KKT 6013 (TEORI KAUNSELING LANJUTAN)
TUGASAN INDIVIDU
LAPORAN PEMBENTANGAN TEORI KAUNSELING
TEORI PSIKOANALISIS (SIGMUND FRUED)
NAMA : RAPIDAH BINTI A BAKAR
NO MATRIK : M20201000189
NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR. AHMAD JAZIMIN BIN JUSOH
0
Isi Kandungan 2
2
Pengenalan 4
Sejarah Pengasas Teori Psikoanalisis 4
Konsep Fundamental Teori 6
7
- Pandangan Tentang Sifat Semulajadi Manusia 7
- Struktur Personaliti 11
- Kembimbangan : Ancaman Kepada Ego
- Mekanisme Helah Bela Diri 13
- Tahap Perkembangan Psikoseksual 13
14
Proses Kaunseling atau Aplikasi Kaunseling Berdasarkan Teori 16
- Proses Teraputik 17
- Proses Kaunseling 18
- Teknik Teraputik dalam Teori Psikoanalisis 23
24
Isu Silang Budaya Penggunaan Teori Psikoanalisis 24
Contoh Kes Berdasarkan Teori Psikoanalisis
Pandangan dan Refleksi
Kesimpulan
Rujukan
1
TEORI PSIKOANALISIS (SIGMUND FRUED)
1.0 PENGENALAN
Teori Psikoanalisis merupakan teori terawal yang menjadi asas kepada pemahaman psikologi
manusia. Semenjak pengenalan teori psikoanalisis oleh Freud, ramai ahli psikologi yang mula
membentuk teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Ianya mengkategorikan pemikiran manusia
kepada sedar dan luar sedar. Freud memperkembangkan teori ini hasil daripada kajiannya
tentang penyakit histeria. Pelbagai teknik menarik telah diperkenalkan oleh Freud termasuk
perkaitan bebas, analisis mimpi dan analisis transferens. Teori ini yang menarik dan masih
menimbulkan kontroversi berikutan kepercayaannya bahawa manusia didorong oleh naluri
seksual.
2.0 SEJARAH PENGASAS TEORI KAUNSELING
Sigmund Freud telah dilahirkan pada 6 Mei 1856 di sebuah pekan kecil Freiberg di Moravia,
Austria. Bapanya seorang peniaga bulu biri-biri yang memiliki sikap yang agak dingin. Ibunya
pula seorang suri rumah dan merupakan isteri kedua bapanya yang berusia 20 tahun lebih
muda. Ibunya berusia 21 tahun ketika melahirkan Freud. Frued merupakan anak sulung,
memiliki dua oarang abang tiri dan tujuh oarang adi beradik kandung.
Ibunya sangat menyayangi Freud dan meletakkan harapan yang tinggi pada Freud
berbanding adik beradiknya yang lain. Pada tahun 1860, keluarganya berpindah ke Vienna di
mana Freud menghabiskn sebahagian besar hidupny. Freud merupakan seorang pelajar yang
bijak, namun memiliki peluang pilihan kerjaya yang agak terhad akibat faktor kewangan
keluarga dan latar belakang keluarganya sebagai Yahudi. Semasa Freud baru berusia 17 tahun
beliau telah memasuki sekolah perubatan di University Of Vienna pada tahun 1873 dan telah
memprolehi Ijazah Perubatan pada tahun 1881 dimana beliau juga adalah pelajar cemerlang
bidang nuerologi (Allen (2000), Schultz (1994)). Semasa umurnya 26 tahun beliau mendapat
jawatan sebagai pensyarah di universiti tersebut.
Semasa belajar di universiti, Freud banyak berguru dengan Ernst Brucke dan Joseph
Breuer yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi teori yang dipeloporinya. Freud adalah
seorang pakar perubatan dan pernah berkhidmat sebagai pakar saraf yang sangat berminat
untuk mengkaji personaliti individu yang mengalami gangguan emosi. Minatnya semakin
meningkat setelah bergurukan Jean Charcot yang merupakan seorang psikiatris.
Pada tahun 1886 , Freud telah mengahwini Martha Bernays dan memperolehi enam
orang anak iaitu tiga lelaki dan tiga orang perempuan. Anak bongsu Freud Anna berjaya
2
mencipta nama sebagai salah seorang ahli psikoanalisis kanak-kanak yang terkenal. Freud
kemudiannya menjalankan amalan psikiatrinya sendiri dan lazimnya mengandalikan kes-kes
histeria dengan bantuan Joseph Breuer. Beliau menggunakan kaedah hipnosis sebagai rawatan
yang telah dipelajarinya daripada Jean Charoot, seorang ahli neurologi semasa berada di Paris.
Kes ternama yang pernah dikendalikan oleh Joseph Breuer bersama Sigmund Freud
ialah kes Anna O iaitu salah seorang pesakit Joseph Breuer dari 1880 hingga 1882. Joseph
Breuer menamatkan rawatannya ke atas Anna O setelah menyedari yang Anna mula jatuh cinta
dengannya. Namun kes Anna O telah menajdi salah satu kes psikoterapi yang berpengaruh
dalam bidang psikoanalisis.
Beliau menghabiskan seluruh hidupnya kepada teori yang diciptanya dan Freud juga
merupakan seorang yang sangat kreatif dan produktif serta mampu bekerja selama 18 jam
sehari. Pada awal umur 40-an, Freud mengalami kecelaruan emosi dan fobia kepada kematian
serta fobia yang lain. Pada masa inilah beliau menganalisis kendiri serta meneroka makna
mimpi-mimpinya dan akhirnya beliau menemui celik akal tentang dinamika perkembangan
personaliti manusia. Pertama beliau menganalisis ingatan-ingatan semasa kanak-kanak dan
beliau mula menyedari perasaan permusuhan yang amat sangat kepada ayahnya. Beliau juga
mengingati bagaimana Freud mempunyai perasaan berahi terhadap ibunya yang dianggap
sebagai sangat menarik, penyayang dan bersikap melindngi.
Freud telah berjaya menarik perhatian ramai ahli komuniti perubatan melalui
pendekatannya dan memiliki ramai pengikut. Namun Freud sukar bertoleransi dengan rakan
sejawatnya yang tidak menyokong pendapatnya berkaitan dengan dorongan seksual dan
peringkat-peringkat psikoseksual manusia. Carl Jung dan Alfred Adler yang pada awalnya
bekerja rapat dengan beliau akhirnya menubuhkan doktrin tersendiri kerana tidak bersetuju
dengan beberapa aspek dalam Teori Psikoanalisis.
Pada tahun 1902, beliau telah mengasaskan pertubuhan yang akhirnya dikenali sebagai
Viennese Psychoanalytic Society (1908). Pertubuhan ini mendapat pengiktirafan apabila Frued
meneriam jemputan syarahan di Clark University, Amerika Syarikat. Walaupun menerima
pelbagai kritikan, teori psikoanalisis terus berkembang sehingga kini. Frued berhijrah ke
England sebelum Perang Dunia Kedua meletus dan Vienna menjadi tidak selamat untuk orang
Yahudi sepertinya. Beliau juga telah melalui saat-saat sukar dari segi kesihatan kerana
menghidapi mulut dan rahang yang dihadapinya selama 20 tahun dan telah menjalani 33 kali
siri pembedahan. Beliau telah meninggal di London pada tahun 1939.
3.0 KONSEP FUNDAMENTAL TEORI
3
3.1 Pandangan Tentang Sifat Semulajadi Manusia
Freud memandang oragnisma manusia sebagai satu sistem. Tenaga yang kompleks
dengan tenaga psikik tersebar diantara tiga sistem. Tingkah laku adalah fungsi kuasa
tidak sedar. Freud juga memandang semulajadi manusia ini telah ditentukan kerana
individu dikawal oleh dorongan kuasa yang tidak rasional, motivasi tidak sedar dan
dorongan biologi serta instincts kerana kuasa-kuasa ini bergerak melalui tahap
psikososial yang utama terdapat di dalam enam tahun pertama hidup seseorang individu
tersebut.
Instinct mengenalpasti tenaga psikik , id. Frued membahagikan instinct kepada
dua kategori yang luas iaitu instinct hidup dan instinct mati. Instinct hidup termasuklah
yang membolehkan survival manusia seperti lapar, haus, seks dan lain-lain. Instinct ini
beroperasi menggunakan tenaga yang dipanggil ‘libido’, dimana istilah yang asalnya
merujuk kepada tenaga seks tetapi kemudiannya digunakan lebih luas untuk merujuk
kepada instinct hidup. Instinct mati pula berkaitan dengan ciri-ciri ganas penekanan
idea beliau kepada tahap tidak sedar.
Rajah 3.1.1 : Interaksi Id, Ego dan Superego
Freud menyarankan fikiran manusia digambarkan seperti ketulan air batu
(iceberg), yang mana tahap sedar diwakili oleh bahagian kecil di atas air dan tahap tidak
sedar adalah bahagian besar di bawah permukaan air. Menurut Freud, aspek kepada
aspek mental terbahagi kepada alam sedar, alam prasedar ana lam bawah sedar.
4
Rajah 3.1.2 :
Struktur Pemikiran dan Personaliti Manusia
a) Alam Sedar
Alam sedar merujuk kepada keadaan kita berada dalam keadaan sedar. Ia beroperasi
pada permukaan personaliti seseorang dan hanya memainkan peranan yang kecil dalam
perkembangan personaliti. Tahap sedar juga melibatkan apa yang individu itu berfikir
dan alami pada waktu sedar.
b) Alam Prasedar
Alam prasedar mengandungi pengalaman yang di bawah sedar tetapi boleh menjadi
sedar dengan sedikit usaha. Sebagai contoh, kita mungkin telah telah lupa makanan
yang diambil untuk sarapan pagi semalam, tetapi kita mungkin boleh mengingatinya
kembali jika kita diminta menyenaraikannya oleh doktor yang ingin membantu untuk
mengurangkan berat badan kita. Alam prasedar ini wujud di bawah permukaan alam
sedar.
c) Alam Bawah Sedar
Alam bawah sedar beroperasi pada peringkat personaliti yang paling bawah. Ia
mengandungi pengalaman dan memori yang mana kita tidak sedar kewujudannya.
Keadaan mental ini di luar kesedaran kita kerana untuk membawanya ke alam sedar
akan melibatkan kesakitan dan kebimbangan. Ia mungkin melibatkan pengalaman
seperti penderaan seks yang dialami semasa kanak-kanak, reaksi emosi yang kuat dan
5
sebagainya. Kenangan-kenangan sebegini akan terus berada di luar kesedaran dan
memerlukan ia diluahkan melalui pelbagai cara yang bersifat penyamaran dan tidak
jujur serta tidak boleh diterima oleh nilai masyarakat. Oleh itu, idea, kenangan dan
pengalaman yang berada di alam tidak sedar boleh mengganggu tingkah laku yang
rasional secara berterusan.
3.2 Struktur Personaliti
Personaliti telah dibicarakan oleh Freud berdasarkan struktur dan proses yang ada
dalam mental seseorang. Menurut Freud, bagi memahami manusia bahagian mental
perlu diutamakan dan dipisahkan dari tubuh badan. Apa-apa sahaja yang berlaku di
dalam mental akan mempengaruhi segala tingkah laku dan emosi termasuklah
mempengaruhi perkembangan personaliti (Nor Shafrin & Rohany 2019). Struktur
mental manusia memiliki tiga komponen personaliti yang utama iaitu Id, Ego dan
Superego.
a) Id
Menurut Freud, id telah sudah sedia ada semenjak seseorang itu dilahirkan ke dunia.
Id adalah segala desakan diri yang mengandungi segala kehendak manusia yang
tidak logic dan tidak rasional. Id mempunyai kecenderungan mendesak seseorang
supaya melakukan segala tindakan yang ganas, seksual dan agresif. Id yang
dipunyai oleh manusia ini tidak mengambil kira moral dan etika. Id bergerak
mengikut fikiran sesuka hati berpandukan prinsip keseronokan (pleasure principle)
yang menggerakkan individu untuk mengurangkan tekanan, mengelak daripada
kesakitan dan mendapatkan keseronokan.
b) Ego
Ego pula menurut Freud, terbentuk setelah seorang kanak-kanak itu membesar serta
mula mengidentifikasikan diri dengan orang sekliling seperti ibu dan bapanya. Ego
bergerak berpandukan realiti dan egolah yang akan menentukan personaliti
individu.
c) Superego
Komponen ketiga ini pula menurut Freud adalah superego. Superego ialah suara
hati (conscience) yang sentiasa mengingatkan seseorang supaya bertindak
6
berlandaskan etika moral dan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat. Superego ini
hanya terbentuk setelah seseorang itu membesar dan mengathui tentang nilai atau
budaya dalam sesebuah masyarakat.
3.3 Kebimbangan : Ancaman Kepada Ego
Menurut Azlina (2002), Freud menyatakan bahawa anxiety atau kebimbangan adalah
perasaan takut dan ketakutan yang amat sangat tanpa sebab yang menasabah. Freud
membezakan tiga jenis kebimbangan yang berbeza dalam potensi memberi
kemudaratan kepada orang lain.
Kebimbangan realiti atau objektif melibatkan ketakutan kepada sesuatu yang
nyata dalam dunia yang sebenar. Ia termasuk ketakutan kepada api, gempa bumi, taufan
dan bencana alam lain atau takut kepada binatang liar. Kebimbangan jenis ini
mendorong kita melindungi diri daripada sebarang bahaya. Ketakutan ini boleh menajdi
ekstrim jika contohnya, seseorang takut hendak keluar rumah kerana takut dilanggar
oleh kereta.
Jenis kedua adalah kebimbangan neurotik. Kebimbangan ini bermula sejak
kanak-kanak apabila berlaku konflik antara keperluan naluri dan realiti. Kanak-kanak
biasanya diberi hukuman jika menunjukkan kelakuan agresif. Oleh itu, Freud percaya
keinginan untuk memenuhi keperluan id akan menimbulkan perasaan takut dan
bimbang. Ketakutan ini bukan suatu naluri tetapi kesan daripada perbuatan memenuhi
kehendak id tersebut.
Ketiga adalah kebimbangan moral yang terhasil daripada konflik antara id dan
superego. Ia adalah ketakutan dalam gerak hati seseorang. Ia juga menunjukkan betapa
kuatnya pengaruh superego dalam diri seseorang. Perasaan bersalah dan malu dalam
kebimbangan moral timbul daripada dalaman diri seseorang. Kebimbangan ini
menimbulkan tekanan dalam diri seseorang dan menjadi pendorong untuk melakukan
sesuatu supaya tekanan dapat dikurangkan.
3.4 Mekanisme Helah Bela Diri
7
Menurut Sabariah (2005), salah satu sumbangan Freud yang sangat penting kepada
psikologi adalah konsep mekanisme bela diri ego. Sebagaimana yang telah dinyatakan
sebelum ini sistem tenaga psikik tersebar di dalam sistem id, ego dan superego dan
secara asasnya id mempunyai semua tenaga psikik. Disebabkan ego memerlukan
tenaga psikik untuk berfungsi, keadaan konflik wujud di antara tenaga pendorong id
dan tenaga menghalang ego dan superego. Pada kebanyakkan masa, dunia luar
berfungsi untuk memuaskan kehendak ego. Kadangkala dunia luar mengancam ego dan
apabila ego menerima rangsangan yang terlalu banyak ia akan dibanjiri kebimbangan.
Dengan perkataan lain, seseorang yang mempunyai superego yang kuat akan merasa
bersalah apabila melakukan sesuatu yang melanggar kod moral (Hall dan Lindsey,
1978).
Kebimbangan menjalankan fungsi yang penting di man ia memberi amaran
kepada individu tentang bahaya yang mendatang dengan memberi petunjuk kepada ego
bahawa sesuatu tindakan yang sesuai perlu diambil oleh ego kerana jika ia tidak
melakukan demikian, fungsinya akan dilucutkan. Kebimbangan adalah salah satu
keadaan ketegangan yang menggalakkan tindakan individu. Apabila ego tidak dapat
menangani kebimbangan melalui kaedah yang sesuai dan rasional, ia akan mengambil
tindakan yang tidak realistik iaitu mekanisme helah bela diri ego. Mekanisme ini
penting untuk menolong kita menangani kegagalan dan untuk mengekalkan imej
kendiri yang positif. Oleh itu, mekanisme helah bela diri boleh beroperasi untuk
melindungi individu atau menjadi penghalang kepada perkembangan diri apabila
seseorang menghadapi masalah atau kesilapan serta belajar menanganinya. Anna Freud
(1946) telah menyenaraikan 11 prinsip utama mekanisme bela diri adalah seperti Jadual
berikut :-
Jadual 3.4 : Jenis-Jenis Mekanisma Bela Diri
Bil Mekanisme Bela Diri Keterangan dan Contoh
1. Represi Melibatkan mengeluarkan pemikiran dan
pengalaman yang menyakitkan dan merbahaya
daripada tahap sedar. Salah satu banteng yang
menyingkir apa yang mengancam dari alam luar.
Contohnya, kejadian traumatik seperti
8
menyaksikan pembunuhan ibu sendiri bukan
dulupakan tetapi dikeluarkan daripada
kesedaran seseorang dalam bentuk amnesia.
2. Penafian Penyangkalan dilakukan oleh seseorang sama
ada secara disedari atau separa sedar. Tidak
mahu menerima hakikat sebenar dan menyatakan
sesuatu itu tidak benar atau tidak berlaku.
Contohnya, seseorang yang tidak dapat
menerima hakikat kematian seseorang yang
disayangi seperti ibu bapa kandung.
Menunjukkan tingkah laku yang bertentangan
dengan perasaan sebenar yag dipendam atau
3. Pembentukan Reaksi/Realiti menggantikan desakan id yang boleh
menimbulkan masalah dengan sesuatu yang
bertentangan. Contohnya, benci kepada ibu
tetapi masih menunjukkan sikap kasih sayang.
4. Regresi atau Sorotan Menunjukkan tingkah laku yang dipelajari dan
mungkin berkesan semasa zaman kanak-kanak
tetapi kurang sesuai dan kurang matang
berbanding dengan usia sekarang. Contohnya,
seorang wanita yang berumur awal 20-an yang
tidak dapat memenuhi kehendak
perkahwinannya daripada keluarganya,
mengundur kepada tahap tingkah laku seperti di
peringkat kanak-kanak.
5. Interojeksi (Tiru Sikap) Mengambil atau menerima nilai orang lain
sebagai satu usaha menutup tingkah laku sendiri
atau sebagai usaha untuk melindungi diri.
Contohnya, Aini dapat menerima pendapat
yang dinyatakan oleh Siah tentang sikapnya
yang cepat marah dan Aini cuba berubah.
6. Pampasan Menutup satu kelemahan diri dengan membina
diri dalam bidang lain. Boleh bersifat positif atau
negatif. Contohnya, Shah seorang yang tidak
boleh buat kerja yang banyak dalam satu masa,
jadi Shah mengambil tindakan untuk lebih fokus
dan menyusun kerja dengan lebih sistematik.
7. Undoing Memperbaiki sesuatu perkara yang telah rosak
dengan harapan mengurangkan rasa bersalah.
9
8. Projeksi Contohnya, hubungan Amin dan ayahnya tidak
9. Penyaluran begitu baik. Jadi Amin cuba membaiki hubungan
10. Rasionalisasi nya dengan ayahnya dengan cara untuk cuba
11. Sublimasi memahami sikap dan minat ayahnya. Sebagai
contoh, Amin membawa ayahnya makan ke
sebuah kedai yang menjadi tempat kegemaran
ayahnya makan steamboat.
Melibatkan pemindahan tuduhan kerana
kesilapan yang telah dilakukan kepada orang
lain. Contohnya, seorang pelajar gagal dalam
peperiksaan, beliau menyalahkan kegagalannya
adalah kerana kesalahan pada soalan
peperiksaan.
Satu tindakan mengalihkan emosi daripada
sasaran asal kepada sasaran yang lebih selamat.
Contohnya, kanak-kanak yang mengalami
masalah keluarga di rumah mungkin melepaskan
kekecewaan dengan membuli atau
mencederakan kanak-kanak lain di sekolah.
Memberikan alasan yang lebih logik dan
intelektual kepada sesuatu kejadian untuk
mengesahkan tindakan atau mempertahankan
ego yang tercabar atau mengubati hati yang
terluka. Contohnya, kejadian seseorang yang
gagal mendapatkan jawatan yang dipohon,
menyatakan bahawa jawatan itu bukanlah
jawatan yang beliau inginkan sebenarnya.
Menyalurkan gerakan seks dan agresif kepada
aktiviti yang boleh diterima oleh masyarakat
adalah prinsip utama dalam sublimasi.
Contohnya, seseorang yang mempunyai
perasaan agresifyang tinggi mungkin memilih
untuk bermain bola sepak atau menumbuk beg
tinju.
10
3.5 Tahap Perkembangan Psikoseksual
Pada pandangan Freud pengalaman lalu terutama sekali perkembangan semasa awal
kanak-kanak amat penting dalam mempengaruhi personality seseorang. Menurut teori
ini seseorang individu melalui proses perkembangan yang berlaku secara berperingkat
adalah seperti Jadual berikut :-
Jadual 3.5 : Tahap-Tahap Perkembangan Psikoseksual Sigmund Freud
Tahap Umur Ciri-Ciri Implikasi
1. Oral Lahir – 1 Mendapat kepuasan -‘oral incoperative’
2. Anal tahun melalui hisapan dan merokok, makan
3. Falik gigitan. Sumber kepuasan banyak dan cakap
1-3 tahun ialah melalui zon mulut banyak
kerana ia mendapat
3-5 tahun stimulasi yang lebih -‘oral aggresive’-
berbanding bahagian suka memberikan
badan yang lain. komen yang
menyakitkan hati
Kepuasan diperolehi -kawalan ketat dan
melalui tindakan menahan rigid-personaliti
dan menyingkirkan najis. anal aggressive
Sumber kepuasan ialah seperti zalim dan
melalui zon dubur. Freud tidak teratur.
mengaitkan
perkembangan personaliti -anak retentive-
dengan amalan “toilet degil atau sangat
training” yang diperoleh teratur
kanak-kanak.
Kepuasan dicapai melalui -kanak-kanak lelaki
rangsangan pada organ dikatakan memiliki
jantina dan melalui fantasi castration anxiety
seksual. iaitu mereka takut
kehilangan organ
-Oedipus Kompleks jantinanya.
(Lelaki)
-kanak-kanak
-Electra Kompleks perempuan
(Perempuan) mengalami penis
11
envy iaitu mereka
berasa cemburu
dengan lelaki yang
memiliki organ
seksual yang
lengkap
-konsep nilai
kendiri yang
rendah
-takut untuk
merasakan
perasaan berahi
4. Latensi 6-11 tahun Fantasi dan keinginan -kekeliruan “sex
(Pendaman) yang kurang bersesuaian identity”
telah dapat dikawal,
peringkat ini adalah lebih -kesulitan bergaul
tenang dan teratur. atau bersosial
Kanak-kanak sibuk
dengan kegiatan sosial
5. Syahwat 12 tahun dan Hayalan atau fantasi -konflik ditentukan
(Akil ke atas oleh konflik-
Baligh) semasa peringkat oral konflik pada
peringkat awal.
hingga falik akan muncul
-jika konflik dapat
semula. Remaja mula ditangani dengan
berkesan,
tunjukkan minat pada seseorang boleh
berkembang
individu yang berlainan dengan baik dan
dapat menghadapi
jantina dengan cara yang tugas hidup sebagai
orang yang lebih
bersesuaian dengan hasrat dewasa dan stabil.
mencari pasangan.
Peringkat ini remaja lebih
matang dan bebas
daripada pengaruh ibu
bapa.
Freud berpendapat bahawa setiap individu akan melalui lima tahap perkembangan
dalam perkembangan psikoseksual pada awal kehidupan mereka. Menurut Freud (Melati, Ida,
Norfaezah dan Azmawaty, 2019) menyatakan bahawa kegagalan individu untuk melaksanakan
tugas perkembangan di setiap peringkat ini akan mendatangkan ‘lekatan’ yang bermaksud
12
mereka akan terus bertingkah laku seolah-olah masih dalam peringkat tersebut walaupun sudah
dewasa. Perkembangan yang ideal akan menghasilkan individu yang mampu menggunakan
ego untuk mengawal id dan superego dengan berkesan.
4.0 PROSES KAUNSELING / APLIKASI KAUNSELING BERDASARKAN TEORI
4.1 Proses Teraputik
a) Matlamat Teraputik
Untuk mengaplikasikan teori psikoanalisis dengan baik, perlulah difahami matlamat
yang mesti dicapai melalui pendekatan ini. Berikut adalah beberapa matlamat teraputik
melalui pendekatan psikoanalisis :-
i. Matlamat utama terapi ialah membentuk semula struktur personality individu
iaitu id, ego dan superego agar beroperasi dengan seimbang. Menurut Freud,
individu adalah hasil masa lampau, maka personaliti boleh diubah dengan
memahami pengalaman tersebut.
ii. Klien akan dibantu untuk menyedari semula pengalaman yang tidak disedari
dan personalitinya yang berada di tahap luar sedar. Kaunselor akan membantu
klien mencapai celik akal tentang diri sendiri.
iii. Membantu klien menyelesaikan isu di mana-mana peringkat perkembangannya
yang belum diselesaikan. Ini akan menolong klien menghuraikan masalah
lekatan dan hidup dengan lebih bermakna. Biasanya proses ini akan mengambil
masa yang lama dan terapi yang panjang.
iv. Matlamat terakhir ialah membantu klien menangani tuntutan masyarakat
dengan sesuai. Segala tindakan perlu berlandaskan realiti bukan naluri semata-
mata. Dalam hal ini, kaunselor psikoanalisis akan memperkukuhkan ego agar
persepsi dan perancangan hidup klien menjadi lebih realistik.
b) Peranan Terapis
Terapis harus mengambil peranan neutral dengan klien supaya dapat membina
hubungan transferens. Ini membolehkan klien meluahkan masalah yang dihadapi
terhadap orang-orang yang signifikan dalam hidup mereka kepada terapis. Hubungan
13
transferens akan menyediakan bahan untuk terapi seperti konflik, perasaan dan
pengalaman yang tidak dapat diselesaikan akan dihadapkan semula.
Terapis tidak banyak berkongsi idea dengan klien. Sesi kaunseling dipenuhi
oleh klien yang banyak membantu membuat refleksi yang mendalam tentang
masalahnya apabila membuat interpretasi yang sesuai. Matlamat utama kaunseling ini
adalah membolehkan klien mendapat gambaran tentang masalah yang dihadapi melalui
penimbulan semula perkara-perkara yang berada di bawah tahap tidak sedar.
c) Peranan Klien
Klien yang melalui terapi psikoanalisis mesti bersedia untuk memberikan komitmen
kepada proses kaunseling yang intensif dan panjang menjangkau lima tahun. Klien
diminta berbaring di atas couch dan meluahkan perasaan secara bebas (free association)
tanpa tapisan kendiri. Berbaring di atas couch menggalakkan seseorang klien membuat
refleksi yang mendalam tanpa tapisan dan mengurangkan rangsangan yang mungkin
mengganggu klien yang sedang dalam proses mendekati dan memahami konflik
dalamannya. Klien juga perlu patuh kepada prosedur proses teraputik yang intensif.
Klien sedia menamatkan sesi apabila klien dan terapisnya telah jelas dan menerima
masalah emosi yang dihadapi serta memahami akar umbi permasalahan serta dapat
mengintergrasikan kesedaran permasalahan lampau dengan perhubungan masa kini.
4.2 Proses Kaunseling
Dalam proses terapi psikoanalisis, tugas utama kaunselor ialah membawa perkara yang
tidak disedari ke tahap sedar. Oleh itu dua fokus utama dalam terapi ini ialah
penggunaan perkaitan bebas dan transferens. Untuk melaksanakan proses ini, klien
akan disuruh berbaring di atas kerusi panjang sambal memandang ke arah yang
bertentangan dari kaunselor dan menyatakan apa sahaja yang terlintas di fikiran klien
supaya kewujudan dan bahasa badan kaunselor tidak mempengaruhi perkaitan bebas
yag dilakukan oleh klien tersebut. Kaunselor akan memerhati, mendengar dan mentafsir
perkaitan bebas tersebut dari masa ke semasa. Klien pula akan membuat refleksi dan
memberi maklum balas kepada pentafsiran tersebut.
Secara amnya, proses terapi psikoanalisis berlaku dalam empat fasa. Berikut
adalah penerangan mengenaik keempat-empat fasa tersebut.
14
i. Fasa Pembukaan
Terdapat dua bahagian utama dalam fasa ini. Pertama, anda perlu menjalankan temu
bual untuk menentukan masalah klien dan menentukan kesesuaian analisis.
Kauselor akan menerangkan tentang pelaksanaan sesi terutamanya tanggungawab
kaunselor dan klien. Kedua, klien akan mengambil tempat di atas kerusi panjang
dan sebarang kata-kata dan tingkah laku klien akan diperhatikan dan direkodkan.
Kaunselor akan mengumpulkan maklumat berdasarkan perkara-perkara sedar dan
bawah sedar klien dan menggunakan mimpi, fantasi, perkaitan bebas dan
mekanisme bela diri yang ditunjukkan oleh klien untuk membangkitkan celik akal.
ii. Mewujudkan transferens
Dalam terapi psikoanalisis, transferens adalah digalakkan agar dapat menganalisis
cara klien memberi respon kepada seseorang yang signifikan dalam hidupnya.
Sehubungan itu, kaunselor mesti peka dengan kemungkinan wujudnya kaunter
transferens. Kaunter transferens ialah keadaan yang berlaku apabila kaunselor pula
mengaitkan dan menganggap klien sebagai seorang yang signifikan dalam
kehidupan akibat daripada isu yang belum selesai. Kaunselor perlu mengatasi
kaunter transferens dengan baik agar ianya tidak mengganggu analisis transferens
yang dijalankan ke atas klien. Proses analisis ini akan menjadi lebih teguh apabila
kaunselor dan klien mendapat kesedaran terhadap kewujudan transferens dan
kaunter transferens dalam hubungan teraputik tersebut.
iii. Menghadapi Transferens
Fasa ini berkaitan degan fasa terdahulu iaitu kaunselor perlu terus menganalisis
transferens klien agar mendapat penjelasan dan kefahaman yang lebih mendalam
tentang situasi yang dihadapi oleh klien. Adakalanya klien akan bersikap resistant
dan menggunakan mekanisme bela diri untuk mengelakkan pemikiran bawah
sedarnya menjadi pemikiran sedar terutamanya jika ia melibatkan pengalaman dan
perasaan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, kaunselor perlu mahir menangani
sebarang resistant yang dialami oleh klien.
iv. Menyelesaikan Transferens
15
Apabila kaunselor dan klien mencapai persetujuan bahawa segala konflik telah
selesai, maka kaunselor boleh menetapkan pertemuan untuk menamatkan sesi.
Peringkat ini peru anda gunakan untuk menangani sebarang pergantungan neurotik
klien terhadap kaunselor. Kemungkinan klien sukar untuk melepaskan hubungan
terapi kerana masih ada transferens yang belum diselesaikan. Oleh itu, kaunselor
perlu menyelesaikan sebarang transferens yang masih wujud dan seterusnya
menamatkan sesi kaunseling.
4.3 Teknik Teraputik Dalam Teori Psikoanalisis
a) Perkaitan Bebas
Perkaitan bebas digunakan sebagai teknik untuk meneroka tahap tidak sedar. Teknik
ini dianggap sebagai satu alat yang digunakan untuk membuka pintu kepada kemahuan,
fantasi, konflik dan motivasi yang berada di tahap tidak sedar. Klien semasa berbaring
di atas kerusi panjang (couch) disuruh secara spontan untuk berkongsi fikiran, perasaan
dan ekspresi yang dating kepada fikirannya tanpa tapisan perkaitan ini diinterpretasikan
oleh terapis.
b) Analisis Mimpi
Analisis mimpi digunakan oleh terapis untuk memasuki tahap tidak sedar. Klien akan
menerangkan mimpinya kepada terapis dan mimpi ini akan diinterpretasi dari simbol
yang digambarkan oleh klien supaya klien mendapat celik akal untuk masalah yang
tidak dapat diselesaikan sebelum sesi teraputik. Semasa tidur, pertahanan diri semakin
rendah dan perasaan yang ditekan akan timbul. Freud melihat mimpi sebagai satu jalan
kepada tahap tidak sedar kerana melalui mimpi keinginan, keperluan dan ketakutan
yang tidak sedar dapat diluahkan.
c) Interpretasi atau Pentafsiran
Teknik teraputik yang digunakan di dalam psikoanalisis adalah untuk menimbulkan
kembali bahan-bahan yang berada di bawah tahap tidak sedar. Interprestasi digerakkan
oleh terapis dengan merangsangkan kepada klien makna yang berkaitan dengan bahan-
bahan yang berada di tahap tidak sedar yang berjaya dicungkil kembali. Interpretasi
merupakan satu teknik di mana terapis cuab menunjukkan, menerangkan dan mengajat
klien makna tingkah laku yang dimanifestasikan di dalam mimpi dalam perkaitan
16
bebas, penentangan dan hubungan teraputik itu sendiri. Interpreatsi ini mempunyai
perasaan yang signifikan kepada perkembangan klien untuk mendapatkan celik akal
kepada masalah dan pengalamannya.
d) Analisis Transferens
Transferens merupakan respon klien kepada kaunselor seolah-olah kaunselor
merupakan seseorang yang signifikan dalam hidupnya pada masa lampau. Lazimnya,
kaunselor dikaitkan dengan personaliti ibu bapa. Kaunselor patut menggalakkan klien
mengalami transferens seterusnya menganalisis transferens tersebut. Kejayaan klien
menghadapi transfrens yang berlaku akan meningkatkan pemahaman diri klien dan
membawanya ke peringkat perkembangan seterusnya.
e) Analisis Resistance
Adakalanya klien akan mengalami halangan untuk meneruskan terapi. Ada klien yang
bersikap resistant apabila diminta melaksanakan perkaitan bebas, mengingati semula
kisah lampau atau mimpi. Sikap resistant mungkin juga dipamerkan dengan
ketidakhadiran dan keengganan klien untuk meneruskan sesi. Kewujudan halangan
perlu kaunselor analisis serta merta. Kaunselor perlu mengalihkan resistant dan
mewujudkan kesediaan untuk berubah dan mencapai celik akal. Jika analisis resistance
tidak dilakukan, kemungkinan besar sesi terpaksa ditamatkan kerana tidak mendapat
kerjasama daripada klien.
5.0 ISU SILANG BUDAYA PENGGUNAAN TEORI
Dari segi silang budaya, penerimaan teori ini bergantung kepada penerimaan budaya terhadap
konsep-konsep perkembangan yang telah dikemukakan oleh Freud. Teori ini telah dikritik
dengan hebatnya kerana terlalu menumpukan kepada pengaruh perasaan seksual terhadap
perkembangan individu. Ini mungkin berlawanan dengan kepercayaan silang budaya tertentu
yang melihat perkara ini sebagai tabu dan sukar diterima. Banyak penjelasan lain yang
mungkin lebih digemari dalam budaya-budaya tertentu berbanding menumpukan kepada
perkembangan seksual.
Melihat dari perspektif agama Islam konsep id, ego dan superego boleh disamakan
dengan konsep nafsu dan akal. Namun, Freud percaya bahawa id adalah elemen yang paling
17
nyata dalam personaliti manusia. Oleh itu, manusia sentiasa dilihat sebagai ‘kalah’ kepada
nafsu seolah-olah manusia ini sentiasa negatif. Sebaliknya agama Islam melihat manusia
sebagai makhluk yang boleh mengawal nafsunya dengan baik dengan bantuan akal fikiran yang
waras.
Ada juga berpendapat cara terapi psikoanalisis yang terlalu liberal memberi kebebasan
kepada klien untuk mengalami transferens dan menyelami semula perasaan perasaan bawah
sedarnya sebagai terlalu tidak berstruktur dan membuang masa. Masyarakat Asia mungkin
lebih menyukai cara yang berstruktur dan pendekatan yang lebih berorientasikan penyelesaian
masalah berbanding kaedah tidak direktif seperti psikoanalisis. Teori psikoanalisis lebih
menekankan kepada pembentukan personaliti dalam jangka masa panjang dan bukannya
penyelesaian masalah masa kini.
Dalam masyarakat Asia yang penuh dengan peraturan dan garis panduan hidup yang
boleh dikatakan autoritatif, cara terapi psikoanalisis yang memberi ruang kepada klien untuk
meluahkan ketidakpuasan hatinya atau mendedahkan maklumat tentang cara Freud dibesarkan
oleh keluarga dan pengalaman masa lampau yang mungkin dianggap melanggar etika sistem
kekeluargaan. Sebagai masyarakat yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan, keagamaan
dan kemasyarakatan berbanding nilai peribadi, kaedah yang digunakan dalam terapi
psikoanalisis boleh dianggap sebagai invasion of privacy.
Namun demikan, konsep-konsep tentang mekanisma bela diri masih dilihat sebagai
signifikan dalam memahami tingkah laku- tingkah laku klien dalam mempertahankan ego
semasa situasi-situasi tertentu. Tanpa mengira batasan budaya dan agama, setiap daripada
individu pastinya memiliki atau mempamerkan mekanisme bela diri apabila berada dalam
situasi yang dianggap mengancam harga diri dan kepercayaan tentang sesuatu perkara.
6.0 CONTOH KES BERDASARKAN TEORI
Kaunselor memulakan sesi dengan menemu bual klien untuk menentukan masalahnya dan
menentukan kesesuaian analisis. Dalam temu bual pertama, masalah klien akan ditentukan dan
keputusan dibuat sama ada diperlukan. Untuk tujuan itu, kaunselor perlu menerokan tentang
sejarah hidup klien termasuk pengalaman zaman kanak-kanaknya, sejarah keluarga,
pencapaiannya dan hubungannya dengan orang sekeliling.
18
Kaunselor akan merekodkan maklumat berdasarkan penceritaan klien meliputi perkara-
perkara sedar dan bawah sedar. Kaunselor cuba memhami konflik yang dihadapi oleh Laila di
samping menganalisis proses mental bawah sedarnya. Dengan cara itu kaunselor akan lebih
memahami pergolakan dalam yang dialami oleh Laila den mekanisme bela diri akan wujud
dalam diri Laila. Temu bual awal ini akan mungkin mengambil masa yang agak lama
memandangkan terapi psikoanalisis memerlukan kaunselor untuk meneroka zaman awal
kanak-kanak, menggunakan perkaitan bebas dan menggalakkan transferens.
Kaunselor : “Laila, saya ingin mengajak Laila mengingati kembali zaman kanak-
kanak Laila yang Laila rasakan berkaitan dengan masalah ini. Laila
boleh ceritakan apa sahaja yang terlintas di fikiran Laila, tidak kira
sama ada ianya Laila rasakan pahit, menyakitkan, tidak logik atau
walaupun ianya nampak tidak begitu masuk akal. Saya akan berada di
sini sambil mendengar dan cuba memahami. Jangan sekat pemikiran
atau perasaan awak. Awak bebas bercerita.”
Laila : “Tapi saya malu hendak menceritakan pengalaman saya. Ianya
membuatkan saya sendiri rasa tidak selesa. Hidup saya penuh dengan
pengalaman hitam.”
Kaunselor : “Tidak mengapa, Laila anggaplah saya sebagai salah seorang kawan
baik Laila yang Laila percayai. Mungkin daripada perbincangan ini
kita akan dapat mencari cara membantu Laila untuk menghadapi
masalah ini dengan baik. Apa kata Laila jelaskan pada saya apa yang
Laila kaitkan atau maksudkan dengan pengalaman hitam itu tadi?”
Dari cerita Laila, kaunselor mendapati Laila telah mengalami zaman kanak-kanak yang
terganggu. Laila mengalami gangguan seksual seawal usia dua tahun iaitu semasa berada di
peringkat anal. Peristiwa yang berlaku ini telah menyebabkan Laila mengalami esteem kendiri
yang rendah. Hal ini berlanjutan ke peringkat perkembangan seterusnya iaitu di peringkat falik
di mana Laila sudah mula merasakan perasaan ingin tahu tentang organ kelaminnya. Ini
membuatkan Laila sering terfikir tentang perlakuan seks yang berlaku. Namun begitu, Laila
19
lebih banyak memendamkan perasaannya kerana tidak tahu bagaimana untuk menerangkan
kepada ibu bapanya.
Mekanisme bela diri secara pendaman ini menyebabkan Laila sering dihantui mimpi
atau mengalami pemikiran bawah sedar yang terganggu. Pada masa yang sama, Laila melalui
kehidupannya dengan membentuk formasi tindak balas yang lebih positif berikutan kasih
sayang yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapanya. Apabila Laila mendapatkan perhatian atau
kasih sayang melalui pencapaian yang memberangsangkan dari segi akademik dan sukan.
Dalam peringat pendaman (latensi) Laila bergaul dengan rakan-rakan sebaya perempuannya
dengan lebih menumpukan kepada minat sosialnya. Laila berjaya memendamkan keinginan
seksualnya pada masa ini kerana Laila dapat menggantikannnya dengan aktiviti-aktiviti sukan
dan persatuan di sekolah.
Namun tingkah laku Laila berubah apabila memasuki peringkat remaja kerana Laila
sudah mula berminat dengan kaum lelaki. Laila menunjukkan ciri-ciri personaliti yang lebih
memenuhi kehendak idnya untuk memperolehi keseronokan. Seks mula menjadi tumpuannya.
Pada peringkat ini nampaknya superego Laila gagal mengawal idnya dengan baik dan Laila
mula terjerumus dalam pergaulan seks yang tidak sihat dan sering tertarik kepada kaum lelaki
secara seksual. Secara tidak langsung ketagihan seks menjadi fokus pemikiran bawah sedarnya.
Akibatnya Laila terus mengikut kehendak id sehingga lupa kepada nilai-nilai moral sehingga
pernah bersekedudukan semata-mata kerana inginkan kerserokan. Namun setalah Laila
menjadi matang, Laila mula menyedari kesilapannya dan superegonya dapat menguasai idnya
dengan lebih baik. Laila mula mencari jalan untuk memperbaiki personalitinya yang telah
terpesong dan mendirikan rumah tangga dengan harapan untuk berubah. Namun masalah yang
menimpa rumah tangganya menyebabkan Laila kembali kepada mekanisme bela dirinya yang
lama iaitu memendam perasaan sehingga Laila mengalami tekanan yang teruk. Ini juga telah
menyebabkan Laila mengalami masalah sorotan iaitu menangis sehingga peringkat meroyan.
Setelah dapat berfikir dengan rasional Laila telah memohon penceraian dengan suami
pertamanya dan meneruskan kehidupan.
Dalam proses memperbaiki keadaan dirinya selepas perceraian, Laila telah beralih
kepada mekanisme bela diri yang lebih baik iaitu mencari pampasan atau sesuatu yang boleh
memberinya kepuasan selain seks dan menutupi kelemahannya iaitu melalui kecemerlangan
kerjaya. Namun masalah dalaman personaliti Laila tetap menyebabkan Laila menghadapi
masalah selepas perkahwinannya yang kedua iaitu dia mempunyai mekanisme bela diri pindah
gantian agresif terhadap anak-anaknya. Laila sukar mengawal kemarahannya terhadap mereka
dan mempunyai mekanisme bela diri secara projeksi yang negatif iaitu menyalahkan mereka
20
serta individu-individu dari masa lampaunya terhadap keadaan sekarang. Ditambah lagi
dengan kelahiran adik bongsunya, Laila merasakan bahawa perhatian yang diberikan oleh ibu
terhadapnya sudah berkurangan dan Laila berasa cemburu yang tidak bertempat.
Setelah memahami pemikiran sedar dan tidak sedar Laila, kaunselor akan cuba
mengajak Laila menganalisi personalitinya dengan menggalakkan transferens. Kaunselor
meminta Laila menganggap kaunselor sebagai orang yang signifikan dalam hidupnya iaitu ibu
bapanya yang dirasakan kurang memberikan perhatian kepadanya semasa kecil atau suaminya
dahulu yang pernah menyebabkan Laila mengalami tekanan yang teruk. Melalui analisis
transferens ini, Laila akan lebih peka kepada penyebab pembentukan personalitinya. Kaunselor
mengajak Laila untuk menyelesaikan transferensnya secara bercakap tentang peristiwa-
peristiwa lampau yang pernah dipendamkan supaya peristiwa tersebut tidak lagi akan
mengganggu pemikiran bawah sedarnya dan menyebabkan Laila mengamalkan mekanisme
bela diri yang tidak bermanfaat. Kaunselor akan cuba membuang transferens tersebut melalui
interpretasi dan menghasilkan celik akal kepada Laila supaya Laila dapat menggunakan egonya
dengan lebih baik. Kaunselor juga akan menjalankan interpretasi mimpi sekiranya Laila
menganggap mimpinya masih mengganggu pemikirannya. Laila dibantu untuk memahami
maksud tersurat dan tersirat yang berlaku dalam mimpinya dan dibimbing supaya membentuk
pemikiran sedar yang lebih rasional supaya Laila tidak lagi memendam perasaan negatif atau
meluahkannya dengan cara yang tidak bersesuaian. Setelah Laila berjaya mencapai celik akal
dari kedua-dua proses ini, maka kaunselor bolehlah menamatkan sesi tersebut. Berikut adalah
contoh dialog kaunselor dan klien yang menggunakan teknik menggalakkan transferens,
perkaitan bebas dan interpretasi.
Kaunselor : “Sekiranya saya adalah bekas suami Laila yang pertama, yang pernah
menganiayai Laila, apakah yang Laila ingin sampaikan supaya dia
faham apa yang Laila sebenar rasakan semasa dalam perkahwinan
tersebut? Boleh Laila beritahu kepada saya, perasaan Laila itu seolah-
olah sedang bercakap dengannya?” (menggalakkan transferens).
Laila : “Saya benci…” (Klien kelihatan sedih dan menundukkan wajah)
Kaunselor : “Benci… beritahu lagi tentang benci itu” (perkaitan bebas)
21
Laila : “Saya benci kerana dia tidak bimbing saya dengan baik. Dia tidak
pernah ajar saya tentang tanggungjawab hingga saya lupa apa yang
saya patut buat dalam kehidupan. Kami sama-sama hanyut. Saya jadi
marah bila mengenangkan kisah lama kami”
Kaunselor : “Sekiranya saya adalah suami Laila yang sekarang, adakah Laila turut
rasa benci ini kepada saya?”
Laila : “Tidak, pada suami saya sekarang saya tidak ada sedikit pun perasaan
benci. Tetapi saay rasa bersalah sebab dia sentiasa sabar dengan saya
walaupun dia tahu segala masalah silam saya. Saya sayang dia
sepenuh hati saya dan saya harap saya akan dapat jadi isteri yang baik
untuk dia”. (Klien sudah mengangkat wajah dan bercakap dengan
nada sayu)
Kaunselor : “Maksudnya Laila sebenarnya langsung tidak benci atau marah
kepada suami yang sekarang, tetapi masalah Laila dengan suami yang
pertama menybabkan Laila jadi seorang yang pemarah kerana Laila
rasa belum tahu sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab
sebagai isteri. Betul ke begitu?” (Interpretasi)
Laila : “Ya, mungkin pandangan itu yang betul”.
Proses kaunseling psikoanalisis lazimnya mengambil masa yang agak lama. Laila
mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikan transferens dan membentuk
semula struktur personaliti yang seimbang. Laila dibantu oleh kaunselor untuk menangani
tuntutan masyarakat dengan sesuai dan menjalinkan hubungan dengan ahli keluarganya
berlandaskan realiti bukan untuk memenuhi keperluan naluri semata-mata. Dalam hal ini
kaunselor psikoanalisis akan mengukuhkan ego Laila agar persepsi dan perancangan hidup
Laila menjadi lebih realistik. Laila mungkin akan berasa tidak selesa sepanjang sesi kerana
terpaksa mengimbas kembali peristiwa-peristiwa pahit zaman awal kanak-kanaknya yang
mencetuskan masalah dalam pemikiran bawah sedarnya. Namun ini dilihat sebagai sesuatu
yang perlu dalam terapi psikoanalisis. Menurut proses terapi psikoanalisis, hanya klien yang
berjaya mencapai celik akal sahaja akan dapat membuang halangan-halangan psikologi
dalaman dan dapat membentuk personaliti yang lebih baik.
22
7.0 PANDANGAN DAN REFLEKSI
Teori psikoanalisis merupakan teori terawal yang membantu ahli-ahli psikologi dan kauselor
untuk memahami tentang personaliti manusia. Bermula dengan teori yang dibangunkan oleh
Sigmund Freud ini, pemikir-pemikir lain dalam bidang psikologi mula mencari kemungkinan-
kemungkinan lain yang menyumbang kepada pembentukan personaliti manusia. Dengan itu,
bidang psikologi semakin berkembang pesat dengan tercetusnya Teori Psikoanalisis yang
dipelopori oleh Freud.
Teori ini menumpukan kepada elemen pemikiran bawah sedar yang ada kalanya kurang
diambil kira sebagai memainkan peranan yang penting dalam hidup seseorang. Banyak
tindakan manusia yang kadang kala tidak dapat difahami telah dapat dijelaskan oleh Freud
melalui kaedah analisis transferens, analisis mimpi dan hipnosis. Ini telah membuka lembaran
baru kepada dunia penyembuhan psikologi kerana individu ada kalanya bergerak atas kehendak
naluri dan bukannya dengan pemikiran yang rasional semata-mata.
Teori psikoanalisis ini juga merupakan yang pertama membincangkan tentang
pengaruh pengalaman zaman kanak-kanak terhadap pembentukan personaliti individu. Ia
menumpukan kepada betapa pentingnya hubungan antara ibu bapa dengan anak di peringkat
awal,. Justeru itu, hal ini menjurus kepada pengajian kontemporari tentang perkemangan
kanak-kanak.
Disebalik sumbangan teori ini kepada dunia pendidikan psikologi, banyak kritikan yang
telah diterima berkaitan dengan teori ini. Selain dikritik kerana terlalu menumpukan kepada
perkembangan seksual, ia juga dikritik kerana telah dikembangkan berdasarkan pengalaman
peribadi Freud dengan klien daripada golongan yang tertentu sahaja iaitu golongan bangsawan
zaman Victorian dan bilangan klien yang terlibat adalah terhad yang menyebabkan agak tidak
realistik untuk digeneralisasikan kepada semua kelompok populasi secara am.
Pendekatan psikoanalisis hanya digunakan secara meluas dalam kalangan golongan
pertengahan dan atasan di Amerika Syarikat memandangkan kos rawatan yang tinggi berikutan
masa terapi yang agak lama. Memandangkan terap psikoanalisis ini lazimnya menyelami
fikiran bawah sedar tentang pengalaman-pengalaman silam, masa terapi mungkin mengambil
masa berbulan-bulan. Oleh itu, iainya bukanlah terapi yang sesuai untuk golongan kelas
bawahan kerana kosnya yang begitu tinggi. Jangka masa terapi yang lama juga menyebabkan
23
ia kurang sesuai digunakan dalam setting pekerjaan memandangkan individu pada zaman
sekarang yang sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan khidmat kaunseling psikologi yang
lebih ringkas dan efektif dengan segera.
8.0 KESIMPULAN
Matlamat utama kaunseling dan psikoterapi yang menggunakan teori Psikoanalisis ialah untuk
mengurangkan masalah psikologi ia juga bermatlamat untuk mendidik klien ke arah
pembangunan kendiri. Melalui pengalaman dalam kauseling psikoanalisis, klien dapat dibantu
untuk mengimbangi struktur personaliti id, ego dan superego melalui pengalaman yang
konstruktif. Namun untuk hidup dalam realiti manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan baik
menggunakan sistem ego.
9.0 RUJUKAN
Azlina Abu Bakar. 2002. Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam. Karisma Publication Sdn
Bhd.
Gerald Corey. 2001. Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. United Kingdom.
Brooks/Cole Counseling.
Melati, Ida Hartina, Norfaezah & Azmawaty. 2019. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala
Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Nor Shafrin Ahmad dan Rohany Nasir. 2019. Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi.
Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sabariah Siron. 2005. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Tanjong Malim. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
24