The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nickymini7278, 2022-05-29 01:16:33

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-45/ 2022-2023

SK PEMBERIAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEMBERIAN
18000 KUALA KRAI, KELANTAN

kali ke-45 /2022-2023

dirasmikan oleh

YB USTAZ ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN

AHLI PARLIMEN KUALA KRAI

30 MEI 2022
2.00 PETANG
DEWAN SKP

ATURCARA MAJLIS

1.45 petang : Pendaftaran Ibu Bapa
2.00
: Ketibaan wakil pegawai Bahagian Siasatan &
2.30 petang Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Krai

2.45 petang Ceramah ‘Keselamatan Jalan Raya’
Pegawai BSPT

: Ketibaan dif kehormat

Lagu Negaraku

Lagu Selamat Sultan

: Bacaan doa
Muhd Amirul Hafizuddin bin Rahadiafendi

Bacaan ayat suci al-Quran
Nursyifaa’ Hamna bt Hassan

Poetry Recitation
Nur Alisha Marissa bt Cik Anuar
Nur Wadiha Zahra bt Che Hazli

Ucapan aluan Guru Besar SK Pemberian
En. Nik Zailani b Nik Mahmud

Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022
En. Nordin bin Hashim

Ucapan Perasmian
YB Ustaz Abdul Latiff bin Abdul Rahman

Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang UPKK
2021

Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi

Penyampaian Anugerah Khidmat Bakti AKP

1|Page SK PEMBERIAN

3.30 petang Penyampaian Anugerah Jasa Bakti mantan YDP PIBG,
En. Azman bin Wahab
Jamuan ringan
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45/2022-2023 bermula
Perutusan Yang Dipertua PIBG
Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung kali ke-44/2021
Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan
Membentang, mengesahkan dan meluluskan penyata
kewangan berakhir 31 Disember 2021
Pembentangan usul
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan
Majlis bersurai

2|Page SK PEMBERIAN

JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN PEMBERIAN

2021/2022

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : En. Nik Zailani bin Nik Mahmud (Guru Besar SK Pemberian)

PENGERUSI : En. Nordin bin Hashim (Yang DiPertua PIBG)

NAIB PENGERUSI : En. Hamizi bin Ahmad (Naib Yang DiPertua PIBG)

SETIAUSAHA : Cik Nik Rosaini binti Nik Abdul Kadir

NAIB SETIAUSAHA : Pn. Siti Asiah binti Abdullah

BENDAHARI : Pn. Norazuraini binti Abdullah

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA

En. Li bin Nor
En. Ismail bin Omar
Pn. Nur Zalifah binti Hassan @ Hashim
Pn. Rahimah binti Abd Mutalib
Pn. Hasmah bt Husin
En. Zulkifli bin Omar

AHLI JAWATANKUASA GURU

En. Cik Anuar bin Shafi’e
Cik Nurul Fatihah bt Azemi
Cik Raja Ramlah bt Raja Daud

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Pn. Wan Azura binti Wan As’ari @ Asri

3|Page SK PEMBERIAN

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG SK PEMBERIAN

KALI KE-45

PENYAMBUT TETAMU BUKU PROGRAM (FLIPBOOK) & BROSUR
1. En. Nik Zailani bin Nik Mahmud (GB) 1. Cik Nik Rosaini bt Nik Ab. Kadir
2. En. Nordin bin Hashim (YDP PIBG) 2. Pn. Siti Asiah bt Abdullah
3. En. Hamizi bin Ahmad (NYDP PIBG) 3. Pn. Raja Azreni Farhana bt Raja Azaman Shah
4 Pn. Nur Zalifah bt Hassan @ Hashim (AJK PIBG)
5. En. Zunaidi bin Awang Teh (GPKP) PENDAFTARAN/ BORANG USUL
6. Pn. Salamah bt Mat Jusoh (GPK HEM) 1. Pn. Siti Asiah bt Abdullah
7. Pn. Zamilah bt Ismail (GPK Ko) 2. Cik Nurul Fatihah bt Azemi
3. Pn. Yuasmiza bt Yusoff
SAMBUTAN VIP
Pn. Zolianey bt Zol (K) HADIAH/ CENDERAHATI/ SIJIL/ CABUTAN BERTUAH
En. Fadir bin Mohamed 1. Pn. Wan Azura bt Wan As’ari @ Wan Asri (K)
Cik Hanisah bt Zulkifli 2. Pn. Norazuraini bt Abdullah
Pn. Rahimah bt Abdul Mutalib (AJK PIBG) 3. Pn. Nor Fazlina bt Mustaffa
Pn. Hasmah bt Husin (AJK PIBG)

PENGACARA MAJLIS PERSIAPAN DEWAN
1. Pn. Wan Norsuhaili bt Wan Husain 1. En. Cik Anuar bin Shafi’e (K)
2. En. Azahar bin Othman
TEKNIKAL/SIARAYA 3. En. Mohd Nazif b. Mohd Husin
1. En. Fadir bin Mohamed 4. En. Ismail bin Omar
5. En. Li bin Nor
BACAAN DOA
1. Mohd Amirul Hafizuddin bin Rahadiafendi HIASAN PENTAS
1. En. Che Hazli bin Che Ghani (K)
PENCATAT MINIT 2. Pn. Norazuraini bt Abdullah
1. Pn. Rahimah bt Yaakob 3. Pn. Wan Norsuhaili bt Wan Husain
2. Cik Nik Rosaini bt Nik Abdul Kadir 4. En. Muhaimi bin Isa
3. Pn. Siti Asiah bt Abdullah 5. Cik Hanisah bt Zulkifli
6. Pn. Nor Fazlina bt Mustaffa
JURUGAMBAR
1. En. Mohd Najid Kazman bin Mohd Nawi JAMUAN VIP
1. Pn. Noorbaya bt Muhamad (K)
PERSEMBAHAN 2. Pn. Zolianey bt Zol
1. Pn. Rahimah bt Yaakob 3. Pn. Hasmah bt Husin (AJK PIBG)
2. Cik Nurul Fatihah bt Azemi
JAMUAN IBU BAPA, GURU & STAF
KAIN RENTANG 1. Pn. Yuasmiza bt Yusoff (K)
1. En. Mohd Najid Kazman bin Mohd Nawi (K) 2. Pn. Raja Azreni Farhana bt R. Azaman Shah
2. Pn. Noorbaya bt Muhamad 3. Pn. Rahimah bt Abdul Mutalib (AJK PIBG)

KESELAMATAN DOKUMENTASI
1. En. Mohd Zulkafli bin Ab Rahman 1. Cik Nik Rosaini bt Nik Abdul Kadir
2. En. Rosli bin Derani

4|Page SK PEMBERIAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Tel : 011-55057393
SEKOLAH KEBANGSAAN PEMBERIAN E-mel : [email protected]

18000 KUALA KRAI,
KELANTAN DARUL NAIM

Ruj. Kami : SKP.100-13/1/4(20)
Tarikh : 22 Mei 2022

Kepada

Semua Ibu Bapa/ Penjaga
Murid SK Pemberian

Tuan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 2022

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan mengikut
ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Mei 2022(Isnin)
Masa : 2.00 petang (Majlis bermula)
Tempat : Dewan SK Pemberian

3. Sehubungan itu, kami warga SK Pemberian dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan semua ibu bapa untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

4. Kerjasama dan tindakan tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

Saya yang menurut perintah,

(NORDIN BIN HASHIM)
Yang DiPertua PIBG,
SK Pemberian,
Kuala Krai, Kelantan.

s.k: Fail

5|Page SK PEMBERIAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN PEMBERIAN

Tarikh : 24 Oktober 2021 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium : Google Meet
Penasihat : Encik Nik Zailani bin Nik Mahmud (Guru Besar )
Pengerusi : Encik Azman bin Abdul Wahab (YDP PIBG)
Perasmi : YBM Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin

(ADUN Dabong)

Turut Hadir : En. Ajudin bin Shazali
(Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai)

1. UCAPAN ALUAN GURU BESAR

1.1 Cikgu Nik Zailani mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada
majlis Mesyuarat Agung PIBG ke-44 tahun ini.

1.2 Cikgu Nik Zailani meminta ibu bapa memaklumkan kepada pihak sekolah
sekiranya anak-anak ada melakukan swab test sama ada keputusannya positif
atau negatif.

1.3 Beliau turut memaklumkan bahawa murid tahun 6 SK Pemberian telah mendapat
suntikan dos pertama pada 5 Oktober yang lalu dan memohon ibu bapa peka dan
patuh pada tarikh suntikan dos kedua pada 26 Oktober ini.

1.4 Beliau juga merasa bersyukur kerana pihak sekolah telah mendapat peruntukan
untuk menukar pintu pagar utama sekolah yang baru dan projek tersebut telah
berjaya disiapkan. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah sedang berusaha
untuk memohon peruntukan bagi asrama dan bangunan sekolah untuk
keselesaan murid-murid.

1.5 PdPr akan terus berlangsung sehingga ada pengumuman untuk pembukaan
sekolah seperti biasa. Beliau memohon kerjasama semua ibu bapa agar

6|Page SK PEMBERIAN

memastikan anak-anak mengikuti kelas PdPr setiap hari tanpa gagal. Hasil
daripada pemerhatian, beliau mendapati hanya segelintir murid yang sama sahaja
yang mengikuti kelas dan menghantar tugasan PdPr setiap hari.

1.6 Setiap hari Rabu juga pihak sekolah ada memberi tugasan kokurikulum secara
online dan terdapat banyak aktiviti pertandingan kokurikulum anjuran PPD yang
dijalankan secara atas talian. Namun, beliau terkilan kerana penyertaan daripada
murid-murid sangat mengecewakan.

1.7 SK Pemberian adalah salah satu dari dua buah sekolah yang terpilih untuk
rawatan pergigian di Klinik Kesihatan Manik Urai. Hasil dapatan, Cikgu Nik Zailani
memaklumkan bahawa masih ramai yang tidak mengambil peluang untuk
mendapatkan khidmat rawatan gigi iaitu hanya 40 daripada 135 orang murid yang
sertai.

1.8 Beliau memaklumkan bahawa link pendaftaran Mesyuarat Agung ke-44 ini akan
diberikan selepas ini dan memohon semua ahli yang hadir untuk mengisinya.

1.9 Akhir kata beliau mengucapkan terima kasih kepada YBM Ku Mohd. Zaki bin Ku
Hussin yang sudi hadir merasmikan mesyuarat pada kali ini.

2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

2.1. En. Azman mengucapkan terima kasih kepada YBM Ku Mohd. Zaki selaku
perasmi majlis pada hari ini, serta En. Ajudin, guru-guru dan ibu bapa yang sudi
hadir. Beliau juga bersyukur kerana dapat berkumpul pada majlis hari ini
walaupun secara alam maya.

2.2. En. Azman turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru
dan ahli jawatankuasa kerana berjaya merealisasikan majlis pada kali ini
walaupun keadaan pandemik yang tidak mengizinkan semua berkumpul secara
bersemuka.

3. UCAPAN PERASMI

3.1. YBM Ku Mohd. Zaki mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG
SK Pemberian kerana menjemput beliau sebagai perasmi majlis pada tahun ini.

7|Page SK PEMBERIAN

3.2. Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Yang DiPertua
PIBG SK Pemberian kerana menjalankan tugas yang mencabar ini dengan baik.
Bagi beliau, tugas sebagai Yang DiPertua bukanlah tugas yang mudah dan
banyak cabarannya.

3.3. YBM Ku Mohd. Zaki membaca sepotong ayat al-Quran yang menyentuh tentang
ujian sebagaimana kita sekarang berada dalam tempoh ujian. Murid tidak dapat
hadir ke sekolah untuk belajar seperti biasa, gangguan talian internet yang kurang
memuaskan dan guru terpaksa mengajar secara dalam talian. Namun di sebalik
ujian ada hikmah dan kelebihannya. Salah satu nya kita dapat belajar teknologi
baru secara dalam talian.

3.4. Beliau turut menekankan bahawa al-Quran sebagai syifa’ atau penawar dan kunci
kepada kejayaan adalah sabar. Ilmu tidak datang dengan mudah melainkan
dengan belajar.

3.5. YBM Ku Mohd. Zaki mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua guru kerana mempunyai jati diri yang kuat dan sabar dalam memberi ilmu.

3.6. Beliau turut menyentuh tentang peruntukan dan memaklumkan bahawa akan ada
peruntukan untuk SK Pemberian dengan izin Allah.

3.7. Dengan lafaz bismillah, YBM Ku Zaki telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-44 SK Pemberian bagi tahun 2021.

4. AGENDA MESYUARAT

4.1. En. Azman memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan atau gangguan
teknikal sepanjang mesyuarat berlangsung dan memohon kepada semua supaya
bersabar dan terus memberikan kerjasama sehingga mesyuarat selesai.

4.2 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-43/ 2020
4.2.1 En. Azman membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-43 untuk dilihat
dan dibaca oleh ahli PIBG. Beliau seterusnya mengusulkan kepada ahli
PIBG untuk menerima dan mengesahkan minit mesyuarat tersebut.

4.2.2 En. Hamizi bin Ahmad mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung kali ke-
43 diterima dan disahkan.

4.2.3 En. Rosli bin Derani menyokong cadangan tersebut.

8|Page SK PEMBERIAN

4.3 Pembentangan dan pengesahan Laporan Tahunan 2020.
4.3.1 En. Azman membentangkan Laporan Tahunan 2020.

4.3.2 En. Hamizi bin Ahmad mencadangkan agar Laporan Tahunan 2020
diterima dan disahkan.

4.3.3 En. Rosli bin Derani menyokong cadangan tersebut.

4.4 Pembentangan dan pengesahan Laporan Penyata Kewangan PIBG yang
berakhir pada 31 DISEMBER 2020.
4.4.1 Pn. Norazuraini telah membentangkan penyata kewangan kepada ahli
PIBG SK Pemberian. Beliau meminta para ibu bapa merujuk dan meneliti
penyata kewangan yang ditayangkan pada skrin.

4.4.2 Cik Raja Ramlah bt Raja Daud mencadangkan agar laporan kewangan
diterima dan disahkan.

4.4.3 Pn. Norhayati bt Derani menyokong cadangan tersebut.

5. PEMILIHAN AJK PIBG BAGI SESI 2021/2022

5.1. Cikgu Nik Zailani memaklumkan kepada semua bahawa pihak sekolah telah
mengedarkan borang cadangan pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2021/2022 kepada
semua ibu bapa tiga minggu sebelum mesyuarat bermula dan pihak sekolah telah
pun mendapat keputusannya.

5.2. Cikgu Nik Zailani membentangkan AJK PIBG bagi sesi 2021/22 seperti berikut :

YANG DIPERTUA : NORDIN BIN HASHIM

NAIB YANG DIPERTUA : HAMIZI BIN AHMAD

SETIAUSAHA : NIK ROSAINI BT NIK ABDUL KADIR

NAIB SETIAUSAHA : SITI ASIAH BT ABDULLAH

BENDAHARI : NORAZURAINI BT ABDULLAH

9|Page SK PEMBERIAN

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA :
1. ISMAIL BIN OMAR
2. NURZALIFAH BT HASSAN @ HASHIM
3. RAHIMAH BT ABDUL MUTALIB
4. LI BIN NOR
5. SHARI BIN AHMAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA : WAN AZURA BT WAN A’SRI

6. PEMBENTANGAN USUL
-Tiada Usul-

7. HAL-HAL LAIN

7.1 En. Nordin selaku Yang DiPertua PIBG yang baru membentangkan cadangan
sumbangan PIBG bagi tahun 2021/2022 sebagaimana berikut :

Duit Sumbangan PIBG – RM30.00 (sekeluarga)
Kertas A4 – RM10.00 (setiap murid)
Kertas Soalan KAFA – RM10.00 (setiap murid)
7.1.1 Pn. Wan Irma Salwati mencadangkan agar wang sumbangan dikekalkan

seperti tahun lepas. Cadangan ini disokong oleh Pn. Rahimah bt Mutalib.

7.1.2 Setelah berbincang, semua ahli sebulat suara bersetuju bahawa sumbangan
PIBG dikekal sebagaimana berikut:

Duit Sumbangan PIBG – RM20.00 (sekeluarga)
Kertas A4 – RM10.00 (setiap murid)
Kertas Soalan KAFA – RM10.00 (setiap murid)

10 | P a g e SK PEMBERIAN

8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Cikgu Nik Zailani mengucapkan terima kasih kepada semua semua AJK PIBG yang

lama dan baru serta semua jawatankuasa mesyuarat.
8.2 Beliau turut mohon maaf atas segala kelemahan teknikal sepanjang majlis

berlangsung
8.3 Beliau berharap agar tahun hadapan majlis dapat dilakukan secara bersemuka.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

11 | P a g e SK PEMBERIAN

AKTIVITI PIBG 2021

 13 September 2021

- Mesyuarat AJK PIBG bil 6 2019/2020

 22 Oktober 2021

- Mesyuarat Pelarasan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 guru-guru SK
Pemberian

 24 Oktober 2021

- Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44

12 | P a g e SK PEMBERIAN

PERSATUAN IBU BAPA DA
PENYATA KEWANGAN

PENERIMAAN PERKARA AMAUN PEMBAY
RM
TARIKH BAKI DIANGKAT TARI
Sewa rumah 8, 571.41
01.01.2021 Sewa rumah 200.00 31.01.2
27.04.2021 Sumbangan 300.00 21.02.2
12.08.2021 Sumbangan dari mantan GB (Alias b Yunus) 250.00 22.02.2
03.10.2021 Sewa rumah 250.00 03.10.2
13.10.2021 200.00 03.10.2
02.11.2021 04.01.2
24.02.2
04.12.2

JUMLAH PENERIMAAN (a) 9, 771.41

Disediakan oleh: Disemak O
…….……………………….
NORAZURAINI BT ABDULLAH ……………
WAN AZU
Bendahari
PIBG sesi 2021/2022 Pemeriks
PIBG se
13 | P a g e

AN GURU SK PEMBERIAN
N BERAKHIR 31.12.2021

YARAN

IKH PERKARA AMAUN

2021 Sumbangan pertukaran Teacher Nur dan Ustazah Aisyah 150.00
2021 Sumbangan pertukaran Cikgu Sanusi dan Cikgu Fauziah 150.00
2021 Persediaan pembukaan sekolah pada Mac 2021 300.00
2021 Faceshiled murid 150.00
2021 Hari Vaksinasi murid Tahun 6 200.00
2021 Penyelenggaraan tangka (Pra sekolah) 200.00
2021 Mesyuarat Agung PIBG 2021 150.00
2021 Cenderahati guru bertukar (Ustazah Roslina, Cikgu Norhasni & Cikgu 150.00
Preema)

JUMLAH PEMBAYARAN (b) 1, 450.00

BAKI (a – b) 8, 321.41
BAKI DI BANK 5, 445.00
BAKI DI TANGAN 2, 876.41
8, 321.41

Oleh : Disahkan oleh :

…………… …………………………
URA BT WAN A’SRI NORDIN BIN HASHIM

sa Kira-kira Yang Dipertua
esi 2021/2022 PIBG sesi 2021/2022

SK PEMBERIAN

AHLI JAWATANKUASA PIBG
sesi 2021/2022

YANG DIPERTUA : NORDIN BIN HASHIM

NAIB YANG DIPERTUA : HAMIZI BIN AHMAD

SETIAUSAHA : NIK ROSAINI BT NIK ABDUL KADIR

NAIB SETIAUSAHA : SITI ASIAH BT ABDULLAH

BENDAHARI : NORAZURAINI BT ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA :

6. ISMAIL BIN OMAR

7. NURZALIFAH BT HASSAN @ HASHIM

8. RAHIMAH BT ABDUL MUTALIB

9. LI BIN NOR

10. SHARI BIN AHMAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA : WAN AZURA BT WAN A’SRI

14 | P a g e SK PEMBERIAN

USUL AHLI PIBG

yang akan dibentangkan di Mesyuarat Agung PIBG ke-45/2022-2023
ialah :

1. En. Makzam bin Nahar memohon pihak sekolah mengadakan kelas
tambahan untuk murid tahun 5 dan 6 kerana banyak ketinggalan
dalam pelajaran akibat cuti PKP.

2. Pn. Wan Irma Salihah bt Wan Ahmad memohon pihak sekolah
menyediakan air tapis atau air sejuk sebagai tambahan untuk murid
di sekolah bagi memudahkan murid untuk minum sekiranya kehabisan
bekalan air masak yang dibawa.

15 | P a g e SK PEMBERIAN

ENROLMEN MURID

TAHUN Lelaki Perempuan Jumlah
1 6 7 13
2 8 9 17
3 14 8 22
4 8 11 19
5 18 16 34
6 8 13 21
62 64 126
JUMLAH 12 12 24
Pra

16 | P a g e SK PEMBERIAN

BILANGAN GURU

GELARAN JAWATAN JUMLAH
GURU BESAR 1
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 1
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 1
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 1
GURU PENYELARAS BESTARI 1
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA 1
GURU AKADEMIK 7
GURU PEMULIHAN 1
GURU PRA SEKOLAH 1
GURU PENDIDIKAN ISLAM 3
JUMLAH KESELURUHAN JAWATAN 18

17 | P a g e SK PEMBERIAN

MOTO SEKOLAH

KEMENJADIAN MURID, MENJANA
KEGEMILANGAN

VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI

UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

18 | P a g e SK PEMBERIAN

PIAGAM PELANGGAN

 Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid.
 Sentiasa memberi layanan penuh mesra kepada semua.
 Sepenuh keazaman dan kegigihan bagi mengekalkan

pencapaian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah mulia.
 Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai murni

untuk menjadi warganegara yang sempurna.

19 | P a g e SK PEMBERIAN

Sekalung Penghargaan

Kami warga SK Pemberian dan jawatankuasa PIBG SK Pemberian merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
YB Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman
ADUN Dabong

Wakil Pegawai
PPD Kuala Krai

SM 145252 Mohd Sarudi bin Samsudin
Pegawai Polis Perhubungan Sekolah

Wakil Pegawai
Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Krai

En. Nik Zailani bin Nik Mahmud
Guru Besar SK Pemberian

En. Nordin bin Hashim
Yang DiPertua PIBG SK Pemberian

En. Hamizi bin Ahmad
Naib Yang DiPertua PIBG SK Pemberian

Barisan AJK PIBG 2021-2022

Guru-guru dan kakitangan SK Pemberian

Para ibu bapa dan penjaga murid SK Pemberian

&

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45/2022-2023.

20 | P a g e SK PEMBERIAN


Click to View FlipBook Version