The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Selendang Lalang (Yeo, Eunice)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tlogosadangmtsm, 2022-07-13 18:00:08

Selendang Lalang

Selendang Lalang (Yeo, Eunice)

Pada masa dahulu, tinggal

seorang saudagar kaya bersama-sama
tiga orang anak perempuannya. Setiap
kali pulang daripada berniaga, saudagar
akan membelikan hadiah untuk anak-
anaknya itu.

Pada suatu hari, saudagar
menghadiahkan sepasang gaun yang
cantik kepada mereka.

2



Saudagar kemudian bertanya,

“Sebesar mana kasih sayang kamu
kepada ayah?”

“Seperti saya menyayangi intan dan
permata,” jawab anak sulungnya.

“Seperti saya menyayangi emas dan
perak,” jawab anaknya yang tengah.

“Seperti saya memerlukan garam dan
gula,” kata anak bongsunya. Saudagar
sangat terkejut mendengar kata-kata anak
bongsunya itu. “Jika begitu, kamu tidak
menyayangi ayah!” marah saudagar.

4



Saudagar kemudian menghalau

anak bongsunya itu. Gadis itu pun
meninggalkan rumah dengan sedih.

Setelah beberapa lama berjalan,
anak bongsu saudagar tiba di sebatang
sungai. Cuaca sangat sejuk. Anak
saudagar pun menganyam sehelai
selendang daripada daun lalang untuk
melindung dirinya daripada kesejukan.

6



Keesokan harinya, anak saudagar

tiba di sebuah rumah yang besar.
“Bolehkah saya bekerja di sini?”

katanya kepada ketua tukang masak.
Ketua tukang masak membenarkan

anak saudagar bekerja di rumah itu. Gadis
itu bekerja dengan rajin. Pekerja-pekerja
di situ memanggilnya Selendang Lalang
kerana dia selalu memakai selendang yang
menutup kepalanya.

8



Pada suatu hari, ketua tukang

masak berkata, “Malam ini tuan kita akan
mengadakan pesta. Kita semua boleh
hadir!”

Selendang Lalang berasa sedih. Dia
tidak ada pakaian yang cantik untuk ke
pesta.

Malam itu, semua pekerja pergi ke
pesta. Selendang Lalang tinggal sendirian.
Tiba-tiba dia teringat akan gaun yang
diberikan oleh ayahnya dahulu. Dia pun
memakai gaun itu dan pergi ke pesta.

10



Selendang Lalang sangat cantik.

Semua orang terpegun melihatnya.
Rames, anak lelaki tuan rumah itu,

jatuh hati kepada Selendang Lalang.
Dia mengajak Selendang Lalang menari
dengannya.

“Saya hendak melamar kamu,” kata
Rames. Dia kemudian menyarungkan
sebentuk cincin ke jari Selendang Lalang.

12



Sebelum pesta berakhir, dengan

senyap-senyap Selendang Lalang
meninggalkan pesta itu. Apabila semua
pekerja pulang, mereka asyik bercerita
tentang gadis cantik dalam pesta itu.

“Gadis itu sangat cantik, Selendang
Lalang!” kata ketua tukang masak.

Selendang Lalang hanya tersenyum
mendengar pujian tukang masak.

14



Selama berhari-hari, Rames pergi

ke seluruh bandar itu untuk mencari
Selendang Lalang, tetapi tidak bertemu.
Rames jatuh sakit. Bapanya mulai susah
hati.

“Rames kecewa kerana tidak dapat
bertemu dengan kekasihnya,” kata tuan
rumah kepada ketua tukang masak.

Selendang Lalang mendengar
perbualan mereka. Dengan senyap-senyap,
Selendang Lalang memasukkan cincinnya
ke dalam mangkuk sup Rames.

16



Apabila Rames meminum supnya,

dia menemui cincin Selendang Lalang.
Rames mengenali cincin itu lalu terus
berlari ke dapur.

“Di mana gadis itu?” dia bertanya
kepada ketua tukang masak.

Ketua tukang masak terkejut.
“Tiada sesiapa di sini kecuali
Selendang Lalang, tuan.”

18



Rames terpandang Selendang

Lalang. Dia menghampiri gadis itu
dan membuka selendangnya. Apabila
Rames melihat rambut Selendang
Lalang yang keemasan, tahulah dia
bahawa gadis itulah yang dicari-carinya.
Rames sangat gembira. Sekali lagi, dia
melamar gadis itu.

20



Mereka pun berkahwin. Selendang

Lalang menjemput ayahnya ke majlis
perkahwinannya. Dia menyuruh tukang
masak menyediakan hidangan yang tidak
bergaram dan bergula. Makanan itu
kemudian dihidangkan kepada saudagar.

Setelah menjamah makanannya,
barulah saudagar sedar akan kesilapannya.
Garam dan gula sangat penting dalam
hidup manusia. Anaknya itu benar-benar
sayang kepadanya.

22



A Jawab soalan di bawah.

1 . Mengapakah saudagar menghalau anak bongsunya dari
rumah?
2 . Apakah yang dibuat oleh Selendang Lalang di tepi sungai?
3 . Apakah yang dipakai oleh Selendang Lalang untuk ke majilis tari-
menari tuan rumahnya?
4 . Di manakah Selendang Lalang meletakkan cincinnya?
5 . Apakah pengajaran yang didapati oleh saudagar?

B Isikan petak dengan huruf yang betul berpandukan gambar.

4

1.

1

2. 5 5.
4.
2

3.

3


Click to View FlipBook Version