TUGASAN 2
SISTEM EJAAN
RUMI
SITI NURUL ASYIQIN BINTI
SHAHRONI
SEJARAH PERKEMBANGAN
EJAAN RUMI
PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
CABARAN SISTEM EJAAN RUMI
PADA MASA HADAPAN
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa merupakan
satu lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk
melahirkan perasaan atau fikiran. Manakala tulisan pula
merupakan hasil daripada menulis, sesuatu yang ditulis atau cara
menulis. Tulisan muncul apabila manusia mengkaji kaedah untuk
menyampaikan fikiran atau perasaan melalui lambang atau
tulisan supaya difahami oleh diri sendiri atau orang lain. Oleh hal
yang demikian, muncul pelbagai tulisan yang berbeza sistem
ejaan. Bahasa Melayu mempunyai dua jenis tulisan iaitu tulisan
jawi dan Rumi.
2.0 SISTEM EJAAN RUMI
2.1 perkembangan sistem ejaan rumi sebelum merdeka.
Pada awal abad ke-20, keperluan sistem ejaan Jawi semakin
merosot. Lantaran itu, keperluan sistem ejaan Rumi meningkat
dan menjadi sangat penting. Hal ini demikian kerana, bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
negara. Berikutan dengan itu, sistem ejaan Rumi disusun menjadi
teratur dan seragam serta lebih mudah difahami pada masa itu.
Terdapat beberapa sistem ejaan Rumi yang pernah diguna pakai
iaitu sistem ejaan Wilkinson, sistem ejaan Zaaba, sistem ejaan
Fajar Asia dan sistem ejaan Rumi Kongres.
Sistem ejaan Walkinson bermula pada sekitar tahun 1902. Pada
Ketika itu, kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil
langkah untuk membuat sebuah jawatankuasa ejaan yang
dipimpin oleh R.J. Walkinson yang merupakan ketua sekolah-
sekolah pada Ketika itu. Beliau dilantik untuk menguruskan
perancangan ejaan pada kali pertama di Tanah Melayu. Ejaan
Wilkinson diperkenalkan berdasarkan rumusan daripada
Romanised Malay Spelling dan diterbitkan dalam bentuk laporan
pada bulan Oktober 1904. Sistem ejaan Walkinson digunakan
secara meluas di sekolah-sekolah umum. Malah, sistem ejaan ini
juga diterapkan dalam semua kamus dan penerbitan dari karya
Wilkinson sendiri dari tahun 1901 hingga tahun 1940-an.
Seterusnya muncul sistem ejaan Za’ba yang membuat
penambahbaikan kepada sistem ejaan Wilkinson. Zainal Abidin
Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Za’ba adalah pengasas
sistem ejaan Za’ba. Pada Ketika itu, sistem ejaan Rumi Za’ba telah
digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. terdapat beberapa
buku tatabahasa yang dikarang oleh beliau seperti Pelita Bahasa yang
mempunyai tiga siri yang dikeluarkan pada tahun yang berlainan.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan daripada sistem
ejaan ini. Misalnya, pengejaan yang digunakan masih terikat dengan
sistem ejaan Wilkinson dan suka difahami. Oleh hal yang demikian,
kelemahan yang ada dan kaedah penggunaan yang beraneka itu telah
menggalakkan beberapa pihak untuk menghasilkan beberapa sistem
ejaan baru rumi pada sekitar tahun 1940 hingga 1959.
Sistem ejaan Fajar Asia diterbitkan di Singupura bermula pada tahun
1943 yang digunakan dalam majalah dwimingguan Fajar Asia.
Majalah ini adalah dibawah pimpinan Zainal Abidin bin Ahmad
sebagai pengarang. Sistem ejaan Fajar Asia didapati adalah sistem
yang pertama dalam inisiatif untuk menyatukan ejaan rumi bahasa
Melayu dengan ejaan rumi Indonesia jika dilihat dari aspek pengejaan
kata dan cara penulisan keharmonian vocal.Sistem ejaan Fajar Asia
juga menjadi ejaan rasmi oleh Angkatan Sasterawan 50 yang
ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Penulis-penulis Melayu memikirkan
kewajaran untuk bergerak dalam pertubuhan agar mendapat
kesepakatan dalam politik, bahasa dan sastera Melayu.
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
yang pertama telah berlangsung di Singapura. Seterusnya pada
tahun 1954 telah berlangsung kongres yang kedua dan yang
berikutnya di Singapura dan Johor Bahru. Isu ejaan rumi
menjadi utama pada Kongres Bahasa dan Persuratan yang
ketiga. Daripada kongres itu, peserta kongres telah
menambahbaik beberapa pembaharuan yang lebih terperinci
dan lebih jelas. Pada tahun 1956, system ejaan Kongres telah
diluluskan dan dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu. Misalnya, system fonologi diterima sebagai
sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik. Selain itu, kata-
kata daripada bahasa asing hendaklah disusun pengejaannya
berdasarkan fonologi Melayu.
2.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka.
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972
Perubahan semasa telah menyebabkan sistem ejaan baru
untuk bahasa melayu serta bahasa Indonesia berjaya dalam
segala kegiatan pelengkap bagi semua sistem ejaan. Perdana
Menteri Malaysia pada Ketika itu ialah YAB Tun Abdul Razak bin
Dato’ Hussein telah merasmikan sistem ejaan rumi Bahasa
Melayu bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. Pengistiharan serentak antara kerajaan Malaysia dan
republik Indonesia telah mempersetujui penggunaan sistem
ejaan yang digunakan sehingga kini. Terdapat enam aspek
uatama sistem ejaan Rumi 1972 iaitu:
·mempunyai huruf vokal, diftong dan huruf konsonon
·mempunyai pola keselarasan vokal
·terdapat penulisan kata bahasa Melayu sebagai penulisan
rangkai kata
·penggunaan huruf besar dan huruf kecil
·penggunaan tanda bacaan di dalam ayat
·penulisan partikel lah, kah, pun dieja berangkai dengan
perkataan sebelumnya
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau Balai Pustaka ialah
sebuah jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada
22 Jun 1956. Jabatan ini ditubuhkan untuk memartabtkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa ilmu. Sejarah telah mencatatkan bahawa DBP
ditubuhkan di Johor Bharu sebagai sebuah jabatan kecil
dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1957,
DBP berpindah ke Kuala Lumpur. DBP dinaik taraf manjadi
sebuah badan berkanun dibawah Ordinal Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959. Malah DBP diberi kuasa autonomi misalnya
menggubal dasar yang khusus.
Peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi
adalah memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam
bahasa kebangsaan. DBP telah melakukan beberapa program
dengan giat untuk melahirkan penulis-penulis bahasa Melayu.
Program seperti Minggu Penulis Remaja telah dilakukan
dengan lebih giat oleh DBP. Program ini dilakukan untuk
melahirkan generasi baharu dalam bidang kesusasteraan
Melayu. DBP juga menerapkan penganugerahan untuk
menggalakkan para sasterawan muda untuk menerokai bidang
ini. Justeru, mereka akan mampu menguasai dan
memperkukuhkan ilmu kesusasteraan melalui sistem ejaan
rumi. Oleh hal yang demikian, peranan DBP untuk
menyeragamkan ejaan rumi adalah melalui kemajuan bidang
kesusasteraan yang lebih tertumpu kepada penulis-penulis
muda iaitu pelajar-pelajar.
Membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-
istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan juga
merupakan peranan DBP dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi. DBP telah mendukung penggunaan bahasa
kebangsaan di setiap peringkat pendidikan iaitu melalui
pergerakan kegiatan peristilahan sebagai bahasa pengantar
di sekolah rendah, sekolah menengah serta di peringkat
institut pengajian tinggi. Kerjasama antara DBP dengan
institut pengajian tinggi awam telah banyak menubuhkan
Jawatankuasa Istilah (JKI) untuk mengumpul, membentuk,
dan mengembangkan istilah dan ejaan Bahasa Melayu dalam
bidang sains.Perancangan korpus ini telah berkembang pesat
sekali dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi dan
sebutan.
Peranan DBP dalam menyeragamkan system ejaan rumi
juga adalah mengeluarkan lebih banyak karya-karya
penulisan. DBP perlu mencetak, menerbitkan, atau
memberikan bantuan dalam usaha mencetakkan dan
menerbitkan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus dan
lain-lain. Penerbitan yang dikeluarkan adalah merupakan
bentuk persuratan atau bahan ilmiah dalam bahasa
kebangsaan. Hal ini demikian kerana DBP adalah sebuah
organisasi yang terbesar di Malaysia. Selain itu, DBP juga
telah mencetak banyak bahan-bahan ilmiah dan buku-buku
dalm tulisan rumi dan diedarkan untuk sekolah-sekolah. DBP
juga menerbitkan banyak buku-buku kesusasteraan Melayu
dalam tulisan rumi. Hal ini telah membuktikan peranan DBP
dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi malah telah
memberi impak yang besar dan bagus dalam bidang
kesusasteraan dan pendidikan di Malaysia.
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA
HADAPAN
Pada era globalisasi ini, terdapat banyak cabaran sistem
ejaan rumi namun cabaran pada masa hadapan lebih
mencabar. Antara cabaran pada masa hadapan adalah
cabaran dari segi penggunaan kosa kata bahasa Melayu.
Jika dilihat pada hari ini, masyarakat sekarang
menggunakan ejaan perkataan yang tidak betul seperti
yang telah ditetapkan. Golongan kanak-kanak kini lebih
membimbangkan kerana mereka merupakan generasi
yang akan menerajui tonggak kepimpinan negara.
Perubahan semasa yang seiring dengan kemajuan terkini
telah menyebabkan banyap pengaruh asing dalam
kehidupan masyarakat kini. Perkara yang lebih
membimbangkan pada masa hadapan adalah kesalahan
yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar kini dalam
penulisan mereka. Sekiranya tidak dibendung dengan
lebih awal, pengunaan ejaan rumi yang betul akan
merosot kerana kebiasaan pelajar-pelajar melakukan
kesalahan.
Di samping itu, cabaran yang bakal ditempuh pada
masa hadapan juga ialah kekurangan pewaris dalam
bidang kesusasteraan Melayu. Hal ini demikian kerana,
mata pelajaran Bahasa Melayu di pandang rendah oleh
masyarakat sendiri. Masyarakat terutamanya pelajar-
pelajar kini menganggap Bahasa Melayu adalah mudah
dan tidak penting untuk mempelajari dan meneroka
dengan lebih terperinci. Jika ditanya soalan berkaitan
dengan sejarah perkembangan Bahasa Melayu sendiri,
mereka tidak tahu. Begitu juga dengan kesalahan yang
kerap kali dilakukan dalam penulisan mereka
terutamanya penggunaan tatabahasa yang betul. Oleh
itu, para sasterawan kini perlu bersedia menghadapi
pelbagai cabaran pada masa hadapan yang mungkin
lebih mencabar daripada kehidupan kini.
5.0 KESIMPULAN
Konklusinya, penggunaan sistem ejaan Rumi telah
bermula daripada kedatangan pengruh penjajah
Inggeris yang mula bertapak di Tanah Melayu. Oleh
sebab itu tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi.
Tulisan rumi juga melalui beberapa peringkat
sebelum sistem tulisan rumi sekarang digunapakai.
Terdapat banyak perubahan dan penambahbaikan
dalam penggunaan sistem ejaan rumi yang sudah
dikira mantap kini. Namun begitu, seiring dengan
peredaran masa, tidak mustahil bahawa akan
terdapat pembaharuan sistem ejaan rumi pada masa
hadapan kelak. Sebarang kemungkinan boleh
berlaku, jadi setiap masyarakat perlu bersiap sedia
terhadap segala perubahan atau penambahbaikkan
yang bakal dibuat oleh pihak yang
bertanggungjawab.