MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PUAN JARIAH BINTI ABDULLAH
DAT1A
TAJUK : SUKAN DAN PERPADUAN
NAMA NO.PENDAFTARAN1
06DAT21F2026
1.NURAQILAH SYAHIRAH BINTI SADRI 06DAT21F2060
2.NOOR HARTINISAH BINTI 06DAT21F2045
KAMARUDDIN 06DAT21F2041
3.ANIS ASYIKA BINTI OMAR KHAN
4.DHIRTHINI A/P SIVARAMAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL PERKARA 2
1 OBJEKTIF 3
2 PENGENALAN 4
3 DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN 5-7
4 PERANAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
5 KONSEP SUKAN UNTUK SEMUA DAN AGENDA PERPADUAN 8-19
6 MEMPERKENALKAN SUKAN BERASASKAN KAUM. 20-26
7 LIMA NILAI MURNI DALAM BIDANG SUKAN 27-34
8 CONTOH IKON SUKAN TANAH AIR 35-36
9 PENUTUP
10 RUJUKAN 37
OBJEKTIF
1.Menjelaskan definisi sukan dan perpaduan.
2.Membincangkan peranan sukan terhadap perpaduan kaum.
3.Menjelaskan konsep sukan untuk semua dan agenda perpaduan.
4.Memperkenalkan sukan berasaskan kaum.
5.Menerangkan lima nilai murni dalam bidang sukan yang dapat
memupuk perpaduan.
6.Menyatakan contoh ikon sukan tanah air dari kaum yang berlainan dan
cara sukan untuk menyatukan mereka dan rakyat Malaysia.
PENGENALAN
Sukan ialah sebuah aktiviti yang sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa
mengira usia. Bidang sukan juga berperanan sebagai agen perpaduan yang dapat
menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Terdapat pelbagai
jenis sukan yang berasal daripada pelbagai jenis kaum seperti kaum Melayu, Cina dan
India. Antara permainan kaum Melayu ialah congkak.Congkak ialah permainan tradisi
orang Melayu dan ianya merupakan permainan dalaman. Seterusnya permainan orang Cina
pula ialah Yo-Yo. Permainan Yo-Yo mempunyai dua cakera yang sama saiz dihubungkan
oleh gandar yang panjang dan akan berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu
yang kecil. Akhir sekali permainan tradisi orang India pula ialah Karom. Aktiviti Karom
sesuai dimain pada bila-bila masa sahaja untuk mengisi masa lapang. Sukan dapat mengisi
masa lapang individu terutamanya golongan remaja dengan perkara yang berfaedah
daripada mereka menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia seperti melepak.
Terdapat beberapa kajian yang membuktikan sukan dapat memupuk semangat perpaduan
antara masyarakat. Hal ini memberi impak yang positif kepada masyarakat dan negara.
Kegiatan sukan dan permainan dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam berpasukan
serta bersatu padu antara satu sama lain. Konklusinya, sukan dapat melahirkan
masyarakat yang kerjasama dan bersatu padu serta dapat memupuk semangat perpaduan
antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN
MAKSUD SUKAN
• Sukan adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu untuk
memantapkan staminanya.
• Sukan juga boleh ditafsirkan sebagai aktiviti rekreasi jika ia dilakukan pada
waktu lapang ataupun dengan motif menjaga kesihatan.
MAKSUD PERPADUAN
• Perpaduan bermaksud satu proses menyatupadukan anggota masyarakat
dan negara seluruhnya melalui ideology negara agar tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama.
PERANAN SUKAN TERHADAP
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
1. Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara
dengan negara yang lain.
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
3. Menyediakan peluang untuk masyarakat bekerjasama dan
saling memahami antara kaum.
4. Dapat memupuk semangat kerjasama antara masyarakat.
5. Dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin serta
membantu melahirkan masyarakat yang harmoni.
6. Membina masyarakat yang berkeyakinan dan bersefahaman.
KONSEP SUKAN UNTUK SEMUA DAN
AGENDA PERPADUAN
SEBAGAI sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, keamanan serta
kesejahteraan membuatkan Malaysia bertunjangkan kepada perpaduan,
pemuafakatan dan sikap saling menghormati dalam kalangan rakyatnya.
Tanpa teras itu, pasti nikmat keamanan dan kesejahteraan seperti dinikmati
rakyat negara ini sejak sekian lama tidak dapat dicapai.
Berpegang kepada prinsip itu, Master Dr Ang Kee Wah, 57, memainkan
peranannya sebagai rakyat yang bertanggungjawab dengan memastikan nilai-
nilai kesepakatan dalam kalangan kaum di Malaysia terus dipupuk untuk
mengangkat semangat kitalah Malaysia.
BIDANG sukan masih mampu menjadi landasan terbaik dalam
memupuk dan memperkasa perpaduan antara kaum di sebalik
menjadi medan membentuk atlet di negara ini. Bagi Timbalan Dekan
Fakulti Sains Sukan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr
Raja Mohamed Firhad, beliau secara peribadi berpandangan sukan
mampu menyatukan masyarakat majmuk di negara ini. Saya lihat
sukan sejak dulu sehingga hari ini tidak didominasi oleh sesuatu
kaum sahaja. Semua kaum ada dalam sesebuah pasukan sebagai
pemain, jurulatih mahupun pengurus.
“Mereka bersatu hati untuk mengerakkan sukan negara tanpa
mengira kaum dan agama. Contohnya, dalam pasukan bola sepak
negara kita. Jurulatihnya berbangsa Cina (Tan Cheng Hoe) dan
pemain-pemain kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu,”
ujarnya kepada Sinar Harian baru-baru ini. Beliau memberitahu,
sukan bukan sahaja dapat meningkatkan perpaduan, malah kegiatan
berterusan dalam sukan juga akan dapat meningkatkan produktiviti,
tahap kesihatan dan kecergasan serta kualiti kehidupan dalam
kalangan rakyat Malaysia.
MEMPERKENALKAN SUKAN
BERASASKAN KAUM
Keberkesanan pemupukan perpaduan melalui sukan di kalangan
rakyat berbilang kaum di Malaysia. Sukan merangkumi aktiviti fizikal
yang dijalankan di padang ataupun gelanggang untuk pelbagai
tujuan seperti pertandingan, keseronokan, kemahiran,
kecemerlangan dan pembangunan. Perbezaan tujuan ini yang
membezakan sifat sesuatu sukan. Rakyat Malaysia, secara
keseluruhannya mempraktikkan sukan dalam kehidupan seharian
mereka terutamanya pada waktu petang. Objektif aktiviti fizikal
sebegini bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan diri tetapi juga
mampu membina hubungan silaturahim antara keluarga dan rakan.
Namun, persoalan yang sering bermain di benak fikiran iaitu adakah
sukan ini mampu untuk memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia?
Terdapat isu di mana generasi muda sekarang lebih suka bersukan
atau beriadah mengikut kaum masing-masing tanpa menghiraukan
kaum lain. Sebagai contoh, di kawasan kediaman dan
sebagainya.Sukan tidak pernah mengkaji tentang latar belakang
agama, keturunan, kepercayaan dan batasan. Hal ini demikian
kerana, ia boleh mengganggu interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan masa.
Namun demikian, sebagaimana yang pernah berlaku di liga bola sepak luar
negara, sukan juga telah menjadi isu provokasi perkauman yang boleh
memecahbelahkan perpaduan masyarakat di negara itu. Sehingga hari ini,
terdapat pelbagai anjuran sukan yang dijalankan di Malaysia. Antaranya ialah
Sukan Malaysia (SUKMA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
dan terdapat juga program yang bertemakan ‘Sukan Menjana Perpaduan’
oleh Sukma XV yang diadakan di Pahang. Selain itu, contoh sukan semasa
yang berlangsung baru- baru ini iaitu Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang
dianjurkan di Tokyo, Jepun. Meskipun temasya Olimpik pada tahun ini sedikit
berbeza dari segi suasananya berbanding tahun sebelum ini, namun ia bukan
penghalang untuk atlet terus berjuang untuk meraih pingat dalam acara
sukan yang dipertandingkan.
Meskipun temasya Olimpik pada tahun ini sedikit berbeza dari segi
suasananya berbanding tahun sebelum ini, namun ia bukan
penghalang untuk atlet terus berjuang untuk meraih pingat dalam
acara sukan yang dipertandingkan. Buktinya, Malaysia berjaya
meraih satu pingat perak menerusi Datuk Mohd Azizulhasni Awang
dalam acara keirin lelaki dan juga pingat gangsa melalui gandingan
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki.
Walaupun tidak mencapai sasaran tiga pingat dalam temasya
Olimpik Tokyo ini, namun Malaysia tetap berbangga dengan
pencapaian yang memuaskan dalam setiap acara yang
dipertandingkan oleh para atlet Malaysia.
Tambahan pula, kemunculan atlet muda yang mewakili Malaysia seperti
Nur Dhabitah Sabri (atlet terjun), Syaqiera Mashayikh (memanah), Azreen
Nabila Alias (olahraga), Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik
(badminton) telah memberi sedikit sebanyak sinar harapan kepada
Malaysia untuk merangkul pingat pada kejohanan Olimpik yang akan
datang. Sebagaimana contoh yang diberikan, ini membuktikan aktiviti
sukan yang melibatkan pelbagai etnik dapat memberi peluang kepada
mereka untuk bekerjasama sekali gus mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara satu sama lain. Di samping itu juga sukan dapat
mengikis segala jenis gejala sosial yang kurang diingini dalam
pembangunan negara seterusnya menyumbang ke arah perpaduan negara.
Pepatah mengatakan ‘badan sihat otak cerdas’ merujuk kepada sukan yang
mampu melahirkan generasi cergas yang mana bukan sahaja dari segi
jasmani dan rohani malah menjadi asbab pengukuhan kesejahteraan dan
keharmonian dalam masyarakat untuk memastikan perpaduan terus utuh
dalam kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia. Misalnya, perpaduan di
antara para atlet yang menyertai sesuatu pertandingan sukan di mana
mereka secara langsungnya akan berkumpul terlebih dahulu di kem latihan
untuk mempersiapkan diri mereka seperti makan, tempat tidur, berehat
dan berlatih bersama – sama dengan atlet yang lain. Sifat persefahaman
yang erat serta bertolak ansur dapat dilahirkan melalui pergaulan dan
interaksi antara para atlet dari pelbagai kaum.
Impaknya, para atlet akan bertungkus lumus untuk bersatu hati dan
saling membantu antara satu sama lain untuk menjayakan misi
Negara iaitu membawa pulang pingat dan seterusnya mengangkat
martabat Malaysia ke mercu yang lebih tinggi. Sukan bukan sahaja
mampu melahirkan perpaduan dalam kalangan atlet malah
mendorong rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk bersatu padu
menyokong para atlet dalam sukan yang dipertandingkan di stadium
mahupun gelanggang sukan.
Akhir sekali, sukan menjadi wadah penting dalam mewujudkan integrasi
masyarakat yang berbilang kaum di Negara ini tidak kira apa jua sukan
sama ada bola sepak, badminton ataupun olahraga. Semua pihak haruslah
memainkan peranan yang penting untuk memastikan program sukan di
Malaysia diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa walaupun
dengan norma baharu yang disebabkan oleh Covid-19 ini. Hal ini demikian
supaya semangat kesukanan dapat diterapkan dalam diri setiap rakyat
dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, program Hari Sukan Negara dan 1
Murid 1 Sukan yang boleh melibatkan orang awam untuk menyertainya
dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Sekiranya setiap
negara menekankan peranan sukan dalam membentuk hubungan global
yang baik, keamanan negara dapat dicapai seterusnya mewujudkan
hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.
PERLAWANAN BOLA SEPAK
MALAYSIA
MAJLIS PERASMIAN HARI
SUKAN NEGARA
ATLET-ATLET MALAYSIA
DARI PELBAGAI KAUM
LARIAN MARATHON PADA
HARI SUKAN NEGARA
LIMA NILAI MURNI DALAM BIDANG
SUKAN
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi
cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi
keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian
dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di
negara ini, Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan
keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Antaranya, tanggungjawab sebagai nilai lain adalah kewajipan
rakyat untuk memastikan semua yang dipersetujui bersama itu,
dilaksanakan secara kolektif. Ini memerlukan peranan semua etnik
untuk bukan saja melangsaikan bahagian masing-masing, malah juga
membantu etnik lain yang menghadapi masalah.
Selain itu, kerjasama pula menganjurkan persefahaman semua etnik
dalam melakukan sesuatu yang nasional sifatnya, misalnya dalam
membangunkan negara. Dalam hal ini, sokongan padu semua etnik
penting. Tanpa semangat muafakat ini, ia sebagai isyarat wujudnya
konflik antara etnik
Seterusnya, integriti pula adalah pemilikan prinsip akhlak yang kuat. la
juga menganjurkan perwatakan yang baik. Melalui nilai ini, rakyat
dididik untuk menjadi lebih jujur dan amanah. Integriti walaupun selalu
dihubungkaitkan dengan pelbagai prinsip moral yang baik, juga sesekali
dikaitkan dengan keutuhan, yakni keadaan tidak berpecah-belah. Jadi,
melalui nilai integrasi ini, rakyat dianjurkan agar sentiasa jujur dan
bersatu.
Di samping itu, patriotisme dan kesetiaan adalah dua nilai yang
selebihnya, boleh dicantumkan menjadi satu. Patriotisme sebagai yang
pertama boleh bermula dengan perasaan bangga dan sayang kepada
negara. Apabila kedua-dua ini sudah mantap, ia pasti diikuti dengan
kesetiaan, iaitu sifat memberi sokongan yang padu, yakni tidak berbelah
bahagi kepada negara.
Akhir sekali, perasaan menghargai dan timbang rasa ini, nilai
hormat-menghormati juga mengajar rakyat mematuhi segala yang
ditetapkan setelah dipersetujui bersama. Antara yang terpenting di
sini ialah Kontrak Sosial atau lebih tepat lagi Perjanjian Etnik ketika
mencapai kemerdekaan.
CONTOH IKON SUKAN TANAH AIR
Ikon pertama ialah Dato' Lee Chong Wei (Badminton)
Dato' Lee Chong Wei telah membanggakan nama Malaysia setelah
mendapat tempat ke-2 pada aksi final di sukan SEA 2005 di Manila.
Pingat Perak milik Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat
negara dalam perjuangan mengharumkan nama negara di Temasya
Sukan Olimpik 2016 di Rio.
Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara
kita ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat
nama di peringkat tinggi iaitu Dato'Lee Chong Wei.Beliau telah
mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan
ini.Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama
lain.Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah berganding
bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong
Wei dalam sukan badminton ini.Hal yang demikian menjelaskan
bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.
DATO’ LEE CHONG WEI
Ikon yang kedua ialah Datuk Hamidin Mohd Amin (Bola Sepak)
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali
memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling
ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan membina negara untuk
kegunaan semua lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk
Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dapat dilihat melalui
pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an
dan percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat bukan
Melayu,Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengajak masyarakat Cina
untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak
tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia
ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-
anak mereka.
Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis sukan yang menarik
tetapi bola sepak juga merupakan raja sukan dan dijadikan sukan
utama di negara kita pada masa kini.Jika dilihat di sukan SEA 2017
Malaysia telah menjadi tuan rumah dan telah mendapat juara
keseluruhan .Tetapi untuk sukan bola sepak pula Malaysia yang
mempunyai pemain yang berlainan layak ke peringkat
akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
bersemangat memberi sokongan kepada pasukan Malaysia Ini
terbuktilah bahawa sukan bola dapat memberi perpaduan kepada
negara.
Ternyata bidang sukan memang menjadi salah satu menyatupadukan
masyarakat di Malaysia. Tanpa mengira warna kulit,bangsa dan
agama,bidang sukan sebenarnya telah memainkan peranan penting
dalam kehidupan masyarakat majmuk.Kerajaan dan pihak- pihak
terlibat perlulah memainkan peranan dalam melestarikan bidang
sukan dan tidak hanya memandang enteng terhadap bidang sukan
yang merupakan salah satu agen menyatupadukan masyarakat.
DATO HAMIDIN MOHD AMIN
PRESIDEN PERSATUAN
BOLA SEPAK MALAYSIA
(FAM)
PENUTUP
Sukan merupakan aspek penting untuk memupuk perpaduan antara
kaum. Sukan amat baik untuk kesihatan kerana ianya dapat
mencerdaskan anggota otak dan mencergaskan anggota badan selain
menyatupadukan pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia. Sukan
tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan.
Pada peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah
yang positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang
secara berfaedah.
Pada peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan
jalinan perhubungan antara kaum, peningkatan semangat kesukarelaan,
penyertaan, kerjasam serta sokongan.
Akhir sekali, sukan juga dapat meningkatkan kecemerlangan imej negara
dan jalinan kerjasama antarabangsa.
RUJUKAN
• https://www.iskl.edu.my/wp-content/uploads/2021/11/Datuk-Lee-
Chong-Wei-T.jpg
• https://i2.wp.com/www.airtimes.my/wp-
content/uploads/2018/07/Datuk-Hamidin-
Amin.jpg?resize=960%2C535&ssl=1
• https://blogsukandanperpaduan.blogspot.com/2020/10/sukan-dan-
perpaduan.html
• https://www.mstar.com.my/sukan/2010/09/25/konsep-sukan-untuk-
semua-dapat-pupuk-perpaduan-kaum
• Buku Penghayatan Etika dan Peradaban,Siri Politeknik
• Buku Penghayatan Etika dan Peradaban, Edisi Kemaskini,2020