MINDA SIHAT
MINDA SIHAT, PERIBADI HEBAT, JIWA MANTAP
PESANAN OLEH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK PONDOK UPEH
MINDA
• DEFINISI : akal fikiran,daya berfikir – yang disuburkan dengan
ilmu pengetahuan yang banyak, akan menjadi alat yang tajam
untuk untuk mengatasi berbagai bagai masalah dan
mengilhamkan pemikiran baru ( Kamus Dewan Edisi
Keempat).
PENGENALAN MINDA SIHAT
• MINDA SIHAT – kebolehan seseorang untuk menguruskan diri,
menyesuaikan diri dan menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan
dengan baik.
• Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang
harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti
masyarakat dan boleh menyumbang di dalam masyarakat ( Pertubuhan
Kesihatan Sedunia WHO)
MINDA SIHAT VS MINDA TIDAK SIHAT
• MINDA YANG SIHAT – bersikap positif, keyakinan diri yang tinggi, berdikari, tabah,
sabar ketika menghadapi masalah, tahu kebolehan diri, tidak malu meminta pertolongan
dan gemar menolong orang lain.
• MINDA YANG TIDAK SIHAT – selalu bersikap negatif, tidak berani menghadapi
masalah, cepat putus asa, cepat marah, suka menyalahkan orang lain dan sentiasa
gelisah.
TANDA TANDA MINDA ANDA SIHAT
Selesa dengan diri sendiri
Selesa dengan orang lain
Selesa dengan persekitaran
Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan
kerohanian dengan baik.
TANDA TANDA / KESAN MINDA TIDAK SIHAT
• SUKAR TIDUR / TIDUR SECARA BERLEBIHAN
• SENTIASA TIDAK BERTENAGA
• SENTIASA GELISAH
• TIDAK MENGHARGAI DIRI
• KURANG DAYA TUMPUAN
• BERHALUSINASI
• HILANG SELERA MAKAN / MAKAN TERLALU BANYAK
• CENDERUNG MENCEDERAKAN DIRI
• ANTI SOSIAL
• EMOSI YANG TIDAK MENENTU
KEPENTINGAN MINDA SIHAT
• MEWUJUDKAN SUASANA YANG BERMAKNA DALAM KEHIDUPAN
• MAMPU BERFIKIR DAN MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN BIJAK DAN BETUL
• DAPAT MENGHADAPI SEBARANG UJIAN DAN CABARAN DENGAN BAIK
• SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
• MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT
• MEMPUNYAI EMOSI YANG STABIL
• MAMPU BERSOSIAL SECARA POSITIF DAN SIHAT
LANGKAH UNTUK MENCAPAI KESIHATAN MENTAL
YANG SIHAT
1. MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT
Makan secara seimbang
Beriadah
Tidur secukupnya
2. POSITIF
Berfikir secara positif
Bercakap perkara yang positif
Bertindak secara positif
3. BUAT KEPUTUSAN SECARA BIJAK
Mendapatkan maklumat secukupnya
Tabayyun atau menapis maklumat yang diterima sebaiknya
Dapatkan pandangan orang lain sekirangan perlu
4. BERKAWAN
• Mencari kawan yang positif
• Menghormati pandangan mereka dan bersabar
5. MENGAMALKAN ASERTIF DIRI
Berani untuk menyatakan keputusan yang negatif atau positif demi kebaikan diri.
RANCANG MASA DENGAN BAIK
o Sediakan satu senarai semua perkara yang perlu dibuat dan diamalkan
o Beri peruntukan masa yang bersesuaian dan laksanakan.
BERSEDIA MENERIMA SEBARANG PERUBAHAN
KONGSI MASALAH ANDA DAN BERBINCANG DENGAN ORANG ANDA PERCAYAI
AMALKAN NILAI NILAI KEAGAMAAN DAN MORAL YANG BAIK
Sentiasa bersyukur
Sentiasa redha dalam ujian hidup
Sentiasa jujur tanpa prasangka
TERIMA KASIH
SEMOGA BERMANFAAT