut bendahari, Baki Akaun Kewangan PIBG setakat 31 Mac 2022 adalah sebanyak RM10925.66 Tindakan: Makluman 4.2.4 Semua ahli PIBG sebulat suara sepakat untuk menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Mac 2022 yang telah dibentang oleh Bendahari PIBG. Tindakan: Makluman 4.3 Pembentangan Usul / Cadangan ahli PIBG 2022 4.3.1 Usul/Cadangan I – III: I. Masa persekolahan dipendekkan. II. Kokurikulum dijalankan pada hari sabtu. III. Mewujudkan laluan berbumbung dari pintu pagar ke dewan. Respons Guru Besar terhadap cadangan/usul I, II dan III: Konteks pengoperasian sekolah 2 sesi, jadual operasi sekolah semasa pandemik dan selepas endemik berbeza. Kokurikulum dilaksanakan pada hari Rabu. Hal ini demikian kerana, jika hari Sabtu merujuk pekeliling, hanya 2 kali sebulan saja dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pada hari Sabtu.
4 Seterusnya, bagi usul III pula sudah bertahun-tahun usul ini diutarakan. Kertas kerja sudah disediakan untuk menyediakan laluan berbumbung. Namun, pihak sekolah masih menunggu keputusan daripada pihak pembangunan. Kos dianggarkan melebihi RM50 ribu dan PIBG bersama sekolah menghadapi kekangan untuk melaksanakan usul ini. Tindakan: Makluman 4.3.2 Usul/Cadangan IV: IV. Menambah jumlah tandas untuk keselesaan murid. Respons YDP PIBG terhadap cadangan/usul IV: Jumlah peruntukkan yang diperlukan untuk membina tandas agak tinggi dan keadaan fizikal tanah mendap di kawasan sekolah menyebabkan tandas sukar ditambah. Tindakan: Makluman 4.3.3 Usul/Cadangan V - VII: V. Menyediakan tempat murid berteduh VI. Keceriaan kelas. VII. Perlu ada pihak yang ditugaskan memantau dan mengawal keadaan lalu lintas sewaktu murid-murid balik dari sekolah. Respons YDP PIBG terhadap usul V, VI dan VII: Bagi usul V iaitu berkenaan dengan tempat berteduh, YDP menjelaskan bahawa Laluan susur berbumbung memang sedang dalam proses untuk mengumpul peruntukkan agar murid dapat berteduh ketika hujan. Seterusnya bagi usul VI, YDP PIBG mengharapkan kerjasama dan bantuan daripada ibu bapa untuk menceriakan kelas kerana guru-guru kelas juga sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk menceriakan kelas. Manakala, bagi usul VII pula, YDP menyatakan bahawa pihak PIBG, tidak dapat mengupah pengawal atau sukarela untuk mengawal trafik kerana kos upah dan bayaran yang tinggi. Oleh itu, YDP PIBG meminta Ibu bapa agar dapat menghantar dan mengambil anak ke sekolah dengan tidak meletakkan kenderaan di laluan masuk dan keluar kawasan sekolah kerana akan menyebabkan kesesakan dan lalu lintas tersekat. Tindakan: Makluman 4.3.4 Usul/Cadangan VIII: VIII. Laluan masuk dan keluar ke kawasan sekolah yang tidak berturap dan berlubang-lubang menyebabkan air bertakung serta berlumpur menyebabkan kasut anak-anak kotor. Respons Guru Besar berkenaan dengan usul VIII: Pihak sekolah akan mengambil tindakan dan memperbaiki jalan di sekitar kawasan sekolah. Tindakan: Makluman 4.3.5 Usul/Cadangan IX: IX. Berkenaan dengan jadual waktu, ibu bapa mengusulkan agar jadual diubahsuai terutama untuk sesi petang. Hal ini untuk mengelakkan kesesakan.
5 Respons Penolong Kanan 1, Puan Anita Nurulizah Binti Abdullah terhadap usul IX: Pada 13 Jun 2022, Pekeliling menggariskan kehadiran semua murid ke sekolah diwajibkan dan dijalankan secara bersemuka. Jadual juga dioperasikan sebelum pandemik. Berkenaan tentang waktu pulang, murid juga akan pulang serentak namun dikeluarkan secara berperingkat untuk memastikan sesi waktu pulang berjalan dengan lancar dan mengikut standard operasi yang ditetapkan. Tindakan: Makluman 4.3.6 Usul/Cadangan X: X. Tolong perhatikan dan ambil tindakan pada pelajar yang terlalu nakal dan mengganggu pelajar lain. Respons Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Zhamzamiee Ghulam Rasul terhadap usul X: Badan disiplin dibantu oleh unit kaunseling sentiasa mengambil peranan dan tindakan. Oleh itu, bagi menangani isu disiplin dan akademik murid, ibu bapa akan dilibatkan untuk mengatasi masalah yang berlaku di sekolah. Tindakan: Makluman 4.3.7 Usul/Cadangan XI: XI. Isu gerai menjual makanan di kawasan meletak kereta di luar pagar sekolah. Respon Guru besar terhadap usul XI: Guru Besar menasihatkan para penjual agar mencari tapak berniaga yang sesuai. Murid sesi petang, membeli makanan di gerai luar namun bekas makanan dibuang di dalam kawasan sekolah. Berlaku juga kejadian murid mengalami sakit perut. Setelah disiasat, murid telah membeli makanan dari luar dan bukannya membeli makanan yang telah disediakan di kantin sekolah. Tindakan: Makluman 5.0 HAL-HAL LAIN: 5.1 Ibu bapa juga telah mengutarakan tiga lagi cadangan iaitu: 5.1.1 Menyediakan peti kecemasan. Respon Guru Besar: Peti kecemasan memang ada disediakan di bilik kesihatan di sekolah. Murid perlu melaporkan atau berjumpa dengan guru kelas atau guru bertugas sekiranya berlaku tidak sihat atau cedera. Guru kelas atau guru bertugas akan menghubungi ibu bapa murid untuk melaporkan keadaan anak bagi mengelakkan perselisihan faham antara ibu bapa dan pihak sekolah. Tindakan: Makluman 5.1.2 Laluan masuk dan keluar dari kawasan sekolah perlu dijelaskan dengan menggunakan papan tanda. Respon Guru Besar: Pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya. Tindakan: Makluman
6 5.1.3 Membina gelanggang Sepak Takraw dahulu jika PIBG kekurangan dana untuk membina laluan berbumbung untuk pejalan kaki. Respon YDP: YDP PIBG Bersetuju dan akan mempertimbangkan cadangan untuk membina gelanggang Sepak Takraw dahulu sebelum membina laluan berbumbung. Namun semua ini memerlukan dana kewangan. Oleh itu, YDP PIBG meminta semua ibu bapa/penjaga agar dapat membayar yuran PIBG. Tindakan: Makluman 5.1.4 Membina tandas berhampiran dengan pondok keselamatan. Respon Guru Besar: Guru Besar bersetuju dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Tindakan: Makluman 6.0 PENUTUP: 6.1 YDP telah menangguhkan mesyuarat pada pukul 12.12 tengah hari dan mesyuarat akan diadakan semula pada masa yang akan ditetapkan kemudian. Disediakan oleh, ............................................. (Nor Nadia Nabilah Binti Mohd Nor Azan) Setiausaha PIBG Disemak oleh, ............................................. (Encik Yusop Bin Ibrahim) YDP PIBG SK Inanam II 2022 Disahkan oleh, ........ ................................... (Puan Junaidah Binti Yassin) Guru Besar SK Inanam II Tarikh: 07/07/2022 Pengesahan minit dicadangkan oleh, ............................................. ( ) Pengesahan minit disokong oleh, ............................................. ( )
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022
TARIKH: 25 Jun 2022 MASA: 7.00 – 9.00 Pagi TEMPAT: SK Inanam II dan kawasan sekitar merujuk pelan merentas desa. OBJEKTIF: Aktiviti merentas desa dijalankan untuk memilih bakat-bakat baru bagi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping mempersiapkan atlet sekolah untuk mewakili sekolah serta membentuk kekuatan fizikal semua murid untuk melakukan aktiviti yang mencabar sepanjang sesi persekolahan. CATATAN: Melibatkan semua guru, semua murid dan ibu bapa. Gerai jualan telah dibuka dengan kerjasama ibu bapa SK Inanam II di sekitar kawasan sekolah bagi memudahkan murid membeli minuman atau makanan selepas aktiviti merentas desa.
TARIKH: 25 Jun 2022 MASA: 10.00 – 12.30 Tengah hari TEMPAT: Dewan terbuka SK Inanam II OBJEKTIF: Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini dilaksanakan untuk membincangkan isu terkini, yuran PIBG dan aktiviti penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memajukan sekolah. CATATAN: Melibatkan ibu bapa dan guru-guru.
TARIKH: 23 Julai 2022 MASA: 8.00 – 11.00 Pagi TEMPAT: Kelas dan kawasan sekolah SK Inanam II OBJEKTIF: Membersihkan dan menceriakan kelas untuk kesejahteraan murid dan warga sekolah. CATATAN: Melibatkan Ibu bapa, semua guru dan murid-murid.
TARIKH: 26 Mei 2022 MASA: 7.30 Pagi – 12.30 Tengah hari / 7.30 – 10.00 Malam TEMPAT: Dewan terbuka SK Inanam II dan Hyatt Hotel, Kota Kinabalu OBJEKTIF: Memberi peluang dan penghargaan kepada warga sekolah untuk meraikan hari guru, hari raya dan hari Kaamatan. Menyemarakan rasa sayang kepada kerjaya guru dan melestarikan perayaan hari raya dan hari kaamatan dalam kalangan warga sekolah. CATATAN: Melibatkan sumbangan pibg, COOPBank dan MBSB Bank.
TARIKH: 24 September 2022 MASA: 7.00 – 9.30 Pagi TEMPAT: SK Inanam II OBJEKTIF: Aktiviti gotong-royong di sekolah dijalankan untuk memastikan kawasan sekolah selamat, bersih, kondusif dan sejahtera. Aktiviti gotong-royong ini dapat membudayakan nilai murni dalam diri murid dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. CATATAN: Melibatkan kerjasama Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid perdana
TARIKH: 17-18 Oktober 2022 MASA: 7.00 – 1 Tengah hari TEMPAT: Dewan Terbuka SK Inanam II OBJEKTIF: Memupuk semangat kesukanan dan melatih murid-murid prasekolah untuk melibatkan diri dalam sukan bola sepak dan bola jaring CATATAN: Melibatkan Ibu bapa, beberapa sekolah OK9 di Inanam, guru-guru dan murid prasekolah.
TARIKH: 21 November 2022 MASA: 7.00 – 1 Tengah hari TEMPAT: Kompleks Stadium Likas, Kota Kinabalu OBJEKTIF: Hari sukan sekolah merupakan program wajib sekolah. Sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan mental. Selain itu, murid dapat memupuk semangat kesukanan dan kerjasama ketika menyertai aktiviti sukan. CATATAN: Melibatkan semua guru, murid-murid dan ibu bapa.
TARIKH: 27 September 2022 MASA: 9.00 Pagi TEMPAT: Laman Minda Sihat OBJEKTIF: Laman Minda Sihat yang terletak di laluan utama antara pejabat dan kelas. Laman Minda Sihat diwujudkan agar warga SK Inanam II dapat menikmati suasana laman yang indah, teraputik dan kondusif. Kepelbagaian aktiviti yang tersedia di laman ini mampu memberikan impak positif kepada emosi warga sekolah. CATATAN: Melibatkan sumbangan pibg
TARIKH: 27 September 2022 MASA: 9.00 Pagi TEMPAT: Laman Minda Sihat OBJEKTIF: Memberikan peluang, pendedahan dan kemahiran kepada murid untuk bermain hoki serta mengasah bakat murid untuk menjadi atlet dalam pertandingan hoki. CATATAN: Melibatkan sumbangan pibg
TARIKH: Julai - Ogos MASA: 7.00 – 2 Petang TEMPAT: Pertandingan bola baling, hoki, bola sepak peringkat daerah Kota Kinabalu OBJEKTIF: Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun, sekolahsekolah akan sibuk mempersiapkan murid-murid untuk menyertai pertandingan sukan kokurikulum. Pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Oleh itu, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum. CATATAN: Melibatkan sumbangan pibg
TARIKH: 2 Ogos 2022 MASA: 8 pagi TEMPAT: Kawasan laluan luar sekolah OBJEKTIF: Memperbaiki jalan untuk kemudahan laluan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. CATATAN: Melibatkan sumbangan pibg
TARIKH: 29 – 1 Disember 2022 MASA: 7.00 – 12.30 Tengah hari TEMPAT: Bilik RBT, Makmal Sains, Kelas-kelas dan Dewan Terbuka SK Inanam II OBJEKTIF: i. Memberikan pengalaman baharu kepada murid tentang keseronokan belajar melalui aktiviti-aktiviti PBD dan PBL. ii. Menggilap bakat sedia ada murid. iii. Menerapkan nilai murni dalam kalangan murid iv. Mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid. v. Meningkatkan kemahiran profesionalisme guru melalui pelbagai program sekolah, PPD, JPN dan KPM CATATAN: Melibatkan sumbangan PIBG, semua guru, murid-murid dan ibu bapa.
TARIKH: 1 Disember 2022 & 31 Mac 2023 MASA: 7.30 Pagi – 12.30 Tengah hari TEMPAT: Dewan terbuka SK Inanam II OBJEKTIF: Menghargai jasa guru-guru SK Inanam II yang telah menyumbang khidmat bakti di sekolah sehingga bersara. Antara guru yang diraikan ialah Encik Azizan Awang Mon, Puan Kasma Binti Bastami, Encik Amiruddin Alias dan Puan Faridah Abu Bakar. CATATAN: Melibatkan sumbangan pibg
TARIKH: 1 Februari 2023 MASA: 8.30 (Sesi Pagi) / 1.30 Petang (Sesi Petang) TEMPAT: Kelas masing-masing OBJEKTIF: Memberi ruang kepada ibu bapa untuk mengenali dan mengetahui prestasi anak-anak mereka di sekolah serta menjadi platform utama kepada ibu bapa dan para guru dalam memupuk kerjasama untuk kemenjadian anak-anak murid. CATATAN: Melibatkan ibu bapa, guru-guru dan semua murid.
TARIKH: 15 Februari 2023 MASA: 8.00 – 12.30 Tengah hari TEMPAT: Dewan Terbuka SK Inanam II OBJEKTIF: Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada semua murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Majlis ini menjadi batu loncatan dan motivasi kepada semua murid untuk terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dan kejayaan diri. Murid-murid yang hadir penuh juga diberikan penghargaan dan murid bertuah akan mendapat hadiah iaitu basikal. CATATAN: Melibatkan semua guru, murid-murid tahun 1- 5 dan ibu bapa.
TARIKH: 16 Februari 2023 MASA: 8.00 – 12.30 Tengah hari TEMPAT: Hotel Palace, Kota Kinabalu OBJEKTIF: Memberikan penghargaan kepada semua murid tahun 6 dan meraikan muridmurid tahun 6 yang akan bergraduasi dari sekolah rendah dan memasuki alam sekolah menengah. CATATAN: Melibatkan semua guru, murid-murid tahun 6 dan ibu bapa murid tahun 6.
TARIKH: 3 – 14 April 2023 MASA: 12.30 – 5.30 Petang TEMPAT: Dewan terbuka SK Inanam II dan Kelas Tahun 1 OBJEKTIF: Memberi pendedahan mengenai suasana persekolahan kepada murid-murid tahun 1 yang baru memasuki alam sekolah rendah, mengeratkan hubungan antara pihak ibu bapa dan sekolah, mendedahkan murid-murid kepada situasi sebenar dan meningkatkan keyakinan diri murid untuk memasuki tahun 1. CATATAN: Melibatkan sumbangan PIBG, ibu bapa, guru-guru dan murid tahun 1
TARIKH: 16 Mei 2023 MASA: 8.00 – 5.00 Petang TEMPAT: Dewan terbuka SK Inanam II dan kelas masing-masing OBJEKTIF: Meraikan Hari Raya, Hari Kaamatan dan Hari Guru untuk membudayakan dan memberikan pengalaman serta pengetahuan kepada murid tentang sambutan perayaan di Malaysia serta mengenang dan menghargai jasa para guru. CATATAN: Melibatkan sumbangan PIBG, ibu bapa, guru-guru
Dibentang oleh bendahari PIBG
PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023
PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021/2023
PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA KEPADA AJK PIBG SESI 2022/2023
PEMILIHAN DAN PENGUMUMAN AJK PIBG SESI 2023/2024
MENERIMA & MENIMBANG USUL/CADANGAN
2 USUL / CADANGAN PIBG SK INANAM II 2023 KATEGORI PENDIDIKAN (AKADEMIK) Guru-guru mungkin boleh berkongsi kerja sekolah di dalam group telegram ataupun whatsapp bagi memudahkan pelajar yang tidak hadir dan mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Parking dan jalan keluar masuk untuk memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak sekolah. Jalan/laluan berbumbung untuk anak-anak supaya mereka terlindung dari hujan dan panas ketika melalui jalan dari pagar sekolah hingga ke dewan sekolah. 1 3 4 5 Siti Syafira Binti Pekan KATEGORI INFRASTRUKTUR DAN FASILITI Siti Syafira Binti Pekan KATEGORI INFRASTRUKTUR DAN FASILITI Memperbaharui laluan keluar masuk ke sekolah SK INANAM II Juliana Binti Tanggarak KATEGORI INFRASTRUKTUR DAN FASILITI Kebersihan dan air di dalam tandas murid. Water Cooler untuk pelajar. Roshatikah Japar KATEGORI SUKAN & BAKAT (KOKURIKULUM) Mengadakan aktiviti pertandingan bakat atas pentas pada musim perayaan, minggu bahasa atau kemerdekaan Siti Syafira Binti Pekan
USUL / CADANGAN PIBG SK INANAM II 2023 7 KATEGORI KEWANGAN/SUMBANGAN YURAN PIBG RM30 Tunai. Seperti biasa Buli dalam kalangan pelajar 6 Siti Syafira Binti Pekan KATEGORI HAL-HAL LAIN Roshatikah Japar TATACARA PELAKSANAAN USUL & CADANGAN
UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT OLEH YDP PIBG SESI 2023/2025
Barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini. Semua dermawan yang sudi menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan semua program PIBG bagi sesi 2022/2023. Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG SK Inanam II kali ke-16. Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan usaha permuafakatan ini. Sekalung Penghargaan S K I N A N A M I I KALI KE-16