INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )
GAYA HIDUP SIHAT
( GHSS3013 )
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: NUR AMY SURAYA BINTI AZMAN
NUR SYAMILIA BINTI MOHD ZAHIR
NO. KAD RASMIYATI ADRIANA AUNI BINTI ROSLAN
PENGENALAN: 990530026714
991119066104
ANGKA GILIRAN: 990503115252
KUMPULAN: 2018192340135
2018192340140
2018192340144
PISMP D7 AMBILAN JUN 2018
NAMA PENSYARAH ENCIK SELVARATNAM A/L NAVARATNAM
AKADEMIK:
TAJUK TUGASAN: TUGASAN 4: LAPORAN PROGRAM
TARIKH SERAHAN: 4 DISEMBER 2021
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
LAPORAN PROGRAM
PROGRAM
“CAKNA MINDA SIHAT”
(AtasTalian)
TARIKH
29 NOVEMBER - 2 DISEMBER 2021
KANDUNGAN 1
1.0 PENGENALAN 11-3
2.0 PERJALANAN PROGRAM 1
3
2.1 SEBELUM 6
2.2 SEMASA
2.3 SELEPAS 64
3.0 REFLEKSI PROGRAM 6
3.1 KEKUATAN
3.2 KELEMAHAN 7
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 74-5
5.0 RUMUSAN 9895
6.0 RUJUKAN 1906
LAMPIRAN 7
1.0 PENGENALAN
Program “Cakna Minda Sihat” yang telah dianjurkan secara dalam talian merupakan satu
platform bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan
mental. Pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk meluaskan pengetahuan tentang
langkah pencegahan dan simptom awal penyakit mental yang digariskan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) serta implikasi buruk kesihatan mental ini individu dan
masyarakat. Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada
masyarakat tentang keadaan kesihatan mental yang semakin membimbangkan dan supaya
dapat memberi kefahaman tentang makna sebenar kesihatan mental kepada masyarakat.
Natijahnya, program ini dilaksanakan supaya dapat membuka minda semua warga
masyarakat tentang isu kesihatan mental yang kian membelenggu penduduk dunia
lebih-lebih lagi di musim pandemik Covid-19 ini.
2.0 PERJALANAN PROGRAM
Program ini dimulakan pada 29 November 2021 - 2 Disember 2021, dari hari Rabu hingga
Ahad. Program ini dijalankan secara dalam talian bagi mendedahkan tentang kepentingan
kesihatan mental yang sememangnya selalu disalah anggap dengan penyakit gila atau tidak
waras. Namun kesihatan mental ini meluas dan terbahagi kepada banyak jenis untuk
diketahui. Melalui program ini, masyarakat akan lebih cakna dan prihatin antara satu sama
lain. Pelbagai program yang telah dirancang untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat
bagi rakyat Malaysia.
2.1 SEBELUM
Program ini telah dirancang oleh tiga orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) bersama seorang pensyarah iaitu Encik
Selvaratnam. Perancangan pada peringkat awal adalah dengan membincangkan
mengenai cara pelaksanaan program yang akan dilaksanakan sewaktu fasa endemik
Covid-19. Disebabkan kekangan untuk bertemu dan penyebaran virus Covid-19 ini,
maka program pameran “Cakna Minda Sihat” dilaksanakan secara atas talian melalui
pelantar seperti Padlet, Instagram, Youtube dan pameran 3D Artsteps.
Secara berkumpulan kami berbincang dan mengerah idea bagi menjayakan
program ini dengan jayanya. Kami menggunakan pelantar WhatsApp dan Google
Meet sebagai medium untuk komunikasi antara satu sama lain dan mencapai kata
sepakat bagi perjalanan program yang diwujudkan. Program ini berlangsung selama
lima hari dan masyarakat bebas untuk memberikan pendapat dan menerima
1
maklumat menggunakan platform yang disediakan. Setiap seorang daripada kami
telah dibahagikan tugas masing-masing dan menyediakan pelantar yang diperlukan
tersebut. Penyediaan bahan juga diatur dan menggunakan aplikasi Canva dan
Google untuk grafik yang menarik. Hal ini demikian kerana untuk menarik minat
membaca dengan video yang berkaitan agar kefahaman mengenai kesihatan mental
menjadi lebih jelas dan mudah.
Hebahan mengenai program pameran pula “Cakna Minda Sihat”
dilaksanakan melalui WhatsApp dan Instagram. Satu mesej akan dihantar untuk
mendedahkan kewujudan program pameran. Mesej ini akan dihantar kepada
kumpulan-kumpulan tertentu untuk membantu menyokong dan memeriahkan
program pameran ini menjadi lebih menarik dan mencapai objektif program. Sebelum
program dijalankan pelbagai perkara yang dilaksanakan dan dirancang dengan teliti
agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Penggunaan media sosial
merupakan langkah yang terbaik kerana maklumat dapat ditular dengan mudah dan
pantas. Menurut Bryer dan Zavatarro (2011), media sosial adalah teknologi yang
memudahkan interaksi sosial, membuat kerjasama, dan membolehkan
perbincangan. Media sosial yang dicipta pada asalnya untuk tujuan komunikasi kini
telah mempunyai kepelbagaian fungsi. Kesan daripada itu, media sosial diwujudkan
untuk menyediakan komunikasi dalam kalangan rakyat tanpa mengira jarak,
membuatnya lebih terbuka kepada semua orang supaya mudah berkongsi
maklumat, fail dan gambar-gambar dan video, membuat blog dan menghantar
mesej.
2
Oleh itu, sebelum program dilaksanakan para perancang program perlu
bersedia dari segi bahan dan kandungan agar memberi manfaat kepada masyarakat.
2.2 SEMASA
Pada hari kejadian, perancang program bersedia dari segi penyediaan bahan di
pelantar masing-masing. Hebahan pautan dilaksanakan dengan disebarkan
menggunakan pautan yang betul. Aplikasi utama yang digunakan adalah WhatsApp
dan Instagram. Setiap aplikasi digunakan dengan baik dan memudahkan pembaca
dalam mendapatkan maklumat.
Bagi pelantar Padlet, kami menggunakan pelantar ini kerana boleh
berinteraksi dan bebas jika dipaparkan kepada masyarakat. Kemudian, pelantar ini
tidak memerlukan pengetahuan yang kompleks untuk menambah bahan serta
mudah dikuasai. Aplikasi ini juga memudahkan dalam berinteraksi dengan
masyarakat serta boleh disertakan video, media, grafik, dan pelbagai bahan bagi
pendedahan kepada masalah mental ini. Menurut Mohd Azul (2000), penggunaan
elemen multimedia dapat menyumbang kepada satu persekitaran pembelajaran
yang mudah difahami, lebih efektif serta berkualiti di kalangan pelajar dalam konteks
ini merujuk kepada masyarakat Malaysia. Contoh dan pautan aplikasi dapat dilihat
pada lampiran. Maklum balas juga boleh diterima dengan masyarakat boleh
menanyakan soalan serta berkongsi pendapat di ruang komen. Maka berlaku
interaksi dua hala yang menunjukkan keberkesanan masyarakat dalam membaca.
3
Di samping itu, pelantar Instagram digunakan bagi mendekatkan atau
memudahkan dalam interaksi sesama masyarakat. Instagram merupakan media
sosial untuk berkongsi gambar maka gambar atau grafik ini cara yang paling mudah
untuk menarik minat dalam menimba ilmu pengetahuan. Gambar-gambar yang
berkaitan kesihatan mental dimuat naik agar dapat memberi pendedahan. Cara ini
adalah langkah untuk mendidik masyarakat mengenai kesihatan mental ini
menggunakan media sosial yang akan dilewati setiap hari. Media sosial memberi
peluang kepada pengguna untuk memainkan peranan secara lebih aktif dengan
cara mengakses maklumat, menghantar mesej, berbincang dan memberikan
pandangan dan pendapat dengan lebih kritikal tentang pelbagai isu semasa
(Mossberger, Wu & Crawford 2013). Instagram juga digunakan untuk mendengar
luahan atau pandangan mereka yang mengalami masalah dengan menghantar
mesej di ruangan mesej. Pandangan dan nasihat diberikan bergantung kepada
situasi yang boleh diselesaikan oleh pihak perancang program.
Kemudian, di Youtube terdapat pelbagai video berdurasi pendek yang
membantu dalam menangani jika masalah dalam perubahan mental. Video ini
membantu dalam menenangkan dan memberi pilihan aktiviti atau hobi yang boleh
dilaksanakan jika berkelapangan. Video yang mudah ini dapat memudahkan
masyarakat kerana mudah, jelas dan sangat membantu jika memerlukan bantuan.
Youtube juga dapat menstimulasi terjadinya pemikiran aktif dan memberikan
tambahan pengetahuan melebihi kemampuan yang diharapkan (Snelson, 2011).
Youtube adalah aplikasi yang boleh memuatkan video maka serata dunia boleh
4
mengakses dalam mendedahkan pengetahuan mengenai kesihatan mental ini.
Aplikasi ini adalah cara yang terbaik dengan audio, dan visual yang menarik.
Pameran 3D Artsteps ini dijalankan secara maya tanpa ada kekangan hanya
tekan pautan dan anda akan melihat pameran ini dijalankan. Penggunaan aplikasi ini
amat mudah dan menarik. Hal ini demikian kerana situasi tersebut dapat
dibayangkan seperti dalam keadaan yang sebenar yang menarik perhatian generasi
muda ini. Generasi kini mudah tertarik dengan video, grafik dan audio untuk
memudahkan proses pembelajaran mereka yang lebih menggunakan teknologi
semasa.
Semasa program dijalankan, program ini boleh dilewati tanpa ada batasan.
Masyarakat hanya perlu membuka minda dan membuat pembacaan berkaitan
kesihatan mental. Video dan audio juga dapat didengari bagi mereka yang
5
mempunyai masalah fizikal. Hal ini membantu mendapatkan pengetahuan tanpa
mengenal umur dan keadaan seseorang.
2.3 SELEPAS
Setelah program berjaya dilaksanakan, semua ahli jawatankuasa menghadiri
mesyuarat post mortem yang diadakan sebagai perbincangan terakhir berkaitan
program tersebut. Mesyuarat tersebut turut dilakukan secara atas talian.
Perbincangan mengenai kelemahan dan penambahbaikan dijalankan secara telus
untuk masa akan datang. Walaupun, program tidak dijalankan secara tidak
bersemuka, penyertaan agak memberangsangkan dan apa yang paling penting ialah
objektif untuk menyebarkan ilmu berkenaan betapa pentingnya kesihatan mental
kepada orang ramai berhasil. Diharapkan segala usaha yang dicurahkan dapat
menyedarkan banyak pihak terhadap penjagaan kesihatan mental masing-masing.
3.0 REFLEKSI PROGRAM
3.1 KEKUATAN
Antara kekuatan yang terdapat sepanjang program berlangsung ialah para peserta
mendapat perkongsian ilmu daripada pelbagai sudut ruang ilmu. Pihak penganjur
kreatif dalam mempelbagaikan medium penyampaian tentang kesihatan mental
dengan menggunakan aplikasi seperti Padlet, Youtube, Instagram dan 3D Artsteps.
Setiap satu daripada aplikasi ini dapat memudahkan para peserta untuk memperoleh
ilmu dan hebahan tentang program ini. Kini melalui teknologi segala perkara dapat
ditularkan dengan mudah. Jadi, apa salahnya kita memanfaatkan kemudahan yang
ada dengan menyebarluaskan berkenaan kepentingan kesihatan mental.
Penggunaan medium yang pelbagai dapat menarik minat peserta untuk mengikuti
program yang dianjurkan ini. Malah, aplikasi yang digunakan sangat mesra
pengguna dan mudah diakses. Tambahan lagi, dengan fitur-fitur menarik yang
dipaparkan dalam aplikasi akan meningkatkan semangat peserta untuk konsisten
mengikuti program “Cakna Minda Sihat” ini sekaligus memperoleh ilmu yang sangat
bermanfaat untuk kepentingan sejagat. Setiap ilmu yang diperoleh perlulah
diaplikasikan dalam kehidupan dan bukanlah sekadar menjadi suatu ilmu
6
persinggahan semata-mata. Sesungguhnya, insan yang menolak ilmu ialah orang
yang rugi.
Kekuatan lain program ini adalah program yang dijalankan sesuai dan sejajar
dengan keadaan zaman sekarang. Hal ini demikian kerana, pandemik Covid-19 ini
telah banyak memusnahkan kehidupan masyarakat dunia dan tidak lupa juga
memberi impak yang besar kepada kesihatan mental seseorang berikutan pelbagai
faktor yang menyumbang ke arah masalah penyakit mental seperti krisis kewangan,
tiada pekerjaan, tekanan pekerjaan, masalah keluarga dan persekitaran.
Program-program sebegini perlu diperbanyakkan lagi agar sentiasa menjadi
peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan penyakit mental
yang mana mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun impaknya
sangatlah besar.
3.2 KELEMAHAN
Salah satu kelemahan yang dapat dikesan sepanjang program ialah kerjasama
daripada masyarakat sewaktu program berlangsung. Perkara ini dapat dilihat apabila
terdapat sebilangan peserta yang tidak menepati masa. Mereka berdaftar namun
tiada maklum balas di Padlet. Perkara ini menyebabkan program kurang memberi
impak kepada masyarakat dan dianggap sia-sia jika peserta tidak langsung
mendapat sebarang input daripada program tersebut.
Selain itu, terdapat segelintir masyarakat yang kelihatan pasif dan tidak
memberi respons sepanjang program berlangsung. Hal ini berkemungkinan kerana
mereka berasa malu atau kurang tertarik dengan kaedah perkongsian yang diberikan
sepanjang program ini. Hal ini demikian kerana manusia menjadi kurang berminat
apabila mereka mula berasa letih untuk memberikan tumpuan. Menurut Syed Ismail
Syed Mustapa (2011), tumpuan manusia selalunya akan bertahan hanya sekitar 30
hingga ke 60 minit sahaja. Oleh itu, kaedah pembelajaran manusia yang pelbagai
perlu diberi penekanan agar penyampaian ilmu menjadi lebih berkesan.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah membuat perancangan
dengan lebih sistematik. Pihak penganjur perlu mengingatkan para peserta untuk mendaftar
masuk ke aplikasi pada waktu yang ditetapkan. Hal ini bertujuan agar tiada yang ketirisan
7
maklumat akibat lambat hadir atau lupa tentang program ini. Penganjur boleh menggunakan
pelbagai cara yang menyeronokkan untuk menarik minat masyarakat menyertai pameran
yang dianjurkan seperti mewujudkan poster hebahan atau video.
Selain itu, pihak penganjur juga boleh menggunakan kaedah ganjaran untuk
memberi galakan kepada masyarakat bagi sertai program ini. Hal ini bertujuan untuk
memberi motivasi kepada mereka supaya terus menguasai pengetahuan dan maklumat
yang diberi selain dapat bersaing antara satu sama lain untuk memperoleh ganjaran yang
disediakan. Menurut Zulkifley Hamid (2006), ganjaran ini juga melibatkan proses
memotivasikan individu. Justeru, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik,
pihak penganjur haruslah peka serta mengetahui cara yang terbaik untuk memotivasikan
masyarakat untuk lebih berminat dengan program ini. Mereka akan berasa semakin
bersemangat apabila menerima penghargaan setiap kali dapat menjawab soalan dengan
betul.
Di samping itu, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan
mengadakan kuiz sebagai galakan untuk meningkatkan penyertaan dalam kalangan
masyarakat. Kuiz yang menarik disertakan dengan ganjaran mampu meningkatkan tumpuan
mereka terhadap pembacaan dan input yang disampaikan melalui pameran tersebut. Seiring
dengan pernyataan Dalyono (2018), yang menyatakan bahawa akal manusia berfungsi dan
menerima maklumat setiap kali mempelajari perkara baharu dan perlu dikukuhkan dengan
pemprosesan maklumat seperti ulangkaji atau soal jawab. Dengan ini, keberkesanan
program akan lebih terjamin sekiranya masyarakat mendapat input yang diberikan dan
diperkukuh melalui kuiz yang disediakan.
Dalam pada masa itu juga, perkara yang boleh dilakukan sebagai penambahbaikan
ialah dengan mengadakan aktiviti fizikal secara maya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
ialah seperti pertandingan mewarna, pertandingan mencipta poster dan pertandingan
mencipta sajak tentang kesihatan mental. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti seperti ini jika
disertakan dalam program akan menggembleng idea dan kefahaman masyarakat mengenai
isu kesihatan mental. Aktiviti ini juga bersesuaian dengan kanak-kanak untuk mendedahkan
mereka kepada isu kesihatan mental pada peringkat awal. Cara ini akan membuatkan
masyarakat lebih kenal dengan penyakit ini dan peserta khususnya dalam kalangan pelajar
akan bertambah aktif kerana aktiviti yang dilakukan dekat dengan dunia mereka yang suka
berimaginasi melalui visual gambar dan aktiviti yang menyeronokkan (Mohd. Sharani
Ahmad, 2006).
8
5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, program ‘Cakna Minda Sihat’ ini banyak memberikan input yang
berguna kepada masyarakat seterusnya memberi impak kepada masyarakat. Program ini
perlu diperbanyakkan di lain tempat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap
isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia ini. Akhir kalam, kesihatan mental
adalah amat penting bagi menjana kelangsungan hidup individu dan untuk memenuhi
keperluan kehidupan bermasyarakat sekali gus mewujudkan sebuah komuniti yang sihat
fizikal dan juga mental.
9
6.0 RUJUKAN
Bryer, T. A., & Zavattaro, S. M. (2011). Social Media and Public Administration: Theoretical
Dimensions and Introduction to the Symposium. Administrative Theory & Praxis, 33,
325-340.
Dalyono. (2018). Psikologi Pendidikan. Jakarta: PT. Rineka Cipta.
Mohd Azul Bin Mohamad Salleh. (2000). Kajian Terhadap Sistem Persembahan Multimedia
Untuk Aplikasi Pendidikan. Universiti Malaya: Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
Maklumat.
Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-Kanak yang Sukar Belajar. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mossberger, K., Wu, Y. & Crawford, J. 2013. Connecting citizens and local governments?
Social media and interactivity in major U.S. cities. Government Information
Quarterly 30(4): 351–358.
Snelson, C. (2011). Youtube across the Disciplines: A Review of Literature. MERLOT
Journal of Online Learning and Teaching Vol. 7, No. 1, March 2011
Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi Psikolinguistik: Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
10
LAMPIRAN 1
Poster hebahan program “Cakna Minda Sihat”
LAMPIRAN 2
Pautan pameran “Cakna Minda Sihat” melalui aplikasi Padlet
https://padlet.com/rasmiyati09811/programcaknamindasihat
Sila imbas untuk terus ke Pameran Program Kami
LAMPIRAN 3
Pautan media sosial Instagram program “Cakna Minda Sihat”
https://www.instagram.com/caknamentalsihat/
Sila imbas untuk terus ke laman Instagram kami:
LAMPIRAN 4
Hebahan program melalui aplikasi WhatsApp
LAMPIRAN 5
Pameran Cakna Minda Sihat secara Maya melalui aplikasi Artsteps
Pautan: https://www.artsteps.com/view/61acfffc2052b41fbe38477b?currentUser