Dr. Faridah Hanim Yahya 1 [email protected]
Dr. Faridah Hanim Yahya 2 [email protected]
Apa itu Dadah?
Dadah ialah apa-apa bahan kimia sama ada yang asli atau yang tiruan apabila disuntik, dihidu
atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan atau kelakuan seseorang (Abdul
Ghafar, 2010). Dadah terbahagi kepada dua iaitu asli dan tiruan. Dadah asli dihasilkan
daripada tumbuhan, manakala dadah tiruan dihasilkan daripada bahan kimia. Contoh dadah
asli ialah opiat, ganja dan daun ketum. Manakala, contoh dadah tiruan (sintetik) ialah
amphetamine dan methamphetamine.
Adakah ubat-ubatan sejenis dadah?
Dadah menurut kamus Dewan Melayu-Inggeris
dikenali sebagai drugs. Maka, semua ubat-ubatan
adalah dadah tetapi jika digunakan pada kadar yang
ditetapkan atau disyorkan oleh doktor, maka dadah ini
tidak memudaratkan kepada pengguna. Contoh ubat-
ubatan ialah paracetamol dan postan (ubat tahan
sakit).
Adakah Caffine sejenis dadah?
Caffine adalah sejenis dadah ransangan yang
terdapat dalam teh, kopi dan coklat. Caffine
tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah
kepada individu. Maka, penggunaan bahan
minuman dan makanan ini tidak salah di sisi-sisi
undang-undang.
Dr. Faridah Hanim Yahya 3 [email protected]
Apa maksud Penyalahgunaan Dadah (Drug Abuse)?
Penyalahgunaan dadah ialah penggunaan dadah yang mengakibatkan kesan negatif seperti
ketagihan, masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Apa maksud Pergantungan kepada Dadah?
(i) Definisi Pergantungan Dadah
Keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya akibat daripada
pengambilan dadah yang kerap dan berterusan.
Pergantungan Secara Fizikal Pergantungan Secara Psikologikal
• Keadaan di mana badan penagih dadah • Keadaan di mana penagih mengalami
memerlukan dadah untuk proses gian atau mengidam untuk
fisiologi yang biasa. menggunakan dadah supaya dapat
berfungsi secara normal
• Jika penggunaan dadah dihentikan,
akan menimbulkan gejala-gejala
tarikan iaitu tanda tertentu dari segi
tingkah laku dan fizikal yang
ditunjukkan semasa tidak
menggunakan dadah dalam masa
tertentu.
• Contoh: sakit perut, muntah-muntah,
cirit-birit, menggeletar dan lain-lain.
(ii) Sebab pergantungan dadah
Daya tahan atau tolerance kepada dadah akan meningkat apabila dos dadah yang biasanya
diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala
tarikan. Maka, dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan yang sama.
Akibatnya, pergantungan dadah terbina dan badan bertindak dengan tanda yang boleh diteka
sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta merta.
(iii) Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan dadah
Jenis Dadah Jumlah Digunakan Cara Penggunaannya
- kesan dadah yang - Dos kecil atau besar - Ditelan, disuntik,
berbeza mengikut jenis dihidu, dihisap atau
diguna bersama dadah
dadah
lain
Keadaan Individu Situasi Ketika
Menggunakan Dadah
-umur, jantina, berat
badan, daya tahan dan - keadaan/tempat sama
ada ada orang atau tidak
lain-lain
Dr. Faridah Hanim Yahya 4 [email protected]
Jenis-jenis Dadah
Inhalan
Dadah yang Membimbangkan
Marijuana/ Kanabis
Stimulan
Narkotik
Dadah Depresen
Dadah Halusinogen
Designer Drugs
Steroids
1. Inhalan
(i) Apa itu dadah Inhalan?
Inhalan ialah sejenis dadah yang tidak nampak (invisible) dan terdapat pada kebanyakan
produk yang digunakan oleh pengguna di rumah. Inhalan merupakan bahan kimia yang
mengandungi bahan proaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap.
Inhalan juga dikenali sebagai hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile) dan dihidu
atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.
Nama lain bagi Inhalan ialah Gluey, Huff, Rush and Whippers.
(ii) Bentuk Inhalan
Gam, bahan pencuci cecair, pemetik api cecair dan cat yang menghasilkan wap bahan kimia
yang boleh dihidu.
Dr. Faridah Hanim Yahya 5 [email protected]
(iii) Kategori Inhalan
Jenis inhalan Pelarut/ Cecair
Bahan Gas
Bahan Nitrat
(a) Pelarut/ cecair
Contoh: cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam, dakwat pen.
(b) Bahan Gas
Contoh : pemetik api, gas peti sejuk, klarofom, haloten, nitrous oksida
(c) Bahan Nitrat
Contoh : Climax, poppers, rush, locker room.
Dr. Faridah Hanim Yahya 6 [email protected]
(iv) Cara penggunaan
Inhalan boleh dihidu melalui hidung atau mulut dalam pelbagai cara seperti berikut:
Menghidu
“Bagging” – menghidu asap/ gas yang dibungkus dalam beg plastik atau beg kertas.
“Huffing” – bungkusan kain yang mengandungi asap/gas yang disumbatkan ke
dalam mulut atau menyedut gas nitrous oxide daripada belon.
(v) Kesan Pengambilan Inhalan yang kerap
Boleh menjadikan penggunanya berasa khayal.
Kesannya sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak.
Kesan khayal berterusan selama 15 minit sehingga 2 jam.
Jika kuantiti atau kepekatan yang tinggi akan memudaratkan pengguna seperti
hilang deria rasa dan seterusnya tidak sedarkan diri.
(vi) Kenapa Inhalan Merbahaya?
Kesan serta merta seperti berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata,
terhoyong hayang, emosi kurang stabil dan kehilangan deria sakit
kesan jangka panjang seperti kerosakan sel otak dan organ utama, gangguan
penglihatan, sakit jantung dan kematian mengejut.
2. Dadah yang membimbangkan (Drugs of Concern)
Walaupun sesetengah dadah tidak dikawal sepenuhnya pada masa ini, namun dadah ini
menimbulkan risiko bila disalah gunakan.
(i) Daun Ketum (Kratom)
Nama saintifik pokok ketum ialah Miltragyna Specioss Korth. Kebanyakan daun ini
digunakan sebagai ubat tradisi dan dadah narkotik. Pokok ketum adalah sejenis pokok malar
hijau. Daun ketum berwarna hijau tua dan berkilat, manakala bunga pokok ketum pula
berwarna kuning dan saiz bunga tersebut adalah kecil.
(a) Jenis Daun Ketum
Terdapat dua jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna
putih (mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat.
Dr. Faridah Hanim Yahya 7 [email protected]
(b) Cara Pengambilan Daun Ketum
Tablet, kapsul atau pati daun ketum
Daun ketum dikeringkan atau dijadikan serbuk dan diminum bersama air teh.
Daun ketum juga boleh dikunyah
(c) Kesan Pengambilan Daun Ketum
Bahan ini boleh bertindak dalam masa 5-10 minit setelah diambil dan tahan
selama 6 jam
Mampu mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan penggunanya
mengalami peningkatan tenaga fizikal dan batin serta keupayaan melakukan
kerja berat atau kerja yang membosankan
(d) Kenapa Pengambilan Daun Ketum Merbahaya?
Penyalahgunaan bahan ini akan mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan
diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi,
anak mata menjadi sempit, merasa loya, mulut menjadi kering, hilang selera makan
dan berat badan.
(ii) Dextromethorphan (DXM)
DXM ialah ubat batuk yang boleh didapati di
kedai farmasi atau pasaraya dan juga daripada
pembelian secara online. Nama lain bagi DXM
ialah CCC, Dex, DXM, Poor Man’’s PCP, Robo,
Rojo, Skittles, Triple C and Velvet.
(a) Bentuk DXM
Boleh didapati dalam bentuk sirap ubat batuk, kapsul, tablet dan serbuk.
Dr. Faridah Hanim Yahya 8 [email protected]
(b) Bagaimana DXM disalahgunakan?
Boleh disalahgunakan apabila mengambil DXM dalam kuantiti yang banyak, di
mana pengguna akan merasai pengalaman euphoria dan visual dan audio
halusinogen. Lebih mudah disalahgunakan apabila DXM dihasilkan dalam bentuk
kapsul gel dan tablet kerana lebih mudah diamabil dan dibawa kemana-mana.
(c) Kesan penyalahgunaan DXM
Keliru, halusinogen, sukar untuk mengawal ketawa, mudah bergaduh dan
paranoid.
terlalu seronok, terlalu letih, berpeluh, hipertensi, kesukaran dalam pertuturan
dan hilang kordinasi.
3. Marijuana/ Kanabis
(i) Marijuana/Ganja
Nama saintifik tumbuhan Cannabis Sativa.
Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang
didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ganja juga
dikenali sebagai marijuana atau marijuana dan
dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu
Mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.
(ii) Marijuana Concentrates
Dihasilkan daripada marijuana dalam bentuk madu atau mentega (butter) yang berwarna
coklat atau emas. Marijuana ini mengandungi kandungan THC (delta-9-
tetrahydrocannabinol) yang kuat. Cara pengambilan dadah ini ialah dengan mencampurkan
dadah ini dengan pelbagai produk makanan atau minuman atau menghisap dadah ini dengan
menggunakan paip. Di samping itu, salah satu cara penyalahgunaan dadah ini ialah dengan
menggunakan rokok elektronik (e-cigarette/vaporizer). Kebanyakan penagih dadah suka
menggunakan kaedah ini kerana tidak berasap, tidak berbau dan senang untuk disorokkan.
Penggunaan e-cigarette ialah dengan menggunakan sedikit marijuana concentrates (yang
dikenali sebagai “dab”). Kemudian bahan ini akan dipanaskan menggunakan e-cigaratte
untuk memastikan penagih dadah mendapat kesan “high” dadah tersebut. Penggunaan e-
cigarette untuk tujuan ini dipanggil “dabbing” atau “vaping”.
Dr. Faridah Hanim Yahya 9 [email protected]
(iii) Jenis Marijuana
MARIJUANA
Kanabis Resin Getah Minyak
Herba Kanabis (Hashish, Hashish
Charas)
(a) Kanabis Herba
Kanabis Herba merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok cannabis
yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate.
(b) Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas)
Resin getah Kanabis merujuk kepada getah pokok bunga kanabis yang dikumpul,
dikering atau dibakar dan dijadikan blok serbuk ataupun kadang-kadang dicampurkan
lilin.
(c) Minyak Hashish
Minyak Hashiah merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja.
(iv) Kesan Pengambilan Marijuana
Marijuana boleh mempengaruhi emosi seseorang. Orang yang sedih akan bertambah sedih,
manakala orang yang gembira akan menyebabkan kegembiraan yang tidak terkawal yang
akhirnya mendatang kemudaratan.
(v) Kenapa penyalahgunaan Marijuana Merbahaya?
Ganja memberi kesan jangka panjang kepada pengguna seperti sindrom malas (amotivational
snydrome), mempercepatkan onset penyakit mental seperti penyakit skizofrenia dan dwikutub
(bipolar disorder) yang mana prognosisnya lebih buruk jika tidak dirawat lebih awal.
4. Stimulan
(i) Definisi Stimulan
Dadah Stimulan mempercepatkan sistem badan. Jenis amphetamine atau Amphetamine Type
Stimulus (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas
Dr. Faridah Hanim Yahya 10 [email protected]
Central Nervous System (CNS) atau Sistem Saraf Pusat. Stimulan merupakan jenis dadah
sintetik yang dihasilkan melalui bahan-bahan kimia.
(ii) Jenis Dadah Stimulan
(a) Amphetamine (kuda, WY, Yaba)
(b) Methamphetamine (Ice, syabu, sejuk, batu)
Apa itu Methamphetamin ?
Methamphetamine adalah sejenis dadah
perangsang yang biasanya digunakan dalam
bentuk serbuk putih yang pahit. Dadah ini
juga boleh didapati dalam bentuk pil.
Manakala, Methamphetamine kristal pula
adalah sejenis dadah yang kelihatan seperti
serpihan kaca atau batu berkilaudan berwarna
putih.
Kenapa Methamphetamin (Syabu) adalah dadah yang popular?
Murah dan mudah dibuat
o Syabu mudah dibuat daripada bahan mentah yang mudah diperolehi.
o Sangat mudah didapati di pasaran haram.
Penguatkuasa kurang sempurna
o kekurangan sumber dan juga berkurangan sekatan kepada aliran bahan
mentah syabu merangsang kegiatan pengeluaran Syabu secara haram.
Apakah kesan Pengambilan Syabu?
Merosakkan Tubuh (kesan jangka pendek)
o Menghilangkan selera makan, menurunkan berat badan, mengabaikan
kesihatan diri, badan berbau dan lain-lain.
Dr. Faridah Hanim Yahya 11 [email protected]
Menyebabkan Kerosakan Otak (Kesan Jangka Panjang)
o Syabu bertindak keseluruh sel saraf manusia yang menghasilkan
dopamin. Dopamin merupakan utusan tindakbalas biokimia yang
mengawal perasaan dengan mencetuskan ketenangan, keseronokan dan
mengasyikkan. Syabu akan memaksa sel otak melepaskan tahap
dopamin di paras tertinggi tanpa kawalan/ had syiling. Kajian 20 tahun
lalu menunjukkan penggunaan Syabu berlebihan menyebabkan
kerosakkan sel saraf yag lain. Akhirnya Syabu akan menghasilkan paras
dopamin yang terdapat dalam otak penagih. Penghujung saraf mati dan
sukar untuk tumbuh semula.
Kesan Syabu pada masyarakat
Jenayah kekejaman meningkat
Masyarakat terdedah kepada bahaya seperti dicederakan, kecurian harta benda
dan lebih dahsyat lagi pembenuhan.
Bahaya pembuatan/ penghasilan Syabu
Merbahayakan masyarakat dan persekitaran. Proses penghasilan syabu akan
menyebabkan pelepasan kimia toksid yang boleh mencemar sungai yang
akhirnya meracuni tumbuhan dan ternakan.
Kos pembersihan
Kos pembersihan sangat tinggi dan merugikan negara.
(c) Ecstacy (goyang)
Apa itu dadah Ecstacy?
Pada asalnya, pil Ecstacy yang dijual
mengandungi bahan kimia tertentu iaitu
MDMA (3,4-
methylenedioxymethamphetamine),
yang bertanggungjawab untuk
menghasilkan kesan psikoaktif apabila
mengambil pil tersebut. Tetapi pada
masa kini, pil Ecstasy sering
mengandungi bahan-bahan lain. MDMA
mungkin tidak hadir atau mungkin
dicampurkan dengan bahan-bahan
perangsang lain seperti amphetamine,
methamphetamine, kafein dan lain-lain.
Bagaimana bentuk pil Ecstacy?
Pil Ecstacy diedarkan dalam bentuk tablet. Tablet pil Ecstacy dijual dengan logo,
dan jenama tertentu untuk memudahkan pengguna mencari pil tersebut. Pil ini
Dr. Faridah Hanim Yahya 12 [email protected]
berwarna-warni dan sering disembunyikan di kalangan gula-gula berwarna-warni.
Pil Ecstacy adalahjuga diedarkan dalam bentuk kapsul, serbuk, dan cecair.
Apakah kesan Pengambilan Pil Ecstacy?
Pada mulanya, pil ini akan mengurangkan rasa kebimbangan, meningkatkan
tekanan darah tinggi, menjadikan kadar denyutan jantung yang lebih cepat,
menyebabkan kulit lembap, dan mulut kering. Seterusnya, penggunaakan
mengalami perasaan euforia (gembira), bersantai, meningkatkan keyakinan diri
dan mengurangkan keletihan.
(iii) Kesan Pengambilan Stimulan
Kesan serta-merta pengambilan dadah Stimulan akan menyebabkan euforia, tidak
mengantuk, tidak lapar ataupun letih tetapi lama-kelamaan menyebabkan kebergantungan
yang berpanjangan yang mengganggu fungsi sosial di dalam masyarakat.
(iv) Kenapa Dadah Stimulan Merbahaya?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan burukseperti tiada selera makan, kehilangan
berat badan yang serius, tekanan darah tinggi dan serangan jantung. Ia juga menjadikan
keadaan mental tidak stabil dengan manifestasi tingkah-laku yang ganas, kawalan emosi yang
terjejas serta berkecenderungan untuk membunuh diri. Tanda-tanda overdose pula adalah
badan menggigil, hiperaktif, kesukaran bernafas, panik, halusinasi, ganas, muntah, cirit-birit,
loya, serangan jantung dan sawan.
5. Narkotik (Narcotics)
(i) Apa itu dadah Narkotik?
Narkotik (Narcotics) berasal daripada
perkataan Greek yang bermaksud ‘stupor’yang
merujuk kepada pelbagai bahan yang
merosakkan deria dan yang melegakan
kesakitan. Narkotik berasal dari candu (opium)
yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang
dikenali sebagai Papaver somniferum.
Narkotik juga dikenali sebagai opiat. Dadah
opiat adalah campuran yang diperoleh daripada
biji popi. Opiat ini mengandungi pelbagai
bahan yang berbeza dan kemudiannya
diasingkan dan diproses menjadi morfin, heroin
dan seterusnya kodein.
(ii) Apakah bentuk Narkotik?
Dadah ini boleh dalam bentuk pil, kapsul, skin patches, serbuk, ketul yang pelbagai warna
(dari putih ke hitam), cecair yang digunakan untuk minuman dan suntikan, sirap,
suppositories dan lolipop.
Dr. Faridah Hanim Yahya 13 [email protected]
(iii) Bagaimana Narkotik boleh disalahgunakan?
Narkotik boleh ditelan, hisap melalui hidung, dihidu, dihisap atau disuntik.
(iv) Tanda penagihan dadah Narkotik
(a) Peringkat awal pengambilan dadah
mata berair, berhingus, suka menguap dan berpeluh.
(b) Peringkat ketagihan
gelisah, kurang selera makan, rasa mual, mengeletar, berkehendak kepada
dadah, kemurungan, muntah, kadar tekanan darah dan jantung yang meningkat
kesejukan dan berpeluh.
(v) Kesan Pengambilan Narkotik
Narkotik akan menjadikan penggunanya menjadi khayal (euphoria), ketagihan dan sindrom
pengenduran/ penarikan yang akhirnya kebergantungan yang berpanjangan sehingga
menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan, rumahtangga dan
hubungan sosial.
(vi) Kenapa Penyalahgunaan Narkotik Merbahaya?
Pengambilan dadah ini secara suntikan akan mengakibatkan kesan buruk kepada anggota
badan seperti kegagalan jantung, jangkitan penyakit seperti HIV/AIDS, radang hati (hepatitis
B/C), kemurungan/ kecelaruan mental, kebergantungan dan sindrom penarikan yang teruk
seperti kekejangan otot dan sendi, sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit yang serius.
Kesan overdos narkotik menyebabkan retensi urin, halusinasi, delirium, hyportermia,
pernafasan terhenti dan sawan.
(vii) Jenis Narkotik
(a) Fentanyl
Apa itu dadah jenis Fentanyl?
Dadah opiat sintetik yang kuat, digunakan untuk
analgesik (melegakan kesakitan) dan juga untuk
tujuan anestetik (bius). Juga dikenali sebagai
Apache, China Girl, China Town, Dance Fever,
Friend, Goodfellas, Great Bear, He-Man, Jackpot,
King Ivory, Murder 8 dan Tango & Cash. Dadah ini
boleh didapati dalam bentuk lollipops, pil, tablet,
semburan dan suntikan.
Dr. Faridah Hanim Yahya 14 [email protected]
Bagaimana Fentanyl disalahgunakan?
Melalui suntikan, dihisap melalui hidung, dihidu, dimakan dalam bentuk
pil atau tablet dan diletakkan di atas kertas (blotter paper) yang direka
untuk diletakkan di atas lidah untuk mendapat kesan ‘high’.
Dadah ini boleh dibekukan dan dipotong menjadi bahagian-bahagian dan
diletakkan di bawah lidah atau ruang antara pipi dan gigi.
Boleh dicampur dengan dadah heroin dan bahan lain dan dijadikan dalam
bentuk pil.
Kesan pengambilan Fentanyl yang berlebihan
Tak sedar diri, perubahan dalam saiz mata, sejuk, kulit yang lembab dan
berpeluh, bibir dan jari berwarna biru, koma dan susah bernafas yang
boleh menyebabkan kematian.
(b) Heroin
Apa itu dadah jenis Heroin?
Heroin adalah dadah sintetik yang mempunyai
kesan ketagihan yang tinggi dan berbentuk
serbuk habluran putih. Serbuk ini diperolehi
daripada morfin melalui proses kimia. Terdapat
pelbagai bentuk heroin iaitu serbuk putih (dari
Mexico dan Afrika Selatan) dan “black tar” dan
serbuk coklat (dari Mexico). Heroin juga
dikenali sebagai Big H, Black tar, Chiva, Hell
Dust, Horse, Negra, Smack dan Tunder.
Walaupun heroin yang asli mudah didapati
sekarang, namun terdapat juga heroin yang
dicampur dengan bahan-bahan seperti gula,
kanji, tepung susu atau kuinin.
Bagaimana Heroin boleh disalahgunakan?
Menyuntik, menghidu atau menghisap bagi mendatangkan kesan euforia.
Contoh fit, ubat, panas, stuff.
Kesan pengambilan Heroin yang berlebihan
Kesukaran untuk bernafas, bibir dan jari berwarna biru, kulit yang lembab dan
berpeluh, sawan, koma dan boleh menyebabkan kematian.
(c) Morfin
Apa itu dadah jenis Morfin?
Dr. Faridah Hanim Yahya 15 [email protected]
Morfin ialah dadah nakortik asli yang
mempunyai potensi yang tinggi untuk
disalahgunakan. Dadah ini digunakan untuk
melegakan kesakitan. Morfin adalah serbuk
habluran putih yang diperolehi daripada opiat.
Larutan morfin digunakan dengan cara suntikan
mtravena untuk mendatangkan kesan euforia.
Nama lain bagi morfin ialah Dreamer, Emsel,
First Line, God’s drug, Hows, M.S. Mister,
Blue, Morf, Marpho dan Unkie.
Bagaimana Morfin disalahgunakan?
Secara tradisi, morfin digunakan dalam bentuk suntikan. Tetapi hari ini, dadah
ini didapati dalam pelbagai bentuk yang boleh dimakan/ ditelan.
Kesan pengambilan Morfin yang berlebihan
Berasa sejuk, kulit lembab dan berpeluh, merendahkan tekanan darah,
kesukaran untuk tidur, kesukaran bernafas, kadar dengup jantung yang rendah,
koma dan boleh menyebabkan kematian.
(d) Hydromorphone
Apa itu dadah jenis Hydromorphone?
Salah satu dadah yang dihasilkan
daripada opiat. Nama lain bagi dadah
ini ialah D. Dillies, Dust, Footballs,
Juice dan Smack.
Bagaimana Hydromorphone disalahgunakan?
Boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul dan bentuk lain yang boleh
dimakan. Di samping itu, dadah ini juga boleh didapati dalam bentuk suntikan.
Kesan pengambilan Hydromorphone yang berlebihan
Kesukaran bernafas, koma, tak sedar diri, berasa sejuk, kulit yang lembab dan
berpeluh, tekanan darah dan kadar dengupan jantung yang rendah.
(e) Kodein
Bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi dalam candu serta dihasilkan daripada
morfin (ubat batuk).
Dr. Faridah Hanim Yahya 16 [email protected]
(f) Oxycodone
Apa itu dadah jenis Oxycodone?
Sejenis dadah semi-sintetik yang
dihasilkan daripada opiat. Dadah ini
dihasilkan daripada thebaine, iaitu salah
satu jenis pokok popi. Nama lain bagi
dadah ini ialah Hilibily Heroin, Kickers,
OC, Os, Roxy, Perc dan Oxy.
Bagaimana Oxycodone boleh disalahgunakan?
Dalam bentuk yang boleh dimakan, suntikan, dihisap.
Kesan pengambilan Oxycodone
Tak sedar diri, lemah otot, keliru, kesejukan, sukar bernafas, rendah kadar
denyutan jantung, pengsan, koma dan boleh menyebabkan kematian
6. Dadah Depresen
(i) Apa itu dadah Depresen?
Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan
sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak
sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri
secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah ini
digunakan sebagai ubat penenang, meredakan keaktifan
dan untuk tidur lena. Walaubagaimanapun, ia telah
disalahgunakan oleh para penagih dadah.
(ii) Jenis Dadah Depresen
Pil tidur dan trankulliser (Dormicum, Seconal, Nembutal, Smytal, Quaalude, Miltown,
Norcet, Placity, Valium, Librium, Tauzene, Xamar & Serax).
(iii) Kesan Pengambilan Dadah Depresen
Penagih depresen akan berasa khayal, peluh berlebihan, terhoyong-hayang dan juga
pengecilan anak mata. Penggunaan yang regular menyebabkan toleran dan kebergantungan
berpanjangan. Manakala dos yang berlebihan boleh menyebabkan pernafasan terhenti dan
akhirnya kematian.
(iv) Kenapa Penyalahgunaan Dadah Depresen Merbahaya?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kecelakaan jalanraya dan
kemalangan, gejala penyakit mental seperti keresahan yang melampau, kemurungan dan
psikosis. Ia juga menyebabkan keletihan yang kronik, tidak dapat tidur, perubahan
penglihatan, cenderung untuk membunuh diri, dan juga ketagihan yang melampau.
Dr. Faridah Hanim Yahya 17 [email protected]
7. Dadah Halusinogen
(i) Apa itu dadah Halusinogen?
Dadah jenis Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan
deria (sensory perception) dan pandangan visual. Dadah ini akan menyebabkan ilusi sehingga
amat susah membezakan antara yang benar dan yang tidak benar. Penyalahgunaan dadah ini
akan menyebabkan halunisasi.
(ii) Jenis Dadah Halusinogen
(a) Salvia Divinorum
Adalah sejenis herba dalam spesis pokok pudina yang disalah gunakan untuk
tujuan mendapatkan kesan halusinogen. Nama lain bagi herba ini ialah Maria
Pastora, Sally-D dan Salvia.
Bentuk daun Salvia Divinorum
Menyerupai pokok pudina. Pokok ini
boleh mencapai ketinggian 3 meter,
mempunyai daun hijau yang lebar dan
bunga putih.
Bagaimana Salvia Divinorum disalahgunakan?
Boleh dikunyah, dihidu atau diwapkan.
Kesan Pengalahgunaan Salvia Divinorum.
Kesan psikik termasuk persepsi tentang cahaya yang terang, warna-warna
yang terang, bentuk dan pergerakan badan. Ia juga boleh menyebabkan takut
dan panik, ketawa yang tidak boleh dikawal dan kesan halusinogen.
(b) Contoh dadah Halusinogen yang lain
LSD (Lysergic Acid Diethylamide), DMT (Dmethythyptamine), PCP
(Phencyclidine, ‘Angel Dust’), meskalin, Psiosibin & Psilosin dan KETAMIN.
8. Designer Drugs
(i) Apa itu Designer Drugs?
Sejenis dadah yang dihasilkan melalui penyelidikan dan eksperimen menggunakan struktur
dadah yang telah sedia ada. Kebiasaannya, dadah ini meniru kesan dadah yang popular
seperti kokain, morfin atau kanabis, dengan menggunakan bahan kimia yang terdapat dalam
Dr. Faridah Hanim Yahya 18 [email protected]
pasaran. Dadah yang dihasilkan mempunyai kesan yang sama seperti dadah asli tetapi
struktur kimia dadah yang dihasilkan adalah berbeza.
(ii) Contoh Designer Drugs.
(a) Synthetic Cathinones atau “Bath Salts”
Apa itu Synthetic Cathinones?
Synthetic Cathinones adalah dadah
sintetik yang dihasilkan menggunakan
bahan kimia yang dihubungkan
dengan cathinone, iaitu sejenis bahan
yang didapati daripada pokok “khat”.
Pokok ini banyak didapati di Afrika
timur dan selatan Arab. Daun pokok
ini dikunyah untuk mendapatkan
kesan stimulan, namun kesan
pengambilan dadah Synthetic
Cathinones adalah lebih kuat
kesannya kepada penagih dadah.
Bentuk dadah
Serbuk berwarna putih atau coklat dan dijual dalam plastik kecil. Dadah ini
juga boleh didapati dalah bentuk kapsul. Juga dikenali sebagai bath salts,
plant food, jewelry cleaner atau phone screen cleaner.
Cara Pengambilan
Boleh ditelan, dihisap dan melalui suntikan.
Kesan Pengambilan
Sama seperti kesan pengambilan dadah methamphetamine dan kokain.
(b) K2/ Spice
Apa itu dadah K2/Spice?
K2 atau Spice adalah sejenis designer drugs sintetik yang dihasilkan melalui
eksperimen tentang struktur dadah marijuana. Dadah marijuana yang asli
mempunyai bahan kimia yang dikenali sebagai THC (delta-9-
tetrahydrocannabinol), manakala dadah K2 atau Spice mempunyai bahan
kimia yang dihasilkan yang dipanggil cannabinoids. Dadah synthetic
marijuana adalah bukan organik tetapi dihasilkan menggunakan bahan kimia
melalui kaedah eksperimen. Dadah ini juga dikenali sebagai synthetic
cannabis, fake pot, synthetic marijuana, legal weed, herbal incense dan
potpourri.
Dr. Faridah Hanim Yahya 19 [email protected]
Cara Pengambilan K2/Spice
Disembur ke atas bahan tumbuhan yang kering dan dikering supaya boleh
dihisap atau dijual dalam bentuk cecair yang boleh mengeluarkan wap untuk
dihidu atau dihisap menggunakan e-cigarattes atau menggunakan sebarang
peranti yang lain.
Kesan Pengambilan
Kesan yang sama seperti pengambilan marijuana.
(c) Opiod Sintetik (Synthetic Opiods)
Apa itu Opiod Sintetik?
Opiod Sintetik merupakan dadah sintetik yang dihasilkan di makmal yang
meniru struktur dadah asli opiods (seperti morfin dan kokein). Dadah ini
digunakan untuk mengurangkan rasa kesakitan.
Bentuk dadah
Opiod sintetik dihasilkan oleh Clandestinely. Dadah ini ditemui dalam
bentuk serbuk dan telah dikenal pasti pada tutupbotol dan sudu dan di tempat
lain, yang menunjukkan penyalahgunaan bahan-bahan ini sebagai pengganti
heroin atau opioid. Dadah ini juga ditemui sebagai tablet, meniru produk
opiod yang terdapat di farmasi.
Cara Pengambilan
Penyalahgunaan Opiod Sintetik sama seperti penyalahgunaan heroin dan
opiod asli. Kebanyakan daripada opiod sintetik yang dihasilkan secara haram
mempunyai kesan lebih kuat daripada morfin dan heroin dan dengan itu
berpotensi mengakibatkan terlebih dos yang akan membawa maut.
Kesan Pengambilan
Dr. Faridah Hanim Yahya 20 [email protected]
Sesetengah kesan penyalahgunaan opiod sintetik menyerupai kesan
penyalahgunaan opiod seperti morfin, merangkumi relaksasi, keghairahan,
mengurangkan kesakitan, merasa keliru, mengantuk, pening, mual, muntah
dan lain-lain.
9. Steroids
(i) Apa itu Streoids?
Steroid adalah sejenis dadah sintetik yang dihasilkan
daripada testosteron hormon lelaki yang secara
semulajadi yang disalahgunakan dalam usaha untuk
menggalakkan pertumbuhan otot, meningkatkan
prestasi fizikal atau fizikal yang lain, dan
meningkatkan penampilan fizikal. Nama lain untuk
dadah ini ialah Arnolds, Juice, Pumpers, Roids,
Stackers dan Weight Gainers.
(ii) Bentuk Dadah Steroids
Dadah ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tablet, kapsul, titisan cecair, gel, krim,
pelet implan subdermal, suntikan berdasarkan berasaskan air dan yang berasaskan minyak.
Kemunculan produk ini berbeza-beza bergantung kepada jenis dan pengeluar.
(iii) Kesan Pengambilan Dadah Steroids
Kajian kes dan penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa dos steroid anabolik yang tinggi
boleh menyebabkan kesan kepada tingkah laku. Sesetengah individu, penggunaan steroid
boleh mengubah angin (mood ) sesorang. Apabila pengguna berhenti mengambil steroid,
mereka mungkin mengalami kemurungan yang teruk yang akan menyebabkan seseorang
untuk membunuh diri. Penggunaan steroid anabolik juga boleh menyebabkan pergantungan
dan ketagihan psikologi.
Kenapa Anda Perlu Tahu Tentang Jenis Dadah?
Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis dadah kerana sebab-sebab yang
berikut:
(i) untuk mengelakkan ahli keluarga anda daripada terjebak dengan gejala
penyalahgunaan dadah.
(ii) untuk membantu ahli keluarga anda terjebak semula dengan pengambilan dadah.
Dr. Faridah Hanim Yahya 21 [email protected]
Statistik Dadah di Malaysia
(i) Apakah Jenis Dadah yang Paling Banyak digunakan oleh Penagih dadah di Malaysia?
Petunjuk:
*Merujuk kepada Heroin & Morfin.
**Merujuk kepada Ecstasy & Amphetamin.
Ganja : Ganja, Hashish & Marijauna.
Methamphetamin (crystalline): Syabu, Ice & Batu.
Methamphetamin (tablets): Pil Kuda, Pil YABA, Pil YAMA & Pil Bom.
***Termasuk Benzodiazepine, Pil Psikotropik & Eramin5.
****Termasuk Daun Ketum, Depressen, Dissoaciative, Hallucinogens, Inhalan dll.
Data jumlah jenis dadah yang diguna tidak semestinya menyamai jumlah penagih.
Ini kerana terdapat penagih yang menggunakan lebih daripada satu jenis dadah.
Dr. Faridah Hanim Yahya 22 [email protected]
(ii) Siapakah Golongan Majoriti Penagih Dadah?
(iii) Siapakah Golongan Majoriti Penagih Dadah Berdasarkan Etnik?
Dr. Faridah Hanim Yahya 23 [email protected]
(iv) Negeri manakah yang Mempunyai Majoriti Penagih Dadah?
(v) Kenapa guna dadah?
Dr. Faridah Hanim Yahya 24 [email protected]
(vi) Berapa jumlah penagih dadah bagi kes yang berulang?
Dr. Faridah Hanim Yahya 25 [email protected]
Dr. Faridah Hanim Yahya 26 [email protected]
Apa itu Ketagihan Dadah?
Ketagihan adalah penyakit otak yang kompleks dan kadang-kadang tidak terkawal. Ketagihan
dadah dikaitkan dengan keinginan kepada dadah dan menggunakan dadah tersebut secara
berterusan walaupun kesan pengambilan dadah boleh memusnahkan hidup penagih dadah.
Ketagihan juga penyakit yang berkembang iaitu, ia biasanya bermula pada masa remaja atau
bahkan kanak-kanak dan boleh bertahan seumur hidup jika tidak dirawat.
Kesan penyalahgunaan dadah berpunca daripada lonjakan besar dan pantas dalam dopamin.
Dopamin ialah neurokimia yang merangsang perasaan keseronokan dan memotivasi tingkah
laku. Dopamin yang dihasilkan secara "tergesa-gesa" dari penyalahgunaan dadah, boleh
meniru rangsangan yang menyenangkan seperti penglihatan atau bau makanan. Pendedahan
yang berulang kepada lonjakan dopamin yang disebabkan oleh dadah mempunyai akibat
buruk yang akhirnya membantutkan tindak balas sistem dopamin kepada rangsangan setiap
hari. Oleh itu, dadah mengganggu hierarki keperluan dan keinginan biasa seseorang dan
menggantikan keutamaan baru yang berkaitan dengan pengambilan dan penggunaan dadah.
Kenapa Ketagihan Dadah adalah Penyakit Otak?
Penyalahgunaan dadah juga mengganggu litar otak yang terlibat dalam ingatan dan kawalan
terhadap tingkah laku. Ingatan terhadap pengalaman mengambil dadah seperti rakan dadah,
tempat atau benda-benda yang berkaitan dengan pengambilan dadah sebelumnya, boleh
mencetuskan keinginan kuat terhadap dadah tersebut. Di samping itu, tekanan juga menjadi
faktor kuat untuk keinginan terhadap dadah. Kawasan otak bahagian depan (frontal) yang
terjejas adalah apa yang diperlukan oleh seseorang untuk mengawal kawalan keinginan dan
emosi.
Itulah sebabnya ketagihan adalah penyakit otak. Litar ganjaran seseorang tidak dapat bersaing
dengan ganjaran menikmati makanan, keluarga, dan rakan-rakan. Manakala, keupayaan
untuk mencari dan menggunakan dadah semakin mendesak. Akhirnya dadah kehilangan
keupayaannya untuk memberi ganjaran, tetapi otak pula menyebabkan ketagihan seseorang
diteruskan. Penyelidikan perubatan menunjukkan dua sebab utama ketagihan fizikal.
Pertama, sel-sel menyesuaikan diri dengan dadah dan, kedua, metabolisme seseorang akan
menjadi lebih cekap. Untuk sel, dadah yang digunakan akan menjadi suatu cara hidup. Setiap
kali seseorang menggunakan dadah, darah akan membawa ke setiap sel dalam badannya dan
sel-sel ini akan menyesuaikan serta berkembang untuk menjangkakan dos ini mengikut jadual
yang ditetapkan.
Sel-sel seseorang belajar mengatasi pelbagai dadah dengan mempertahankan diri terhadap
kesan toksik dadah tersebut. Dinding sel-sel mengeras untuk mengekalkan kestabilan dan
mengurangkan kerosakan toksik. Tetapi sel-sel menjadi sukar untuk berfungsi jika
penggunaan dadah yang berterusan. Maka, toleransi seseorang terhadap dadah akan
bertambah. Dalam jangka masa panjang, bagaimanapun, dinding sel memecah. Pada ketika
ini, sel-sel tersebut bukan sahaja kehilangan keupayaannya untuk menjaga toksin tetapi juga
tidak dapat mengekalkan nutrien penting. Kebanyakan sel akan berhenti berfungsi secara
keseluruhan atau mula berfungsi secara tidak normal. Ini menyebabkan organ penting
(jantung, otak, hati, atau paru-paru) dan keseluruhan sistem sel gagal berfungsi.
Dr. Faridah Hanim Yahya 27 [email protected]
Kenapa Daya Ketahanan Seseorang Terhadap Dadah Berbeza?
Seperti kebanyakan penyakit lain, ketagihan terhadap dadah dipengaruhi oleh pelbagai faktor,
dengan faktor genetik, alam sekitar, dan perkembangan. Faktor genetik mempengaruhi
kelemahan individu terhadap ketagihan dadah. Di samping itu, unsur-unsur budaya
persekitaran sosial turut mempengaruhi seperti kejiranan, sekolah, keluarga dan kumpulan
rakan sebaya.
Adakah Ketagihan Dadah boleh Dirawat?
Sumber: Volkow, N.D., et al. 2001. Journal of Neuroscience 21:9414–18.
Dengan rawatan yang menghalang penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine (METH),
otak yang diubahsuai oleh dadah tersebut dapat dipulihkan kepada sekurang-kurangnya
beberapa fungsi otak yang sebelumnya, seperti gambaran di atas ini. Menggunakan ujian
yang dipanggil Positron Emission Tomography (PET), kita boleh mengukur tahap
pengangkut dopamin atau dopamine transporters (DAT) di kawasan otak yang menjadi
penunjuk fungsi sistem dopamin. Penyalahgunaan METH (tengah) memperlihatkan tahap
DAT (kuning dan hijau) yang sangat berkurangan, yang kembali ke hampir normal bagi
tempoh yang berpanjangan (merah dan kuning).
Apa itu Relapse?
‘Relapse’ adalah apabila individu yang telah bebas daripada dadah untuk suatu tempoh masa,
kembali kepada penggunaan dadah tersebut. Tidak kira sama ada tempoh bebas daripada
dadah ini baharu atau lama. Jika individu itu kembali kepada penggunaan dadah, maka dia
akan dirujuk sebagai ‘relapse’.
Adakah Relapse Suatu Kegagalan?
Relapse bukan suatu kegagalan tetapi sebaliknya suatu yang menjadi kebiasan walaupun
ianya sangat mengecewakan, baik bagi penagih dadah itu sendiri, maupun kaum keluarga
atau waris serta rakan-rakan. Namun, relapse dianggap sebagai sebahagian daripada proses
pemulihan daripada penggunaan dadah. Pakar-pakar perubatan mendapati bahawa relapse
berfungsi sebagai suatu peluang yang penting bagi individu dan ahli keluarga yang terlibat
dengan ketagihan dadah untuk sembuh kerana punca relapse serta cara untuk mengelakkan
relapse ini terjadi di masa depan dapat dikenal pasti.
Dr. Faridah Hanim Yahya 28 [email protected]
Adakah Relapse itu Normal?
Walaupun relapse tidak dapat dielakkan, relapse dianggap suatu kebiasaan/ normal. Ramai
penagih dadah mempunyai satu atau lebih relapse sebelum bebas daripada ketagihan dadah..
Ini tidak bermaksud penagih tersebut dan keluarganya berputus asa. Penagih itu perlu
kembali ke rawatan, manakala keluarganya perlu terus menghadiri kumpulan sokongan,
kaunseling profesional, atau kedua-duanya.
Kadang-kadang relapse berlaku ketika individu itu telahberjaya menjalani pemulihan untuk
bebas daripada ketagihan dadah. Individu tersebut merasa sihat, yakin, dan / atau "sembuh"
dan percaya bahawa dia sudah bersedia untuk kembali ke penggunaan dadah yang biasa
diambilnya. Sebaliknya, relapse akan berlaku kerana ketagihan dadah dapat mengubah fizikal
otak seseorang menyebabkan indidvidu tersebut tidak lagi dapat menggunakan dadah dalam
cara yang terkawal.
Apakah yang Perlu Dilakukan Apabila Relapse Terjadi?
Perlu merujuk kepada pakar perubatan, terutamanya mereka yang pakar dalam
penyalahgunaan dadah. Golongan ini adalah aset yang sangat penting semasa relapse terjadi.
Mereka boleh membantu individu mempelajari teknik untuk mengawal perasaan, memberi
tumpuan pada masa kini, dan menggunakan sokongan daripada orang lain.
Apakah tanda-tanda relapse?
Ahli keluarga perlu mengenal pasti tanda-tanda relapse.
(i) Apabila di Rumah
• hilang minat kepada aktiviti keluarga
• tidak menghormati peraturan keluarga
• tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan
• mendera secara lisan atau fizikal
• penambahan atau pengurangan selera makan
• kehilangan barang berharga atau duit
• tidak balik ke rumah tepat pada waktu
• tidak memberitahu ke mana pergi
• memberi banyak alasan
• menghabiskan banyak masa dalam bilik tidur
• berbohong tentang aktiviti yang dilakukan
• mencari barang-barang tertentu seperti rokok kertas gulung, paip, sisa ubat-ubatan,
plastik beg dan lain-lain.
(ii) Jika Individu Tersebut Masih Bersekolah
• penurunan gred secara tiba-tiba
• ponteng
Dr. Faridah Hanim Yahya 29 [email protected]
• hilang minat terhadap pembelajaran
• tidor dalam kelas
• prestasi kerja tidak memuaskan
• tidak membuat kerja rumah
• melawan pihak berkuasa
• tidak suka kepada sukan atau aktiviti kokurikulum
• kurang ingatan dan penumpuan
• tidak memberitahu tentang aktiviti sekolah dll.
(iii) Tanda-tanda Fizikal dan Emosi
• perubahan kawan
• bau dadah marijuana semasa bernafas atau pada badan
• tingkah laku atau mood yang sukar diterangkan
• bersikap negatif, suka bertekak, paranoid, keliru, cemas
• menjadi ganas terhadap kritikan
• tidak suka berkongsi masalah personal
• tidak gembira seperti dulu
• letih atau hiperaktif
• hilang berat badan atau obes
• kemurungan
• tipu, mencuri
• selalu meminta duit atau mempunyai banyak duit
• penampilan tidak terurus
Kenapa Proses Pemulihan Adalah Sepanjang Hayat?
Relapse bukan suatu kegagalan moral. Relapse adalah sebahagian daripada perjalanan untuk
suatu pemulihan. Individu mungkin merasa gagal semasa proses pemulihan. Tidak kira
kewujudan konflik antara rasa bersalah atau gagal, setiap indidvidu perlu yakin dengan
adanya jalan untuk pemulihan. Individu perlu berfikiran positif, mempunyai sistem sokongan
yang kuat serta motivasi yang mantap, supaya dapat dipulihkan daripada ketagihan dadah.
Oleh itu, faktor yang menentukan kejayaan proses pemulihan ialah mempunyai pengetahuan
yang betul, serta sokongan yang betul termasuk daripada ahli keluarga.
Rujukan
Abdul Ghafar Taib (2010). Dadah strategi dan kawalan di sekolah-sekolah, Ampang: DBP.
Agensi Antidadah kebangsaan (2007). Dadah-Musuh no 1 negara, Thinkers Library Sdn.
Bhd. : Batu caves.
Berhanundin Abdullah, Wan Mohd Yusof Wan Chik, Norizan Abd Ghani, Ahmad Faizol
Ismail & Zulkifli Mohd (2015). Dadah: kemelut keluarga tangani ancaman, Kuala
Terengganu: UniSZA.
Drugs of Abuse (2017). A DEA Resource Guide. Produced And Published By Drug
Enforcement Administration • U.S. Department of Justice (www.dea.gov).
https://www.adk.gov.my/en/ (lamanweb AADK)
National Institute of Drugs Abuse (websites on drugs)
Dr. Faridah Hanim Yahya 30 [email protected]