INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR AINNUR MARDHEEAH MASHITAH BINTI MOHD
ZAMZURI
ANGKA GILIRAN 2021192340124
NOMBOR KAD PENGENALAN 020510-01-0718
KUMPULAN PISMP JUN 2021 (G7)
NAMA KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
KOD KURSUS EDUP 3023
NAMA PENSYARAH WOK CHU WOK
TARIKH HANTAR 25 OGOS 2021
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurniaan Nya, saya telah diberikan kesihatan yang berpanjangan sehingga
mampu untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini. Seterusnya, selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad SAW.
Di samping itu, saya ingin mendedikasikan beribu- ribu penghargaan dan terima kasih
khususnya kepada pensyarah yang saya hormati, Puan Wok kerana telah banyak membantu
saya, melayan karenah saya dengan penuh kesabaran sehingga saya mampu untuk menyiapkan
kerja khusus ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada buah hati pengarang jantung saya, tidak lain dan tidak bukan
kedua ibu bapa saya Azizah binti Jaafar dan Mohd Zamzuri bin M. Razalee kerana telah banyak
membantu saya dari segi sokongan moral yang tidak pernah putus dan kewangan sehingga saya
mampu untuk menyiapkan kerja khusus yang sempurna pada hari ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada
rakan –rakan yang banyak memberi peringatan dan tunjuk ajar kepada saya dengan menjawab
segala pertanyaan berkaitan kerja khusus dan sentiasa berada di sisi saya ketika saya
memerlukan bantuan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
Akhirulkalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung. Terimalah hasil kerja khusus saya dengan hati yang terbuka.
Sekian, terima kasih.
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
4
BIL. TAJUK
1.0 PENGENALAN 5-8
2.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF. 9
2.1 PERINGKAT SENSORI MOTOR. 10
2.2 PERINGKAT PRAOPERASI.
2.3 PERINGKAT OPERASI KONKRIT.
2.4 PERINGKAT OPERASI FORMAL.
3.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
3
1.0 PENGENALAN
Dalam menongkah arus globalisasi, keperluan terhadap individu yang berdaya saing dan
berkualiti tinggi semakin dituntut dalam meningkatkan prestasi negara. Pembentukan modal
insan yang akan menjadi tenaga kerja pada masa depan ini merupakan tugas dan
tanggungjawab seseorang pendidik. Kepentingan dalam pembentukan modal insan bertaraf
dunia menjadi keutamaan misi kerajaan sebagaimana ucapan Perdana Menteri iaitu, “Tenaga
kerja yang mahir dan berpengetahuan tinggi merupakan perintis kepada daya saing negara.
Dalam hal ini, kerajaan akan mengambil langkah holistik bagi memperkukuhkan sistem
pendidikan dan latihan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah peringkat
pengajian tinggi”. Dalam konteks ini, guru yang cemerlang merupakan aset utama yang
bertindak dalam menghasilkan sumber manusia yang professional bermula daripada
pendidikan awal. Guru perlu mengetahui teknik pengajaran yang terbaik agar isi
pembelajaran sesuai dalam setiap peringat perkembangan kanak-kanak. Justeru itu,
pengetahuan tentang perkembangan kognitif melalui kajian tokoh terkemuka perlu
dititikberatkan agar guru dapat menguji keberkesanan kaedah pembelajaran untuk
meningkatkan prestasi murid. Perkembangan kognitif merujuk kepada proses perkembangan
keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioemosi,
fizikal, dan penguasaan kemahiran berbahasa. Menurut Berk (2006), proses kognitif
merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang membawa kepada pengetahuan. Bagi
meningkatkan pemahaman kanak-kanak, para guru boleh menjadikan teori pembelajaran
Piaget sebagai panduan. Hal ini demikian kerana, beliau merupakan tokoh psikologi yang
amat berpengaruh dalam kajian perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak.
4
2.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF.
Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut satu siri urutan yang
berperingkat. Pada setiap peringkat, kanak-kanak dapat membentuk dan mengembangkan
skema kognitifnya. Menurut beliau lagi, perkembangan kanak-kanak meliputi domain am. Ini
bermakna, perkembangan dalam satu aspek kognitif kanak-kanak juga akan menunjukkan
perkembangan kognitif yang setara dalam aspek yang lain. Peringkat perkembangan kognitif
terdiri daripada empat peringkat iaitu peringkat sensori motor, peringkat praoperasi, peringkat
operasi konkrit dan peringkat operasi formal.
2.1 PERINGKAT SENSORI MOTOR.
Kanak- kanak pada peringkat sensori motor merujuk kepada bayi yang baru dilahirkan
sehingga berumur 2 tahun. Perkembangan kognitif pada peringkat ini bergantung
kepada penggunaan deria dan kemahiran motor yang ada seperti melihat,
mendengar, menyentuh, dan merasa. Kanak- kanak akan mengkoordinasi maklumat
deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema yang membolehkan mereka
meneroka dan memahami dunia persekitarannya. Buktinya, bayi tertarik untuk
menghisap jari, mudah tertumpu kepada objek yang berwarna- warni dan
mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan dapat mendatangkan kepuasan kepada
bayi sehingga menyebabkan bayi mengulang tindakan tersebut. Ini menunjukkan saiz
dan komposisi otak bayi bertambah. Dapat juga difahami bahawa, pada peringkat ini
mereka mempelajari sesuatu melalui tindakan ulangan dan masih tidak mempunyai
kebolehan simbol. Oleh itu, mereka masih belum berkemampuan untuk bertutur
dengan lancar serta belum bersedia untuk membaca huruf.
Piaget menganggap pemerolehan proses kognitif yang nyata pada peringkat
sensori motor ialah pengekalan objek. Pada peringkat awal, bayi belum mempunyai
pengekalan objek. Justeru itu, jika ibu bapa cuba mengalih perhatian mereka dengan
menghilangkan objek, maka bayi tersebut tidak akan bereaksi apa-apa. Namun, pada
peringkat akhir sensori motor iaitu ketika usia mencapai 10 bulan, bayi akan mula
menyedari objek yang hilang dihadapannya. Ini menunjukkan bahawa, kanak- kanak
boleh memikirkan sesuatu dan merancang tindak balasnya dengan memikirkan objek
kemudian dikaitkan dengan pengalaman. Ibu bapa atau pengasuh perlu menyediakan
aktiviti yang bersesuaian dengan umur mereka dan kemahiran peniruan seperti aksi-
5
aksi fizikal dan interaksi sosial dengan ahli keluarga dan kenalan agar dapat
mempertingkatkan kecerdasan bayi.
2.2 PERINGKAT PRAOPERASI.
Seterusnya, pada peringkat ini, kanak- kanak yang berusia 2 sehingga 7 tahun akan
menggunakan minda mereka untuk membentuk skema- skema baharu. Kanak- kanak
mempunyai keupayaan untuk mengambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti
dengan mewakili sesuatu dengan simbol. Simbol tersebut merangkumi bahasa,
isyarat, gambar, perkara yang digunakan untuk menyatakan objek, orang atau
peristiwa yang dialami kanak-kanak. Contohnya, kanak- kanak boleh menyebut “susu”
yang merujuk kepada permintaan susu, walaupun susu tidak kelihatan untuk mewakili
pemikiran simboliknya. Hal ini merupakan peringkat permulaan pembinaan konsep
dimana kanak-kanak sudah boleh mengaitkan perkataan atau lambang dengan
benda-benda di persekitarannya. Ini menunjukkan bahawa, keupayaan pemikiran
simbolik menandakan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan untuk berbahasa.
Kanak- kanak di peringkat ini lebih suka menggunakan bahasa lisan untuk
berkomunikasi dengan ibu bapa, rakan sebaya, dan guru-guru mereka. Namun,
pembinaan konsep adalah dengan melalui intuisi dengan menggunakan penaakulan
primitif. Dengan menggunakan penaakulan primitif, kanak- kanak menganggap dirinya
mengetahui jawapan bagi setiap perkara. Mereka mempunyai sikap ingin tahu, suka
bercakap dan bertanya. Piaget menggunakan istilah intuitive kerana kanak- kanak
kelihatan amat yakin terhadap perkara yang diketahui padahal kurang sedar tentang
penggunaan pemikiran rasional.
Pada peringkat ini, guru perlu memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka alam sekitar melalui aktiviti yang pelbagai. Kanak-kanak memerlukan
banyak pengalaman hands-on yang melibatkan kepelbagaian bahan dan penggunaan
pelbagai deria. Contohnya, eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji
keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis amat membantu pembentukan
minda yang kreatif dan kritis. Guru juga perlu menggalakkan kanak-kanak melakukan
aktiviti minds-on yang melibatkan banding beza dan susunan urutan seperti berat,
ketinggian dan panjang. Contohnya, jika guru ingin mengendalikan aktiviti di luar
kelas, beliau boleh menyarankan kepada kanak- kanak untuk beratur secara sebaris
6
mengikut ketinggian. Aktiviti ini dapat meningkatkan keupayaan berfikir sekaligus
memberi keseronokan kepada murid sepanjang pembelajaran.
2.3 PERINGKAT OPERASI KONKRIT.
Seterusnya, perkembangan kognitif pada peringkat operasi konkrit pula banyak
melibatkan penggunaan operasi. Pada peringkat operasi konkrit, kanak-kanak banyak
mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak, bukan berfokus kepada satu
ciri sahaja. Ini bermakna, pemikiran intuitif telah diganti kepada penaakulan logik.
Walaupun kanak-kanak berkebolehan untuk membuat penaakulan logik, namun
mereka masih terikat kepada objek atau peristiwa yang konkrit dalam usaha
memahami prinsip kekekalan, klasifikasi, seriasi dan kebalikan. Justeru itu, guru perlu
menyediakan bahan-bahan konkrit untuk menguji idea kanak-kanak melalui
penglibatan aktif iaitu mencabar pemikiran secara logik tentang permasalahan yang
dihadapi. Cara pemikiran perlu dicabar sebagai langkah untuk memaksa mereka
meluaskan pengetahuan sedia ada untuk pembelajaran seterusnya.
Salah satu operasi perwakilan mental pada peringkat ini ialah penguasaan konsep
kekekalan iaitu keupayaan untuk memahami bahawa sesuatu objek yang mengalami
perubahan ketara masih mempunyai sifat yang sama. Contohnya, guru cuba
menyelerakkan empat bongkah kayu. Kanak-kanak pada peringkat praoperasi akan
berpendapat bahawa bongkah kayu itu semakin banyak kerana ia bertaburan di atas
lantai. Berbeza dengan kanak-kanak peringkat operasi konkrit. Mereka berpendapat
bahawa jumlah bongkah kayu tetap sama iaitu empat. Mereka juga akan mengetahui
sekiranya susu dituang ke dalam cawan yang berbeza ketinggian, isipadu susunya
tetap sama. Hal ini menunjukkan, kanak-kanak tersebut telah menguasai konsep
kebalikan (reversibility). Kanak- kanak tidak lagi bersifat egosentrik dan berupaya
memisahkan diri dari sudut pandangan sendiri dan menerima pandangan orang lain.
Justeru itu, guru harus merancang aktiviti-aktiviti prososial seperti aktiviti berpasukan,
bekerjasama, bertolak ansur dan sebagainya.
Piaget juga menjalankan eksperimen yang menguji kebolehan kanak-kanak dalam
mengelaskan objek mengikut kategori dan subkategori. Beliau menunjukkan gambar
lima kuntum bunga yang berlainan warna untuk menguji sama ada kanak- kanak dapat
mengklasifikasikan bunga- bunga tersebut kepada kategori yang dikehendaki. Kanak-
7
kanak pada peringkat ini dapat menjawab dengan baik kerana mereka memiliki
keupayaan untuk mengaplikasikan penaakulan logikal dalam proses penyelesaian
masalah. Mereka juga mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi tetapi jangka masa
penumpuan yang singkat. Oleh itu, guru harus mengambil kira aspek ini dengan
menyediakan aktiviti- aktiviti yang tidak memerlukan tempoh masa yang lama.
2.4 PERINGKAT OPERASI FORMAL.
Akhir sekali, kanak- kanak pada peringkat operasi formal yang berumur 12 tahun
hingga dewasa pula berkemampuan untuk melakukan proses mental ke atas idea-
idea dan membuat andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka tidak lagi terikat
kepada bahan- bahan konkrit sebaliknya berkebolehan berfikir secara abstrak dan
membuat hipotesis walaupun kepada perkara yang bukan realiti. Contohnya, mereka
boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam sekitar di
dunia serta dapat menjangka perkara yang menimpa negara Malaysia pada masa
akan datang sekiranya masalah ini tidak diatasi. Dapat difahami bahawa, kebanyakan
remaja dan orang dewasa mampu menyelesaikan masalah melibatkan proses kognitif
yang kompleks seperti pemikiran abstrak, kebolehan membentuk hipotesis, pemikiran
sistematik dan deduktif yang melibatkan pertimbangan dua atau lebih variabel secara
serentak. Walaupun demikian, Sund (1976) berpendapat bukan semua dewasa
mencapai peringkat operasi formal. Piaget (1974) juga mengakui kebanyakan orang
mencapai tahap pemikiran formal dalam bidang kepakaran mereka sahaja.
Pada peringkat ini, guru perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk
meneroka kepelbagaian kemungkinan bagi menyelesaikan masalah. Perkongsian
idea atau pendapat daripada murid- murid akan menjadikan suasana pembelajaran
lebih menarik dan bermakna. Guru juga perlu menyediakan penggunaan bahan 3D,
model, carta dan rajah sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks di
samping memberi galakan kepada pemikiran yang konvergen, divergen, reflektif dan
metakognitif.
8
3.0 KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa, teori perkembangan kognitif kanak- kanak yang dikelola oleh
Piaget amat membantu guru dalam menyediakan serta mempelbagaikan teknik pembelajaran
yang sesuai dengan keadaan dan tahap perkembangan kanak- kanak. Teori Piaget telah
membuktikan bahawa, kanak- kanak memiliki tahap pemahaman yang berbeza pada umur
berbeza. Malah, pengetahuan kanak-kanak terbentuk melalui pengalaman yang
berkesinambungan serta bergantung kepada maklumat- maklumat yang didedahkan kepada
mereka sejak daripada awal usia. Menurut kajian Father Involvement, ibu bapa yang banyak
memberi hujah atau fakta kepada anak- anak mampu membina kecerdasan minda serta
pemikiran yang lebih kompleks. Justeru itu, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan
penting dalam membimbing kanak-kanak kerana mereka merupakan sumber transformasi
yang akan membawa perubahan kepada kegemilangan negara. Strategi atau teknik
pengajaran perlu dirombak kemudian disusun semula dengan berpandukan kepada teori
perkembangan kognitif tokoh terkemuka agar dapat meningkatkan prestasi pembelajaran
seterusnya melahirkan insan yang berdaya saing.
1506 patah perkataan.
9
Rujukan
Siti Aisyah Mu’min. (2013). Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Jurnal Al- Ta’dib, 6, Article
1. Muat turun pada Januari- Julai 2013, daripada
https://media.neliti.com/media/publications/235758-teori-perkembangan-kognitif-
jean-piaget-48cba26e.pdf.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2013). Siri Pendidikan Guru:
Perkembangan kanak-kanak. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Siri
Pendidikan Guru: Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim & Anisah Hashim. (2017). Siri Pendidikan Guru:
Pengantar pengajian professional. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hasnita Sawal. (2017, Oktober 10). Kajian Mendapati Anak Rapat Dengan Ayah Jadi Cerdik
Dan Berkeyakinan Bila Besar Nanti. Majalan Pa & Ma daripada
https://www.majalahpama.my/kajian-mendapati-anak-yang-rapat-dengan-ayah-akan-
membesar-sebagai-anak-yang-cerdik-dan-berkeyakinan-bila-besar-nanti-1/.
Izny Atikah. (2012). Teori Kognitif Jean Piaget. Muat turun pada Oktober 10, 2012 daripada
https://www.slideshare.net/iznyatikah/jean-piaget-13936190.
Muhammad Al Afzan Ali Hussin. (2018). Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-
Kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Muat turun pada Febuari 1, 2018
daripada https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/02/pengaplikasian-teori-
perkembangan.html.
10