The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL SYAFIQAH BT MOHD TAJUDIN
D20191088759
KAQ3073

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqahn32, 2022-02-13 12:34:40

MODUL PANDUAN AKTIVITI IBU BAPA (TADIKA)

NURUL SYAFIQAH BT MOHD TAJUDIN
D20191088759
KAQ3073

Keywords: Children,Parent

KAQ 3073 (HUBUNGAN
KELUARGA, KOMUNITI DAN
BUDAYA DALAM PENDIDIKAN

AWAL KANAK-KANAK

MODUL

AKTIVITI

TEACHER SYAF AWAL
SAINS

“EKSPERIMEN
MUDAH”

Berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK)

DISEDIKAAN OLEH :
NURUL SYAFIQAH BT MOHD

TAJUDIN

PENGENALAN
AKTIVITI KEPADA

IBU BAPA

Ibu bapa merupakan guru pertama dan yang paling lama bersama
anak-anak mereka. dalam proses pembangunan biasa, ibu bapa
yang telah banyak memberi sumbangan dengan menyokong
perkembangan bahasa,sosial dan kemahiran akademik anak-anak
mereka. Terdapat bukti positif yang menunjukkan bahawa
mengajar kemahiran khusus untuk ibu bapa boleh membantu
dalam perkembangan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Hal ini
kerana, ibu bapa adalah unit asas keluarga dan peranan mereka
penting dalam pembentukkan sebuah keluarga yang bahagia. ia
juga memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, berubah
proaktif dan tepat pada masanya. Peranan ibu bapa adalah sangat
penting dan perlu dilihat di peringkat makro dan semua yang
terlibat secara komited.

Selain itu, ibu bapa merupakan individu yang sering
berkomunikasi dengan anak-anak mereka apabila berada di luar
kawasan sekolah. Anak-anak lebih memahami atau lebih
mengikuti apa jua pertuturan dan peraturan yang dikeluarkan
oleh ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu, penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran anak-anak akan membantu menyediakan
ruang untuk anak-anak belajar di rumah mahupun di mana-mana
sahaja apabila mereka bersama dengan ibu bapa mereka. Kajian
terdahulu mendapati bahawa keluarga yang mengamalkan
komunikasi sihat di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan malahan membantu anak-anak
meningkatkan perkembangan diri, emosi dan pencapaian mereka
dalam pelajaran (Cooper, Robinson & Patall, 2006)

Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa sangat penting dalam
perkembangan akademik anak-anak . Hal ini demiian kerana
pembelajaran di sekolah dapat diteruskan di rumah yang telah
diambil alih oleh ibu bapa. Penglibatan ibu bapa tidak hanya
tertumpu kepada aspek akademik semata-mata tetapi juga turut
melibatkan semua aspek dari perkembangan lain iaitu aspek
sosial, komunikasi, tingkah laku dan sebaginya. Oleh itu, usaha
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama-sama dengan ibu
bapa mampu mempercepatkan perkembangan dalam semua aspek
kanak-kanak. Usaha yang berterusan dari semasa ke semasa ini
diharapkan agar dapat melahirkan individu yang mempunyai
intrapersonal dan interpersonal yang tinggi kelak.

OBJEKTIF

1. Mengembangkan sikap ingin tahu
dan minat tentang dunia di
sekeliling mereka.

2. Menguasai kemahiran saintifik dan
berfikir secara kreatif dan kritis.

3. Mengamalkan sikap saintifik dan
nilai murni.

4. Berinteraksi dan berkongsi
maklumat serta menyelesaikan
masalah

★ Menerapkan konsep “Belajar Sambil Bermain
selaras dengan Maria Montessori yang
mneyatakan permainan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk mencuba sesuatu aktiviti yang
baru


★ Modul ini sesuai digunakan kepada kanak-kanak

berumur 5 dan 6tahun kerana diolah berdasarkan
KSPK.

★ Kemahiran proses sains satu proses mental yang
menggalakkan pemikiran secara kreatif, analitis
dan sistematik

KONSEP

4 AKTIVTII
EKSPERIMEN
YANG MENARIK

PANDUAN AKTIVITI KANAK-KANAK
KEPADA IBU BAPA

3 MODUL EKSPERIMEN
MERANGSANG KEMAHIRAN
BERFIKIR DI AWAL USIA

MODUL 1

PELANGIKU

MODUL 2

SALJI BUATAN

MODUL 3

FENOMENA HUJAN

MODUL 4

VOLCANO ART

MODUL 1 : PELANGIKU

Aktiviti ini mendedahkan kanak-kanak
warna -warna yang terdapat pada pelangi

dan kejadian fenomena pelangi berlaku.

KELEBIHAN : ALATAN DAN BAHAN
★ Dapat merangsang
YANG DIPERLUKAN
kemahiran berfikir
● tisu
kanak-kanak dalam ● 2 gelas berisi air
● pen marker ( ungu,
mengenalpasti warna yang
biru,hijau,kuning , oren
terdapat pada pelangi. dan merah)
● Pentaksiran (Uji Minda)
★ Aktiviti ini dapat membantu

perkembangan fizikal dan

minda kanak-kanak bagi

memudahkan mereka

mengaplikasikan sains

dalam kehidupan seharian

mereka

PANDUAN BERMAIN

KEPADA IBU BAPA

LANGKAH -LANGKAH :
1) Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2) isikan air kosong ke dalam 2 cawan plastik.
3) Ambil tisu dapur dan lipatkan menjadi dua

bahagian
4) Kemudian, bahagikan enam bahagian di

kedua-dua hujung tisu
5) Warnakan setiap bahagian kedua-dua tisu

dengan pen marker
ungu,biru,hijau,kuning,oren dan merah.
6) Setelah itu, letakkan kedua-dua hujung tisu
yang diwarnakan di dalam cawan yang berisi
air.
7) Biarkan seketika dan lihat pelangi terbentuk.

KLIK PAUTAN VIDEO INI UNTUK MELIHAT CARA
BERMAIN

:https://www.youtube.com/watch?v=IYvvBr0bYHI

LIK PAUTAN INI UNTUK MUAT TURUN
(PENTAKSIRAN):

https://www.education.com/worksheet/article/pict
ure-puzzle-1/

MODUL 2 : SALJI BUATAN

Aktiviti ini mendedahkan kanak-kanak
cara untuk menghasilkan sendiri salji

menggunakan bahan yang mudah.

KELEBIHAN : ALATAN DAN BAHAN
YANG DIPERLUKAN
★ Dapat mmembantu
● serbuk penaik
perkembangan psikomotor ● garam
● bekas
kanak-kanak ketika ● air
● sudu
kanak-kanak menghasilkan ● talam

orang salji. mampu
★ Aktiviti ini

meningkatkan kemahiran

berfikir, menyelesaikan

masalah dan meningkatkan

pemahaman yang lebih

mendalam berkaitan

fenomena alam

PANDUAN BERMAIN

KEPADA IBU BAPA

LANGKAH -LANGKAH :
1) Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2) Masukkan serbuk penaik ke dalam bekas.
3) Tuangkan sedikit air, gaul sehingga sekata.
4) Arahkan kanak-kanak mneyentuh adunan

menggunakan jari. (Soalan: Kenapa
adunan ini menjadi sejuk?)
5) Masukkan garam dan gaul sehingga sekata.
6) Lihat dan sentuh adunan. Setekah sejata ,
salji buatan telah berjaya dihasilkan.
7) Pindahkan salji buatan ke bekas yang lebih
luas untuk bermain.
8) Hasilkan orang salji bersama kanak-
kanak.

KLIK PAUTAN VIDEO INI UNTUK MELIHAT
CARA BERMAIN

:https://www.youtube.com/watch?v=-ldy
n2bJOwU

LINK PAUTAN INI UNTUK MEWARNA
(PENTAKSIRAN):

https://www.online-coloring.com/co
loring-page/snowman-477.html

MODUL 3 : FENOMENA HUJAN

Aktiviti ini mendedahkan kanak-kanak
untuk melihat kejadian air hujan
yang berlaku melalui eksperimen.

KELEBIHAN : ALATAN DAN BAHAN
YANG DIPERLUKAN
★ Dapat mmembantu
● botol
perkembangan psikomotor ● 2 cawan plastik
● pewarna biru
kanak-kanak ketika ● kapas
● jarum
kanak-kanak menghasilkan ● air

lubang-lubang di cawan.

★ Aktiviti ini mampu

meningkatkan kemahiran

berfikir, menyelesaikan

masalah dan meningkatkan

pemahaman yang lebih

mendalam berkaitan

fenomena alam

PANDUAN BERMAIN

KEPADA IBU BAPA

LANGKAH -LANGKAH :
1) Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2) Tebukkan lubang di bawah cawan plastik

menggunakan jarum.
3) Isikan air di dalam cawan plastik dan

masukkan sedikit pewarna biru dan kacau.
4) Isikan kapas di dalam cawan yang ditebuk

lubang.
5) Letakkan cawan berisi kapas di dalam botol

kosong.
6) Tuangkan air bewarna biru ke dalam

cawan berisi kapas dan air hujan akan
menitik di lubang-lubang yang dihasilkan
7) Tutup permukaan cawan dengan tangan
dan air hujan akan berhenti sendiri.

KLIK PAUTAN VIDEO INI UNTUK MELIHAT
CARA BERMAIN

:https://www.youtube.com/watch?v=HNG
o6239Ai4

LINK PAUTAN INI UNTUK MUAT
TURUN (PENTAKSIRAN):

https://www.education.com/works
heet/article/circle-belongs-rainy-da

y/

MODUL 4: VOLCANO ART

Aktiviti ini mencetuskan kreativiti
kanak-kanak melalui penghasilan replika
gunung berapi dan letusan gunung berapi.

KELEBIHAN : ALATAN DAN BAHAN
★ Dapat YANG DIPERLUKAN
membantu
● botol
perkembangan kreativiti ● sirap
● cuka makan
kanak-kanak dalam ● soda bikarbonat
● sabun cecair
menghasilkan replika gunung ● kertas
● kadbod
berapi.

★ Aktiviti ini mampu

meningkatkan kemahiran

berfikir, menyelesaikan

masalah dan meningkatkan

pemahaman yang lebih

mendalam berkaitan

fenomena alam letusan

gunung berapi.

PANDUAN BERMAIN

KEPADA IBU BAPA

LANGKAH -LANGKAH :
1) Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2) Sediakan replika gunung berapi

menggunakan kadbod sebagai tapak,
lekatkan plastesin memenuhi botol dan
lekatkan di kadbod.
3) Hiaskan sekeliling gunung berapi mengikut
kreativiti kanak-kanak.
4) Masukkan soda bikarbonat ke dalam
lubang botol.
5) Masukkan pewarna merah ,sabun cecair
dan kemudian cuka makan
6) Kacaukan dan lava akan keluar dari
gunung berapi.

KLIK PAUTAN VIDEO INI UNTUK MELIHAT
CARA BERMAIN

:https://www.youtube.com/watch?v=KSxf
L73lKTM

LINK PAUTAN INI UNTUK BERMAIN
PUZZLE (PENTAKSIRAN):

https://www.dltk-kids.com/puzzles/
jigsaw/ver20/canvas.asp?20140528

PENUTUP

Kesimpulannya, Modul Pengajaran Kanak-Kanak untuk Ibu
Bapa ini bertujuan membantu para ibu bapa membantu
perkembangan kanak-kanak secara holistik melalui pengalaman
belajar yang bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang
diperkaya bagi merangsang otak kanak-kanak (Essa, 1996). Modul
ini boleh digunakan untuk kanak-kanak 5 dan 6 tahun kerana
modul ini menyediakan pembelajaran dan pelbagai aktiviti yang
sesuai dengan umur tersebut. Penglibatan ibu bapa sangat penting
bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak di
samping memperkembangkan keyakinan diri mereka dalam apa
sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mereka.

Ibu bapa merupakan sokongan yang secara langsung untuk
memberikan kesan yang positif kepada perkembangan
kanak-kanak . Oleh itu, penglibatan ibu bapa amatlah penting
dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak sama ada di rumah
mahupun di tadika atau taska. Penyediaan modul ini diharapkan
dapat membantu meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
pembelajaran kanak-kanak dan memberi kesedaran kepada ibu
bapa bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah sesuati yang
amat penting dan tidak boleh di pandang remeh. kanak-kanak
berhak diberikan pendidikan dan seharusnya didedahkan dengan
pendidikan di awal usia. modul ini diharapkan dapat membantu
dan memberi pendedahan kepada ibu bapa bahawa penglibatan
mereka dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak adalah penting
dan pendidikan awal kanak-kanak perlu diberikan pada peringkat
awal dalam membantu perkembangan mereka dan menyeluruh

TAHNIAH SUDAH
MENCUBA !!!

Semoga modul ini dapat
memberi manfaat kepada para
ibu bapa di luar sana. Selamat
mencuba segala aktiviti yang

telah dicadangkan bersama
anak-anak dirumah !

KIT MEDIA

https://www.matific.com/us/en-us/home/

Kit Media merupakan satu platform teknologi
khas untuk kanak-kanak yang ingin
menambahkan ilmu pengetahuan dan

mengasahkan kognitif dalam bidang Matematik
Awal. Website ini menyediakan pelbagai

permainan mengikut perkembangan kana-kanak
dan sangat menyeronokkan untuk mereka
mmbuat latihan Matematik Awal.


Click to View FlipBook Version