The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DRAFT EFOLIO GROUP 5(1) PDF-merged-compressed (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syanisreen22, 2021-11-22 02:06:10

DRAFT EFOLIO GROUP 5(1) PDF-merged-compressed (2)

DRAFT EFOLIO GROUP 5(1) PDF-merged-compressed (2)

KOD KURSUS
MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA TUGASAN
E-FOLIO
TAJUK

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

NO NAMA NOMBOR PENDAFTARAN
1. SYASYA NISREEN BINTI SAMSOR NAHAR 25DSK21F1006
2. NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YAZID 25DSK21F1031
3. NUR AIN ANTASSYA BINTI MASHOR 25DSK21F1030
4. NURUL SYABILA BINTI JOHARI 25DSK21F1004
5. SABARINA BINTI HAMZAH 25DSK21F1003
LINK
QR CODE

SESI

SESI 1 2021/2022

PENSYARAH PEMERIKSA

CIK MADIHAH IZYANA BINTI MAHADI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BUTIRAN 3-4

 PENGENALAN 5
 OBJEKTIF 6-8
 DEFINISI 9-11

SISTEM PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK 12
13-15
TAHAP PERKEMBANGAN MASYARAKAT MAJMUK 16-20

KESEPADUAN SOSIAL DAN KEBUDAYAAN MERENTAS
BANGSA DI MALAYSIA

KESIMPULAN

LAMPIRAN & RUJUKAN
JADUAL TUGASAN

PENGENALAN

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah
negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti. Terdapat lebih 80
kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat
tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Sejarah awal
penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk asal
negara ini, iaitu Orang Asli yang dikenali sebagai orang melayu Proto yang
memiliki ciri-ciri sama seperti melayu Moden. Kehadiran kaum-kaum lain,
seperti Etnik Cina dan India pula telah banyak mempengaruhi dan mengubah
sistem sosial masyarakat Tanah Melayu. Terdapat juga etnik minoriti, iaitu
orang Asli yang dipercayai menetap di semenanjung Tanah Melayu pada
kira-kira 1,000TM.

OBJEKTIF

1) Dapat menerangkan definisi masyarakat majmuk dengan teliti.
2) Dapat menghuraikan sistem sejarah pembentukan masyarakat.
3) Dapat mempelajari tahap perkembangan sejarah masyarakat majmuk.
4) Dapat mengetahui kesepaduan sosial antara masyarakat.
5) Dapat menjelaskan kebudayaan merentas bangsa di Malaysia.

DEFINISI

1) Berpandukan kamus dewan, konsep masyarakat membawa maksud
kepada kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu
tempat dengan mengikut aturan serta cara tersendiri dan masyarakat
ini terdiri daripada beberapa kaum dan bangsa.

2) Demikian itu, gabungan kedua dua istilah ini iaitu masyarakat majmuk
membawa maksud kepada satu kumpulan manusia yang terdiri
daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan,
khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di suatu tempat
bagi membentuk satu kumpulan yag mampu mewujudkan nilai bersatu
padu antara satu sama lain.

SISTEM PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

Semasa tempoh penjajahan, British telah membuat dan melaksanakan
pelbagai dasar yang meliputi aspek sosial, ekonomi, dan politik. Dalam
melaksanakan dasardasar penjajahan, secara langsung ataupun tidak
langsung telah mengubah wajah asal Tanah Melayu. Hakikatnya, semua
dasar yang dilaksanakan oleh British adalah berdasarkan dasar ' pecah dan
perintah '. Walaubagaimanapun, berbeza dengan negara-negara lain, dasar
pecah dan perintah yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu bukan
melalui paksaan. Dasar ini dilakukan secara berhati-hati dan perlahanlahan
seolah-olah ianya berlaku secara semulajadi.

Sehubungan ini, dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) yang
digagaskan oleh kerajaan British di Tanah Melayu telah menyebabkan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum berpecah dan
dimanipulasikan mengikut kepentingan British. Kaumkaum utama yang wujud
pada masa itu yang terdiri daripada tiga rumpun utama iaitu Melayu, China,
dan India dikelaskan mengikut jenis pekerjaan dan sistem pendidikan yang
berbeza-beza. Melalui dasar ini, orang Melayu ditempatkan di kawasan luar
bandar yang kebanyakan mencari rezeki dengan menjadi petani. Manakala
kaum Cina pula menetap di kawasan bandar dan menguasai segala aktiviti
ekonomi serta melibatkan diri dalam bidang perlombongan yang begitu
menguntungkan. Masyarakat India pula tinggal dan bekerja di pinggir bandar
di kawasan ladang-ladang sebagai penggerak utama industri perladangan
pada waktu itu.

Masyarakat petani berbangsa Melayu, peniaga Cina dan juga buruh ladang
berketurunan India pada ketiika itu merasa curiga antara satu sama lain serta

tidak berkomunikasi secara langsung disebabkan oleh taktik kotor yang
diterapkan oleh British. Seterusnya, dasar ini telah menyebabkan perpaduan
dan perasaan saling ingin hidup bersama tidak berlaku di Tanah Melayu.
Secara keseluruhannya, pelaksaan dasar pecah dan perintah telah menjadi
strategi yang paling berkesan dan efektif untuk menghalang kumpulan kecil di
Tanah Melayu untuk berinteraksi secara natural sesama kaum pada ketika
pemerintahan British yang menjadi tonggak utama goyahnya perpaduan
antara kaum.

TAHAP PERKEMBANGAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo
ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera
Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya
terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera,
Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum
pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P.
Ongkili, 1985:4).

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya
proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat
Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu
telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat
Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu akhirnya
telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan
masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.
Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam
dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan
penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang
sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan
mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai
negerinegeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari
Indonesia dan Ceylon.

Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh
daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal
daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi
serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat
Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik
antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N.
Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri
daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan
negara tersebut.

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses
pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman,
amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku
dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.

Sedikit kisah tentang peristiwa 13 mei 1969

"Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa
kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua
kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa,"- Prof
Datuk Teo Kok Seong Katanya, kejadian itu turut menuntut keperluan
menghormati kontrak sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) tentang
agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu
dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.
Jelas beliau, politik yang diamalkan mana-mana pihak di negara ini
sebaliknya perlu memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum
yang harus dipertingkatkan di Semenanjung Malaysia dan integrasi
wilayah yang lebih baik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan
budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina
dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan,
maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti
kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lainlain. Kini kebanyakan
penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India,
Melayu-Cina dan lain-lain.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di
Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan
bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia
sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar
berlakang kebudayaan yang berlainan.

KESEPADUAN SOSIAL DAN KEBUDAYAAN MERENTAS
BANGSA DI MALAYSIA

Kesepaduan Sosial

• Dari segi Pendidikan

Melalui dasar pendidikan pemerintahan Inggeris ini dapat dijelaskan lagi
bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar
pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi
perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia.
Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan
sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan
ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan
tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut
sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka.
Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi
menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-
orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan
kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan
kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan
kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan
dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana
mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di
negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi
keuntungan ekonomi penjajah.

• Dari segi Ekonomi

Penekanan dari segi penguasaan ekonomi & pekerjaan berdasarkan sektor
ekonomi. Penguasaan ekonomi juga memeperlihat jurang yang luas bagi
setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian. Bagi kaum
Cina menguasai sektor perniagaan dan perdagangan dan menggunakan
teknologi moden. Kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di
estet getah & kelapa sawit. Oleh itu, terdapat banyak jurang begitu ketara
dan tidak seimbang dalam ekonomi negara kita. Malah semua etnik bersaing
untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Ianya
mengakibatkan ketidakpuashati bagi semua golongan etnik kerana berlaku
ketidakseimbangan pendapatan. Bagi kaum Melayu dan India
berkemungkinan mendapat pendapatan yang sedikit manakala kaum Cina
tetap mengejar peluang keemasan. Akan tetapi, mereka juga akan berasa
tidak puas hati kerana lubang perniagaan kebanyakannya diutamakan
kepada kaum bumiputera atau Melayu.

• Dari segi Politik

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berpelembagaan.Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk
bekhidmat selamat 5 tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera. Politik dapat distabilkan dengan mempunyai pemerintah
yang betanggungjawab. Selain itu, masyarakat juga mesti bertolak ansur
antara satu sama lain dan pemimpin juga mestilah tidak mengamalkan sikap
radikal iaitu keganasan. Masyarakat juga mesti bersikap rasional dan
pemerintah juga mempunyai sikap yang terbuka. Mereka juga mestilah
mempunyai perpaduan yang utuh antara satu sama lain.

Kebudayaan Bangsa

SATU NEGARA, SATU KATA AKAR, TIGA KONSEP KERAMAT
PERPADUAN

matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik

KESEPADUAN

• keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui
masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam
sesebuah masyarakat "Kesepaduan sosial" lebih memberi tumpuan kepada
takrifan dari perhubungan aktif antara satu sama lain yang dibentuk oleh
anggota masyarakat berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti

PENYATUPADUAN

usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk
menyelesaikan defisit social berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan
tawar-menawar, perundingan dan mediasi.

CABARAN-CABARAN KEBUDAYAAN MERENTAS BANGSA DI MALAYSIA

Sayangi Malaysiaku

Politik

• Setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri untuk memelihara hak kaum
dan menyuarakan pendapat mereka.

• Hal in menjejaskan kesepaduan sosial dan kebudayaan antara pelbagai
kaum.

Ekonomi

• Perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan diwujudkan oleh pihak
British melalui perintah seperti dinyatkan sebelum ini.

• Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan jurang ekonomi antara
kaumkaum. Sosial

• Keselisihan faham antara kaum dan interaksi sosial antara kaum akan
menjejaskan kepercayaan dan kekitaan antara kaum. Apabila, kepercayaan
ini telah hilang,kesepaduan sosial dan kebudayaan yang baik sukar untuk
dibentuk antara kaum.

Pendidikan

Sekolah-sekolah vernakular yang diwujud oleh pihak British mempunyai
kepentingan tersendiri bagi Setiap kumpulan etnik.• Jelaslah, sekolah-
sekolah vernakular menjejaskan kesepaduan sosial dan kebudayaan.

KESIMPULAN

Tuntasnya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah
menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini
berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud
masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran
kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya

dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah
melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum
Cina dan India secara beramairamai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris
di Tanah Melayu.

Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama
ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada
carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun
kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif
masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing
dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan
sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah
melayu.

Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan
pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan
bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India
dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar
bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah
tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang
kita kecapi masakini.

LAMPIRAN

Gambar di atas merupakan gambar yang berlaku sesama rusuhan iaitu
Peristiwa yang rakyat tidak ingin berlaku lagi iaitu Peristiwa 13 Mei. Peristiwa
ini berpunca daripada isu perkauman dan menyebabkan sebanyak 196
kematian ketika itu.

Berikut merupakan gambar bagi masyarakat yang berbilangan kaum di
Malaysia. Masyarakat majmuk ini dapat menjadikan sesebuah negara
sebagai negara yang harmoni dan aman damai.

Gambar 1 Gambar 2

Gambar 1 merupakan sekolah melayu pertama yang ditubuhkan. Disebabkan
adanya dasar Pendidikan, maka pemerintah mewujudkan sekolah untuk
memastikan anak-anak di Malaysia berpelajaran. Manakala gambar 2 pula
merupakan gambar bagi sekolah vernakular pada zaman dahulu. Sekolah
vernakular merupakan sekolah jenis kebangsaan. sebagai contoh Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

SUMBER RUJUKAN

• http://ohmypengajianadui.blogspot.com/2015/09/kesan-

pembentukanmasyarakat-majmuk-di.html

• http://ansuez.blogspot.com/
• http://anyflip.com/iqfcg/pwdi/basic
• https://eportfolio.utm.my/
• http://ohmypengajianadui.blogspot.com/2015/09/sejarah-latar-

belakangpembentukan.html
• http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/kronologi-pembentukan-

masyarakatmajmuk.html
• https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com/
• https://www.academia.edu/32671012/SEJARAH_PEMBENTUK
• https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com/
• http://mypengajianmalaysiatajuktiga.blogspot.com/2017/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia
• https://anyflip.com/phfev/pkjz/basic


Click to View FlipBook Version