The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD NAJIB BIN MOHD ROSLAN IPG-Pelajar, 2024-03-15 06:57:05

RPH Bahasa Arab

Bab :1<br>Tingkatan: 1

N A J I B R O S L A N RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2024 B A H A S A A R A B T I N G K A T A N 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA ARAB TINGKATAN 1 1. MATAPELAJARAN : Bahasa Arab 2.TINGKATAN : 1 Al Farabi 3.BILANGAN PELAJAR : 30 orang (16 Lelaki dan 14 Perempuan) 4.TARIKH/HARI : 11 Mac 2024 /Isnin 5.MASA : 10.00 hingga 11.00 pagi (60 minit) 6.TAJUK : Mari Membersihkan Kelas 7.KEMAHIRAN : Membaca dan Mendengar 8.PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah mempelajari beberapa kata nama dan kata kerja berkaitan kelas. 9.STANDARD KANDUNGAN : 3.1 Membaca perkataan dengan bacaan betul. 4.1 Menulis perkataan dengan tulisan betul. 10.STANDARD PEMBELAJARAN : 3.1.1 Membaca perkataan dengan bacaan betul dari segi sifat dan makraj huruf. 3.1.3 Menyatakan makna perkataan yang dibaca. 4.1.4 Menggunakan perkataan yang betul dalam penulisan.


11.OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid dapat : 1. Membaca 10 perkataan dengan bacaan betul dari segi sifat dan makraj huruf. 2. Menyatakan makna 10 perkataan yang dibaca. 3. Menulis 10 perkataan yang betul dalam penulisan. 12.KRITERIA KEJAYAAN : Murid dapat: 1. Membaca lima daripada sepuluh perkataan dengan bacaan betul dari segi sifat dan makraj huruf selepas mengulang bacaan guru. 2. Menyatakan makna lima daripada sepuluh perkataan yang dibaca selepas aktiviti suaikan gambar. 3. Menulis lima daripada sepuluh perkataan yang betul dalam penulisan selepas aktiviti menulis dan melukis. 13.KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI : Analisis (Suaikan gambar dengan perkataan) 14.ELEMEN MERENTAS KURIKULUM : Teknologi maklumat dan komunikasiPenggunaan komputer dan internet. 15.AMALAN PEDAGOGI MASA KINI : Komunikasi 16.KEMAHIRAN INSANIAH : Pembelajaran sepanjang hayat. 17.BAHAN BANTU MENGAJAR : Komputer ,LCD,Kad perkataan dan kertas mahjong. 18.PENTAKSIRAN : Lisan dan Penulisan.


Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Catatan Mukadimah (3 Minit) Doa: 1. Murid-murid bersedia membaca doa. 2. Murid-murid membaca doa bersamasama secara beradab. 3. Murid-murid duduk secara tenang dan teratur sebagai persediaan untuk belajar. • Nilai Murni: - Mematuhi peraturan - Menjaga kebersihan Set Induksi (5 Minit) Permainan Hangman: 1. Salah seorang murid dipilih untuk datang ke hadapan. 2. Murid yang dipilih bermain permainan Hangman. 3. Murid yang dipilih mencuba melengkapkan perkataan dengan memilih huruf yang tepat. 4. Setelah aktiviti selesai, guru bertanya murid-murid apa yang akan dipelajari hari ini dan murid-murid memberi pelbagai jawapan. 5. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk yang akan dipelajari. 6. Murid-murid membaca semua kriteria kejayaan. • EMK: - Keusahawanan: Kepantasan dalam menjawab soalan. • Kemahiran insaniah: - Kemahiran penyelesaian masalah.


Langkah 1 (12 Minit) Video: Perkataan-perkataan yang dibaca: - Guru - Pelajar Lelaki - Pelajar Perempuan - Kelas - Penyapu - Papan tulis - Membersihkan - Aktif - Bersih 1. Guru menayangkan video yang terdapat beberapa perkataan menggunakan LCD. 2. Guru membaca perkataan berserta menekankan sifat dan makraj huruf. 3. Murid mengulangi bacaan perkataan beberapa kali berserta menekankan sifat dan makraj huruf. 4. Guru memilih beberapa murid secara rawak untuk membaca perkataan. 5. Murid yang terpilih membaca perkataan berserta menekankan sifat dan makraj huruf secara individu. 6. Guru memastikan murid membaca perkataan dengan betul dan membetulkan kesalahan. • Kemahiran: - Membaca • EMK: - Nilai Murni:Keyakinan diri - Keusahawanan:Bersedia mengambil manfaat daripada kesalahan. - Teknologi maklumat dan komunikasi: Penggunaan komputer dan LCD. • Kemahiran Insaniah: - Kemahiran komunikasi. • BBM: - Komputer - LCD • Pentaksiran: - Lisan - Pemerhatian


Langkah 2 (18 Minit) Suaikan gambar dengan Kad Perkataan: 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan pelbagai kebolehan. 2. Setiap kumpulan diberikan satu kad yang mengandungi perkataan. 3. Guru memaparkan gambar-gambar mengikut perkataan yang diberikan kepada setiap kumpulan. 4. Setiap kumpulan menghantar 1 orang wakil untuk menjawab soalan. 5. Guru bertanya kepada wakil kumpulan tentang perkataan yang bersesuaian dengan gambar. 6. Wakil kumpulan menyesuaikan kad perkataan pada gambar yang tempat. 7. Guru menilai jawapan murid dan membetulkan jika terdapat kesalahan. 8. Setelah aktiviti selesai, murid-murid membaca perkataan-perkataan. • Kemahiran: - Membaca • EMK: - Nilai Murni:Keyakinan diri - Keusahawanan:Bersedia mengambil manfaat daripada kesalahan. - Teknologi maklumat dan komunikasi: Penggunaan komputer dan LCD. • Kemahiran Insaniah: - Kemahiran komunikasi. • BBM: - Komputer - LCD - Kad perkataan • Pentaksiran: - Lisan Langkah 3 (15 Minit) Aktiviti menulis dan melukis: 1. Murid-murid berkumpul dalam kumpulan yang sama. 2. Dalam kumpulan,murid-murid menulis perkataan-perkataan beserta lukisan pada kertas mahjong. 3. Setiap kumpulan membentangkan penulisan dan lukisan mereka di hadapan kelas. 4. Setelah selesai perbentangan,guru menayang nota pengelasan perkataan yang dipelajari kepada kata nama dan kata kerja menggunakan LCD. • Kemahiran: - Menulis • EMK: - Nilai Murni:Keyakinan diri - Keusahawanan:Bersedia mengambil manfaat daripada kesalahan. - Teknologi maklumat dan komunikasi: Penggunaan komputer dan LCD.


Nota pengelasan perkataan: 5. Guru menerangkan perbezaan antara kata nama dan kata kerja. • Kemahiran Insaniah: - Kemahiran Sosial:Kerja berpasukan. • BBM: - Komputer - LCD - Kertas mahjong • Pentaksiran: - Penulisan Penutup (7 Minit) Perkataan-perkataan yang dipelajari: - Guru - Pelajar Lelaki - Pelajar Perempuan - Kelas - Penyapu - Papan tulis - Membersihkan - Aktif - Bersih 1. Guru meminta murid-murid menyenaraikan perkataan-perkataan yang dipelajari untuk peneguhan. 2. Guru menasihati murid-murid untuk menjaga kebersihan kelas. 3. Guru memberikan kerja rumah kepada murid-murid sebagai latihan. • Kemahiran Insaniah: - Pembelajaran sepanjang hayat. • Nilai Murni: - Kesungguhan - Menjaga kebersihan. Refleksi:


Click to View FlipBook Version