The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ETIKA DAN PERADABAN EFOLIO AMIRUL HAFIS DAN AHMAD FAUZUL AZIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amhafis08, 2021-06-08 20:39:09

ETIKA DAN PERADABAN EFOLIO AMIRUL HAFIS DAN AHMAD FAUZUL AZIM

ETIKA DAN PERADABAN EFOLIO AMIRUL HAFIS DAN AHMAD FAUZUL AZIM

ETIKA DAN PERADABAN

MPU21032

SESI DISEMBER 2020

TUAN ABDUL SAMAD BIN MAT ISA

NAMA NO PENDAFTARAN

Amirul Hafis Bin Seriyono 16DEE20F1033
16DEE20F1047
Ahmad Fauzul Azim Bin Mohd
Rashid

PENGENALAN

kami telah diberi satu tugasan untuk membuat E-
Folio berdasarkan tajuk dan arahan yang telah
ditetapkan oleh penysarah kami iaitu Tuan
Samad.Jadi kami telah memilih satu tajuk bagi
menghasilkan E-Folio tersebut,tajuk yang kami pilih
adalah Tragedi 13 Mei 1969.Antara sebab kami memilih
tajuk ni kerana ia telah memberi impak yang besar
kepada negara kita dan menjadi sejarah yang diingati
ramai orang.

Tarikh 13 Mei pada tahun 1969 mengapa ia
menjadi sejarah hitam pada negara Malaysia.Apakah
yang telah terjadi pada tarikh tersebut?Pada tarikh
tersebut telah tercetusnya satu pergaduhan atau satu
perbalahan yang besar melibatkan tiga kaum iaitu
kaum Melayu dan Cina.Peristiwa ini berkait rapat
dengan pilihan raya yang berlaku ketika itu.Pada
Tarikh 10 mei 1969 parti GERAKAN yang diketua oleh
kaum cina telah diumumkan menang pada pilihan raya
pada tahun tersebut di Kawasan batu,Selangor.Parti
tersebut telah mengadakan perarakan bagi
meraihkan kemengan besar itu dengan menaikkan
kereta dan lori.Perarakan tersebut telah
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar ibu kota
Kuala Lumpur.Perarakan ini hingga ke jalan raya
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung
Baru.Sedangakn di Kampung Baru,diduduki oleh
lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu
UMNO.Disitu juga terletaknya rumah Menteri Besar
Selangor ketika itu.

FAKTOR – FAKTOR TERJADINYA

TRAGEDI 13 MEI 1969

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan
tercetusnya tragedi 13 Mei adalah bermulanya dari
pengumuman kemenangan parti politik Gerakan
yang diketuai oleh kaum Cina pada 10 Mei 1969 dan
membuat perarakan yang menuju ke Kampung Baru
yang diduduki lebih 30,000 orang Melayu.Perarakan
itu di sertai majoritinya kaum Cina menaiki kereta
dan lori serta mengikat Penyapu pada kenderaan
mereka ketika perarakan tersebut sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaukan slogan parti politik mereka.Akan tetapi
terdapat satu idealogi yang lain mengatakan
bahawa penyapu tersebut sebagai lambang mereka
akan menyapu(menyingkirkan) orang – orang
Melayu ke laut erti kata lain akan menghalau orang
Melayu dari tanah sendiri.Dalam kefahaman
masyarakat melayu,penyapu mempunyai konotasi
yang negatif (sial).Ketika perarakan itu juga ada
segilintir daripada mereka mencaci dan meludah
dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan
yang menyebabkan ketidak puas hatian pada hati
orang Melayu seperti menghina dan merendahkan
orang Melayu.Jadi ini meanjadi salah satu punca
terjadinya peristiwa 13 mei ini oleh kerana salah
faham atau ideologi yang salah.

Selain itu,UMNO telah mengadakan satu
perarakan balas pada pagi 13 mei 1969 yang juga
menjadi punca atau faktor berlakunya sejarah hitam
ini iaitu 13 mei 1969.Orang Melayu telah berkumpul
di rumah Menteri Besar Selangor di Kampung
Baru,Kuala Lumpur.Mereka yang berkumpul telah
membawa senjata seperti pedang , parang panjang
dan alatan yang berbahaya.Ketika berkumpul
mereka telah mendengar berita bahawa ahli parti
Gerakan telah bertindak biadap yang menyebabkan
darah Kaum Melayu panas dan sakit hati.

PIHAK YANG TERLIBAT
DI DALAM TRAGEDI 13

MEI

- PIHAK UTAMA YANG TERLIBAT DENGAN KONFLIK INI :

➢ Pihak pembangkang yang memenangi banyak kerusi di
pilihan raya tersebut dan mencetuskan huru hara di
Kawasan perumahan orang Melayu

➢ Pihak kedua ialah penduduk melayu yang marah terhadap
perarakan yang dilakukan oleh pihak pembangkang

TRAGEDI 13 MEI

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli
politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.

➢ Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh
UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini

disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar
buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan

Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

➢ Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11

Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk
menimbulkan isu perkauman

➢ segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat

sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di
jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi

kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada
kejadian

- KENAPA SEHINGGA BERBUNUHAN?

➢ Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya
Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah
menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran
polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor
yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

➢ di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi
kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak

pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika
itu, Dato' Harun Idris.

➢ Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian

bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.

➢ Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa

perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur tetapi permohonan maaf sudah terlambat.

- TEMPAT PERTAMA BERLAKUNYA PERGADUHAN BERAMAI – RAMAI

➢ UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. UMNO bercadang untuk
mengadakan perarakan balas pada 7.30 petang 13 Mei hari Selasa,
tetapi kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan rumah

menteri besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala
Lumpur turut serta dalam perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan

juga Perak.

➢ Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan
mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan
pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu yang dalam
perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO
dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.

➢ Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di
Kampung Baru Jalan Raja Muda. Dalam pukul 6.30 petang orang

Melayu mula bergerak dari Kampung Baru dan menyerang orang Cina
dengan bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar rumah-
rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta. Orang

Cina yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time,
sekurang-kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama

yang berlaku.

➢ Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit

dari Jalan Campbell, Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road), Kampung
Datuk Keramat, Kampung Pandan, Cheras, Kampung Kerinchi dan Sentul.
Tentera dari Askar Melayu lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan

sekitar Kuala Lumpur.

➢ Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan
bahawa 80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku
dan majoritinya adalah orang Cina. Kebanyakan daripada mereka

mengalami luka teruk akibat tetakan dan juga tembusan peluru. Ini hanya
sebahagian orang atau mangsa yang dapat dihantar untuk rawatan,
kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM
menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam
keadaan yang tidak sempurna.

- KEADAAN MENJADI SEMAKIN TERUK !!!

➢ Di panggung Odeon pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung
Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh
penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di
panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa Cina.

Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu
masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton
yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di
dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.

➢ Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang
berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut

menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi

mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow Kit,
Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan

Antonio Isasi-Isasmendi.

➢ Orang melayu di bunuh beramai ramai di merata tempat namun
mereka tidak berdiam diri . Tentera Sabil dari Sungai Manik dan

Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat ingin datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat dan disekat oleh Balai Polis Kajang dan

Cheras

➢ Walaubagaimanapun Askar Melayu telah menyelamatkan orang
melayu di Kampung Baru yang diancam oleh orang cina .

➢ Rusuhan ini hanya berlaku di Selangor terutama sekali di Kuala
Lumpur. Di Kelantan, Terengganu , Pahang , Perak, Kedah, Pulau
Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan

Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran
oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada
tembakan dilepaskan oleh PKM.

PENGAKHIRAN TRAGEDI

13 MEI

Pengakhiran tragedi ini berakhir dengan 196 mati , 439 cedera , 39 hilang

dan 9143 ditahan 211 kenderaan musnah . Statistik yang lebih terperinci
kematian orang Melayu ialah 86 dan Cina 342 . Namun statistik ini tidak
begitu tepat kerana daripada mata orang ramai yang menjadi saksi, mereka
melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai

polis .

Malaysia mengisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 . Negara
diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang
tentera . Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk pada masa itu .

Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah menggantikan Tunku
Abdul Rahman yang menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Parlimen

juga digantung. Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan
pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi

tersebut tidak berulang.

Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi
meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Mageran
juga melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan
kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan
membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan
perpaduan.

KESAN TRAGEDI 13 MEI

- PANDANGAN ORANG MELAYU TERHADAP ORANG CINA SELEPAS KONFLIK :

➢ Kalangan orang melayu memandang negatif kaum Cina
yang dilihat seperti tidak mengenang budi dengan taraf
kerakyatan yang diberikan . Persepsi negatif masyarakat

Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina
merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga
yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis
berpaksikan negara komunis China.

➢ Selepas tragedi 13 mei berlalu MAGERAN telah membentuk
pentadiran yang lebih licin dan sempurna bertujuan untuk
mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan
antara kaum di Malaysia .

➢ Rukun negara telah menjadi panduan bagi rakyat Malaysia
dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk

mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik,
adil, liberal dan saintifik .

➢ Kebanyakan parti-parti politik sudah mula menyedari peri
pentingnya bersatu dalam satu barisan yang

menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan
Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah

perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969

Kesimpulan peristiwa 13 Mei 1969

Kesimpulan yang kita boleh simpulkan dari
peristiwa yang telah terjadi adalah bahawa
perpaduan antara kaum dalam masyarakat adalah
penting dan perlulah dititik beratkan bagi mejaga
keamanan semua kaum.Oleh itu,kita perlulah
menghormati dan memahami antara satu sama lain
bagi mengelakkan perkara yang ditidak diingin dari
tercetus lagi kerana kita adalah Malaysia yang
mempunyai pelbagai kaum yang menjadi
keistimewaan bagi negara kita.Tak dilupakan juga
bagi pihak pemimpin yang ketika itu cuba sedaya
upaya menenangkan keadaaan dan menamatkan
huru hara,pembunuhan dan merosakkan harta
benda awam terus berlaku.Sejarah hitam ini akan
menjadi teladan yang tidak akan ditelan zaman bagi
mengingati semua orang untuk tidak mengabaikan
kefahaman dan keharmonian antara kaum adalah
penting sama sekali.kita perlulah,mendidikan anak –
anak muda sejak kecil bagi menghormati kaum lain
dan tidak bertindak sebagai seorang “racist” bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber Rujukan

1) http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/peristiw
a-13-mei.html

2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
3) http://peristiwa13mei1969.blogspot.com/2015/09/kesi

mpulan_12.html
4) http://poovarasidns.blogspot.com/2015/09/kesan-

peristiwa-13-mei-1969.html


Click to View FlipBook Version