The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Puteri Duyung (Chiang, June)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tlogosadangmtsm, 2022-07-10 08:10:40

Puteri Duyung

Puteri Duyung (Chiang, June)

P ada zaman dahulu, ada sebuah

kerajaan di dasar laut. Kerajaan ini
menjadi tempat tinggal ikan-ikan duyung
dan diperintah oleh Raja Laut.
Raja Laut mempunyai enam puteri.
Puteri yang bongsu bernama Puteri
Duyung.
Puteri Duyung sangat cantik.
Kulitnya seputih mutiara, rambutnya
berwarna kuning keemasan, dan
ekornya berkilauan.

2



P uteri Duyung sangat suka

mendengar cerita neneknya tentang
hidupan yang tinggal di daratan. Setiap
hari, neneknya akan bercerita tentang
manusia dan haiwan kepadanya.
“Apabila usia kamu lima belas
tahun, kamu akan dibenarkan berenang
ke permukaan air.”
Puteri Bongsu sangat gembira
mendengar kata-kata neneknya itu.

4



Beberapa tahun berlalu. Puteri

Duyung dewasa dan kini dia berusia lima
belas tahun. Puteri kini boleh berenang
ke permukaan laut.
Suatu hari, Puteri Duyung ternampak
sebuah kapal. Dia pun menghampiri kapal
itu. Dia nampak beberapa orang sedang
menari dan menyanyi. Puteri kemudian
terpandang seorang putera raja yang
tampan. Puteri jatuh cinta kepada
putera itu.
Tiba-tiba ribut melanda. Kapal itu
dipukul ribut lalu karam. Putera raja
tercampak ke dalam laut.

6



P uteri Duyung menyelamatkan

putera. Dia membawa putera ke tepi
pantai. Tidak lama kemudian, Puteri
Duyung nampak beberapa orang
perempuan berlari ke arah mereka.
Puteri Duyung pun menyembunyikan
diri. Seorang daripada perempuan itu
memegang dahi putera. Putera tersedar
lalu mereka membawanya ke sebuah
rumah berdekatan.
Putera Duyung kemudian kembali
ke dasar laut.

8



P uteri Duyung asyik teringat akan

putera raja. Dia bercerita kepada kakak-
kakaknya tentang putera tersebut.
Seorang daripada kakaknya memberitahu
puteri tentang tempat tinggal putera itu.
Keesokan harinya, puteri berenang
ke tepi pantai di hadapan istana putera.
Puteri nampak putera sedang bersiar-
siar di sebuah taman yang cantik. Puteri
Duyung sangat gembira dapat bertemu
dengan putera.

10



P uteri Duyung hendak menjadi

manusia supaya dapat tinggal bersama-sama
dengan putera. Puteri Duyung memberitahu
neneknya tentang perkara itu.
“Hanya ahli sihir laut yang dapat
menukarkan kamu menjadi manusia,”
kata perempuan tua itu.
Puteri Duyung pun pergi menemui
ahli sihir laut. Dia menyatakan niatnya
hendak menjadi manusia kepada ahli
sihir laut.
“Jika kamu minum ubat ini, kamu
akan berubah menjadi manusia selama
tujuh hari,” kata ahli sihir laut.

12



“T etapi, jika putera itu tidak jatuh

cinta kepada kamu, kamu akan bertukar
menjadi buih selepas tujuh hari,” kata ahli
sihir laut lagi.
“Baiklah, saya akan minum ubat ini,”
kata Puteri Duyung.
“Sebagai bayaran bagi ubat ini, kamu
mesti berikan suara kamu kepada saya,”
kata ahli sihir laut.
Tanpa berfikir panjang, Puteri Duyung
bersetuju dengan permintaan ahli sihir laut.
Ahli sihir laut pun meniup mulut Puteri
Duyung untuk mengambil suaranya.

14



P ada petang itu, Puteri Duyung

berenang ke tepi pantai berhampiran
istana putera. Dia kemudian meminum
ubat yang diberikan oleh ahli sihir
laut. Puteri Duyung tertidur. Apabila
Puteri Duyung terjaga, dia melihat
putera berada di sisinya. Dia juga telah
mempunyai sepasang kaki!
“Siapa kamu?” tanya putera.
“Bagaimana kamu boleh berada di sini?”
Puteri Duyung tidak dapat berkata-
kata kerana dia telah memberikan
suaranya kepada ahli sihir laut.

16



P utera membawa Puteri Duyung

ke istananya. Dia memakaikan Puteri
Duyung dengan pakaian yang cantik.
Semua orang hairan melihat gadis yang
cantik itu. Sejak hari itu, putera selalu
bersama-sama dengan puteri.
“Wajah kamu seperti seseorang yang
pernah saya kenal,” kata putera.
Puteri Duyung hanya memandang
putera dengan sedih. “Bilakah putera
akan tahu bahawa sayalah yang
menyelamatkannya dahulu,” kata Puteri
Duyung dalam hatinya.

18



S uatu hari, putera berkata kepada

Puteri Duyung. “Ayahanda dan bonda
saya mahu saya berjumpa dengan seorang
puteri. Saya mungkin akan dikahwinkan
dengan puteri itu.”
Puteri Duyung sangat sedih
mendengar berita itu.
Apabila putera menemui puteri
pilihan ayahanda dan bondanya, putera
sangat terkejut.
“Kamulah yang menyelamatkan saya
dahulu,” kata putera. Putera bersetuju
untuk berkahwin dengan puteri itu.

20



T idak lama kemudian, putera dan

puteri itu pun berkahwin. Semua orang
sangat gembira kecuali Puteri Duyung.
Puteri Duyung duduk di dek kapal sambil
menangis. Puteri Duyung sedar bahawa
dia akan mati.
Menjelang senja, Puteri Duyung
melihat ribuan buih-buih di sekelilingnya.
Dia kemudian merasa dirinya melayang-
layang. Kasihan Puteri Duyung. Dia telah
bertukar menjadi buih!

22



A I mbas kembali.

1. Raja Laut mempunyai berapa anak?
2. Siapakah yang menyelamatkan putera raja daripada

mati lemas?
3. Apakah yang terpaksa diberikan oleh Puteri Duyung
kepada ahli sihir laut?
4. Mengapakah putera berkahwin dengan puteri pilihan

ayahanda dan bondanya?
5. Akhirnya, apakah yang berlaku kepada Puteri Duyung?

B Dapatkah kamu menamakan haiwan-haiwan ini?


Click to View FlipBook Version