The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL ASSESMENT KAL3053.pptx
NURUL SYAFIQAH BT MOHD TAJUDIN
D2019108879
AT19-ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqahn32, 2022-02-10 12:33:59

EBOOK - KISAH SANG KANCIL DAN SI MONYET

FINAL ASSESMENT KAL3053.pptx
NURUL SYAFIQAH BT MOHD TAJUDIN
D2019108879
AT19-ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Keywords: EBOOK,BUKUCERITA

PENTAKSIRAN AKHIR
(E-BOOK)

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN
MORAL KANAK-KANAK (KAL3053)

NAMA :
NURUL SYAFIQAH

BINTI
MOHD TAJUDIN

NO MATRIK:
D20191088759

NAMA PENSYARAH :
DR ZAHARAH BINTI OSMAN

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
Pengenalan
Kisah Sang Kancil & Monyet i
Moral Cerita 1-10
Soalan KBAT 11-12
Aktiviti Kraf 13-14
Rujukan 15-19
20

PENGENALAN 1

Kisah ini mengisahkan tentang
Sang Kancil yang baik hati dan Si Monyet yang

nakal. Mereka berdua bersahabat baik.
Pelbagai nilai murni yang terkandung di dalam

kisah ini, misalnya baik hati, penyayang,
berterima kasih dan keberanian. Sifat baik hati

yang terdapat pada Sang Kancil menjadikan
persahabatannya bersama Si Monyet menjadi
indah dan menarik. Sifat tamak yang telah
menguasai diri Si Monyet telah menjadikan Si
Monyet yang tampil berani memohon maaf atas
kesilapannya. Untuk mengetahui kisah Sang
Kancil dan Si Monyet dengan lebih lanjut,
ayuh kita terokai e-book “Kisah Sang Kancil

dan Monyet” yang ditulis oleh
Syafiqah Tajudin

KISAH

Oleh:
Syafiqah Tajudin

Pada zaman dahulu,Sang Kancil dan Si Monyet bersahabat
baik.Mereka berdua sering bersiar-siar di dalam hutan untuk
mencari makanan. Pada suatu petang, ketika bersiar-siar di dalam
hutan mereka terjumpa dua batang anak pokok pisang lalu
membahagikannya sama rata.“Ayuh kita lihat pokok pisang siapa
yang berbuah dengan sihat dan besar dialah juara,” kata Si Monyet
kepada Sang Kancil. Sang Kancil bersetuju dengan idea Si Monyet
lalu pulang ke rumah.

1

Setibanya di rumah, Sang Kancil mengajak Si Monyet untuk
menanam anak pokok itu di tanahnya yang lapang dan subur.Si
Monyet menolak pelawaan Sang Kancil .Si Monyet menanam
anak pokoknya di bawah jambatan yang lebih terlindung
daripada cahaya matahari . Si Monyet jarang sekali menyiram
pokoknya kerana menyangka pokoknya sudah mendapat sumber
air yang mencukupi daripada sungai. Sang Kancil pula menyiram
pokoknya setiap hari.

2

Selepas seminggu, Si Monyet hendak pergi melihat
pokoknya.Setibanya Si Monyet di bawah jambatan , dia mendapati
pokoknya telah mati. Pokok pisang Si Monyet mati kerana tidak
mendapat cahaya matahari dan air yang mencukupi. Si Monyet
yang kesedihan pergi berjumpa Sang Kancil untuk meluahkan
perasaan sedihnya.”Tidak mengapa Monyet, pokok pisang aku
masih ada. Kita kongsi sama-sama buahnya nanti,”kata Sang Kancil
yang cuba menggembirakan kembali hati Si Monyet.

3

Beberapa bulan kemudian, pokok pisang Sang Kancil berbuah
dengan lebatnya. Sang Kancil dan Si Monyet sangat gembira
melihat hasilnya. Sang Kancil meminta tolong Si Monyet untuk
mengambil pisang yang telah ranum. Si Monyet berniat jahat
untuk mengambil semua pisang itu dan menikmatinya seorang
diri.Si Monyet bertindak melemparkan hanya sesikat pisang
kepada kancil lalu melarikan kesemua pisang yang lain.

4

Sejak kejadian yang berlaku, Sang Kancil merasa sedih atas
kelakuan kawan baiknya sendiri. Si Monyet juga sudah tidak
datang berjumpa dengannya lagi. Sang Kancil meneruskan
penanaman anak pokok pisang dengan sejumlah yang banyak di
tanah lapang. Waktu Sang Kancil banyak dihabiskan di kebun
kecilnya setelah Si Monyet menghilangkan diri.

5

Si Monyet berasa kesal atas sikap tamaknya. Dia telah kehilangan
kawan yang sangat baik hati seperti Sang Kancil. Si Monyet telah
membuat keputusan berjumpa dengan Sang Kancil untuk memohon
maaf. Dalam perjalanan ke rumah Sang Kancil, Si Monyet
ternampak buah-buahan di dalam sebuah sangkar besar. Si Monyet
tanpa berfikir panjang terus masuk ke dalam sangkar tersebut.
Rupa-rupanya sangkar tersebut ialah perangkap yang dipasang oleh
pemburu. Si Monyet terperangkap di dalam jerat pemburu lalu
menjerit sekuat hati meminta pertolongan.

6

Sang Kancil yang mendengar suara jeritan meminta pertolongan
mencari suara tersebut. Alangkah terkejutnya apabila melihat Si
Monyet terperangkap di dalam perangkap pemburu. “Tolong aku
Kancil, aku takut,” rayu Si Monyet. Sang Kancil mendekati
sangkar tersebut untuk membantu Si Monyet melepaskan diri.
Malangnya, tali ikatan sangkar terlalu kuat untuk dibuka oleh
Sang Kancil. “Kau tunggu sebentar di sini,” kata Sang Kancil.

7

Sang Kancil terus berlari cuba meminta bantuan daripada
haiwan lain. Kebetulan rumah Si Tikus berdekatan di kawasan
itu. Sang Kancil meminta pertolongan Si Tikus. Sang Kancil
tiba semula di tempat tersebut bersama Si Tikus. Sang Kancil
meminta Si Tikus menggigit tali di sangkar tersebut. Setelah
pintu sangkar terbuka, mereka terus melarikan diri ke tempat
yang selamat. Sang Kancil mengucapkan terima kasih kepada Si
Tikus sudi menolongnya menyelamatkan Si Monyet.

8

Si Monyet terus memeluk Sang Kancil dan menangis
sekuat hati. Si Monyet meminta maaf kepada Sang
Kancil atas kelakuannya yang buruk sebelum ini. Si
Monyet berjanji tidak akan mengulangi sikap
tersebut.Sang Kancil tersenyum dan menyatakan
bahawa dia sudah lama memaafkan Si Monyet. Si
Monyet berjanji akan berubah menjadi kawan yang
baik untuk Sang Kancil.

9

Akhirnya, Sang Kancil dan Si Monyet berkawan baik semula. Si
Monyet sering membantu Sang Kancil di kebunnya pada setiap
petang. Mereka menanam pelbagai buah-buahan di kebun
tersebut. Sang Kancil berasa gembira melihat perubahan sikap Si
Monyet.

10

Apakah moral yang
dapat kita perolehi
daripada Kisah Sang
Kancil dan Monyet?

11

Moral yang dapat kita perolehi
daripada kisah ini adalah:

1. Kita perlulah mempunyai sikap
penyayang seperti Sang Kancil yang
cuba menggembirakan hati Si
Monyet yang sedang bersedih
kerana pokoknya telah mati.

2. Kita hendaklah sentiasa memaafkan
kesalahan orang lain tanpa
berdendam seperti Sang Kancil
lakukan terhadap Si Monyet
walaupun telah dikhianati.

3. Kita perlulah mencontohi sikap
Sang Kancil yang baik hati sudi
membantu Si Monyet ketika ditimpa
kesusahan.

12

Ayuh kita
jawab soalan
bersama-sama
Si Tikus :)

13

MENGUJI MINDA !!!

1. Apakah tiga nilai murni yang
dapat anda perolehi daripada
kisah tersebut ?

2. Ringkaskan cerita ini
mengikut kefahaman anda.

3. Pada pandangan anda,
adakah wajar tindakan Sang
Kancil memaafkan Si
Monyet? Berikan alasan
anda.

14

JOM BUAT
KRAF BERSAMA

SI ARNAB

15

BAHAN- BAHAN
YANG DIPERLUKAN

BAHAN-BAHAN :

gunting

beg kertas gam

template
monyet

kertas construction
(koko)

16

T
E
M
P
L
A
T
E

17

DIY PAPER BAG MONKEY

LANGKAH-LANGKAH :

1) Potong construction paper yang berwarna koko
gelap menjadi petak besar dan gamkan di bag kertas.

2) Gamkan pada bahagian bawah persegi yang mengepak ke
atas.Kemudian gunakan gunting untuk memotong kertas yang
berlebihan dari sisi.

3) Tekapkan templat ekor pada kertas, potong dan
gam pada bahagian belakang beg kertas.

4) Potong bujur bersaiz besar di kertas dan gamkan pada perut monyet.

5) Gunakan marker hitam untuk lukiskan mulut
pada kertas dan gam pada bahagian hadapan beg
kertas.

6) Lukis dan potongkan bahagian telinga pada kertas, potong gam
bersama pada bahagian hadapan beg kertas.

7) Potong mata pada kertas dan gam pada
bahagian hadapan beg kertas.

18 Tekan di sini untuk melihat tutorial kraf:
https://www.youtube.com/watch?v=Hr5Wg9m9EBo

8) DIY beg kertas monyet anda siap
sedia! Harap anda menyukainya!!!

19

RUJUKAN

★ Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan

★ https://elearning.usm.my/
mahara/artefact/artefact.
php?artefact=90425&view
=15876&block=93673

★ https://www.theinspiration
edit.com/paper-bag-monk
ey-craft/

20

TERIMA KASIH
SUDI

MELUANGKAN
MASA ANDA :)


Click to View FlipBook Version