E-FOLIO
TRAGEDI 13 MEI. KRONOLOGI DAN PENGAJARAN
MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAPAN
Di sediakan oleh:
NAMA NO PENDAFTARAN
MUHAMMAD ZIKRI BIN JURAIMI 23DLS21F2046
23DLS21F2040
RUBEENTIRAN A/L KUMAR 23DLS21F2008
LOGESWARI A/P JAYA MAREN
SESI II : 2021/2022
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN 2
KRONOLOGI 3
PUNCA-PUNCA TRAGEDI 13 MEI 4-6
KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI 7
PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 8-9
10
SUMBER DAN RUJUKAN
1
PENGENALAN
Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu
tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu
peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tetapi ia
berlaku kerana factor-factor dahulu yang menyebabkan
ia berlaku.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan
salah satu faktor yang turut menyumbang kepada
peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah
Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada
peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris
contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan
antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi
peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang
negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan
golongan bumiputera amnya.
2
KRONOLOGI
Selepas Pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama
Parti Tindakan Rakyat(DAP) dan Gerakan kemenangan yang
memberangsangkan.Walaupun Parti perikatan masih boleh membina
kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan
pilihan raya sebelumnya.Urutan pertistiwa ini sebenarnya bermula
dengan kempen pilihan raya yang kemudian,apabila diteruskan
menjadi semakin hangat sehinggan perbincangan tertumpu kepada
isu-isu perkauman dan peribadi individu-individu tertentu.DAP dan
GERAKAN mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan
12 Mei 1969.Perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh pada
9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam
pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.
UMNO berasa tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan
mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut.Datuk
Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor mengetuai peraraka
tersebut.Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera
terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan
kaum berlaku di kawasan tertentu dan jangka masa yang
terhad.Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling
sahaja(selangor).Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor
dadlah seramai 172 sehinggan 196 orang.Jumlah ini kemungkinan
lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka.Para
pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan
daripada berlaku lagi.Antara tindak balas yang diambil ialah
penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan, perintah
berkurung, mengawal berita-berita, radio dan televisyen, menapis
penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-
parti politik, dan mengharamkan kempen pilihan raya.(ketika ini
Sabah dan Sarawak belum melaksanakan pilihan raya peringkat
negeri).
3
PUNCA-PUNCA
TRAGEDI 13 MEI
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah
Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat
Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang
dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina.
2.Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah
dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila
sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum
merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum
iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan dan
Inggeris.Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum
yang tersendiri.Sekolah Melayu menekankan kemahiran
menulis,membaca dan megira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja.
4
3.Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep
pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang
berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara
kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi
kaum.Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-
bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-
kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah
sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi
masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu
tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang.
4.Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa
orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang
Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak
kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo
dalam bukunya“Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial
di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas
hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat
sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu
adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
5
5. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau
PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya .
Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee
Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya
itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah
meletak calonnya seramai sembilan orang.Bagaimanapun
setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka
PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar
corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-
orang Melayu.
6
KESAN-KESAN
PERISTIWA 13 MEI
Kesan politik zaman Inggeris ini telah
menyebabkan sistem masyarakat. Negara ini yang asalnya
sangat taat dan hidup di bawah pemerintah raja dan sultan
telah mengalami satu perubahan yang drastik.Kuasaan
raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya
menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negeri.
Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem
residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British
di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.Dengan adanya
sistem yang berbeza antara negeri,pemerintah percaya
bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang
mereka kerana tiada persefahaman.Inilah antara kesan
yang terpendam lam dalam diri masyarakat hingga
tercetusnya persitiwa hitam 13 Mei.
Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini
megurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan
pembesarnya perkara ini telah menyebabkan satu
perubahan besar dalam pentadbiran.Fungsi residen dan
penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil
alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-
pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati
Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai.
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem
ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di
Tanah Melayu.Sistem ekonomi tradisional yang
dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara
diri,penanaman padi,penangkapan ikan,dan penternakan
ladang. 7
PENGAJARAN
PERISTIWA 13 MEI
1969
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan
sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan
perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang
mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah
yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian
seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang
pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga
yang terlibat.
Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada
musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil
kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat
dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan
jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani
daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi
tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum
berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati
dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman
.Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan
kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di
tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga
dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan
negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing
Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara
kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya
mencerobohi bumi Arab ini .
8
Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita
pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar
perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk
dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang
berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman
dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama
lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa
sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur ,
bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti
berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di
antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum ,
agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka
Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada
kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti
hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan
penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain
yang tinggal di negara ini perlu menghormati
kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan
suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek
kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab
semua pihak.
9
SUMBER RUJUKAN
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/27800
http://cenangau.blogspot.com/2010/05/tragedi-13-mei-satu-
kronologi-yang.html?m=1
https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-
malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristiwa-13-
mei.html
10