INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 3 TAHUN 2
BUKU LOG
UNIT BERUNIFORM
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)
NAMA PELAJAR : MANAL AMANI BINTI MOHAMAD FOUZI
NO. KAD PENGENALAN : 010517-02-1058
KURSUS : PISMP PENDIDIKAN ISLAM 5 AMBILAN JUN 2020
SEMESTER : SEMESTER 3
JABATAN / UNIT : UNIT KOKURIKULUM
NAMA PENSYARAH : DR. HAJIAH ROHANI BINTI SEMAN
TARIKH HANTAR : 14 JULAI 2021
ISI KANDUNGAN Muka surat
1
Bil Kandungan 2
6
1. Biodata Guru Pelatih 7
8
2. Perlembagaan Badan Beruniform (PPIM) 9
10
3. Falsafah PPIM 10
11
4. Matlamat PPIM 12
12
5. Objektif PPIM 13
15
6. Logo PPIM
21
7. Bendera PPIM
29
8. Cogan Kata
9. Lagu PPIM
10. Ikrar PPIM
11. Suluh Kata
12. Sejarah PPIM
13. Struktur Organisasi
1.0 Peringkat Sekolah
1.1 Sekolah Rendah
1.2 Sekolah Menengah
2.0 Peringkat Daerah/ Bahagian
3.0 Peringkat Negeri
4.0 Peringkat Kebangsaan
5.0 Peringkat IPT/ IPGK (IPGKDA)
14. Persediaan Tatacara Perjumpaan dan Penutupan
1) Tatacara Perjumpaan
2) Tatacara Penutupan
15. Asas Kawad Kaki
1) Arahan Kawad
2) Arahan Kawad Asas
3) Arahan Kawad Statik
16. Asmaul Husna 31
32
17. Tasbih Kifarah 32
33
18. Doa Perjumpaan atau Penutupan 34
35
19 Doa-doa Harian 36
20. Rukun Islam dan Rukun Iman 41
42
21. Zikir Munajat
22. Laporan Mingguan PPIM
1) Laporan Mingguan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 1
2) Laporan Mingguan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 2
3) Laporan Mingguan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 3
4) Laporan Mingguan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 4
23. Rujukan
24. Lampiran
BIODATA DIRI
NAMA : MANAL AMANI BINTI MOHAMAD FOUZI
TARIKH LAHIR : 17 MEI 2021
NO KAD : 010517-02-1058
PENGENALAN
NO SURAT : AV 66486
BERANAK
NO TELEFON : 013-2055647
ALAMAT : NO 18 TAMAN SRI MEWAH, JALAN LENCONG
PROGRAM BARAT 05400 ALOR SETAR, KEDAH
UNIT : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
ANGKA GILIRAN : PENDIDIKAN ISLAM JUN 2020
MENTOR : 2020182340267
PENSYARAH : USTAZ MOHD FIKRI BIN ISMAIL
JAWATAN : DR. HAJIAH ROHANI BINTI SEMAN
: AHLI AKTIF
1
PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM (PPIM)
2
3
4
5
FALSAFAH PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam
yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institut
Pengajian Tinggi, Maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah
dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal
dan tidak formal adalah bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke
dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai
kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras dengan
ajaran Islam.
6
MATLAMAT PPIM
Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara
gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti
berikut:
➢ Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan
spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan
nilai-nilai pendidikan.
➢ Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-
puteri.
➢ Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang
gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
➢ Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
➢ Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
➢ Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan
ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
7
OBJEKTIF PPIM
1. Melahirkan satu masyarakat muda yang,
▪ Taat kepada Allah, Raja dan Negara
▪ Berilmu
▪ Berakhlak mulia
▪ Berbakti kepada masyarakat
2. Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya
menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam
supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T.
dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan
diterima masyarakat.
4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati
generasi tua.
8
LOGO PPIM
Dibentuk dengan suatu lingkungan
bulat berwarna hijau diapit dengan
lingkungan berwarna kuning
Di dalam lingkungan hijau
tertulis PERGERAKAN
PUTERI ISLAM
MALAYSIA
Di tengah logo terdapat satu bulatan PUTIH dan di
dalamnya ditulis dengan huruf jawi
-Pa Pa Alif-
Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN
PUTERI ISLAM”
Perkataan “PUTERI” – Bagi Ahli-ahli Puteri
PENGERTIAN WARNA
Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
Hijau : Agama (Taqwa sebagai TERAS)
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
9
BENDERA PPIM
Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan
ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah
sepertiga daripada ukuran bendera.
COGAN KATA PPIM
01 BERILMU
02 BERIMAN
03 BERAMAL
10
LAGU PPIM
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
11
IKRAR PPIM
BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA, BERIKRAR AKAN:
▪ Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa
▪ Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
▪ Membangunkan diri dengan sempurna
▪ Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
▪ Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara
SULUH KATA
P ➢ Patuh kepada ibu bapa
U ➢ Ugama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadis
T ➢ Taat kepada Allah dan Rasul
E ➢ Erat ukhuwah Islamiyah
R ➢ Rela berbakti kerana Allah
I ➢ Iman dipupuk ilmu dituntut
I ➢ Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali
S ➢ Solat ditunai setiap waktu
L ➢ Larangan Allah dijauhi
A ➢ Akhlak mulia pengukuh iman
M ➢ Muslimah mukminah rakyat seperjuangan
12
SEJARAN PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang
diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar
Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah
menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan
kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat
yang bersifat memberi bantuan kepada golongan
miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan
rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6
Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti
Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku
Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun
Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai
Yang DiPertua PPIM Pertama.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi
memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan
di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM
telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan
bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak
sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum
(GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.
13
Skuad Puteri telah dilancarkan PPIM sekali lagi menempa
oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. sejarah apabila dilancarkan di
Wan Azizah Wan Ismail pada institusi pengajian tinggi pada
8 April 2000 oleh Y.A.Bhg.
23 November 1996 bagi Datin Seri Endon Mahmood
meluaskan penglibatan remaja (Allahyarhamah) di Universiti
dan wanita lepasan sekolah di
Islam Antarabangsa.
dalam kerja-kerja khidmat
masyarakat seperti bantuan
bagi mangsa banjir dan
program ziarah hospital.
Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg.
Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin
(Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah
ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah
disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum
Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua
telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul
Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi
pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.
14
STRUKTUR ORGANISASI
1.0 PERINGKAT SEKOLAH
1.1 SEKOLAH RENDAH
Penaung (Guru Besar)
Pengerusi
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Guru Penasihat
Pengerusi (Pelajar)
Naib Pengerusi (Pelajar)
Setiausaha Bendahari AJK
Pen. Setiausaha Pen. Bendahari
15
1.2 SEKOLAH MENENGAH
Penaung (Pengetua)
Pengerusi
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Guru Penasihat
Pengerusi (Pelajar)
Naib Pengerusi (Pelajar)
Setiausaha Bendahari AJK
Pen. Setiausaha Pen. Bendahari
16
2.0 PERINGKAT DAERAH/BAHAGIAN
Jawatankuasa Pentadbiran PPIM
Perhubungan Daerah
Pengerusi Pengerusi Bersama
(Pegawai Pendidikan Daerah)
Naib Pengerusi
Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat
AJK Wakil
o LKPI
o PPD (Bahagian Koko)
o Pejabat Belia
o Pejabat Pembangunan
Wanita & Keluarga
o Pejabat Hal Ehwal
Agama Islam
CATATAN:
AJK – Dipilih pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan
– Dilantik oleh Jawatankuasa Pentadbir Perhubungan Daerah
17
3.0 PERINGKAT NEGERI
Jawatankuasa Pentadbiran PPIM
Perhubungan Negeri
Pengerusi Pengerusi Bersama
(Pengarah Pendidikan Negeri)
Naib Pengerusi
Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat
AJK Wakil
o LKPI
o JPN (Bahagian Koko)
o JBS (Bahagian Belia)
o Jabatan Pembangunan
Wanita & Keluarga
o Majlis Agama Islam
Malaysia
CATATAN:
AJK – Dipilih pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan
– Dilantik oleh Jawatankuasa Pentadbir Perhubungan Negeri
18
4.0 PERINGKAT KEBANGSAAN
Yang Di-Pertua
Naib Yang Dipertua I Naib Yang Dipertua II
Setiausaha Ahli Majlis
Kehormat Pentadbir
Bendahari Wakil
Kehormat
o Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran
o Kementerian Belia &
Sukan
o Kementerian
Perpaduan &
Pembangunan
Masyarakat
o Pusat Islam JPM
19
5.0 PERINGKAT IPT/IPGK (IPGKDA)
Pengarah
Tn Haji Hashim Bin Asman
Pengerusi (Ketua Jabatan PJK)
En Idrus Bin Ashaari
Pensyarah Penasihat
Dr. Rohani Binti Seman
Pengerusi
Nur Yusra Binti Mahathir Muazam Syah
Naib Pengerusi
Nabilah Binti Mohd Naim
Setiausaha Bendahari AJK
Nur Syafiqah Binti Nur Ilham Amira Binti
Abdullah Che Sharudin
Pen. Setiausaha Pen. Bendahari
Nurul Hidayah Binti Nur Anis Nabila Binti
Abd Kodzir Badrul Hisham
CATATAN: Senarai AJK
AJK NAMA AJK
AJK Kebajikan Nurul Athirah Binti Rozalan
AJK Persiapan Tempat Nur Afnan Binti Mohd Haris Fadzilah
AJK Kerohanian Nur Aisyah Wajihah Binti Mohd Roshidi
AJK Pemeriksa Kira-kira Siti Nur Aishah Binti Abdullah @ Haidzair
AJK Keselamatan Nur Farhah Amani Binti Ahmad
AJK Alatan Amirah Batrisyia Binti Baharudin
AJK Makanan Nur Zafirah Binti Mohamad Sobri
AJK Teknikal Nazratul Ain Binti Mohd Alaw
20
PERSEDIAAN TATACARA PERJUMPAAN DAN
PENUTUPAN
TATACARA PERJUMPAAN
Langkah 1
1.1 Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan melakukan latihan Kawad Kaki Asas
a. Baris, Senang Diri
b. Baris, Baris Sedia
c. Ke Kanan Lurus
d. Pandang Depan, Dari Belakang Nombor
1.2 Ketua Puteri memberi arahan:
• Kekuatan Pasukan / Kumpulan, Lapor
1.3 ketua pasukan / ketua kumpulan melapor
a. Pasukan (Nama Pasukan) 45 Cukup
b. Pasukan (Nama Pasukan) 39 daripada 43
1.4 Ketua Puteri (Pusing pandang menghadap tiang bendera. Pasukan sudah
bersedia)
1.5 Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin/ Guru Pemimpin..
Ucapkan Salam sambil bersalaman dan mohon:
• Izinkan Saya Memulakan Tatacara Perjumpaan
1.6 Guru menjawab –
• Silakan
1.7 Ketua Puteri membalas –
• Terima Kasih Puan
21
Langkah 2
2.1 Ketua Puteri balik ke hadapan barisan untuk menjalankan Tatacara
Perjumpaan.
BACAAN DOA 1.0 Ketua Puteri memanggil
• Pembaca Doa, Sedia
2.0 Pembaca Doa keluar, berdiri di sebelah Ketua Puteri
dan memberi arahan:
a. UP
b. Al-Fatihah (Surah Al-Fatihah dibaca serentak
oleh semua dengan kuat)
3.0 Membaca Doa Perjumpaan dan diaminkan oleh
semua
4.0 Memberi arahan (UP – bawa tangan ke muka, baru
turun tangan ke sisi)
5.0 Bacaan Asmaul Husna bersama-sama
6.0 Pembaca Doa beredar balik ke dalam barisan
MENAIKKAN 1.0 Ketua Puteri memanggil
BENDERA
• Penaik Bendera, Sedia
(Tiga orang penaik bendera keluar berdiri di tiang
bendera dan bersedia untuk acara menaikkan
bendera)
Kedudukan bendera;
Negeri Malaysia PPIM
2.0 Ketua Puteri (menghadap bendera) memberi arahan:
• Negaraku, Mula
Ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak dengan
perlahan. Bendera Malaysia lebih tinggi sedikit
kedudukannya daripada bendera PPIM dan
bendera Negeri.
3.0 Penaik bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri
ditengah memberi arahan:
• Siap, Undur Selangkah ke Belakang
4.0 Ketua Puteri memberi arahan:
• Lagu Puteri Mula
22
5.0 Penaik bendera (Puteri di tengah) memberi arahan:
• Ke Kanan Pusing………
(ketiga-tiga berkawat balik ke dalam barisan.
Puteri yang terakhir sampai akan sebut – Siap
LAFAZ IKRAR 1.0 Ketua Puteri memberi arahan:
PUTERI • UP (Semua Puteri serentak mengangkat
tangan untuk bacaan ikrar yang diketuai oleh
Ketua Puteri)
2.0 Ketua Puteri memberi arahan:
c. UP (Turun tangan ke sisi)
PEMIMPIN 1.0 Pemimpin datang ke hadapan Puteri
MEMBERI 2.0 Ketua Puteri melaporkan:
TAKLIMAT @
TUGASAN • Kami, Pasukan (nama pasukan – disebut
beramai-ramai serentak)
Seramai……..Siap Sedia Untuk Menerima
Arahan Puan
Baris, Senang Diri
3.0 Guru Pemimpin memberi salam – dijawab serentak
oleh semua PUTERI.
Guru Pemimpin menyampaikan taklimat atau aktiviti
yang akan dijalankan sepanjang hari berkenaan.
4.0 Ketua Puteri memberi arahan
• Baris, Baris…, Sedia
Terima Kasih Puan
Ketua Puteri pusing menghadap barisan dan memberi
arahan:
5.0 Puteri mengambil peralatan/ bag untuk pergi ke
tempat aktiviti
23
TATACARA PENUTUPAN
Langkah 1
1.1 Puteri-puteri berbaris dalam 3 barisan
Setiap Pasukan mengandungi 30 – 45 orang
Setiap Kumpulan mengandungi 10 – 15 orang
(sama seperti dalam barisan tatacara perjumpaan tadi)
1.2 Latihan Kawad Kaki Asas
Ketua Puteri memberi arahan:
• Sedia – Baris, Senang Diri
Baris, Baris Sedia
Ke Kanan Lurus, Pandang Depan
1.3 Melapor Kekuatan Pasukan/ Kumpulan
Ketua Puteri memberi arahan:
• Kekuatan Pasukan / Kumpulan Lapor
1.4 Ketua Pasukan/ Kumpulan melapor:
a. Pasukan (nama Pasukan) 45 Cukup
b. Pasukan (nama Pasukan) 39 daripada 43
1.5 Ketua Puteri pusing pandang menghadap tiang bendera. (Pasukan sudah
Bersedia)
1.6 Guru berjalan ke hadapan Ketua Puteri. Beri ucapan Salam. Semua
menjawab Salam serentak.
24
Langkah 2 – Amanat Pemimpin
2.1 Selepas salam dijawab, Ketua Puteri melapor:
• Pasukan (nama Pasukan) seramai (sebut bilangan) orang sedia
mendengar amanat Puan.
• Baris, Senang Diri
2.2 Guru Pemimpin membuat ulasan mengenai aktiviti hari berkenaan
2.3 Setiausaha atau Bendahari membuat pengumuman atau sebarang bentuk
pesanan aktiviti akan datang.
2.4 Ketua Puteri memberi arahan:
• Baris, Baris Sedia
• Terima Kasih Puan
• Izinkan Saya Memulakan Tatacara Penutupan
2.5 Guru menjawab:
• Silakan
Langkah 3 – Lagu Puteri
3.1 Semua dalam keadaan menghadap bendera
3.2 Ketua Puteri memberi arahan:
• Lagu Puteri Mula
25
Langkah 4 – Acara Turun Bendera
4.1 Ketua Puteri memberi arahan:
• Penurun Bendera Sedia
4.2 Tiga orang Penaik Bendera (semasa Tatacara Perjumpaan) diikuti oleh 3
orang lagi (berjumlah 6 orang semuanya berkawad menuju ke hadapan
tiang bendera)
4.3 Orang Pertama (Penaik) berdiri di hadapan, orang Kedua berdiri di
belakang ke kanan sedikit. Kedua-dua buka ikatan/ simpulan bendera.
4.4 Bendera diregangkan di kawasan lapang di hadapan tiang, di hadapan
Kumpulan Puteri. Orang Pertama pegang (pegang bahagian kepala
bendera), Orang Kedua (pegang ekor bendera)
4.5 Lipat Bendera mengikut Kiraan Ketua Puteri
• “SATU” – Lipat Dua, kemudian regang semula
“DUA” – Lipat dua lagi, kemudian regang semula
“TIGA” – Ekor bendera dicantumkan ke Kepala Bendera
“EMPAT” – Bahagian ekor dicantumkan lagi ke kepala bendera
“LIMA” – Lipat Kepas (3 kali)
Setelah selesai, orang pertama pegang bendera di tangan kanan,
letak/ bawa ke sisi)
26
Langkah 5 – Acara Serah Bendera
5.1 Keenam-enam Penurun Bendera berdiri menghadap Ketua Puteri
5.2 Pembawa Bendera Malaysia melangkah ke hadapan serahkan bendera
kepada Ketua Puteri (Berundur semula)
5.3 Pembawa Bendera Negeri berjalan ke hadapan serahkan bendera kepada
Ketua Puteri (Balik semula ke tempat dirian asal)
5.4 Pembawa Bendera Puteri berjalan ke hadapan serahkan bendera kepada
Ketua Puteri (Balik semula ke tempat dirian asal)
5.5 Keenam-enam Penurun Bendera PUSING KANAN lalu berkawad masuk
ke Barisan asal masing-masing. Orang yang akhir sampai sebut “SIAP”
5.6 Ketua Puteri menyerahkan kesemua bendera kepada Ketua Guru
Pemimpin.
Langkah 6 – Bacaan Doa Penutup
6.1 Ketua Puteri memanggil:
• Pembaca Doa Sedia
6.2 Pembaca Doa keluar ke hadapan, Ketua Puteri dan Pembaca Doa pandang
menghadap perbarisan/ pasukan.
6.3 Pembaca Doa mengarahkan
• “UP” Baca Doa Penutup. Teruskan dengan bacaan Tasbih Kifarah di
akhiri dengan Surah Al-Asr.
• “UP” (Tangan dibawa ke muka, baru dijatuhkan tangan ke sisi)
6.4 Pembaca Doa balik ke tempat
6.5 Ketua Puteri mengarahkan
• “KELUAR BARIS” (Baris gerak Keluar baris TETAPI beratur
semula dalam barisan untuk bersalaman)
27
Langkah 7 – Bersalam-salaman (3 Cara)
CARA 1 (Membentuk Bulatan)
1) Guru Pemimpin lain memulakan bersalam berdiri disebelah Ketua Pemimpin
diikuti oleh Ketua Puteri berdiri bersebelahan
2) Ketua Pasukan diikuti oleh semua Puteri Pasukan Satu dan seterusnya
Pasukan yang lain.
3) Pemimpin memberi pesanan, contoh: jalan berhati-hati, sampaikan salam
kepada Ibubapa.
CARA 2 (Membentuk Bulatan)
Bersalam mulai dari barisan belakang, salam dengan rakan hadapan seorang
demi seorang hingga sampai kepada Ketua Kumpuulan/ Ketua Pasukan terus
kepada Guru Pemimpin, akhir sekali Ketua Guru Pemimpin
CARA 3
Bersalam-salaman sambil berselawat
28
ASAS KAWAD KAKI
Apakah tujuan kawad kaki asas?
Kawad kaki asas bertujuan untuk mencipta keseragaman dan membangunkan
semangat berpasukan dan bekerjasama di kalangan ahli.
Arahan Arahan
Kawad Kawad Statik
Arahan
Kawad Asas
ARAHAN KAWAD (Menjadikan 3 Barisan)
1. Puteri masuk baris.
2. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan, paras.
3. Nombor (Orang paling kanan akan membilang dahulu dan diikuti
oleh ahli-ahli yang lain).
4. Nombor ganjil/ genap angkat tangan.
5. Orang paling kanan sekali diam, nombor ganjil satu langkah ke
depan, genap satu langkah ke belakang, depan dan belakang gerak.
6. Barisan depan pusing ke kanan, belakang pusing ke kiri, kanan dan
kiri pusing.
7. Jadikan 3 barisan dari kiri cepat jalan.
8. Ke kanan lurus.
9. Pandang depan.
29
ARAHAN KAWAD ASAS
1. Senang diri
2. Rehatkan diri
3. Baris
4. Baris…Sedia
5. Ke kanan…Lurus
6. Pandang depan
ARAHAN KAWAD STATIK
1. Bergerak ke kiri, kiri pusing
2. Bergerak ke kanan, belakang pusing
3. Menghadap ke belakang, kanan pusing
4. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
5. Senang diri
6. Baris sedia
30
ASMAUL HUSNA
31
TASBIH KIFARAH
DOA PERJUMPAAN @ PENUTUPAN
32
DOA-DOA HARIAN
33
RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN
34
ZIKIR MUNAJAT
35
Laporan Mingguan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 1
Hari / Tarikh : Rabu, 23 Jun 2021
Masa : 8 – 10 Pagi
Medium : Google Meet
Tahap : Puteri bongsu
Pensyarah Penasihat : Dr Rohani Binti Seman
Tajuk : Pengenalan kepada unit beruniform Pergerakan Puteri
Aktiviti / Catatan: Islam Malaysia (PPIM)
1) Tatacara perjumpaan
a. Bacaan doa
2) Mesyuarat Puteri Islam
a. Sesi taaruf atau suai kenal antara ahli PPIM dan pensyarah
b. Pelantikan ahli jawatankuasa PPIM
c. Pembahagian tajuk dari tajuk 1 hingga tajuk 4
i. Tajuk 1 : Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit
Beruniform
ii. Tajuk 2 : Kemahiran Perkhemahan
iii. Tajuk 3 : Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan
iv. Tajuk 4 : Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah
3) Penutup
a. Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr
Refleksi:
KEKUATAN KELEMAHAN
Kehadiran bagi semua ahli Terdapat beberapa ahli PPIM yang
PPIM adalah mencukupi menghadapi masalah ‘line slow’.
Semua ahli hadir tepat pada Jadi hal ini menyebabkan mereka
waktu terlepas maklumat penting yang
diberikan oleh pensyarah.
36
Laporan Mingguan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 2
Hari / Tarikh : Rabu, 30 Jun 2021
Masa : 8 – 10 Pagi
Medium : Google Meet
Tahap : Puteri bongsu
Pensyarah Penasihat : Dr Rohani Binti Seman
Tajuk : Pembentangan
Aktiviti / Catatan:
1) Tatacara perjumpaan
a. Bacaan doa
2) Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform
a. Perlembagaan Pertubuhan
i. Prinsip-prinsip asas pertubuhan
ii. Perlembagaan pertubuhan
iii. Lambing & cogan kata – Bendera & lagu pertubuhan
iv. Persetiaan/ Ikrar dan undang-undang pertubuhan
b. Sejarah Unit Beruniform
i. Sejarah pengasas – Sejarah penubuhan
ii. Sejarah penubuhan di Malaysia
iii. Tujuan penubuhan - Istiadat² rasmi pertubuhan
3) Penutup
a. Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr
Refleksi:
KEKUATAN KELEMAHAN
Kehadiran bagi semua ahli Terdapat segelintir ahli PPIM
PPIM adalah mencukupi yang masuk lambat
Ahli PPIM membentangkan disebabkan oleh jaringan
slide dengan jelas dan internetnya yang lambat.
menarik
37
Laporan Mingguan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 3
Hari / Tarikh : Selasa, 6 Julai 2021
Masa : 8 – 10.30 Malam
Medium : Google Meet
Tahap : Puteri bongsu
Pensyarah Penasihat : Dr Rohani Binti Seman
Tajuk : Taklimat kerja kursus
Aktiviti / Catatan:
1) Tatacara perjumpaan
a. Bacaan doa
2) Taklimat kerja kursus Kokurikulum – Unit Beruniform
a. Buku log
b. Perancangan Orientasi Unit Beruniform SK
c. Ujian Amali Kemahiran Kawad Kaki
d. Ujian Amali Kemahiran Ikatan dan Simpulan
e. Ujian Amali Kemahiran Asas Pertolongan Cemas
f. Ujian Amali Kemahiran Kraf Perkhemahan (Kumpulan)
g. Ujian Amali Kemahiran Masakan (Kumpulan)
3) Penutup
a. Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr
Refleksi:
KEKUATAN KELEMAHAN
Ahli mendapat info dan Rangakaian internet yang
penerangan yang lebih jelas kurang stabil. Hal ini
dan terang. menyebabkan taklimat
Menjimatkan masa kerana menjadi lebih lama daripada
taklimat ini digabungkan yang sepatutnya.
dengan unit beruniform yang
lain.
38
Laporan Mingguan Pergerakan Puteri Islam Malaysia 4
Hari / Tarikh : Rabu, 7 Julai 2021
Masa : 8 – 10 Pagi
Medium : Google Meet
Tahap : Puteri bongsu
Pensyarah Penasihat : Dr Rohani Binti Seman
Tajuk : Pembentangan
Aktiviti / Catatan:
1) Tatacara perjumpaan
a. Asmaul Husna
b. Lagu Puteri Islam
c. Ikrar Puteri
d. Bacaan doa
2) Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan UB
a. Struktur dan Organisasi Pertubuhan
i. Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa
ii. Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/
IPG
iii. Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan
iv. Fungsi majlis tadbir
b. Pengurusan dan Pentadbiran
i. Pendaftaran ahli dan kumpulan
ii. Kuasa penganjur – Struktur unit
iii. Pengurusan folio/ Buku Log/ Laporan Aktiviti
iv. Tanggungjawab pemimpin
v. Pakaian seragam ahli dan pemimpin
vi. Takwim dan rancangan aktiviti
3) Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/ Antarabangsa
a. Konsep / Penglibatan
b. Sijil / Tujuan perkhemahan
39
4) Penutup
b. Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr
Refleksi:
KEKUATAN KELEMAHAN
Slide pembentangan yang baik Rangkaian internet
dan padat. pembentang kurang stabil.
Ahli masuk ke dalam Google Malah suara pembentang juga
Meet tepat pada waktu. kurang kedengaran.
Pensyarah menerangkan Berlaku gangguan semasa
semula tajuk pembentangan pembentangan berlangsung.
secara sepintas lalu. Jadi hal ini mengganggu
tumpuan pelajar.
40
RUJUKAN
Azizan Jae. (2013). Tatacara PPIM. Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/ummi_amirah/tatacara-ppim
Buku Panduan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Diperoleh daripada
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/BUKU-PANDUAN-
PUTERI-ISLAM-MALAYSIA.pdf
Maslamah Ahmad Razali. (2012). Panduan mengisi buku log. Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/keemanxp/apa-style-panduan-asas
Noraini Zakaria. (2016). Arahan Kawad Kaki PPIM. Diperoleh daripada
https://www.scribd.com/document/320606857/Arahan-Kawad-Kaki-Ppim
Rais Wahab. (2013). Pergerakan Puteri Islam. Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/tokumong/pergerakan-puteri-islam
41
LAMPIRAN
Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin
Baju Kawad Baju Puteri Baju Riadah Baju Pemimpin
Lencana
Lencana Puteri Lencana Pemimpin
42
Contoh Borang Puteri Islam
43