The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00413313, 2022-04-28 01:32:25

BULETIN 1

BULETIN 1

UUnit HHEEMM EEddisisiiFFEEBBRRUUAARRI-IA-APPRRILIL22002222

Diterbitkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SMKDO

FEBRUARI

MAJLIS BACAAN YAASIN & PROGRAM SUMUR
(Setiap Minggu - Jumaat)

Program ini dijalankan pada setiap minggu secara berasingan,
mengikut fahaman agama dan kepercayaan masing-masing
bagi melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji serta

sentiasa berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan
mempraktikkan amalan yang baik dalam kehidupan harian.

Editor: S.U HEM

Majlis tahunan yang diadakan,
sebagai tanda penghargaan
kepada semua badan-badan khas
sekolah, khususnya murid-murid
Tingkatan 5 yang bakal
meninggalkan alam persekolahan
tidak lama kemudian.

Seramai 393 orang murid Editor: S.U HEM
Tingkatan 1 hingga 4 telah
layak menerima Bantuan
Awal Persekolahan (BAP).
Bantuan diagihkan terus
kepada ibu bapa dan murid
dengan memastikan SOP

terus dipatuhi.

Pendaftaran dan penempatan murid-murid Tingkatan 1 &
Peralihan telah dilaksanakan oleh beberapa orang guru sesi
petang dan dibantu oleh AKP sekolah, bertempat di Makmal

Kimia SMKDO.

MAC

Program yang dilaksanakan
secara maya oleh pihak sekolah
sebagai sesi suai kenal murid
dengan persekitaran sekolah,
barisan pentadbir dan guru-guru
SMK Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Murid juga didedahkan dengan
peraturan asas sekolah serta
jadual sesi persekolahan SMK
Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Editor: S.U HEM

Seramai 50 orang murid telah
terpilih untuk menerima bantuan
yang berupa barang keperluan
sekolah, sumbangan dari beberapa

pihak.

SMKDO kehilangan 3 orang guru
yang sangat berpengalaman dan

sangat berdedikasi.
Ustazah Faridah merupakan
seorang guru bersifat keibuan dan

disenangi oleh semua murid.
En. Ravinthiran yang

merupakan Ketua Guru Disiplin
dan sangat disayangi oleh
kebanyakan murid.

Cikgu Nadia yang penuh dengan
ketegasan dalam kelembutan.

Semoga kalian terus maju jaya di sekolah baharu dan
dikurniakan kesihatan yang baik.

Editor: S.U HEM

APRIL

Merupakan jalinan mantap antara Kementerian
Pendidikan Malaysi (KPM) dan Polis Di Raja Malaysia
(PDRM) dalam usaha membendung kejadian jenayah dan
sewajarnya memberi impak yang positif dalam kalangan
murid samada di dalam mahupun di luar Kawasan sekolah.

Editor: S.U HEM

SMK Dato’ Onn telah dipilih

untuk kesekian kalinya

teribat secara langsung
dalam Program For
International Student

Assessment (PISA).Program
ini mensasarkan murid

Tingkatan 4, dan berada di

bawah seliaan

Pn. Ong Ooi Leng.

Program ini dilaksanakan
pada setiap kali bulan

Ramadhan bagi memupuk
semangat dalam diri murid
dan warga SMKDO untuk

manfaatkan segala
keistimewaan serta
kemuliaan Bulan
Ramadhan Kareem.

Editor: S.U HEM

Program ini dijalankan dengan
Kerjasama Unit Kokurikulum

dalam usaha menghayati
keistimewaan dan

melaksanakan Program Tadarus
Al Quran bagi murid islam, di
sepanjang Bulan Ramadhan
Kareem.

Aktiviti khas telah dirancang
oleh Unit Bimbingan dan

Kaunseling bagi murid yang
bukan Islam.

Editor: S.U HEM

Memantapkan disiplin
murid-murid melalui
pembentukan sahsiah
yang unggul bermula
dari rebungnya iaitu
rumah dah sekolah.

Editor: S.U HEM

Menyelusuri kejayaan yang unggul berkat kerjasama
guru dan ibu bapa. Kejayaan tidak datang bergolek

tanpa usaha yang berterusan.

Editor: S.U HEM

Ilmu kunci kejayaan
yang utama. Program

Nilam dan dekad
Membaca dilaksanakan
untuk memperluaskan

ilmu pengetahuan
melalui pembacaan.

Editor: S.U HEM

Pelaksanaan “JOM BACA SELAMA 10 MINIT” bertujuan
untuk mendorong guru-guru dan murid-murid untuk
membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit

sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap
kepentingan membaca dalam kehidupan.

Editor: S.U HEM

Bulan Ramadan
bulan yang penuh
dengan keberkatan
dan pengampunan.

Majlis khatam Al-quran, berbuka puasa dan solat
terawih diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan
bersama-sama mengejar keberkatan di bulan Ramadan.

Editor: S.U HEM


Click to View FlipBook Version