HAK CIPTA TERPELIHARAMenciplak hasil idea buku tanpa pengetahuanitu dianggap merompak hak penulis danHARAM DI SISI AGAMA. Begitu juga jikaia dijual tanpa izin penerbit. Tindakanakandiambil sekiranya ia berlaku. Bahagian penerbitan ini tidak bolehdicipta semula atau diedarkan dalamapa juabentuk dan format tanpa kebenaran bertulisdari pihak penerbitan. Tiada jaminan bahawa kandungandanmaklumat dalam buku ini adalah sesuai untuksemua orang pada setiap masa keranakesesuaiannya mungkin boleh berubahdari semasa ke semasa. Namun penulis sedayaupaya akan memastikan kandungan penulisanini tepat dan sesuai semasa ia ditulis.
PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah SWTkerana dengan izin serta limpahnya dapat menyiapkansebuah Buku Sastera Rakyat dalammasa yangditetapkan. Oleh itu, melalui pengalaman penghasilanbuku ini mampu menjadi panduan kepada saya untukmencipta buku ini dengan lebih baik. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkanjutaan terima kasih kepada pensyarah SejarahKesusasteraan Melayu, Cik Fatin Najla Binti Omar yang banyak membantu dan banyak memberi semangat semasa menyiapkan buku sastera rakyat ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasihkepada informen-informen kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk mencari input-input tentangbuku sastera rakyat yang saya hasilkan. Seterusnya, tidak lupa juga saya ucapkan terima kasihkepada rakan-rakan seperjuangan yang banyakmembantu dan memberikan idea-idea tentangpenghasilan buku sastera rakyat. Akhir kata, dengan terhasilnya buku sasterarakyat ini sedikit sebanyak mampu memberikanpengajaran serta memberikan inspirasi kepadapembaca.
PRAKATA Buku ini berjudul Sastera Rakyat Sarawak. Dalambuku sastera rakyat ini mempunyai dua buah ceritayang berbeza namun dari daerah yang sama iaituDaerah Kabong. Tajuk sastera rakyat ini adalahDi Sebalik Adiwarna Zaiton dan Misteri Adik Syahada. Maklumat-maklumat yang terperinci tentang jalancerita buku sastera rakyat yang dihasilkan adalahdari informen-informen yang telah lama menetapdi daerah tersebut. Dalam buku sastera rakyat ini mempunyai dua bab dan setiap bab mempunyai subtopik yangberbeza. Pada bab yang pertama iaitu cerita tentangDi Sebalik Adiwarna Zaiton. Dalamcerita tersebut mengisahkan tentang kehidupan seorang wanitayang cantik tetapi di sebalik kecantikkannya adasesuatu yang penduduk tidak ketahui. Seterusnya, dalam bab yang kedua adalah bertajukMisteri Adik Syahada. Dalam cerita tersebut adalahmengisahkan tentang kehilangan seorang budakyang kurang upaya. Sehingga hari ini budaktersebut belum dijumpai dan menjadi tanda tanyakepada penduduk kampung.
Isi Kandungan Hak Cipta Terpelihara...........................i Penghargaan......................................... ii Prakata.................................................iii Isi Kandungan..................................... ivCerita 1: Di Sebalik Adiwarna Zaiton. 1Cerita 2 : Misteri Adik Syahada.........24Nilai Dan Pengajaran......................... 43Informan............................................. 44Biodata Penulis...................................45
Pada zaman dahulu kala, ada sebuah ceritamitos di sebuah daerah Sarawak. Cerita ini mengisahkan tentang Zaiton yang berusia 37tahun memiliki wajah yang sangat hodohmenyebabkan penduduk kampung memandangrendah terhadapnya. Kehidupan Zaiton ibaratsudah jatuh ditimpa tangga kerana setelahkehilangan kedua ibu bapanya wajahnyakelihatan hodoh dan hanya bergantung nasibdengan ibu saudaranya iaitu Mak Timah. Setiaphari Zaiton kelihatan sayu melihat wajahnyayang sering diperli oleh penduduk kampung. Pelbagai produk dan cara untuk memulihkanwajah yang Zaiton gunakan namun semuanyamembuat muka Zaiton menjadi lebih teruk. Walaupun demikian, Zaiton tetap gagahmembantu Mak Timah menjual nasi lemakdi sebuah warung kecil kerana disitulahtempatnya mencari rezeki.
Seusai azan subuh berkumandang, Zaitondan Mak Timah bersedia pergi ke warunguntuk berniaga. Penduduk kampungmulamembeli nasi lemak yang dijual olehmereka berdua. Namun secara tiba-tibaada seorang wanita kampung yang lantangbersuara tersebut berkata “Entah-entahnasi lemak ni kau letak racun untukhodohkan muka kami juga”. Zaiton terusterdiam dengan lontaran yang sangatmenyakitkan hati Zaiton dan Mak Timahmenjawab “Amboi mulut, belumlagi pelanggan mati membeli nasi lemak kami”. Setelah habis nasi lemak yang dijual, Zaiton dan Mak Timah bergegas balikkerumah.
Setibanya di rumah Zaiton terus menangismengenang nasib diri dan Mak Timahturutbersimpati terhadap nasib Zaiton. MakTimah terus berfikir macammana diahendak membantu anak saudaranya untukmemulihkan wajahnya dan Mak Timahterusteringat akan seorang nenek yang tinggal di hujung kampung. Tanpa berfikir panjangMak Timah terus memberitahu kepadaZaiton bahawa nenek tersebut bolehmemulihkan mukanya menjadi lebih cantik. Zaiton mulanya tidak mahu lagi untukmemulihkan mukanya kerana trauma atasusaha yang dilakukan sebelumini yangtidak membuahkan hasil. Namun Zaitontetap mencuba untuk berjumpa dengannenek itu untuk memulihkan wajahnya.
Pada keesokkan harinya, setelahselesai berniaga di warungZaitonterus pergi ke rumahnenektersebut. Perjalanan kerumahnenek tersebut mengambil masayang lama namun Zaiton beranikandiri keseorangan untuk kerumahnenek tersebut. Setibanyadi rumah nenek tersebut Zaitonterus memberitahu hajatnyakenapa hendak berjumpa dengannenek tersebut.
“Saya selalu diperli oleh pendudukkampung disebabkan wajah yangsebegini” kata Zaiton kepada nenektersebut. Nenek memberitahu Zaiton“Kalau kau mahu cantik kau banyakpantang larang”. Zaiton terus tertanya-tanya apa yang digunakan untukmencantikkan wajah namun nenekitumasih berkias-kias kepada Zaiton. “nak, kau perlu gunakan susuk untukmencantikkan wajahmu tapi banyakpantang larang yang harus kau patuhi”. Tanpa terburu-buru Zaiton memujuknenek tersebut untuk pulihkan wajahnyadan nenek itu terus memasukkan sesuatuke dalam tubuh Zaiton.
Zaiton terkejut melihatwajahnya pada pagi tersebutkerana sudah sembuhdanmenjerit-jerit memanggil MakTimah untuk melihat wajahnya. Zaiton sangat berterimakasihkepada Mak Timah keranatelahmembantu mencari seseoranguntuk memulihkan wajahnya. Mak Timah berpesansupayajangan sombong apabila memiliki wajah yang cantik.
Setelah itu, Zaiton danMakTimah seperti biasa akankewarung menjual nasi lemak. Penduduk kampung terpegunmelihat wajah Zaitonyangcantik dan ada jugayangbertanya apa rahsiakecantikkannya. Zaitonhanyamampu tersenyumkeranadiatahu perbuatan tersebut adalahsalah.
Seorang lelaki membeli nasi lemakdi warung dan terus jatuh cinta melihatwajah Zaiton. Hampir setiaphari lelaki tersebut membeli nasi lemakdi warung Zaiton dan melontarkankata-kata manis membuatkan Zaitonjatuhhati juga kepadanya. Setelahbeberapa minggu lelaki tersebutberhasrat untuk bernikah dengannya. Namun Mak Timah melarang Zaitonuntuk berkahwin kerana lelaki tersebut berkahwin atas dasarkecantikkan yang ada pada Zaitonsahaja. Zaiton tetap berdegil danmengambil keputusan untuk berkahwindengan lelaki itu.
Beberapa bulan kemudian, Zaiton telah mendirikanrumahtangganya dan MakTimahterpaksa bersetuju denganperbuatan Zaiton itu. Di awal perkahwinan, kehidupanZaitondan Azman sangat bahagiadanmereka dikhabarkan denganberita gembira iaituZaitonmengandung.
Setelah itu, ketika Azman balikdari kerja dia membeli satay untukdimakan di rumah. Tanpa disedari Zaiton telah pun makan satayyangdibeli oleh Azman. Zaiton berasalainpada tubuhnya setelah makansataytersebut dan Azman terkejutmelihat wajah Zaiton yang berubahmenjadi buruk. Azman syak bahawaZaiton menggunakan susuk.
Zaiton terus menangisdanmemberitahu perkara yangbetul kepada Azman. Azman berasadikhianati kerana selama ini diahidup dengan penuh kepuraan. Tanpa terburu-buru Azmanmenceraikan Zaiton. azmanterusmenyebarkan kepada pendudukkampung bahawa Zaitonmenggunakan susuk untukmencantikkan wajahnya. HidupZaiton menjadi gelap dan kembali ke rumah Mak Timah.
Beberapa bulan setelahZaitonmelahirkan anaknya, Zaitonseperti manusia yang kemurungankerana asyik memikirkanbekassuaminya dan keadaan mukanyayang semakin buruk. Zaitonasyikterkurung dalambilik danMakTimah telah membuat keputusanuntuk memberikan anakZaitonkepada orang lain kerana merekatidak mampu untuk menjagaanakkecil tersebut sebaik mungkin.
Setelah Zaiton mengetahui perbuatan Mak Timah, dia menjadi lebih murung dan selalu berkhayal sendirian. Mak Timah berasamenyesal atas perbuatannyayangmemberi cadangan kepada Zaitonuntuk menggunakan susukuntukkecantikkan diri. Mak Timahsedayaupaya memulihkan Zaiton namuntidak dapat lagi diubati keranatahapkemurungan dia menjadi lebihterukdan hingga ke akhir hanyatnyaZaiton telah dijaga oleh MakTimah.
Pada waktu itu, sewaktu senjahampir melabuhkan tirai terdapatkisah mitos di sebuah daerah. Ketikaitu, di sebuah kampung pedalamaniaitu di kampung Kabongtelahmengalami air pasang besardi sebuah laut. Fenomena itu memangmenjadi kebiasaan pendudukkampung pada setiap hujungtahun. Syahada merupakan kanak-kanakyang dikatogerikan sebagai orangkurang upaya (OKU). Dia merupakananak yang sangat nakal dansukardikawal oleh Mak Senah danPakHamid iaitu kedua ibu bapanya.
Pada suatu pagi, Mak SenahdanPakHamid pergi ke kebun untuk mencari rezeki. Mereka memberi sepenuhtanggungjawab kepada anaksulungnya iaitu Aiman untuk menjagaSyahada. Aiman selalunyabertanggungjawab untuk menjagaadiknya apabila ibu bapanyapergi bekerja, namun pada ketikaitu, Aiman lalai dalam menjaga adiknyakerana terleka menonton televisyendan mendapati adiknya telahtiadadari rumah. Aiman dengan penuhketakutan terus mencari di manakeberadaan adiknya.
Puas Aiman mencari di seluruhkampung namun tidak dijumpai. Setelah itu, Aiman terhenti kesebuah laut yang berhampirandengan kampungnya keranamelihat penduduk kampungterlaluramai berkumpul di tempatitu. Aiman tanpa segan siluterusbertanya apa yang sedangberlaku. Penduduk kampung terusmemberitahu bahawa adabudakkecil telah jatuh di sungai tersebut.
Pak Samad menjadi saksi bahawabudak itu telah memancingmenggunakan botol yang digulungoleh benang. Sekelip mataPakSamad memandang budakituterus hilang dari pandangannya. Pak Samad bergegas pergi kehujung laut tersebut danmelihathanya sepasang selipar danbotol pancing itu sahaja yang tinggal. Pak Samad terus menjerit-jeritmemanggil penduduk kampung.
Aiman masih tertanya-tanya siapa yangterjatuh di sungai itu dan Aiman melihatselipar itu adalah seperti milik adiknya. Untuk mendapatkan kepastian Aiman tetapjuga mencari adiknya di kampung-kampungnamun tidak dijumpai. Aiman terus kelautitu semula dan melihat semua pendudukkampung menggunakan perahu untukmencari budak tersebut. Pendudukkampung masih tercari-cari siapa yangadakehilangan anak ataupun adik di kampungitu. Aiman dengan penuh sayu memberitahubahawa adiknya dari tadi tidak dijumpai olehnya. Ketika itu Mak Senah danPakHamid belum mengetahui tentangkehilangan anaknya.
Setelah Mak Senah danPakHamid balik dari kebun, Aimanyang begitu takut terusmemberitahu kepada ibu bapanyabahawa Syahada telahhilangbelum dijumpai. Aimanmemberitahu lagi kemungkinanadiknya yang terjatuhdi lautketika air pasang besar. MakSenah dan Pak Hamidterusterduduk apabila mendengarkhabar sebegitu
Tanpa membuang masa, merekabergegas pergi ke laut tersebut. Penduduk kampung masih berusahadalam membantu mereka mencari Syahada. Penduduk kampungbercerita kepada Pak HamiddanMak Senah bahawa anaknya sekelipmata hilang dari penglihatanPakSamad. Luluh hati merekamendengar cerita penduduk kampungtersebut dan mereka tidakmahumenyalahkan Aiman kerana merekaberanggapan ini adalahujianhidupnya.
Jam menunjukkan lewat malam, operasi pencarian adik Syahadaterhenti dan disambungkan padahari seterusnya. Ibu bapa Syahadamembuat laporan polis sementarapenduduk kampung membantudalammencari adik Syahada di sungai yangsama. Hari kedua pencarian tersebutmelum menunjukkan apa-apasebarang kesan tentang kehilanganadik Syahada namun semua pendudukkampung bertekad untukmeneruskan pencarian adik Syahada.
Semasa hari kedua pencarianadikSyahada, pihak polis dan bombaturunpadang untuk bersama-sama mencari adik Syahada. Aiman begitu sesal dengan perbuatannya mengabaikanadiknya semalam, namun Aimantetapbersemangat untuk mencari adiknyatersebut sementara Mak Senahkelihatan pucat memikirkan bagaimanakeadaan anaknya itu. Pak Hamidmenggunakan perahu pendudukkampung untuk mencari anaknya. Beberapa jam kemudian polismemberitahu bahawa mereka tidakdapat mengesan tentang kehilanganadik Syahada.
Semasa hari ketiga pencarian, pihakpolis dan bomba terus membantu. Penduduk kampung juga berusahadanada juga yang melaungkan azan di lauttersebut. Kepercayaan pendudukkampung tersebut masih percayakepada nenek moyang terdahulukerana banyak penduduk membuatandaian bahawa adik tersebut disorokoleh makhluk halus dan adayangberandaian bahawa adik tersebuttelah ditelan oleh buaya. Namunmereka tetap untuk mencari adikSyahada. Mak Senah dan PakHamidkelihatan tidak tidur semalamankerana memikirkan anaknya.
Beberapa hari kemudian, operasi mencari kehilangan adik Syahadamasih diteruskan namun hinggahari ke 12 semua pihak tidak dapatmengenal pasti dan mengesansebarang bukti tentang kehilangantersebut. Pihak polis dan bombaterpaksa memberhentikan pencariantersebut dan pihak polis memberitahubahawa kalau adik Syahada hilangdi laut sudah tentu bangkainya dijumpai terapung dilaut setelah tigaatauempat hari. Tetapi pencarian di lauttidak menunjukkan sebarangbukti yang menunjukkan adik tersebuthilang di dasar laut.
Mak Senah dan PakHamidhanya mampu terdiammendengar apa yang dikatakanoleh pihak tersebut. Merekaredha dengan kepergiananaknyanamun begitu merekamasihtertanya tanya dimana anaknyaberada. Seluruh pendudukkampung berasa begitusedihdan menjadi misteri dimanakahkehilangan adik Syahada.
Mak Senah dan PakHamidmengucapkan jutaan terimakasih kepada pendudukkampungkerana banyak membantumereka dalammencari anaknya. Aiman juga berasa bersalahmelihat ibu bapanya yangsedihdisebabkan kehilangananakbongsunya. Aiman memelukibubapanya dan meminta maafataskelalaian yang dilakukan.