The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Suami Selalu Betul (Chiang, June)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tlogosadangmtsm, 2022-07-11 08:30:42

Suami Selalu Betul

Suami Selalu Betul (Chiang, June)

Suatu masa dahulu, ada sepasang suami

isteri tinggal di sebuah pondok di pinggir sebuah
kampung. Mereka menyara hidup dengan bertani.
Walaupun mereka sangat miskin, tetapi
mereka hidup gembira dan aman damai. Harta
yang dimiliki oleh mereka hanyalah seekor kuda.
Mereka selalu meminjamkan kuda itu kepada
jiran-jiran. Jiran mereka pula akan memberikan
telur dan roti kepada mereka.

2



Suatu hari, petani bercadang hendak

menjual kudanya. Setelah memberitahu isterinya
tentang hasratnya itu, isteri petani berkata,
“Pergilah ke pekan. Mungkin kamu dapat
menjual kuda kita itu di pasar atau
menukarkannya dengan sesuatu yang lebih baik.”
“Saya patut tukarkan dengan apa?” tanya
petani.
“Apa sahaja yang kamu fikirkan sesuai,”
jawab isteri petani.
Setelah mengucapkan selamat tinggal
kepada isterinya, petani pun pergi ke pekan.

4



D alam perjalanan, petani bertemu dengan

seorang lelaki yang membawa seekor lembu betina.
“Lembu boleh mengeluarkan susu. Isteriku
tentu gembira mendapat seekor lembu,” fikir petani.
Petani pun menyapa lelaki itu.
“Mahukah tuan menukarkan lembu tuan itu
dengan kuda saya?” tanya petani.
“Kuda kamu tangkas dan cantik. Baiklah, saya
setuju,” jawab lelaki tadi. Mereka pun bertukar
haiwan peliharaan.

6



T idak lama kemudian, petani bertemu

pula dengan seorang budak lelaki yang
membawa seekor kambing biri-biri.
“Cantiknya kambing biri-biri itu!” fikir
petani. “Kambing itu boleh menjadi teman
isteriku di rumah pada musim sejuk.”
“Wahai, budak! Mahukah kamu
menukarkan kambing kamu dengan lembu
pak cik?” tanya petani.
Budak itu terus bersetuju lalu mereka
pun bertukar haiwan.

8



B elum pun jauh berjalan, petani

bertemu pula dengan seorang perempuan
yang membawa seekor angsa.
“Angsa itu sangat gemuk dan cantik,”
fikir petani.
“Mahukah kamu menukarkan angsa
kamu dengan kambing biri-biri saya?” tanya
petani kepada perempuan itu. Perempuan
itu bersetuju dan mereka pun bertukar haiwan.
“Isteriku tentu gembira dapat makan
telur angsa yang segar setiap pagi,” kata
petani.

10



S etelah penat berjalan, petani singgah di

sebuah kedai makan. Ketika sedang duduk
berehat, petani nampak seorang budak sedang
membawa sebiji bakul.
“Apa yang kamu bawa di dalam bakul
itu?” tanya petani kepada budak tadi.
“Buah epal untuk makanan keldai saya,”
jawab budak itu.
“Bukankah itu satu pembaziran? Isteri pak
cik pandai memasak pai epal. Dia tentu suka
akan epal-epal itu,” kata petani lagi.
Petani pun menukarkan angsanya dengan
sebakul buah epal.

12



S eorang lelaki di dalam kedai itu

memerhatikan sahaja petani dan budak
lelaki itu bertukar barangan.
Setelah budak itu pergi, lelaki itu
berkata, “Isteri kamu tentu marah kerana
kamu menukarkan seekor angsa yang
lebih tinggi nilainya dengan sebakul epal.”
“Isteri saya tidak akan marah,” jawab
petani. “Malah, dia akan memeluk saya dan
berkata apa yang saya lakukan adalah betul.”

14



L elaki itu yakin yang petani akan

dimarahi oleh isterinya. Maka mereka
pun bertaruh.
Oleh sebab hari hampir malam,
petani dan lelaki tadi meminjam kereta
kuda tuan punya kedai itu untuk pulang
ke rumah petani. Setelah beberapa lama
menunggang kereta kuda, akhirnya mereka
tiba di pondok petani.

16



“S elamat malam, isteriku,” ucap petani

apabila isterinya menyambutnya di muka pintu.
“Selamat malam, suamiku sayang,” balas
isteri petani sambil tersenyum.
“Saya telah menukarkan kuda kita dengan
seekor lembu betina,” kata petani.
“Bijak sungguh suamiku. Kita boleh minum
susu segar setiap pagi.”
“Tetapi saya telah menukarkan lembu itu
dengan seekor kambing biri-biri. Kambing itu
boleh menemani kamu di rumah,” kata petani lagi.

18



Petani pun menceritakan bagaimana dia

menukarkan kambingnya dengan seekor angsa
dan kemudian menukarkan angsa itu dengan
sebakul epal.
Lelaki yang bertaruh dengan petani tadi
hanya memerhatikan petani bercerita kepada
isterinya. Lelaki itu tercengang apabila isteri
petani langsung tidak marah. Sebaliknya, dia
hanya berkata, “Bijak sungguh suamiku.”

20



Akhirnya lelaki itu berkata kepada petani.

“Nampaknya saya kalah dalam pertaruhan kita.”
Lelaki itu kemudian memberikan satu uncang
wang emas kepada petani seperti yang dijanjikan.
Mujurlah petani memenangi pertaruhan itu. Jika
tidak, terpaksalah dia memberikan sebakul epalnya
kepada lelaki tadi.
Setelah lelaki itu pergi, petani pun memberitahu
isterinya tentang pertaruhannya dengan lelaki tersebut.
Isteri petani memeluk petani sambil berkata, “Suami
saya sentiasa betul.”

22



A Jawab semua soalan di bawah.

1. Apakah yang dimiliki oleh petani suami isteri?
2. Mengapakah petani hendak menukarkan kudanya dengan
seekor lembu?
3. Apakah yang hendak dilakukan oleh budak lelaki dengan
sebakul epalnya?
4. Barangan apakah yang lebih bernilai, seekor angsa atau
sebakul epal?
5. Dalam cerita ini siapakah yang memenangi pertaruhan?

B Nilai seekor kuda adalah sangat mahal. Susunkan haiwan berikut mengikut
nilai masing-masing. Satu contoh telah diberi.

kambing biri-biri 1
angsa kuda

lembu

ayam


Click to View FlipBook Version