The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MALAYSIA DI PERSADA SUKAN
KEHARMONIAN MELALUI SUKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salmiahselamat78, 2021-09-08 23:44:42

KAJIAN KES SEJARAH THAQIF

MALAYSIA DI PERSADA SUKAN
KEHARMONIAN MELALUI SUKAN

Keywords: kajian kes tahun 6,sejarah tahun 6

SEJARAH
TAHUN 6

UNIT 7
MALAYSIA DI PERSADA SUKAN

TAJUK : SUKAN BERPERANAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN
DAN KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA.
BUKTIKAN PERNYATAAN TERSEBUT.

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD THAQIF ALIF BIN MUSTAFA

KELAS : 6 IKHLAS

NAMA GURU : PUAN ZALILA BINTI HUJAN

TEMPOH KAJIAN : 24 JULAI 2021 – 24 OGOS 2021

KEHARMONIAN
MELALUI SUKAN

(Sukan Kebanggaan Negara)

1.0 PENGHARGAAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 PENDAHULUAN
4.0 SUKAN DAN PERPADUAN

4.1 Sukan Menyatukan Kita
4.2 Sukan Kebanggaan Negara

4.2.1 Sukan Bola Sepak Ejen Perpaduan
4.2.2 Sukan Badminton Dan Perpaduan
4.2.3 Sukan-Sukan Lain
4.3 Peranan Sukan Dalam Perpaduan
4.3.1 Perpaduan Dikalangan Atlet Dan

Pengurusan
4.3.2 Perpaduan Dikalangan Peminat

Sukan
4.3.3 Rajah Peranan Sukan Dalam

Perpaduan

4.3.4 Rajah Kepentingan Sukan
Dalam Perpaduan

4.3.5 Rajah Kepentingan Penglibatan
Pelbagai Kaum Dalam Memupuk
Perpaduan

4.4 Usaha-Usaha Kerajaan Dalam Memupuk
Semangat Perpaduan Melalui Sukan
4.4.1 Usaha Di Peringkat Sekolah
4.4.2 Penganjuran Temasya Sukan
4.4.3 Melancarkan Hari Sukan Negara

5.0 KESIMPULAN

1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izinNYA memberikan saya kesihatan yang baik
sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada guru Sejarah saya iaitu Puan Zalila Binti Hujan
atas segala bimbingan terutama dalam menyiapkan
tugasan ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga saya
terutama ibu saya iaitu Puan Salmiah Binti Selamat
yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada
saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Semoga penhasilan buku skrap ini memberi manfaat
kepada banyak pihak.

2.0 OBJEKTIF
KAJIAN

Objektif kajian kes ini ialah :
• Mengkaji hubungan antara kaum melalui

sukan kebanggaan negara.
• Menyatakan peranan sukan di Malaysia yang

membawa perpaduan.
• Mencontohi semangat atlet sukan.

3.0 PENDAHULUAN

Mengikut Kamus Komprehensif Bahasa
Melayu, perpaduan bermaksud keadaan
berpadu atau bersatu.
Perpaduan merupakan penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun
kumpulan. Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat
adalah berbeza. Dalam masyarakat biasa, ia
lebih kepada hubungan kekeluargaan dan nilai
saling menghormati dan menyayangi.

4.0 SUKAN DAN
PERPADUAN

 Sukan berperanan penting dalam membentuk
perpaduan masyarakat. Sukan dilaksanakan
tanpa menghadkan penyertaan sesuatu kaum
dan tanpa mengira ideologi seseorang.

 Pencapaian gemilang negara dalam bidang sukan
pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
telah terukir sejak era sebelum merdeka lagi.

 Kegemilangan yang dicapai ini bukan sahaja
dapat mengharumkan nama negara, malah
semangat ‘Malaysia Boleh’ yang dibawa secara
tidak langsung dapat memupuk perpaduan dan
membentuk keharmonian masyarakat.

 Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis
sukan dan terdapat beberapa jenis sukan yang
dijadikan sukan utama.

 Di negara kita, antara sukan yang begitu
sinonim dengan rakyat negara ini dan menjadi
kebangaan negara ialah:
1. Bola sepak.
2. Badminton.
3. Sepak takraw.
4. Hoki.

4.2.1 SUKAN BOLA SEPAK EJEN PERPADUAN

 Bola sepak merupakan ‘raja sukan’ dan
dijadikan sukan utama dikebanyakkan negara,
begitu juga dengan negara kita Malaysia.

 Pencapaian sukan ini begitu membanggakan,
malah pada edisi sukan SEA 2017 di mana
Malaysia yang menjadi tuan rumah telah
menjadi juara keseluruhan.

 Apa yang lebih membanggakan kita ialah
penyertaan pelbagai kaum sebagai pemain
utama negara ,bersama-sama berganding bahu
dan bekerja keras untuk memastikan
kemenangan untuk negara.

 Era kegemilangan bola sepak negara sekitar tahun
1980-an memperlihatkan penyertaan pelbagai
kaum. Kita pasti tidak lupa kepada lagenda bola
sepak negara seperti Allahyarham Mokhtar Dahari,
Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James
Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal
Abidin dan Khalid Ali.

 Para penyokong Malaysia juga terdiri
daripada pelbagai kaum, bersama bersorak
memberi sokongan penuh semangat kepada
pasukan negara.

 Hal ini membuktikan bahawa sukan bola
sepak mampu menjadi agen yang
menyatupadukan masyarakat negara ini.

 Justeru, Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) serius untuk kembali memperluaskan
sukan ini yang terbukti sebagai egen paling
ampuh dalam penyatuan dan perpaduan
semua lapisan masyarakat.

4.2.2 SUKAN BADMINTON DAN PERPADUAN
(Sokongan Senjata Keramat)

 Dalam sukan badminton, sukan ini telah lama
memainkan peranan penting dalam memupuk
semangat perpaduan di negara kita.

 Bagi generasi terdahulu, sudah pasti
mengimbau sejarah kegemilangan badminton
negara ketika memenangi Piala Thomas pada
tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992. Pasti
ramai yang masih ingat wira-wira badminton
negara seperti Rashid Sidek, Foo Kok Keong,
Razif Sidek, Jailani Sidek, Chea Soon Kit dan
Soo Beng Kiang.

 Ketika itu dapat dilihat bagaimana sukan
badminton menyatu dan mengukuhkan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia
yang begitu berbangga dengan pencapaian
negara memenangi piala berprestij itu.

 Malah sukan ini juga mula melakar kejayaan di
arena sukan Olimpik. Datuk Lee Chong Wei
adalah antara peserta yang membawa cabaran
negara dan bertungkus lumus untuk
mengharumkan nama negara dipersada
antarabangsa.

 Namun, apa yang lebih penting disebalik
kejayaan ini ialah sokongan tidak berbelah
bahagi semua pihak. Harapan dan sokongan
padu rakyat Malaysia yang mempunyai
matlamat dan impian sama iaitu mahu
melihat Jalur Gemilang dikibarkan dan lagu
Negaraku dimainkan.

 Sokongan padu inilah yang menjadi senjata
keramat yang memberi kekuatan dan
semangat kepada ahli sukan negara.
Semangat perpaduan inilah yang perlu
sentiasa disemai dan disemarakkan lagi.

4.2.3 SUKAN-SUKAN LAIN

 Sukan dapat menyatukan masyarakat yang berbilang
kaum kerana sukan adalah egen atau alat kepada
perpaduan.

 Perpaduan dan keharmonian yang terbentuk
menerusi sukan dapat dilihat bukan sahaja
dikalangan atlet dan barisan pengurusan yang
terlibat, malah dikalangan para peminat sukan itu
sendiri.

4.3.1 PERPADUAN DIKALANGAN ATLET DAN
PENGURUSAN
 Bidang sukan merupakan kerjaya yang memerlukan

semangat juang yang tinggi, disiplin diri dan usaha
gigih bagi mencipta kejayaan.
 Di Malaysia, sukan disertai oleh para atlet yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Kesemua mereka
berusaha bersama-sama dan saling mendukung
untuk mencipta kejayaan. Penglibatan dan sokongan
pemimpin juga sangat penting.

4.3.2 PERPADUAN DIKALANGAN PEMINAT SUKAN

 Sukan diminati oleh semua kaum tanpa batasan latar
belakang agama, kepercayaan mahupun keturunan.
Menerusi sukan, keharmonin dan perpaduan antara
kaum terutama dikalangan peminat sukan dapat
dicapai.

 Kejayaan penganjuran sukan turut menyemarakkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Walaupun
berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa,
namun ketika menyokong pasukan negara yang sedang
bertanding, perbezaan itu semua dapat dihapuskan.
Contohnya, ketika pasukan Harimau Malaya sedang
beraksi, masing-masing bersorak memberi sokongan
dan fokus agar kemenangan berpihak kepada pasukan
negara. Apabila menang sama-sama bersorak gembira
sebaliknya apabila kalah sama-sama kecewa. Namun
sokongan tetap diberikan sebagai bukti semangat
kesukanan. Inilah yang dikatakan semangat perpaduan
dalam sukan.

4.3.3 Rajah Peranan Sukan Dalam Perpaduan

SUKAN

4.3.4 Rajah Kepentingan Sukan Dalam Perpaduan

4.3.5 Rajah Kepentingan Penglibatan Pelbagai Kaum
Dalam Memupuk Perpaduan

4.4.1 Usaha Di Peringkat Sekolah

 Generasi muda perlu menghayati konsep perpaduan di
mana setiap dari kita perlu menerima keunikan orang lain
supaya dapat hidup saling menghormati.

 Malah, mereka juga perlu tahu kepentingan perpaduan,
perpaduan sosial dan perdamaian dalam masyarakat
majmuk untuk kejayaan dan kemakmuran negara di masa
hadapan.

 Berikut adalah beberap langkah yang diambil oleh
kerajaan dalam memupuk semagat perpaduan dikalangan
murid melalui bidang sukan:

4.4.2 Penganjuran Temasya Sukan

 Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan
agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya
dari penganjuran sukan. Ini termasuklah Sukan
Malaysia (SUKMA) yang diadakan setiap dua tahun
sekali pada peringkat awal, kemudian diadakan
setiap tahun. Ini bertujuan untuk merapatkan
hubungan antara negeri seterusnya dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan pemain dan penonton.

 Malaysia juga dilihat berjaya dalam penganjuran
sukan antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan
Komanwel.

4.4.3 Melancarkan Hari Sukan Negara

 Selain penganjuran temasya sukan, kerajaan
juga turut melancarkan Hari Sukan Negara pada
bulan Oktober setiap tahun.

 Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan
inisiatif kerajaan untuk mewujudkan negara
bersukan dan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan
aktif.

Mengikuti
Setiap

Perlawanan

Memakai Cara Saya Memberi
Baju Sukan Menunjukkan Sokongan

Negara Sokongan Ketika
(Harimau Kepada Pasukan Perlawanan
Malaya)
Negara

Mengibarkan
Jalur

Gemilang

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian dan contoh yang dipaparkan tadi,
jelas dibuktikan bahawa sukan berperanan dalam
memupuk serta mengukuhkan lagi semangat
perpaduan di negara kita. Sukan tidak pernah mengira
latar agama, keturunan atau kepercayaan. Oleh itu,
sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat,
sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman
dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang
berterusan. Bidang sukan dapat mendidik masyarakat
majmuk negara ini untuk saling menghargai dan
membawa semangat satu negara, satu matlamat.
Kesimpulannya, sukan mempunyai nilai murni yang
boleh melahirkan generasi cergas dan sihat, bukan
sahaja dari segi fizikal dan rohani, tetapi berupaya
mengukuhkan kesejahteraan masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus terpelihara.i

LAMPIRAN

Rajah : Keratan akhbar Berita Harian tahun 2014

Lensa di Olimpik



RUJUKAN

Sivarajan a/l Poniah, Sharifah Afidah binti Syed Hamid,
Ahmad Salehee bin Abdul, 2015, SEJARAH TAHUN 6
Sekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan
Malaysia, DBP, Kuala Lumpur.

BH Online, Surat Pembaca, 4 September 2018,
Memupuk Semangat Perpaduan Dan Patriotisme.

Shahbudin Embun, BH Online, Kolumnis, 24 Ogos
2016, Sukan Kukuh Perpadoan Rakyat Majmuk.

SEJARAH TAHUN 6 : MALAYSIA DI PERSADA
SUKAN
https://sejkssrt6t3u7.wordpress.com/
https://images.app.goo.gl/vBsQmsL4W35J1ZNq5

Blogspot, Sukan Dan Perpaduan,
https://shellyfenx.blogspot.com/2020/10/e-folio-
penghayatan-etika-dan-peradaban.html.


Click to View FlipBook Version