The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zaki Omar, 2021-03-22 17:42:01

KERTAS KONSEP PROGRAM CABARAN CYBER PBB 2021-converted

KERTAS KONSEP PROGRAM CABARAN CYBER PBB 2021

KERTAS KONSEP

SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

(PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID-19)

ANJURAN:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGELOLA:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KPM

DAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

1

CABARAN SIBER PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Pendahuluan:

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta
mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di
pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa.

Cabaran Siber merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh KPM
dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk ahli-ahli pasukan
badan beruniform semasa dunia menghadapi Novel Coronavirus (Covid-19)
untuk memberi peluang kepada murid mempamerkan kemahiran teknologi
maklumat di samping membuat perkongsian kemahiran dan pengalaman
yang ada pada murid. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang
kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform
walaupun pelaksanaan aktiviti secara berpusat seperti perkhemahan, kursus,
dan sebagainya tidak dilaksanakan.

2

2.0 Objektif aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan
nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah;

2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang
dipelajari daripada guru dan jurulatih;

2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan
kemahiran pembelajaran teknologi maklumat; dan

2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti
ahli pasukan badan beruniform.

3.0 Pelaksanaan aktiviti

3.1 Cabaran Siber Pasukan Badan Beruniform dijalankan dalam dua (2)
peringkat iaitu Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan.
Pelaksanaan di peringkat negeri akan diuruskan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) manakala program Peringkat Kebangsaan
akan dikelolakan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
KPM

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut:

a. Peringkat Negeri - 15 Mac hingga 21 April 2021

b. Peringkat Kebangsaan - 5 Mei hingga 12 Mei 2021

3

3.3 Pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori iaitu:
a. Sekolah Rendah
b. Sekolah Menengah

3.4 Pertandingan ini melibatkan acara individu sahaja. Tiada acara
berkumpulan dijalankan.

3.5 Peserta pertandingan dikehendaki melaksanakan hanya satu (1)
daripada acara berikut:

a. Acara 1 - Pertandingan Foto Personel Pasukan Badan
Beruniform Sekolah Rendah dan
Pertandingan Video Personel Pasukan
Badan Beruniform Sekolah Menengah.

i. Pertandingan Foto Personel Pasukan Badan Beruniform
Sekolah Rendah
Dalam pertandingan ini, ahli pasukan badan beruniform
Sekolah Rendah dikehendaki membuat album foto personel
menggunakan teknologi dan aplikasi yang sesuai dengan
memasukkan gambar-gambar berkaitan pasukan badan
beruniform seperti sejarah ringkas penubuhan persatuan /
pasukan, contoh penglibatan peserta dalam aktiviti
persatuan / pasukan pencapaian yang dicapai oleh peserta
sepanjang menjadi ahli pasukan badan beruniform dan
sebagainya.
Durasi masa – tidak melebihi 2 minit

4

ii. Pertandingan Video Personel Pasukan Badan Beruniform
Sekolah Menengah
Ahli pasukan badan beruniform dikehendaki membuat
rakaman video berserta gambar berkaitan pasukan /
persatuan seperti sejarah ringkas penubuhan pasukan /
persatuan, contoh penglibatan peserta dalam aktiviti
pasukan / persatuan, pencapaian yang dicapai oleh peserta
sepanjang menjadi ahli pasukan / persatuan dan
sebagainya.
Durasi masa – tidak melebihi 2 minit.

b. Acara 2 - Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

i. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Pasukan Badan
Beruniform Sekolah Rendah.
Peserta dikehendaki membuat rakaman video nyanyian
lagu patriotik Bahasa Melayu menggunakan minus one.
Nyanyian sambil bermain alat muzik atau diiringi oleh
kugiran adalah tidak dibenarkan.
Rakaman video hendaklah berterusan dan tidak boleh
diedit atau disunting.
Peserta dikehendaki memakai uniform pasukan badan
beruniform (lengkap atau separa lengkap).
Durasi masa - tidak melebihi 6 minit.

5

ii. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Pasukan Badan
Beruniform Sekolah Menengah.
Peserta dikehendaki membuat rakaman video nyanyian
lagu patriotik Bahasa Melayu menggunakan minus one.
Nyanyaian sambil bermain alat muzik atau diiringi oleh
kugiran adalah tidak dibenarkan.
Rakaman video hendaklah berterusan dan tidak boleh
diedit atau disunting.
Peserta dikehendaki memakai uniform pasukan badan
beruniform masing-masing (lengkap atau separa lengkap).
Durasi masa - tidak melebihi 6 minit.

iii. Senarai lagu Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah dan
Menengah ialah:
➢ Warisan
➢ Bahtera Merdeka
➢ Ilham Pujangga
➢ Perwira
➢ Fikirkan Boleh
➢ Sejahtera Malaysia
➢ Si Baju Hijau
➢ Inilah Barisan Kita

6

3.6 Penghantaran bahan pertandingan.

a. Pertandingan Peringkat Negeri
Peserta dikehendaki memuat naik bahan penyertaan ke Youtube
dan menghantar pautan (link) ke aplikasi google form yang
disediakan oleh JPN masing-masing sebelum atau pada 21
April 2021.

b. Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Peserta yang terpilih di peringkat negeri layak untuk
dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Peserta yang terpilih
tersebut akan menghantar pautan (link) Youtube berkenaan
melalui JPN masing-masing ke alamat yang disediakan oleh KPM
sebelum atau pada 12 Mei 2021.

4.0 Bilangan penyertaan ke pertandingan Peringkat Kebangsaan bagi
setiap negeri adalah seperti berikut:

4.1 Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah
Acara 1 - 20 penyertaan bagi setiap negeri
Acara 2 - 20 penyertaan bagi setiap negeri

4.2 Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah
Acara 1 - 20 penyertaan bagi setiap negeri
Acara 2 - 20 penyertaan bagi setiap negeri

7

5.0 Aspek penilaian
5.1 Pertandingan Foto Personel Pasukan Badan Sekolah Sekolah Rendah
dan Video Personel Pasukan Badan Sekolah Sekolah Menengah.

Bil Item / Perkara Markah
a. Kandungan (pendahuluan, sejarah 60 markah

penubuhan, aktiviti, kejayaan 10 markah
b. Kesesuaian muzik latar 10 markah
c. Kualiti audio visual 10 markah
d. Kreativiti 10 markah
e. Durasi (1 – 2 minit) 100 markah

JUMLAH

5.2 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Pasukan Badan Sekolah
Sekolah Rendah dan Pasukan Badan Sekolah Sekolah Menengah.

Bil Item / Perkara Markah
a. Suara 60 markah
b. Tempo 10 markah
c. Diksi 10 markah
d. Kreativiti 10 markah
e. Penghayatan 10 markah
f. Gaya persembahan 10 markah
g. Pakaian (uniform) 10 markah
h. Video diedit atau disunting (tolak 30 markah)

6.0 Panel penilai.
Panel penilai akan dilantik oleh pihak KPM untuk menilai hasil aktiviti murid
mana JPN Peringkat Negeri.

8

7.0 Pemenang.
Sijil penyertaan dan pencapaian peringkat negeri akan disediakan oleh JPN
masing-masing. Sijil Penyertaan dan Pencapaian Peringkat Kebangsaan
akan dikeluarkan oleh pihak KPM melalui JPN masing-masing.

8.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi

Encik Sudirman bin Sinti
Penolong pengarah
Unit Bakat
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
019-8325348 / 088-537010

Encik Mohd Rizal bin Ramelin
Penolong pengarah
Unit Bakat
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
013-4644644 / 088-537010

9.0 Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli
Pasukan Badan Sekolah Sekolah Rendah dan Pasukan Badan Sekolah
Sekolah Menengah untuk terus mempamerkan kebolehan dan
kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran

9

pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan oleh pihak kerjaaan bagi menangani penularan Novel
Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam pertandingan ini juga
akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran
tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping berkongsi
kemahiran dan bakat yang ada pada mereka.

10


Click to View FlipBook Version