The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Khairunnisa Baharudin, 2020-07-06 01:36:39

BUKU PANDUAN PELAJAR KKBT

BUKU PANDUAN PELAJAR KKBT

2020
2020

2020

CETAKAN PERTAMA 2020
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat,
sama ada dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian
Tinggi terlebih dahulu.
Diterbitkan Oleh :
Unit Kualiti,
Kolej Komuniti Bentong,
KM6, Karak Setia,
28600 Karak, Pahang
Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti Bentong Cetakan Pertama 2020

2020

2020

VISI

MENJADI PENERAJU INSTITUSI TVET YANG UNGGUL

MISI

1. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
2. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat
3. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
4. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan

MATLAMAT ORGANISASI

Menjadi institusi TVET yang cemerlang dan terbilang memenuhi kehendak industrI dan
komuniti menerusi warga kerja yang responsif dan mampan. Menghasilkan graduan TVET
yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan
negara

2020

2020

PENGENALAN

Kolej Komuniti Bentong (KKBT) telah ditubuhkan pada Mac 2003 dan beroperasi di premis
sementara di Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang. Pada Jun
2004, Kolej Komuniti Bentong telah berpindah ke kampus tetap yang terletak di Karak Setia,
Karak, Pahang. Punubuhan Kolej Komuniti Bentong adalah betujuan untuk merealisasikan
objektif penubuhan Kolej Komunti secara amnya dan seterusnya menyediakan perkhidmatan
yang telah dikhususkan kepada masyarakat daerah Bentong. Kolej Komuniti Bentong
ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan
dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat
pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus -kursus
pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga
kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan
sendiri. Secara keseluruhannya, KKBT kini menawarkan empat program Sijil iaitu
Pengoperasian Perniagaan, Teknologi Maklumat, Teknologi Elektrik dan Teknologi
Pembinaan Bangunan. Selain itu kursus-kursus pendek dalam pelbagai bidang turut
ditawarkan untuk seluruh warga komuniti Bentong khususnya dan warganegara Malaysia
amnya.

CARTA ORGANISASI

2020

2020

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENGENALAN

Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah
menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam
pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti berusaha
merancang dan mengadakan program Sijil Teknologi Maklumat bagi menghasilkan pelajar
yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang
mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat secara teori dan praktikal
bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut.
Selain itu, program ini juga menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai
suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga
mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri. Melalui
program ini juga, pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.

SINOPSIS

Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar
mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali
dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia
dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.Antara lain, program ini
dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan : 1.
Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan
keselamatan sosial. 2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan
reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem. 3. Pembangunan
aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek
pelajar

2020

2020

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat
yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang teknologi maklumat.
Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya
seperti :

1. Juruteknik Komputer
2. Pembantu Pengaturcara
3. Usahawan Teknologi Maklumat
4. Pembantu Tadbir

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES - PEO)

1. Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran
selari dengan keperluan semasa dan hasrat Negara

2. Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif dan kerja
berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.

3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan
baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab
sosial.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES - PLO)
(Rujuk 8 Domain Hasil Pembelajaran MQF)

Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh:
1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam
bidang yang berkaitan
2. Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah
3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam
mengaplikasi prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan
4. Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme dalam amalan yang mempunyai
prinsip etika dari aspek perundangan yang perlu dipatuhi

2020

2020

5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan
dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum

6. Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikal dan menggunakan teknik
yang sesuai dalam menyelesaikan masalah

7. Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan
maklumat untuk pembangunan akademik dan kerjaya

8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri – ciri keusahawanan dalam perspektif
yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar

2020

2020

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN

PENGENALAN

Pada masa kini, perkembangan teknologi yang pesat di dalam bidang industri telah
menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam
pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti berusaha
merancang dan mewujudkan program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan bagi
menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut.
Pelajar berpeluang mempelajari segala teknologi yang berkaitan secara praktikal bagi
memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam. Selain itu, program ini juga
menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam
pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran
insaniah sebagai persediaan untuk pasaran industri. Melalui program ini, pelajar secara tidak
langsung berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

SINOPSIS

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi
pembinaan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar akan diberi peluang
menerokai kerjaya di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan. Program ini
mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teori dan amali dengan mempraktikkan konsep
teknologi pembinaan.

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi pembinaan
bangunan untuk diimplimentasikan di dalam bidang kerjaya tersebut. Pengetahuan dan
kemahiran di dalam bidang ini membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut :

1. Juruteknik
2. Penyelia Tapak Bina
3. Pembantu Juruukur Bahan
4. Kerani Tapak
5. Kontraktor

2020

2020

6. Sub Kontraktor
7. Usahawan
8. Pembantu Pelukis Pelan
9. Juruteknik Operasi Kilang

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES - PEO)

1. Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran
selari dengan keperluan semasa dan hasrat Negara

2. Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif dan kerja
berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.

3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan
baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab
sosial.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES - PLO)
(rujuk 8 Domain Hasil Pembelajaran MQF)

Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh:

1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam
bidang yang berkaitan

2. Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah
3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam

mengaplikasi prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan
4. Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme dalam amalan yang mempunyai

prinsip etika dari aspek perundangan yang perlu dipatuhi
5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan

dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum
6. Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikal dan menggunakan teknik

yang sesuai dalam menyelesaikan masalah
7. Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan

maklumat untuk pembangunan akademik dan kerjaya

2020

2020

8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri–ciri keusahawanan dalam perspektif
yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar

2020

2020

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

PENGENALAN

Perkembangan teknologi dalam bidang elektrik telah menyumbang kepada permintaan yang
tinggi terhadap tenaga kerja separa mahir. Permintaan ini sekaligus mempengaruhi
peningkatan ekonomi negara yang menjadi penanda aras dalam menuju negara maju. Bagi
memenuhi permintaan ini, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mengorak langkah
menawarkan Program Sijil Pemasangan Elektrik. Penawaran program ini, dapat
mendedahkan pelajar kepada pembelajaran teori dan latihan amali yang mantap berkaitan
teknologi elektrik. Di samping itu, aktiviti Latihan Industri adalah bertujuan memastikan pelajar
merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Kursus-kursus yang berkaitan dengan peningkatan
kemahiran insaniah turut ditawarkan bagi merealisasikan pembentukkan akhlak yang terpuji.

SINOPSIS

Program Sijil Pemasangan Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan
pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program
ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan
amali. Program ini menawarkan modul teras dalam bidang Elektrik seperti Keselamatan dan
Peraturan Elektrik, Prinsip Elektrik, Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal, Motor Elektrik AT dan
AU Fasa Tunggal, Pendawaian Elektrik Tiga Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pendawaian
Elektrik Industri, Pengawal Logik Bolehaturcara (PLC) Pemasangan dan Penyelenggaraan
Elektrik Industri. Selain itu, program turut memberi pendedahan mengenai bidang Elektronik
melalui penawaran kursus Asas Elektronik dan Sistem Digital. Pelajar juga turut ditawarkan
kursus berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan
kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan
daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang
Teknologi Elektrik.

2020

2020

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pemasangan Elektrik
yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut :

1. Juruelektrik
2. Juruteknik Elektrik
3. Penolong Penyelia Elektrik
4. Usahawan

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL OBEJCTIVES - PEO)

Objektif Pendidikan Program Kolej Komuniti adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga
kerja yang:-

1. Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran
selari dengan keperluan semasa dan hasrat Negara.

2. Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif serta mengurus
maklumat dengan baik melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.

3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dengan
kumpulan berasaskan etika kerja serta tanggungjawab sosial.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES - PLO)

1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam
bidang yang berkaitan.

2. Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah.
3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam

mengaplikasi prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan.
4. Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme dalam amalan yang mempunyai

prinsip etika dari aspek perundangan yang perlu dipatuhi.
5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan

dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum.
6. Menunjukkan kemahiran pemikaran analitikal dan kritikal dan menggunakan teknik

yang sesuai dalam menyelesaikan masalah.
7. Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan

maklumat untuk pembangunan akademik dan kerjaya.

2020

2020

8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri-ciri keusahawanan dalam perspektif
yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar.

2020

2020

PROGRAM SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

PENGENALAN

Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah
menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam
pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti berusaha
merancang dan mengadakan program Sijil Pengoperasian Perniagaan bagi menghasilkan
pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang
mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan perakaunan, kewangan dan perniagaan
secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang
mendalam dalam bidang tersebut. Selain daripada itu, program ini turut menawarkan Latihan
Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja
kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan
pelajar untuk pasaran industri.

SINOPSIS

Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar
mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali
dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam
pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan dengan:

1. Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber dan seterusnya
menyediakan Laporan Kewangan berpandukan kitaran perakaunan yang lengkap.

2. Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata aliran tunai dengan
menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan
kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib dalam melaksanakan
tugasan.

3. Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran, pengiklanan, promosi jualan dan
sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik
yang sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.

2020

2020

4. Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan di dalam bisnes

secara professional dan beretika.
6. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang

dan melaksanakan tugasan.
7. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan

sepanjang hayat.
8. Menyampaikan pengetahuan bagi isu kotemporari dan mengenal pasti keperluan bagi

pembelajaran sepanjang hayat.
9. Berkomunikasi secara berkesan, bersikap professional dan bertanggungjawab di

dalam persekitaran kerja berkumpulan.

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian
perniagaan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang
pengoperasian perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian
perniagaan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

1. Penyelia Operasi.
2. Penyelia Jualan
3. Penyelia Sumber Manusia
4. Pembantu Pemasaran
5. Perunding Perniagaan
6. Kerani
7. Usahawan dalam sektor perniagaan

2020

2020

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES - PEO)

1. Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran
selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara.

2. Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif serta mengurus
maklumat dengan baik melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.

3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dengan
kumpulan berasaskan etika kerja serta tanggungjawab sosial.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES - PLO)
(rujuk 8 Domain Hasil Pembelajaran MQF)

Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh:
1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam
bidang yang berkaitan.
2. Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah.
3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam
mengaplikasi prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan.
4. Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme dalam amalan yang mempunyai
prinsip etika dari aspek perundangan yang perlu dipatuhi.
5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan
dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum.
6. Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikal dan menggunakan teknik
yang sesuai dalam menyelesaikan masalah.
7. Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan
maklumat untuk pembangunan akademik dan kerjaya.
8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri-ciri keusahawanan dalam perspektif
yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar.

2020

2020
2020

2020

UNIT PEPERIKSAAN

PENGENALAN

Unit Peperiksaan adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai
Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program. Ruang Unit
Peperiksaan hendaklah dilengkapi dengan peralatan untuk melaksanakan urusan
peperiksaan dan juga perabot-perabot yang diperlukan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan
yang lengkap untuk mengelak dari dicerobohi. Ruang ini hendaklah diisytiharkan sebagai satu
kawasan larangan kepada orang yang tidak berkenaan

MENDAFTAR KURSUS / LA

1. Pelajar yang telah mendaftar semester / modul dikehendaki mendaftar tiap–tiap kursus
/ LA yang diambil melalui pensyarah kelas dalam tempoh satu (1) minggu selepas
pendaftaran semester / modul.

2. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus / LA yang mempunyai pra syarat, sekiranya
pelajar belum lulus kursus / LA yang menjadi pra syarat bagi kursus / LA tersebut.

3. Pelajar perlu mendapat pengesahan TPA / TP / Ketua Program sebelum mendaftar.
4. Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus / LA yang telah didaftarkan

dengan teliti.
5. Pelajar yang telah mendaftar kursus / LA berkenaan hendaklah mengikuti sepenuhnya

aktiviti pembelajaran bagi kursus / LA tersebut.
6. Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan pada minggu ketiga (3)

perkuliahan dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) /
Timbalan Pengarah (TP)
7. Borang pendaftaran kursus / LA akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu
ketiga semester / modul berkenaan kepada pelajar melalui pensyarah kelas.
8. Satu salinan borang pendaftaran kursus hendaklah diserahkan kepada TPA / TP, Unit
Peperiksaan dan Fail Pelajar.

2020

2020

MENENTUKAN JUMLAH KREDIT

1. Setiap kursus / LA mempunyai nilai kredit tertentu.
2. Setiap 40 jam belajar pelajar adalah bersamaan satu (1) kredit.
3. Setiap kursus / LA direkabentuk antara satu (1) hingga lima (5) kredit
4. Latihan Industri (LI) membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program.

Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit.

BEBAN KREDIT MINIMUMAN MAKSIMUM

1. Pelajar dikehendaki mengambil minima sembilan (9) kredit bagi setiap semester /
modul kecuali bagi semester akhir / modul terakhir.

2. Pelajar yang mendapat HPNM kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih
daripada 13 kredit termasuk kursus wajib pada semester / modul berikutnya.

3. Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan kebenaran
Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan
berbincang dengan pensyarah kelas terlebih dahulu.

KREDIT KURSUS / LA ULANGAN (UK)

1. Bagi pelajar yang mengulang kursus / LA (UK), gred terkini akan menggantikan gred
terdahulu.

2. Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA yang diulang
akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.

3. Bagi pelajar yang perlu mengulang kursus / LA (UK) minima 9 kredit, pelajar TIDAK
DIBENARKAN mendaftar kursus/LA bagi semester/modul yang berikutnya.

KREDIT PENEBUSAN GRED (TG)

1. Bagi pelajar yang mendapat status LB DIBENARKAN mengulang kursus/LA bagi
menebus gred (TG), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.

2. Bagi tujuan pengiraaan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus / LA yang
diperbaiki akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.

2020

2020

KREDIT LULUS PROGRAM DAN TEMPOH PENGAJIAN

1. Pelajar mesti lulus semua kursus / LA yang ditetapkan untuk program yang diambilnya
termasuk LI.

2. Kredit minimum bagi program sijil adalah 60 kredit manakala bagi program diploma
adalah 90 kredit. Kredit sebenar hendaklah dirujuk kepada struktur program masing-
masing.

3. Tempoh pengajian lazim bagi sesuatu program adalah antara 4 hingga 6
semester/modul manakala tempoh maksimum pengajian adalah 10 semester atau 40
bulan. Kerangka tempoh pengajian maksimum ini ditetapkan bagi memastikan lulusan
sentiasa relevan dengan keperluan semasa.

PINDAHAN KREDIT

1. Pelajar boleh memohon kelulusan pindahan kredit bagi mana-mana kursus / LA
daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

2. Mata kredit yang diperolehi bagi kursus / LA yang dipindah kredit tidak diambilkira
dalam pengiraan HPNM.

3. Jumlah Jam Kredit bagi kursus / LA yang dipindahkan akan diambil kira bagi
menentukan Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan penganugerahan
Sijil/Diploma.

4. Kursus-kursus / LA program Kolej yang telah dilaksanakan di sesebuah Kolej boleh
diterima atau dibawa ke Kolej lain yang menawarkan kursus / LA yang sama.

5. Pelaksanaan pindahan kredit hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pindahan
Kredit Program Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia edisi
terkini.

TRANSKRIP

1. Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan
oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

2. Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop dengan Jawatankuasa Peperiksaan
Pusat Kolej Komuniti.

3. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar
boleh memohon salinan transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan
dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat
Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

2020

2020

4. Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan
lengkap.

SIJIL KOLEJ KOMUNITI

1. Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi hanya dikeluarkan sekali sahaja
setelah pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan
Tinggi. Sijil ini akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen.

2. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar
boleh memohon salinan sijil atau transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan
dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat
Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

3. Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan
lengkap.

SISTEM GRED

Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus / LA akan dinyatakan dalam
bentuk gred seperti Jadual 1.

Jadual 1

2020

2020

1. Pelajar yang mendapat Lulus Bersyarat (LB) perlu menebus kursus / LA untuk
mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil.

2. Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan kebenaran
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan diberi gred TL (Tidak Lengkap).

3. Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti
penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang dibenarkan.

4. Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus / LA yang mendapat
gred Lulus Bersyarat untuk memastikan HPNM bersamaan atau lebih dari 2.00.

2020

2020

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

BANTUAN KEWANGAN

Pinjaman/Elaun hanya diberi kepada pelajar yang memenuhi syarat dan layak sahaja. Pelajar
boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak penaja atau pembiaya yang lain
seperti bantuan zakat, Baitulmal, Yayasan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan sebagainya. Ianya tertakluk kepada syarat dan peraturan
penaja atau badan berkenaan.

PENGURUSAN DISIPLIN

Dasar Pengurusan Disiplin Kolej Komuniti adalah ditentukan oleh KPT. Seseorang pelajar
adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976] dan
pindaan-pindaannya dibaca bersama dengan Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Kolej
Komuniti. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin di Kolej
Komuniti adalah seperti berikut:

a. Pengarah
b. KJKK
c. PHEP
d. Penyelaras Disiplin Kolej Komuniti (PDKK)
e. Penyelaras Disiplin Program (PDP)
f. Pegawai/Pensyarah yang diturunkan kuasa oleh Pengarah

HARI SUAIKENAL (HSK)

Pihak Kolej Komuniti hendaklah melaksanakan Hari Suaikenal (HSK) kepada pelajar Sijil
Modular Kebangsaan (SMK) dan Sijil Kolej Komuniti (SKK). Program HSK ini hendaklah
diadakan sekurang-kurangnya sehari (1) selepas pendaftaran.

2020

2020

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh
Pengarah.
PENUBUHAN KELAB/PERSATUAN
Pengenalan Kelab atau Persatuan merujuk kepada sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajarpelajar kolej
yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan
untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan
aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama
bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

2020

2020

UNIT PENGAMBILAN

OBJEKTIF

Untuk membantu Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Malaysia dalam
melaksanakan tugas tugas pengambilan dan kemasukan pelajar, mendokumentasi data dan
rekod pelajar Kolej Komuniti.

PERMOHONAN KEMASUKAN

Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti adalah dibuka mengikut kaedah berikut :

1. http://upu.mohe.gov.my (tempoh permohonan ditetapkan oleh BPKP, JPT)
- Calon lepasan SPM tahun semasa
- Calon yang ingin memohon ke institusi lain

2. http://ambilan.mypolycc.edu.my ( Calon SPM bukan dari tahun semasa )

3. http://www.mytvet.edu.my/eborang
4. Permohonan secara walk-in di Kolej Komuniti berdekatan

IKLAN KEMASUKAN KOLEJ KOMUNITI

Iklan kemasukan ke Kolej Komuniti diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) menerusi medium berikut :

1. Akhbar-akhbar utama tempatan

2. Laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.mypolycc.edu.my dan
http://ambilan.mypolycc.edu.my

3. Media sosial rasmi Jabatan

2020

2020

TAWARAN KEMASUKAN

Pihak Kolej Komuniti akan melaksanakan perkara berikut :
1. Membuat pemilihan dan penawaran kepada calon yang berjaya melalui sistem e-
Pengambilan setelah menerima data pemohon untuk ditawarkan daripada JPPKK.
2. Mencetak senarai nama calon yang telah ditawarkan.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut :

1. Laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.mypolycc.edu.my dan
http://ambilan.mypolycc.edu.my.

2. Hubungi Kolej Komuniti atau Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK).

RAYUAN KEMASUKAN BAGI PEMOHON TIDAK BERJAYA

1. Rayuan kemasukan bagi pemohon yang tidak berjaya hanya boleh dibuat setelah
keputusan tawaran kemasukan bagi ambilan berkenaan diumumkan.

2. Rayuan kemasukan boleh dibuat melalui laman web http://www.mypolycc.edu.my atau
http://ambilan.mypolycc.edu.my.

3. Sekiranya terdapat kekosongan, Unit Pembangunan Pelajar (UPP) / Unit Pengambilan
Kolej Komuniti boleh menerima rayuan kemasukan tersebut dan menghantar surat
tawaran kepada calon. Ulangi langkah 1 dan 2 di atas.

2020

2020

PERTUKARAN KOLEJ KOMUNITI

Tawaran tempat pengajian di Kolej Komuniti adalah muktamad. Sekiranya ada rayuan,
langkah yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Calon Yang Belum Mendaftar Semua rayuan pertukaran Kolej Komuniti hendaklah
dikemukakan oleh calon kepada Pengarah Kolej Komuniti.

2. Pelajar Yang Telah Mendaftar Semua rayuan pertukaran antara Kolej Komuniti, perlu
dikemukakan kepada Pengarah Kolej Komuniti tempat pelajar mendaftar. Permohonan
Pertukaran ke Kolej Komuniti Asal Pelajar yang telah bertukar TIDAK dibenarkan
memohon pertukaran semula ke kolej komuniti asal kecuali mendapat kelulusan
pengarah kolej asal.

PERTUKARAN PROGRAM

Tawaran program di Kolej Komuniti adalah muktamad. Sekiranya ada rayuan, langkah berikut
perlu dilaksanakan.

1. Calon yang belum mendaftar Semua rayuan pertukaran program hendaklah
dikemukakan oleh calon kepada Pengarah Kolej Komuniti. Keputusan rayuan akan
dimaklumkan oleh Pengarah Kolej Komuniti kepada calon.

2. Pelajar yang telah mendaftar Rayuan pertukaran program dikemukakan kepada
Pengarah Kolej Komuniti berkenaan selewat-lewatnya pada hari terakhir minggu
pertama sesi akademik ambilan tersebut.

TANGGUH PENGAJIAN

Calon Pelajar Yang Belum Mendaftar Semua rayuan penangguhan pengajian hendaklah
dikemukakan oleh calon pelajar kepada Pengarah Kolej Komuniti. Keputusan rayuan akan
dimaklumkan oleh Pengarah Kolej Komuniti kepada calon pelajar.

2020

2020

KAD PELAJAR
Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar Unit Pembangunan Pelajar (UPP) / Unit Pengambilan
Kolej Komuniti hendaklah melaksanakan langkah berikut:

1. Menyediakan kad pelajar sementara semasa hari pendaftaran.
2. Menyerah dan mendapatkan pengesahan penerimaan kad pelajar kekal dalam tempoh

tiga puluh (30) hari dari tarikh pendaftaran.
3. Struktur format Nombor Pendaftaran Pelajar
PENGURUSAN FAIL PERIBADI PELAJAR
Pensyarah kelas / Penasihat Akademik hendaklah melaksanakan langkah-langkah berikut:
1. Mengemaskini Fail Peribadi Pelajar.
2. Memastikan pelajar mengemuka, melengkap atau menggantikan dokumen yang tiada,

tidak lengkap, rosak atau hilang.

2020

2020

UNIT KOLABORASI DAN KEUSAHAWANAN

DEFINISI LATIHAN INDUSTRI
LI merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan
praktikal yang diselia oleh pihak industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam
negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil Kolej
Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (Dasar Latihan Industri IPT, 2010).

MATLAMAT
Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri, firma atau
jabatan kerajaan yang berkaitan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan
berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara.

TEMPOH LATIHAN INDUSTRI
Tempoh LI memerlukan pelajar ditempatkan di industri yang bersesuaian untuk tempoh 1
semester (16 minggu / 24 minggu). Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang
telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency – MQA).

SYARAT LATIHAN INDUSTRI
1. Pelajar perlu lulus semua kursus / modul
2. Bagi program Sijil Asas Kolej Komuniti, pelajar perlu lulus tapisan di peringkat kolej
komuniti berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut program.

2020

2020

SYARAT LULUS LI

1. Menghadiri LI mengikut tempoh yang ditetapkan;
2. Lulus penilaian LI daripada Penyelia Syarikat dan Pensyarah Penyelia berdasarkan

kriteria penilaian yang telah ditetapkan;
3. Melengkapkan dan menghantar Buku Laporan Harian LI; dan
4. Sekiranya pelajar diberhentikan oleh majikan, pelajar tersebut akan dikira sebagai

gagal dalam LI dan keputusan tidak boleh dipinda oleh Jawatankuasa Perhubungan
dan LI Kolej Komuniti (JPLIKK).

KREDIT

LI membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program. Satu (1) bulan LI
bersamaan dua (2) kredit. Kursus LI diambil kira dalam pengiraan jumlah kredit bergraduat
tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan HPNM.

KRITERIA PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI

Penilaian LI dibuat berdasarkan kriteria seperti dalam Rajah 3.1 dan Rajah 3.2.

Kriteria Penilaian LI

2020

2020

Kriteria Penilaian LI (Sijil Asas Kolej Komuniti)

Gred Prestasi LI

2020

2020

PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN (BAGI KES YANG DIBENARKAN SAHAJA)

1. Pelajar hanya dibenarkan membuat permohonan pertukaran tempat LI dalam tempoh
2 minggu selepas melaporkan diri;

2. Pertukaran tempat LI (bagi kes yang dibenarkan sahaja) perlu mendapat kelulusan
Jawatankuasa Perhubungan & Latihan Industri Kolej Komuniti; dan

3. Proses pertukaran tempat LI
- Menerima surat permohonan pertukaran latihan daripada pelajar;
- Jawatankuasa Perhubungan & Latihan Industri Kolej Komuniti mengadakan
mesyuarat bagi meneliti dan menyiasat alasan permohonan pertukaran tempat LI;
dan
- Jika alasan yang diberikan munasabah, permohonan boleh diluluskan dengan:

i. mengeluarkan surat makluman perpindahan pelajar kepada industri / firma
lama;

ii. mengarahkan pelajar memohon tempat latihan yang baru dalam tempoh 1
minggu;

iii. menerima surat penerimaan daripada industri / firma baru;
iv. menghantar surat lapor diri kepada pelajar; dan
v. menghantar surat penempatan kepada industri / firma baru

TINDAKAN TATATERTIB YANG BOLEH DIKENAKAN

Pelajar yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut:

1. tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh pihak kolej komuniti
KPT; atau

2. kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan

3. [Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (tatatertib) 1976, (Akta 174)]
PENYINGKIRAN DARI INDUSTRI / FIRMA Pelajar adalah di bawah pengawasan

2020

2020

pihak industri dan segala peraturan di industri adalah berkuat kuasa ke atas pelajar.
Pelajar yang telah disingkirkan oleh sesebuah industri adalah dikira gagal dalam LI
dan perlu mengulang LI.
RAYUAN KE ATAS TINDAKAN
Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib berhak mengemukakan rayuan terhadap
apaapa hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka kepada pihak kolej komuniti dalam
tempoh 14 hari dari tarikh surat hukuman dikeluarkan. Keputusan pihak kolej komuniti
berhubung dengan rayuan tersebut adalah muktamad.

2020

2020

JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI BENTONG

PENGERUSI

Ahmad Muzaffar Bin Abdul Aziz
(Pengarah)

TIMBALAN PENGERUSI

Mohd Faridz Bin Zubir
(Timbalan Pengarah Akademik)
Wan Azimas Binti Wan Mahmud
(Timbalan Pengarah Pengurusan)

KETUA EDITOR

Siti Khairunnisa Baharudin

EDIT OR

Sharmili Binti Mohamed Rafi
Engku Mohamad Bin Engku Abdullah

Suraya Hanim Binti Ahmad Razan
Ratna Dewi Bt Halifi

PEREKA GRAFIK

Siti Khairunnisa Baharudin

2020


Click to View FlipBook Version