Masjid Ulul Albab,
Jerteh, Terengganu
PRAKATA
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, buku digital
Apresiasi Estetika ini berjaya disiapkan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Setinggi penghargaan juga kepada Encik Mohd Hafiz Drahman selaku pengajar
bagi kursus Apresiasi Estetika di atas segala tunjuk ajar sepanjang proses penyiapan
buku ini. Buku ini ditulis berpandukan rekaan senibina Masjid Ulul Albab yang
terletak di Kampung Seberang Jerteh,Terengganu. Pada masa yang sama, buku ini
sesuai digunakan oleh mahasiwa mahasiswi yang mengambil kursus Elektif
Warisan.
Buku digital ini terhasil disesuaikan dengan santapan umum bagi memenuhi
tuntutan perkongsian dan penyebaran ilmu dengan para pembaca. Buku digital ini
memberi tumpuan kepada keunikan senibina Masjid Ulul Albab dari segi ukiran,
falsafah, dan makna-makna tersembunyi di sebalik ukiran masjid.
Penguasaan dalam bidang sejarah Melayu amat penting kepada para pelajar dalam
usaha untuk mendalami segala mesej-mesej serta rahsia yang terkandung di dalam
seni ukiran Melayu. Buku ini juga sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan
kepada semua lapisan masyarakat khususnya mereka yang ingin menelusuri
keunikan senibina bangunan-bangunan warisan. Kandungan buku ini ditulis dan
dihuraikan dengan lengkap agar difahami dengan baik oleh para pembaca.
Sesungguhnya usaha seperti ini diharapkan dapat menambahkan dan
memperkaya bahan bacaan kesusasteraan Melayu. Kursus ini juga mempunyai
peranan yang penting bukan sahaja untuk menggali sejarah Melayu malah ia
berfungsi dalam membantu pembaca meneliti keindahan yang cuba digarapkan
oleh pengukir dalam ukiran mereka. Saya juga berharap agar Buku Digital ini
mampu membina wajah generasi Malaysia yang mengenal warisan mereka sendiri
dan dapat memantapkan kefahaman tentang keindahan senibina milik bangsa
Melayu.
Nurul Shahirah binti Muda
Shahirah
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 01
02
Pengenalan 04
Sejarah Pembinaan Masjid
Andam-Andam
BAHAGIAN 2 06
08
Dinding : Janda Berhias 10
Kepala Tangga 12
Pagar Musang
Pintu Masjid : Awan Larat
Penutup 14
16
Galeri Foto Masjid
Coffee Table Book
APRESIASI ESTETIKA / CWT3127
Pengenalan
Sesungguhnya yang memakmurkan
masjid hanyalah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan hari
kemudian. ( Q.S Al-Taubah:18)
Masjid Ulul Albab Seni Bina Warisan
Seberang Jerteh
22000 Terengganu
Pengenalan
Sejarah merupakan satu elemen yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
Sejarah akan menyimpan serta melakarkan peristiwa-peristiwa penting
bagi kita. Tanpa sejarah, kehidupan seseorang pastinya akan menjadi
kosong. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah.
Hal ini bertepatan dengan identiti sebagai sebuah negara yang pernah
dijajah oleh kuasa asing pada suatu ketika dahulu. Tempat yang
menyimpan nilai-nilai kekayaan sejarah berfungsi sebagai khazanah
warisan terutamanya kepada generasi akan datang.
Penelitian penulisan buku ini adalah tertumpu kepada Masjid Ulul Albab
yang bertapak di Seberang Jerteh. Masjid ini bukan sahaja diperbuat 90
peratus daripada kayu cengal malah ia juga mempunyai satu
keistimewaan iaitu dibina tanpa menggunakan paku dan dibina
menggunakan teknik tebuk pasak.
Justeru itu, buku ini akan menyingkap nilai Ketamadunan Melayu Islam
menerusi Senibina Masjid Ulul Albab. Masjid ini dianggap mempunyai
nilai sentimental sejarah kerana rahsia-rahsia yang terkandung di setiap
ukiran masjid. Setiap ukiran yang dihasilkan menyimpan seribu satu rahsia
dan falsafah yang telah digarapkan oleh pengukir. Hal-hal ini semua amat
penting untuk diperhatikan. Sejarah harus dipelihara agar tetap wujud
dan dapat memberi kesan positif kepada generasi akan datang.
01
Bahagian 1 - Sejarah Masjid
SEJARAH SENIBINA
Sebuah masjid yang dibina tanpa menggunakan paku
SEGALA PUJI BAGI ALLAH.
Masjid kayu ini melambangkan keagungan dan ketamadunan tinggi Islam
Nusantara. Seni ukiran berasaskan seni bina pertukangan Melayu yang diadun
dengan ciri islamik. Masjid ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan iaitu
dibina pada tahun 2009 dan boleh digunakan sepenuhnya pada 4 Julai 2011. Majid
ini dibina oleh Wan Mustafa Wan Su atau lebih dikenali dengan nama Wan Po.
Wan Po merupakan anak kepada pengukir terkenal Malaysia iaitu Wan Su Wan
Othman. Beliau juga masih giat menjalankan aktiviti pengukiran kayu di desa
ukiran peninggalan bapanya yang bertapak di Besut, Terengganu.
02
MASJID ULUL ALBAB / MASJID KAYU
Dahulunya, Masjid Ulul Albab ini dikenali sebagai Masjid Kayu. Pada tahun 2012,
bersamaan dengan tarikh 24 Februari, masjid ini telah dirasmikan oleh KDYMM
Sultan Mizan Zainal Abidin. Menurut Wan Po, masjid ini boleh menampung kira-kira
1500 jemaah pada satu-satu masa di sampai pembinaannya adalah 80% daripada
kayu cengal dan dibina menggunakan teknik tebuk pasak. Masjid ini dikatakan dibina
berdasarkan contoh masjid yang tertua di Malaysia iaitu Masjid Kampung Laut yang
bertapak di Tumpat , Kelantan.
Masjid Ulul Albab adalah masjid yang dibina berasaskan senibina pertukangan lama
yang menelan belanja sebanyak RM12 Juta. Selain itu, masjid ini juga dibina di tapak
seluas 0.2 hektar bagi menggantikan masjid yang sudah usang pada waktu itu. Masjid
ini memakan masa hampir dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya iaitu dibina pada
tahun 2009 dan boleh digunakan oleh orang ramai pada bulan Julai tahun 2011. Wan
Mustafa Wan Su atau lebih dikenali sebagai Wan Po merupakan anak kepada
pengukir tersohor Malaysia iaitu Wan Su Wan Othman. Jadi tidak hairanlah jika beliau
telah membina masjid ini sehingga menjadi mercu tanda bagi penduduk yang
tinggal berdekatan dengannya.
03
ANDAM - ANDAMBahagian 1 - Andam Masjid
Bahagian bumbung Masjid Ulul Albab
DIJADIKAN BAGIKU, BUMI INI SEBAGAI MASJID
Hadis Riwayat Al-Bukhari
Reka bentuk di sekeliling bumbung atau dikenali sebagai andam-andam dibina
dengan mengambil gaya Rumah Tradisional Kelantan. Motif bunga dan tulisan-
tulisan arab digunakan di setiap bumbung. Dengan adanya ukiran ini, binaan
masjid kelihatan lebih sarat dengan nilai-nilai kemelayuan antaranya ialah
penggunaan motif bunga yang menunjukkan unsur alam. Manakala ukiran-ukiran
kaligrafi menunjukkan penyebaran Islam telah berkembang sejak dahulu lagi.
04
ANDAM-ANDAM MASJID ULUL ALBAB
Penggunaan motif bunga dan tulisan kaligrafi halus
Hubungan manusia dengan alam berdasarkan kepada suasana yang disebutkan itu
pasti sahaja melahirkan cerdik pandai dan ini juga memberikan ruang untuk lahir
atau terciptanya falsafah serta makna dalam seni bina yang dimaksudkan ini. Untuk
pengetahuan umum, cara pemilihan motif yang digunakan di dalam ukiran andam-
andam ini hanya cara Tuan Haji Wan Mustafa Wan Su (Wan Po) sahaja dan tidak
diaplikasikan oleh pengukir lain. Kebanyakan pengukir hanya memilih satu jenis
motif sahaja iaitu motif yang digunakan oleh orang - orang zaman dahulu.
05
Bahagian 2
DINDING JAN
DA BERHIASSalahsatuciri-ciriyangdikategorikansebagaiukiranTradisionalMelayu.
06
DINDING JANDA BERHIAS
Dinding ini dinamakan dinding bercorak Janda
Berhias. Jika diteliti rumah-rumah orang
Melayu zaman dahulu kebanyakannya
menggunakan dinding jenis ini. Dinding Janda
Berhias ini merupakan salah satu ciri-ciri yang
dikategorikan sebagai ukiran Tradisional
Melayu. Tujuan utama masyarakat Melayu
menggunakan dinding jenis ini adalah kerana
untuk menjimatkan kayu. Kepingan-kepingan
kayu yang disusun menghasilkan satu corak
yang indah sebagaimana indahnya seorang
janda. Konsep ini dielementasikan dalam
bentuk kepingan-kepingan dinding yang
melakari keseluruhan bangunan masjid ini.
Get Ready for the Jika dilihat, keseluruhan dinding bangunan masjid ini
Mathlympics dilapisi dengan dinding Janda Berhias. Struktur binaan
masjid ini jelas membuktikan bahawa ia dibina menerusi
by Katie Jones saduran-saduran ukiran Ketamadunan Melayu.
07
KEPALA TANGGA
Diukir bermotifkan penyu dan ombak sinonim dengan kehidupan masyarakat di pantai timur.
Motif
1 Penyu
2 Ombak
3 Laut
08
KEPALA TANGGA
Masjid Ulul Albab mempunyai 6 kepala
tangga secara keseluruhannya. Kesemua
kepala tangga diukir bermotifkan penyu
dan ombak sinonim dengan kehidupan
masyarakat di pantai timur. Motif penyu
tidaklah digambarkan terlalu jelas namun ia
diukir selaras dengan hidup masyarakat di
Terengganu. Laut dan penyu diadaptasikan
secara sinonim dengan Terengganu dan
kehidupan penduduk di pantai timur.
Pengukir menerapkan falsafah menerusi
ukiran tersebut.
Terjemahan persoalan yang digambarkan adalah tentang bagaimana sukarnya
penyu meredah ombak demi meneruskan hidup. Pengukir menterjemahkan bentuk
alam di dalam ukiran
09
PAGAR MUSANG
Pagar yang sarat dengan corak tenunan songket Terengganu
MASJID , RUMAH ALLAH SWT
Masjid kayu ini melambangkan keagungan dan ketamadunan tinggi Islam
Nusantara . dulunya ia dikenali dengan nama Masjid Kayu Seberang Jerteh
berasaskan seni bina pertukangan Melayu yang diadun dengan ciri islamik. Semua
pintu utama diukir awan larat , motif bunga dan ukiran ayat suci Al-Quran
Menggunakan teknik tebuk pasak iaitu tidak menggunakan paku. Motif yang
digunakan pada corak pagar ini ialah corak tenunan songket Terengganu.
10
CORAK SONGKET TERENGGANU
Anak ayam turun tujuh
Mati seekor tinggal enam
Nabi Muhammad nabi pesuruh
Menyuruh umat membawa iman.
Kita semua sedia maklum. Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan
tenunan-tenunan songket menyebabkan Tuan Haji Wan Mustafa Wan Su (Wan Po)
mengaplikasikan corak ini pada pagar. Bermula pada permulaan pintu masjid sudah
kelihatan corak-corak Melayu yang telah digarapkan oleh pengukir. Setiap satu mesej
disampaikan oleh pengukir di dalam seni ukiran masjid ini. Hal ini bertepatan
dengan kenyataan bahawa seni berperanan sebagai alat bahasa dan gerakan untuk
mengungkapkan maksud gagasan dalam akal dan budi manusia. Ia adalah alat
komunikasi untuk menegaskan kemujaradan tanggapan dan gagasan yang tidak
terungkap dengan kata-kata. Maka seni bina warisan Melayu ternyata sudah menjadi
suatu alat komunikasi indah dalam seni bahasa dan gerak Melayu.
11
PINTU AWAN LARAT
Bukti orang Melayu dahulu mempunyai kecerdikan minda
12
FALSAFAH
SEBALIK UKIRAN
Wan Po menggunakan konsep ukiran awan larat dalam
pembinaan Masjid Ulul Albab ini. Batang muda perlu
tumbuh di bawah atau di belakang batang tua yang
mentafsirkan bahawa orang-orang Melayu mempunyai
kecerdikan minda bagi menyelesaikan sesuatu masalah
dengan mengatur strategi bagi mengukuhkan lawan
dengan adanya kepintaran mereka. Menurut Wan Po, “
Jika bukan awan larat, ia bukan ukiran Melayu. Hanya
ukiran Melayu yang mempamerkan konsep ukiran
awan larat.
12 pintu masjid ini dihiasi dengan corak awan larat bagi
memaparkan seni bina ukiran Melayu Tradisional yang
mempunyai pelbagai falsafah dan makna yang tersirat
yang hanya boleh ditafsirkan oleh minda dan mata
yang celik dalam seni sahaja.
Konsep pada batang awan larat merupakan satu
gambaran perkembangan dan pertumbuhan alam itu
sendiri iaitu alam itu hidup, berkembang dan membiak
dan membesar mengikut aturan dengan cabang-
cabang pertumbuhannya. Perkembangan alam itu
digambarkan oleh pengukir di mana sifatnya yang
berseni dan mudah dirasai dengan akal dan hati.
Seiring dengan falsafah hidup manusia, kita
menjadikan akal dan hati sebagai panduan untuk taat
dalam beribadat dan dalam mencari rezeki.
13
Galeri Foto
14
Galeri Foto
15
KESIMPULAN
Malaysia adalah sebuah negara yang banyak menyimpan sejarah. Sebagai seorang
pelajar warisan, Saya cukup berbangga dengan sejarah negara ini. Sejarah
menjadikan saya menjadi seorang yang lebih memahami dan mengenali diri
sendiri. Oleh itu, saya mengambil alternatif untuk mengkaji Masjid Ulul Albab ini
kerana ia menyimpan pelbagai falsafah dan nilai estetika dalam setiap ukiran.
Jiwa manusia perlu kepada keindahan. Bagaimanapun keindahan yang
dimaksudkan itu mestilah keindahan yang dapat diterima oleh akal manusia
sebagai sesuatu yang sempurna. Manusia sudah keliru untuk mengenal nilai
estetika kehidupan dalam masyarakat. Dalam konteks ini, Negeri Terengganu telah
menyumbangkan sesuatu yang cukup bernilai tertutamanya perkembangan seni
ukiran Islam yang diterapkan.
Konsep pada ukiran bangunan masjid menunjukkan satu gambaran,
perkembangan dan pertumbuhan alam yang hidup. Perkembangan alam itu
digambarkan oleh pengukir di mana sifatnya yang berseni dan mudah dirasai
dengan akal dan hati. Seiring dengan falsafah hidup manusia, kita menjadikan akal
dan hati sebagai panduan untuk taat dalam beribadat dan dalam mencari rezeki.
Selaku seorang pelajar Pengajian Warisan, saya berharap agar Buku Digital ini
mampu membina wajah generasi Malaysia yang mengenal warisan mereka sendiri
dan dapat memantapkan kefahaman tentang keindahan senibina milik bangsa.
Kelapa puan tengah halaman,
Lebat daun tegap perkasa
Terima kasih tuan budiman
Pelihara budaya warisan bangsa
16