FOLIO SUKAN PING PONG
TAHUN 2021
NAMA : ZETTIE NORAZRA BINTI AZIZ
NO MAKTAB : MJ204360
KELAS : 513
CARTA ORGANISASI KELAB PINGPONG TAHUN 2021
(LELAKI)
PRESIDEN
(JULIAN)
SETIAUSAHA NAIB PRESIDEN BENDAHARI AJLI
(BAQYR) (QAYYUM) (ADAM) JAWATANKUASA
PEN. PEN. 1.SUHAIB
SETIAUSAHA BENDAHARI 2. ARIF
(AIMAN) (ADIB) 3. HAFIZHAT
4. FARIS
5. RIDZUAN
CARTA ORGANISASI KELAB PINGPONG TAHUN 2021
(PEREMPUAN)
PRESIDEN
(ADMILIA)
SETIAUSAHA NAIB PRESIDEN BENDAHARI AHLI
(HUSNA) (NURIN) (SERENA) JAWATANKUASA
PEN. PEN. 1. AINA
SETIAUSAHA BENDAHARI 2. MAISARAH
(FARHANA) 3. ZETTIE
(HELWA) 4. ELDYNA
5. ANISAH
SEJARAH
Asal usul ping pong bermula di sekitar tahun 1890-an sebagai satu permainan dalam rumah
dan menjadi popular di seluruh negara. Sambutan hangat terhadap ping pong
bagaimanapun tidak bertahan lama. Sukan ping pong menjadi popular dalam tahun 1920-
an, dan kelab-kelab ditubuhkan di seluruh dunia. Nama ‘Ping Pong’ kemudiannya menjadi
tanda niaga yang didaftarkan sebagai hak cipta Parker Brothers. Oleh sebab itu, nama
permainan ini ditukar kepada tenis meja. Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa
(International Table Tennis Federation - ITTF) ditubuhkan pada tahun 1926. Persatuan Tenis
Meja Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1933. Pada penghujung abad ke-19, sukan
tenis merupakan sukan yang popular dalam kalangan kelas elit. Pada masa itu, mahasiswa-
mahasiswa Britain mendapat ilham daripada sukan tenis. Mereka meletakkan buku-buku di
tengah meja sebagai jarring dan menggunakan raket kosong yang disaluti velum dan bola
yang diperbuat daripada getah dan kayu lembut sebagai peralatan. Pemain ping pong
bermain dengan cara berdiri pada kedua-dua hujung meja yang bertentangan. Sukan ini
mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai dan mula menjadi popular dalam
kalangan masyarakat Eropah. Istilah ‘ping pong’ diambil bersempena dengan bunyi ‘ping’
yang dihasilkan apabila bertembung dengan raket, dan ‘pong’ apabila bola melantun di atas
meja. Pada tahun 1902 seorang profesor pelawat dari Jepun telah membawa balik sukan ini
ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti Jepun. Tidak lama
kemudian, sukan ini juga diperkenalkan kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan
cara itu, sukan ping pong mula berkembang ke seluruh dunia dan mendapat sambutan
hangat hampir di seluruh pelusuk dunia. Peralatan ping pong telah mengalami banyak
perubahan pada tahun 1940-an. Pada mulanya, permukaan raket dilapik getah berbintik
nipis (pimpled rubber). Kemudian negara Jepun telah memperkenalkan ‘sandwich rubber’
yang mempunyai lapisan span di bawah lapisan getah bintik yang bintiknya menghadap
lapisan span (inverted sponged). Ciptaan ini menghasilkan putaran bola yang jauh lebih kuat
berbanding dengan getah berbintik. Ciptaan ini juga membenarkan pemain-pemain Jepun
yang menggunakan gaya pegang cekak pen (pen holder) menguasai dunia ping pong pada
tahun 1950-an dengan corak permainan yang mementingkan corak menyerang dan
pergerakan kaki yang pantas. Di negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun
1952 dan persatuan ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai Persatuan
Ping Pong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan.
Perkembangan ping pong di negara kita bertambah pesat. Persatuan ini telah melaksanakan
banyak kegiatan di dalam negara malah pada peringkat antarabangsa. Pada masa sekarang,
ping pong merupakan sukan kegemaran pelbagai kaum di negara kita. Kini, ramai rakyat
Malaysia telah menjadikan ping pong sebagai sukan rekreasi kegemaran mereka. Sejarah
perkembangan ping pong mengalami banyak perubahan dari segi corak permainan sehingga
kepada kegunaan peralatan. Pada tahun 1960-an, corak permainan ping pong berbentuk
defensif. Pada zaman itu, pemain-pemain menggunakan corak loop drive. Dari segi
peralatan, pada tahun 1960an, pemain China Xhang Xi Lin menggunakan raket ‘yin-yan’,
iaitu sebelah raket menggunakan getah yang biasa manakala yang sebelah lagi
menggunakan jenis getah long-pimple. Pada tahun 1971, pemain dari Perancis Jean Paul
Weber telah menggunakan getah jenis antispin semasa beliau menyertai kejohanan ping
pong dunia yang berlangsung di Nagoya, Jepun. Peraturan permainan ping pong juga sering
dikaji dari semasa ke semasa demi kebaikan sukan tersebut. Pada tahun 1985, suatu
peraturan baru mengenai penggunaan getah raket telah diperkenalkan. Getah raket di
kedua-dua belah perlu menggunakan warna yang berbeza, iaitu jika sebelah raket berwarna
hitam, permukaan sebelah yang lain wajib berwarna merah. Pengenalan penggunaan dua
warna yang berlainan pada raket getah bertujuan untuk mengurangkan kekeliruan apabila
pemain menggunakan ‘yin-yan’. Untuk menjadikan sukan ping pong lebih menarik, pada
tahun 2000, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) telah menambah diameter bola
ping pong daripada 38 mm kepada 40 mm. Suatu perubahan pada sistem mata setiap
permainan dari 21 mata kepada 11 mata, dan setiap pertandingan ditentukan dalam ‘Best of
5 Games’ atau ‘Best of 7 Games’ pada tahun 2001. Kini, di peringkat Malaysia mahupun di
peringkat antarabangsa, kedudukan sukan ini semakin kukuh dan terus berkembang dari
setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang
diberikan kepada sukan ini sebagai salah satu acara Sukan Olimpik, iaitu acara perseorangan
dan beregu mula dipertandingkan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik di Seoul,
Korea pada tahun 1988.
PERKEMBANGAN PINGPONG DI MALAYSIA
* Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan dirasmikan pada tahun
1958 yang dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya.
* Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) ditubuhkan dan perkembanga
pingpong di negara kita berkembang pesat.
* Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan di
Malaysia adalah daripada keturunan Cina.
* Pada tahun 1982, pertandingan untuk kaum lain dimulakan dan mengelakkan perasaan
perkauman wujud dalam permainan ini.
* Persatuan Pingpong Malaysia telah menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada
tahun 1872 dan memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di benua Asia
dan berperanan aktif dalam sukan pingpong dunia.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN PING PONG
1. Bola yang hendak dipukul semasa servis mesti berehat atas tapak tangan bebas dan jelas
kelihatannya.
2. Bola servis hendaklah dilambung tegak ke atas (vertically) dan hanya dipukul semasa ia
menurun.
3. Bola dari servis yang menyentuh bahagian atas jaring dan lepas ke sebelah pihak lawan
disebut 'let' dan servis itu dibuat semula.
4. Bola mesti melantun sekali sebelum dipukul oleh pemain semasa permainan. Jika bola
melantun dua kali berturutan sebelum dipukul ini disebut 'double'.
5. Adalah salah jika seorang pemain itu menyentuh permukaan meja dengan tangan
bebasnya.
6. Bola yang dipukul ke sebelah pihak lawan masuk melalui sisi tiang jaring dan juga bawah
aras jaring adalah pukulan yang sah.
7. Bola yang menyentuh bahagian atau permukaan tepi meja adalah dikira bola keluar.
8. Tiada menjadi satu kesalahan jika bola menyentuh jari - jari tangan yang memegang raket
semasa pukulan dibuat
9. Sesuatu set permainan itu tamat apabila satu pihak itu memperoleh 21 mata atau selepas
kedudukan 20 - 20 memperoleh kelebihan 2 mata.
10. Dalam permainan bergu turutan membuat pukulan hendaklah mengikut giliran yang
tertentu di mana seorang pukul bola sekali secara berganti - ganti.
PERALATAN DAN PAKAIAN SUKAN PINGPONG
MEJA
1. Permukaan meja hendaklah berbentuk segiempat tepat dengan ukuran 2.74m panjang
dan 1.525m lebar serta berada pada kedudukan 76cm daripada lantai yang mendatar.
2. Permukaan permainan termasuk semua sempadan pada permukaan atas tetapi tidak
termasuk bahagian tepi meja di bawah aras permukaan permainan.
3. Permukaan permainan boleh diperbuat daipada sebarang bahan yang dapat
menghasilkan lantunan purata setinggi 23cm apabila bola ping pong dijatuhkan daripada
setinggi 30cm di atasnya.
4. Permukaan permainan hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian yang sama saiznya
oleh sebuah jaring.
5. Untuk permainan beregu, setiap gelanggang hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian
yang sama saiz antara tepid an kanan oleh garis tengah setebal 3cm. Ia juga hendaklah selari
dengan garis tepi. Garis tengah ini termasuk sebagai sebahagian daripada kanan gelanggang.
JARING
1. Jaring diletakkan pada pembahagi tengah meja memisahkan permukaan permainan
kepada dua bahagian sama selari dengan garis belakang.
2. Permukaan permainan hendaklah dibahagikan menjadi dua gelanggang yang sama
saiznya oleh yang dipasang selari dengan garis belakang.
3. Jaring disokong oleh penyokong pada kedua-dua hujungnya pada ketinggian 15.25cm.
BOLA PING PONG
1. Bola ping pong hendaklah berdiameter 38mm dan beratny 2.5g.
2. Hendaklah diperbuat daripada bahan seluloid atau bahan plastic yang sama serta
berwarna putih, kuning atau oren.
BET
1. Penggunaannya adalah mengikut kesesuaian saiz, berat dan bentuk.
2. Bahagian pemukul hendaklah keras dan leper.
3. Bahagian yang berdekatan dengan pemegang dibiarkan kosong tanpa pelalpik.
4. Pada bahagian pemukul bet, sekurang-kurangnya 85% hendaklah diperbuat daripada
kayu asli. Terdapat lapisan yang dilekatkan pada bahagian ini yang diperbuat daripada
bahan-bahan fiber seperti karbon atau gelas fiber.
ETIKA PEMAKAIAN
Seorang pemain mesti memakai pakaian yang bersesuaian dengan bidang sukan yang
diceburi berdasarkan otot dan fizikal yang berlaku semasa permainan serta gerakan pantas.
Ia meliputi kasut yang dipakai atau cuma berkaki ayam.
Penggunaan kasut bertapak nipis dan ringan amat sesuai dalam permainan ping-pong.
Pakai baju T yang sesuai dari gaya permainan ini.
Baju yang terlalu besar tidak sesuai untuk bergerak pantas dari kesan rintangan angin.
Baju yang terlalu sempit mengurangkan kebebasan otot-otot bergerak serta terlalu
mencengkam.
Pilihlah baju yang jika ia sempit tetapi disulami dengan jalur getah.
Baju yang menyerap peluh akan menjadi pilihan dan amat selesa.
Pemain tidak boleh berpakaian yang sama warnanya dengan warna bola.
Baju pemain digalakkan dimasukkan ke dalam seluar.
Pemain beregu mesti berpakaian seragam.
SISTEM PERTANDINGAN
· Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti
berikut :-
Menang - 2
Kalah - 0
· Tiap-tiap perlawanan akan ditentukan mengikut keputusan 5 set yang mengandungi 11
mata setiap satu set.
· Kesemua 7 perlawanan hendaklah ditandingi walaupun sesuatu pasukan telah mendahului
dengan keputusan memenangi 4 perlawanan.
· Sekiranya berlaku persamaan mata dalam kumpulan, pemenang kumpulan akan
ditentukan seperti berikut :-
i. Jika 2 pasukan memperolehi mata yang sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya
dikira menang.
ii. Jika 3 atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut :-
a) Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang banyak dikira menang (Games
Difference)
b) Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set terbanyak dikira menang. (Sets
Difference)
c) Jika masih seri pasukan yang mendapat perbezaan mata terbanyak dikira menang. (Points
Difference)
d) Jika 3 atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat jumlah mata permainan
terbanyak dikira menang.
e) Jika 2 pasukan masih seri lagi, pasukan yang mengalahkan lawannya dikira menang.
· Diperingkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, perlawanan akan dihentikan sekiranya
mana-mana pasukan telah mendahului dengan kemenangan empat (4) perlawanan.
SISTEM EKSPEDIT
· Sistem ini akan dikuatkuasakan sekiranya satu-satu permainan tidak dapat diselesaikan selepas 15
minit, atau pada masa yang lebih singkat atas permintaan kedua-dua pemain atau pasangan.
i. Jika boleh masih dimainkan jika masa telah tamat, permainan hendaklah dihentikan dan
dimainkan semula dengan servis yang dibuat oleh pemain yang membuat servis dalam rali
ketika servis dihentikan.
ii. Jika bola tidak dimainkan ketika masa sudah tamat, permainan akan disambung semula
sekali lagi dengan servis yang dibuat oleh pemain yang menerima dalam rali sebelum
permainan itu dihentikan.
· Selepas itu, pemain akan membuat servis bagi satu mata mengikut aturan hingga akhir
permainan. Jika pemain atau pasangan penerima membuat 13 hantaranyang baik, pembuat
servis akan kehilangan satu mata.
· Apabila dikuatkuasakan, sistem ini akan kekal bagi sepanjang baki perlawanan dalam
perlawanan tersebut.
MATA
Melainkan satu rali itu adalah rali let, seseorang pemain akan kehilangan satu mata jika
· Pemain gagal membuat satu servis yang baik dan sempurna.
· Pemain gagal membuat satu pukulan kembali yang baik dan sempurna.
· Pemain melakukan voli atau menghalang bola, melainkan telah dibenarkan seperti dalam
peruntukan.
· Pemain memukul bola dua kali berturut-turut.
· Bola menyentuh gelanggang dua kali berturut.
· Pemain memukul bola dengan sebelah bet yang tidak mengikut peraturannya.
· Pemain atau sebarang benda yang dipakainya menyebabkan permukaan permainan
berubah atau bergerak.
· Tangan bebas telah menyentuh permukaan permainan.
· Pemain atau sebarang benda yang dipakainya telah menyentuh jaring.
· Di bawah sistem ekspedit, pemain telah melakukan dan menerima servis atau pasangan
penerima servis telah melakukan 13 balasan berturut-turut.
· Pemain dikira memukul bola apabila pemain itu menyentuh bola dengan bet yang
dipegangnya, atau terkena bahagian bawah pergelangan tangan yang memegang bet.
· Seseorang pemain dikira membuat voli bola jika ia memukulnya sebelum bola itu
menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
· Pemain dikira menghalang bola jika dia sendiri atau sebarang bola yang dipakainya terkena
semasa dalam permainan dan sebelum bola itu melintasi permukaan permainan atau garis
belakang, dan sebelum bola menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
Kemahiran dalam Permainan Pingpong
Kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan pingpong ialah grip atau cara
memegang bet, melakukan servis, pukulan dan smesy.
A) Grip (Memegang Bet)
Terdapat 2 jenis grip yang selalu digunakan, iaitu: grip jabat tangan dan grip pegang pen.
Setiap jenis grip mempunyai kelebihan yang tersendiri dan terpulang kepada keselesaan
pemain untuk menggunakannya.
I. Teknik Grip Jabat Tangan
Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan
Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan
Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya pemegang bet
Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit
Pegang bet dalam keadaan yang selesa.
Gambar: Teknik Grip Jabat Tangan
II. Teknik Grip Pegang Pen
Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen
Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet
Pegang bet dalam keadaan selesa.
Gambar: Teknik Grip Pegang Pen
B) Servis
Permainan pingpong dimulakan dengan melakukan servis. Servis boleh dilakukan dengan
pukulan hadapan atau pukulan kilas.
I. Teknik melakukan servis pukulan hadapan
Kedudukan bersedia.
Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.
Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.
Pindahkan berat badan ke kaki kanan (jika bola di tangan kiri)
Lambung bola.
Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan.
Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.
Pindahkan berat badan ke kaki kiri.
II. Teknik melakukan servis pukulan kilas
Kedudukan bersedia.
Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.
Bawa bet menyilang badan.
Kilaskan badan.
Pindahkan berat badan ke kaki kiri.
Lambung bola.
Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.
Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
C) Pukulan
Terdapat dua jenis pukulan asas dalam permainan pingpong, iaitu pukulan
hadapan dan pukulan kilas. Kekuatan pukulan bergantung pada kilasan badan,
ayunan lengan dan pergerakan pergelangan tangan.
I. Teknik melakukan pukulan hadapan
Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.
Pindahkan berat badan ke kaki belakang.
Pandang bola dan bawa bet rapat ke badan.
Kilaskan badan bersama ayunan tangan ke hadapan.
Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang melantun dari meja.
Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan.
II. Teknik melakukan pukulan kilas
Bawa bet menyilang ke sisi badan
Kilaskan badan dan pindahkan berat ke kaki belakang.
Mata memandang bola.
Balas kilas badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.
Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang telah melantun dari meja.
Pindahkan semula berat badan ke kaki hadapan.
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/izhamaqil/kemahiran-asas-ping-pong
http://pjkkumpulan5pingpong.blogspot.com/2012/10/kemahiran-dalam-permainan-ping-
pong_19.html
https://academyninjapingpong.com/sejarah-ping-pong-sejarah-dan-perkembangan-sukan-
ping-pong-di-malaysia/
http://usnadzrul96.blogspot.com/2015/03/etika-dan-pemakaian-ping-pong.html
http://pjkkumpulan5pingpong.blogspot.com/2012/10/peralatan-permainan-ping-pong.html