The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nurazizi Binti Azman - 22480006 (PIPK3273- Perancangan dan Pembangunan Program)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by z, 2024-03-21 09:14:51

PIPK3173- Isu-isu berkaitan dengan perancangan dan pembangunan program di taska

Nurazizi Binti Azman - 22480006 (PIPK3273- Perancangan dan Pembangunan Program)

Keywords: isu penderaan,isu keselamatan,pengoperasian taska tanpa permit

0 PIPK 3273 PERANCANGAN & PEMBANGUNAN PROGRAM DISEDIAKAN OLEH: NAMA NOMBOR MATRIK NURAZIZI BINTI AZMAN 22480006 NAMA PENSYARAH: PUAN MAIZATUL AKHMAR BINTI MAT YUSOFF TARIKH HANTAR: 21 MAC 2024 PEMARKAHAN TUGASAN INDIVIDU ISU-ISU BERKAITAN DENGAN PEMBANGUNAN DAN PERANCANGAN DI TASKA


1 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Pengenalan 2 Perbincangan isu-isu: 1. Isu penderaan terhadap kanak-kanak a. Punca berlakunya penderaan b. Kesan-kesan penderaan kepada kanak-kanak c. Langkah-langkah mengatasi isu penderaan 3 4 5 6 2. Isu gangguan seksual ke atas kanak-kanak a. Bentuk-bentuk gangguan seksual b. Kesan-kesan gangguan seksual terhadap mangsa 8 9 10 3. Isu pengoperasian pusat jagaan taska dan tadika tanpa permit a. Tindakan pihak berkuasa menangani raska tanpa permit 11 12 4. Isu kemalangan yang berlaku di taska a. Langkah-langkah keselamatan di taman permainan kanakkanak 13 14 5. Isu penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) a. Simptom/ gejala HFMD b. faktor risiko jangkitan di taska c. Pencegahan wabak HFMD di taska 15 15 16 16 Penutup 19 Sumber rujukan 20


2 PENGENALAN Perancangan berkait rapat dengan masalah semasa sesuatu tempat pada satu jangka masa tertentu. Perancangan juga merupakan satu proses yang berterusan di mana, ia tidak terhad kepada pelan sahaja namun turut merumuskan cara-cara dan peringkat bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Dalf (1997), perancangan merupakan satu proses penetapan objektif dan menentukan apakah yang mesti dilakukan untuk mencapai objektif tersebut. Manakala Robbin & Coulter (1999) pula berpendapat bahawa perancangan merupakan satu proses yang melibatkan pentakrifan objektif dan matlamat organisasi keseluruhan untuk mencapai matlamat dan membangunkan rancangan yang menyeluruh untuk menyelaras dan mengintergrasikan semua aktiviti dalam organisasi. Pembangunan pula merupakan satu proses peradaban yang dicetuskan oleh manusia untuk membina sesebuah peradaban serta mengukuhkan peradaban yang sedia ada. Pembangunan juga merupakan sesuatu yang positif jika dirancang dengan teliti dan mengambil kira dari pelbagai impak terhadap masyarakat dan alam sekitar. Namun ia akan mendatangkan kesan yang negatif jika proses pembangunan berlaku dengan pesat tanpa sebarang kawalan yang dilakukan. Menurut Goulet (1970), beliau menyatakan bahawa pembangunan adalah keupayaan untuk mempertingkatkan keluhuran semua masyarakat dan manusia secara mutlak. Bagi menjayakan perancangan sesuatu program untuk pendidikan awal kanak-kanak, guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan psikologi dan keperluan kanakkanak. Hal ini demikian kerana, keperluan kanak-kanak merangkumi enam aspek yang asas iaitu dari segi fizikal, intelektual, bahasa, emosi, sosial, dan personaliti. Selain itu, bagi memastikan sebarang aktiviti atau program pendidikan awal kanak-kanak yang telah dirancang hendaklah berjaya bagi meningkatkan potensi kanak-kanak. Sikap ambil mudah pihak yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan program sama ada di taska dan tadika akan mendatangkan impak yang negatif kepada pusat tersebut dan kepada kanak-kanak sendiri.


3 1.0 Isu penderaan ke atas kanak-kanak Antara kes yang sering didengar apabila melibatkan taska dan tadika ialah berkaitan dengan kes penderaan yang dilakukan oleh staf dalam pusat tersebut. Isu ini banyak berlaku tidak kira sama ada dalam Malaysia dan luar Malaysia. Penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial. Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali sebagai kecederaan tidak sengaja atau dipukul/dera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan fizikal dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau mereka yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak. Antaranya ialah yang berlaku di Melaka, di mana kes penderaan kanak-kanak di Melaka pada tahun 2023 telah meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 306 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022. Hal ini adalah disebabkan susulan kejadian yang dilaporkan berlaku di pusat taska dan jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri iaitu Datuk Kalsom Nordin berkata bahawa separuh daripada kes yang dilaporkan yang melibatkan taska dan pusat jagaan kanakkanak yang beroperasi tanpa lesen. Bukan itu sahaja, terdapat juga kanak-kanak yang didera oleh ibu bapa apabila mereka berada di rumah. Seterusnya, perkara yang sama berlaku di sebuah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kuala Lumpur yang dipercayai terlibat dengan kes penderaan kanak-kanak. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata bahawa, hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh JKM, pengusaha taska terbabit sudah diberi notis peringatan untuk membuat penambahbaikan dengan segera. Hal ini kerana, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha taska untuk memantau tugas penuh pengasuh bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat sepanjang berada di bawah jagaan pihak taska. Isu ini bukan sahaja terjadi dalam Malaysia semata-mata namun ia turut terjadi di luar negara. Contohnya, kes penderaan yang berlaku di sebuah pusat jagaan di England. Pengkaji telah melakukan kajian ke atas 158 orang kanak-kanak yang pernah duduk di pusat jagaan.


4 Hasil dapatan kajian menyatakan bahawa, seramai 24 orang kanak-kanak mengalami penderaan fizikal, 76 orang mengalami gangguan seksual dan 15 orang lagi mengalami keduaduanya sekaligus. Dari kes ini, sebanyak 60% daripada bilangan kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual adalah kanak-kanak perempuan. Manakala, 60% pula, adalah kanak-kanak lelaki yang mengalami penderaan fizikal. 1.2 Punca kes penderaan ke atas kanak-kanak Salah satu punca utama berlakunya penderaan ke atas kanak-kanak ini ialah disebabkan oleh ibu bapa dan tenaga pengajar yang gagal mengurus emosi. Perkara ini boleh berlaku apabila sesbuah institusi keluarga dan tenaga pengajar itu mengalami masalah ketidakstabilan emosi, terdapatnya konflik dalam keluarga dan mempunyai masalah peribadi yang mendorong mereka untuk melakukan penderaan ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak akan menjadi mangsa apabila ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal emosi mereka dengan baik. Oleh itu, ibu bapa dan guru hendaklah bertindak dengan professional dengan menenangkan diri terlebih dahulu apabila mereka menghadapi tekanan bagi mengelakkan kemarahan dilampiaskan kepada kanak-kanak yang tidak bersalah. Jelaslah bahawa, kegagalan orang dewasa untuk mengurus emosi dengan baik akan mendorong untuk mereka melakukan penderaan ke atas kanak-kanak. Seterusnya, faktor berlakunya kes penderaan ini adalah disebabkan kesempitan hidup dan kedudukan yang mencabar dalam keluarga. Kini, kos sara tinggi yang semakin hari semakin meningkat, ia sangat membebankan bagi sesetengah individu sekaligus menjadikan ia sebagai satu beban. Natijahnya, ibu bapa terpaksa bekerja keras bagi meneruskan kehidupan sehingga cenderung mengganggu keharmonian sesebuah keluarga. Ibu bapa akan mudah menghadapi tekanan untuk mencari nafkah ditambah lagi dengan ragam ahli keluarga yang kurang menyenangkan mengakibatkan kemarahan mudah meletus. Tuntasnya, kesusahan bagi meneruskan kehidupan pada masa kini turut mmenyebabkan berlakunya kes penderaan kepada kanak-kanak. Selain itu, kes penderaan juga boleh berlaku apabila ibu bapa tidak mendapat pendidikan agama dan moral yang mencukupi. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, kini nilai keduniaan yang semakin mempengaruhi berbanding nilai agama dan moral menyebabkan penghayatan


5 agama mereka semakin kurang dan lemah. Tidak dinafikan bahawa setiap agama yang wujud itu menggalakkan kebaikan dan keperibadian yang mulia. Oleh hal yang demikian, individu yang melakukan penderaan ke atas kanak-kanak ini kemungkinan kurang mempunyai pegangan agama yang kuat dan pemikiran yang kurang rasional. Ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab mendidik dan menunjukkan keperibadian yang mulia kepada anak-anak dan bukannya melakukan penderaan kepada mereka. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan guru hendaklah mendalami ilmu agama dan moral dengan lebih bagi mengelakkan penderaan berlaku kepada kanak-kanak yang tidak bersalah. 1.3 Kesan penderaan kepada kanak-kanak Menurut Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara, penderaan adalah sebuah pencabulan atau pelanggaran hak kanak-kanak untuk membesar dalam keadaan sihat, selamat dan bermaruah. Statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencatatkan 158 kes bersamaan dengan 32% dilakukan oleh golongan bapa. Sebanyak 1932 kes bersamaan 39% adalah dilakukan oleh ibu kandung. Manakala sebanyak 29 kes bersamaan dengan 6% adalah dilakukan oleh pengasuh dan pusat jagaan kanak-kanak. Antara kesan penderaan kanak-kanak yang perlu dititikberatkan ialah daripada keadaan fizikal kanak-kanak. Pihak terlibat hendaklah meneliti setiap anggota tubuh badan bagi mengenal pasti sebarang perubahan dan penganiayaan bagi melindungi mangsa daripada kes penderaan. Antara kesan penderaan fizikal yang mudah dilihat bagi mengesan penderaan berlaku ialah kanak-kanak sukar untuk duduk atau berjalan, menahan sakit, terdapat lebam dan bengkak di anggota badan, cedera dan berdarah, sakit pada kemaluan, serta terdapatnya kesan luka terbakar pada kanak-kanak. Kesannya, kanak-kanak akan berasa takut dan sukar untuk memberitahu orang lain tentang apa yang mereka hadapi kerana mengkhuatiri perkara yang lebih teruk akan berlaku kepada mereka dan tiada siapa yang boleh melindungi mereka. Kesan yang seterusnya akibat daripada kes penderaan ini akan menganggu proses perkembangan kanak-kanak. Umum yang kita ketahui, otak manusia akan melalui perkembangan luar biasa ketika mereka masih bayi dan kanak-kanak. Apabila kejadian penderaan yang sama kerap berulang akan mendatangkan kesan terhadap kanak-kanak dan menyebabkan otak mereka kurang aktif. Malah, mereka yang terlibat dalam penderaan ini akan mengalami gangguan terhadap masalah kesihatan bagi jangka masa yang panjang. Contohnya,


6 kanak-kanak sukar untuk mendengar atau menumpukan perhatian, berlaku ketidakseimbangan kemahiran emosi, kognitif dan sosial, mudah diserang penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti dan darah tinggi, terlibat dengan dadah atau alkohol, dan mudah terdedah dengan gejala sosial yang tidak sihat. Akhir sekali ialah kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak. Anak kecil yang mengalami penderitaan akibat sering dikasari dan didera akan cenderung untuk memiliki tahap keyakinan diri yang kurang dan sukar untuk mereka percaya sesiapa yang berada di sekeliling mereka. Hal ini terjadi kerana sukar bagi mereka untuk meluahkan perasaan sebenar sehingga ia akan menjejaskan fikiran dan emosi kanak-kanak. Terdapat sesetengah kes, penderitaan ini akan dihadapi oleh anak-anak sehinggalah mereka memasuki alam remaja dan tidak mustahil untuk mereka menghidapi kemurungan. Antara kesannya ialah, kanak-kanak berani untuk mencederakan diri sendiri, sukar untuk tidur malam, suka menjauhkan diri daripada orang lain, tabiat pemakanan yang tidak teratur, sukar memberikan perhatian, dan sering rasa gelisah dan murung. 1.4 Langkah-langkah bagi mengelakkan kes penderaan Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak-anak, sebelum meninggalkan bayi atau anak yang masih kecil di rumah jagaan, ibu bapa hendaklah memerhatikan perkara penting agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Ibu bapa juga hendaklah berwaspada dan tidak meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya kepada pusat jagaan mahupun pengasuh kerana luaran mereka yang nampak baik dan bertanggungjawab. Antara langkah bagi mengelakkan anak menjadi mangsa dera ialah dengan bertanyakan ibu bapa yang lain atau jiran-jiran terdekat tentang cara penjagaan kanak-kanak yang dipraktikkan oleh pusat jagaan berkenaan. Jika sebarang tindakan yang dilakukan itu menimbulkan syak wasangka maka jangan teragak-agak untuk melakukan pemeriksaan secara mengejut. Seterusnya, individu juga dikehendaki untuk menyimpan sebarang bukti bagi memudahkan proses laporan polis dengan mengambil gambar dan merakam video keadaan bayi serta tindakan pengasuh sepanjang di rumah jagaan. Jika ibu bapa mendapati anak-anak pulang dengan keadaan sering menangis, terdapat kesan lebam atau kecederaan, ibu bapa


7 hendaklah mendapatkan penjelasan segera daripada pihak pengasuh atau pusat jagaan. Akhir sekali, periksa kebenaran setiap aduan yang dikatakan oleh pengasuh tentang anak yang sering berkelakuan negatif dan tidak sama dengan kanak-kanak yang lain.


8 2.0 Isu gangguan seksual ke atas kanak-kanak Gangguan seksual merupakan sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini melalui lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. Penting untuk mangsa ketahui bahawa gangguan seksual menyebabkan mangsa berasa tidak selesa, takut atau terancam dengan tingkah laku pelaku. Gangguan seksual merupakan masalah kesihatan perkerjaan yang kronik (Quick & McFadyen, 2017). Malah, menurut Hersch (2015) gangguan seksual juga merupakan rangkaian tingkah laku yang luas. Contoh rangkaian tingkah laku gangguan seksual termasuklah pandangan sepintas lalu dan gurauan yang tidak sopan, memberi komen yang merendahkan mana-mana pihak jantina, serangan seksual dan tindakan fizikal lain yang ganas. Walaupun definisi gangguan seksual berlainan antara negara, gangguan seksual secara amnya difahami sebagai perlakuan berbaur seks yang tidak disenangi dan tidak munasabah. Contohnya peristiwa yang terjadi di Australia. Seorang bekas pekerja di pusat jagaan telah dijatuhkan hukuman ke atasnya disebabkan telah melakukan gangguan seksual dan merogol seramai 91 orang kanak-kanak. Penjenayah telah ditangkap pada Ogos 2022, selepas polis menemukan “hard drive” yang mengandungi video gangguan seksual yang dilakukan ke atas kanak-kanak perempuan. Penjenayah ini telah dikenakan denda akibat melakukan gangguan seksual sebanyak 1623 kali, termasuk 136 kali merogol dan 110 kali disabitkan terlibat dalam melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur 10 tahun. Setersunya ialah di Filipina, seramai 7 million kanak-kanak mengalami gangguan seksual setiap tahun. Lebih daripada 70% kanak-kanak berumur antara 10 hingga 18 tahun mengalami gangguan seksual sementara kanak-kanak bawah umur 6 tahun adalah sebanyak 20%. Kadang kala, pelakunya bukan orang lain melainkan ayah kandung atau saudara mara mereka sendiri. Terdapat juga kanak-kanak perempuan di negara tersebut menjadi tempat pemuas nafsu para lelaki. Meskipun Department of Social Welfare (DSWD) berusaha untuk membendung masalah ini daripada terus berlaku namun kes ini mengalami peningkatan dari tahun ke tahun. Berkaitan dengan isu gangguan seksual ini tidak hanya berlaku di luar negara sahaja. Isu ini juga pernah berlaku di dalam negara kita sendiri. Seperti yang telah dikongsi oleh seorang usahawan negara, Hafiz Mahamad. Beliau telah memuat naik video berkaitan anak kepada salah seorang daripada pekerjanya telah mengalami gangguan seksual oleh guru di taskanya.


9 Perkara ini telahpun disahkan apabila mereka berkunjung ke hospital dan doktor telah mengesahkan bahawa terdapat kesan di bahagian kemaluan anak tersebut. 2.1 Bentuk-bentuk gangguan seksual Gangguan seksual adalah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini sama ada melalui lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. Hal ini adalah sangat penting untuk si mangsa ketahui bahawa gangguan seksual akan menyebabkan mangsa berasa tidak selesa, takut atau terancam dengan tingkah laku si pelaku. Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira jantina. Antara jenis gangguan seksual ialah melalui fizikal. Gangguan seksual melalui fizikal adalah melalui sentuhan, pelukan atau sebarang urutan yang tidak diingini dan tidak bersesuaian. Seterusnya, pelaku akan memicit atau menggosok bahagian tubuh badan mangsa. Si pelaku juga akan berusaha sengaja berdiri dan cuba untuk mendekati mangsa dengan tujuan yang tidak baik. Seterusnya ialah melalui lisan. Si pelaku akan memanggil mangsa dengan kata-kata yang tidak sesuai seperti “seksi”, “baby” atau “sayang” beserta dengan lawak yang lucah bagi menarik perhatian mangsa. Bukan itu sahaja, pelaku juga cenderung untuk berfantasi dan bercerita mengenai kehidupan seks pelaku atau mangsa. Selain itu, melalui bukan lisan juga merupakan salah satu jenis gangguan seksual yang dilakukan. Hal ini seperti, si pelaku akan menghantar mesej yang mengandungi unsur lucah, gambar atau video pornografi. Pelaku juga akan sentiasa berusaha untuk menggoda si mangsa secara berkesan diikuti dengan menunjukkan bahasa isyarat yang mempunyai unsur seksual. Di samping itu adalah melalui visual. Jenis gangguan seksual yang ini adalah dengan memandang mangsa dengan cara seksual dan pandangan berahi atau membuat isyarat yang tidak sesuai. Si pelaku juga tidak akan berasa segan silu untuk menunjukkan bahagian tubuh badannya kepada si mangsa. Akhir sekali ialah melalui atas talian. Gangguan seksual juga boleh berlaku dalam talian seperti menghantar mesej, gambar, atau video yang mengandungi unsur-unsur lucah. Selain


10 itu, pelaku akan menghantar atau memuat naik gambar atau video mangsa yang berunsurkan seksual tanpa sebarang kebenaran daripada tuan badan. Bukan itu sahaja, meninggalkan komen yang berunsur seksual pada media sosial seseorang turut dianggap gangguan seksual. 2.3 Kesan-kesan gangguan seksual terhadap mangsa Gangguan seksual boleh mendatangkan kesan yang buruk dan akan memberikan impak yang mendalam dalam kehidupan seseorang individu. Mangsa boleh mengalami pelbagai kesan untuk masa jangka pendek yang akan berterusan kepada jangka masa panjang. Antaranya ialah dari segi fizikal. Individu yang mengalami gangguan seksual akan mengalami tekanan hidup. Mangsa juga akan mudah berasa letih dan kerap sakit kepala. Malah, mangsa akan mengalami kesusahan untuk tidur dan makan. Hal ini akan menghantui fikiran si mangsa dan berasa bahawa keselamatannya terancam. Setersunya ialah dari segi emosi. Mangsa akan sentiasa berasa keliru dan berasa tidak berdaya. Bukan itu sahaja, perkara akan semakin teruk apabila mangsa akan berasa hina malu serta menyalahkan diri sendiri kerana perkara tersebut terjadi kepadanya. Kesan psikologi daripada gangguan seksual ini akan menyebabkan individu sentiasa berasa murung dan risau sepanjang masa. Mangsa akan mudah rasa panik serta kurangnya keyakinan diri. Terdapat sesetengah individu yang cenderung untuk berfikir untuk menamatkan riwayat mereka sendiri kerana mereka rasa diri mereka sudah tidak mempunyai harga dan nilai di mata masyarakat. Akhir sekali ialah kesan gangguan seksual terhadap pekerjaan jika gangguan tersebut berlaku di tempat kerja si mangsa. Antaranya, si mangsa berkemungkinan besar akan diberhentikan kerja atau berhenti kerja. Hal ini kerana, ia merasakan bahawa prestasi kerjanya yang semakin merosot di tambah pula dengan si pelaku turut berada si satu tempat yang sama dengan mangsa. Hal ini akan menyebabkan si mangsa memutuskan untuk tidak datang ke kerja dan sukar untuk fokus ketika waktu bekerja.


11 3.0 Isu pengoperasian pusat jagaan taska dan tadika tanpa permit Isu yang ketiga ialah isu berkenaan dengan pengoperasian pusat jagaan taska dan tadika tanpa lesen. Hal ini terbukti apabila terdapat 54 buah taska yang berada di Seremban adalah beroperasi tanpa lesen daripada pihak berwajib. Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah sardi berkata, berdasarkan rekod sehingga Januari 2021, terdapat 158 taska yang berdaftar di bawah akta Kanak-Kanak 2001 di Negeri Sembilan. Namun, pada Januari 2022, sebanyak 54 taska yang tidak berdaftar. Ini menjadikan Negeri Sembilan mencatatkan jumlah taska tidak berdaftar paling tinggi iaitu sebanyak 47 buah manakala Kuala Pilah dan Port Dickson masingmasing dua. Seterusnya kes yang sama di Bangi, Kajang di mana sebuah taska di Bangi telah terlibat dalam kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera. Bukan itu sahaja, taska ini juga terbukti telah beroperasi tanpa lesen. Ketua Polis daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata bahawa siatan awal dilakukan mendapati bahawa taska yang disyaki itu baru beroperasi selama 4 bulan sahaja dan masih di dalam proses untuk memohon lesen. Beliau juga berkata polis telah merakam percakapan lapan orang individu termasuklah ibu bapa kanakkanak yang terbabit. Beliau juga berkata bahawa gambar berkenaan dipercayai dirakam pada Disember 2016. Pemeriksaan turut dilakukan terhadap ketiga-tiga kanak-kanak tersebut dan didapati tiada sebarang kecederaan fizikal. Akhirnya, pemilik taska dan tiga orang pekerjanya yang ditahan akan menerima hukuman reman bagi membantu siasatan. Selain itu, sebuah taska yang dipercayai terlibat dalam kes mengasari dua bayi di Mutiara Rini, Skudai telah ditutup serta merta selepas pemeriksaan mendapati ia beroperasi tanpa lesen yang sah. JKM turut menutup dua lagi cawangan taska tersebut di Jalan Abd Samad dan di Iskandar Puteri. Susulan daripada kejadian itu, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On juga turut turun bagi meninjau taska berkenaan. Beliau berkata, bahawa pengusaha taska belum mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pihak bomba. Jikalau belum mendapat kebenaran daripada ketiga-tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh mengeluarkan lesen, jelas beliau. Sebelum itu, telah tular dua buah video yang memaparkan aksi seorang


12 pengasuh yang dikatakan merupakan kakitangan taska berkenaan mengasari bayi menjadi tular di media sosial. Hal ini meybebakan pengasuh itu telah direman selama empat hari. 3.2 Tindakan pihak berkuasa menangani masalah taska tanpa lesen. Antara tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada taska dan pusat jagaan tidak berdaftar adalah taska tersebut akan dikompaun, LAK premis dan akan didakwa di mahkamah. Hukuman akan diberikan atas kesalahan taska dan pusat jagaan ialah denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi daripada 2 tahun atau keduaduanya sekali. Malah, bagi kesalahan kedua, pengusaha ataupun pengendali juga boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.


13 4.0 Isu kemalangan yang berlaku di taska Isu yang keempat ialah berkaitan dengan kemalangan kanak-kanak yang berlaku di taskataska tertentu. Antaranya ialah di Putrajaya, polis menjalankan siasatan berhubung dengan kejadian yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa mengalami kecederaan di sebuah taska. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asistan Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata bahawa laporan berkenaan telah dibuat oleh ibu si mangsa pada jam 10.26 malam. Ibu mangsa membuat laporan berkaitan beberapa kesan gigitan di tangan anaknya semasa dihantar ke sebuah taska di Putrajaya. Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan dan doktor telahpun mengesahkan bahawa terdapat kecederaan selari dengan kesan gigitan kanak-kanak seusia. Selain itu, di Malaysia, telah dianggarkan sebanyak 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap tiga bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak yang berumur di antara 5-9 tahun. Berdasarkan kemalangan epidemiology di Malaysia. Kemalangan kanakkanak ini boleh berlaku jika mereka jatuh atau terpintas dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan. Selain itu, kemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain. Antara peralatan permainan yang kerap dikaitkan dengan kemalangan adalah buaian, palang bergayut, gelunsur, dan jongkangjongkit. Bagi mengelakkan perkara ini sering berlaku, guru hendaklah memastikan kanak-kanak diawasi di taman permainan. Bagaimana nak memastikan keselamatan terjamin adalah dengan sediakan tempat duduk untuk ibu bapa dan penjaga. Dengan ini, ibu bapa dan penjaga boleh memerhatikan tingkah laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar kawasan permainan yang disediakan. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan kanakkanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya kemalangan dapat dielakkan. Selain itu, pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.


14 Seterusnya, pihak terlibat hendaklah melakukan penyelenggaran taman permainan kanakkanak. Taman permainan di taska atau tadika dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau bergeriji. Seterusnya, taman tersebut hendaklah dipastikan bahawa tiada tapak pemukaan yang terbiar. Selain itu, sebarang peralatan merbahaya seperti besi, getah,plastik atau kayu telah diperkemaskan dan tidak mereput. Di samping itu, pihak taska hendaklah memastikan bahawa semua permukaan perlu sentiasa diselenggara dan bebas dari bucu-bucu tajam. 4.1 Langkah-langkah keselamatan di taman permainan kanak-kanak Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka bermain ditaman permainan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna. Di antara ciri keselamatan yang disarankan ialah ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, “guard-rails” (tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang. Seterusnya, pihak taska juga hendaklah memastikan tapak permukaan dan kawasan untuk jatuh. Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain. Elakkan permukaan yang dibuat daripada “asphalt”, konkrit, rumput dan tanah. Antara permukaan yang selamat ialah permukaan pasir sedalam 10 inci, serpihan kayu proses sedalam 12 inci dan tikar-luar getah. Selain itu, jerangkap hendaklah dipastikan bahawa ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan kanak-kanak tidak terperangkap kepala mereka. Skru dan pepaku yang menonjol. Risiko yang berkitan merupakan tersangkut pakaian yang mengakibatkan tercekik dan tercucuk yang mengakibatkan luka pada badan dan mata.


15 5.0 Isu penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) Penutupan sementara tadika, taska dan pusat asuhan kanak-kanak bukan penyelesaian yang baik untuk mengawal penularan penyakit kaki, tangan daan mulut (HFMD. Tidak kira di mana kita berada, penyakit ini mudah untuk dijangkiti. Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban, Dr Muhamad Hazizi Muhamad Hasani, berkata tidak dinafikan pergaulan rapat kanak-kanak di premis penjagaan awam adalah faktor utama penularan pelbagai jangkitan virus bukan sahaja HFMD, tetapi penyakit lain seperti cacar air (chickenpox) dan demam campak (measles). "Peningkatan kes HFMD di Malaysia sememangnya sudah dijangka selepas pembukaan sektor ekonomi, sosial dan persekolahan. "Pada pendapat saya, tidak wajar untuk tadika, taska atau pusat asuhan kanak-kanak ditutup bagi mengawal jangkitan kerana risikonya tetap ada sepanjang masa. Penularan jangkitan HFMD dalam kalangan kanak-kanak bawah usia tujuh tahun di Selangor kini sudah melebihi paras amaran 6,748 kes direkodkan setakat 7 Mei 2022 dengan 95% daripadanya adalah kluster tadika, taska serta pusat jagaan harian kanak-kanak. 5.1 Simptom/ gejala penyakit Simptom atau gejala jangkitan penyakit ini adalah ringan (mild) iaitu demam, ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki dan ulser pada mulut atau lidah. Di samping itu, kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan. Muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh ke sepuluh hari. Walau bagaimanapun, jangkitan yang disebabkan oleh Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut di kalangan manusia tidak berjangkit melalui haiwan dan penyakit ini berbeza dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang berlaku pada haiwan peliharaan.


16 5.2 Faktor risiko jangkitan di taska Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun. Kanak-kanak mudah mendapat jangkitan kerana mereka belum pernah terdedah kepada banyak jenis kuman. Maka, imunasi tubuh badan mereka melalui antibodi belum terbentuk lagi. Amalan kebersihan diri yang kurang baik serta tidak mengamalkan tabiat mencuci tangan menyebabkan seseorang kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit HFMD. Guru atau pengasuh juga perlu memastikan lampin bayi dibuang dengan betul dan amalan mencuci tangan dibuat untuk mengelakkan berlakunya perebakan penyakit HFMD. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak menyebabkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan memandangkan kanak-kanak mempunyai pergaulan rapat di antara mereka semasa di taska, tadika atau pusat jagaan. Hal ini menyebabkan berlakunya perebakan penyakit HFMD. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kanak-kanak bergaul rapat seperti aktiviti renang, sukaneka atau kerja berkumpulan menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit HFMD di kalangan kanak-kanak di taska. Selain itu juga, peralatan atau barang permainan yang tidak dijalankan disinfeksi secara berkala berisiko untuk menyebabkan berlakunya perebakan jangkitan HFMD. Kanak-kanak di taska, tadika atau pusat jagaan juga berisiko untuk mendapat jangkitan HFMD sekiranya berkongsi tuala, sudu, garfu dan juga peralatan kegunaan yang lain. Perkongsian barang peribadi ini boleh menyebabkan kanak-kanak yang sakit menjangkitkan virus ini kepada kanakkanak yang sihat melalui cecair lepuh atau air liur. 5.3 Pencegahan Wabak HFMD di Taska Walaupun kadar penularan penyakit HFMD adalah tinggi terutamanya di taska, tadika dan pusat jagaan, namun penyakit ini dapat dicegah sekiranya semua pihak sama ada ibu bapa, pihak taska dan juga media memainkan peranan masing-masing.


17 Bagi mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti menyebarkan penyakit ini kepada kanakkanak lain yang sihat, ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan dinasihatkan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut: 1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/ sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. 2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha taska, tadika dan juga pusat jagaan kanak-kanak disarankan supaya menjalankan saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum mereka dibenarkan memasuki premis. Saringan di pintu masuk taska atau tadika perlu dijalankan setiap hari sebelum sesi persekolahan bermula. Aktiviti saringan ini juga perlu direkodkan bagi memudahkan rujukan pada masa akan datang. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD semasa saringan dijalankan, pihak taska atau tadika perlu mengasingkan kanak-kanak tersebut di bilik isolasi sehinggalah ibu bapa atau penjaga datang untuk membawa kanak-kanak mendapatkan rawatan. Sehubungan dengan itu, bilik isolasi perlulah disediakan di taska atau tadika bertujuan untuk mengasingkan kanak-kanak yang bersimptom dari kanak-kanak yang sihat. Selain itu, pihak penguasaha taska dan tadika ditekankan untuk: 1. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh atau merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak. 2. Menjalankan disinfeksi (basmi kuman menggunakan larutan berasaskan klorin) permainan kanak-kanak serta lantai premis terutama tandas secara berkala. 3. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul. 4. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan peribadi seperti tuala di antara kanak-kanak.


18 5. Menyediakan hand sanitizer di premis taska atau tadika 6. Melatih dan memaklumkan kanak-kanak di taska atau tadika sentiasa mengamalkan 7 langkah mencuci tangan yang betul. Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penguasaha dan guru di taska dalam mengenali dan mencegah penyakit berjangkit seperti HFMD, pihak taska atau tadika diwajibkan untuk menghadiri taklimat pengendali taska dan tadika yang dianjurkan oleh pejabat kesihatan daerah. Sejajar dengan itu, diharap pihak taska dapat membuat pengesanan awal kejadian penyakit berjangkit seperti HFMD seterusnya melaporkan ke pejabat kesihatan yang berdekatan serta disarankan mengambil inisiatif menutup sementara premis bagi memastikan transmisi jangkitan terputus dan aktiviti pembasmian dapat dijalankan dengan segera. Peranan media dilihat penting dalam membantu menyebarkan maklumat dan menanamkan kefahaman berkaitan pencegahan penyakit HFMD. Penyebaran maklumat melalui media, baik media elektronik atau media cetak dapat membantu memberi pendidikan kesihatan kepada ibu bapa dan masyarakat dalam menangani penyakit ini. Pihak taska atau tadika juga perlu bijak mengambil peluang dalam menyebarkan maklumat-maklumat pendidikan kesihatan melalui media elektronik seperti aplikasi ‘whatsapp’ bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membendung penularan jangkitan HFMD.


19 PENUTUP Kesimpulannya, isu berkaitan dengan penderaan kanak-kanak ini bukanlah sesuatu yang baharu dan ia mestilah diberikan perhatian yang penuh daripada masyarakat dan pihak berkuasa. Menyedari dan berusaha untuk menangani masalah ini merupakan langkah utama yang perlu dilakukan bagi mengatasinya. Hal ini memerlukan kerjasama daripada pihak keluarga, masyarakat dan juga pemimpin untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak hendaklah mempunyai persekitaran yang selamat dan mendukung pertumbuhan yang sihat. Anak-anak haruslah dianggap sebagai kain putih, dan ibu bapa serta masyarakat yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi kanak-kanak daripada mengalami kes penderaan ini, kerana mereka ini merupakan aset terpenting dalam negara yang akan memegang tampuk pemerintahan di masa hadapan apabila mereka meningkat dewasa kelak. Selain itu, bagi kes pengoperasian pusat jagaan tanpa permit merupakan sesuatu perkara yang penting dalam mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa mengenai kaitan dengan pengoperasian tanpa permit boleh menyebabkan keselamatan itu yang terjejas, bagi tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pihak berkuasa seperti penutupan pusat asuhan dan didikan yang mempunyai pelbagai risiko keselamatan kepada kanak-kanak. Pemilik pusat asuhan dan pusat didikan seharusnya mengambil berat dan cakna bagi memastikan memperoleh semua kelulusan permit dan kelulusan lesen yang diperlukan sebelum pengoperasian itu dimulakan. Kesimpulan bagi isu penularan penyakit (HFMD) merupakan penyakit yang mudah berjangkit terutama di kalangan kanak-kanak. Penyakit tersebut boleh berjangkit melalui cecair badan, najis, dan perudaraan. Disebabkan itu seharusnya mencegah lebih baik daripada merawat. Antaranya ialah sebagai seorang pengurus, para asuhan dan pendidik yang berhemah perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan kanak-kanak itu terjaga. Langkah-langkah pencegahan sentiasa menjaga kebersihan mencuci tangan dan persekitaran yang bersih bagi mengelakkan daripada penyakit berjangkit. Ia sangat penting untuk mengurangkan risiko penularan wabak penyakit (HFMD).


20 SUMBER RUJUKAN 1. Agenda Daily. (April 2022). Punca penderaan di taska meningkat. https://www.agendadaily.com/isu-semasa/punca-penderaan-di-taska-meningkat/ 2. Arifin, L. (Mei 2022). HFMD: tutup taska, pusat jagaan bukan penyelesaian. BHOnline. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/955366/hfmd-tutup-taska-pusatjagaan-bukan-penyelesaian 3. Aziz, F. (September 2023). Kes penderaan kanak-kanak, ini kesannya terhadap tumbesaran, fizikal & mental. hellodoktor. https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/penderaan-kanak-kanak-fahami-bertindak/ 4. Azrul, N. (May 2023). Taska beroperasi tanpa lesen, diarah tutup serta-merta. Malaysia Tribune. https://malaysiatribune.news/2023/05/16/taska-beroperasi-tanpa-lesen-diarahtutup-serta-merta/ 5. Bahaudin, N. H. (April 2023). Isu Penderaan di taska: Pengusaha tidak patuh Akta Taska. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954567/isu-penderaan-ditaska-pengusaha-tidak-patuh-akta-taska 6. BHonline. (Januari 2017). Kes kanak-kanak diikat: taska beroperasi tanpa lesen. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2017/01/238627/kes-kanak-kanakdiikat-taska-beroperasi-tanpa-lesen#google_vignette 7. Cameleon Association. https://www.cameleon-association.org/contexte-auxphilippines/?lang=en 8. Georgina F. Hobbs, Christopher J. Hobbs, Jane M. Wynne. (1999). Abuse of children in foster and residential care, Child Abuse & Neglect. Volume 23, Issue 12, Pages 1239-1252. 9. Hasbi, A. (Februari 2022). 54 taska tak berdaftar di Negeri Sembilan. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/814021/54-taska-tak-berdaftar-di-negerisembilan#google_vignette 10. Ismail, N. A. (Januari 2018). Isu keselamatan kanak-kanak di Taska. https://pnnorazuraismail.blogspot.com/2018/01/isu-keselamatan-kanak-kanak-ditaska.html?m=1 11. Mamat, S. R. (April 2017). Taska dan penyakit tangan, kaki dan mulut. MyHealth. http://www.myhealth.gov.my/taska-dan-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut/


21 12. Paharuzi, A. (Disember 2022). [Video] Anak staff Hafiz Mahamad kena gangguan seksual di taska, doctor sahkan ada kesan di kemaluan – “Cikgu masuk dalam b****t”. Xtra. https://www.xtra.com.my/hiburan/video-anak-staff-hafiz-mahamad-kena-gangguanseksual-di-taska-doktor-sahkan-ada-kesan-di-kemaluan-cikgu-masuk-dalam-bt/ 13. Patah, A. F. M. (September 2023). 310 kes penderaan kanak-kanak di taska. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1011063/310-kes-penderaan-kanakkanak-di-taska 14. Women’s Centre for Change. Apa itu gangguan Seksual? https://www.wccpenang.org/sexual-harassment-what-ism/#:~:text=Jenis%2Djenis%20Gangguan%20Seksual&text=Menghantar%20mesej%2C %20gambar%20atau%20video,mengganggu%20orang%20lain%20secara%20seksual 15. Yaacob, S. N. Z. Kesan penderaan kanak-kanak boleh membawa maut, ibu ayah kena alert perubahan anak. theAsianparent. https://my.theasianparent.com/kesan-penderaan-kanakkanak


Click to View FlipBook Version