MINIT MESYUARAT AWAL TAHUN BIL 1 /2020
Tarikh / Hari : 29 Disember 2019 / Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sungai Long
Pengerusi : Tn. Hj Abd Rahim bin Haron
Kehadiran : 31 orang
Nama yang hadir:
1) Tn. Hj. Abd Rahim bin Haron (Guru Besar)
2) En. Mohd Roslan bin Mustapha (Penolong Kanan Pentadbiran)
3) En.Fauzi bin Ibrahim (Penolong Kanan HEM)
4) Pn. Norizan binti Ngah (Penolong Kanan Kokurikulum)
5) Pn. Mazraihan binti Hilmi
6) Pn. Roslina binti Daud
7) Pn. Zalina binti Jabar
8) Pn. Nazariah binti Yusoff
9) Pn. Zaihan bt Ab Kadir
10) En.Zakaria bin Mat Jali
11) Tn.Hj.Muhamad Shukri bin Deraman
12) Pn. Zaidah bt Mohd Nor R
13) En. Joeshram Azwa bin Hassan
14) En. Badli bin Ismail
15) Pn. Siti Asma binti Ismail
16) Pn. Nurhanani binti Mahmood
17) En. Abdullah bin Salleh
18) Pn. Mahdini binti Ahmad
19) Pn. Nurul Sazlina binti Mohamad Salin
20) Pn. Mardiana binti M. Aznam
21) Pn. Marina binti Awang
22) Pn. Wan Suhaila binti Wan Ismail
23) Pn. Nik Nur Hazli binti Abdul Rahman
24) Pn. Nor Aziah binti Othman
25) Pn. Nur Farahiah binti Che Husin
1
26) En. Adli bin Daud
27) En. Muhd Shanni bin Idris
28) Pn. Normazwani binti Ismail
29) Pn. Syazwani binti Zulkifli
30) Pn. Norsyazarina binti Mohamad Rosdi
31) Pn. Nor Aidah binti Zakaria
Tidak hadir bersebab:
Tiada
1. Ucapan Tuan Guru Besar. ( Tn. Hj Abdul Rahim bin Haron )
1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
ahli jawatankuasa pengurusan sekolah sesi 2020, dimulai dengan
bacaaan Al-Fatihah.
Tindakan: Makluman
1.2 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua ahli
jawatankuasa pengurusan yang dilantik bagi sesi 2020 semoga dapat
menjalankan tugas dengan lebih dedikasi dan amanah.
Tindakan: Makluman
1.3 Tuan Guru Besar mengalu-alukan kedatangan En Fauzi bin
Ibrahim ke SK Sungai Long bagi menjawat jawatan sebagai Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Tindakan : Makluman
2. Pelantikan AJK Unit Kurikulum , HEM dan Kokurikulum
2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua ahli jawatan kuasa yang telah dilantik bagi sesi 2020. Beliau berharap
semua guru dan AKP dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Tindakan: Makluman
2.2 Pengagihan Buku Pengurusan Sekolah 2020
2.2.1 Buku pengurusan sekolah bagi tahun 2020 telah diedarkan
kepada semua guru.
Tindakan : Makluman
2
2.2.2 En.Mohd Roslan bin Mustapha ( GPK Kurikulum )
menyatakan pengagihan jawatan kuasa adalah mengikut kesesuaian dan
bertepatan dengan kemahiran sedia ada guru. Beliau berharap semua
guru dan AKP dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya.
Tindakan : Makluman
3. Etika Pemakaian
3.1 Tuan Guru Besar telah membuat penetapan berkaitan etika
pemakaian guru dan ahli kumpulan pelaksana bagi tahun 2020. Pegawai lelaki
wajib memakai tali leher merah dan pegawai wanita bertudung merah pada
setiap hari Ahad. Perkara tersebut telah diterima sebulat suara.
Tindakan : Makluman
4. Perakam waktu
4.1 En.Mohd Roslan bin Mustapha (Penolong Kanan Kurikulum) telah
membuat ketetapan perakam waktu iaitu :
a) Waktu datang sebelum 7.30 pagi
b) Waktu balik selepas 15 minit PdPc berakhir.
Tindakan: Makluman
5. Format Tuntutan Perbelanjaan PCG
5.1 Tuan Guru Besar telah menegaskan perkara berkaitan tuntutan
perbelanjaan dengan meminta semua guru melampirkan borang sokongan
seperti bil / resit semasa membuat tuntutan. Para guru juga perlu mengisi nota
minta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perbelanjaan. Semua
perbelanjaan panitia perlu rujuk kepada Pembantu Tadbir dan mendapat
kelulusan daripada Tuan Guru Besar sebelum membuat sebarang transaksi
urus niaga.
Tindakan : Ketua Panitia
6. Hal-hal lain
6.1 En. Mohd Roslan bin Mustapha ( Guru Penolong Kanan Kurikulum
) menegaskan kepada Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2020 untuk sama -
sama menggembleng tenaga bagi memantapkan lagi murid-murid UPSR tahun
2020.
Tindakan : SU Kecemerlangan UPSR
6.2 En. Mohd Roslan bin Mustapha ( Guru Penolong Kanan Kurikulum)
mengingatkan tentang cuti rehat , cuti rehat khas dan cuti sakit kepada semua
guru perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dengan mengisi permohonan di
3
atas talian HRMIS. Bagi Cuti rehat dan cuti rehat khas boleh memohon
seminggu awal dari tarikh ingin bercuti.
Tindakan : Makluman
6.3 En. Joeshram Azwa bin Hassan memberi peringatan mesra agar
semua warga sekolah menepati masa terutama sewaktu perhimpunan rasmi. 30
minit sangat pantas berlalu dan boleh menjejaskan waktu pembelajaran
sekiranya tidak menepati waktu.
Tindakan : Makluman
7. Penutup
7.1 Tuan Guru Besar mengharap tahun 2020 adalah tahun yang lebih
cemerlang dari tahun sebelumnya. Semoga semua guru dan AKP
melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dalam suasana yang seronok
untuk bekerja.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan jam 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh, Disahkan,
…………………………............... …………………………….........
(PN. MAZRAIHAN BINTI HILMI) (HJ. ABD RAHIM BIN HARON)
Setiausaha Pengurusan, Guru Besar,
SK Sungai Long, SK Sungai Long,
Jeli, Kelantan. Jeli, Kelantan.
4