The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1114-2-nurul, 2023-04-20 06:19:32

TUGASAN 4 TULISAN KHAT

TUGASAN 4 TULISAN KHAT

BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI


SEJARAH TULISAN KHAT DAN JENISJENIS KHAT


SEJARAH TULISAN KHAT


0 PENDAHULUAN 1 Tamadun sesebuah bangsa telah bermula dengan seni tulisan begitu juga dengan tulisan Arab yang bermula sebelum kedatangan Islam iaitu kurun ke-17 sebelum masihi. Menurut Flinders Petrie, penemuan manuskrip yang dijumpai di Syria dan Palestin adalah lebih mirip serta hampir kepada tulisan Arab dan disokong oleh Albright iaitu penulisan abjad serta aksara yang lebih baik ditemui sekitar 1450 sehingga 1550 sebelum Masihi (Zamri Ba’labka 1981). Tulisan Arab mengalami perkembangan bersama-sama dengan bahasa dan gaya penulisan mereka. Bahasa di dalam alQuran juga menggunakan bahasa Arab yang terbaik dan mempunyai kaedah dan Imla' penulisan yang sistematik. Namun begitu, tarikh sebenar timbulnya tulisan dan huruf arabiyah ini tidak dapat dipastikan. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa sewaktu kebangkitan Islam tulisan yang dapat dikesan sebagai jenis khat Musnad telah sampai kepada kaum Quraisy. Daripada bangsa Hirah tulisan Nabti wujud seterusnya diajarkan kepada penduduk Hijjaz.


TULISAN DI ZAMAN SEBELUM, DAN SELEPAS ISLAM 02 Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab menulis tanpa menggunakan seni khat yang rapi dan cantik seperti digunakan pada hari ini. Tulisan Arab juga merupakan asas wujudnya pelbagai jenis khat yang cantik dan berseni. Terdapat enam jenis tulisan yang mempengaruhi gaya khat Arab malah kesemua tulisan tersebut digunakan untuk catatan sebelum dan pada awal kebangkitan Islam dan gaya serta bentuk tulisan yang digunakan adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Sebelum zaman Perdana Menteri Hajjaj Yusuf al-Saqafiy di era empayar Muawiyyah iaitu Khalifah Marwan Bin Hakam, tulisan Arab tidak berbaris serta tidak bertitik, begitu juga mushaf alQuran yang digunakan oleh orang Arab ketika itu masih Khat Kufi Mushaf. Setelah kerajaan Islam berkembang ke luar tanah Arab, timbul beberapa masalah dalam pembacaan al-Quran iaitu di wilayah-wilayah Islam yang baru bukanlah berbangsa Arab dan mereka tidak bercakap dalam bahasa dan dialek masing-masing. Tulisan khat yang digunakan dalam al-Quran adalah sukar untuk dibaca. Justeru itu, berlaku pertikaian bagi masyarakat Islam yang bukan berbangsa Arab.


Oleh hal yang demikian, Perdana Menteri Hajjaj Yusuf al- Thaqafiy telah memerintah seorang penulis bernama Abi aswad al- Du'ali untuk mencipta kaedah serta penulisan yang memudahkan panganut Islam ketika itu untuk memahami bahaasa al-Quran. Jelaslah bahawa pada pemerintahan kerajaan Islam Bani Umayyah, keindahan seni khat masih belum bermula. Walaupun begitu, keindahan tulisan khat bermula semasa akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah dan di awal pemerintahan bani Abbasiyyah. Pada zaman sebelum Islam dan zaman Rasulullah SAW, khat kufi digunakan sehinggalah berlaku pembbaharuan dalm seni penulisan khat. hal ini juga membuatkan tulisan khat yang lebih cantik dan berseni telah berkembang semasa empayar kerajaan Umayyah.


PERKEMBANGAN KHAT 03 Seni khat melalui zaman perubahan seiring dengan pembaharuan serta evolusi yangg berlaku dalam tulisan Arab. Perubahan seni khat telah menghasilkan pelbagai gaya dan jenis tulisan khat. Perkembangan agama Islam telah menyebabkan tulisan Arab yang asalnya digunakan oleh orang Arab sahaja turut mempengaruhi penulisan dan pertuturan warfa setempat wilayah Islam bukan di Tanah Arab sahaja. Sebagai contoh, bangsa Maghribi telah memperkenalkan satu jenis gaya tulisan khat iaiatu kaht kufi Maghribiy yang mirip dengan khat kufi. Perkembangan tulisan Arab berlaku dengan hebat dan seterusnya melahirkan pelbagai jenis dan gaya tulisan khat untuk mencantekkan lagi seni khat. Tulisan khat digunakan bukan sahaja sekadar tulisan pada dokumentasi rasmi kerajaan, namun tulisan khat juga digunakan sebagai hiasan dindingdinding masjid, bangunan kerajaan, rumah persendidiran dan pelbagai lagi.


JENIS-JENIS KHAT


01 KHAT NASAKH Khat Nasakh dikatakan seni yang berasal dan berkembang daripada tulisan Arab asli. Sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammas SAW, khat Nasakh ini berasal daripada khat Arami, Nabati dan kemudiannya dikenalai sebagai khat Hijazi. Ibnu Muqlah bersama dengan saudaranya Abdullah telah meperhalus dan mencipta satu kaedah serta Ibnu Muqlah menamakan sendiri khatnya ini sebagai al-Badi' namun lebih dikenali sebagai Nasakh oleh orang ramai. Pada krun kelima, khat ini menjadi terkenal serta terus diminati dan dipelajari secara meluas. Satu proses iaitu proses pengindahan menyeluruh telah dilalui oleh kahta ini pada zaman pemerintahan Atabikah dan disebabkan sumbangan itu juga ada yang menggelar kaht ini sebagai Khat Nasakh Atabik. Pada ketika itu, Khat Kufi digantikan dengan Khat Nasakh dalam penulisan al-Quran. Malah telah tersebar di Timur dan Barat dunia Islam dan menyebabkan Khat Kufi mula dilupakan dan kurang diminati.


CONTOH KHAT NASAKH CONTOH KHAT NASAKH 1 CONTOH KHAT NASAKH 2 daripada petikan ayat alQuran.


KHAT KUFI 02 Khat Kufi adalah khat yang terkenal selain daripada Khat Nasakh. Kufi diambil daripada nama bandar di Mesopotamia iaitu al-Kufiah . Khat Kufi mempunyai ciri-ciri seperti bersegi, tegak dan bergaris lurus atau berbentuk geometri yang cantik diukir pada mozek, jubin dan batu pada bangunanbangunan. Kufi Andalusi (di Andalusia, 753 Masihi) Kufi Fatimi (Mesir, 909-1171 Masihi) Kufi Ayyubi ( Mesir, Syria, dan Yaman, 1169-1360 masihi) Kufi Mamluki (Mesir, 1250-1571 masihi) kHat Kufi adlah asas kepada khat Arab yang berubah dairpada bentuk asalnya kepada lebih yang berbunga-bunga dan berdaun. Khat kufi ini mempunyai identiti sendiri kerana hanya ditulis oleh penulis khat yang berjiwa seni sahaja. Khat Kufi ini telah menerima empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya iaitu: 1. 2. 3. 4.


CONTOH KHAT KUFI


KHAT THULUTH 03 Thuluth bermaksud satu per tiga (1/3) serta khat ini dinamakan sebegitu kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran kebar menyamai satu pertiga lebar mata pen. Khat ini dikenali sebgai Ummul Khutut (ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran. Khat ini sukar dsan memerlukan kemahiran yang tinggi pada setiap huruf. Thuluth bermaksud satu per tiga (1/3) serta khat ini dinamakan sebegitu kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran kebar menyamai satu pertiga lebar mata pen. Khat ini dikenali sebgai Ummul Khutut (ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran. Khat ini sukar dsan memerlukan kemahiran yang tinggi pada setiap huruf. Khat Thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali manakala 2mm ialah Thuluth Aadi. kHat ini dapat dilihat dalam kepingan0- kepingan seni dan hasil kerja seni yang lain


CONTOH KHAT THULUTH


KHAT DIWANI 04 Pada zaman pemerintahan kerajaan Uhmaniyah, satu jeis khat telah diciptakan oleh Ibrahim Munif iaitu Khat Diwani. Beliau mencipta kedah dan menentukn ukuran tulisan khat Dawani. Khat Dawani ini digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat menyuratrasmi dan pada masa sekarang digunakan untuk menulis watikah, sijil dan untuk hiasan. Terdapat dua jenis khat Diwani iaitu Diwani biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum). kHat Diwani Biasa lebih banyk digunakan oleh penulis-penulis berbanding dengan khat Diwani Mutarabit. Khat ini berbentuk bulat dan melengkung. Khat Diwani ini juga ditulis secara lembut dan mudah dibentuk mengikut kehendak penulis.


CONTOH KHAT DIWANI KALIGRAFER ADNAN SYEIKH KALIGRAFER JAWAD SIBTI


KHAT RIQ'AH 05 Khat Riq'ah adalah tulisan pantas serta ditulis di atas daripada garisan lurus melainkan beberapa aksara huruf sahaja yang ditulis daripada atas garisan kebawah daripada garis. Khat ini diperkenalkan semasa era kerajaan Turki Othmaniah semasa pemerintahan Sultan Abd al-Majid Khan iaitu pada tahun 1280 Hijrah. Muntaz Bik merupakan penulis khat yang pertama menulis gaya Khat Riq'ah.


CONTOH KHAT RIQ'AH


KHAT FARISI @ NASTA'LIQ 06 Khat Farisi juga dikenali sebagai Khat Ta'liq merupakan gaya khat yang agak berbeza dengan khat yang lain dari segi penulisan dan kocondongannya. Kecondongan Khat Farisi ini lebih ke kiri daripada atas menjadikan seni tersebut agak unik. Menurut pandangan Afif al- Bahnasiy (1979), Khat Farisi mula ditulis oleh Hasan al-Farisi sekitar abad ke-4 Hijrah. Khat Farisi ini menjadi tulisan utama bagi bangsa Farsi serta mempengaruhi bangsa Hindi.


CONTOH KHAT FARISI KARYA ADNAN SYEIKH USMAN KARYA BADAWI DIRANI


CONTOH TULISAN KHAT DIGITAL


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version