The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perlembagaan BKGK SK Taman Seri Gombak 2.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FAKRUL FARIS BIN ZAMRI KPM-Guru, 2024-01-11 08:44:01

Perlembagaan BKGK SKTSG2

Perlembagaan BKGK SK Taman Seri Gombak 2.

Keywords: BKGK,PERLEMBAGAAN,SETEGUH

i PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TAMAN SERI GOMBAK 2 BBA 7231


ii Perkara Muka Surat Muka Depan……………………………………………………….. i Isi Kandungan……………………………………………………… ii 1.0 Pengenalan……………………………………………………. 1 2.0 Keahlian……………………………………………………….. 2 3.0 Bayaran dan Sumbangan…………………………………........ 3 – 5 4.0 Mesyuarat Agung Tahunan……………………………..…….. 6 5.0 Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi……………………………... 7 6.0 AJK Induk dan Kerja………………………………………… 8 – 9 7.0 Kewangan…………………………………………………….. 10 8.0 Harta…………………………………………………………… 11


1 1.0 PENGENALAN 1.1 Nama Persatuan Persatuan ini dinamakan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Taman Seri Gombak 2 atau singkatannya BKGK SKTSG 2 dan dibawah urusan tadbir SK Taman Seri Gombak 2. 1.2 Alamat Persatuan SK Taman Seri Gombak 2, Jalan SG 1/1, Taman Seri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor 1.3 Tujuan Penubuhan 1.3.1 Menjaga dan mengurus aktiviti kebajikan ahli – ahli yang berdaftar secara rasmi dalam persatuan. 1.3.2 Mendorong semangat berpersatuan dan bersosial 1.3.3 Memupuk dan mewujudkan permuafakatan dan kerjasama dalam kalangan ahli. 1.3.4 Merancang, merencana dan melaksanakan aktiviti – aktiviti kebajikan persatuan


2 2.0 KEAHLIAN 2.1 Syarat – syarat 2.1.1 Semua peringkat Guru dan Staf yang bertugas di SK Taman Seri Gombak 2 secara tetap menjadi ahli persatuan ini secara automatik 2.1.2 Semua guru sandaran terlatih termasuk guru JQAF 2.1.3 Guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan guru pelatih yang berkhidmat selama 3 bulan di sekolah ini. 2.1.4 Ahli boleh dilucutkan jawatan atas persetujuan guru besar dan ahli jawatankuasa. 2.1.5 Ahli yang tidak amanah akan dilucutkan jawatan. 2.2 Tanggungjawab dan peranan 2.2.1 Ahli dikehendaki mematuhi perlembagaan dan pindaannya seperti yang dipersetujui bersama 2.2.2 Menjelaskan yuran ahli seperti yang ditetapkan mengikut nilai, tempoh yang dipersetujui. 2.2.3 Menghadiri Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Luar Biasa BKGK SKTSG 2. 2.2.4 Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana BKGK akan ada lantikan setiap 2 tahun (2 Tahun Sekali). (Pindaan 2023) 2.2.5 Guru dan staf boleh dilantik semula sebagai AJK BKGK SKTSG 2 selepas 5 tahun. (Pindaan 2023) 2.2.6 Mengamalkan nilai-nilai murni, mulia dan profesional dalam bersosial dan berpersatuan.


3 3.0 BAYARAN DAN SUMBANGAN 3.1 Yuran Jumlah bayaran yuran mengikut klasifikasi berikut: 3.1.1 Guru : RM 200.00 (Pindaan 2023) 3.1.2 Staf : RM 200.00 (Pindaan 2023) 3.1.3 Bayaran boleh dibuat sepanjang penggal iaitu selama 10 bulan dengan kadar bayaran setiap bulan adalah sebanyak RM 20.00 (Pindaan 2023) 3.2 Sumbangan Ihsan 3.2.1 Perkahwinan 3.2.1.1 Perkahwinan pertama sebanyak RM 70.00 dalam bentuk tunai atau cenderahati. 3.2.2 Kematian Kematian ini diperinci kepada dua perkara iaitu 3.2.2.1 Kematian Ahli: Sumbangan sebanyak RM150.00 (Disertai sumbangan ikhlas) 3.2.2.2 Kematian Waris Terdekat (Ibu Bapa, Suami/ Isteri dan Anak): Sumbangan sebanyak RM 50.00 3.2.3 Menimang cahaya mata pertama 3.2.3.1 Setiap ahli/isteri yang mendapat cahaya mata pertama akan menerima sumbangan sebanyak RM 70.00 secara tunai atau dalam bentuk cenderahati. 3.2.4 Menunaikan Haji 3.2.4.1 Setiap ahli yang menunaikan Ibadan haji ke Mekah akan meneruma sumbangan sebanyak RM 50.00 dalam bentuk tunai sahaja.


4 3.2.5 Sakit Ahli yang dimasukkan ke dalam wad kerana masalah kesihatan diperincikan kepada tiga perkara. 3.2.5.1 Ahli yang dimasukkan ke dalam wad kerana masalah kesihatan akan mendapat sumbangan sebanyak RM 30.00 secara tunai 3.2.5.2 Keluarga ahli seperti anak, suami atau isteri akan menerima sumbangan sebanyak RM 30.00 secara tunai. 3.2.5.3 Kelahiran kedua sama ada ahli atau isteri di sekolah ini akan mendapat saguhati sebanyak RM 30.00 secara tunai atau cederahati (dikira sebagai warded: bermalam di wad) 3.2.6 Persaraan, Pertukaran dan Melanjutkan Pelajaran Setiap ahli yang meninggalkan sekolah atas sebab bersara, bertukar atau menyambungkan pelajaran akan menerima saguhati atau wang tunai mengikut tempoh perkhidmatan di sekolah ini iaitu: 3.2.6.1 Kurang dari 1 Tahun : RM 25.00 3.2.6.1 1 Tahun – 3 Tahun : RM 50.00 3.2.6.2 3 Tahun – 7 Tahun : RM 70.00 3.2.6.3 3.2.6.4 Lebih dari 7 Tahun : RM 100.00 3.2.6.4 Bersara : RM 100.00 Ahli yang bertukar atau bersara akan turut diraikan dalam Majlis Rasmi BKGK SKTSG 2 3.2.7 Bencara alam dan Kemalangan 3.2.7.1 Ahli yang ditimpa musibah secara langsung berkaitan dengan bencana alam dan kemalangan akan menerima sumbangan sebanyak RM 50.00 secara tunai.


5 3.2.8 Pinjaman Ahli boleh membuat pinjaman kepada pihak BKGK SKTSG 2 3.2.8.1 Jumlah pinjaman maksimum yang dibenarkan sebanyak RM 500.00 3.2.8.2 Tempoh pembayaran balik tidak melebihi 2 bulan 3.2.8.3 Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan, maka jumlah tersebut dibahagikan mengikut kesesuaian 3.2.8.4 Setiap ahli hanya layak memohon sekali dalam setahun 3.2.9 Kutipan Ihsan 3.2.9.3 Pihak badan akan mengendalikan kutipan ikhlas dari ahli badan yang sudi menyumbang untuk berkongsi kesyukuran atau kesedihan ahli lain 3.2.9.4 Kutipan ini adalah untuk majlis perkahwinan, kelahiran cahayamata, kemalangan dan kematian. 3.2.9.5 Setiap kutipan mestilah berekod dan disahkan oleh pengerusi. 3.2.10 Yuran tanggungan 3.2.10.1BKGK SKTSG 2 akan menanggung yuran penyertaan ahli dan penyertaan PSKPP 3.2.10.2 BKGK SKTSG 2 akan membuat sumbangan untuk sambutan Hari Guru Peringkat Negeri.


6 4.0 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 4.1 Tempoh Mesyuarat Agung Tahunan BKGK SKTSG 2 akan diadakan dalam tempoh sekali setahun. 4.2 Tujuan 4.2.1 Pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan tahun yang sebelumnya 4.2.2 Memutuskan acara dan aktiviti bagi tahun tersebut 4.2.3 Membubar perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi apabila genap tempoh tugasanya selama 2 tahun 4.2.4 Mencalonkan dan melantik Ahli Mesyuarat Tertinggi Badan bagi tempoh 2 tahun sekali (Pindaan 2023) 4.2.5 Membahaskan dan mengesahkan draf Perlembagaan Badan dan pindaannya. 4.3 Mandat 4.3.1 Surat pemberitahuan atau notis panggilan mesyuarat mestilah dikemukakan kepada ahli sebelum 7 hari dari tarikh mesyuarat. 4.3.2 Ahli yang tidak dapat hadir perlu mengemukakan surat proksi bagi menyatakan persetujuan dalam keputusan mesyuarat


7 5.0 AHLI MAJLIS MESYUARAT TERTINGGI 5.1 Lantikan 5.1.1 Hendaklah dilaktik dikalangan ahli seramai 21 orang oleh ahli – ahli melalui sistem pengundian atau suara majority dalam Mesyuarat Agung Tahunan.(Pindaan 2023) 5.2 Peranan 5.2.1 Membincangkan, membuat penambahbaikan dan merumuskan segala perancangan aktiviti tahunan BKGK SKTSG 2 5.2.2 Membuat perlantikan seramai 4 orang dikalangan ahli untuk turut mengangotai Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi 5.2.3 Melantik Ahli Jawatankuasa Induk dan Kerja yang terdiri daripada pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, Ketua Biro serta Ajknya melalui system undian atau suara majoriti.


8 6.0 AJK INDUK DAN KERJA 6.1 Peranan 6.1.1 Bertindak sebagai individu dan kumpulan yang telah dipertanggungjawabkan dan menjaga segala amanah dalam melaksanakan segala aktiviti badan sepanjang tempoh perlantikan. 6.2 Portfolio dan Bidang Kuasa 6.2.1 Pengerusi 6.2.1.1 Bertanggungjawab mempengerusikan segala mesyuarat BKGK SKTSG2 6.2.1.2 Memastikan segala perjalanan dan perancangan aktiviti BKGK SKTSG2 berjalan lancar 6.2.1.3 Mengesahkan dengan menandatangani setiap minit mesyuarat 6.2.1.4 Menandatangani baucer, bil, resit dan cek bersama Bendahari 6.2.2 Naib Pengerusi 6.2.2.1 Membantu tugas-tugas Pengerusi 6.2.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi 6.2.3 Setiausaha 6.2.3.1 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat 6.2.3.2 Menguruskan segala hal surat-menyurat 6.2.3.3 Mengemaskinikan dan menyelenggara fail BKGK 6.2.3.4 Menandatangani minit mesyuarat bersama Pengerusi 6.2.4 Naib Setiausaha 6.2.4.1 Membantu tugas-tugas Setiausaha 6.2.4.2 Mengambilalih tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaannya


9 6.2.5 Bendahari 6.2.5.1 Membuat kutipan yuran daripada ahli 6.2.5.2 Menyediakan laporan kewangan tahunan dan aktiviti 6.2.5.3 Menandatangani baucer, bil, resit dan cek bersama Pengerusi 6.2.5.4 Mengeluarkan resit kepada ahli yang telah membuat bayaran penuh.(Pindaan 2023) 6.2.5.5 Bertanggungjawab terhadap kerahsiaan dan keluhuran akaun BKGK SKTSG 2 6.2.6 Penolong Bendahari 6.2.6.1 Membantu tugas-tugas Bendahari 6.2.6.2 Mengambilalih tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaannya 6.2.7 Ketua Biro 6.2.7.1 Memastikan setiap aktiviti biro berjalan lancar 6.2.7.2 Membuat pelaporan bagi setiap aktiviti


10 7.0 KEWANGAN 7.1 Tatacara 7.1.1 BKGK SKTSG2 hendaklah mempunyai akaunnya sendiri 7.1.2 Bendahari hendaklah menyediakan laporan kewangan yang Iengkap dan disemak serta diluluskan oleh juru audit yang dilantik khas. 7.1.3 Baki wang di tangan mestilah tidak melebihi nilai RM300.00, selebihnya hendaklah dimasukkan ke dalam akaun BKGK SKTSG2. 7.2 Rekod 7.2.1 Setiap perbelanjaan, pendapatan dan kutipan mesti berekod dan disahkan oleh pengerusi. 7.2.2 Rekod hendakah diselenggara dan dijaga dengan baik oleh Bendahari dan diserahkan apabila tempoh perkhidmatanya tamat. 7.3 Juru Audit 7.3.1 Mestilah dikalangan ahli yang merupakan individu yang berkecuali dan mahir dalam tatacara kewangan 7.3.2 Dilantik secara undian atau suara majoriti dalam Mesyuarat Agung Tahunan


11 8.0 HARTA 8.1 Tata cara 8.1.1 Semua barang aset yang dibeli oleh BKGK SKTSG2 akan menjadi harta BKGK SKTSG2 8.1.2 AhIi-ahli yang ingin menggunakan harta BKGK SKTSG2 hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pengerusi BKGK SKTSG2 8.1.3 Semua ahli hendaklah menjaga dengan baik semua harta BKGK SKTSG2 8.2 Rekod 8.2.1 Harta BKGK adalah sebuah pencetak, sebuah peti sejuk dan sebuah rak jualan yang diletakkan di bilik guru dan sebuah peti sejuk di stor. 8.2.2 Harta hendakah diselenggara dan dijaga dengan baik oleh Ketua Biro yang dipertanggungjawabkan dan diserah apabila tempoh lantikannya tamat. 8.2.3 Segala rekod penggunaan dan peminjaman hendaklah berekod dan disahkan. Disahkan Oleh, ………………………………… MOHAMAD SYAHRIL HAREZ BIN AHMAD SUKRAN PENGERUSI BKGK SK TAMAN SERI GOMBAK 2 2023/2024 Diakui Oleh, ………………………………… PUAN HAZIMAH BINTI HASSAN GURU BESAR SK TAMAN SERI GOMBAK 2 2023/2024


Click to View FlipBook Version