The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jjazura, 2022-05-17 21:01:17

Paperwork Merentas Desa SEGAYA 2022 (1)

Paperwork Merentas Desa SEGAYA 2022 (1)

KERTAS KERJA
KEJOHANAN MERENTAS DESA

SK KETENGAH JAYA II
2022

12 MEI 2022

KEJOHANAN MERENTAS DESA
SK KETENGAH JAYA II 2022

LATAR BELAKANG
Kejohanan Merentas Desa SK Ketengah Jaya II merupakan acara tahunan yang
dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat
Daerah dan juga Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Kejohanan ini akan melibatkan semua
murid Tahap 1 dan 2 iaitu murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Melalui acara inilah bakat murid-
murid dalam bidang sukan olahraga akan dapat dicungkil dan dididik supaya mampu
bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

RASIONAL
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang
cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan
yang seimbang dan harmonis serta menghargai alam sekitar. Program ini juga turut
melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif
dalam bidang sukan selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah
program 1 murid 1 sukan.

MATLAMAT
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang
sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan
mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid untuk
Kejohanan Merentas Desa MSSD Dungun yang akan datang.

OBJEKTIF

• Memenuhi keperluan takwim sekolah selaras dengan pertandingan merentas desa
peringkat daerah.

• Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya
tahan murid.

• Guru dapat mengenal pasti potensi murid yang berbakat dalam bidang sukan
• Memastikan murid –murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,

rohani, emosi dan intelektual.

NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Merentas Desa SK Ketengah Jaya II 2022

TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 12 Mei 2022

Hari : Khamis

Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : SK Ketengah Jaya II

KUMPULAN SASARAN
TAHAP 1 – Murid Tahun 1,2 dan 3
TAHAP 2 – Murid Tahun 4,5 dan 6

PETA LARIAN
Rujuk Lampiran

JADUAL LATIHAN MERENTAS DESA
Rujuk Lampiran

PENGENALAN RUMAH SUKAN

RUMAH SUKAN NO. PESERTA
BIRU
L12,
MERAH P12,
HIJAU L9,
KUNING P9
(Mengikut warna rumah sukan)

KATEGORI DIPERTANDINGKAN

L9 L12 P9 P12
Bawah 9 tahun Bawah 12 tahun Bawah 9 tahun Bawah 12 tahun

MATA PERTANDINGAN

12 3 4 5 - 10 Penyertaan
6 mata 4 mata 2 mata 1 mata
10 mata 8 mata

JAWATANKUASA INDUK
KEJOHANAN MERENTAS DESA

SK KETENGAH JAYA II 2022

Pengerusi : Pn. Sharifah bt. Che Ali (Guru Besar)

N/Pengerusi : En. Ezzuan bin Ahmad (PK Kokurikulum)

Pn. Noor Hayati bt Muhammad (PK Pentadbiran)

Pn. Zanariah bt. Nawawi (PK HEM)

En. Aminudin bin Deraman (PK Pendidikan Khas)

Setiausaha : En. Izzat Iskandar bin Farisa

N/Setiausaha : En. Muhammad Alif Iqbal bin Mohd Noor

Bendahari : Pn. Hayati bt. Hashim

JAWATANKUASA KECIL
KEJOHANAN MERENTAS DESA

SK KETENGAH JAYA II 2022

Pelepas/ Jemputan Jurulatih Senaman
1. En. Izzat Iskandar bin Farisa
1. Pn. Sharifah bt. Che Ali

2. Pn. Noor Hayati bt Muhammad

2. Pn. Zanariah bt. Nawawi

4. En. Ezzuan bin Ahmad

5. En. Aminudin bin Deraman

Hakim Penamat/ Pengurus Pemenang Pencatat/ Statistik

1. Pn. Zakiyah bt Ibrahim (L12) 1. Pn. Suria bt Muhammad (L12)

2. Pn. Hjh Jamaliah bt Abdullah (P12) 2. Pn. Zailiana Safira bt Safie (P12)

3. Pn. Norihan bt Jusoh (L9) 3. Pn. Nik Norhafizah bt Nik Omar (L9)

4. Pn. Norazlina bt Deraman (P9) 4. Pn. Shahirul Aini bt Setapa (P9)

Pasukan Ronda & Keselamatan Pengurus Peserta

1. En. Ezzuan bin Ahmad (Ketua Marsyal) 1. Guru rumah Biru

2. En. Md. Lafizi bin Ab Lotib 2. Guru rumah Merah

3. En. Abdul Muhaimin bin Zubaidi 3. Guru rumah Kuning

4. En. Muhammad Alif Iqbal bin Mohd Noor 4. Guru rumah Hijau

5. Polis Ketengah Jaya

Hadiah Juruacara

1. Pn. Ruzina@Nor Farhana bt Abd Ghani 1. En. Mohamad Hairuddin bin Abdullah

2. Pn. Wan Noor Alyani bt Wan Hassan Ghani

3. Pn. Siti Suhaiza bt Wahab

Persiapan / Teknik PA Sistem/ Persiapan Dewan

1. En. Izzat Iskandar bin Farisa 1. Pn. Nurul Hidayah bt Omar

2. En. Mohamad Islam Muddin bin 2. Pn. Noor Hanani bt Ali

Horam@Hasran

3. En. Muhammad Alif Iqbal bin Mohd Noor

Check Point 1 / Lalulintas Buku Program

1. Cik Hasliza bt M. Deris 1. Pn. Jazura bt Mohd Jahari

2. Pn. Fatimah Murni bt. Jusoh 2. Cik Nurul Amaliena bt Hamzah

Check Point 2/ Lalulintas Disiplin/ Kawalan Murid

1. Pn. Azma bt Ismail 1. En. Muhammad Alif Iqbal bin Mohd

2. Pn. Noor Azreen bt Abdullah Noor

2. Cik Hasliza bt M. Deris

3. Pn. Norihan bt Jusoh

4. Semua guru

Check Point 3/ Lalulintas Keselamatan/ Kecemasan

1. Pn. Nor Suhada bt Ab. Manaf 1. En. Mohamad bin Mat Yis

2. Pn. Noor Hayati bt Ismail 2. Pn. Norhawa Hanim bt Mohd Borham

3. Pengawal Keselamatan Sekolah

4. Klinik Kesihatan Ketengah Jaya

Check Point 4/ Lalulintas Dokumentasi

1. Pn. Nur Zuriani bt. Che Supli@Ab Rahman 1. En. Mohd Khairul Hafiz bin Husin

2. Pn. Asmawati bt Mat 2. Pn. Kamariah bt Mohamad Noor

Check Point 5/ Lalulintas

1. En. Mohamad Islam Muddin bin

Horam@Hasran

2. En. Mohamad bin Mat Yis

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan sekolah (Sukan Tahunan Sekolah)

ANGGARAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN JUMLAH
BIL PERKARA RM 5.50 x 40 RM 220.00
1 Hadiah (pingat) RM 2.50 x 256 RM 640.00
2 Roti & Air minuman RM 11.80 x 4 RM 47.20
3 Airhorn RM 2.00 x 40 RM 80.00
4 Botol Air (Cenderamata) RM50 x 1 RM50.00
5 Peti Kecemasan RM 1037.20

JUMLAH BESAR

RUMUSAN
Kejohanan merentas desa peringkat sekolah diadakan adalah untuk mencungkil bakat
pelajar untuk diketengahkan ke peringkat daerah. Secara tidak langsung, ia akan memupuk
sikap berdaya saing dalam kalangan pelajar untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam
setiap pertandingan yang disertai. Para pelajar juga akan menjadi lebih cergas serta
mempunyai tubuh badan yang sihat. Ini juga akan membantu pelajar memperoleh
keputusan yang lebih cemerlang dalam pelajaran kerana otak yang cerdas lahir dari badan
yang cergas.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………………. …………………….
(EN. IZZAT ISKANDAR BIN FARISA) (EN. EZZUAN BIN AHMAD)
Setiausaha, GPK Kokurikulum,
Kejohanan Merentas Desa, SK Ketengah Jaya II
SK Ketengah Jaya II

Disahkan Oleh,

…………………….
(PN. SHARIFAH BT CHE ALI)
Guru Besar,
SK Ketengah Jaya II

TENTATIF KEJOHANAN

MERENTAS DESA SK KETENGAH JAYA II 2022

7.45 am - Pendaftaran pegawai & peserta

- Taklimat

8.00 am - Aktiviti senaman ’stretching’

- Taklimat Pegawai

- Pegawai mengambil tempat

Acara Kejohanan Merentas Desa Dimulakan

8.30 am - Peserta P9, L9

8.40 am - Peserta L12, P12

10.00 am - Rehat

10.30 am - Majlis Penyampaian Hadiah

12.00 am - Bersurai


Click to View FlipBook Version