A. Pengujian
Pengujian ini dilakukan selepas semua penyambungan litar input dan
output dengan papan litar elektronik mikropengawal dibuat. Tujuannya
adalah untuk memastikan penyambungan litar adalah betul dari segi
kekutuban dan keadaan komponen serta peranti yang digunakan
berfungsi dengan baik
Jadual 2.4.14
contoh jadual pengujian litar input dan litar output
diod pemancar cahaya berkelip
B. Penilaian
Penilaian dilakukan selepas pengujian dibuat. Penilaian dilakukan
berdasarkan kefungsian litar elektronik beroperasi mengikut tujuan
yang hendak dilakukan. Jadual digunakan semasa penilaian untuk
mengisi dapatan aspek yang dinilai. Ruangan catatan digunakan
untuk menulis bagaimana aspek yang dinilai berfungsi.
Bil Aspek yang dinilai Berfungsi atau tidak Catatan
berfungsi
1 Litar input Apabila suis ditekan,diod
- Suis tekan tutup Berfungsi pemancar cahaya akan
menghasilkan cahaya
2 Litar output Berfungsi Diod pemancar cahaya
berfungsi dengan cara
- Diod pemancar mengeluarkan cahaya
berkelip-kelip
cahaya
09: KESIMPULAN
Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elektrik yang beroperasi
dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah
sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik serta
komponen elektrikal aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar bersepadu.
Pada hari ini, kebanyakan peralatan elektronik menggunakan komponen
semikonduktor untuk melakukan pengawalan elektron. Pengajian mengenai peranti
semikonduktor dan juga teknologi yang berkaitan dengannya adalah termasuk di
dalam bidang fizik keadaan pepejal. Untuk rekabentuk dan pembinaan litar elektronik
untuk menyelesaikan masalah secara praktikal pula, ia termasuk di dalam bidang
kejuruteraan elektronik.
LETS PLAY A
GAME!!
https://wordwall.net/ms/resource/7996594/peranti-elektronik