The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by balqis.mohd.noor.0206, 2023-01-03 06:52:09

SADN 1013

Poster

KEPELBAGAIAN
LAKSA


SADN 1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES

SEMESTER 1 2022/2023
GROUP : AN

NAMA PENSYARAH : MOHD SYAHRIL BN SAID

NAMA AHLI
KUMPULAN

LYE JUIN XIONG
293476

LEONG YIK MING BOON SHU YING MUHAMMAD FAKHRURRAZI
293490 293394 BIN HASBULLAH
296072



YAP HUI SIN BALQIS BINTI MOHD NOOR DANIA HAZWANIE BINTI
295668 293486 SALAHUDDIN
292864

NUR ATIKAH BINTI ABDUL JALIL NUR AYUNI BINTI

293339 MOHAMMED AMRAN NICHOLAS LAI WAI HON

293016 292810

ISI

KANDUNGAN

PENGENALAN
ASAL USUL LAKSA
KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN LAKSA
CARA PENYEDIAAN LAKSA
KEBAIKAN DAN KHASIAT LAKSA
KEBAIKAN MENIAGA LAKSA
KESIMPULAN
RUJUKAN

PENGENALAN
Laksa merupakan hidangan mi yang popular, laksa dihidangkan

dengan kuah yang kebanyakannya dibuat daripada ikan. Ia

adalah hasil gabungan unsur masakan Cina dan Melayu.
Perkataan "laksa" itu
sendiri mungkin berasal daripada

perkataan Sanskrit iaitu "laksha" yang bermaksud "banyak".

Secara amnya terdapat dua

jenis laksa iaitu satu

dihidangkan dengan kuah

masam yang dipanggil assam

laksa dan satu lagi dimakan

dengan kuah berasaskan krim

iaitu laksa berkrim. Bahan

penting dalam kuah assam

laksa ialah asam jawa ataupun

sesetengah orang lebih

gemarkan asam keping iaitu

sebagai agen pemasam kuah

laksa tersebut. Untuk laksa Secara umumnya, laksa yang
biasa dimakan oleh kita dapat
berkrim pula, santan adalah dijumpai di gerai, warung tepi
jalan, cafe dan sebagainya
bahan utama yang merupakan laksa utara yang
asli. Laksa utara sangat
memberikan rasa berkrim pada terkenal di negeri Kedah dan
Perlis namun di negeri-negeri
kuah tersebut. Mungkin lain juga turut menjual laksa
utara ini. Bagi di negeri utara,
sesetengah orang lebih gemar juadah ini adalah paling
popular terutama sekali pada
menggantikan santan dengan setiap kali rumah terbuka
pada Hari Raya.
susu, akan tetapi kebanyakan

kita lebih mengutamakan

keaslian santan. Laksa kari dan

laksa nyonya merupakan dua

contoh laksa berkrim.

ASAL USUL LAKSA

Antara makanan yang digemari ramai termasuk masyarakat
antarabangsa
Laksa Penang dinobatkan Makanan Ketujuh Tersedap di Dunia
Kewujudan laksa bermula ketika pedagang China pertama kali
mengunjungi Kepulauan Melayu lalu berkahwin dengan penduduk
tempatan = (Peranakan)
Para isteri pedagang menambah perisa mereka dalam sup tradisional
China, lalu wujudlah laksa.
Laksa = Mi Sup (makanan China) + pedas (Selera Melayu)
Laksa tertua di Asia Tenggara (Laksa Penang)
Nama laksa berasal daripada perkataan Hindi dan Parsi iaitu 'lakshah'
(Sebutan untuk jenis makanan mi berkuah)
Bahasa Sanskrit membawa makna 'sepuluh ribu' (10,000 rasa)
Bahasa Kantonis 'lɐ̀t sá' membawa makna pasir yang pedas (Menu
udang kering yang digunakan dalam kuahnya dan tekstur mi laksa itu
sendiri yang agak kering)
Bahasa Hokkien 'lup-sup' membawa makna kering.
Setelah diasimilasi ke dalam dialek Nusantara jadilah 'Laksa'

KEUNIKAN DAN
KEISTIMEWAAN LAKSA

LAKSA KEDAH

Kuah laksa pekat, likat dan berlemak.
Jenis ikan yang digunakan ialah ikan kembung.
Bahan-bahan dalam proses pembuatan kuah laksa ialah daun kesum
dan bunga kantan.
Warna kuah laksa Kedah ini kemerah-merahan.
Jenis mi yang digunakan ialah laksa beras dan diadun dengan tepung
beras.
Hiasan di atas laksa Kedah diletakkan hirisan timun, bawang merah,
cili padi dan limau nipis.
.

LAKSA JOHOR

Jenis ikan yang digunakan ialah ikan parang.
Bahan utama ialah santan pekat dan rempah ratus.
Jenis mi yang digunakan ialah spaghetti.
Hiasan di atas laksa Johor ialah hirisan timun, daun kesum, bawang
merah, kacang panjang, daun selasih dan bunga kantan.
Cara menjamu selera hidangan ini ialah kesemua bahan digaul rata
menggunakan tangan.

LAKSA SARAWAK

Tidak menggunakan ikan tetapi menggunakan isi ayam dan air rebusan
udang untuk membuat kuah.
Kuah laksa pekat dan berwarna kemerahan.
Banyak menggunakan rempah ratus seperti jintan manis, jintas putih,
cili kering dan santan.
Mi yang digunakan ialah mihun.
Hiasan di atas laksa Sarawak ialah udang yang direbus, hirisan telur
dadar, taugeh, hirisan limau dan daun ketumbar.

Cara
Penyediaan

Laksa

Laksa Kedah

Laksa Johor

Laksa Sarawak

Laksa Kedah

Bahan-bahan :
Cili kering, Bawang besar, Bawang putih, Halia, Belacan, Ikan
kembung, Ikan Sardin, Lada hitam, Asam keping, Bunga kantan, Daun
kesum (jika perlu), Daun samak, Garam, Timun, Telur dan Limau.

Cara penyediaan Laksa Kedah
1. Basuh ikan dan rebus. Asingkan isi ikan dengan tulang. Kisarkan isi
ikan dan asingkan.
2. Kisarkan tulang. Selepas itu, tapis dan asingkan.
3. Kisarkan ikan sardin dan asingkan.
4. Panaskan periuk dan letak bahan kisar. Tambah air 1 jag dan
masukkan isi ikan, air tulang ikan yang sudah ditapis dan ikan sardin.
5. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan daun samak.
Perasakan dengan garam.
6. Masukkan lada hitam ke dalam kuah dan biar hingga mendidih.
7. Hiaskan dengan timun dan telur.

Laksa Johor

Bahan-Bahan utama:
ikan parang atau sardin (direbus dan asingkan isi, simpan air rebusan),
santan, rempah kari daging, minyak masak, serai, kerisik, daun kesum,
sekuntum bunga kantan (dibelah 4), daun pudina (dihiris nipis), asam
keping, gula melaka, garam dan spaghetti.

Bahan-bahan untuk stock udang:
Udang (asingkan isi untuk bahan kisar), bawang putih (dihiris nipis),
kunyit hidup, lengkuas, halia, cili kering, bawang merah, serai (dihiris
nipis), belacan bakar dan udang kering (direndam sampai lembut)

Bahan-bahan kisar:
isi udang, isi ikan kurau masin (direndam sampai lembut) dan ikan rebus

Bahan-bahan hiasan:
Timun (dibuang kulit dan biji, dihiris nipis), taugeh (dibuang ekor), daun
kesum (dihiris nipis), kacang panjang (dihiris dadu), bawang besar
(dihiris nipis), limau kasturi, lobak, bunga kantan (dihiris nipis) dan daun
selisih (dihiris nipis)

Bahan-bahan sambal belacan:
Cili merah, cili padi, bawang putih, belacan bakar, air perahan jus limau
kasturi, garam dan gula

Cara penyediaan Laksa Johor:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Lalu, kacau di atas api
perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan pula bahan kisar bersama air stok udang dan air rebusan ikan.
Masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam
keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan
yang sesuai.
6. Sediakan spaghetti untuk dihidangkan bersama.

- Panaskan air sehingga mendidih
- Masukkan garam dan spaghetti kering untuk direbuskan
- Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
7. Sediakan sambal belacan untuk hidangan tepi
- Kisarkan cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan.
- Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Hiaskan laksa dengan timun, taugeh, daun kesum, kacang panjang, bawang
besar, limau kasturi, lobak, bunga kantan dan daun selisih.

Hasil temu duga, nota:

1.Penggunaan jenis ikan amat mempengaruhi rasa laksa Johor.

Kebiasaannya ikan parang menjadi pilihan kerana isinya yang manis

dan sedap, tetapi boleh juga dicampur bersama ikan lain seperti sardin,

kembung atau selar.

2. Kuah harus direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan supaya

kuah laksa akan pekat cantik tidak tidak terlalu pecah minyak dari

lemak santan.

Laksa Sarawak

Bahan-bahan utama:

Dada ayam atau isi ayam, udang, santan, serai, kiub ayam, garam dan

vermicelli



Bahan-bahan hiasan:

udang, telur dadar (dipotong nipis), taugeh (dicelur), daun ketumbar,

limau dan sambal belacan

Cara penyediaan Laksa Sarawak:
1. Basuh dada ayam sehingga bersih. Kemudian rebus sehingga ayam
masak dan lembut.
2. Setelah masak, keluarkan dan toskan dada ayam, carikkan isi jika
sudah sejuk.
3. Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur udang ke dalam
rebusan ayam.
4. Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskan
udang.
5. Dengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan
serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.
6. Masukkan pes rempah laksa Sarawak dan kiub ayam. Masak atas api
sederhana sehingga mendidih.
7. Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.
8. Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
9. Masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak,
matikan api.
10. Sediakan mee untuk berhidang bersama kuah dan bahan-bahan lain.

-Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.
-Selepas ia mendidih, masukkan mi vermicelli dan rebus sehingga
sedikit lembut.
-Selepas mi vermicelli dah lembut toskan supaya tidak musnah dan
hancur.
11. sediakan sambal belacan sebagai hidangan tepi
- sediakan cili padi, cili merah dan belacan dan seterusnya kisar
bersama-sama sehingga lumat
- Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa
- Tambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga
sebati.
12. Hiaskan laksa dengan ayam yang siap dicarik-carik, susun udang,
masukkan taugeh, daun ketumbar, sambal belacan dan perasan asam
limau.

Kebaikan dan Khasiat Laksa

1) Nutrisi ikan



Laksa membekalkan protein yang tinggi disebabkan
diperbuat daripada ikan laut yang segar dan dimakan
bersama dengan telur rebus yang mengandungi protein
yang tinggi. Sebagai contoh, 100g ikan tenggiri, ia akan
terdapat jumlah nutrisi yang berbeza termasuk 101kcal
untuk tenaga, 19g untuk protein, 1.9g untuk lemak, dan

1.9g untuk karbohidrat



2) Nutrisi mi laksa



1 cawan mi laksa akan membekalkan karbohidrat yang
agak banyak. Sebagai contoh 1 cawan mi laksa akan

membekalkan sebanyak 183kcal kepada kita dan juga 0.2g
protein, 0.1g lemak serta 45.2g karbohidrat


3) Serat dan mikronutrien



Satu hidangan laksa adalah sama dengan hidanagan nasi
harian kerana mengandungi pelbagai jenis sayuran yang

berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan
alkaline



4) Rawat penyakit



Daun kesum yang digunakan dipercayai mampu merawat
bengkak, jerawat, dan kembung perut dan mampu
mengurangkan nafsu seks

Kebaikan Meniaga Laksa

1) Penguasaan pasaran tanpa had



Hal ini disebabkan semua lapisan masyarakat juga memerlukan
makanan seperti laksa dan sebagainya pada bila-bila masa, tidak

kiranya pagi, malam, senja, atau larut malam. Di samping itu,
kebanyakan penduduk yang berada di Malaysia, tidak kira warna kulit,

usia tua atau usia muda juga akan berasa suka atau minat untuk
makan makanan ringan atau makanan kegemarannya seperti laksa
ketika berada di rumah menonton televisyen bersama ahli keluarga

pada hujung minggu.



2) Keuntungan yang lebih tinggi



Walaubagaimanapun, meniaga dan menjual laksa dikatakan agak
membazir wang, tenaga untuk mencari pembekal bahan mentah,
memasak dan menyediakan laksa tersebut, tetapi keuntungan yang
dapat diperolehi melalui penjualan laksa masih melebihi jumlah modal

yang dibelanjakan semasa membeli bahan mentah memasak.
Keuntungan ini juga disumbangkan oleh kuantiti besar yang dijual

disebabkan kesukaan rakyat Malaysia terhadap laksa.



3) Risiko kerugian yang agak rendah



Walaupun pada zaman ini mempunyai terlalu ramai orang dalam
masyarakat terlibat dalam perniagaan penjualan makanan seperti
berniaga laksa, tetapi peluang berniaga makanan lebih luas. Oleh itu,
persaingan berniaga dalam bidang makanan seperti berniaga laksa
masih semakin sengit. Namun begitu, hal ini sebenarnya boleh diatasi

atau diselesaikan dengan kaedah inovasi dan kreativiti peniaga
makanan untuk mencipta makanan baru atau mengubahsuaikan
makanan seperti jenis makanan laksa yang sedia ada untuk menarik

minat lebih ramai pelanggan.

4) Mempunyai masa lapang yang lebih banyak



Hal ini disebabkan apabila menjalankan perniagaan menjual laksa
melalui kaedah memulakan sendiri, masa berniaga laksa tersebut boleh

ditentukan oleh peniaga sendiri, tidak perlu mengikut masa bekerja
yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan seperti pejabat atau
syarikat awam dan swasta. Oleh itu, peniaga tersebut boleh mempunyai
masa yang lebih fleksibel dan masa lapang yang lebih untuk menemani
keluarganya. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan ahli
keluarga, tetapi peniaga tersebut juga boleh menggunakan masa lapang

tersebut melakukan aktiviti-aktiviti berkenaan hobinya.



5) Mencabar kemampuan pada peniaga



Hal ini kerana menjalankan perniagaan seperti perniagaan penjualan
laksa merupakan satu cara yang boleh melatihkan peniaga diri sendiri
dalam menyelesaikan sesuatu masalah sewaktu berniaga laksa, berfikir
dengan lebih mendalam untuk mencari peluang atau ruang kejayaan

dan ia juga mampu mencabar peniaga itu sendiri untuk melakukan
sesuatu perkara atau benda yang tidak dapat peniaga terfikir untuk

melakukannya.



6) Menggalakkan penyebaran makanan tradisional



Perniagaan penjualan makanan laksa juga merupakan salah satu
usaha menggalakkan atau mempopularkan makanan tradisional dalam

bidang makanan. Laksa sebagai salah satu makanan tradisional di
Malaysia harus dikekal atau diwariskan supaya makanan tradisional
ini tidak dihapuskan pada masa hadapan. Hal ini kerana makanan
tradisional seperti laksa melambangkan suatu identiti yang tertentu
terhadap kaum, bangsa atau agama terutamanya negara Malaysia yang

terkenal dengan berbilang kaum serta jenis makanan yang terlalu
banyak.

KESIMPULAN

ECARA KESELURUHANNYA, LAKSA OLEH HAL DEMIKIAN, KAMI TELAH
MERUPAKAN ANTARA MAKANAN YANG MENERANGKAN SEDIKIT SEBANYAK
OPULAR KERANA MEMPUNYAI KIRA- SECARA TERPERINCI BERHUBUNG
KIRA 9 JENIS LAKSA YANG BERBEZA DAN DENGAN ASAL USUL LAKSA, KEBAIKAN
ETIAP NEGERI MEMILIKI JENIS LAKSA DAN KEISTIMEWAAN LAKSA TERSEBUT,
ANG TERSENDIRI WALAUPUN KEBAIKAN MENIAGA LAKSA SERTA
ESETENGAH DARINYA MEMPUNYAI LEBIH MENARIK LAGI KAMI TURUT
ASA YANG HAMPIR SAMA. NAMUN MENERANGKAN TENTANG LANGKAH
EGITU, DENGAN KEPELBAGAIAN
ARIASI LAKSA DAN ASAL-USULNYA MUDAH BAGI PENYEDIAAN
ANG KAYA DENGAN SEJARAH LAKSAAKHIR SEKALI, MALAYSIA
MENJADIKANNYA KISAH MENARIK SEMEMANGNYA KAYA DENGAN
ENTANG BAGAIMANA MAKANAN INI PELBAGAI MAKANAN ISTIMEWA
APAT MENYATUKAN PELBAGAI TERUTAMA HIDANGAN TRADISIONAL
UDAYA. YANG TERDAPAT DI SETIAP NEGERI.

RUJUKAN

Cik lawa (2021, Mei 19)Laksa Johor Ini Memang Hidangan
Yang Aneh, Ketahui 10 Fakta Menarik Mengenai Laksa
Johor Ini! Diperoleh daripada https://dailymakan.com/10-
fakta-mengenai-laksa-johor/41973/

Razhi,N.(2021). 4 Resepi Laksa Kedah Asli (Simple, Sedap dan
Mudah Dibuat). Diperoleh daripada
https://myresepi.com/resepi-laksa-kedah/

Nom,C.(2021). Laksa Johor Sedap.Diperoleh daripada
https://resepichenom.com/resepi/laksa-johor-sedap/show/

Nasiha.(2021). Ini Rahsia Buat Laksa Sarawak Yang Sedap,
Semerbak Bau Satu Rumah! Diperoleh daripada
https://myresipi.com/ini-rahsia-buat-laksa-sarawak-yang-
sedap/

Zulaikha Yusof (2021, Jun 6) #FoodiesLife: Pasal Laksa Pun
Nak 'Perang'...Ini 10 Jenis Laksa Yang Popular Di Malaysia
Diperoleh daripada https://gempak.com/berita-
terkini/foodieslife-pasal-laksa-pun-nak-perang-ini-10-jenis-
laksa-yang-popular-di-malaysia-50766

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version