The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK KPPB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 791-3-mahirah, 2022-04-12 11:31:28

TUGASAN 2 KESANTUNAN BERBAHASA

TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK KPPB

KESANTUNAN
BERBAHASA

PENGHASILAN PRODUK KPPB

NUR MAHIRAH BINTI MALIGAH

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN JUSTIFIKASI

CARA MENANGANI SUMBER RUJUKAN
ISU KESANTUNAN

PENGENALAN

APA ITU KESANTUNAN BERBAHASA?

Awang Sariyan (2007) mentakrifkan kesantunan bahasa sebagai penggunaan
bahasa yang beradab, sopan dan baik. Penggunaan bahasa yang beradab, sopan
dan baik mampu menonjolkan sisi peribadi mulia seseorang itu dan menunjukkan
penghormatan kepada individu yang menjadi teman berbicaranya.

Prof. Dr. Awang bin Sariyan

Menurut Asmah Haji Omar (2000) pula, kesantunan merupakan satu kaedah
mahupun strategi yang digunakan bagi mencapai sesuatu tujuan yang tertentu.
Beliau mengelaskan kesantunan kepada dua aspek iaitu aspek kesantunan asas
dan jugakesantunan berkala.

Profesor Emeritus Dr. Asmah
Haji Omar

Hamka (2002) berpendapat bahawa kesantunan itu turut meliputi
kata-kata yang lemah dan beradab sehingga dapat melembutkan hati
seseorang.

Haji Abdul Malik bin Abdul Karim
Amrullah

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur [16], kesantunan
didefinisikan sebagai hal santun, kesopanan, kehalusan budi bahasa
atau budi pekerti.

Dewan Bahasa dan Pustaka

JUSTIFIKASI

TELEGRAM WHATSAPP

STATUS WHATSAPP

PELANTAR YOUTUBE

TWITTER INSTAGRAM

FACEBOOK

1.PENGGUNAAN BAHASA YANG KESAT

Dipetik dari aplikasi Telegram Dipetik dari aplikasi Whatsapp

Budi bahasa merupakan sebuah percakapan yang baik, elok dan bersopan saat menuturkan bicara, tinggi dan
berhemah budi bicaranya. Namun kini kesantunan dalam berbahasa semakin luntur khususnya ketika berinteraksi
di media sosial. Budi bahasa tidak lagi menjadi perkara yang penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan
bermasyarakat apatah lagi di atas talian. Contohnya penggunaan bahasa yang kesat seperti rajah di atas. Rajah di
atas menggunakan bahasa kesat seperti "bodoh", "bangang", "babi" dan juga "bangsat". Hal ini menunjukkan
bahawa penggunaan bahasa yang kesat seperti ini sudah berleluasa dalam media sosial sehingga mengabaikan
kesantunan dalam berbahasa dan juga budi bahasa tidak dapat dijaga. Selain itu, tangkap layar dari aplikasi media
sosial seperti Telegram dan Whatsapp ini gagal untuk mematuhi prinsip Rusydi Room (2013) yang menyatakan
kesantunan berbahasa haruslah menggunakan bahasa yang menyedapkan hati, tidak menyingggung atau
menyakiti perasaan orang lain, jujur, dan tidak berbohong.

2. MENGGUNAKAN KATA PANGGILAN YANG TIDAK SOPAN

Berdasarkan gambar di sebelah menunjukkan para pengguna media sosial
menggunakan kata pangggilan yang tidak sopan ketika menulis komen di laman
sosial tersebut. Pengguna memanggil YB Encik Ahmad Razif Abdul Rahman
sebagai ko, lu, ang, hampa, dan u. Situasi ini jelas menunujukkan
ketidaksantunan ketika berbahasa kerana sepatutnya panggilan untuk Ahmad
Razif Abdul Rahman ialah YB, encik ataupun beliau. Ini jelas bertentangan
dengan Teori Kesantunan Asmah (2000) yang menyatakan semasa
berkomunikasi seseorang seharusnya mengambil kira taraf dan peranan orang
lain ketika bercakap. Dalam situasi ini, pengguna media sosial seharusnya
menggunakan kata panggilan yang lebih sopan kerana apa yang ditulis ini dapat
diakses seterusnya dilihat dan dibaca oleh seluruh masyarakat di seluruh dunia.

Dipetik dari komen di Facebook

3. PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Hasil tangkap layar penggunaan bahasa rojak oleh pelajar di Whatsapp

3. PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Hasil tangkap layar penggunaan bahasa rojak oleh pelajar di Whatsapp

3. PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Berdasarkan rajah di sebelah dan rajah di atas, terdapat banyak ayat yang dikenal pasti terdapat
penggunaan bahasa rojak dalam penulisannya. Sebagai contoh, "chemist", "don't know", "online",
"goodluck", "school", dan "thank you". Penggunaan bahasa Melayu rojak yang berleluasa dalam kalangan
masyarakat terutama di media sosial adalah satu bentuk kehilangan bahasa yang sekiranya tidak
dibendung akan beransur-ansur menghakis kesantunan bahasa itu sendiri. Hal ini demikian kerana,
penggunaan bahasa Melayu yang betul dilihat semakin dipĀ­ inggirkan dalam mengharungi dunia globalisasi.
Masyarakat lebih menekankan kepantasan mesej yang mahu disampaikan berbanding penggunaan
bahasa yang betul dari sudut tatabahasa, apatah lagi dari segi kesantunan berbahasa Hasil tangkap layar
menunjukkan bahawa aliran pertuturan bahasa rojak dalam laman sosial seperti Whatsapp adalah corak
bahasa rojak campuran bahasa Melayu-Inggeris dan penggunaan bahasa dan tatabahasa adalah tidak
tepat sehingga menggabaikan kepentingan penggunaan kesantunan berbahasa yang tepat. Ini
menunjukkan cerminan sikap dan sikap ragu-ragu rakyat Malaysia terhadap penggunaan bahasa Melayu
di laman sosial. Manakala, golongan profesional pula dilihat lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris
dalam kebanyakkan urusan yang menunjukkan bahawa kesantunan dalam berbahasa itu sebagai suatu
perkara yang remeh kerana tidak menggunakan bahasa yang betul.

4. PENGGUNAAN KATA YANG MENGHINA

https://youtu.be/6xCrVhqdX1c

Pautan video diatas menunjukkan pelbagai bentuk ungkapan makian dipilih oleh Azwan Ali kepada Dato' Sri
Vida. Antaranya, "pukimak", "sial", "bodoh", "bangsat" dan banyak lagi. Ungkapan makian ialah sebuah
ungkapan yang mempunyai ciri kasar, kesat, lucah, biadap, carut, cabul, dan sesuatu ungkapan yang tidak
manis. Video di atas juga merupakan contoh ketidaksantunan dalam berbahasa ketika menggunakan media
sosial. Selain itu, video makian di atas juga tidak mematuhi prinsip kesantunan seperti prinsip kesantunaan
Leech. Hal ini demikian kerana, video yang berdurasi selama lebih 60 saat ini langsung tidak mematuhi
maksim santun, maksim budiman, maksim sokongan, maksin kerendahan hati, maksim persetujuan dan juga
maksim simpati. Kata-kata makian yang dilontarkan sememangnya bertujuan untuk menghina pihak lawan.
Ini merupakan suatu perkara yang tidak santun untuk dilakukan ketika menggunakan media sosial.

5.PENGARUH BAHASA HARIAN KE DALAM MEDIA SOSIAL

Hasil tangkap layar penggunaan bahasa basahan oleh pelajar di Twitter
Bahasa basahan ialah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian (iaitu bahasa kolokial.). Oleh itu, bahasa ini tidak
mementingkan unsur tatabahasa yang betul kerana ianya lebih mementingkan kefahaman antara penutur di media sosial
terutamanya. Antara contoh bahasa basahan yang terdapat dalam rajah di atas ialah tomey, sedeh, tak, kena, dan
sebagainya. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan sepenuhnya.

CARA MENANGANI
ISU KESANTUNAN

1.PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN DI SEKOLAH

Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat di
negara terutamanya di media sosial, setiap individu seharusnya mengambil berat dalam
menjaga budi bahasa masing-masing dan juga seharusnya menitikberatkan etika
penggunaan media sosial. Antara pendekatan yang boleh dijalankan adalah melalui
pendidikan dan pengajaran di sekolah. Para guru seharusnya juga harus mendedahkan
kepada para pelajar tentang adab dan tatasusila yang sepatutnya diamalkan sebagai
seorang pengguna di media sosial. Contohnya, para guru boleh menerangkan kepada
para pelajar apakah tujuan media sosial dicipta, kegunaan media sosial dan juga etika
yang perlu dijaga ketika menggunakan media sosial agar penggunaan media sosial dapat
digunakan dengan sebaiknya. Pendidikan dan pengajaran tersebut boleh diajar dalam
subjek seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

2. KEUPAYAAN MEDIA SOSIAL

Media sosial sememangnya berupaya untuk meningkatkan kesantunan berbahasa dalam
kalangan pengguna-pengguna media sosial melalui pemerkasaan amalan 'Budi Bahasa
Budaya Kita'. Kaedah ini boleh dianggap kaedah yang sesuai bagi kalangan pengguna
media sosial untuk meningkatkan kesedaran dalam menjaga kesantunan berbahasa. Hal
ini demikian kerana, kekerapan penggunaan media sosial yang tinggi dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Contohnya, penggunaan Facebook, WhatsApp, dan juga
Instagram. Selain itu, media sosial juga berupaya untuk mempengaruhi tindakan dan
perilaku para pengguna terhadap amalan 'Budi Bahasa Budaya Kita'. Akhir sekali, media
sosial juga dikatakan bersesuaian untuk digunakan bagi mendidik masyarakat di
Malaysia kerana mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan seperti mampu
menjangkau khalayak yang ramai, mesej dapat disampaikan dengan menarik,
menjimatkan kos kerana ia adalah percuma, memudahkan penyampaian mesej, mudah
diakses dan membenarkan komunikasi dua hala.

3. MEMATUHI ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Kaedah yang ketiga ialah melalui teknik mematuhi etika penggunaan media sosial. Umum
mengetahui bahawa penggunaan ayat-ayat dan perkataan yang kurang sopan dan tidak
berhemah ini semakin berleluasa sehingga melunturkan kesantunan berbahasa itu sendiri.
Isu ini sekan-akan diterima pakai dalam masyarakat tatkala perkaataan yang kurang santun
menjadi hal yang biasa dalam perbualan harian. Antara etika-etika yang perlu dipatuhi
adalah tidak mengeluarkan pendapat dengan berkata-kata kesat terhadap khabar angin
yang tidak mempunyai sumber yang sahih. Hal ini demikian kerana, isu begini dapat
mendorong kepada fitnah dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya, mencegah diri daripada melakukan sindiran mahupun penghinaan terhadap
orang lain sama ada dalam bentuk gambar mahupun komen kerana kesantunan berbahasa
amat penting. Akhir sekali, para pengguna media sosial seharusnya menghargai waktu agar
tidak membuang masa melontarkan kata-kata kesat pada perkara yang tidak berfaedah
sehingga tidak menjaga budi bahasa, berkata kasar dan sebagainya.

4. PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Ibu bapa sememangnya yang bertanggungjawab mencorak perilaku anak-anak. Mereka
harus meluangkan masa dan mempamerkan teladan yang betul serta memberikan
didikan keagamaan kepada golongan muda, Hal ini demikian kerana, anak-anak lebih
mudah untuk meniru budi bahasa itu apabila melihat sendiri akan kelakuan baik yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa juga harus menerapkan akan pentingnya
kesantunan berbahasa dalam apa jua keadaan sama ada dalam perbualan harian
mahupun di media sosial. Masa yang diluangkan oleh ibu bapa untuk anak-anak amat
penting untuk membolehkan ibu bapa menyemai nilai budi bahasa dengan lebih
mendalam. Justifikasinya, peranan ibu bapa amat penting dalam mengasuh, mendidik
serta menyemai sopan santun kepada anak-anak. Ibu bapa harus menyemaikan budi
bahasa sejak kecil lagi bagi membantu mereka agar tidak menjadi pengguna media sosial
yang tidak beretika kerana tidak menjaga kesantunan berbahasa.

5. PERANAN KERAJAAN

Kerajaan juga boleh membantu memupuk konsep budi bahasa dalam jiwa remaja
dengan mewujudkan satu program khas untuk remaja. Program Khidmat Negara
merupakan satu aktiviti yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus dilaksanakan
terutama menekankan lebih banyak konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan
oleh remaja zaman ini. Remaja yang menyertai program sebegini akan berinteraksi
sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama lalu penyemaian budi bahasa boleh
dilaksanakan dengan mudah. Lantaran itu, program yang bercorak kebangsaan tentang
budi bahasa harus dilancarkan oleh kerajaan dengan segera.

SUMBER RUJUKAN

Ahmad Irfan, H. 2013. Generasi Y Malaysia Boleh dan Wajar Goncang Dunia. The Malaysian Insider.
(http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/ generasi-y-malaysia-boleh-dan-wajar-goncang-
dunia-ahmad-irfan-hani).

Ahmad Mahdzan, A. 2005. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Haziq, A. 2013. Generasi Y, Generasi Teknologi Maklumat. The Malaysian Insider. Diambil daripada
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/ generasi-y-generasi-teknologi-maklumat-haziq-
asyraf

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. 2011. Kempen Budi Bahasa Dirancakkan Semula.
Diambil daripada http://kpdnkk.bernama. com/newsBm.php?id=569900

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version