The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifalishahumaira, 2023-01-03 07:45:49

Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka

Keywords: Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

SEJARAH TAHUN 4

TOKOH TERBILANG
KESULTANAN MELAYU

MELAKA

PERANAN DAN KEJAYAAN TOKOH-TOKOH
KESULTANAN MELAYU MELAKA

NAMA : ALISHA FARZANA BINTI MOHD HAZRI
KELAS : 4 MARIKH

GURU MENGAJAR : CIKGU YUSUF BIN MUHARAM

PENDAHULUAN Pendahuluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menyampaikan
taklimat serta memberi maklumat untuk membuat kajian sejarah ini.

Kajian kes ini adalah untuk membincangkan tentang peranan dan kejayaan tokoh-tokoh yang telah menyumbang
kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kemasyuran dan kebijaksanaan tokoh terbilang di Melaka
menjadikan Melaka sebuah empayar yang dibanggakan dan menjadi sebuah kuasa yang besar suatu ketika dahulu.
Selain itu, murid juga mengetahui maksud tokoh terbilang, menyatakan struktur masyarakat, mengkategorikan peranan
sultan, bendahara dan laksamana dalam kesultanan Melayu Melaka.

Tujuan kajian kes ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid untuk mengkaji, mengenali,
menghayati, menganalisis serta menghargai tokoh-tokoh yang terbilang dalam Kesultanan Melayu Melaka. Murid-murid
juga dapat menyatakan tentang struktur masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dari golongan pemerintah
dan golongan yang diperintah. Dengan ini, murid-murid akan mengumpul data dari pelbagai sumber untuk menghasilkan
laporan ini.

Kajian ini dilaksanakan dengan harapan supaya pendedahan ini akan melahirkan seorang murid yang arif dan peka
tentang sejarah. Murid-murid dapat memahami tentang struktur masyarakat serta tokoh-tokoh yang mempunyai peranan
dan penglibatan yang besar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Sejarah Tahun 4

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Kajian

Dalam menyiapkan kajian ini saya dapati 3 objektif berkaitan :

01Tokoh Terbilang

Dapat menjelaskan maksud, peranan dan kejayaan
tokoh terbilang dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Struktur 02

Dapat menyatakan struktur masyarakat zaman Kesultanan

Melayu Melaka 03

Peranan

Dapat mengkategorikan peranan sultan, bendahara dan
laksaman dalam Kesultanan Melayu Melaka

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Sejarah Tahun 4

KAEDAH KAJIAN KES

Untuk menyiapkan kajian kes ini, saya telah mnggunakan beberapa kaedah.
Antara kaedah yang di gunakan ialah :

Buku Teks

KESULTANAN MELAYU MELAKA

PETA MELAKA

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Sejarah Tahun 4

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera
raja berasal dari Palembang, Sumatera.

Ketika baginda sedang memburu, berlaku peristiwa ganjil dimana tiba-tiba seekor
pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh kelaut.
Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka,
mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya
peristiwa ganjil itu.

Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;

1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan
angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan
untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.

3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu
api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Sejarah Tahun 4

STRUKTUR MASYARAKAT KESULTANAN MELAYU MELAKA

Objektif : Mengkategorikan struktur masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka.

GOLONGAN PEMERINTAH GOLONGAN DIPERINTAH
Ø Sultan Ø Rakyat
Ø Pembesar Ø Hamba

PENGHULU LAKSAMANA
BENDAHARI Mengetuai Angkatan
Mengurus kewangan tentera laut

negeri

KATEGORI TEMENGGUNG
PEMBESAR Menjaga

BENDAHARA keamanan negeri
Menasihati sultan
Melaka

Dalam struktur masyarakat Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan
yang diperintah. Setiap golongan mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Kesimpulannya, tanggungjawab,
sumbangan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap golongan dalam melaksanakan peranan masing-masing menjadikan
Melaka sebuah empayar yang kuat dan pusat perdagangan utama.

STRUKTUR MASYARAKAT KESULTANAN MELAYU MELAKA

SULTAN PEMBESAR RAKYAT HAMBA

(Bendahara, Laksamana, Temenggung)

GOLONGAN PEMERINTAH GOLONGAN DIPERINTAH

1 2 3 4

Pemerintah tertinggi Dilantik oleh sultan. Penduduk Melaka. Orang suruhan sultan dan
pembesar.
dalam pentadbiran Membantu sultan dalam Pengikut setia kepada Bilangan hamba
melambangkan ketinggian
negeri. pentadbiran negeri. sultan dan pembesar status dan kekayaan
pemiliknya
Simbol perpaduan rakyat.

TOKOH TERBILANG

MAKSUD TOKOH TERBILANG

Tokoh terbilang merupakan individu yang dihormati
dan disanjungi oleh masyarakat

Antara tokoh terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka :-

Ø PARAMESWARA
Ø SULTAN MUZAFFAR SHAH
Ø SULTAN MANSUR SHAH
Ø SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH
Ø BENDAHARA TUN PERAK
Ø LAKSAMANA HANG TUAH

CIRI-CIRI TOKOH TERBILANG

Tokoh terbilang memainkan peranan yang penting serta memberikan sumbangan yang besar dalam kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka. Kegigihan tokoh terbilangan menjadikan Melaka sebuah empayar yang kuat dan terkenal di Alam Melayu.

Antara ciri-ciri tokoh terbilang dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah :

BERPENGARUH DIHORMATI

CIRI-CIRI AMANAH DAN BERWIBAWA
TOKOH
TERBILANG

BOLEH DI CONTOHI DISEGANI

SUMBANGAN TOKOH TERBILANG

PARAMESWARA 01

MENGASASKAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

02

MEMAJUKAN MELAKA SEBAGAI PUSAT
PERDAGANGAN

SUMBANGAN TOKOH TERBILANG

MUZSUAFLFTAARN SHAH 01

MENGUKUHKAN EMPAYAR MELAKA

02

MELAKSANAKAN SISTEM PERUNDANGAN YANG
TERSUSUN

SUMBANGAN TOKOH TERBILANG

MASNUSLUTRANSHAH 01

MELUASKAN EMPAYAR MELAKA

02

MENJADIKAN MELAKA SEBAGAI PUSAT
PENYEBARAN AGAMA ISLAM DAN PUSAT
PENDIDIKAN

SUMBANGAN TOKOH TERBILANG

RASIULAALYUTAADTNDSIHNAH 01

MENGAMBIL BERAT TENTANG KEAMANAN DAN
KESELAMATAN DALAM NEGERI

02

MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT

SUMBANGAN TOKOH TERBILANG

BETNUDNAPHEARRAAK 01

MENGURUSKAN PENTADBIRAN SECARA
SISTEMATIK

02

MENUNJUKKAN KESETIAAN TINGGI TERHADAP
PEMERINTAH

SUMBANGAN TOKOH TERBILANG

LAHKASNAGMTAUNAAH 01

MEMASTIKAN KESELAMATAN PERAIRAN MELAKA

02

MENJADI UTUSAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

PERANAN DAN KEJAYAAN TOKOH TERBILANG

PERANAN SULTAN MELAKA
Ø Baginda seorang yang mementingkan perpaduan.
Ø Berbincang dengan para pembesar bagi melaksanakan sistem pentadbiran yang

sistematik.
Ø Mengetuai Angkatan tentera Melaka bagi meluaskan jajahan takluknya.
Ø Menerima kedatangan pedagang luar bagi memajukan perdagangan di Melaka.
Ø Menjadi imam semasa sembahyang bagi memartabatkan agama Islam.
Ø Sentiasa memastikan keselamatan, bertangungjawab dan menjaga kebajikan rakyat

dengan membina banyak pondok pengawal dan mengadakan kawalan keselamatan.
Ø Memanggil ulama ke istana untuk mengajar agama Islam bagi menggalakkan

perkembangan ilmu pengetahuan.

KEJAYAAN SULTAN MELAKA
Ø Menjadikan Melaka sebagai pusat pengembangan agama Islam.
Ø Menjalinkan hubungan antarabangsa untuk memajukan Melaka.
Ø Memajukan Melaka sebagai pusat perdagangan yang utama dan dihormati

oleh kerajaan lain.
Ø Berjaya menjadikan Melaka sebuah empayar yang kuat.

PERANAN DAN KEJAYAAN TOKOH TERBILANG

PERANAN BENDAHARA

Ø Menjadi penasihat sultan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan Melaka.
Ø Sebagai penasihat peribadi sultan.
Ø Menjadi ketua pembesar dalam pentadbiran negeri.
Ø Pembantu sultan dalam mengembangkan agama Islam.
Ø Menjadi ketua diplomat, ketua hakim dan mengetuai angkatan perang.
Ø Menjadi pemangku sultan ketika sultan gering atau keluar negara.
Ø Jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh sultan.

KEJAYAAN BENDAHARA
Ø Kebijaksanaannya dalam menyusun strategi sehingga berjaya mempertahankan

kedaulatan Melaka.
Ø Berjaya memperluaskan penguasaan Kesultanan Melayu Melaka sehingga

menjadi sebuah empayar.
Ø Berjaya mententeramkan pengikutnya agar tidak menderhaka terhadap sultan.

PERANAN DAN KEJAYAAN TOKOH TERBILANG

PERANAN LAKSAMAN

Ø Mengetuai angkatan laut Melaka dalam melakukan serangan.
Ø Menjaga keamanan perairan Melaka dan keselamatan para pedagang.
Ø Mengetuai utusan rasmi ke luar negara dan bijaksana dalam mendapatkan sesuatu

yang diamanahkan dan tidak mudah ditipu.
Ø Menjadi duta bagi Melaka.
Ø Seorang yang berani kerana beliau merupakan pengawal peribadi sultan.
Ø Seorang yang taat dan setia kepada sultan demi mempertahankan kedaulatan Melaka.
Ø Mahir dalam ilmu mempertahankan diri.

KEJAYAAN LAKSAMANA

Ø Berjaya menggagalkan cubaan membunuh sultan Ketika di Majapahit.
Ø Berani menyelamatkan bendahara dari orang mengamuk.
Ø Dengan kebijaksanaannya, beliau berjaya melihat wajah Maharaja China dengan

memakan sayur kangkung yang tidak dipotong.

KESIMPULAN Kesimpulan

Tokoh terbilang memberikan sumbangan yang besar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kegigihan tokoh
terbilang menjadikan Melaka sebuah empayar yang kuat dan terkenal di Alam Melayu. Dalam kajian ini, saya dapat
mengenali struktur masyarakat Kesultanan Melayu Melaka yang terbahagi kepada dua golongan. Golongan-golongan
ini berkait antara satu sama lain dan memberikan sumbangan yang bermakna kepada pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka. Pemerintahan pada zaman itu seperti “kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akarnya kerana tanahnya”
bermaksud kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang-orang besarnya, kekuatan orang-orang besarnya kerana
rakyatnya yang bersatu padu.

Kita juga dapat mengetahui maksud dan mengenali tokoh-tokoh terbilang yang memainkan peranan penting
dalam mencapai kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, saya juga dapat mengkategorikan
peranan dan kejayaan tokoh-tokoh terbilang seperti sultan, bendahara dan laksamana.

Oleh itu, kita sebagai rakyat perlu menghargai tokoh-tokoh ini dengan memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat, mengenang jasa mereka serta menjadikan teladan dan semangat juang mereka demi
memartabatkan tanah air.

Semasa melaksanakan kajian kes ini, terdapat nilai-nilai murni yang ada pada tokoh-tokoh terbilang ini.
Antaranya ialah ketaatan terhadap sultan dan Kesultanan Melayu Melaka, bermuafakat dan berunding semasa
membuat keputusan, mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan negeri Melaka dari ancaman
musuh, berusaha dengan gigih demi mencapai sesuatu matlamat, hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Sejarah Tahun 4

LAMPIRAN

Peta 1.1 Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa Peta 1.2 Penyebaran Islam di Asia Tenggara Lampiran

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Sejarah Tahun 4

RUJUKAN Sumber rujukan

Buku teks
Sejarah tahun 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2019, ms;104-115

Laman sesawang
https://cikgufadli.com/sejarah-tahun-4-unit-8-tajuk-5-tokoh-terbilang-kesultanan-melayu-melaka/

https://sejkssrt4t5u89.wordpress.com/2017/08/22/unit-8-tokoh-terbilang/
http://cikgusejarahsekolah.blogspot.com/2015/02/1-tokoh-terbilang-individu-
ang.html#:~:text=Berikut%20ialah%20ciri%2Dciri%20tokoh,Pembesar%20pula%20sebagai%20pelaksana%20pemerintahan.

https://www.youtube.com/watch?v=1LbgNScjbY8
https://www.youtube.com/watch?v=0gAg8_L-92A

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
https://ms.wikipedia.org/wiki/Parameswara

https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzaffar_Shah_dari_Melaka
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuah

http://www.cikgujumrah.com/2021/07/sejarah-tahun-4-unit-8-tokoh-terbilang.html
http://adnin111112.blogspot.com/2015/02/kesultanan-melayu-melaka.html

You tube
https://www.youtube.com/watch?v=Cxe54Wac-jE

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Sejarah Tahun 4

TERIMA KASIH

Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka


Click to View FlipBook Version