The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Majalah
PENULIS MILENIAL
-keluaran Februari-

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur_ezzaty_zaini, 2022-07-03 23:13:12

PENULIS MILENIAL

e-Majalah
PENULIS MILENIAL
-keluaran Februari-

PENULIS 2 FEB
MILENIAL

PENULISAN

Menarik minat
golongan muda
untuk membaca

PENULIS MUDA - TEME ABDULLAH
- IDDIN RAMLI
Bahasa Penulisan Kita - MUSTAQIM JIWA

2022

Penulis Milenial Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

KETUA PENGARAH PRAKATA
Nur Qamaria binti Razali
Assalamualaikum warahamatullahi
TIMBALAN KETUA PENGARAH wabarakatuh dan salam sejahtera. Puji
Amanda Fung Pau Pau dan syukur kami sampaikan kepada Allah
SWT yang telah melimpahkan rahmatNya
KETUA EDITOR sehingga Program Pengenalan kepada
Nur Ezzaty binti Zaini Penulisan dan Ilmu-Ilmu dalam penulisan
ini telah menyelesaikan penerbitan
TIMBALAN KETUA EDITOR perdana Majalah E-Magz. Pada
Nur Ilyani binti Rosidi kesempatan ini kami mengucapkan
terima kasih yang sebesar-besarnya atas
EDITOR segala bantuan semua pihak sehingga
Muhammad Muizzuddin bin Md Nasir majalah ini dapat terselesaikan dan
diterbitkan. Semoga penerbitan perdana
PUBLISITI ini dapat memberikan maklumat
Nur Hawa Arisya binti Abd Halim akademik serta maklumat perkembangan
Ilmu penulisan. Kami juga berharap
REKA BENTUK KULIT DAN REKA LETAK HALAMAN majalah ini dapat terbit secara
Nur Ezzaty binti Zaini berkesinambungan. Kami menyedari
Nur Ilyani binti Rosidi sepenuhnya bahawa masih banyak
Amanda Fung Pau Pau kelemahan dan kekurangan dalam
penyusunan majalah ini, baik dari isi
Nur Qamaria binti Razali maupun penulisannya. Oleh itu kritikan
Nur Hawa Arisya binti Abd Halim dan saranan dari semua pihak yang
Muhammad Muizzuddin bin Md Nasir bersifat membangun sentiasa kami
harapkan demi penyempurnaan majalah
DICETAK OLEH ini di masa yang akan datang.


www.limaseroja.com
Legasi Pena Sdn. Bhd.
No. 4 (Tingkat Atas), Jalan Masmuda Satu,
Dataran Dato Syeikh, 01000 Perlis.
No. Telefon: 03-2244 2211 No. Faks: 03-4467 7452

© Hak Cipta Penulis Milenial 2022



Kandungan yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik,

logo dan susunannya, dan bahan-bahan di dalamnya
dimiliki oleh Penulis Milenial 2022.



Tiada bahagian majalah ini boleh diubahsuai, dikeluar
ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau

disiarkan dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa
jua cara, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman

atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada
Ketua Pengarah, Penulis Milenial.

PENULIS MILENIAL  |   01

Penulis Milenial Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

KANDUNGAN 21

3

BIODATA: GALERI
PENULIS MUDA
Teme Abdullah
Iddin Ramli
Mustaqim Jiwa

7

CABARAN DUNIA
PENULISAN

10

PENULIS 'MODEN'

13

INGIN MENJADI
PENULIS CERPEN?

16

LAMAN SASTERA
Perjalanan
Harapan
Kehidupan di Dunia

21

IKLAN TERKINI

PENULIS MILENIAL   |   02

BIODATA

GALERI
PENULIS
MUDA

Galeri yang mengumpulkan kisah
tentang jalan kehidupan penulis-
penulis muda dalam bidang
penulisan.

PENULIS MILENIAL  |   03

Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

PENULIS MILENIAL Setakat ini, penulis telah menulis 8 buah
buku; Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan,
TEME Impian Jalanan, Signature Jalanan,
ABDULLAH Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama,
Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada
Teme Abdullah menggunakan nama samaran yang Iblis, Selamat Tinggal Purnama: Strain
diberikan oleh rakan-rakannya di sekolah iaitu Pertama, dan Selamat Tinggal Purnama:
'Teme'. Nama 'Abdullah' pula ditambah sebagai nama Strain Kedua. Hanya buku pertama
pena penulis. penulis sahaja (Pelukis Jalanan,
diterbitkan pada 2016) yang ditulis ketika
bergelar mahasiswa. Buku-buku yang
lain ditulis selepas menamatkan ijazah.

PENCAPAIAN

Hasil sokongan daripada pembaca dan
rezeki daripada Allah, Teme telah
dianugerahkan dengan beberapa
anugerah dalam bidang penulisan.
Antaranya:
1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-
Berita Harian 2017: Pelukis Jalanan
2) Anugerah Emas Kulit Buku Cantik
PBAKL 2018: Pelukis Jalanan
3) Winner Best Malay Non-Fiction (Best
of MPH 2017): Arkitek Jalanan
4) Buku Umum Terbaik (Kategori
Travelog) Anugerah Buku Negara 2018:
Arkitek Jalanan
5) Anugerah Buku Popular 2019: Arkitek
Jalanan
6) Winner Best of MPH 2019: Impian
Jalanan
7) Winner Best of MPH 2019: Signature
Jalanan

LATAR BELAKANG United Kingdom. Tamat pengajian TAHUKAH ANDA?
ijazah, Teme bekerja di sebuah
Teme mula muncul di internet firma seni bina di London. Teme Abdullah memilih
Sebelum bergelar penulis buku, untuk kekal misteri; tidak
sekitar tahun 2008 sebagai seorang Teme dikenali sebagai Pelukis mahu wajah dan nama
Jalanan yang melukis bangunan- sebenarnya dikenali kerana
penulis blog bertemakan komik bangunan di kota tempat mahu dirinya lebih dilihat
pengajiannya iaitu Kota London. kepada penyampaian dan
dan doodle. Satu hobi yang Walaupun tidaklah terkenal seperti bakat beliau bukan kerana
pelukis-pelukis profesional, cerita siapa dirinya yang sebenar
dilakukan olehnya sebagai pelajar mengenai aktiviti melukisnya
pernah menjadi topik oleh blog- PENULIS MILENIAL   |   04
sekolah menengah. Dilahirkan di blog dan laman web tempatan dan
internasional sehingga mendapat
Selangor, membesar di Selangor, liputan televisyen.

dan menamatkan pengajian

menengah di sebuah sekolah

berasrama penuh (SBP) yang juga

di Selangor. Usai Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM), Teme

menyambung pengajian tinggi

Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di

PENULIS MILENIAL Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160
IDDIN RAMLI
Dengan semangat yang ada pada diri
beliau untuk terus menonjolkan
kemahiran melalui video dan penulisan
telah menjadikan siapa beliau sekarang.
Perkara yang membanggakan atas
pencapaian beliau ialah karya ulung nya
iaitu Hati ke Hati telah berjaya dijual lebih
daripada 25,000 naskhah dan merupakan
Best Seller pada tahun 2020.

HASIL KARYA BELIAU

1) Hati ke Hati ( Best Seller, 2020)
2) Berakhirnya Mendung Kelabu (2021)
3) Noktah yang Memujuk (2021)

''HIDUP TAK SEINDAH MIMPI. HIDUP BUKAN FANTASI
YANG DICIPTA SENDIRI. BERJALANLAH MENCARI HIKMAH

YANG ADA DI DALAMNYA, INSHA-ALLAH BAHAGIA"



-HatikeHati_IDDIN RAMLI

LATAR BELAKANG

Nama penuh Muhammad Iddin Bin Muhammad Iddin Bin Ramli atau
Ramli atau lebih dikenali sebagai yang mesra dengan gelarannya
Iddin Ramli. Dilahirkan pada sebagai Iddin Ramli telah banyak
November 1997. Beliau merupakan menghasilkan karya-karya yang
anak bongsu daripada 3 orang mampu memujuk jiwa yang
adik-beradik. Mendapat pendidikan memerlukan cahaya dan yang
awal di SK Taman Bunga Raya 1. mahukan semangat untuk terus
Beliau meneruskan pengajian pada berdiri dan berlari tempuhi apa
peringkat diploma di KPBKL dalam yang membuat dirinya berhenti.
bidang pengajian islam iaitu Iddin Ramli mula berjinak dalam
pengurusan zakat dan wakaf. bidang penulisan sejak Mac 2019.
Beliau berjaya menamatkan Namun, beliau mula terkenal
pengajiaannya dengan CGPA 3.56 apabila satu video yang dimuat
dan masih dalam perancangan naik ke laman sosialnya telah
untuk meneruskan pengajiaannya mendapat sambutan daripada
pada peringkat ijazah. orang ramai.

PENULIS MILENIAL  |   05

Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

PENULIS MILENIAL

CORETAN HIDUP
MUSTAQIM
JIWA

Pada awalnya, beliau mula Buku tersebut pernah
menceburi bidang penulisan
dengan menggunakan nama memasuki pencalonan MPH
samaran "Serban Putih".
Seorang penulis kelahiran Best of 2019 dan carta MPH
Singapura yang bersemangat
tinggi dalam mewujudkan Bestseller lebih dari 10 kali. HASIL KARYA JIWA
karya-karya penulisan yang
menjadi kegemaran remaja Lebih daripada 10,000 naskah PENULIS MILENIAL   |   06
pada masa kini. Beliau kini
dikenali sebagai Mustaqim Jiwa hasil karya beliau telah berjaya
yang merupakan seorang
penulis dan juga public figure dijual dan dibaca oleh semua
dalam penyampaian mesej
yang positif kepada pembaca. pembaca dari seluruh rantau

dunia. Dengan menggunakan

nama samaran yang baharu

iaitu Jiwa, beliau telah

membawa pesona pemuisi

kepada pembacanya. Keadaan

ini telah membawa kepada

penghasilan sebuah buku

Pada tahun 2016, beliau telah antologi yang pertama berjudul
menerbitkan buku pertama di
bawah penerbit Malaysia. "Teruntuk Langit Yang Bercanda"
Tajuk buku tersebut ialah
"Daielogy". Kemudian, beliau terbitan Nukilan Biruni
menghasilkan sebuah buku
yang berjudul "Terlena di Salah Publication. Kemunculan Jiwa
Syurga". Pada tahun 2019,
beliau telah berjaya mencetak sebagai seorang yang
buku di bawah entiti terbitan
sendiri iaitu Nukilan Biruni membawa pesona pemuisi
Publication. Karya ulung yang
telah diterbitkan di bawah telah menyebabkan beliau
entiti ini berjudul "Ketika Hati
Berfatwa". menempah tempat bagi

namanya dalam kalangan

masyarakat di Malaysia dan

Indonesia. Ini telah membawa

kepada lahirnya sebuah buku

baharu yang berjudul

"Memasang Sayap Yang Patah".

"Sebenarnya bukan waktu yang akan merawat luka
tapi yang akan merawat itulah dirimu sendiri. Bila
kamu memilih untuk melepaskan, seikhlasnya. Bila
kamu memilih untuk memaafkan, jika itu masih
perlu." - Teruntuk Langit Yang Bercanda.

CCAABBAARRAANN DDUUNNIIAA PPEENNUULLIISSAANNPenulisMilenial

Bercita-cita hendak memiliki sebuah buku atau karya solo sendiri pada suatu hari nanti ialah impian
setiap penulis. Alangkah bahagianya apabila penulis berjaya menulis sebuah buku yang didambakan
selama ini, lebih-lebih lagi di hadapan kulit buku ada tertera nama penulis sendiri.

Meskipun begitu, terdapat cabaran dan risiko yang perlu diketahui serta ditempuhi oleh setiap
penulis dalam dunia penulisan ini. Menulis bukan cuma mengejar deadline dan menyiapkan
manuskrip yang terperam ataupun terbengkalai.

Pada awalnya, menulis ini sangatlah seronok kerana cabarannya tidaklah terlalu besar. Namun
setelah itu, cabaran dan risikonya boleh jadi terlalu tinggi terutama sekali bagi penulis-penulis baharu
yang memasang niat dan bercadang hendak menulis buku sendiri.

Berikut merupakan tujuh cabaran yang perlu dipersiapkan oleh setiap penulis buku dan
seterusnya. Di antaranya;

2. Laburkan wang yang banyak.

1. Cari penerbit buku yang sesuai. Manuskrip boleh dihantar kepada
syarikat buku yang
berkemungkinan besar kurang
penulis ataupun tidak perlu
melaburkan wang. Malahan, anda
akan mendapat pulangan royalti
yang cukup lumayan. Berbanding
penulis yang memilih
menerbitkan buku secara
swaterbit, terdapat kos yang
perlu ditanggung sendiri
merangkumi kos bacaan pruf,
kulit buku, layout dan cetakan
buku mengikut anggaran buku
yang hendak dikeluarkan.

Selepas sahaja selesai menulis, penulis perlu mencari penerbit buku untuk Menerbitkan buku secara
menerbitkan karya mereka. Dalam hal ini, penting untuk anda mengetahui swaterbit sebenarnya lebih
penerbit yang bagaimana yang layak untuk menerbitkan karya anda. mudah berbanding menghantar
Jika anda menulis buku-buku berkaitan agama anda perlu mencari penerbit kepada penerbit besar yang
buku yang menerbitkan berdasarkan genre anda. Jika anda menulis buku memakan masa berbulan-bulan
novel, semestinya anda menghantar novel anda kepada penerbit yang lamanya untuk menilai karya anda
mencari karya-karya novel. layak diterima ataupun ditolak.
Jika anda memilih langkah
Selain daripada itu, anda perlu mengetahui format dan syarat yang secara swaterbit, bersiap
ditentukan dalam setiap karya oleh penerbit. Ini bagi mengelakkan karya sedialah dalam melaburkan
anda ditolak secara mentah-mentah kerana tidak mematuhi piawaian yang wang dalam ribuan ringgit.
ditetapkan. Sebagai contoh, Telaga Biru mempunyai syarat yang agak ketat
iaitu setiap karya yang dihantar wajib diletakkan sumber rujukan seperti ayat
Al-Quran dan nombor hadis.

Oleh itu, rajinlah dalam mencari penerbit dan membaca peraturan-peraturan
yang ditetapkan di laman web syarikat penerbitan masing-masing.

PENULIS MILENIAL  |   07

CCAABBAARRAANN DDUUNNIIAA PPEENNUULLIISSAANNPenulisMilenial

3. Berani menjual buku.

Buku penulis ialah tanggungjawab penulis. Jangan segan dalam
mengiklankan karya-karya anda di media sosial walaupun karya tersebut
tidak laku keras seperti penulis-penulis bestseller yang naskhahnya terjual
sehingga angka empat.

Ia memerlukan proses yang perlahan dalam merealisasikan impian
sebagai penulis buku yang ingin dikenali oleh orang ramai. Setiap penulis
mempunyai pengikutnya masing-masing. Mungkin karya anda diminati
sebahagian pembaca. Oleh itu, teruskan usaha menyebarkan manfaat
melalui buku-buku yang telah dihasilkan.

4. Sedia bersaing.

Dalam dunia pembukuan ini telah melahirkan penulis-penulis yang berbakat.
Oleh kerana itu, penulis perlu bersaing antara satu sama lain terutama
sekali dari sudut pemasaran buku. Lebih-lebih lagi penulis baharu yang
masih kurang didengari namanya oleh penggemar buku. Maka tenaga anda
mesti lagi kuat untuk mempromosikan karya-karya anda. Kekal aktif dalam
memperkenalkan buku terbaharu melalui platform-platform yang lain.

5. Sedia dikritik.

Penulis dikritik adalah perkara biasa yang kerap terjadi apabila buku
anda sudah berada dalam pelukan pembaca. Selera pembaca ada yang
berlainan. Sesetengah pembaca mungkin berpuas hati dan sebahagian lagi
kurang menyukainya. Akhir sekali mereka memilih untuk mulai mengkritik
anda.

Kritikan terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, kritikan yang
membina. Kedua, kritikan yang tidak membina.

Kritikan yang membina meliputi kritikan yang positif dalam rangka
menasihati penulis untuk membuat penambahbaikan. Sementelahan kritikan
yang tidak membina pula termasuk kritikan yang mengandungi unsur-unsur
mencela penulis dan komen negatif misalnya.

Bagi penulis, pilih dan terimalah kritikan yang pertama untuk anda
mengemaskini dan mencantikkan lagi karya anda pada edisi yang akan
datang. Kritikan Kedua ini, anda tutup mata sahaja dan biarkan mereka
bersorak serta buktikan bahawa anda ialah penulis yang jujur dan matang.

PENULIS MILENIAL   |   08

CCAABBAARRAANN DDUUNNIIAA PPEENNUULLIISSAANNPenulisMilenial

6. Buat perkongsian buku.
Penulis yang mahu bukunya dibeli, mestilah
memperkenalkan buku mereka kepada pembaca.
Antara cara memperkenalkan buku anda ialah dengan
menulis ulasan sedikit dan keistimewaannya.
Di samping itu, menerima pelawaan live bagi kupasan
buku daripada pihak-pihak tertentu. Tujuannya adalah
supaya karya anda semakin mendapat perhatian luas baik
melalui tulisan mahupun lisan. Penulis tidak boleh malas
dalam berkongsi menghebahkan karyanya.

7. Tidak mudah berputus asa.
Semangat menulis buku ini pada awalnya mencapai
kemuncak yang amat dahsyat dan luar biasa.
Walaupun begitu, ada kalanya sesetengah penulis
berasa tidak ada lagi keinginan menulis dan
berputus asa disebabkan faktor-faktor seperti
kekurangan idea, karya ditolak dan buku tidak laku
lantas membolehkan penulis terkena serangan block
writers.

Menulis buku memerlukan perjuangan mental dan fizikal. Kedua-duanya mesti diseimbangkan
supaya minat menulis tidak pudar daripada menukang. Jauhi sebab-sebab yang boleh mengekang
hajat anda menulis buku.
Jika anda menulis kerana tidak mampu melepasi ujian ini suatu saat nanti anda mungkin tidak
mahu berkarya lagi.
Tuntasnya, tetaplah berkarya meskipun dihujani ujian berlipat ganda. Menulis dengan tekad yang
kuat bukan hanya untuk mengejar populariti di dunia. Menulislah untuk dijadikan bekalan di
akhirat kelak, iaitu dengan cara mengajak manusia kepada kebaikan melalui helaian-helaian kertas.

PENULIS MILENIAL  |   09

PENULIS 'MODEN' Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

PENULIS MILENIAL

Saya ingin
menjadi penulis
'moden'!

"Penulis adalah satu karier yang sentiasa 'ever
green', biarpun perubahan zaman dan teknologi
terus berlaku. Penulis masih menjadi satu karier
yang relevan untuk diimpikan - Cik Milah

Dahulu, jika sebut mengenai Malah kini, ia tidak lagi Saya lebih suka kumpulan
penulis mungkin ia hanya tertumpu kepada penulis yang penulis yang kategori ‘kreatif’ ini
merujuk kepada ‘penulis’ yang hanya menghasilkan buku-buku atau saya gelarkan mereka
menulis buku dan seni-seni novel, cerpen dan yang lebih penulis ‘moden’. Walaupun
sastera. Dalam Kamus Dewan bersifat kesusasteraan. penulis blog atau penulis iklan
Edisi Keempat, penulis merujuk Profesion penulis semakin sudah pun menjadi satu
kepada orang yang menulis, popular kerana ia telah sumber pendapatan bagi
pengarang, penyair, penyajak, ‘terpecah’ kepada medium- individu yang gemar menulis
dan wartawan. medium lain terutamanya sejak dari wujudnya internet
dalam medium media sosial atau akhbar, namun kini ia
Bagaimanapun, zaman kian mahupun digital. Namun tidak semakin menjadi popular
berubah definisi penulis dan dapat dinafikan isu title ‘penulis’ dengan kemunculan istilah-
pemahaman mengenai ini juga sering mendapat istilah bersesuain dengan
seseorang yang bergelar penulis pertikaian di kalangan keperluan pada masa kini.
juga berubah. Boleh jadi penulis sesetengah penulis senior. Penulis moden juga kini boleh
adalah penulis blog, penulis digelar influencer mikro kerana
ikhlan, penulis kandungan web, Bagi saya, jika menulis dijadikan mampu mempengaruhi
dan sebagainya. Malah dalam sebagai satu profesion dan khalayak hanya melalui
dunia digital marketing atau sumber pendapatan walaupun penulisan mereka.
pemasaran digital ia lebih tidak menerbitkan mana-mana
dikenali dengan pelbagai nama buku, novel dan sebagainya ia Menjadi penulis moden, ada
‘canggih’ lain seperti Ads masih digelar penulis. Itu bakat sahaja tidak mencukupi.
Specialist, Content Creator dan realitinya! Ia perlu diseimbangkan dan
sebagainya, di mana ia adalah dimasukkan elemen-eleman
orang berkemampuan menulis. yang membolehkan anda
menjadi rebutan dan sesuai
dengan pasaran pekerjaan pada
zaman kini.

Sumber: cikmilah.com

PENULIS MILENIAL   |  10

PENULIS 'MODEN' Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

PENULIS MILENIAL

4 tips menjadi
penulis 'moden'!

Ini adalah antara empat tips yang boleh anda pertimbangkan jika anda mahu menjadi penulis ‘moden’
secara serius.

BINA LAMAN WEB ATAU BLOG MULA MENULIS

Jika anda mahu menjadi Kebanyakkan blogger yang Sekarang masanya anda menulis
penulis moden, anda perlu mahu menjadi menulis dengan lebih serius. Jika pada
fikirkan di paltform mana sebagai kerjaya memilih mulanya anda ketandusan idea,
yang akan digunakan untuk WordPress disebabkan ia jangan berputus asa. Teruslah
menerbitkan penulisan anda. lebih profesional, prestasi menulis mengenai hobi, percutian,
yang lebih optimum serta atau pengalaman anda sendiri di
Saya pasti ramai yang mahu pengendalian yang agak laman blog anda.
mudah.
jadi penulis bukan sekadar
Saya sarankan anda memilih
mempunyai minat tetapi plan yang berbayar. Anda Hal ini penting, untuk anda mula
boleh membina domain atau menarik trafik ke laman web atau
untuk menjana pendapatan dikenali alamat blog sendiri blog bagi tujuan menjana
dan meningkatkan SEO. pendapatan secara pasif melalui
secara sepenuh masa Malah anda akan mendapat “Google Adsense”, Nuffnang dan
lebih banyak kelebihan untuk sebagainya. Selain itu, trafik ini
ataupun sampingan. membantu anda menjana diperlukan untuk anda menyertai
pendapatan. program affiliate seperti Involve
Keputusan membina blog Asia dan Accesstrade Malaysia.

atau website adalah pilihan

yang tepat.

Namun anda perlu

mempunyai satu tapak untuk

menguruskan kandungan Malah, dengan menulis anda akan

(content management) mula dapat memperbaiki

supaya penulisan anda boleh kemahiran dan membina gaya

dibaca oleh ramai orang. Di penulisan yang diperlukan pada

Malaysia terdapat dua tapak zaman ini. Dengan cara ini

yang sangat popular di penulisan anda akan semakin

kalangan blogger iaitu bertambah menarik dan

blogger dan WordPress. memenuhi keperluan-keperluan

SEO yang lain. Apa pun yang paling

penting penulisan anda dapat

menjadi rujukan dan menjadi

penyelesaian kepada masalah

pembaca.

PENULIS MILENIAL  |   11

PENULIS 'MODEN' Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

PENULIS MILENIAL

PILIH NICHE ATAU TEMA

Sekarang anda lebih faham kehendak dan keperluan dalam penulisan blog. Tiba masanya
anda memilih niche yang bersesuaian dan mengikut minat.
Kenapa perlu memilih tema berdasarkan keperluan dan minat?

Hal ini kerana, ia sebagai satu cara untuk menarik prospek untuk mula mengenali dan
mendekati anda. Ia juga akan membolehkan anda mendapat lebih banyak pendapatan.
Mungkin sebagai penulis kandungan web secara sambilan, penulis iklan di laman media sosial
seperti Facebook,Instagram dan sebagainya.

Malah menulis artikel berkaitan minat, anda boleh mengelakkan dari masalah kekeringan idea
dan mula merasa tertekan. Situasi ini perlu dielakkan supaya anda tidak akan berputus asa!

Pada tahap ini, pastikan penulisan anda semakin baik dan berkualiti. Pastikan setiap baris ayat
dan perkataan yang digunakan adalah sesuai dan betul. Anda juga boleh masukkan fakta-fakta
atau sumber rujukan. Ini penting untuk memastikan penulisan anda lebih dipercayai dan
menjadi rujukan.

KUASAI ILMU DIGITAL MARKETING

Mahu atau tidak, ilmu digital marketing atau pemasaran digital perlu anda kuasai.
Sekarang adalah dunia digital, dan semua perniagaan perlu berubah seiring dengan
perkembangan teknologi. Justeru pemasaran digital menjadi satu keperluan dalam setiap
perniagaan.

Di Malaysia sejak pandemik Covid19 pada tahun 2020, peniaga mula mengambil langkah
memilih perniagaan dalam talian atau digital untuk terus relevan dan survive.
Malah permintaan terhadap penulis-penulis ‘moden’ seperti content writer, copy writer dan
sebagainya mula meningkat.

Namun, penulis ini perlu mempunyai kemahiran atau penguasaan dalam ilmu digital
marketing. Oleh itu, jika anda mahu mendapat tempat dan menjana pendapatan kemahiran ini
perlu dikuasai dengan segera.

Hadiri seminar, dan aplikasikannya dalam karier penulis moden anda. Bagaimana?
Anda boleh cuba menulis copy dan mengambil upah!
Bagaimana pun permulaannya, anda perlulah menambah ilmu dalam dunia penulisan ‘moden’
dan menguasai cara mengendalikan tapak sistem pengurusan kandungan dengan lebih
berkesan supaya dapat memudahkan anda sebagai penulis ‘moden’.

Sumber: cikmilah.com

PENULIS MILENIAL   |  12

INGIN MENJADI PENULIS CERPEN? Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

Kemahiran Penulisan Cerpen? secara keseluruhan. Penulis dikehendaki
melengkapkan cerita dengan penggunaan
Menulis cerpen atau cerita pendek bilangan perkataan yang terhad.
memerlukan kemahiran bagi dapat
mencipta cerpen yang berkualiti dan 7 TIPS UNTUK PENULIS BARU
berkesan sehingga minda pembaca tidak
dapat melupakannya. Ia bukan sekadar 1. MENCARI IDEA
bercerita tetapi juga tentang penguasaan
teknik kemasan cerita secara ringkas, padat, Langkah pertama dalam peringkat
jelas, tetapi masih mampu menimbulkan penulisan cerpen ialah mencari idea untuk
kesan yang baik kepada pembaca. sesebuah cerita yang akan kita tulis. Bagi
penulis cerpen baru, mencari idea yang tidak
Andaian penulis baru mengenai perlu terlalu rumit, cari idea dari perkara
cerpen. yang mudah, kumpul cerita dari
pengalaman, dari perkara yang pernah lalui
Ramai di antara penulis cerpen baru yang dalam kehidupan seharian atau dari realiti
beranggapan menulis cerpen itu mudah yang dekat dengan kehidupan sendiri. Ini
kerana penulisannya agak pendek. Namun akan memudahkan proses mencari idea
sebenarnya cerpen mempunyai pelbagai bagi penulis cerpen baru.
cabaran akan dihadapi apabila penulis perlu
dapat mengekalkan kependekkan ceritanya
tanpa mengurangkan kesinambungan

PENULIS MILENIAL  |  13

INGIN MENJADI PENULIS CERPEN? Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

2. GUNAKAN GAYA BAHASA MUDAH CIRI-CIRI KHAS CERPEN
(CERPEN KONVENSIONAL)
Penulisan yang menggunakan gaya bahasa
mudah yang mudah difahami oleh pembaca Singkat, padu, intensif (ada
akan menjadikan cerpen kita lebih berkesan. perkara yang ditekankan)
Selain itu, tips bagi penulis cerpen baru dari Ada adengan, watak, gerak.
segi penggunaan gaya bahasa ialah Bahasa tajam dan menarik
menggunakan gaya bahasa sendiri. Gaya Interpertasi pengarang kepada
bahasa sendiri ini bermaksud gaya bahasa kehidupan
yang biasa kita gunakan dalam penulisan Dapat menimbulkan satu kesan
atau ketika bercerita. Tidak perlu tergesa- Menarik perasaan pembaca
gesa atau memaksa untuk menggunakan Penggambaran jelas pada
gaya bahasa penulis cerpen terkenal kerana peristiwa yang dipilih
semuanya memerlukan proses dan mulalah Ada cerita/persoalan utama,
dengan apa yang boleh kita lakukan. watak utama, latar dan suasana

3. TUMPUKAN PERENGGAN PERTAMA Sumber: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Perenggan pertama adalah perenggan
pembukaan yang sangat penting dan akan
mempengaruhi keseluruhan siri cerita. Di
sinilah yang akan menentukan sama ada
pembaca akan membaca penulisan kita
sehingga habis ataupun tidak. Perenggan
haruslah tidak terlalu rumit, ringkas, boleh
difahami. Namun, ianya perlulah tetap
menarik agar pembaca terdorong untuk
terus membaca cerpen yang tersebut.

4. CIPTA JALAN CERITA DAN PLOT 5. TUMPUKAN PERENGGAN PENUTUP

Penulis tidak perlu terlalu bersusah payah Tidak kurang pentingnya daripada
dengan jalan cerita dan plot cerita. Tulis perenggan pertama, perenggan penutup
sahaja apa yang ada dalam kepala terlebih sesebuah cerpen akan menjadi sangat
dahulu mengenai rentetan cerita penting dan menentukan sama ada cerita
berdasarkan idea utama yang telah kita boleh terkesan baik di mata pembaca
ditentukan. Seterusnya diikuti dengan dan akhirnya boleh memberi kesan di mata
tuliskan penceritaan demi penceritaan, pembaca atau malah boleh memusnahkan
dialog demi dialog, kerana kemudiannya semua rentetan cerita yang penulis bina
jalan cerita dan plot akan terbentuk dengan kerana perenggan penutup yang tidak baik.
sendirinya dan proses penulisan akan Pengakhiran yang baik akan mempengaruhi
berjalan dengan lancar. cerpen menjadi cerpen yang baik juga.

PENULIS MILENIAL   |  14

INGIN MENJADI PENULIS CERPEN? Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

SILANG KATA 6. MEMBUAT SUNTINGAN

UNSUR YANG PENTING MEMBANGUNKAN PLOT: Peringkat penyuntingan atau mengedit
merupakan peringkat yang tidak boleh
Melintang: ditinggalkan oleh setiap penulis terutama
sekali pada penulis cerpen yang baru belajar
1.Urutan kronologi diganggu seketika dengan mula menulis. Peringkat penyuntingan
“memanggil” semula perkara yang sudah adalah penting dalam sesebuah karya agar
berlaku dapat menghasilkan karya yang paling
bagus. Proses penyuntingan juga berguna
2.Salah satu pendekatan tegangan dengan untuk memperbaiki penulisan penulis
memberi penanda kepada pembaca tentang seperti kesalahan penulisan, kesalahan
sesuatu yang bakal terjadi. tanda baca, struktur ayat, pemilihan diksi,
ketepatan tatabahasa.
3.Perubahan yang tiba-tiba, biasanya lucu, biasa
atau remeh di akhir cerita setelah idea yang 7. BERLATIH MENULIS CERPEN
lebih penting / serius disampaikan.
Cara terbaik untuk menghasilkan penulisan
Menegak: yang baik dan menjadi mahir menulis
adalah dengan sentiasa berlatih menulis.
1.Memberi situasi di luar jangkaan yang biasa Jadikan penulisan sebagai kebiasaan atau
rutin harian agar terbiasa dengan penulisan
diramalkan pembaca, selainmengelakkan dan akhirnya akan menjadikan penulisan itu
lebih baik dari semasa ke semasa. Apa yang
kebosanan mereka. perlu dilakukan oleh penulis cerpen baru
ialah menulis, menulis dan terus menulis
2.Situasi yang berlaku kepada watak yang berada serta seimbangkan dengan pembelajaran
menulis secara konsisten sehingga mahir.
dalam pemilihan dan terpaksa melakukan

keputusan yang mungkin tepat atau tidak tepat.

3. Ketidakpastian jangkaan tentang

perkembangan cerita selanjutnya, terutamanya

apa yang akan berlaku seterusnya apabila

sesuatu konflik berlaku.

JAWAPAN
Melintang:

1.Imbas kembali
2.Imbas muka
3. Anti-klimaks

Menegak
1. Kejutan
2. Dilema
3. Tegangan



PENULIS MILENIAL  |   15

LAMAN


SASTERA

Koleksi penulisan sastera
untuk bacaan umum.

PENULIS MILENIAL   |  16

P ERJALANAN





Kaki terus melangkah
Tanpa henti memijak kawat berduri
Berbagai rintangan telah dihadapi
Bagaimanakah pengakhiran yang dinanti


Sabar menjadi kunci
Ilmu menjadi bekal dalam perjalanan
Dan pengalaman menjadi penasihat sejati
Dalam dunia yang penuh fantasi


kerana kita sedari
Setelah kegagalan akan ada kebahagiaan
Kegagalan adalah pembelajaran menuju
kejayaan
Aku yakin
Aku pasti mampu


Kegagalan yang aku hadapi selama ini
Kesulitan yang menghampiriku saat ini
Kini telah kembali perlahan menjadi setitik
cahaya
Cahaya yang akan selalu bersinar terang
Meski hanya seorang diri di dunia sekarang


Jika hidupku masih panjang
Aku ingin melakukan sesuatu untuk orang
tersayang
Meski kecil tapak tangan dan nyaris tak berarti
Namun mampu dikenang hingga akhir hayat
Bahkan hingga aku berpindah pada dimensi
yang lain


Percayalah
Meski kehidupan tak seindah yang diimpikan
Tak sejalan seperti yang diinginkan
Mungkin ini adalah takdir Tuhan
Yang mengajar kita erti kehidupan
Dan memberi kita segala yang didoakan




Nur Qamaria Binti Razali



PENULIS MILENIAL  |   17

Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H Nur Ezzaty Binti Zaini
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

HARAPAN




Sang waktu berlalu tanpa disedari
Kehidupan bergerak semakin tak

menentu
Kita kian sibuk dalam pergerakan
Sehingga lupa akan sebuah pesan



Jati diri berganti jubah metropolitan
Tidak ada lagi teman mahupun kawan

Yang ada hanyalah kepentingan
Kepentingan yang membunuh seribu

harapan



Hati terasa remuk
Langit seakan runtuh
Kapal belabuh terkoyak badai

kehidupan
Angin hempaskan segala harapan
Dan meninggalkan angan-angan

kehampaan



Tidak mungkin semua ini berlaku
Segala keringat telah diberikan
Segala usaha telah dikerahkan

Sekuat tenaga melangkah menuju
harapan

Namun kenyataan hempaskan impian
di pertengahan jalan



Apakan daya hanyalah manusia biasa
Tak memiliki kuasa dalam
menentukan

Mungkin ini cara Tuhan untuk
memberi pesan

Agar merubah Haluan dalam mencapai
tujuan

Atau hanya sekadar ujian
Bagi ketegaran hati dalam mencari

sang Ilahi

PENULIS MILENIAL   |  18

Kehidupan Di Dunia

Kehidupan di dunia Cinta Diri terasa sunyi
Kadang kala indah bagai bulan Ibarat lautan terbentang Takut mengikut kata hati
purnama Kasihnya tetap ketepian Risau tersungkur lagi
Kadang kala menyakitkan bagai tiba Semakin cuba diselami Berilah ku peluang
gerhana Semakin dalam hati merasai Seketika ini
Hati yang berdetik Semakin banyak yang dijumpai Izinkan diri
Namun mulut tetap terkunci Kasihnya tiada ganti menemui apa yang dicari
Tidak mampu melafazkan Tidak juga berbelah bagi risau tidak berkesempatan
Yang tersurat di hati Lelaki dilain kali
Kerana jendela bibir terkunci rapi Sungguh sukar difahami Deruan ombak dipantai
Jiwa meratap pedih Ibarat hujan dipadang pasir kadang kala membingitkan
Perasaan menagih kasih Bagai gelora di hujung muara angin yang menderu
Orang yang dinanti Kadang kala datang tanpa diduga terasa seperti ada yang menyeru
Datang bagaikan mimpi Tiba-tiba pergi tanpa disangka adakah ini petanda pada sesuatu?
Hinanya diri Inikah ironinya? Diri ini keletihan
Diperlakukan sebegini Peribadinya lelaki Tanda noktah yang dihajatkan
Bagai tiada erti Diibarat seumpama perdana Namun tanda soal yang diketemukan
Umpama hilang perasaan hati Kelakuan tiada beza Dimana pengakhiran sebuah persoalan
Termenung kuseketika Apa yang dituju juga serupa Kenyataan yang dicari
Dilamun mimpi khayalan yang tak Wanita sahaja yang tegila-gila Dari awal diri mempercayai
sudah Bagai terjumpa air di padang pasir Ia bakal memberi kesan yang pahit dalam
Diri masih tertanya-tanya Hendak dijamah risau kehabisan diri
Kemana hilangnya kemanisan di Tidak dirasa diri pula kehausan Bagaimanapun kenyataan harus dihadapi
dunia Keluhan kesal Walau pahit ranjau berduri
Kunci yang dicari sering menghantui diri Berilah pengakhiran pada semua ini
Hilang tetap tak ditemui tidak mengerti Wujudkanlah kesempatan
Kaki yang melangkah kedepan kemana kaki melangkah pergi Agar dapatmenjernihkan keadaan
Tiba-tiba tersisir ke belakang Pandangan jauh kedepan Supaya tidak tehimpit penyesalan
Bagai hidup tiada penghujung namun sering tersasar di persimpangan Semoga semua persoalan
Umpama bunga hilang wanginya hati yang berbisik Dijawab dengan sebuah kemenangan
Ibarat daun tiada hijaunya namun jiwa tidak terdetik Agar jiwa merasa tenang dimasa depan
Dunia yang berputar sengaja diabaikan risiko didepan Kumohon
Namun kaki tidak terlangkah kerana kabahagiaan yang dijanjikan Insan disisi
Masa yang berlari Perjuangan diri masih di persimpangan Menghargai perasaan hati
Namun jiwa masih terhenti musuh sekeliling sorak kegembiraan Melindungi diri ini
Umpama memijak diawangan tatkala diri tersungkur dari batasan Menjaga sehingga nafas terakhir
Bagai berlari dikayangan manusia serupa Semoga pertemuan ini
Ibarat ada dalam tiada namun pemikiran yang berbeza Memberi ku nafas kembali
Dicapai tapi tidak terasa jalan yang dilalui Ku berjanji
Digenggam namun terlepas jua terasa bagai berduri Dirimu takan ku khianati
Ibarat diri bayang-bayang bila diri tidak lagi dihargai Dan ku mengharap
Yang berpijak di bumi nyata Kaki yang melangkah Dirimu memahami perasaan ini
Diri tinggal tanda Tanya terasa beratnya Menunaikan janji yang kau lafazsi
Beginikah dunia? otak yang mengkaji Kuberdoa hubungan ini terpatri
Yang selama ini dikejar berhenti keletihan Dua jiwa menjadi satu hati
Namun tak pernah ditemui apa lagi yang terlepas dari pandangan? Pada saat izin berwali
Beginikah hidup? Hijaunya bumi Tika ijab bersaksi
Yang selama ini diterokai Tidak dapat menyejukan Hanya padamu ku menanti
Namun masih menjadi misteri Birunya laut
Apa yang harus diingati masih lagi tidak dapatmenenagkan Nukilan:Zulika Amira
Yang pergi takan ada lagi gunung-ganang yang tersergam
Yang wujud bakal tiba pengganti gagal membangkitkan
Yang tinggal tetap jua kembali sawah ladang yang terbentang
Misterinya kehidupan.. tetap jua menghalang pandangan
Makin ditanya apa maknanya semua ini
Makin banyak persoalan naluri hati telah tersimpul mati
Makin diteroka hendak ditanya
Makin banyak rasia namun pada siapa
Apa yang dikata ingin dijawab
Telah lama tersirat dijiwa tiada pula soalannya
Apa yang dicari bingungnya diri
telah lama ditemui kekiri tidak
apa yang dibenci kekanan jauh sekali
sebenarnya paling disayangi kedepan terhenti
itulah berundur kebelakang
kenyataan diri tiada erti
kebenaran yang ditemui betul katanya..
sengaja disembunyi didepan ada yang menunggu
lagi dicari.. namun simpang mana yang harus ku
tuju?

PENULIS MILENIAL  |   19

Lakrimasi ialah anugerah

ciptaan Tuhan agar

manusia dapat meluahkan

rasa bahagia dan duka

tanpa perlu kosa kata yang

paling tepat untuk

mewakilkan rasa.

- jiwa

Jangan diceritakan
terlalu banyak
perihal dirimu
kepada manusia,
kerana lebih banyak
mereka kenali
lebih lama
mereka merenung
kekurangan itu.
Ingat tidak semua
telah bersedia
atau mau untuk
berenang di dalam
lautanmu.

PENULIS MILENIAL   |  20

Edisi Februari - Bil. 10/2022/1443H
KK 900-11562-1832 . ISSN 1237-6160

IKLAN

TERKINI

PENULIS MILENIAL  |   21



Bahasa Penulisan Kita Penulisan Milenial
Edisi Februari

2022


Click to View FlipBook Version